Followers Remaja Purba

Tuesday, February 27, 2018

Nak Usap.. mana mahunya


Kronologi kes:
Lewat malam Jumaat lepas aku singgah di rumah mak aku dan nak dijadikan sebab lepas tu mata aku terus pedih + gatal. Apa pulak yang masuk dalam mata aku ni?


Semalam hadir juga bertugas bukan sebab nak sangat gelaran pekerja cemerlang tapi ada taklimat khas berkaitan sesuatu (yang ni belum masa nak share, #Murung nanti).


Akhirnya..
Doctor bagi aku Cuti Sakit dua hari kerana masalah pada mata aku. Sepet dan pedih kerana melecet sebelah mata aku gara-gara aku gosok - dah gatal aku gosokkan, nak usap.. mana mahunya.


Maka, duduklah ontok-ontok di rumah. Anak-anak paling suka bila aku atau Babahnya cuti, dapat mengambil kesempatan a.k.a bermanja mintak uruskan rutin persekolahan dorang.



StatusHati: Berehat ontok-ontok di rumah..



Saturday, February 24, 2018

Buat penerima BR1M


Buletin Utama TV3:
RM6.3 Billion diagih kepada 7 juta penerima bermula Isnin ni.

"Jika mereka layak menerima RM1,200, kita agihkan RM400 dahulu dan bakinya akan dimasukkan ke akaun mereka untuk fasa kedua dan ketiga." Tan Sri Mohd Irwan Serigar (Ketua Setiausaha Perbendaharaan)


Jangan #Murung buat mereka yang tak layak menerima.


StatusHati: Bukan semua layak..



Thursday, February 22, 2018

Tiba-tiba di Trauma dan Kecemasan di Hospital



Urusan tiba-tiba di Trauma dan Kecemasan di Hospital melibatkan #ChefHubby pada malam kelmarin akhirnya selesai awal pagi semalam.

Awalnya aku ingatkan tak teruk tapi bila kawan beliau di tempat kerja meminta aku datang tapi bila tengok keadaan beliau separuh sedar tu, takde nak bincang apa dah, terus ku kejarkan ke hospital. Terima kasih buat kengkawan dan staff beliau di tempat kerja membantu beliau sewaktu kejadian.


Trauma dan Kecemasan di Hospital


Terima kasih yang tak terhingga buat Emi, kawan en. Hubby yang menemani di hospital, berkebetulan beliau berada di kawasan berhampiran - kena paksa dengan aku sebenarnya.. hehehe.. dan terima kasih juga buat kawan en. Hubby yang terus datang menjenguk bila berita tersebar.

Terima kasih juga buat semua yang mendoakan keadaan beliau. Paling terharu bila kawan en. Hubby meminta Emi tengokkan keadaan aku pada malam kejadian. Serious aku dalam keadaan keletihan - realiti sebenar di mana aku tak boleh berada di dalam keadaan terlampau penat. Syukur aku OK malam tersebut.



Bersedia untuk balik


Lepas selesai prosedur check up dilakukan oleh doctor dan pemantauan sepanjang malam tersebut, en. Hubby dibenarkan balik. Tak perlu warded. Alhamdulillah..


1st time ni.. teruja sekejap..


Kali pertama aku dibenarkan memandu pada awal pagi, pukul 3 pagi pulak tu. Eleh itupun sebab terpaksa. DAN en. Hubby tersengguk-sengguk menahan ngantuk sepanjang jalan risaukan aku yang memandu. Bila aku senyap tiba-tiba lagilah dia risau. 'Lahh.. abang.. kan sayang tengah dengar surah Yassin ni kenalah diam, takkan nak menyanyi cumi cumi pulak.' Bukan apa, beliau risau takut kejadian yang di SINI berulang. Nauzubillah.. InsyaAllah aku akan lebih berhati-hati lepas ni.



Semalam en. Hubby berehat di rumah.

Keadaan aku..?
Bak kata en. Hubby 'Kita yang sakit, dia pulak yang over. Macam dia pulak yang sakit.' Mana taknya, mata ni macam ada gam.. mengantuk gara-gara tak tidur seharian.

Alhamdulillah, moga keadaan en. Hubby semakin baik dan dapat menjaga kembali #MakBudak seperti biasa. Aamiin..



StatusHati: Bila ada yang menggalakkan aku untuk bercuti.. maka.. eemm..



Tuesday, February 20, 2018

Ni semua salah en. Hubby 😣


Awak ok..?
Alhamdulillah.. much much better than 3 weeks ago.
Terima kasih pada yang bertanya. 


Dah sihat ke ni..?
Nak kata 100% membongaklah tu tapi setakat ni semua dalam kawalan.


