Followers Remaja Purba

Saturday, July 26, 2014

Hari terakhir berbuka puasa dan Zakat Fitrah



Bahang kemeriahan raya semakin dirasai..
Dak Kakak dengan dak Adik.. dorang lagi advance.. dah selamat tiba di rumah atok dan wan dorang..

Malam tadi merupakan malam terakhir aku berbuka di TDBi.. sebelum gantung periuk untuk balik kampung..
Berbuka puasa di rumah atok sedara atas jemputan nenek.. memandangkan sejak awal puasa kami tak dapat jumpa disebabkan aku yang terkejar-kejar untuk menyediakan juadah berbuka..
Penghujung puasa kali ni aku agak rileks sebab hubby banyak membantu.. ---> Terima kasih abam sayang..



Kesiannya dia..


Kena sakat dengan dak Angah dan dak Alang tak bagi dak Nuha datang dekat kat Babah dia..


Alhamdulillah..



Tak habis kat situ.. malam tu kami keluar..
Asalnya cuma hantar barang ke rumah member office aku.. tapi terjebak terus ke Kompleks PKNS Shah Alam..
Parking usah tanyalah.. mana ada ruang kosong kat tepi jalan tu terus je masuk parking..
Tapi apa yang aku hajati takde pulak kat situ.. 
Takpelah.. nanti carik kat tempat lain.. itupun kalau sempat..


Dalam pada tu sempatlah juga tunaikan Zakat Fitrah di Kompleks PKNS Shah Alam..
Boleh dikatakan hampir setiap tahun pasti di sinilah lokasi pembayaran..
Terima kasih cik abam sayang..


Hubby tak terkata apa dah.. bila aku merakamkan moment tersebut..


Anak Babah.. manja kemain..




Hari ni masa untuk mengemas apa yang patut memandangkan esok dah mula sibuk (sibuk ke..) di rumah MIL..



psstt: Berperang dengan perasaan dikala berjauhan..


Friday, July 25, 2014

Sempena Aidifitri kali ini



Hari ni hari terakhir aku bekerja sebelum bercuti panjang sempena Syawal yang bakal menjelang tiba..

Persiapan raya..
Aku belum bersedia.. biasanya saat-saat akhir baru terkial-kial nak mengemas packing apa yang perlu di bawa balik kampung..
Mood nak beraya belum sampai ke hati aku lagi.. aku memang macam ni..
Mungkin dah puas masa zaman sebelum jadi mak budak dulu excited bersemangat nak sambut raya..
Sekarang.. keutamaan untuk anak-anak..



Duit dan sampul raya dari tempat kerjaku..


Sebahagian dari tukaran duit raya..
Belum ada mood nak isi dalam sampul raya.. ---> bagi gitu je boleh tak.. 


Tahun ni kuih/biskut raya aku memang tak beli.. ini pun bos yang bagi..




Jadi sempena Aidifitri kali ni..
Mak budak a.k.a Remaja Purba dan keluarga mengucapkan..
Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri buat semua..
Moga selamat perjalanan pergi dan balik ke destinasi kengkawan semua..
Panjang umur kita berjumpa lagi..






psstt: Setiap hari adalah sangat bermakna buat kita semua.. jadi hargailah apa yang terhidang di depan mata..



Thursday, July 24, 2014

Salam perkenalan buat awek Hubby..



Kisah petang semalam..

Sebelum balik kerja dapat info ada dua kemalangan berlaku..
Satu di Federal Highway berhampiran susur Sunway..
Satu lagi di NKVE arah Shah Alam - Setia Alam.. betul-betul sebelum susur ke Setia Alam..


Tak payah jauh.. di PJ State lagi dah hazabedah hadap jalan sesak..
Touch out kat pintu keluar bangunan dah melekat tak bergerak..
Tu belum masuk Federal Highway.. susur Subang Jaya arah NKVE..
Lemas aku rasa semalam.. ditambah pulak awek Hubby 'dengki' dengan aku agaknya.. temperature kereta dia naikkan sikit demi sikit..

