Followers Remaja Purba

Saturday, January 28, 2023

Ulangtahun kelahiran MakBudak yang ke-21 tambah 2


Jadilah suami yang bijak mengendalikan rajuk isteri..
Orang perempuan ni akal dia singkat biarpun dia cerdik..
Apa yang dia perlukan ialah PERHATIAN.. PERHATIAN.. PERHATIAN..
Jangan cepat marah..
Berfikirlah dengan tenang..
InsyaAllah.. kita akan merasai nikmat kebahagiaan hidup dengannya..

-sumber FB-
(Ulang tayang satu entry yang pernah aku buat lamaaa dulu - 2014)


'Cara terbaik mengingati tarikh lahir orang perempuan adalah dengan MELUPAKANNYA. Tengok apa akan terjadi selepas itu..'
'Berani nak buat macam ni..?'


28 Januari 2023 - Sabtu
Ulangtahun kelahiran MakBudak yang ke-21 tambah 2, masih kekal maintain Remaja Purba walau meningkat setahun lagi umurku.

Hadiah..?
Tak perlu berangan nakkan surprise seperti drama pukul 7 malam 😜 pula.
Adakala wish pun dah cukup buat diri rasa dihargai. Bukan hadiah mewah tapi 'what ai want is perhatian.. perhatian.. perhatian..'

StatusHati: Masih lagi demam..

Friday, January 27, 2023

Bantuan Awal Persekolahan bagi Tahun 2023


Bantuan Awal Persekolahan (BAP) yang diumumkan oleh YAB Anwar Ibrahim bertujuan untuk meringankan beban perbelanjaan persekolahan anak-anak yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga terutama pada awal tahun.

Pembayaran ini dibuat secara one-off sebanyak RM150 mulaia 12 Januari 2023 kepada semua murid yang memasuki Tahun 1 hingga Tingkatan 5. Bantuan ini diperluaskan untuk semua murid sekolah tanpa had pendapatan ibu bapa, tidak seperti sebelum ini.

Kriteria kelayakan penerima Bantuan Awal Persekolahan (BAP) seperti di SINI:
  • Murid warganegara Malaysia.
  • Murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya bagi sesi persekolahan 2023/2024.
  • Murid bersekolah di:
    1. Sekolah Kerajaan (SK)
    2. Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK)
    3. Sekolah Agama
    4. Sekolah Swasta Persendirian berdaftar dengan kerajaan
    5. Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih
    6. Sekolah Integriti
    7. Sekolah Henri Gurney

25 Januari 2023 - Rabu
Alhamdulillah.. Bantuan Awal Persekolahan 'sebelum ni bukan dalam kategori layak pun' telah selamat diterima. Sangat menghargai dan bersyukur kepadaNYA.


27 Januari 2023 - Jumaat
Hari ketiga aku tak sihat. Tiba-tiba.. tak tahu disebabkan apa. Setakat ini aku belum lagi melakukan swab test covid-19. Ya!Allah.. jauhkanlah aku dari dijangkiti.. Aamiin..

Esok ulangtahun kelahiran aku yang ke 21 tambah 2.

#RemajaPurba: Moga keluarga kecikku tidak turut serta demam berjemaah. 

Wednesday, January 25, 2023

Call Ambulance bawa ke Hospital


22 Januari 2023 - Ahad

Dapat mesej kata Ayah tak sihat.
Dah dua hari Ayah tak boleh nak bangun, baring je atas katil sebab kakinya sakit sangat. 

Awalnya.. cubaan memujuk Ayah.. 'Tak payahlah pergi klinik, sakit sikit je ni'.. tapi bila menantunya cakap 'call Ambulance bawa ke hospital', tak kata apa dah Ayah.

Menunggu Ambulance sampai. Kebetulan en. Hubby turun dan ikut naik sekali bersama mereka.

Buat pemeriksaan awal sebelum bergerak ke hospital terdekat.

Kali pertama aku naik Ambulance bukan sebagai pesakit.

  • xray ok
  • Gula tinggi
  • Tekanan darah tinggi
  • Takde tulang retak
  • Muscle pain tapi takde tisu koyak. 
Alhamdulillah.. Ayah ok. Tak warded. Nasib baik Ayah 'tak meragam' tak nak pergi hospital. 

Disebalik kisah Ambulance:
Kali pertama aku dah menggigil satu badan waktu perlukan bantuan.. tak perlu tunggu lama, cepat dan pantas respond yang diberikan. Ini merupakan pengalaman berharga buat aku dan keluarga ayah.

Apa² pun terima kasih banyak² buat Tuan Hamdan & Team yang bantu membawa Ayah dari rumah ke hospital.. Ayah sangat menghargainya.. 🤗 🫶

#RemajaPurba: Moga ayah terus kekal sihat hendakNYA.

Friday, January 20, 2023

Pengecualian bayaran tol pada 20 dan 21 Januari 2023


20 Januari 2023 (Jumaat)
Pengecualian bayaran tol pada 20 dan 21 Januari 2023 ini dibuat selepas perbincangan di antara syarikat konsesi lebuh raya dengan Kementerian Kerja Raya dan Kementerian Pengangkutan. Ianya diberikan kepada semua pengguna lebuh raya melibatkan semua kelas kenderaan sempena sambutan Tahun Baharu Cina.

