Followers Remaja Purba

Thursday, August 31, 2017

Hari Merdeka dan Aidiladha 1438 Hijrah.


Selamat Hari Kebangsaan yang ke 60 Tahun.

Merdeka!
Merdeka!
Merdeka!

  • Terima kasih buat mereka yang berjuang mempertahankan Negara Malaysia daripada terus dijajah.
  • Tanpa mereka, Malaysia takkan berada di tahap sekarang.
  • Kekalkan terus momentum cintakan Negara Malaysia.
  • Jangan benarkan orang luar menjajah diri dan pemikiran kita.
  • Negara Malaysia milik kita.

Selamat Menyambut Hari Merdeka dan Selamat Hari Raya Aidiladha 1438 Hijrah.

Cuti berganda tahun ni.
Selamat bercuti dan selamat pulang ke kampung.



StatusHati: Aku masih di sini..



Wednesday, August 30, 2017

Bola Sepak Sukan SEA 2017 - Kita KALAH


Bukan rezeki pemain Bola Sepak Malaysia kali ni.
Kesilapan yang sama dilakukan pada 2001 berulang malam tadi.

Jika 16 tahun lalu Kamarulzaman Hassan menampan bola masuk ke gawang sendiri di Stadium Shah Alam, malam tadi Muhammad Haziq Nadzli melakukannya menentang lawan sama digelanggang yang sama. Bezanya Kamarulzaman menepis umpanan lintang Sarawut Treephan ke dalam gawang sendiri pada minit-minit akhir perlawanan manakala Muhammad Haziq menumbuk sepakan sudut Sasalak Haiprakhon pada minit ke-38 - Utusan Online.


  • Tahniah buat pasukan bola sepak Thailand di atas kemenangan pasukan anda.
  • Tahniah juga buat pasukan bola sepak Malaysia kerana berjaya hingga masuk ke Final. MENANG atau KALAH itu adat dalam perlawanan.
  • Juga Tahniah buat jurulatih skuad negara, Datuk Ong Kim Swee kerana berjaya membawa nama Malaysia hingga ke pentas akhir perlawanan. Walaupun kalah tapi tetap bangga di atas prestasi yang ditunjukkan. Lain kali cuba lagi ye.
 

Pada aku:
Jadikan perlawanan malam tadi sebagai sebahagian proses pembelajaran untuk lebih matang dalam perlawanan akan datang. Masih banyak lagi yang boleh dipelajari bagi menjadi seorang pemain yang berwibawa - seperti di SINI.. 
 
Takpelah.. nanti kita tonton je siaran ulangan, mana tahu kali ni kita menang pulak kan.. hehehe.. 



Status Hati: Hari ni dapat pelepasan separuh hari bekerja.. Alhamdulillah..


Tuesday, August 29, 2017

Selamat Hari Lahir my MQA (28 Ogos 2017)



Happy Birthday to You..
Happy Birthday to You..
Happy Birthday to MQA..
Happy Birthday to You..



Kisah Semalam:
Kejutan kali ni menjadi buat my MQA, dak Adik..



Makan malam di Secret Recipe.

Sengaja ku pilih tempat ni.. dak Adik boleh pilih kek mana yang dia berkenan.


Bersama dak Kakak..


Mak Budak makin bam bam kini..


Lepas selesai makan makan, sementara nak tunggu masa tayangan, kami alihkan perhatian dak Adik. Jalan-jalan cuci mata..


Babah and anak bujangnya..


Dak Nuha pun enjoy..


Selain daripada makan  malam dan main game, sengaja aku menyakat beliau di ruang legar Golden Screen Cinema (GSC) Setia City Mall. Punyalah mengharap beliau nak tengok filem yang tengah hangat ketika ini - Abang Long Fadil 2.

Aku hanya melepak, duduk tanpa buat apa-apa di ruang legar tersebut, sementara dak Adik pelik dan cuak melihat keadaan aku. Penat dia bertanya, sudahnya dia duduk senyap sebelah dak Kakak. Bila waktu tayangan dah nak mula, kami masuk ke dalam sambil muka dak Adik cuak dan blur. 'Ibu dah  beli tiket ke..?' Bila dah tahu nak tengok filem apa, punyalah ceria dia dapat menonton Abang Long Fadil 2. Hehehe.. kena game dak Adik malam tadi.. hahaha..


Sebelum tayangan.. 


Abang Long Fadil 2 - Filem yang sangat kelakar, anak-anak enjoy..
5/5 bintang aku bagi..
Kenapa 5 bintang?
Sebab en. Hubby turut menemani.. couple seat lagi.. kihkihkih..



