Followers Remaja Purba

Monday, April 6, 2026

Ikan Parang Masak Asam Pedas


04 April 2026 - Sabtu [15 Syawal 1447H]

Pagi,,
Hanya ditemani dak Nuha, aku menghantar dak Kakak pulang ke luar negeri. Berdebar juga rasanya sebab ini kali pertama aku memandu Mr. Black tanpa en. Hubby di sisi. Perjalanan awal pagi memang mencabar, tambah lagi anak-anak tidur membuatkan aku tiada teman borak. Mujur Allah pelihara, selamat sampai walaupun ada masa hampir terbabas.

Selesai urusan hantar dak Kakak, dak Nuha setia menemani jadi teman borak sepanjang jalan. Alhamdulillah, perjalanan pulang terasa lebih lancar + tak mengantuk dan akhirnya kami selamat tiba di rumah.


Tengah hari..
Sampai saja di rumah, kami singgah ke rumah myAtok saudara — selang dua buah rumah aje sebagai memenuhi jemputan rumah terbuka beliau. Badan masih penat lepas memandu jauh, jadi aku cuma teman dak Nuha makan, lapar katanya. Sempat juga aku minta myAtok tinggalkan sedikit ikan parang masak asam pedas untuk aku dan en. Hubby.


Asam Pedas Ikan Parang


Petang..
Aku menemani en. Hubby ke rumah myAtok saudara. Sampai saja, rupanya betul seperti yang dijanjikan — myAtok memang simpankan lauk ikan parang masak asam pedas tu. Dah lama sebenarnya tak makan ikan parang sebab banyak tulang tapi sebab Asam Pedas, mana boleh tak makan. Tambah lagi myNenek dan myAtok orang Melaka, dah tentu kena dengan selera aku. Alhamdulillah.. rezeki.

#RemajaPurba: ..

Friday, April 3, 2026

SELAMAT HARI LAHIR AYAH


03 APril 2026 - Jumaat [14 Syawal 1447H]


😍Selamat Hari Lahir Ayah😍
Walau jauh di mata, ayah ada dalam hati.
Terima kasih atas segala pengorbanan dan kasih sayang yang ayah berikan.
Moga Allah panjangkan umur ayah, berikan kesihatan yang baik dan kebahagiaan berpanjangan.

Aamiin³ 🤲🏻

🌷Happy Birthday to you Ayah..🌷



Hari ini hari lahir Ayah Aku..

Alhamdulillah.. 
Ayah telah pun mendapatkan rawatan mata di hospital awal tahun ni dan setakat ini keadaan ayah ok dan sihat.

#RemajaPurba: Rindu tapi rasa 'takut' nak berjumpa..

Wednesday, April 1, 2026

EPISOD Keempat - APRIL 2026


01 April 2026 - Rabu [12 Syawal 1447H]

Pagi tadi..
Hampir 20 minit aku tersangkut di plaza tol gara-gara sistem di salah satu lorong tidak berfungsi. Kesesakan yang sedia ada makin bertambah. Sudahnya, aku lewat sampai di tempat kerja.

Petang tadi..
Hadap jelah jalan yang memang sedia sesak. Syukur kali ni aku tak mengantuk, tak macam semalam. Mungkin sebab semalam hujan lebat sampai pandangan pun jadi terhad  itu yang jadi letih dan mengantuk.

Malam..
Rehatlah Mak Budak, kumpul semula tenaga untuk esok hari. Biar tubuh berehat, fikiran pun tenang — supaya esok dapat mulakan hari dengan lebih kuat dan bersedia.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
 

Dalam episod ketiga - MAC 2026
Penuh dengan resipi Khairul Amingdi [SINI] dan di [SINI] serta di [SINI]..


Selamat Tinggal MAC 2026.
Moga kita bertemu lagi pada tahun 2027 nanti.
 

Mengulang kata-kata dari [SINI]..

Kita bukan watak utama dalam hidup orang lain.
Jadi, buang saja harapan itu kerana dalam hidup sendiri, kita adalah watak utama.

Jalan dan pilihannya, kita yang tentukan.
Ingat tu..


#RemajaPurba: ..

Sunday, March 29, 2026

Selangkah Jauh Dak Adik, Setangkai Doa Mengiringi


29 Mac 2026 - Ahad [9 Syawal 1447H]

Malam tadi..
Sepanjang perjalanan menuju ke arah selatan, lebuh raya tidaklah terlalu sesak — hanya di beberapa lokasi sahaja kenderaan bergerak perlahan. Waktu itu, en. Hubby yang memandu walaupun tak cukup rehat. Aku layan lagu sepanjang jalan, nak pandu en. Hubby tak bagi, aku jadi co-pilot jelah — teman berbual hingga sampai ke destinasi.

Tenang memandu..


Sempat singgah makan..
Teringin nak makan ni, en. Hubby layan aje tapi deme berdua yang terpaksa habiskan.