Mood pun dah mula spoil.. tu belum lagi kena cucuk rapat, himpit rapat, nak potong Q..
Fuh.. memang mencabar memandu dalam kesesakan luarbiasa di dalam bulan Ramadhan ni..


Tu kisah di highway.. tapi petang semalam satu kejadian menarik telah berlaku di jalan kampung menuju balik ke rumah aku..




Dalam leka berborak dengan member office sementara menunggu lampu isyarat bertukar warna, tak pasal-pasal awek Hubby kena gesel.. Bergegar kereta..
Dua orang budak perempuan naik motor langgar awek Hubby .. bumper dan pintu belakang sebelah pemandu bercalar bergaris panjang.. ggggrrrr...
Mana dan nak kejar pun, lari teruslah budak perempuan tu..
Dahlah tak pakai helmet, keluar simpang jalan besar.. ish.. kalau papehal kan menyusahkan orang..
Aku terlambat nak ambil no plate motor budak tu.. ish..
Dahlah badan penat hadap jalan sesak kat highway sebelum tu.. kena pulak macam tu.. eeemm.. sabarlah wahai hati..
Takpelah dik.. kali ni adik terlepas, lain kali belum tentu lagi..





Pagi.. dalam perjalanan ke tempat kerja..
balik kerja.. mood spoil terus..





psstt: Dalam tak gembira ada yang cuba mengambil hati agar kembali ceria..

last psstt: 'Awek Hubby' ---> adalah sebuah kereta..




Wednesday, July 23, 2014

Selamat Hari Lahir my Chef Hubby..



Selamat Hari Lahir buat my Chef Hubby dan juga buat atok sedara.. ---> Atok dan cucu yang berkongsi tarikh lahir..


Moga kuat dan sihat serta ceria dalam mengharungi apa jua keadaan mendatang..
Moga cepat kayo hendakNYA..



psstt: Abam besar punya birthday hari ni.. Harap-harap abam besar lupa nak mintak hadiah.. wakaka..
 



Tuesday, July 22, 2014

Kuih Raya dan Bunga Api..



Di Akhir Ramadhan..
'Ibu.. bila ibu nak buat kuih raya Kakak..?'

Ni yang den lomah ni bila dak Kakak request minta buatkan kuih raya..
Bukan tak nak buat tapi tahun ni aku takde standby langsung walau sebalang kuih raya..



Di Awal Ramadhan..
'Ibu.. adik nak main mercun ibu..' dak Adik pulak merengek..

Ni lagi sorang..
Bukan aku tak nak bagi dia main tapi dua tahun lepas, dia main bunga api dengan anak jiran, kena api kat bawah mata dia..
Mengamuk aku masa kejadian tu.. sebab takde yang mengaku..

Sejak tu, memang aku tak bagi langsung dak Kakak dengan dak Adik main kat luar rumah bila Ramadhan tiba..
Merengeklah macam mana pun.. aku jadi fobia + takut kalau jadi lagi macam tu..
Nak pulak mercun, bunga api zaman sekarang ni ntah apa-apa..
Tapi waktu Raya aku  bagi juga dorang merasa.. masa ni takpe sebab ada kawalan dari orang dewasa.. Lagipun bersama sepupu-sepapat je.. Jadi takdelah ralat sangat..


Dak Nuha pulak..
Tak reti dok diam.. tengah aktif.. melasak jelah kerja dia..





psstt: Tak perlu mengambil tindakan yang boleh merosakkan kebahagiaan diri..


Monday, July 21, 2014

Resepi Pie Tee



Dah lama sebenarnya tersimpan sebagai draft dalam blog mak budak pasal resepi ni..
Tiba-tiba teringin pulak nak buat jadikan stok untuk raya nanti..
Kali pertama aku melihat rupa bentuk pie tee ni di blog kak Kamsiah..