KHAS BUAT DAK ADIK..

Selamat Hari Lahir my MQA
Yesterday is his Birthday..
Buat dak Adik, satu-satunya anak lelakiku..
Moga sentiasa di bawah lindunganNYA.
Kau kena kuat dik, jangan senyap dan berdiam diri bila mana orang lain meletakkan kesalahan ke atas diri kau dik. Jangan bagi orang lain pijak kepala kau dik! Kau kena pertahankan diri kau.

Kalau kau salah.. ye memang patut kau mengaku tapi kalau kau tak buat salah jangan berdiam diri. Pertahankan dirimu itu.

Ingat pesan ibu ni dik..!!


StatusHati: Anak-anak gembira, aku turut teruja..


Monday, August 28, 2017

'Naik saham Thanabalan lepas ni..'


Tahniah buat pasukan Bolasepak MALAYSIA di atas kerjasama yang diberikan. Awalnya mencemaskan tapi berakhir dengan kegembiraan. Malam ni nampaknya takdelah aku mimpi buruk. Kalau tak, naya lebam tulang kering #PenemanSepanjangHayat tak pasal-pasal kena sepak.. kihkihkih..

Tahniah #Thanabalan.. "Naik saham Thanabalan lepas ni.."
#Statusku di FB pada malam kejadian..




Reaksi Pemain Indonesia selepas perlawanan..
Cuma perlawanan malam tu tak sebagus perlawanan di SINI..


MENANG atau KALAH itu adat dalam perlawanan.

Pada mereka yang biasa terlibat dengan sukan pasti akan faham perasaan sedih bila kalah dalam sesuatu perlawanan. Nak pulak perlawanan tersebut antara perlawanan yang penting dalam penentu arah hala tuju pasukan tersebut.

Dulu..
Bila sesuatu perlawanan yang aku sertai membuahkan kemenangan, seronok usah cakaplah.. tapi bila kalah.. kecewa teramat dirasakan.

Sekarang..
Bila aku sertai sesuatu perlawanan tu, tak harap pun menang sebab tahu potensi diri dan tahap kemerosotan yang makin merudum. Kalau menang itu satu bonus.



 
Perbualan dengan en. Hubby..


en. Hubby: Ada rakam tak?
Aku: Tak.. takut kalau rakam, kalah pulak Pasukan Malaysia nanti.. kihkihkih...

Hahaha.. tahu dah.. kalau rakam pun bukan en. Hubby boleh menontonnya kerana kesibukan dalam rutin harian.



StatusHati:Hari ni Birthday dak Adik.. tak sabar nak suprise kan dia malam ni..



Saturday, August 26, 2017

Terbaring kesakitan


Terfikir kenapa semalam aku penat sangat ye.. 🤔 Teringat.. Rupanya dari tengahari semalam aku tak dan rehat rupanya..

  • Main ping pong - rutin bersama team aku. Hampir setiap hari memang ping ponglah aku hadap. Inilah dia menu makan tengahari aku.
  • Bawa budak office ke emergency hospital - kes kecemasan. Lutut salah seorang staff tempat kerja cedera, yang pasti bukan sebab ping pong.
  • Naik turun tangga nak ke parking kereta - mengah rasanya. Lift parking berdekatan Trauma dan Kecemasan Hospital ni sedang dibaiki. Setakat mengah takde hal, simpati pada mereka yang berusia terpaksa naik turun tangga. Part ni.. tak boleh ke seorang je ambil kereta then fetch them dekat pintu masuk hospital. 🤔
  • Balik pulak hadap jalan sesak dua jam baru sampai rumah. Biasalah hari Jumaat sesaknya lebih sikit dari biasa. Cara terbaik nak elak mengantuk - pasang lagu dengan kuat sambil turunkan cermin tingkap. Aku tak boleh kena aircond kereta ketika jalan sesak, mata lagi cepat mengantuk.
  • Bersilat di dapur - untuk makan malam. Walaupun letih tapi demi anak-anak semangat kena kuat. Penyudahnya aku pulak tak mampu nak makan sebab letih.
  • Dating lewat malam tanpa anak-anak 🤗🤗 Konon nak beli sesuatu untuk diri sendiri tapi keperluan anak-anak juga yang diutamakan. Tapi.. misi untuk berdua-duaan dengan en. Hubby berjaya juga tanpa diekori oleh askar-askar kecik. 😄😄 


Hari ni..?
Terima kasih to #ChefHubby tolong masakkan sarapan. 


