Followers Remaja Purba

Saturday, October 31, 2020

Kelas Online PKPB dan Swab Test

 
DAY 223 (26 Oktober 2020 - Isnin)
Ketika kawan-kawan sudah ada telefon dan mempunyai nombor telefon sendiri, dak Kakak masih belum ada. Jangan tanya kenapa kerana aku ada alasan aku sendiri.

Akhirnya, dua minggu lepas dak Kakak berjaya memperoleh nombor telefon sendiri manakala telefon diberikan oleh kakak sepupunya. Kenapa..?

Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) kali ini lebih hebat kelas online anak-anak. Memandangkan dak Kakak tinggal sementara di rumah mySIL maka aku kena belikan simcard untuk digunakan oleh dak Kakak dengan syarat 'jangan delete nombor ibu dalam semua group kelas yang ada'. Pemantauan berterusan kena dilakukan bagi mengelakkan dia terlepas pandang kerja sekolah yang diberikan.

Alhamdulillah, sedikit mudah untuk dak Kakak berhubung dengan ibunya ini andai ada perkara yang diperlukan. Hanya tinggal dak Adik dan dak Nuha, deme ni kena pemantauan lebih, kalau tak nanti 'ke laut dalam deme pergi' + ibunya sekali tenggelam.


DAY 224 (27 Oktober 2020 - Selasa)
Work From Home (WFH).
Bekerja seperti biasa dan kalau kena tegur dengan ketua pun, masih boleh rileks santai sambil goyang kaki sebab bukan dia nampak. Kalau dekat tempat kerja kau buat macam tu, sengaja cari nahaslah.. kahkahkah..


DAY 225 (28 Oktober 2020 - Rabu)
Mengambil peluang ke pasar pagi membeli bahan mentah untuk kegunaan kami di rumah. Membeli sekadar perlu dan bukan mengikut kehendak. Bersederhana sejak dulu dan bukan hanya keranamu PKP.


DAY 226 (29 Oktober 2020 - Khamis)
Setiap tahun kita tidak pernah gagal dalam memperingati tarikh kelahiran Nabi Muhammad SAW di atas perjuangan dan pengorbanan baginda kepada umatnya.

Hari ini, 29 Oktober 2020 bersamaan 12 Rabiulawal 1442H merupakan sambutan Maulidur Rasul yang mana tahun ini bertemakan 'Ummah Rabbani Negara Harmoni'. Tema yang menggambarkan sifat Rabbani dan kepatuhan hamba kepadaNYA yang akan membawa kepada keharmonian ummah dan negara.

Dengan ujian COVID-19 ketika ini, moga kita lebih mendekatkan diri kepada ajaran Rasulullah SAW yang tidak pernah melupakan kita sebagai umatnya.


DAY 227 (30 Oktober 2020 - Jumaat)
Walau bukan individu yang berkeperluan tinggi untuk hadir bertugas tapi aku mengambil peluang mengambil swab test ini sebagai langkah berjaga-jaga. Ini juga antara peraturan utama tempat kerja aku, tanpa swab test dan memo arahan daripada pihak atasan, aku tidak dibenarkan hadir bertugas sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini dilaksanakan; sebaliknya hanya perlu bekerja dari rumah (WFH).

Hari ini juga aku pergi ke hospital bagi mengambil ubat yang diperlukan, Selepas ini, aku hanya perlu mengisi maklumat secara online berkenaan pengambilan ubat dan pihak hospital akan menghantar ubat tersebut ke alamat rumah aku. Ini bagi mengurangkan jumlah orang ramai yang perlu hadir ke hospital untuk urusan ulangan pengambilan ubat.

Untuk rekod:
Keputusan swab test yang aku jalani tersebut, telah disahkan negatif. Alhamdulillah..


DAY 228 (31 Oktober 2020 - Sabtu)
Mengambil peluang bermalas-malasan dengan mengurangkan aktiviti 'bekerja dalam rumah'. Maaf ye en. Hubby.. 'hari ni den maleh nak buek kojo rumah'. Nak bersantai sambil menonton filem Tamil kesukaan den.

#KisahKita: ...

