Followers Remaja Purba

Tuesday, May 31, 2016

Program di Legoland Malaysia


Bulan Mac lepas, ada banyak blog dok bercerita mengenai program khas buat murid sekolah di Taman Tema Legoland Malaysia..
Terdetik di hati, mesti best kalau pihak sekolah anak aku dapat menyertainya cuma takdelah nak jangka yang dak Kakak dapat menyertainya.

Masa terus berlalu..
Tup-tup.. dak Kakak bawa balik surat kebenaran yang perlu ditandatangan oleh ibu/bapa untuk menyertai program sambil belajar ke Legoland.. seperti di SINI..
Selepas timbang tara dibuat di antara aku dan babah dia.. akhirnya dengan berat hati aku lepaskan jugak.. yang buat aku berat hati sebab aku tak dapat ikut.. wakakaka..
Punyalah excited dak Kakak, sampaikan aku pesan jangan galak sangat bercerita nak ke sana, aku risau kalau dak Adik dengan dak Nuha nak ikut, mahu pening aku nak memujuk nanti..


Hari yang ditunggu.. 26 Mei 2016 - Hari Khamis..
Dak Kakak bersama dengan rombongan 3 buah bas sekolahnya telah pergi ke Taman Tema Legoland. Pertama kali dak Kakak berjauhan dari aku..
Rezeki dak Kakak.. dah penat bergelut dengan peperiksaan dan softball nya, dapat berjalan pula ke Legoland..


Sebahagian gambar kenangan dak Kakak..

Dalam perjalanan pergi.. singgah sarapan pagi di hentian rehat..

Bergambar bersama kawan-kawan yang turut serta..

'Ibu.. Kakak dah sampai Legoland..'

Seronok dak Kakak bersama kawan-kawan dan cikgu pengiring..

Makan tengahari..


Aktiviti bermain air memang ditunggu-tunggu..
Hai la.. rentunglah anak ibu.. dahlah baru je habis main softball..

Jangan kata anak-anak, mak budak pun suka kalau dapat main air.. ekekeke..


Lewat petang tu, rombongan sekolah dak Kakak memulakan perjalanan balik..
Malam tu, aku call, mesej dah sampai mana pun tak berbalas.. letih sangatlah tu..


Dalam perjalanan balik..


'Dah macam hantar anak ke sekolah waktu pagi..'
Hubby bagitahu waktu tunggu dak Kakak dekat sekolah..


Dak Kakak dan semua sampai di sekolah hampir tengah malam..
Alhamdulillah.. semuanya selamat tiba..


Souvenior yang Kakak bawak balik..
Bila tanya dak Kakak beli apa, 'tak beli apa pun ibu sebab tak tahu ibu suka apa..'
'Lor.. ibu kan dah pesan, kalau suka beli, jangan fikir apa yang ibu nak..'


Dak Nuha boleh menangis bila aku tunjuk gambar dak Kakak ke Legoland..
'Nape tak bawak Nuha pergi..'
Alololo.. ingat comel ler tu.. 'ibu pun tak dapat pergi Nuha ooii..'
Aduh.. dah satu kerja pulak nak pujuk.. Nuha.. Nuha..


StatusHati: Berdiam diri buat diri semakin parah..


Monday, May 30, 2016

Perasaan kala ini..


Aku ni.. selagi boleh tak nak berkira..
Tapi bila orang dah mula berkira dengan aku..
Aku tak rasa masa tu aku mampu bertahan..
Kalau pun aku boleh bersabar tapi hubungan tu takkan sama dah..
Pincang beb.. jadi pincang..
Hati.. teguhlah kau.. biar seteguh seperti di SINI..


StatusHati: Sekuat mana hati ini mampu menahan..


Friday, May 27, 2016

Nak cantik kan.. nak lawa kan..


Pagi tadi..
Hampir je aku nak tekan button post lepas mengarang panjang dalam laman facebook. Asal geram je nak lepaskan kat situ..
Tapi bila aku baca berulang kali, akhirnya ianya hanya menjadi tatapan sendiri..
Dok lah kau dalam ruangan draft dendiam ye..
Tak perlu nak perbesarkan isu tu..

Tarik nafas.. hembus nafas..
Senyum..
Nak cantik kan..
Nak lawa kan..
Senyumlah dari hati..