Aku..?
Terbaring kesakitan.. pinggang luar biasa sakit hari ni. Berharap, bukan aku pula yang kena admit di emergency.



StatusHati: Berehat dari melakukan aktiviti lasak.


Tuesday, August 22, 2017

Skuad Bawah 22 (B-22) kendalian Datuk Ong Kim Swee


GOL..!!
Minit ke 33 oleh N. Thanabalan..
GOL..!!
Minit ke 35 oleh Muhammad Safawi Rasid..
GOL..!!
Minit ke 82 oleh N. Thanabalan..

Tiga ledakan gol dari Skuad Bawah 22 (B-22) kendalian Datuk Ong Kim Swee berjaya menundukkan Myanmar 3 - 1 dalam aksi Kumpulan A Sukan SEA 2017 di Stadium Shah Alam malam tadi. Manakala satu gol berjaya diperolehi oleh pemain Myanmar, Than Paing pada minit ke 86.
Sumber dari SINI..

Sudah pasti rakyat Malaysia gembira di atas kecemerlangan yang ditunjukkan oleh Skuad Bawah 22 (B-22) kendalian Datuk Ong Kim Swee malam tadi.

Tahniah buat Skuad Bawah 22 yang bermain dengan cemerlang malam tadi. Tahniah.. teruskan kecemerlangan tersebut.


Sedikit ulasan dari Pengulas Sukan, Zainal Abidin Rawop malam tadi berkaitan dengan gol-gol yang dijaringkan malam tadi:

Ketika jaringan kedua oleh Muhammad Safawi Rasid:
'Dia mendengar kata-kata saya supaya mengejar bola itu..' 
Ketika Jaringan ketiga oleh N. Thanabalan..
'Naik saham Thanabalan lepas ni..'

Ketika satu gol dijaringkan oleh pihak lawan:
'Tak pasal-pasal kita tertekan malam ni.. '
'Tak senang duduk kita dibuatnya..'
'Ini belum ditambah masa lagi..'

Apabila tambahan masa diberikan selama 6 minit.. 
'Oh!Lamanya..'

Gaya penyampaian beliau yang bersahaja bukan sahaja membuatkan aku dan en. hubby tergelak mendengar tapi turut mengingatkan aku kepada Allahyarham Datuk Haji Hasbullah Awang di antara pengulas sukan terbaik.

StatusHati: ...

Monday, August 21, 2017

Kalau klimaks pun sebab dipaksa!


Aku tak faham apa kehendak, apa matlamat, apa yang diinginkan sebenarnya. Nak kejar KPI pun janganlah sampai kuli sedia ada jadi tak ceria bekerja.

Aku bukan tak pernah suarakan tapi bila bersuara, aku dah rasa macam tak dan nak klimaks, dah dicantas. Kalau klimaks pun, sebab dipaksa!



Hari ni..
KAU kuatkanlah hatiku dari terus memberontak.
Mungkin pada orang lain isu ni nampak kecil tapi pada aku apa guna andai penat berbicara tapi akhirnya hanya sekadar luahan di tepi bibir.


Kau mahukan jalan penyelesaian tapi bila kami suarakan, kau cantas..!
Apalagi yang boleh kami lakukan bila segala cadangan ditolak..!
Stress ooo dapat ketua macam ni.



StatusHati: Berdiam diri bukan sesuatu yang baik kali ni..



Thursday, August 17, 2017

Kereta Ferrari F1 yang luar biasa


'Malam tadi ada kereta F1 kat rumah kita la sayang.. Ferrari.. terkejut abang malam tadi..'  Cerita en. Hubby kepadaku.

'Kereta siapa?'
Peliklah pulak sebab pagi tadi pergi kerja takdelah pulak nampak kereta seperti yang diceritakan oleh en. Hubby.

Memang pada mulanya aku tak perasan mesej en. Hubby mengenai Kereta Ferrari.. ku layan jelah seperti biasa.

'Dalam rumah, parking sebelah abang malam tadi..'


Masa ni aku masih tertanya-tanya siapa punya kereta, ke en. Hubby nak bagitahu ada beli kereta mainan untuk anak.. tapi tak pulak nampak tadi masa nak keluar pergi kerja.


Pelik ni.. kutanya lagi pada beliau..
'Kereta siapa..? Rumah siapa..?'


'Lambatnya.. Awaknya tu yang berdengkur kuat, abang nak tidur tak boleh, nak je tutup dengan bantal..'