Pengumuman dibuat oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Anwar Ibrahim
di SINI..

Beliau turut memaklumkan - 'Selepas tarikh itu, tolong bayar ye'.


Dalam masa yang sama, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menyenaraikan tujuh kesalahan utama lalu lintas yang tidak boleh dikompaun sempena Ops Bersepadu dan Kempen Keselamatan Jalan Raya bersempena Perayaan Tahun Baru Cina Peringkat Kebangsaan 2023 seperti berikut:

  • Memotong barisan.
  • Memotong di garisan berkembar.
  • Tidak mematuhi isyarat lampu merah.
  • Memandu melebihi had laju.
  • Menggunakan telefon bimbit semasa memandu.
  • Tidak memakai tali pinggang atau topi keledar.
  • Memandu di lorong kecemasan.
Sekiranya dikenakan tindakan, mereka akan terus dihadapkan ke mahkamah.


Aku..?
Rezeki di hari Jumaat - Alhamdulillah. 

#RemajaPurba: Operasi dijalankan sehingga 28 Januari 2023 ini.

Wednesday, January 18, 2023

Pokok Tumbang Depan Mata


16 Januari 2023 (Isnin)
Pertama kali berhadapan dengan hujan yang sangat lebat disertai dengan angin kencang ketika balik kerja petang semalam. Sepanjang jalan yang aku lalui, banyak dahan patah dan pokok tumbang. 

Masa ni bergoyang juga kereta dibuatnya..


Pokok tumbang selepas lampu isyarat..?
Sebelum itu, aku dah cuak sebab tak nampak langsung apa yang berlaku di hadapan kami. Terkejut melihat sebatang pokok merintangi di atas jalan hingga kereta berwarna hijau (dalam video) tak sempat nak elak gara-gara pandangan yang terhalang dek hujan lebat dan angin kencang. 

Tak mahu ambil risiko, aku berhenti di sini dahulu.
Bukan singgah untuk makan tapi menunggu hujan reda.


Kemudian, satu lagi kejadian sebelum keluar menuju ke lebuh raya
Ini betul-betul menghalang laluan - pokok tumbang di hadapan.

Waktu ini, ada beberapa orang berganding bahu dalam hujan, memotong dahan pokok tersebut agar kenderaan dapat melaluinya. Terima kasih buat mereka semua atas bantuan tersebut. Kalau tiada bantuan, kena patah baliklah jawabnya.

 Menu makan malam.
Sambal Tempe, Ikan bilis goreng + bawang dan cili (atas permintaan en. Hubby)
Ayam masak sambal pula menu wajib anak-anak


17 Januari 2023 (Selasa)
Alhamdulillah, langit cerah dan perjalanan balik pun tenang je.


18 Januari 2023 (Rabu)
Hari ni belum ada idea menarik dek serangan migrain yang menyerang kembali + ditambah dengan gusi berdenyut-denyut kesakitan menambah ketidakselesaan. 

#RemajaPurba: ...

Monday, January 16, 2023

Bersara Wajib - Januari 2024


Hari ni hari lahir salah seorang 'orang lama' di tempat kerja aku, tahun ni merupakan tahun terakhir sebelum beliau bersara wajib mulai 15 Januari 2024 nanti.

16 Januari 2023 (Isnin)

Selamat Hari Lahir kak Zainon Duriat. 
Semoga dipanjangkan umur dengan segala kebaikan dan dimurahkan rezeki dengan segala keberkatan serta moga rutin harian dipermudahkanNYA.

Happy Birthday to you.


Aku..?
Berbelas tahun lagi, jauh lagi perjalanan nak menuju ke arah persaraan itu TAPI marilah bersama-sama mendoakan aku menamatkan perkhidmatan lebih awal dari:
  • Tak perlu lagi berhadapan dengan kesesakan jalan raya.
  • Tak perlu lagi mengira jarak perjalanan yang jauh.
  • Tak perlu lagi risau memandu dalam keadaan mengantuk.
  • Tak perlu lagi terikat dengan komitmen dan dateline kerja.
  • Tak perlu lagi itulah, inilah, begitulah, beginilah.
  • Dan.. sekurang-kurangnya akan ada satu jawatan kosong yang boleh diisi untuk mereka yang layak nanti.

Sementara itu..
  • Bertahanlah selagi boleh.
  • Bekerjalah sebaiknya.
  • Jangan terlampau stress, rileks and cool je.
  • Kita mudahkan kerja orang, InsyaAllah kerja kita akan dipermudahkanNYA.
  • Lagi..?
  • Semuanyalah yang mendatangkan kebaikan pada semua pihak. win win situation.

#RemajaPurba: Aku pula rasa berdebar-debar..

Sunday, January 15, 2023

RemajaPurba dan azam 2023


14 dan 15 Januari 2023 (Sabtu dan Ahad)
Hujung minggu adalah masa untuk aku berehat.
Istilah berehat ➡️ 'mengelakkan diri dari memegang stereng..'