Alhamdulillah..
Aku berjaya mengawal emosi negatif yang ada dalam diri pagi tadi..
Lega.. emosi negatif tersebut tidak menguasai diri hari ni.
Syukur Ya!Allah..
Terima kasih kerana menyayangi diriku ini..


StatusHati: Musim cuti sekolah bagi pertengahan tahun pun bermula..


Thursday, May 26, 2016

Antara Legoland, bolasepak dan tak sihat


Dua bulan lepas..
Dak Kakak dapat tawaran mengikuti program sambil belajar ke Legoland..
Awalnya, aku semacam tak percaya menyebabkan aku hubungi pihak sekolah..
Alhamdulillah, nama dak Kakak antara yang tersenarai..
Ni kira hadiah selepas habis peperiksaan pertengahan tahunlah ye kakak..

Malam tadi..
Sibuk menguruskan persiapan dak Kakak..

Pagi tadi..
Seawal jam 6 pagi, semua murid-murid terlibat berkumpul di sekolah dan la ni dak Kakak dalam perjalanan menuju ke selatan tanahair..
Macam-macam pesanan aku bagi pada beliau..
Dah macam anak tu nak pergi luar negara walhal luar negeri Selangor je..
Doaku.. moga perjalanan pergi dan balik mereka semua selamat hendakNYA..


Sementara tu..
Dak Nuha dah mula dedo sejak petang semalam.. hangat je badan dia..
Merengek mengadu pening kepala..
Bila gedik manja dia sampai, nak melekat dekat aku je..
Bukan aku yang rimas, dak Kakak yang rimas..
eeemm.. sabarlah kakak.. dia kan yang bongsu so gedik manja dia lagi over lah..
Moga dak Nuha cepat baik hendakNYA..

Dak Adik..?
Sibuk dengan bola.. bola.. bola..
Mainlah dik.. usahalah.. usaha..
Moga adik terpilih dalam kesebelasan utama sekolah..


StatusHati: Sedarlah.. jika kita fikir ia susah, maka susahlah jadinya..


Wednesday, May 25, 2016

REZEKI itu ada.. cuma belum sampai..


REZEKI itu ada.. cuma belum sampai..
Kalau kita tak dapat, bukan bermakna kita tak layak..
Tapi.. DIA belum mengizinkan untuk kita dapat..

Usahalah.. usaha..
Usaha sendiri hingga beroleh kejayaan..


StatusHati: Belajarlah menyebut 'terima kasih'.. Jangan EGO sangat..

Tuesday, May 24, 2016

Kalau sampai cedera, sampai koma..?


Dah banyak kali aku jumpa situasi di mana:
Akak.. adik.. makcik.. seolah membuka ruang kepada peragut untuk meragut handbag yang disandang di bahu mereka ketika membonceng motosikal..

Bukan apa..
Kalau handbag yang disandang di bahu diragut dek peragut, cuba bayangkan kesan yang bukan sedikit diterima. Nauzubillah.. jauhkanlah dari perkara yang tidak elok berlaku. Tolonglah jaga keselamatan bersama.. Walau mungkin dalam handbag tu takde barang berharga tapi kalau dah jatuh, terseret tak ke sakit badan tu..
Kalau sikit tak apa.. ni kalau sampai cedera, sampai koma..?
Tak kena tak apa.. dah kena nak salahkan siapa..?


Buat akak.. adik.. makcik..
Tolonglah jaga keselamatan diri..
Handbag yang diragut boleh dibeli tapi nyawa..??
Kalau tak nak kasihankan diri tu.. ingatlah mereka yang tersayang..
Mereka yang masih memerlukan diri akak.. adik.. makcik semua..
Sentiasa berwaspada dan alert dengan keadaan sekeliling..
Jangan biarkan ada ruang buat si peragut..

'Ya!Allah.. Ya!Tuhanku.. Kau selamatkanlah kami semua dari perkara yang tidak elok berlaku..'


StatusHati: Geram..



Thursday, May 19, 2016

Pertandingan Softball peringkat MSSD Klang


Dak Kakak salah seorang dari wakil sekolah dalam pertandingan Softball peringkat MSSD yang bertempat di salah sebuah sekolah di Kapar..