Alhamdulillah..
Selamat sampai di rumah Mak Busu. Sempat juga merasa rendang perut dan sambal udang — siap dengan pakej tapau lagi. Inilah rezeki setiap kali balik kampung. Kami tak singgah lama, selesai urusan dak Adik, terus bergerak pulang memandangkan en. Hubby perlu masuk kerja pagi.

Kali ni, aku dapat green light untuk memandu sebab en. Hubby mengantuk. Berdebar juga rasanya ini kali pertama aku bawa Mr. Black dari kampung, tambahan pula waktu malam. Rasa debar bila perlu melalui jalan kampung sebelum masuk ke susur lebuh raya.


Ak..? Corak pemanduan aku biasalah — ikut standard kelajuan lebuh raya tapi bila dengar je dengkuran en. Hubby, terasa aku bebas memandu dengan tenang tanpa rasa diperhati seperti ada pegawai JPJ di sebelah.

Tapi tak lama pun, belum sampai sejam setengah aku pegang stereng, en. Hubby terjaga. 'Kalau mengantuk, berhenti tepi, biar abang yang drive'. Dah jumpa hentian rehat, kami pun tukar posisi. Masa tu baru terasa - letihnya badan. Hampir sampai di susur keluar lebuh raya, nampak roadblock. 'Alah.. kenapalah ada roadblock masa bukan aku yang pandu..'

Selamat sampai rumah hampir pukul dua pagi, terus lapor diri pada Mak Busu maklumkan yang kami kami dah selamat tiba. Alhamdulillah..


Esok?
Rutin di tempat kerja bermula, Berhadapan dengan kerenah manusia yang tiada penyudahnya. Aku memilih untuk tenang-tenang je, tak mahu semakkan kepala sesakkan dada serta akan elak dari 

Rutin di tempat kerja bermula kembali — berhadapan dengan kerenah manusia tapi aku memilih untuk kekal tenang. Tak mahu semakkan kepala, tak mahu sesakkan dada. Apa yang mampu, aku buat sebaiknya.. dan kali ini, aku juga akan belajar untuk menjaga jarak — mengelak dari hal-hal yang hanya menambah penat pada hati.


Buat dak Adik..
Moga dipermudahkan segala urusan dak Adik sebagai pelajar — jaga diri, jaga adab dengan orang tua, lebih-lebih lagi bila berjauhan dari ibu dan babah.

#RemajaPurba: Jalan pasti sesak.

Saturday, March 28, 2026

Resipi RAMADAN dari KA [21 - 29 Ramadan 1447H]


Sambungan dari:
Resipi RAMADAN dari KA [1 - 15 Ramadan 1447H] di [SINI]
Resipi RAMADAN dari KA [16 - 20 Ramadan 1447H] di [SINI]


Resipi dari KA ini nyata berjaya menghubungkan ramai student dari pelbagai lapisan umur. Bukan sahaja di dalam negara, malah hingga ke luar negara — hingga menjadi fenomena viral. Sebak juga bila melihat ada yang sanggup bergabung, sama-sama menyediakan resipi KA terutama yang paling popular Puding Karamel di [SINI]. Moment kecil yang sebenarnya cukup besar maknanya. Anak-anak aku pun tak ketinggalan mencuba — walaupun sudah di hujung Ramadan, tetap jadi kenangan manis yang akan diingat.

Jom kita imbas kembali resipi-resipi daripada KA di bawah ini.
RESIPI:

21 Ramadan 1447H
  • Salted Caramel Cornflakes — di [SINI]

22 Ramadan 1447H
  • Puding Jagung Creamy bersama Kuah Custard — di [SINI]

23 Ramadan 1447H
  • Tiada Kelas Hari Ini — di [SINI]

24 Ramadan 1447H
  • Bihun Goreng — di [SINI]

25 Ramadan 1447H
  • Chocolate Chip Muffins — di [SINI]

26 Ramadan 1447H
  • Kuah Kacang — di [SINI]

27 Ramadan 1447H
  • Puding Buah Naga — di [SINI]

28 Ramadan 1447H
  • Tamatlah sudah cerita kami — di [SINI]

29 Ramadan 1447H
  • Behind The Scene — di [SINI]


Akhirnya, lengkap sudah himpunan resipi yang dikongsikan. Dari satu ke satu resipi, semuanya membawa cerita dan kenangan tersendiri sepanjang Ramadan ini.

Setiap yang bermula pasti akan berakhir, namun kenangan dan rasa itu akan terus kekal di ingatan.


Moga apa yang disimpan hari ini, dapat kita ulang dan nikmati lagi pada masa akan datang. Andai ada rezeki, kita berjumpa lagi dengan resipi-resipi baru pada tahun hadapan.

#RemajaPurba: Alhamdulillah..

Resipi RAMADAN dari KA [16 - 20 Ramadan 1447H]


Sambungan dari:
Resipi RAMADAN dari KA [1 - 15 Ramadan 1447H] di [SINI]


Aku ni.. bukan sekadar nak tengok resipi semata — tapi lebih kepada nak saksikan aksi 'student kesayangan' KA yang sering jadi bahan 'kemarahan' student lain. Dari dapur ke skrin, ada je cerita yang mencuit hati.