Dah makan ke belum..?
Makan..? Ini adalah perkara yang aku tak boleh elak langsung sekarang. En. Hubby tak boleh dengar aku sebut LAPAR.. terus diajak makan. Tengah malam pun jadi.. huhuhu.. Nangis dalam hati aku dibuatnya sebab segala baju masa zaman #PerasanSlim jadi tak muat la ni. Ketat tak boleh zip beb. Ni semua salah en. Hubby.


Cukup rehat ke..?
Dari dulu mana pernah cukup rehat. Sehari paling hebat pun setakat 3 - 4 jam je. Kalau dapat 5 jam syukur Alhamdulillah. Manalah en. Hubby tak risaukan keadaan aku pergi dan balik kerja sendirian.


Pengambilan Ubat..?
Hampir setiap malam aku kena ambil. Ubat ni juga membantu untuk aku lena sebenarnya tapi yang pasti bukan ubat tidur.


Siapa yang uruskan hal dekat rumah..?
Rutin harian dibantu oleh anak-anak yang pastinya. NO BIBIK dalam rumah ni maka semua kena beri kerjasama sepenuhnya. Pada aku, tak nak tolong mudah je - ke tong sampahlah perginya.


Ramai yang mengatakan aku jadi macam ni sebab terlampau kuat berdiet hingga menyeksa diri. Natijahnya.. ramai sedia maklum.


Ha.. nak diet lagi ke?
Buat sementara.. aku kena lupakan #PerasanSlim aku. Suka ke tak suka ke kenalah terima hakikat realiti kehidupan #MakBudak kini. Kena slow down semua aktiviti. Nak melasak lagilah tak boleh - kena fikir keadaan pinggang pulak.



StatusHati: Kurus tetap dalam agenda 2018.



Monday, February 19, 2018

Aku berjaya menjinakkan dirimu..!



Tiap kali aku lalu di tempat kejadian, rasa berdebar-debar tu tetap ada. Lebih-lebih lagi bila secara automatik aku akan perlahankan kereta aku sambil membayangkan macam mana ianya berlaku? Tak terjangkau dek fikiran..


Pagi ini..
Buat pertama kalinya, aku bersama denganmu. Dengan lafaz بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ aku memulakan proses memicit, menekan, memulas dah seterusnya menggomolimu. Berdebar-debar dah tentu, risau apatah lagi. Kesunyian menguasai tanpa iringin alunan surah Yassin seperti selalu. Apatah lagi nak mendengar muzik dari radio, mood lebih kepada bersediakah aku, mampukah aku menguasai dirimu seperti selalu?


Dan.. akhirnya..
Alhamdulillah.. aku berjaya menjinakkan dirimu. Fuh! Satu kelegaan yang bukan sedikit aku rasa. Rasa yang sama turut aku kongsikan kepada en. Hubby. Instinct beliau sungguh kuat, setiap pagi sejak kejadian tersebut pasti akan bertanyakan lokasi terkini aku. Tiap kali aku tiba di tempat kerja, mesej dari beliau 'Sayang dah sampai mana..?' dan menjadi rutin pulak aku pasti akan menunggu mesej dari beliau setiap pagi.. ekekeke..


Jauh disudut hati, rasa takut tu belum hilang pergi. Aku kena kuat mengawalnya agar rasa itu tak mengawal rutin harian aku dan seterusnya menyusahkan orang disekeliling aku.

Moga rutin harianku dan kita semua berjalan dengan baik hendakNYA. InsyaAllah.. Aamiin..


StatusHati: Kau kena kuat #MakBudak.. You have too..


Sunday, February 18, 2018

I'm Really Happy on Chinese New Year


'Selamat Tahun Baru Cina
Happy Chinese New'


Alhamdulillah..
I'm really happy.. gembira sangat.. bila cikPutih dah selesai tempoh kuarantin kerana kes di SINI.

Disebabkan aku, kau terseksa..



DAN..
Semalam balik menjenguk mak dan ayah MIL di kampung. Sempatlah en. Hubby sediakan menu makan tengahari yang awesome menyelerakan. Bantuan dari #MakBudak dah tentu. 



 Kari Kepala Ikan Kerapu


 Butter Prawn


Menu tengahari semalam
Paling best dan sedap ada pucuk paku masak lemak cili padi dimasak oleh mak Mertuaku.. 


Yee Sang
Tahun kedua aku berjaya menikmati..


Memandangkan kekangan masa dari en. Hubby, percutian di kampung terpaksa disingkatkan. 


StatusHati: Masa untuk rehatkan diri..



Thursday, February 15, 2018

Nampak je Macam Pembunuh Bersiri


Jangan tertipu dengan pandangan mata.
Jangan mudah percayakan luaran, dalamannya kita tak tahu macam mana.