Kelmarin, hari pertama, 17 Mei 2016, kemenangan menjadi milik pasukan sekolah dak Kakak. Seronok habis dia bercerita padaku..
'Ibu, esok ada game lagi, ibu doakan kami menang ye..'
'Ye.. ibu doakan team Kakak menang lagi..'
Kalau menang satu bonus buat dak Kakak dan aku tumpang gembira..

Tapi.. selepas perlawanan hari kedua yang diadakan semalam..
Bukan takat monyok, habis dak Adik dengan dak Nuha kena tempias marah dia gara-gara pasukan sekolah beliau kalah.. huhuhu..

Takpelah Kakak, sekurang-kurangnya Kakak dah berusaha..
Tiap pertandingan ada kalah dan menang..
Tapi dak Kakak tetap tak boleh terima, geram sebab kawan-kawan salahkan dia..
eeemm.. emosi sungguh dak Kakak semalam..
Eleh, cakap anak.. mak budak pun sama.. masam je muka bila kalah..

Aku sedia maklum..
Sepanjang minggu ini adalah minggu peperiksaan pertengahan tahun di SRA..
Memang pada awalnya aku tak izinkan dak Kakak masuk pertandingan tersebut kecuali ada surat kebenaran khas dari pihak Sekolah SKBK kepada pihak Sekolah SRABK.

Alhamdulillah, kerisauan aku berkurangan bila mana jaminan telah diberikan oleh pihak sekolah. Jadi, minggu depan dak Kakak akan menduduki satu sesi khas peperiksaan bagi dua hari yang beliau tidak hadir iaitu semalam dan kelmarin..


Aku bagi ruang untuk dak Kakak menyertai pertandingan tersebut memandangkan hampir berselang hari dak Kakak menjalani latihan di sekolah. Takkan aku nak hampakan usaha yang telah dibuat oleh beliau dan juga pihak sekolah. Lagipun aku sendiri turut terkena tempiasnya mengorbankan masa selepas waktu kerja menghantar dan mengambil beliau menjalani latihan.
Nasib baik babah dia turut bagi lampu hijau.. kalau tak, takdelah entry ni hari ni..

Hari ni, dak Kakak akan hadir ke sekolah..
Moga dak Kakak dapat memberi sepenuh perhatian pada baki peperiksaan yang masih berlangsung minggu ni.. Moga dak Kakak tenang dalam menjawab soalan..


StatusHati: Selama mana kau nak meminggirkan diri..?


Wednesday, May 18, 2016

You have memories to look back today..


'You have memories to look back today..'
Mana-mana kenangan yang tak sepatutnya ada, haruslah delete..
Jangan disebut, jangan dikenang.. biarkan ia berlalu pergi..
Kita tinggalkan yang indah, yang manis je..
Kalau yang manis tu semanis diabetes, kita hide kan dari tatapan umum..

Bukan apa.. kang ada lak yang dapat penyakit hati..
Tak boleh tengok kesenangan kebahagiaan orang lain..



StatusHati: ...



Tuesday, May 17, 2016

Mengemas nak sambut Ramadhan tak lama lagi


Kisah bermula bila..

Awalnya memang kuabaikan.. tapi..
Makin galak pulak tikus @ Cik Ti berkawad di ruangan stor barangan di rumah aku..
Waktu tu hanya berdoa, janganlah dia gigit manja barang yang ada dalam stor tu..
Nak kemas, bantuan dan tenaga orang lelaki amat diperlukan..
Banyak barang besar dan berat kat dalam tu..
Boleh je aku lakukan tapi aku tak nak menambah risiko pada pinggangku..
Sementara nak tunggu hubby cuti, bertabahlah bila sesekali terdengar Cik Ti berkawad..

Orang tuaku pernah berpesan..
'Jangan dimarah binatang tu, nanti keadaan bertambah buruk..'


Akhirnya.. Hari Sabtu lepas..
Seharian aku, dak Kakak dan anak buah membantu hubby dalam membersihkan stor dan ruangan dapur rumah.. ruang yang takdelah besar mana tapi kalau tengok pada barang yang ada, dah serupa macam nak pindah rumah pun ada..
Ada beberapa barang yang aku bagi pada jiran terdekat dan ada yang aku jual..
Dari beli tak guna, baik aku jualkan je..

Tapi.. paling epic aku rasakan bila..
Satu bekas berisi Tupperware di viralkan dalam group whatsapps taman aku.
Lepas tu berlumba-lumbalah message masuk bertanyakan barang dalam tu..
Tu belum lagi yang private message (pm) kat aku..
uwaaaa... hubbylah punya angkara ni..