Jom kita imbas kembali resipi-resipi daripada KA di bawah ini.
RESIPI:

11 Ramadan 1447H
  • Apple Fritters — di [SINI]

12 Ramadan 1447H
  • Sup Ikan Merah versi mengantuk — di [SINI]

13 Ramadan 1447H
  • Instant Chocolate Mousse — di [SINI]
  • Udang Masak Tempoyak Petai — di [SINI]

14 Ramadan 1447H
  • Tauhu Sumbat Crispy — di [SINI]

15 Ramadan 1447H 
  • Pretzels — di [SINI]
  • Bandung Cincau Soda & Cucur Crabsticks — di [SINI]

16 Ramadan 1447H
  • Spaghetti Bolognese — di [SINI]
 
17 Ramadan 1447H
  • Kelas Dibatalkan — di [SINI]

18 Ramadan 1447H
  • Macaroni Goreng — di [SINI]
  • Tembikai Rose Sparkling dan Watermelon Orange Cooler — di [SINI]

19 Ramadan 1447H
  • Butter Cookies — di [SINI]

20 Ramadan 1447H
  • Kelas dibatalkan — di [SINI]


Kadang yang paling diingati bukan resipi tapi siapa yang menceriakan perjalanan cerita itu.

#RemajaPurba: ..

Resipi RAMADAN dari KA [1 - 15 Ramadan 1447H]


Sepanjang bulan Ramadan yang lalu, pelbagai resipi meluncur laju di socmed aku. Ada yang teringin nak cuba, ada juga yang sekadar simpan dulu — termasuklah resipi daripada Khairul Aming. Kali ini, buat pertama kalinya, aku himpunkan lengkap kesemua resipi yang diberikan oleh KA untuk 'assignment student' nya di sini.

Jom kita imbas kembali resipi-resipi daripada KA di bawah ini.
RESIPI:

  • Ayam Sos Plumdi [SINI]
  • Sardin Tumis Bersantan dan Nasi Goreng Cili Keringdi [SINI]
  • Puding Karameldi [SINI]
  • LIMA Menu Air Berbuka: Longan Kurma Merah, Watermelon Jasmine, Soda Herbs Kasturi, Infused Water dan Es Jeruk — di [SINI]
  • Ayam Popvdi [SINI]

  • Cantonese Yee Mee — di [SINI]
  • Kuah Buttermilk dan Mantao — di [SINI]
  • Peach Cobbler — di [SINI]

  • Ayam Peri-peri — di [SINI]
  • Pisang Sagu Gula Melaka — di [SINI]

  • Nasi Kukuh Ayam Berempah — di [SINI]
  • S'mores Dips — di [SINI]
  • Sambal Tempe — di [SINI]

05 Ramadan 1447H
  • Ayam Goreng Crispy Cicah Sis Thai — di [SINI]

06 Ramadan 1447H
  • Honey BBQ Chicken Tender — di [SINI]

  • Lala Tumis Serai — di [SINI]
  • Doughbnut Balls — di [SINI]
  • Tenggiri Masak Cuka — di [SINI]
  • Aiskrim Goreng Pro Max — di [SINI]

08 Ramadan 1447H
  • Vadai — di [SINI]

  • Gulai Ayam Padang — di [SINI]
  • Overnight Chia Pudding — di [SINI]

10 Ramadan 1447H
  • Siakap Stim Bersantan — di [SINI]


Resipi mungkin hanya bahan dan langkah tapi di sebaliknya tersimpan rasa, kenangan dan kasih yang tak terungkap. Moga setiap yang kita cuba, menjadi asbab kebahagiaan dan cerita manis untuk dikenang.

Bukan sekadar memasak tapi mencipta kenangan dalam setiap rasa.


#RemajaPurba: ..

Friday, March 27, 2026

Masih Dalam Mood Cuti


27 Mac 2026 - Jumaat [7 Syawal 1447H]

Jumaat — minggu pertama Syawal..
Aku masih di rumah, menikmati sisa-sisa cuti bersama anak-anak. Suasana tenang begini buat aku belum ada keinginan untuk kembali ke rutin kerja. Rasa macam nak panjangkan lagi waktu rehat yang ada.

Selagi masih dalam mood bercuti, aku pilih untuk berehat sepenuhnya — mengumpul tenaga, tenangkan fikiran, lapangkan dada. Sebab aku tahu, bila kembali nanti, aku perlu berdepan semula dengan kesibukan kerja dan pelbagai ragam manusia yang kadang-kadang menguji emosi.
 
Rehat ini bukan bermakna lari tapi cara aku kumpul semula kekuatan.

#RemajaPurba: ..

RAYA KEEMPAT - Dak Jasmine

 
24 Mac 2026 - Selasa [4 Syawal 1447H]

Hari ini masa untuk berehat di rumah. Sementara masih dalam fasa bercuti, gunakan sebaiknya. Nanti bila dah mula bekerja, bukan mudah nak ambil cuti.

