Followers Remaja Purba

Wednesday, October 26, 2022

Komunikasi Sehala


Kisah..

Bila aku rasa sakit hati, marah, kecewa adakala aku akan luahkan di sini tapi semuanya hanya akan tersimpan di dalam draft. Rasa sedikit lega bila aku dapat luahkan walau akhirnya aku sedar tiada siapa yang tahu luahan hati.

Bila aku tengah sedih, nak berkongsi rasa dengan anak-anak tapi aku tak sampai hati. Bukan mengajar mereka untuk membenci tapi adakala mereka berhak untuk mengetahui kenapa ibunya jadi begitu, jadi begini.

Maka, sebab itulah aku lebih suka anak-anak bercerita tentang apa sahaja. Aku tak suka komunikasi sehala apatah lagi kalau anak-anak tak layan aku. Aku tak suka.

Bila dak Kakak dah berjauhan ni, wujud pula group whatsapp antara aku dan anak-anak. Dak Kakak pasti akan telefon/video call/mesej walau hanya sekali sehari. Bukan senang nak lepaskan anak tapi demi masa depan.. ibu takkan halang. Pergilah.. tapi kalau ibu dapat ikut mesti lagi bahagia.. kahkahkah.. apa daaa ibu ni..

Sekarang..
Aku rasa sedikit tenang..

Esok..
Tak tahu apa akan terjadi..

#RemajaPurba: Hanya mampu merancang, yang menentukan hanyalah DIA.

Tuesday, October 25, 2022

Deepavali Day


24 Oktober 2022 (Isnin)
Cuti Umum = Deepavali Day

Kabus di pagi hari.

Kami jarang dapat peluang menikmati pemandangan waktu pagi macam ni.


Alhamdulillah.. selamat sampai tapi sebelum tu kita sarapan dulu.
Bila tengok nasi lemak ni, buatkan aku nak ke sana lagi.


Hantar ➜ Turun Barang ➜ Balik Rumah

Buatmu Kakak..
Moga rutin harian kakak di sana dipermudahkanNYA.
Ibu hanya mampu doakan kakak dari sini.
Pedulikan dan jangan fikir masalah apa yang sedang ibu hadap.

#RemajaPurba: Ibu tahu kakak kuat.

Sunday, October 23, 2022

Terima kasih Negeri Pahang


21 Oktober 2022 (Jumaat)
Hari ini aku mengambil cuti rehat bagi menyelesaikan beberapa perkara sebelum bergerak untuk mengambil dak Kakak di luar negeri. Cuti pun tak lama, tiga hari tapi dari awal dia dah minta Babahnya ambil. Bila disuruh naik bas, tak nak pula.

Sebelum ini..
'Ibu, nanti ibu ajar macam mana nak naik bas boleh..?'
Hailaa kakak, sekarang tak nak pula..?

Maka..
Pahang di depanku..
Selangor di belakangku..


Alhamdulillah selamat sampai di tempat dak Kakak ketika dah masuk waktu tengahari, sementara nak tunggu dak Kakak mengemas, dak Nuha sempat buat kerja sekolah di ruang terbuka kafeteria di sana. Aku sebenarnya tak sangka dak Nuha bawak kerja sekolah dia.

Sempat mengisi masa yang terluang.


Selesai urusan berkaitan, sebelum meneruskan perjalanan pulang, kami singgah makan di kedai makan berhampiran. 

Sementara menunggu makanan tiba..

Menu pilihan kami:
Nasi goreng USA
Nasi goreng seafood
Nasi goreng ikan masin
Sotong celup tepung
Teh o ais satu jug

Ikan patin masak tempoyak..?
Bukan dalam list aku sebab ada unsur durian. Jadi, semua tak dapat merasa.


Alhamdulillah..
Selesai makan, masa untuk pulang.
Memulakan perjalanan pulang di SINI..

Betapa indah pemandangan sepanjang perjalanan.
Subhanallah.. cantik sungguh ciptaanNYA..

Hujan mengiringi perjalanan pulang..
di SINI..

Biasa, bila hujan.. mulalah terasa lapar tapi kali ni semua kekenyangan sebab baru lepas makan.
Aku tapau nasi goreng ikan masin ni waktu di kedai makan tadi sebab nasinya sedap + banyak.

Banyak kan.. penuh membukit.
Puas hati.

Rupa-rupanya kedai makan ni antara tempat pilihan pelajar. Selain dari sedap dan murah, nasinya banyak. Boleh makan untuk dua orang. Kedai makan ni memang menyajikan sebegitu kerana pelanggan yang makan kebanyakkan dari kalangan pelajar di situ. Moga makin murah rezeki tuan punya kedai makan tersebut.

Nama kedai..?
Lokasi..?
Takde gambar makanan..?
Jujur tiada pun gambar sebab kami sebenarnya kelaparan, tak terfikir nak ambil gambar. Lagipun kami nak kejar masa untuk mengelak dari tersekat dalam kesesakan jalanraya.

Menjadi kebiasaan, bila pilot mula 'karaoke' di SINI.. Ini bagi mengelakkan dari mengantuk.

Terima kasih Negeri Pahang kerana menerima kehadiran kami, nanti kita jumpa lagi.


Malam:
Alhamdulillah, selamat sampai di rumah selepas berhadapan dengan kesesakan di lebuhraya sepanjang laluan nak balik ke rumah, terlupa waktu orang balik kerja di SINI..

#RemajaPurba: Masa untuk berehat..