Jangan kata mereka yang nampak je macam pembunuh bersiri tu jahat.
Silap-silap mereka inilah yang akan membantu kita.


Jangan kata mereka yang nampak baik suci kononnya tu takde buat silap.
Nampak macam baik tapi sudahnya terkena jua.

Dahlah kau tak tolong, boleh pulak kau mengata belakang..!!
Jangan jadi makcik bawang boleh tak..?


Jalan terbaik..
Jangan bercampur mesra dengan mereka yang diyakini akan membawa masalah besar dalam perhubungan. Seperti duit syiling - depan lain, belakang lain. Kemain cantik bersinar tapi boleh membawa petaka dalam hubungan.



StatusHati: Maaf, rasa percaya itu dah lama hilang!




Wednesday, February 14, 2018

Perancangan DIA lebih sempurna



Jarang berlaku perubahan pada rutin harian aku sejak dah ada dak Kakak, dak Adik dengan dak Nuha ni. Habis je waktu bekerja, takde tunggu pandang kiri kanan dah. Dah tak boleh lambat dari biasa. Bukan hanya nak menguruskan hal di rumah tapi dalam masa yang sama nak elakkan dari tersekat dalam kesesakan jalanraya.


Namun demikian, disebalik kisah petang semalam:
Perjalanan yang lancar dari tempat kerja menuju ke rumah rupanya tidaklah selancar mana. Perancangan DIA lebih sempurna berbanding manusia. Terbang berkecai apa yang nak dilakukan bila sampai di rumah.

Masuk je susur di Plaza Tol petang semalam, dari jauh aku terkedu melihatkan suasana yang luar biasa sesaknya. Aku berkira-kira, ini kalau tak lepas Maghrib, dekat Isyak baru aku sampai di rumah bila melihatkan kenderaan yang langsung tak bergerak.


Kiri kanan depan belakang penuh dengan lautan kenderaan


Dari susur masuk je dah mengambil masa sejam nak sampai ke Plaza Tol ni


Pemandangan selepas tol, masih tak bergerak
Punca kesesakan: Kepala lori terbakar



Satu status dalam FB:
Aku ni boleh sabar lagi walau terpaksa hadap jalan maha sesak petang tadi hampir 2 jam lebih TAPI aku tak boleh sabar, tak boleh hadam bila pegawai ni bertanyakan hal kerja di luar waktu kerja.

Pesan aku:
'Bab kerja kena tunggu off hour. Memasing nak hadap hal rumahtangga pulak. Dah tak ingat nombor2 fail ni semua.'

#AkuPulakHanginWalauBukanKesAku
#Kroni Sangat..


Aku ni.. kalau dah penat, jangan minta sesuatu yang pada aku tak kena masanya. Jangan menambah perisa pada kepenatan sedia ada tu. Silap-silap ada yang sentap nanti gara-gara kata-kata dari aku.




Kisah lewat malam tadi:

Bersama dak Kakak, dak Adik dengan dak Nuha..



Terima kasih pada #ChefHubby yang melayan kerenah aku dan anak-anak lewat malam tadi. Aku sememangnya tak masak malam tadi, dah tak larat. Dak Kakak yang back up rutin harian aku malam tadi gara-gara aku terlampau penat. Allahuakbar penatnya rasa malam tadi.


Tapi.. teringat satu petua ini:
Satu amalan yang bagus untuk diamalkan bertujuan untuk mengekalkan kesegaran badan untuk kerja-kerja keesokkan harinya yang dikenali dengan Zikir Fatimah dan ianya sangat mudah.


Sebelum tidur bacalah:
Subhanallah - 33 kali
Alhamdullilah - 33 kali dan
Allahuakbar - 33 kali... 
Kisah asal seperti di SINI:



StatusHati: ...


Tuesday, February 13, 2018

Sanggup merelakan dirimu digomol






Sejak guna rim standard ni terasa macam ada pegawai JPJ dekat sebelah waktu memandu.. 🙃
#SilaJanganPercaya

Apa-apapun terima kasih padamu #AwekHubby. Bukan sedikit jasamu malah sanggup merelakan dirimu digomol, dikerah tenaga oleh #MakBudak. Kau bersabarlah sementara CikPutih masih kena kuarantin gara-gara terlibat dalam kemalangan di SINI.



StatusHati: #AkuSayangTuanKauLebihDariSayangkanKau.



Saturday, February 10, 2018

Ceramah Ustaz Haji Kamil bin Haji Sidek


Alhamdulillah..
Pukul 1300 tadi selesai urusan berkenaan UPKK di sekolah dak Adik.