Sunday, October 25, 2020

Paling menyayat hati - Trigger Finger

 
DAY 218 (21 Oktober 2020 - Rabu)
Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB)
Kerajaan telah menetapkan Work From Home (WFH) bermula pada 22 Oktober 2020 sehingga PKPB tamat. Hari ini juga aku kena mengemas segala bagai barang dari tempat lama untuk dibawa ke tempat baru. Terima kasih kepada technical team aku yang 'kena paksa' mengangkut barang aku.. 😄

Paling menyayat hati, ibu jari tangan kiri aku terlanggar troli ketika aku sedang membuka pintu. Rasa nak menjerit aku dibuatnya bukan kerana sakit terlanggar troli tapi ibu jari aku terus 'sangkut' dikedudukan yang bengkok dan berbunyi 'pop' apabila jari diluruskan. Kalau hati tak kuat, dekat situ je aku dah menangis + menjerit.

Kedudukan ibu jari tangan aku seperti gambar di bawah.
Sumber en. Google

Apa yang didiagnosis oleh doktor sebelum ini, aku dikatakan mengalami penyakit Trigger Finger di mana berlaku proses keradangan pada lapisan luar urat jari atau tendon yang menyebabkan ia menebal dan seterusnya menyempitkan laluan tendon tersebut ketika berlaku pergerakan. Itulah yang terjadi pada aku dan hampir lima bulan kedua-dua ibu jari tangan aku tak boleh bengkok seperti biasa dan kalau ianya bengkok pasti akan sakit bila nak tegakkannya kembali. 

Kalau nak tahu apa itu Trigger Finger, maklumat lanjut boleh di dapati di SINI.. Inipun en. Google yang bantu.

Sumber en. Google

Rasa sakit mencucuk-cucuk pada bahagian seperti di dalam gambar di atas apabila aku membuat kerja dalam jangka masa yang lama seperti menulis dan menaip. Aku perlukan poket doraemon ketika ini supaya aku tidak perlu menjalani pembedahan.


DAY 219 (22 Oktober 2020 - Khamis)
Hari pertama aku berhadapan dengan fasa Work From Home (WFH) seperti masa di awal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada bulan Mac 2020 yang lepas. Kali ini aku lebih bersedia + atas arahan ketua aku yang mana aku perlu membawa pulang laptop untuk membuat kerja dari rumah. Moga segala urusan berkaitan kerja aku dipermudahkanNYA.


DAY 220 (23 Oktober 2020 - Jumaat)
Majikan tempat aku bekerja menyediakan swab test COVID-19 kepada pekerja yang berkeperluan untuk hadir bertugas sepanjang tempoh PKPB dikuatkuasakan.

Aku..?
Tak buat pun..

Takut..?
A little bit..

Rugi tak ambil..?
Ye.. sebab tiada peluang untuk aku hadir ke tempat kerja tanpa swab test tersebut. Lagipun ketua aku tidak menggalakkan aku untuk hadir ke tempat kerja memandangkan segala kerja aku boleh di access dari rumah.


DAY 221 (24 Oktober 2020 - Sabtu)
Seharian di rumah, bermalas-malasan sambil menonton filem Tamil kesukaan aku. Maari 2 dan Sahoo..

Filem apa itu?
Nantilah aku cerita, belum ada mood dek gara-gara terlebih bermalas-malasan..


DAY 222 (25 Oktober 2020 - Ahad)
Hari ini lagi teruk saka perut aku..
Terlebih makan buah anggur, kenyang teramat jadinya.

'Wahai mulut + tekak, tidakkah kau kasihan kepada kawanmu si perut. Rasa nak meletup perut jadinya..'

#KisahKita: Mood Bosan..

Wednesday, October 21, 2020

Honeymoon Day and Off Record

 
DAY 214 (17 Oktober 2020 - Sabtu)
Hari ini 'Honeymoon Day' dek kerana anak-anak berada di rumah mySIL. Sunyi tanpa ada geng gaduh, yang ada pun bapak budak.. 😂😂😂


DAY 215 (18 Oktober 2020 - Ahad)
Makan tengahari di rumah mySIL, sementara itu hanya dak Kakak yang akan tinggal di rumah mySIL bagi menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru kelasnya. 