Gigihlah masa tu aku mencari acuan dan tempat penimbang ni..


Try.. test.. error.. Maklumlah mak budak baru nak belajar..


Hasil dari percubaan demi percubaan..
Sebenarnya hubby lagi banyak buat dari aku buat..


Nah.. paling senang.. masukkan coleslaw... ---> pun hubby yang buat.. kehkehkeh..



BAHAN-BAHAN KULIT PIE TEE:
180 gram tepung beras
50 gram tepung gandum
50 gram tepung jagung
350 ml air
1 biji telur gred A, dipukul sedikit
Secubit garam


CARA MEMBUATNYA:
  1. Satukan tepung beras, tepung jagung dan tepung gandum, gaul rata dan ayak. Masukkan secubit garam dan telur, kacau rata dan tuang air sedikit demi sedikit dan terus kacau hingga mendapat bancuhan yang sebati. Tapis dan ketepikan sebentar.
  2. Panaskan minyak untuk goreng terendam, kemudian celup acuan pie tee ke dalam minyak panas tadi, biar kurang lebih 30 saat. Angkat acuan tadi dan celop dalam bancuhan tepung, tapi jangan sampai atas, buat macam gambar di atas tu.
  3. Kemudian masukkan ke dalam minyak panas, dan biar hingga kulit pie tee mengeras. Benamkan acuan dalam minyak panas hingga sampai ke dasar kuali, tujuan untuk menjadikan bahagian bawah pie tee rata dan boleh berdiri tegah bila siap nanti.
  4. Tanggalkan kulit pie tee dari acuan, kalau susah, longgarkan dengan garfu atau lidi sate. Goreng hingga perang sedikit, angkat dan toskan atas kitchen paper towel. Buat kaedah sama untuk baki bancuhan tadi, hingga siap. Bila sejuk simpan dalam bekas kedap udara.

Resepi di atas adalah dari CikMat Gebu..




psstt: Tinggal beberapa hari lagi nak menyambut Aidilfitri tapi persediaan raya belum juga aku buat..





Sunday, July 20, 2014

Keenakan Tosei di awal pagi..



Petang semalam aku bersama askar-askar kecikku berbuka puasa di rumah SIL..
Tujuan asalnya nak buat kuih raya memandangkan minggu depan 'weekend' terakhir sebelum beraya..
Sudahnya aku jadi tukang tengok je SIL buat kuih raya..


Sahur pagi tadi..
Hubby bergurau ajak makan kat luar dan kebetulan memang lauk-pauk aku dah bawa ke rumah SIL.. jadi kat rumah memang takde stok lauk untuk dipanaskan.. ---> kira jadilah dengan cadangan gurauan hubby tu..
SIL pun ikut je..


Dipendekkan cerita..
Aku boleh terlajak dekat 4:30 am baru sedar..
Memang taklah kan nak ambil mood bersahur kat luar.. ---> frust tak dapat rasa keenakan tosei di awal pagi..
Kekonon nak catat rekodlah sebab sebelum ni memang tak pernah makan kat luar tapi eeemmm..
Sudahnya meja kat dapur sendiri juga jadi pilihan..



Sebenarnya..
Dari tadi nak update blog.. dok fikir nak karang ayat apa..
Dok godek Draft yang menimbun tapi idea tak jugak mai..
Tapi bila baca balik.. dah panjang lebar pulak aku menaip ghupenya..





psstt: Manfaatkan hari-hari terakhir Ramadhan kali ni.. moga Ramadhan kali ni bukan Ramadhan yang terakhir buat kita semua..



Saturday, July 19, 2014

Mana tau ini mungkin hidangan terakhir..