Selain itu, dalam salah satu slot ceramah oleh Ustaz Haji Kamil bin Haji Sidek pagi tadi di mana Ustaz Haji Kamil meminta anak-anak duduk berhadapan dengan ibubapa sambil merenung mata kedua ibubapa dengan diiringi muzik yang syahdu.

Kata beliau:
Picitlah kaki dan tangan kedua ibubapa yang telah banyak berjasa membesarkan kamu. Itulah tangan yang menguruskan kamu ketika kamu kecil dahulu. Itulah kaki yang membawa kamu ke hospital ketika kamu sakit. Lihatlah tangan yang semakin tua, timbul urat di tangan. Adakah akan datang masih mampu menguruskan kamu wahai anak-anak?

Moga satu hari nanti, waktu ibubapa kamu pergi meninggalkan kamu, biarlah tangan kamu yang menguruskan orang tuamu agar tertutup aib mereka dari pandangan orang lain.

Kata Ustaz Haji Kamil lagi:
"Kita menjadi ibubapa bukan sebab adanya anak tetapi kita sebenarnya telah diamanahkan olehNYA."
"Anak-anak dijadikan asbab untuk ibubapa dimasukkan ke dalam syurga."


Haaa.. amik. Dak Adik dahlah hati tisu. Menangis teresak-esak dibuatnya. Hilang terus kekentalan hatinya tu. Ditambah pulak bila dia tengok airmata aku, lagi menitik-nitik airmata dak Adik.



StatusHati: Ya!Allah.. Ya!Tuhanku.. Kau Permudahkanlah urusan mereka yang membaca status ini. Aamiin..



Tuesday, February 6, 2018

Bila Bekalan Elektrik Tiada



Kisah petang semalam:

Dalam kepenatan memandu berhadapan dengan kesesakan jalanraya, dapat pula mesej mengatakan bekalan elektrik tiada di taman perumahan aku. Damn.. serious! Bertambah penatlah jadinya.


Beginilah keadaannya bila aku lewat balik dari biasa..



Memang ye.. bila sampai je dekat pintu pagar rumah, tak dan nak masuk rumah dak Adik dah bagitahu, ibu takde elektriklah ibu. Aku yang sememangnya dah tahu lebih awal, takdelah rasa ralat. Rutin harian tetap diteruskan seperti biasa.

Masuk je ke dalam rumah, dak Adik mula membuat muka risau. Mengomel macam mana nak masak nasi, macam mana nak masak lauk. Alahai anak ibu.. nak gelak pun ada tengok kerenah dia.

Sebelum hari semakin gelap, aku dah suruh anak-anak mandi dulu. Sebagai ibu, kenalah tunjuk wajah berani supaya perasaan takut dalam diri anak-anak menjadi kurang. Nampak tak trick ibunya. Ini sebagai helah agar anak tak merengek takut dan aku tak stress berdepan kerenah dorang tu. Hahaha..


'Ibu, boleh ke ibu masak nasi ni?' Dak Adik mula risau bila periuk nasi tak boleh berfungsi disebabkan ketiadaan elektrik.

'Kenapa pulak?' Sengaja aku bertanya.

'Yelah.. kan tengah takde elektrik ni.' 
Wah.. kemain korang ye, underestimate ibu nampak..


Bila aku ajar masak nasi secara manual, muka memasing cuak je. Apa ingat ibu tak reti masak ke.. 🤔🤔  Wah korang.. mentang-mentanglah ada #ChefBabah, apa.. ingat ibu tak reti masak ke?


Sudahnya, berjaya juga anak-anak makan di bawah cahaya lampu telefon bimbit dan lampu mainan. Berpeluh-peluh #MakBudak bersilat memasak mengejar masa sebelum suasana semakin gelap.
#Alhamdulillah..
#TakdeLilin



StatusHati: Bergelap tapi tak lama.. syukur..



Saturday, February 3, 2018

Pasal Kentut


Kisah pagi tadi:
Ketika aku dan dak Kakak sedang menjadi petani di belakang rumah, terdengar suara ketidakpuasan hati di dalam rumah..

'Mana aci, Ammar je.' Bebel dak Nuha.

'Dah Ammar sakit perut, Ammar kentutlah. Takkan nak tahan, dah sakit, Ammar lepaskanlah.' Dak Adik menjawab.

'Nuha pun sakit perut jugak. Tak boleh tahan. Nuha pun nak kentut jugak. Asyik Ammar je.'


Alahai anak-anak. Pasal kentut pun boleh gaduh. Nak kentut, boleh tapi jangan depan orang, tak sopan. Macam dak Adik dia mesti kentut jauh dari orang lain tapi tadi sebab aku sibuk dekat belakang rumah tu yang dia main lepas ikut dan dia.. 😛


StatusHati: Sakit perutlah pulak.. hahaha..



Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...