Pagi..
Keluar membeli barang keperluan untuk dak Kakak dan dak Adik di pasar raya berdekatan menggunakan 'bantuan Rahmah' yang diberikan oleh kerajaan. Aku cuma menambah sedikit duit untuk cukupkan apa yang mereka pilih. Sambil itu, aku turut membeli sedikit barang barang dapur. Sebelum pulang, sempatlah kami singgah makan.


Tengah hari..
Agak lewat aku masak kerana masing-masing masih kenyang. Menu hari ini ringkas aje — tomyam, cepat dimasak dan cukup untuk mengisi perut.

dak Jasmine..

Sepanjang kami bercuti balik beraya, pihak hotel dak Jasmine menginap sentiasa update video sebagai makluman untuk kami. Dak Jasmine ni jenis penakut, tak mesra. Kalau ia jenis extrovert, memang kami dah bawa balik kampung sekali.


Lewat petang..
Pihak hotel menghubungi aku, memaklumkan dak Jasmine sudah boleh diambil. Lewat sedikit kerana aku ambil pakej penginapan termasuk grooming.

Raya keempat ni juga menjadi hari pertama en. Hubby memulakan kerja di tempat baru. Alhamdulillah.. moga kekal lama. Syukur juga dilembutkan hati, kalau tidak.. bertambah penat dan tertekan badan ni.

Aku..?
Sekarang cuma nak hidup tenang-tenang je. Bila marah + sakit hati datang, aura negatif  pula yang ambil alih. Hidup ni memang keras, jadi kena kuat berusaha untuk melengkapkan pusingan hidup.. supaya tak mudah jadi bahan bualan orang. 

Ok.. Tarik nafas.. Hembus nafas..
Ulang sampai rasa marah itu perlahan-lahan hilang.

#RemajaPurba: ..

Thursday, March 26, 2026

HARI RAYA KETIGA


23 Mac 2026 - Isnin [3 Syawal 1447H]

— Disclaimer —
[Tiada gambar makanan mahupun gambar keluarga]


Pagi..
Pak Busu dah mula sibuk memasak — ada tempahan untuk kenduri aqiqah. Kari kambing dan sup kambing jadi menu utama. Kami bantu mana yang perlu. Selebihnya aku lebih banyak berehat, cuba kurangkan pergerakan supaya sakit pada pinggang tak datang kembali mengganggu.

Sepanjang hari hanya berehat di rumah. Memang begitulah setiap kali balik ke rumah Mak Busu — jarang sangat kami nak keluar berjalan, Bukan tak mahu cuma malas nak berhadapan dengan kesesakan jalan raya. Nak masuk bandar Melaka lagilah kami tak mahu.


Malam..
Kami bergerak pulang ikut jalan kampung. Rupanya ramai juga yang ambil keputusan sama — mengelak kesesakan di lebuh raya. Sebelum masuk semula ke lebuh raya, kami sempat singgah di KFC, cadangnya nak makan di situ tapi deme dah nak closing, kami tapau dan makan dalam kereta sepanjang perjalanan pulang.


Tawakkal Heritage - Rantau, Negeri Sembilan

Penat tapi lapar..

The Best Things In Life Are Meant To Be Shared


Alhamdulillah.. 
Kami selamat tiba di rumah pukul 1:15 pagi. Sunyi je kawasan perumahan aku — yelah, dah lewat begitu baru sampai rumah. Sementara anak-anak mengeluarkan barang dari dalam kereta, aku pula membasuh baju tapi kali ni aku sidai di dalam rumah je. Siang nanti, bolehlah fokus buat kerja lain pula.


Selesai sudah perjalanan raya kami — penat tapi penuh dengan kenangan. Dari riuh rendah di kampung hingga sunyi malam di rumah sendiri, semuanya tersimpan rapi dalam ingatan. Kini.. kembali ke rutin harian, sambil membawa bersama rasa syukur dan sedikit rindu yang masih bersisa.

#RemajaPurba: Sambungan dari [SINI]

SELAMAT HARI LAHIR MAK


26 Mac 2026 - Khamis [6 Syawal 1447H]

Hari ini hari lahir Mak Aku..
Alhamdulillah.. 
Mak yang masih kuat dalam meledani rutin harian di kampung.


😍Selamat Hari Lahir Mak😍
Walau jauh di mata, mak sentiasa dekat di hati.
Terima kasih atas segala pengorbanan dan kasih sayang yang tak pernah putus. Moga Allah panjangkan umur mak, berikan kesihatan yang baik dan kebahagiaan berpanjangan.

Aamiin³ 🤲🏻

🌷Happy Birthday to you Mak..🌷



#RemajaPurba: Rindu mak sangat-sangat..

Wednesday, March 25, 2026

HARI RAYA KEDUA


22 Mac 2026 - Ahad [2 Syawal 1447H]  

Pagi..
Kami berada di rumah Mak Long di Negeri Sembilan. Memang meriah bila dapat berkumpul dengan sepupu-sepapat. Cuma kali ini, tak ada rezeki nak merasa rendang daging + maman — semua ingat raya jatuh hari Jumaat, jadi menu raya habis lebih awal.