Bila pakwe aku merajuk, aku tak dapat nak gedik santai di teratak mak budak ini..
Pilihan terakhir menggunakan makwe hubby yang tak besar mana tu.. terkial-kial aku nak menggunakannya..
Walaupun huruf-huruf yang ada besar dan jelas kelihatan tapi tak mampu menawan hatiku untuk memicit tekan body awekku itu..
Bila pakwe dah baik dari penyakitnya tu, aku pulak yang malas nak update kat sini.




Tinggal seminggu lagi sebelum berakhirnya Ramadhan kali ini..



Nasi ayam Mandy homemade by chef Hubby..
Mana tahu mungkin ini adalah hidangan terakhir ---> so.. cherish that moment..





psstt: Masih terkial-kial dengan persiapan raya..



Friday, July 18, 2014

Migrain menyerang..




DIA tidak akan memberatkan kita dengan ujian andainya kita tak mampu untuk melepasinya..


Sabar.. kuatkan semangat..
Hanya ujian kecil yang diberikanNYA untuk aku hari ni dengan serangan migrain..
Moga cepat sembuh hendakNYA..







psstt: Mungkin DIA bagi kita untuk melihat apa yang terbaik dalam hidup sebab hidup tanpa ujian tak bermakna untuk kita sebagai insan..



Thursday, July 17, 2014

Kisah dak Adik ketika bersahur..



Alhamdulillah Ramadhan kali ni dak Kakak dengan dak Adik rajin bangun sahur..
Suka atau tidak, aku akan pastikan dorang bangun untuk bersahur.. tak banyak sikit dorang kena makan..

Minggu pertama..
Dak Adik agak menjaga pemakanan dia ---> dia ni memilih sikit bab makan..
Sahur makan sikit je..

Tapi bila masuk minggu kedua.. dak Adik dah dapat rentak..
Mungkin sebab kepenatan kelaparan kehausan di sekolah membuatkan dia makan agak banyak dari biasa..


Sekarang ni..
Dak Adik sentiasa dok tanya..
'Ibu.. boleh makan lagi ke ibu..?'
Selagi belum habis waktu bersahur tu selagi tu dia akan tanya dan ada je makanan yang nak dikunyahnya..
Nak cover untuk sepanjang harilah tu..

Lepas bersahur.. biasanya dak Adik tak tidur balik..
Kalau tak layan cartoon kat tv.. dia main permainan dak Nuha.. sementara nak tunggu bersiap pergi sekolah..




'Ibu ambillah gambar ni..'



Sanggup dia tunggu aku bersiap sebelum dia suruh aku ambil gambar hasil kreativiti dia tu..
Nasib baik dak Nuha tidur lagi.. kalau tak mahu jadi Tom and Jerry dorang berdua ni..





psst: DIA tahu sejauh mana tahap kesabaran hambaNYA..



Wednesday, July 16, 2014

Pertandingan Nasyid Sempena Hari Puteri 2014



Entry ni sepatutnya aku publish sebelum puasa hari tu..

Tahniah buat dak Kakak dan kawan-kawan yang mewakili SKBK dalam pertandingan Nasyid sempena Hari Puteri Tahun 2014 yang telah diadakan sebelum bulan puasa lepas.. Sebenarnya aku tak ingat tarikhnya..

Dengan usaha bersungguh-sungguh ditambah dengan kesungguhan Ustazah beliau yang mengajar akhirnya membuahkan hasil walau hanya mendapat tempat kedua tapi amat bermakna bagi dak Kakak.. sebab ini penyertaan kali pertama beliau.

Latihan dijalankan setiap hari Sabtu selepas kelas Iqraq..
Pernah sekali dak Kakak terlupa jadual latihan hingga memaksa Ustazah menghubungi aku minta hantarkan dak Kakak ke sekolah.. dan ustazah juga yang baik hati menghantar dak Kakak pulang ke rumah.
Walaupun peranan dak Kakak tak besar mana tapi tetap membawa kenangan manis buat beliau.. Aku yang teruja lebih sebenarnya.. kihkihkih..