Kahkahkah.. barulah perasan. Rupa-rupanya en. Hubby perli aku sebenarnya. Biasa aku yang tak boleh tidur dengar dengkuran en. Hubby. Kali ni terbalik pulak.. kahkahkah.. terkena aku..



'Hahaha.. letih sangat.. tak tahan penat..'

Memang tak sedar langsung malam tadi. Lena sampai ke pagi.. tambah pulak hujan lagilah sedap tarik selimut.. kihkihkih..


Inilah dia perbualan dengan en. Hubby.. huhuhu..



StatusHati: Kehidupan yang berwarna-warni..



Monday, August 14, 2017

Selamat Hari Kidal Sedunia (13 OGOS 2017)


13 OGOS 2017 (Ahad)
Selamat Hari Kidal Sedunia.


Kenangan ketika aku di Sekolah Tadika..
Ketika itu aku memang menulis menggunakan tangan kiri - dah namanya Kidal kan. Jadi rutin harian memang kugunakan tangan kiri. Satu hari.. ketika aku sedang menulis di depan rumah arwah atok aku (masa ni aku dibesarkan di kampung - dah besar barulah aku merasa jejakkan diri di bandar), arwak atok tegur aku - 'Tulis guna tangan kanan, tak baik guna tangan kiri.' 

Zaman #BudakPurba memang ikut je arahan orang tua.. dan hormatku pada orang tua, maka belajarlah aku menggunakan tangan kanan DAN sehingga kini aku menulis menggunakan tangan kanan. Tangan kiri? Boleh menulis tapi perlahanlah.

Walaupun arwah atok berjaya mengubah aku dari menulis menggunakan tangan kiri ke tangan kanan tapi hanya itu yang beliau berjaya tapi tidak pada aktiviti yang lain. Tetap kugunakan tangan kiri - hanya menulis je aku guna tangan kanan. eemm.. adakah mungkin arwah atok terlepas pandang untuk aktiviti aku yang lain masa tu?


Kemudian bila masuk zaman #RemajaPurba..
Kenangan sewaktu aku belajar memandu dulu..
Betapa risaunya aku sebab kenderaan yang digunakan bukan untuk 'left-handed' driver. Berdebar-debar pertama kali pegang stereng ketika itu. Alhamdulillah.. aku lulus bergaya masa tu. Syukur jugak aku bukan seorang yang Kidal tegar.


Namun, masih banyak sebenarnya peralatan yang aku tak reti nak guna kerana kekidalan aku ini. Teringat kenangan masa aku kecik dulu, aku disindir tak reti nak guna pisau pengupas kulit buah.. sobsobsob.. sentap aku weh.. DAN percaya tak.. dalam rumah aku takde langsung pengupas kulit buah hanya kerana kejadian itu.


Kini.. yang mewarisi Kekidalan aku adalah anak lelaki aku.. dak Adik. Setakat ni aku nampak dia ok dalam menjalani rutin harian.. dan moga rutin harian kami berstatus Kidal ni dipermudahkanNYA.. Aamiin..



StatusHati: eem.. kembali tak sihat diri ini..

 

Sunday, August 13, 2017

Kereta Kena Tarik Akhirnya..


Kejadian bermula pada petang semalam di mana en. Hubby dalam perjalanan ke Rawang. 

Tiba-tiba En. Hubby maklumkan kepada aku yang kereta breakdown. Terkejut jugak aku masa tu. Dahlah beliau ada urusan kerja di Rawang. Tapi.. syukur jugak kereta tak meragam di tengah-tengah lebuhraya.

Skuad penyelamat pertama yang tiba adalah aku sendiri sebab en. Hubby nak kena hantar anak-anak buahnya ke Rawang atas urusan kerja dan beliau juga perlu berada di sana bagi memastikan urusan berkaitan berjalan lancar.


Kereta..?
Masih tersadai di tempat kejadian dan hanya dapat diambil pukul 2 pagi tadi kerana en. Hubby terikat dengan urusan kerja.

Akhirnya usaha menyelamatkan awek Hubby selesai dekat pukul 3:30 pagi dengan menghantarnya terus ke bengkel. Tidurlah kau sementara di bengkel ye sayang. Dah sembuh nanti tuan kau ambil kau balik.

Pukul 4 pagi..
Ok done..!Update blog.


StatusHati: Bahu kanan aku sakit berdenyut-denyut.. 🤣🤣🤣



Friday, August 11, 2017

Tak percaya kau tengok belakang kau..