Friday, October 21, 2022

Keputusan Lembaga Tatatertib buat 'cikgu Korea'


Kita sedia maklum berkenaan kes 'cikgu Korea' yang menjadi bualan hangat ketika ini. Alhamdulillah.. keputusan yang diadili memihak kepada beliau. Moga pihak berkenaan mengambil peluang melakukan sesuatu dalam usaha membangunkan sistem pendidikan negara ke arah yang lebih baik.


di SINI..


Bukan mudah untuk mengubah apa yang ada kerana melibatkan banyak pihak tetapi sekiranya yang 'banyak pihak' itu sama-sama berganding bahu bekerjasama, pasti akan membuahkan hasil yang lebih baik dan meninggalkan impak positif buat semua.

====================================

Memo Tunjuk Sebab

Aku pernah dapat memo kerana satu post di socmed berkenaan isu di tempat kerja. Isunya kecil je, takdelah sampai ke tahap dikenakan tindakan tatatertib. Terkejut sudah pasti tapi tetap ku jawab, sekadar memenuhi tuntutan yang diinginkan di dalam memo tersebut.

Mengaku salah..?
'Jangan dilawan cakap orang tua, nanti buruk kesannya'.

Jauh disudut hati, cukup setakat itu 'untuk kau kenali aku'. Sejak kes tu, aku nekad untuk unfriend semua. Biar ku humban jauh ke gaung sana kerana aku bukan sesiapa tapi yang bukan sesiapa inilah yang kena.

Aku pesan ni:
'Jangan dicari anak ikan, carilah mak Jerung. Baru boleh tahu sejauh mana performancenya'.
'Aku diam bukan bermakna aku kalah tapi aku loya sebenarnya'. 

#RemajaPurba: Terasa jantung ditusuk dengan isu ini.

Sunday, October 16, 2022

Birthday dak Adik (28082022) dan Birthday dak Kakak (20092022)


Kenangan yang tertinggal.

28 Ogos 2022 (Ahad) 
Ulangtahun Kelahiran Qawiem @ dak Adik.

Happy Birthday to you Qawiem

Tetap disambut walau hanya kita berlima di SINI..
 
==============================================

20 September 2022 (Selasa)
Birthday Umairah @ dak Kakak

Selamat Hari Lahir buat Cinta Hati pertama MakBudak dan en. Hubby.
Kakak.. Ingat pesan ibu.


Buat dak Kakak, dak Adik dan dak Nuha:
Semoga dipanjangkan umur dengan segala kebaikan dan dimurahkan rezeki dengan segala keberkatan serta moga rutin harian dipermudahkanNYA.

#RemajaPurba: Aamiin..

Monday, October 3, 2022

Bukan ke luar negara tapi hanya ke luar negeri


#RemajaPurba dah bersedia nak ke luar negeri.. 
Anda bila lagi..?


30 September 2022 (Jumaat)
Pagi:
Terima panggilan dari cikgu sekolah dak Nuha meminta penjaga mengambilnya di sekolah. Terkejut aku bila cikgunya kata demam panas sebab sebelum ke sekolah pagi tu, dak Nuha takde pulak merengek dekat aku kata tak sihat.

Tengahari:
Separuh hari je aku berada di tempat kerja. Dalam kepala dah mula serabut, dak Nuha tak sihat, nak uruskan dak Kakak lagi. Ragam anak bila tak sihat, ajak ke klinik pun tak nak.

Sebenarnya hari ni hari ketiga aku tak cukup rehat, badan rasa melayang tapi aku gagahkan diri membantu dak Kakak mengemas semua keperluannya. Malamnya, dapatlah aku rehat sekejap sebelum memulakan perjalanan awal pagi bukan ke luar negara tapi hanya ke luar negeri.


01 Oktober 2022 (Sabtu)
Alhamdulillah..
Sebelum pukul tujuh pagi, kami selamat tiba di universiti di negeri ini. Sempatlah kami bersarapan sebelum sesi pendaftaran masuk ke kolej kediaman pelajar. Dak Nuha pulak nampak agak ok sikit berbanding semalamnya. Dak Adik seperti biasa - muka takde perasaan. Babah deme pulak menahan diri dari buat aksi ala Juon mencari bantal nak berehat. Letih double triple tak cukup rehat + tidur.

Takkan berjaya sampai di sini andai salah seorang tidak merelakannya..

Selesai urusan berkaitan, kami ke bandar berdekatan untuk membeli sedikit lagi keperluan buat dak Kakak dan sebelah petangnya kami terus ke tempat penginapan. Kisah mengenai homestay ni nanti aku kongsikan pada entry akan datang.

02 Oktober 2022 (Ahad)
Pagi:
Lepas sarapan, kami hantar dak Kakak kembali ke kolej kediaman sebelum kami memulakan perjalanan pulang.

Alah kakak.. babah tahan nangis tu sebab tu takmo keluar dari kereta..

En. Hubby:
'Lepaskanlah anak tu, kalau tak nak lepaskan anak tu, angkat tempat dia belajar tu letak belakang rumah..'

Aku..?
Hati seorang ibu..

Lagi enam bulan, confirm penyu tu akan mempunyai berekor² anak.


03 Oktober 2022 (Isnin)
Bila pertama kali berada di tempat yang tak biasa aku jelajahi, mudah sangat pinggang aku 'sakit'. Rasa semua urat + otot aku mengeras, susah nak bergerak. Nak baring + duduk pun sangat tak selesa. Maka, hari ni berehat je di rumah.

Esok..?
Rutin harian kembali seperti biasa cuma kali ni sunyi sikit = dak Kakak takde.

#RemajaPurba: Demi masa depan..

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...