'Boleh buat jualan murah depan rumah..' huhuhu..


Alhamdulillah.. lega..
Selesai sudah mengemas bilik stor dan ruangan dapur..
Terasa macam 'mengemas nak sambut Ramadhan tak lama lagi' lagaknya..
Apa-apapun.. terima kasih pada semua yang membantu..


StatusHati: Tak kena tak apa..


Monday, May 16, 2016

The Angry Birds Movie


13 Mei 2016.. Jumaat lepas..
Dua kisah berbeza dirangkumkan dalam satu entry..

Tengahari..
Terasa ringan beban digalas..
Niat untuk menjamu warga tingkatku akhirnya menjadi kenyataan.
Sempena penghargaan yang aku terima sebelum ini, akhirnya berjaya juga aku realisasikan dengan bantuan dari chef Hubby..

Nasi minyak, kari kambing dan buah menjadi menu pilihan..


Motif..?


Seharian dak Nuha dengan aku di tempat kerja..
Puas kupujuk minta ikut babah balik, langsung tak berkesan pujukan aku..
Bagi dia.. 'sesekali dapat peluang memang takkan dilepaskan..'
Kebetulan ada pulak kawan, lagilah dia tak nak balik.. leka dengan kawan barunya..


Malam..
Kalau siang dak Nuha dah penat bergumbira di tempat kerjaku.. malam kena overtime dekat cinema pulak atas permintaan dak Kakak dengan dak Adik yang nak sangat menonton The Angry Birds Movie..

Cuma kali ni kami pilih masa tayangan yang agak lewat..
Dak Nuha yang tak reti dok diam, tewas jua akhirnya..
Jangan kata dak Nuha, aku pun turut sama.. terlelap-lelap menunggu kesudahannya cerita..
Sinopsis filem ni boleh tanya en. Google..
Aku cuma layankan kehendak anak-anak..



3/5 bintang untuk filem ni..



StatusHati: Next filem..??


Friday, May 13, 2016

Aduh.. tepuk dahi dibuek eh..


Tiba-tiba rasa nak bercerita mengenai my Atok Muo..
Ada yang bertanya, muda ke tua my Atok tu..
Siap pandai ber whatsapps dengan cucu lagi..
My Atok Muo tu masih muda..
Muda pada pandangan mata lelaki lah.. kehkehkeh..
Belum tua mana pun, kata orang 'life begin at forty..' itulah usia beliau..

Bab merapu serah pada beliau..
Memang superb, silap-silap hati pun boleh tersentap.. kehkehkeh..
Tapi pandai memujuk.. manalah cucunya ni tak naik tocang 'melawan' balik..


Sebahagian dari perbualan dengan my Atok..

Dari mula mengusik..

Dikenakannya aku balik..

Aduh.. tepuk dahi dibuek eh..



Tapi.. itulah my Atok.. satu sisi yang mampu menceriakan kembali keadaan..
Moga atok dan nenek vogue kekal bahagia hingga ke akhir hayat..
Sayang atok.. ekekeke..


StatusHati: Kamu bilang padaku bahwa kamu benar cinta..

 

Thursday, May 12, 2016

Chemerkau Chekas Chalet, Ulu Dong, Raub, Pahang



I wish I could..

Nak jugak interprem tu.. kehkehkeh..



Sambungan kisah dari SINI..
Entry tertunda lagi..

Program Team Building 2016 telah dijalankan dengan jayanya di Chemerkau Chekas Chalet, Ulu Dong, Raub, Pahang pada 15 - 17 April 2016..
Program wajib tahunan yang perlu dihadiri oleh warga tempat kerjaku, hanya mereka yang disahkan tidak boleh mengikuti program ini sahaja yang terselamat tak perlu pergi..

Dari segi liputan telekomunikasi..?
Tiga hari 2 malam aku berada di Ulu Dong ini di mana tiada liputan internet.. cuma agak bernasib baik tahun ni tak se'adventure' tahun lepas di mana program dibuat di SINI.. di Tasik Temenggor, Royal Belum, Perak.. langsung tiada liputan, baik internet mahupun nak buat panggilan..


Disambut dengan iringan paluan kompang..


Dijamu dengan cendol.. sedap.. besar-besar cendolnya..