HAD KELAJUAN:

Memandulah ikut kelajuan yang telah ditetapkan.
Takkan tengah lebuhraya, lebih-lebih lagi lane paling kanan kau pandu macam tengah stim.. slow semacam.Tukar lane lah Bro/Akak.. lane kanan tu untuk F1 je.
Tak percaya kau tengok belakang kau..


Tiap kali memandu.. pasti akan jumpa dengan pemandu yang berperangai seolah-olah macam dia je yang memandu atas jalan tu. Mana perginya nilai-nilai murni - bertolak-ansur, memberi laluan kepada pemandu lain? Janganlah macam tu Bro/Akak.. bertimbang rasalah sikit.



StatusHati: Sabar selagi boleh.. eemm..


Thursday, August 10, 2017

Kenangan di Kampung Peraku Senaling, Kuala Pilah


Kenangan pada 30 Jun 2017 (Jumaat).

Musim Aidifitri yang lepas, memang kami gunakan sebaiknya cuti rehat yang ada dan Kampung Peraku Senaling, Kuala Pilah adalah salah satu dari destinasi pilihan. Kampung yang asalnya tiada dalam siri beraya kami.

Kali pertama beraya di kampung Peraku Senaling, Kuala Pilah ni memang best, happening. Betul-betul suasana kampung. Terimbau memori zaman aku #RemajaPurba dulu.







Walaupun jauh tapi puas hati, rasa hilang penat memandu bila melihatkan suasana kampung yang jauh dari kesibukan kota. Memang aku tak nafikan, aku dah jatuh cinta dengan keadaan keliling rumah kawan en. Hubby tersebut.


Anak-anak teruja bila Babah dorang bagitahu ada sungai di belakang rumah.


Tak dan nak berehat lepaskan penat, sungai tempat dituju.



Kawasan agak semak pada awalnya sebelum anak tuan tanah datang bawa mesin rumput
Air agak keruh disebabkan sebelum tu dah hujan..


Aku..?
Photographer yang merakamkan suasana..




Subhanallah.. cantik dan indah ciptaanNYA.



Dak Kakak dengan dak Adik dah serupa anak itik aku tengok dalam sungai tu. Dak Nuha..? Nak mandi tapi penakut, terpaksalah Babah dia turun sekali ke dalam sungai temankan dia yang kononnya nak mandi. Nak mandi tapi dok peluk rapat Babah dia. Terjerit-jerit takut bila Babah dia lepaskan tangan dalam sungai tu. Alah.. bukan dalam mana pun, paras lutut dak Nuha je pun..




Dah puas mandi sungai, sementara nak tunggu makan malam.. kita jalan keliling rumah. Ada anak ayam, itik, angsa, kambing, yang pasti nampak meriah kawasan belakang rumah tersebut. Mulalah berangan nakkan suasana macam ni jugak. Moga menjadi kenyataan.. Aamiin..


Dulu.. aku pernah kena kejar bapak angsa.. kisah di SINI..



Syok kan..


Comel je aku tengok itik ni..
Rileks je, sikitpun tak takut pada aku yang leka mengambil videonya.
Aku syak sebab ia teringin nak jadi model di tepian air kot.. kihkihkih..



Gara-gara seronok dengan suasana persekitarannya, malam baru kami balik. Pakej en. Hubby siap masak untuk makan malam di rumah tersebut. Macam ni.. nak datang lagilah; musim buah-buahan pasti happening kan.. hehehe..



StatusHati: Rindukan awak..




Wednesday, August 9, 2017

Cara masak Lemang dengan mudah, cepat dan santai



Mengenai lemang..

Tiap kali Aidifitri menjelma pasti lemang salah satu menu utama yang akan dibuat oleh en. Hubby untuk di bawa balik kampung. Kami memang tak pernah membelinya lebih-lebih lagi bila dah ada cara mudah untuk membuatnya.. seperti kisah awal di SINI..

Siapa yang pernah masak lemang, dia tahulah macam mana panas membahang nak menguruskannya.


Dulu macam ni lah en. Hubby mengadapnya.



TAPI..

Sejak dua tahun lepas selepas terciptanya idea memasak lemang dengan lebih mudah, cepat dan santai, tak guna dah unggun api macam gambar dekat atas tu.

Hanya dengan penggunaan tong dram yang di belah dua di mana salah satu bahagian dijadikan penutup ketika memasak lemang ni. Takde asap, tak berbahang panas dan kalau masak dalam rumah sekali pun takde siapa yang tahu. Aku suka cara ni kerana sangat praktikal dan mudah kerana bahan asas yang diperlukan hanyalah tong gas, dapur masak dan tong dram. Tak perlu dah unggun api bagai.