Gara-gara tak dapat merasa rendang Mak Long aku tu, en. Hubby sanggup beli sayur maman yang dijual di hadapan pasar dekat kampung, konon nak masak rendang maman sendiri nanti. Setakat ini, sayur maman tu masih elok tersimpan dalam peti sejuk di rumah kami.

— Disclaimer —
[Tiada gambar makanan mahupun gambar keluarga]


Tengah hari..
Kami beraya di kampung kawan myFIL. Rumah ini memang dah jadi destinasi wajib setiap kali hari raya kedua — sampai ada yang tertanya-tanya, kami ni sebenarnya siapa pada tuan rumah. Paling best, setiap kali nak balik, mesti aku ambil sebalang kuih raya dan seperti biasa, deme dah cukup faham dengan perangai aku yang satu ni.


Johor.. kami datang.
Walau sekadar di sempadan Melaka – Johor, tetap nak juga mengaku — aku balik kampung di Johor. Destinasi kali ini di rumah Pak Long, datang untuk menzirahi beliau kerana Pak Long baru kehilangan isteri di [SINI].

Sampai-sampai saja, anak-anak Pak Long sedang menyiapkan makan tengah hari — memang langkah kanan kami. Menu pulak signature dish - Asam Pedas Ikan Pari (walau tak sama dengan air tangan arwah Mak Long) tetap sedap. Laksa Penang pun ada. Kenyang teramat dibuatnya, tambah pulak cuaca yang panas berdenting, 'kembung' minum air sejuk je.

Di sinilah rutin Pak Long setiap petang.
Sebab Kematian: Ischemic Heart Disease (IHD)

Kami tak lama di rumah Pak Long kerana perlu sampai ke rumah Mak Busu aku di Melaka sebelum malam — tak nak tersangkut lama dalam kesesakan lebuh raya. Dah namanya musim raya, memang tak lari dari jalan sesak. Kali ni sedikit terkejut, jalan sesak teruk sebelum sampai ke persimpangan lampu isyarat menuju ke rumah Mak Busu.

Alhamdulillah, kami selamat sampai. Di rumah Mak Busulah kami berehat sebelum pulang. Ini merupakan destinasi terakhir — memang tak ke mana-mana lagi dah, malas nak berhadapan dengan kesesakan jalan raya yang teruk.


Merasalah tengok bunga api jenis macam ni di rumah Mak Busu.




Tak perlu perjalanan yang sempurna untuk mencipta kenangan yang indah cukup ada insan tersayang di sisi, itu sudah lebih dari cukup untuk menjadikan setiap detik raya bermakna.


Penat memang penat, jalan pula sesak tapi inilah warna sebenar hari raya — tentang pertemuan, tentang kasih sayang dan tentang menghargai masa bersama selagi masih ada. Moga setiap langkah perjalanan ini bukan sekadar ziarah tapi mengeratkan lagi silaturahim yang tak ternilai harganya.


#RemajaPurba: 1 Syawal di [SINI]

SALAM AIDILFITRI


21 Mac 2026 - Sabtu [1 Syawal 1447H] 

Sambungan dari [SINI]

Alhamdulillah..
Dapat beraya bersama keluarga. Paling penting, dak Kakak, dak Adik dan dak Nuha ada. Merekalah sumber kekuatan aku — yang sentiasa memujuk saat aku kecewa. Tanpa mereka, mungkin raya kali ini terasa kurang meriah.

— Disclaimer —
[Tiada gambar makanan mahupun gambar keluarga dari kedua-dua belah pihak]


Pagi..
Sebelum pulang ke kampung en. Hubby — yang jaraknya macam masuk pertandingan fun run je — kami sempat singgah di rumah atok saudara aku, selang dua buah rumah aje dari rumah kami. Menu yang dihidangkan pu sedap.. menu hari raya kan.

Kemudian kami bergerak menuju ke kampung en. Hubby. Sampai pun sedang elok — tidak terlalu awal, tidak juga lewat. Tahun ini semua adik-beradik en. Hubby berkumpul beraya, meriahlah suasana, cuma myMIL tidak berapa sihat, moga cepat sembuh. Anak-anak pun seronok menikmati suasana, jadi takkanlah aku nak jadi 'joy killer' kan.. kita chill and rileks sudah.


Tengah hari..
Selepas masing-masing selesai sesi bergambar dan video raya, kami memulakan perjalanan ke selatan. Lebuh raya sesak itu biasa tapi kali ini, tidak sekalipun en. Hubby benarkan aku memandu. Dua sebab - tak cukup rehat + tak yakin dengan pemanduan aku kerana kali ni kami balik kampung dengan Mr. Black.


Hari-hari menjadi minggu..
Minggu-minggu menjadi bulan..
Bulan-bulan menjadi tahun..
Bila lagi nak jumpa..?