Kemudian kami  beramai-ramai berjalan menuju ke sini..
3 hari 2 malam berkampung di sini..



Pertama kali kami diletakkan di dalam dorm..
Sesekali kan.. asyik dok dalam bilik hotel je.. kali ni kita rasa kelainan..
Gambar.. bayangkan jelah suasana dorm macam mana ek..


Petang tu masing-masing tak sabar nak berendam..
Aku..?
Macam biasa.. selfie + ambil gambar kengkawan..
Mandi..? Setakat berendam memang taklah..
Kalau meluncur dengan pelampung, ye aku nak.. ekekeke..


Aktiviti hanya dimulakan pada sebelah malamnya..
Santai dan rileks je..


Dengan wujudnya team works, kita menggabungkan talent yang ada dari latar belakang yang berbeza untuk aktiviti yang lebih menarik dan happening. Semua ni dibuat pada hari kedua program..

Bersambung..


Kepada yang berminat disertakan maklumat untuk dihubungi..


StatusHati: Elakkan menghukum tapi cubalah memahami..

Wednesday, May 11, 2016

Kejohanan Bowling Anjuran Puspanita 2016


Petang.. 6 Mei 2016..

Kejohanan Bowling ini telah diadakan pada hari Jumaat lepas..
Bertempat di Ampang Superbowl @ Subang USJ..
Dengan 13 pasukan terdiri dari 4 orang mewakili setiap bahagian di tempat kerjaku..
Dan.. aku salah seorang yang turut serta..
Itupun sebab menggantikan pemain asal yang tidak sihat..
Ini kali kedua aku join.. sebelum ni di SINI..

Nak kata terror, ke longkang jugak perginya..
Nak kata tak reti main, berkongsi tangga di tempat ke 8 terbaik individu..
Kalau ku tahu ada hadiah untuk 15 pemain terbaik.. pasti ku cuba lagi baik..
Tak macam tahun lepas.. setakat hadiah untuk 3 terbaik individu..


Sebelum perlawanan dimulakan.. kita selfie dulu..
Mak Budak haruslah nampak perasan kurus..


Bersama barisan pemain..


Sementara nak tunggu keputusan diumumkan.. selfie dulu..
Sebenarnya aku stress.. hp rosak.. huhuhu..


Team aku berjaya mendapat tempat ke tujuh.. ni sebab banyak main-main..

 
Anyway.. kami semua enjoy..
Terima kasih pada pihak penganjur yang menguruskan Kejohanan Bowling tersebut.
 
Dan.. Sabtu lepas..
Telah diadakan perlawanan badminton berpasukan tapi aku tak dapat join memandangkan dak Kakak ada aktiviti di sekolah..
Manakala, Ahad lepas seperti yang telah kuceritakan di SINI..
 
 
StatusHati: Dah lama tak berfutsal..


Tuesday, May 10, 2016

Siapakah gerangan berbaju hijau ala-ala Bollywood itu?




Dak Kakak yang gojes.. dak Nuha yang gebus.. dak Adik yang sempoi..
Mak Budak pulak perasan kurus.. miahahaha..


Sepetang bersama anak-anak di Majlis High Tea dan Family Day tempat kerjaku di Shah Alam Convention Centre (SACC) di SINI pada Ahad lepas..
Dress code: Tradisional..

Ramai yang tertanya-tanya, siapakah gerangan berbaju hijau ala-ala Bollywood itu?
Macam Aishwarya Rai.. bukan aku cakap tapi dorang..
Ramai tak percaya awek berbaju hijau itu dak Kakak, anak sulungku..
Terima kasih pada yang tolong jawab bagi pihak aku dalam group..

Aku tak dapat nak jawab sebab hp aku rosak..

Pada majlis tersebut:
Cabutan bertuah: Nombor aku bukan antara yang bertuah..
Hadiah pakaian tercantik wanita menjadi kepunyaan aku --> mak budak perasan kurus dan perasan ratu selfie..

Terima kasih pada my SIL yang membantu menyempurnakan permintaan gedik nakal aku dalam cubaan memenangi pakaian tercantik.
Kesemuanya ditaja dari wardrobe butik andaman my SIL..
Disebalik kemenangan aku tu, ada yang cakap..
'Patutnya kakak baju hijau tu yang menang..'