 

Sangat praktikal dan mudah pulak tu..



Baru-baru ni, geng en. Hubby turun dari Ipoh, Perak untuk merasai pengalaman memasak lemang menggunakan bahan-bahan tersebut.


Teruja hinggakan buluh yang digunakan oleh  mereka besar-besar belaka.


Begini cara memasaknya..






DAN.. Inilah hasilnya..
Masa ni aku tak dan nak join dorang.. sobsobsob..


Lemang biasa, lemang berintikan jagung dan lemang pulut hitam pun ada..



Bila tengok kembali gambar-gambar tersebut, buatkan aku teruja nak makan lemang lagi. Takpe.. kita tunggu Hari Raya Aidiladha nanti, harap-harap en. Hubby rela hati nak layan tekak gedik #MakBudak ni.. kihkihkih..



StatusHati: Rindu pada dirimu..


Monday, August 7, 2017

Kerja boleh cari.. Family boleh cari ke?


Alhamdulillah..
Keadaan aku semakin pulih dari tidak sihat sejak dua minggu lepas. Tapi secara seriusnya, walaupun demam, nafsu untuk beraksi di gelanggang table tennis tidak menurun. Dalam sakit pun masih mampu menyerahkan kudrat beraksi.

Namun demikian, sedikit tersentak di atas nasihat yang diberikan oleh seseorang..


'Kalau kita sakit esok.. orang yang ajak kita main tu.. jenguk pun tidak. Baiklah jaga kesihatan diri kita dulu. Sama juga dengan boss.. TAPI bila kita tak sihat, tanya khabar pun tidak. So berpada-pada la. Manusia ni nak guna kita bagi kesenangan @ keperluan dia je.' -- Merujuk kepada aku yang selalu main ping pong.


'Tak payah diet tau.' --- Merujuk kepada aku yang #PerasanSlim.


'Kita sakit ada orang lain untuk gantikan kerja kita. So biarkan.. Tak payah beria-ia nak settle kan sebab kita tengah sakit. Kesihatan lagi penting. Kena fikir diri, suami, anak-anak dan famili kita.'


'So.. lebihkan famili ok. Kerja kita takde, orang lain boleh buat. Jangan jadi hamba kerja.. kelak diri kita yang merana.'


'Kalau diri sendiri dan family tak sihat.. cutilah. Kerja boleh cari. Family boleh cari ke?'


Sangat terkesan di hati bila mana salah seorang dari sahabat sendiri yang mengalami seperti di atas. Aku bukan nak mendabik dada yang aku mampu melakukan tugas di tempat kerja ketika tidak sihat tapi kali ni biarlah.. sesekali badanku perlukan rehat yang cukup demi kelangsungan rutin harian.



StatusHati: Buatmu sahabat.. terima kasih atas nasihat dan teguran itu.


 

Wednesday, August 2, 2017

Jalan selamat, tak usah masuk campur



Sambungan kisah dari SINI..

'Abaikan unsur negative list jgn buatkan ia affecting hidup kita.' komen mama-syafi..


Pedulikan dengan apa yang mereka cuba lakukan. Lakukan yang terbaik buat diri dan keluarga kerana bukan mereka yang berikan kita Ringgit Malaysia untuk meneruskan kelangsungan hidup zaman sekarang ni. --- kata-kata ni aku pernah tujukan pada seseorang dan kini dikembalikan kepada aku.


Mereka hanya pandai mengomen, mengata, bergossip tanpa mengetahui kejadian sebenar. Mencari kesalahan, menuduh melulu dengan hanya mendengar dari sumber yang belum tentu sahih yang kemudian di viralkan pula.. Itulah yang berlaku zaman sekarang ni.


Mudah benar percaya dari sumber yang belum sahih.. mudah benar meletakkan kesalahan. Ingat satu perkara --- Satu jari kau tuding kepadanya, empat jari lagi kembali kepada diri kau itu. Jadi, berhati-hati dalam memberi komen yang penuh emosi sedangkan kau sendiri tak tahu isu sebenar.


Jalan selamat, tak usah masuk campur.. kau kau.. aku aku. Aku tak kacau, kau jangan sentuh aku sebab aku sendiri tak pernah bercampur gaul dengan kau.



StatusHati: Sekali dah terkena, tiada lagi ruang untuk menerima kau kembali..!!



Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...