Hadiah kenangan sepatutnya bersama dengan dak Kakak tapi sayang.. ada pulak yang cuba mendengki dengan berselfie bersama hadiah tersebut.. Malah dalam keadaan yang seksi-meksi pulak tu..



Hadiah kemenangan dak Kakak..


Nampak..
telah berlaku pencerobohan di situ..












yang mana akhirnya menjadi begini..

Berselfie dengan gaya 'peace' lima jarinya itu..







psstt: Apabila terungkai misteri kisah lama.. semestinya kita menangis hingga ke hujung nyawa..



Kisah disebalik Cuti Nuzul Al-Quran.



Kelmarin ketika waktu berbuka puasa..
Dak Kakak dengan dak Adik request nak pergi rumah atok dorang, memandangkan hari Selasa cuti umum ---> Nuzul Al-Quran..

Ikutkan hati malas nak pergi sebab cuti sehari je kot.. kalau boleh nak rehat je kat rumah tapi bila babah dorang kata OK je.. eeemm.. kenalah packing sikit baju untuk dorang kat sana..

Malam tu, kami hantar anak-anak ke sana dan lepas tengah malam baru sampai kat rumah.. ---> sahur jangan tanyalah.. bukan sebab anak-anak takde tapi aku terlajak bangun sahur sebenarnya.. memasing kepenatan..



Semalam.. dak Nuha keseorangan takde geng gaduh..
Gigihlah aku melayan kerenah dia semalam..
Ajak makan.. dia pulak nak tolong suapkan dalam mulut aku.. huhuhu.. Nuha.. Nuha..



Petang semalam..
Hari ni aku bercuti dari memasak.. lega tak payah nak bersilat kat dapur..
Sebaliknya petang semalam kami berbuka puasa di rumah MIL.. itupun sebab dak Kakak dengan dak Adik kat rumah atoknya, kalau tak.. memang susah nak berbuka puasa kat rumah MIL ---> kekangan kerja..
Kali ni tak semeriah macam hari pertama hari tu.. tak cukup corum sebab adik-adik hubby kerja..


Alhamdulillah, rutin harian berjalan dengan baik walau semalam seharian berperang dengan emosi yang tak dapat dizahirkan..





psstt: Aku tak berniat untuk memutuskan silaturrahim.. kerana itu adalah satu dosa dan ketidaksempurnaan iman.. meresap ke dalam hati..




Monday, July 14, 2014

Final Piala Dunia 2014.. Argentina vs Germany



Sejak dari awal Piala Dunia 2014 ni, aku takde pasukan pilihan yang aku benar-benar minat..
Sekadar layan cenggitu je.. hubby pun dah tak macam dulu beria-ia nak layan..
Bila orang tanya aku sokong team mana..
'Aku sokong team yang menang..'
Tak kisahlah game antara pasukan mana masa tu..


Pagi tadi..
Realitinya memang taklah kan nak bangun awal semata-mata nak layan bola..
Silap-silap sahur aku terlajak dan semua ahli dalam rumah aku tu nanti lewat nak ke sekolah dan pergi kerja.. sebab pernah terjadi sebelum ni.


Biasa hubby akan layankan aku 'bet' nak sokong pasukan mana..
Tapi memasing takde hati nak bertaruh untuk perlawanan akhir Piala Dunia pagi tadi..
Semangat kesukanan merudum waktu bulan puasa ni..
Lebih kepada nak simpan tenaga..


La ni.. di office..
Kecik besar.. kecik besar je aku tengok komputer ni..
Mengantuk sebab tak cukup tidur bukan gara-gara bola tapi tidur lewat sangat.. padan mukaku..


Pastinya pasukan Argentina berduka di atas kekalahan kepada Germany..
Bukan setakat pemain tapi seluruh peminat Argentina khususnya.. budak kecik pun sampai mengalir airmata..