DAN.. memang aku harapkan begitu, nak 'kakak baju hijau' tu yang menang.
Pasti lagi berbaloi kalau hadiah tersebut menjadi kepunyaan dak Kakak sebab outfit dia antara yang tercantik aku rasa dan dah tentu aku boleh tumpang glam.. kehkehkeh.. nak jugak tu..

Nape takde hadiah misteri.. pakaian terbaik ibu dan anak..
Kalau ada.. makin perasan kuruslah aku.. kihkihkih..


Semalam di tempat kerjaku..
Masih ada yang tertanya-tanya siapa yang berbaju hijau tu..
Bila kuceritakan pada dak Kakak.. malu-malu dia mendengarnya.. hehehe..
Siap pesan, nanti ibu send gambar dekat kawan kakak boleh..?
Nampak dia gembira bercerita dekat kawan-kawan di sekolahnya..
Nanti aku nak cuci gambar tu, letak atas meja dalam bilik dak Kakak..


StatusHati: Sesekali nak merasa cantik bak pengantin.. ada peluang jangan lepaskan.. ye dak..?


Monday, May 9, 2016

Aishwarya Rai di SACC, Shah Alam


Semalam..
Bertempat di Shah Alam Convention Centre (SACC) telah berlangsung Majlis High Tea dan Family Day tempat kerja aku yang bertemakan tradisional..

Awalnya..
Aku pening tak tahu nak pakai apa..
Kesian jugak pada anak-anak sebab aku takde prepare apa-apa langsung..
Tiba-tiba.. ting..
Idea nakal menjelma..
Dah alang-alang pihak pengurusan tempat kerjaku menetapkan dress code: tradisional, akhirnya cubaan mendapat khidmat dari pakar diperlukan..

Maka..
Aku telah mendapatkan khidmat my SIL yang mempunyai butik pengantin untuk all out bagi menghadiri majlis tersebut..
Sebab apa..?
Ada hadiah untuk pakaian tercantik pada hari kejadian..
Sebelum tu lagi aku dok whatsapps dalam group..
'Sahaja aku pergi ke Majlis High Tea untuk menang best dress..'
Sahaja aku pergi ke Family Day office aku untuk menang cabutan bertuah..'


 Hasill kerja tangan my SIL..
Beliau juga yang make up aku semasa di SINI..


 Dipintu masuk dewan SACC..
Dak Nuha bersanggul rambut palsu..
 

 Ada yang kata dak Kakak macam Aishwarya Rai..


 Suasana dalam dewan..
Aku dapat meja jauh dari pentas.. hampir dengan pintu masuk..
Tapi oklah.. dekat sikit anak-anak nak pergi toilet..


 Kelawaan dak Nuha bertahan sementara..
Dak Kakak masih maintain, malu nak berjalan katanya..



'Ibu.. ada lagi tak pink dekat mata Nuha..?' Dak Nuha bertanya sambil pejam mata..
'Ada sikit lagi.. kenapa..?'
'Balik nanti nak mama make up lagilah..' huhuhu.. anak dara kenitku itu..
Berbeza pulak dengan dak Kakak.. dah pakai cantik macam artis Bollywood, hanya duduk di tempat duduk.. malu katanya..
Dak Adik.. lagi tak kisah dengan suasana keliling bila tab dalam genggaman..

 Alhamdulillah dak Nuha tak meragam teruk.. syukur..


 Bergambar kenangan dengan geng Remaja Purba dan rakan tempat kerja..

 Anak-anak takut nak bergambar.. biar ibu yang bergambar dengan Bumble Bee..


DAN..
Walaupun aku tak menang untuk cabutan bertuah seperti di SINI..
TAPI..
Aku menang sesuatu yang pada aku dak Kakak yang layak menang..

Bersama Dato' KPE..
Hadiah di atas kemenangan pakaian tercantik kategori wanita..

Last but not least..
Hadiah tersebut telah selamat dibahagi dua dengan my SIL..
Berbaloi-baloi sebab tupperware special edition menjadi kepunyaan aku..
Terima kasihlah kak.. tunggu next event pulak.. ekekeke..



StatusHati: Bila sesekali melaram.. terasa diri jadi perhatian..


Friday, May 6, 2016

Menunggu masa untuk pergi..