Bila dak Adik dalam mood raya, tak perlu pun dipaksa untuk bergambar.

dak Kakak, dak Adik dan dak Nuha bersama Babah deme.


Ketika orang lain sibuk dengan tema matcha strawberry, warna nude, anak-anak memilih warna hitam — tema yang sama kami pakai tiga tahun lepas. Lagipun, warna 'trend' tahun ini kami dah pakai lebih awal tahun lepas.. kira setahun in advance.


Alhamdulillah..
Selamat sampai di kampung halaman MakBudak selepas lebih tiga jam memandu, tidaklah sampai berbelas jam tapi sebab takde singgah di mana-mana RnR, terasa juga penatnya.


Mereka bertiga ni masih sempat bergambar walau panas berdenting.


Seronok bila dapat pulang ke kampung halaman, menjenguk keluarga yang lama tak bersua. Seperti kata Amy Mastura — setahun sekali Syawal datang lagi.

Alhamdulillah, mak aku, Pak Ngah, adik dan seluruh keluarga berada dalam keadaan sihat. Setiap tahun pun tak pernah lupa bawa pulang lemang homemade by chefHubby khas untuk mak aku. Keluarga aku tak besar — hanya aku dan adik. Kini, mak aku ada sembilan orang cucu. Jadi, suasana raya tu sederhana saja tapi tetap penuh makna.


Buat semua..
Selamat Menyambut Hari Raya Aidikfitri 2026 buat yang meraikannya.

Moga setiap langkah kita dipenuhi keikhlasan, setiap pertemuan membawa kebahagiaan dan setiap kenangan menjadi penenang di hari mendatang.


#RemajaPurba: ...

Friday, March 20, 2026

SUNTIKAN TAHAN SAKIT SEHARI SEBELUM RAYA


PETANG SEMALAM..

Selepas mendapat kebenaran bekerja separuh hari, petangnya aku balik rumah, hantar dak Jasmine ke hotel penginapannya. Seminggulah dak Jasmine di situ. Aku tak nak serabutkan kepala. Nak tenang-tenang balik kampung nikmati masa yang ada tanpa beban di fikiran.


Aku memang tak pernah beli lemang, Alhamdulillah.. nak makan, request je.. hehehe..

Masak dalam ni, jadi takde siapa yang tahu..


Lemang Homemade by en. Hubby dah siaptinggal nak bawak balik untuk family. Tak banyak tapi cukuplah untuk semua merasa.

Berbuka puasa dengan lemang panas


HARI INI..

20 Mac 2026 - Jumaat [30 Ramadan 1447H]

Jumaat terakhir dalam bulan Ramadan.
Banyak kenangan yang tertinggal sepanjang Ramadan kali ini tapi moment paling bahagia bila:
  • dak Kakak, dak Adik dengan dak Nuha ada di rumah menyambut Ramadan bersama aku dan babah deme.
  • Tidak terlajak walau sehari untuk bersahur. Alhamdulillah..

Dalam tak sabar menyambut hari raya, ada satu kejadian telah terjadi pada aku. Orang lain terkena benda panas masa memasak, aku pula terkena seterika panas — hadiah pre-rayalah kiranya ni. Tapi.. jauh di sudut hati, apalah sangat jika nak dibandingkan dengan dak Adik ketika kecil dulumeninggalkan kesan hingga sekarang. Tak perlu nak overact sangat bila terkena sedikit benda panas.

Hari ketiga..
Dak Nuha kata 'bentuk hati tak jadi..'


AKTIVITI AKU HARI NI?

Pagi tadi.. 
En. Hubby menemani aku ke klinik untuk mendapatkan rawatan. Bukan sebab kena seterika tapi pinggang aku tengah sakit sampai nak berjalan pun kena sengetkan badan. Doktor cadangkan untuk mengambil suntikan tahan sakit memandangkan esok dah nak raya. Selain itu, doktor juga bekalkan ubat tahan sakit dan ubat sapu untuk luka kena seterika.

Lepas selesai di klinik, kami bawa Mr. Black pergi grooming sebab hampir dua minggu tak mandi. Selesai semua, terus balik rumah. sementara en. Hubby mengemas di depan rumah, aku rehat dan terus tertidur tanpa gangguan.


Malam nanti..
Nak gosok baju pun kena ada mood, sama macam nak melipat baju. Bila tengok baju yang banyak untuk digosok lagi rasa takde mood tapi, aku kena gagahkan diri sebab aku memang jenis yang suka siapkan awal sebelum balik kampung. Sampai kampung nanti. tinggal nak pakai je tanpa perlu fikir nak menggosok lagi. Balik kampung, aku cuma nak lepak sambil chit chat bersama family. Jadi, penuh bergantunganlah baju dalam kereta nanti tapi takpe.. asalkan tak ada yang tertinggal — mahu murung sepanjang raya jawabnya.