Bertuahnya pasukan Germany kerana berjaya berada di puncak dunia..
Moga terus kekalkan momentum tersebut..
Aku kan dah kata.. aku sokong team yang menang je..





psstt: Rugi tak bet yang lagi extreme.. hurm..



Sunday, July 13, 2014

Biarlah hingga ke hujung nyawa..



DIA lebih mengetahui..
Sebab itu apa yang kita nak dan suka.. belum tentu kita dapat..
DIA nak menguji kita sebelum berjaya mendapatkannya..


Tak ke mana kalau kita nak ikut perasaan kita..
Untuk kebahagiaan.. kita kadang-kadang perlu mengalah..




psstt: Biarlah hingga ke hujung nyawa..






Friday, July 11, 2014

Sahur pagi tadi..



Setakat ni Alhamdulillah.. takde masalah nak mengejutkan dak Kakak dengan dak Adik untuk bersahur..
Berselera je dorang makan.. tapi makan dalam jumlah yang sedikit..
Biasanya lingkungan 5:15am dah selesai bersahur.. tapi masih lagi dok bertanya..

'Ibu.. ibu.. boleh makan lagi tak..'

Ada je yang dorang nak rasa nak makan.. Tapi bila disuruh minum air masak.. sangatlah liat..





Target aku 1 liter tapi aku hanya berjaya minum 500ml air masak..




Kesukaan dak Kakak..
Tengok jam.. 'oh.. sempat lagi ni ibu..'

Kalau pekena dengan coklat ni sedap ni kan.. kehkehkeh..






psstt: Moga doa dan bantuan buat mereka di GAZA mampu menyelamatkan mereka dari kekejaman Israel.. Kita tak sanggup nak lihat kepayahan kesusahan mereka.. mereka apatah lagi.



Thursday, July 10, 2014

Jangan cerita tentang rehat bila dah balik ke rumah




Meminjam kata-kata kakcik Seroja..
'Jangan cerita tentang rehat bila dah balik ke rumah'


Bila dah masuk bulan Ramadhan ni, rutin harian berubah sikit dari kebiasaan..
Kebanyakkan orang akan lalui perkara yang sama aku buat..


Bangun untuk menyediakan sahur.. ---> gigih aku walaupun tak cukup tidur..
Kemudian bersiap untuk pergi kerja..
Anak-anak diuruskan oleh hubby ---> terima kasih ye bang..


Petang sebelum berbuka..
Kalau dah pergi kerja berhadapan jalan yang sesak luarbiasa.. balik kerja macam tu jugaklah..
eemm.. aku rasa memasing panik nak balik cepat takut tak sempat nak menyediakan menu untuk berbuka. ---> akulah tu salah seorangnya..

Tapi..
Alhamdulillah setakat ni, hubby banyak membantu kat dapur.. Tak cukup rutin di tempat kerja.. balik rumah jadi chef in d house pulak.. ---> aku tahu nak request je.. kehkehkeh..




 Menu berbuka semalam..

 Chicken chop home made by chef hubby



 Menu ni aku yang masak..

 Daging masak lemak tak berapi cili api, kobis goreng..
Cek mek molek tiada dalam gambar..
Sirap selasih..




Fuh.. penat menggeletar kepenatan petang semalam bersilat kat dapur memasak.. ---> gara-gara aku cuma dapat tidur 2 jam sebelum bangun sahur pagi tadi..

 
Sementara nak masuk waktu berbuka.. dak Nuha makan dulu..
Kesian kat dak tecik ni.. selesema teruk.. 





psstt: Teringin nak makan sambal sardin.. dapnye kalau dapat.. tapi bila sampai kat rumah menu mesti bertukar..




Wednesday, July 9, 2014

Hanya boleh didapati setiap kali bulan Ramadhan je



Masih berkisar mengenai bersahur..

Sejak 4 tahun lepas..
Setiap pagi pasti akan kedengaran suara my atok sedaraku mengejutkan jiran-jiran terdekat bangun..