DAY 216 (19 Oktober 2020 - Isnin)
- Off Record -


DAY 217 (20 Oktober 2020 - Selasa)
Pagi:
Temujanji di Bahagian Pemulihan Carakerja berkaitan kedua-dua belah ibu jari tangan aku.

Tengahari:
Sampai rumah terus masak, lapar. Ni kira pakej Breakfast + Lunch.

Petang dan malam, aku di rumah.. anak-anak di luar rumah.

#KisahKita: Semakin berdenyut-denyut sakit jariku ini.

Friday, October 16, 2020

Sekatan jalan raya

 
DAY 212 (15 Oktober 2020 - Khamis)
Sekatan jalan raya.. 😎
Aku dah bersedia dengan jawapan sekiranya tidak berjaya melepasi walau hakikatnya tiada masalah untuk keluar dengan adanya surat di tangan.

'Alhamdulillah.. terima kasihlah abang polis bagi kami u-turn balik, boleh kami bekerja dari rumah je'.  Kalau dapat macam ni, tadah tangan mendongak langitlah aku.


DAY 213 (16 Oktober 2020 - Jumaat)
Sekatan jalan raya
Pagi semalam, abang polis dah tunggu kat tengah jalan tengok kami lalu 🤭 tapi pagi tadi deme dok bawah khemah je, kami dapat jeling deme dari jauh je 😁 Mungkin sebab kami keluar awal, deme tak dan nak bersedia kot..

Takpelah, masih ada masa untuk bertemu bertentang mata lagi.. 😂

#KisahKita: ...

Wednesday, October 14, 2020

PKPB di Negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya


DAY 209 (12 Oktober 2020 - Isnin)
'Eh!Tak pindah lagi ke kak?'
'Sabar..'
Sampai masa aku pindah jua, aku minta tempoh perlanjutan perpindahan tersebut sehingga minggu depan. 


DAY 210 (13 Oktober 2020 - Selasa)
Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan berkuatkuasa dari 14 - 27 Oktober 2020 seperti yang dinyatakan oleh Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Peningkatan kes COVID-19 yang berlaku seperti di Klang, Petaling selain dari Gombak dan daerah-daerah lain menyebabkan PKPB dilaksanakan di seluruh negeri Selangor. SOP PKPB pun kita semua sedia maklum.

Aku..?
Rutin harian seperti biasa, kalau luarbiasa pun sebab en. Hubby masak di rumah untuk kami sekeluarga. Sesekali aku dapat berehat dari berkejar balik untuk masak makan malam. Bukan tak bersyukur tapi sekurang-kurangnya aku tak tantrum.


DAY 211 (14 Oktober 2020 - Rabu)
Pagi tadi..
Aku bangun lambat tapi Alhamdulillah jalan tak sesak, mungkin sebab ramai mengambil peluang Work From Home (WFH). 

#KisahKita: Aku kerja seperti biasa.

Tuesday, October 13, 2020

Work From Home (WFH)

 
DAY 206 (09 Oktober 2020 - Jumaat)
Work From Home (WFH)

Alhamdulillah.. Aku bukan antara yang terkesan dek Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dilaksanakan oleh kerajaan tetapi..

Soalan:
'Ada masalah penjagaan anak sebab sekolah ditutup untuk dua minggu ini tak?'

Jawapan:
'Kalau aku jawab aku ada masalah nak jaga bapak budak, agak-agak dapat tak WFH?' 😎

Moga mereka semua yang terlibat dipermudahkan dalam segala urusan termasuk kita semua yang berada di luar lingkungan PKPB ini.


DAY 207 (10 Oktober 2020 - Sabtu)
10102020
10 Oktober 2020
Hari Bulan Tahun

Satu tarikh yang unik yang takkan kembali kecuali..
'You have memories to look back on today'
😎

Kenangan aku pada tarikh ini..
Tidak sampai tiga tahun aku diarah bertukar tempat tetapi aku minta tempoh perlanjutan perpindahan tersebut sehingga akhir hujung bulan ini.


DAY 208 (11 Oktober 2020 - Ahad)
Tiada aktiviti di luar rumah.
Kekal di dalam rumah seperti biasa.