Lewat malam nanti..
Masa untuk susun dan packing baju. Macam biasa, anak-anak akan turut membantu. Aku cuma bagitahu nak berapa pasang, selebihnya deme pilih sendiri ikut apa yang deme suka. Tapi lain pula dengan en. Hubby.. tiap kali balik kampung, mesti ada je yang tertinggal. Kalau bukan baju, seluar, kadang pernah juga seluar dalam tertinggal

Dalam gembira, masih ada yang sedang berdukacita. Moga mereka terus diberi kekuatan untuk menjalani rutin harian, walau hakikatnya hati sudah tidak sekuat mana. Kadang kita tak nampak luka yang ditanggung orang lain tapi doa itu tetap boleh kita kirimkan — moga ada sedikit tenang yang sampai ke jiwa mereka.


@RemajaPurba: Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua.

BEHIND THE SCENE - VIDEO KHAIRUL AMING


19 Mac 2026 - Khamis [29 Ramadan 1447H]

Sambungan dari [SINI]

Adakah dia ini akan kembali mewarnai Ramadan tahun hadapan?

Anieq Rosdi | Mekyah


di [SINI]

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
 

Dalam diam dak Anieq ada geng 'silent on set'

Firdaus Yasin | frdausyasin


di [SINI]


Terima kasih buat korang yang menceriakan kami — gaya makan tu bukan main lagi tapi cukup buat hati kami geram dan terhibur.


#RemajaPurba: ..

Thursday, March 19, 2026

PENGHUJUNG RAMADAN 1447H


19 Mac 2026 - Khamis [29 Ramadan 1447H] 

Tiga hari berturut-turut, aku berhadapan dengan kesesakan jalan raya yang teruk ketika balik kerja. 

16 Mac 2026 ]26 Ramadan 1447H]
  • Tiga jam tersangkut gara-gara berlaku kemalangan hingga dua lorong terpaksa ditutup — bayangkan lebuh raya bila dah jem, aku sampai boleh tarik handbrake sebab tak bergerak.

17 Mac 2026 [27 Ramadan 1447H]
  • Dua jam disebabkan hujan lebat, angin kencang dan pandangan jadi terhad — sampai rumah terus masak tanpa sempat menukar baju, mengejar masa sebelum waktu berbuka. 

18 Mac 2026 [28 Ramadan 1447H]
  • Dua jam.. penatnya lahai.. lututku pula berdenyut sakit. Kisah di [SINI]

19 Mac 2026 [29 Ramadan 1447H]
  • Hari ini masih lagi bekerja..


Aku..? Kenapa tak cuti lebih awal?
Setiap tahun, lokasi sama juga untuk beraya. Bermula dari rumah sendiri, kemudian menuju ke rumah MIL sebelum bergerak ke selatan.

Perasaan..?
Bagi anak-anak, semuanya biasa aje. Apa yang aku sediakan, itulah yang mereka gunakan. Bersyukur seadanya. Tak merungut, deme ikut je. Moga Aidilfitri kali ini berjakan dengan tenang tanpa sebarang tekanan. Aku tak peduli apa orang nak kata — biarlah, aku tak kisah.


#RemajaPurba: ..

KHAIRUL AMING - 28 Ramadan 1447H


18 Mac 2026 - Rabu [28 Ramadan 1447H]

Berakhirlah sudah sesi pembelajaran bersama KA sepanjang bulan Ramadan. Tahniah diucapkan buat semua student bagi sesi 2026. Pelbagai moment indah telah dikongsikan — daripada yang muda hinggalah yang tua, masing-masing membawa cerita tersendiri. Setiap detik yang dilalui itu bukan sahaja memberi ilmu, malah mengukir kenangan yang sukar dilupakan.


Sepanjang Ramadan tahun ini, aku faham kenapa KA keluarkan banyak resipi sampai rasa macam kena 'tekan' tiap-tiap hari. Logiknya mudah — KA tak nak satu Malaysia serbu kedai beli bahan yang sama pada waktu yang sama dan sebab itu KA susun sampai tiga resipi sehari supaya aliran untuk membeli bahan tu tak bertembung serentak. Tapi kita semua tahu kan, student KA ni macam mana.. tetap juga ada barang yang licin kat rak. Bijak strategi dia.

Apa pun, memang kena bagi kredit — KA fikir jauh untuk mudahkan semua orang, walaupun studentnya rasa macam tengah marathon dengan silibus yang padat. Nak ikut? Kena kuat mental dan fizikal walaupun ada yang 'derhaka' pada resipi yang diberikan.


Mari kita tengok apa resipi pada hari ke-28 bagi bulan puasa 2026.

Resipi untuk 28 Ramadan 1447H


Alhamdulillah.. 

Tamatlah sudah cerita kami..
Terima kasih dan jumpa lagi..



Aku…?
Cukuplah sekadar puding roti yang dibuat oleh dak Kakak dan dak Nuha. Itu pun dah cukup buat aku rasa seronok tengok mereka gembira mencuba. Cuma dalam diam, ada sedikit rasa sedih bila aku tak mampu nak sediakan bahan untuk pelbagai resipi yang dikongsikan oleh Khairul Aming. Bukan tak nak tapi keadaan tak mengizinkan. Tak semua benda perlu diceritakan tapi satu je — selagi aku masih mampu bersabar, aku akan diam. Andai satu hari nanti kesabaran itu hilang, kau bukan lagi sesiapa dan waktu itu segalanya juga akan berubah.