'SAHUR.. SAHUR..!'
'SAHUR.. SAHUR..!'

Suara atok pasti kedengaran..


Memula dulu atok akan call aku kalau tengok rumah masih gelap lagi..
Lepas tu malu sendirilah.. takkan hari-hari nak atok kejutkan cucu kot..

Aku dah rasa macam duduk kat kem tentera rasanya.. kehkehkeh..
Yelah.. mana taknya.. atokku itu adalah bekas anggota tentera..
Sebab tu tiap kali hadirnya Ramadhan, aku akan berusaha bangun awal semata-mata nak dengar suara atok melaung mengejutkan bersahur..






psstt: Pasti Brazil akan menang dalam siaran ulangan nanti.. kehkehkeh.. Germany.. memang ohsem lah..


Tuesday, July 8, 2014

Kerenah anak-anak di bulan Ramadhan..




Minggu pertama di bulan Ramadhan..
Masa untuk dak Kakak dengan dak Adik menyesuaikan diri dengan berpuasa di siang hari..

'Tak boleh ke cepatkan jam ni.. lambat betul nak azan Maghrib.." dak Kakak merungut.. kami senyum je dengan tingkah beliau..

"Ibu.. boleh tak adik minum.. sikit je.. bolehlah ibu.." dak Adik memujuk aku ketika lagi sejam nak berbuka..



Minggu kedua di bulan Ramadhan..
Tahniah buat anak-anak kerana semakin kuat dan bersemangat untuk berpuasa..
Alhamdulillah takde masalah untuk mereka bangun pagi ketika bersahur..
Tapi dengan syarat.. babah dorang yang kejutkan..
Kalau aku kejutkan, sikit punya liat dorang nak bangun..

Pagi tadi je dak Nuha merengek menangis.. tapi sekadar peneman.. biasa dia tak bangun..



psstt: Alhamdulillah.. rezeki Ramadhan.. tahun ni chef hubby banyak membantu menyediakan juadah ketika berbuka puasa..


Monday, July 7, 2014

Hidup Macam Roda Berpusing..



Dulu waktu sahur..
Mak yang kejutkan aku.
Aku bangun semua dah siap atas meja..
Tinggal nak ngap je menu yang ada..

 
Sekarang waktu sahur..
Alarm hp yang kejutkan aku..
Aku bangun dan kena masak untuk family kecikku..


Tapi kalau waktu berbuka tak tolong mak, siaplah kena bebel-bebel manja..
'Orang lain pun puasa jugak..'


#Hidupmacamrodaberpusing..




psstt: Moga mak dan ayah sihat hendakNYA..




Saturday, July 5, 2014

Sekadar pencetus idea..



1 Ramadhan 1435H bersama keluarga chef hubby

Hari pertama menyambut Ramadhan.. berbuka puasa di rumah MIL..
Sangat meriah dan happening.. cuma masa tu aku tak boleh melasak sangat sebab sakit pinggang..
Sekarang dah ok sikit.. Alhamdulillah..



dak Nuha yang kepenatan..
Masa ni dia keseorangan sebab dak Kakak dengan dak Adik balik dulu rumah atok dorang..



Macam-macam ada.. tinggal nak pilih yang mana berkenan di hati..
Melayan mak buyong yang berkehendakkan tepung pelita ni..




Menu berbuka di rumah MIL..


Menu utama: Asam Pedas Ikan Jenahak, Prawn Butter, Kari Kambing, Tomyam Kelapa..


Asam Pedas Ikan Jenahak.. yang ni MIL yang buatkan.. gedik tak gediklah aku.. Ikan pulak fresh sebab FIL baru balik dari memancing..
Tomyam Kelapa pulak.. aku dapat idea gara-gara entry kak Aziela di SINI..
Bila adik-beradik hubby dapat berkumpul berbuka puasa tu, ambil kesempatanlah masukkan sekali menu tu..