#KisahKita: ...

Friday, October 9, 2020

Kuarantin sepenuhnya di rumah

 
DAY 200 (03 Oktober 2020 - Sabtu)
Pada yang bertanya, pembedahan yang akan aku jalani nanti adalah pada jari tangan kanan. Sementara itu, rutin harian berjalan seperti biasa.


DAY 201 (04 Oktober 2020 - Ahad)
Kuarantin sepenuhnya di rumah, sebagai langkah berjaga-jaga. Dak Nuha merengek ajak keluar berjalan pun aku tak layan. Betapa kebalnya hati aku kali ini.


DAY 202 (05 Oktober 2020 - Isnin)
Hari ini aku bekerja dalam keadaan marah + geram yang tak dapat diluah. Jangan tanya apa sebab aku sendiri dah lupa..😂


DAY 203 (06 Oktober 2020 - Selasa)
Dua minggu tak online.. 🤔
Terima kasih sebab bertanya.🙃

Sebenarnya aku sibuk 'outstation'
Kalau tak ke Thailand, aku ke Korea takpun ke Taiwan tapi biasanya ke China.. 🤪


DAY 204 (07 Oktober 2020 - Rabu)
Makin lama makin meningkat kes Covid-19. Sejak 200 hari yang lepas kita telah berada di dalam norma baharu disamping Abah turut berpesan:
  • Guna Topeng Muka
  • Kerap membasuh tangan
  • Penjarakan Sosial
Juga mengelakkan 3S
  • Sesak - sedari dulu aku tak suka dengan tempat yang sesak.
  • Sempit - tempat yang tertutup dan sempit, hari-hari aku menggunakan lift di tempat kerja.
  • Sembang dekat - berbisik di dalam  whatsapp je sekarang ni.

Realitinya aku ni seorang yang lebih suka berada di rumah. Betapa nikmatnya dapat berehat di hujung minggu selepas lima hari bekerja berhadapan pula dengan jarak perjalanan lebih seratus kilometer pergi dan balik ke tempat kerja.


DAY 205 (08 Oktober 2020 - Khamis)
Nampaknya sebahagian dari daerah Klang telah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Dari jauh aku doakan moga rutin harian mereka dipermudahkanNYA.

Aku..?
Tiada persediaan awal untuk memindahkan barang-barang untuk berpindah aras. Tak sampai setahun setengah aku berada di lokasi sekarang. Rasa macam baru je aku di sini.

#KisahKita: ...

Monday, October 5, 2020

Bukannya setiap hari itu indah belaka


DAY 195 (28 September 2020 - Isnin)
Warna baju: Hitam 'maybank' kata en. Hubby.


DAY 196 (29 September 2020 - Selasa)
Warna baju: Green Mint

'Ibu, kenapa tak pakai baju warna pink dah?' Bila tiba-tiba dak Adik bertanya.
'Saja nak tukar pakai baju warna lain. Kenapa dik?'
'Biasa kan ibu pakai baju pink, dah tak muat ke ibu?'

Wah!Kau dik.. tu sindir ke apa? Ibu tahu #PerasanSlim ibu dah lama pergi.. 


DAY 197 (30 September 2020 - Rabu)
Warna baju: biru gelap

Aku ni jenis kalau marah sampai tahap nak menangis, itu tandanya tahap yang aku tak boleh tahan dah.. Eemm.. tarik nafas, hembus nafas..

'Jangan marah-marah, nanti tak cantik'.
Pujuk seorang boss aku ni.


DAY 198 (01 Oktober 2020 - Khamis)
Petang..
Pertemuan kali kedua dengan doktor di Bahagian Orthopedic.
Keputusan: Stage 4
Pilihan: Berada di tangan aku tetapi doktor cadangkan untuk aku meneruskan dengan pembedahan.
Aku: Tunggu jelah harinya..


DAY 199 (02 Oktober 2020 - Jumaat)
Bekerja seperti biasa tapi berhadapan dengan tekanan yang sedikit luar biasa dari biasa. Takpelah, bukannya setiap hari itu indah belaka.

#KisahKita: ...

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...