Kepada yang cuba hubungi aku dan aku tak reply lebih dari 1 jam itu bermakna handphone aku berada dalam zon Merah ICU.. menunggu masa untuk 'pergi'.. Kalau ada hal urgent.. mohon pm tepi..


Ni yang leceh bila handphone merajuk.
Macam cacing kepanasan aku rasa..
Takpelah.. bertabahlah wahai hati..
Muka jangan masam macam asam kecut..
Senyum.. nak cantik kan.. nak cantik kan.. ekekeke..


StatusHati: Ada game bowling petang ni..


Thursday, May 5, 2016

Lawatan ke Perkampungan Budaya Sarawak


Sambungan kisah dari SINI.. kisah yang lama terperam..

Flashback..
13 - 16 November 2015..
Program yang aku hadiri pada tarikh tersebut adalah berbentuk Program Kemasyarakatan dan melawat tempat yang menarik di sekitar Kuching Sarawak selama 4 hari 3 malam.. juga adalah hadiah bagi aku dan 26 pegawai dan kakitangan di tempat kerjaku..
Hari pertama di SINI..
Hari kedua di SINI..
 
Perjalanan dari Pasar Serikin diteruskan menuju ke Perkampungan Budaya Sarawak. Banyak gambar kuambil sepanjang perjalanan ke sana.. masa tu dah merangka-rangka nak menaip apa untuk dalam blog tapi eemm.. hantu mana dah sampuk aku, baru la ni gedik nak update.


Sepanjang perjalanan menuju ke Perkampungan Budaya Sarawak..
Jalan Sultan Tengah
Aku suka jalan ni.. cantik dan redup sepanjang jalan..


Rumah Ketua Menteri Sarawak
Cantik.. rumah pulak kat tepi laut..


Sekitar pemandangan di Perkampungan Budaya Sarawak
Pintu masuk ke Perkampungan Budaya Sarawak


Gambar atas kiri: Setiap rumah yang telah dikunjungi, passport tersebut akan dicop.
Gambar tengah: Gunung Santubong. Kalau diperhatikan, boleh nampak muka sedang memandang ke atas.. Gambar ni diambil ketika melalui Jambatan Santubong.



Jujur aku cakap, mula-mula sampai je aku teruja nak mendengar penerangan our tourist guide.. Lepas tu, aku rasa 'lost' sebab dok leka selfie.. rugi rasanya.. eemm..


Satu kisah diceritakan oleh our tourist guide, Connie..
Mereka yang meninggal dunia (tak ingat merujuk kepada suku kaum apa), di tanam kali pertama di dalam tanah. Selepas lima tahun mayat tersebut akan dikeluarkan, dibersihkan dan disimpan di dalam tempayan dan disimpan di dalam jerunai (pengkebumian kedua).
*Jerunai - tiang berukir cantik berisi rangka manusia.
Kami juga dimaklumkan, pengkebumian kedua orang Ulu berada di dalam Muzium Orang Sarawak.


Lawatan di Perkampungan Budaya berakhir dengan menonton persembahan kebudayaan Sarawak, menarik.. aku suka. Cantik dan handsome mereka yang membuat persembahan di atas pentas.. hehehe..
Habis je lawatan tersebut, kami kembali ke tempat penginapan di Hilton Hotel Kuching..

Bersambung..
Bila nak habis daa..



StatusHati: Kenangan bersamamu ada yang menyakitkan..


Wednesday, May 4, 2016

Biarkan 'dugaan' tu terkebil-kebil kat tepi..


Dah masuk bulan Mei..
Berdebar-debar.. tinggal 4 bulan je lagi..
Dak Kakak yang nak periksa, aku yang berdebar-debar lebih..
Moga rutin pembelajaran dak Kakak dan dak Adik dipermudahkanNYA..
Dak Nuha.. sabar ye.. tahun depan dapat kawan dan geng baru..
Aku..? Tiap hari join Explorace.. Amazing Race.. kihkihkih..

Sekarang..
Masa untuk fokus pada dak Kakak..
She is my main point now..

Apa-apapun..
Apa saja dugaan mendatang.. tolak ke tepi..
Biarkan 'dugaan' tu terkebil-kebil kat tepi..
Selagi tak mendatangkan bahaya.. tak mendatangkan amarah.. abaikan je..
'Dugaan' macam tu tak perlu dilayan.. buat menyesakkan fikiran..


StatusHati: Bila terasa rindu..



Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...