Bersama sepupu memasing sebelum waktu berbuka puasa..





psstt: Sekadar pencetus idea bagi mereka yang nak cuba menu lain dari yang lain untuk berbuka..



Friday, July 4, 2014

Semua orang Panik..



'Semua orang panik nak balik cepat sebab nak masak untuk berbuka agaknya.. tu yang jalan sesak teruk tu..'
Komen hubby bila aku bagitahu keadaan jalan yang luarbiasa sibuk ketika bulan Ramadhan..


Kalau nak bandingkan dengan tahun lepas.. tahun ni laluan yang tak terjangkau dek akal.. yang sesak teruk..
Jalanraya yang dah memang sedia sesak tu, usah ceritalah kan..

Tapi..
Aku masih sempat masak untuk keluarga kecik kat rumah.. alah.. yang buat sempat tu sebab adanya chef hubby.. kihkihkih..
Walaupun ada bazaar Ramadhan tapi aku sekadar 'tumpang lalu' je.. nak singgah membeli memang taklah kan..



Moga DIA permudahkan urusan kita semua dan moga kita semua dilindungiNYA.. amin..



psstt: Bagi yang bertanya.. aku masih belum berkesempatan nak buat 'puteri mandi'..



Thursday, July 3, 2014

Sedang bersilat dengan..




Hari ni kembali bertugas..

Merujuk kepada entry semalam..
Hubby cakap 'cuti atau tak.. sama je keadaannya.. tak jugak dapat rehat.. macam mana nak baik..'


Alhamdulillah.. pinggang aku agak 'stabil' hari ni dan takde jalan senget teruk macam sebelum ni..
Tapi.. tetap belum boleh melasak.. kena kawal pergerakan buat sementara..



psstt: Sedang bersilat dengan kerja hakiki yang ada..





Wednesday, July 2, 2014

Semalam aku di PPUM


Mencari idea untuk berbuka..


Pagi semalam aku di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).. atas tujuan mendapatkan rawatan akibat 'kecederaan' pinggang yang aku alami..

Biasanya bila dah tak mampu nak menahan sakit baru aku 'menyerah diri' di hospital..

Andai sakit ni masih berterusan dalam masa terdekat ni aku akan rujuk semula di hospital.. sebab biasanya selepas hampir seminggu sakit pinggang ni akan pulih tapi tidak pula kali ni..

Hari ni aku cuti rehat..
Hubby cakap 'cuti atau tak.. sama je keadaannya.. tak jugak dapat rehat.. macam mana nak baik..'



psstt: Hari ni aku nak cuba buat Puteri Mandi..



Tuesday, July 1, 2014

Belajar buat Kek Coklat Moist



Sebenarnya dah beberapa kali aku tangguhkan nak belajar buat kek coklat moist dengan kakak sepupu hubby.. Akhirnya sehari sebelum menyambut bulan Ramadhan 1435H, aku berjaya luangkan masa belajar membuatnya..

Tapi yang berlaku sebenarnya adalah.. ---> aku tengok.. ambil gambar.. salin resepi.. yang buat bukan aku..  tapi kakak sepupu hubby datang kat rumah MIL yang ajar aku dengan adik ipar sekali..

Tercipta satu lagi sejarah.. sekurang-kurangnya aku nak belajar buat dari tak tahu langsung..
Bersemangat waja sungguh kali ni..

Ok.. resepi dah ada.. cuma yang perlu aku buat.. ---> rajinkan diri untuk membuatnya..
Puas rasanya bila apa yang dihajati akhirnya dapat.. cuma tinggal nak buat ikut resepi dan sukatan yang diajar tu aje.. tapi masa ni tak perlu lagi sebab masih ada baki kek tu.. jangan membazir..







psstt: Maaflah ye kalau ada yang tak suka gambar makanan di upload ketika bulan Ramadhan ni.. ni sekadar catatan kenangan mak budak di sini..



Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...