RemajaPurba dan azam 2023:
  • Kerap update di sini - Aku suka menulis tapi nak mulakan perenggan pertama berapa banyak kali aku undo, aku delete. Agaknya kalau guna kertas, berkajang-kajang aku renyukkan.
  • Sabar ketika memandu - bila segelintir pemandu yang memandu secara melulu, bersikap mementingkan diri sendiri. 'bersangka baik, jangan marah ketika memandu'. Biarlah dia terus laju ke depan, laju-laju pun tak ke mana, kau tetap depan aku.. 😜
  • Menabung - akan ke suatu tempat. 
  • Kereta + motor - yang sedia ada dah boleh join team 'Purba'.
  • Rumah - 'tambah rumah takpe abang, tak payah usaha nak tambah cawangan. Hilang daya usaha abang tu nanti'.
  • Laptop - yang sedia ada dah outdate.
  • Hujung minggu - Jogging + brisk walk. Lepas tu makan roti canai.. 🤣🤣🤣
  • 'Bila nak kurus ni sayang, abang tengok makin kembang..' 'Patutlah sekarang takde gambar selfie..' 🤣 Masih teringat betapa extreme aku berusaha #PerasanSlim dulu. Disebalik kisah itu, sehingga kini aku masih bergantung dengan ubat. Moga aku akan di'lepaskan' oleh doktor yang merawat penyakitku ini.
  • #PerasanSlim..? Biarlah dulu, aku belum cukup kuat.
  • Lebihkan senyuman - walau dia tak nampak kau tengah senyum disebalik mask.
  • Tidur awal - baru ada stamina nak buat kerja + tak mengantuk.

Ok simpan sini sebagai rujukan di masa hadapan.
Ingat.. bukan Azam yang buat tapi MakBudak yang buat.. 😆

#RemajaPurba: This is a new year. A new beginning of my story..

Saturday, January 14, 2023

I know you are scared but..


9 Januari 2023 (Isnin) 11:45 malam.. 
Tiba² bergelap satu rumah, bukan aku je tapi satu taman perumahan aku. Dahlah en. Hubby berada di luar negeri, jadi pulak macam ni. Nak tidur lena pun susah, dok mengipas dak Adik dan dak Nuha agar mereka selesa untuk tidur. Tak nak anak-anak mengantuk menjawab soalan peperiksaan - sepanjang minggu ni diadakan peperiksaan akhir tahun di sekolah mereka. 


10 Januari 2023 (Selasa) 4:30 pagi..
Alhamdulillah.. terdengar suara gembira jiran sebelah dan aku pulak bayangkan dia tengah melonjak kegembiraan.. 😆

Terima kasih pada semua #pekerjaTNB yang terlibat dalam usaha memulihkan bekalan elektrik ke semua kawasan yang terjejas. 

Apa yang berlaku sebenarnya?
Sebuah lori dipercayai terbabas dan melanggar tiang elektrik dan seterusnya terjunam ke dalam longkang besar di laluan utama 3km dari rumah kami hingga menyebabkan kabel elektrik terputus dan merintangi jalan tersebut.


13 Januari 2023 (Jumaat)
Jumaat kedua dalam bulan ini..
Rutin harian masih berjalan seperti biasa..

Pelbagai cerita menghiasi media massa, ambil mana yang baik jadikan sebagai pengajaran. Tak sempurna di mata orang takpe, asalkan elok di mataNYA.

-dari en. Google-
I know you are scared but you can handle this
-Love me-


Moga hari-hari yang kita lalui semakin baik dari sebelumnya.
Moga kita sentiasa di bawah lindunganNYA.
Moga rutin harian kita dipermudahkanNYA.

#RemajaPurba: When things get overwhelming, take it one step at a time. You don't have to do everything at once.

Monday, January 2, 2023

Buatmu 2023.. Sabarlah..


31 Disember 2022 - Sabtu
Alhamdulillah.. Genap 365 hari aku bersamamu 2022. Kenangan pahit manis yang ada kita simpan bersama.

1 Januari 2023 - Ahad
HAPPY ANNIVERSARY 2023 to MakBudak and BabahBudak di SINI..

2 Januari 2023 - Isnin
Dak Kakak kembali ke luar negeri.. Masih belum sihat sepenuhnya. Moga kakak cepat sembuh dan bertenaga kembali.

Alhamdulillah..
dak Kakak selamat sampai.

Buatmu 2023..
Sabarlah.. kita ada masa yang panjang untuk bersama. InsyaAllah..

Buatmu JANUARI 2023..
Aku memang menantimu..

#RemajaPurba: ..

Sunday, January 1, 2023

Wedding Anniversary + Happy New Year 2023


Hari ini: 1 Januari 2023 - Ahad

ASL Plz..?
A: Genap 19 tahun
S: 2 perempuan, 1 lelaki
L: MakBudak Selatan, BabahBudak KeyEll
Status: Kita berdua sudah berpunya

HAPPY ANNIVERSARY SWEETHEART
Doa yang sama.. maksud yang sama.. just as we did years ago.
#HappyAnniversary2023
#HappyNewYear2023

-Bersemut-

-Sweetheart-

#RemajaPurba: ...

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...