#RemajaPurba: Penat..

Wednesday, March 18, 2026

SYASYA RIZAL - INIKAN HARI RAYA


Dulu, aku bukanlah peminat hardcore DOLLA tapi hampir semua lagu mereka aku dengar  sampai yang terakhir lagu DAMELO sebelum Syasya keluar daripada Dolla. Sejak itu aku jadi makin kurang mengikuti perjalanan mereka. Mungkin salah satu sebabnya kerana Syasya. Bukan bermakna aku tak sokong yang lain, cuma ada sesuatu yang terasa berbeza bila salah seorang yang pernah jadi sebahagian daripada warna kumpulan itu sudah tiada.

Ok.. kita lupakan kisah sewaktu bersama Dolla. Ramai sedia maklum, Syasya kini telah memilih untuk berhijrah selepas berkahwin. Part yang ini aku tak mahu sentuh, biarlah itu menjadi perjalanan hidup dia. Aku cuma nak kongsikan tentang lagu raya yang dinyanyikan oleh beliau. Kalau tahun lepas beliau berkolaborasi dengan Fazura, kali ini lagi mantap dan menarik klip videonya.


Lagu dari [SINI]


Lirik - INIKAN HARI RAYA

[Verse 1]
Bila hari raya, janganlah tamak haloba.
Dalam bergembira, biarlah berpada.

[Pre-chorus]
Oh! Tak kisah, baju lama
Asalkan masih boleh beraya
Bersyukur sentiasa

[Chorus]
Salam lebaran pada semua
Dengan senyuman dan juga tawa
Meriahkan suasana, inikan hari raya

Raikan dengan sanak saudara
Yang berkunjung datang tak dilupa
Penuh riang gembira, indahnya hari raya.. ooooo..

[Verse 2]
Oh! Sudah tiba hari yang dinanti
Confirm riuh semua kumpul sekali
Makcik yang belah sana, sepupu yang belah sini
Pak long Pak Ngah pun ada
Eh! Memang kecoh sekali

Beraya hujung ke hujung kampung
Semua rumah kalau boleh memang nak dikunjung
Yang tampan dan segak datang berbaju melayu
Yang cantik pula berbaju kurung

ULANG
[Pre-chorus]
[Chorus] 2x

Hari raya..
Ooh..
Indahnya hari raya..

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
 
Komposer: Amirul Azhar, Amir Firdaus & Syasya Rizal
Lirik: Amirul Azhar, Amir Firdaus & Syasya Rizal



Aku jarang berkongsi lagu raya di sini tapi lagu daripada Syasya Rizal ini benar-benar memikat hati. Sekali dengar, terus rasa melekat di kepala.

Tahniah buat Syasya dan seluruh team yang berjaya menghasilkan lagu yang sedap didengar  dengan video klip yang juga menarik untuk ditonton.

Kadang-kadang lagu raya tak perlu terlalu rumit. Cukup ada melodi yang kena dengan jiwa, itu pun sudah buat orang ulang dengar berkali-kali.


#RemajaPurba: ..

KHAIRUL AMING - [Resipi] 27 Ramadan 1447H


17 Mac 2026 - Selasa [27 Ramadan 1447H]

Hari kedua berhadapan dengan kesesakan jalan raya. Dalam keadaan badan yang sudah letih hampir melanggar kereta di hadapan kerana terlelap — ditambah pula dengan sesuatu yang berlaku awal pagi tadi (yang ini akan aku kongsikan di entry lain). Daripada terus memandu dalam keadaan mengantuk dan lesu, lebih baik aku berhenti sekeejap. Aku tahu.. aku tak boleh paksa diri untuk teruskan pemanduan.


Recharge tenaga

Biarlah jalan makin sesak, hujan makin lebat.. asalkan aku dapat pejamkan mata seketika untuk mengambil nafas, mengumpul tenaga. Entah kenapa, waktu itu aku rasa nak menangis. Mungkin sebab terlalu penat atau mungkin sebab terlalu banyak yang dipendam.




Jika semalamnya sesak kerana berlaku kemalangan dan sampai di rumah tiga jam kemudian, hari ini pula hujan lebat bersama angin kencang yang mengehadkan pandangan ketika memandu. Dua jam memandu baru sampai di rumah..


Ok, berbalik kepada resipi KA..


Mari kita tengok apa resipi pada hari ke-26 bagi bulan puasa 2026.

Resipi untuk 27 Ramadan 1447H


Resipi: Puding Buah Naga


di [SINI]

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
 

Dak Kakak dengan dak Nuha pun geram tengok dia..

Anieq Rosdi | Mekyah


di [SINI]

Rehat sekejap bukan bermaksud kita mengalah .. tapi tanda kita masih mahu terus bertahan.

#RemajaPurba: ..

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...