Followers Remaja Purba

Friday, July 29, 2016

#perasanSlim #SyoknyaRaya


Kisah raya yang tak habis-habis..


 
#perasanSlim
#takretimakeup

Gambar Kanan: Dua bulan lepas..
Memang meletop.. kali pertama aku all out dalam majlis tempat kerjaku..
Kisah di SINI..

Gambar Kiri: Jumaat lepas..
Berkebaya songket..
Bersantai bersama geng sedara sedodolku dalam majlis Hari Raya Aidilfitri tempat kerjaku. Kisah di SINI..



#SyoknyaRaya..
Gambar atas tu deme kata 'silat tepis'..


Ketahuilah..
Moment yang sangat indah.. sangat terkesan di hati..
Korang tetap di hati walau kita terpisah antara bahagian..
Dari kecik hingga besar dan kembali kecik #perasanSlim kita tetap bersama..
I Love You all to the moon and back Kak Nora, Aty, Allyn, Sue Azim and Kak Gja..

Tak lupa juga buat my SIL yang melayan kehendak aku.. menaja baju serta aksesorinya..


StatusHati: Kak.. baju yang satu tu, yang ku aim tapi tak muat tu akan kujadikan sebagai sumber inspirasi untuk lebih #perasanSlim.. 😉😄😃


Wednesday, July 27, 2016

#SyoknyaRaya #Hipster


Jumaat lepas, 22 Julai 2016..
Telah berlangsungnya Majlis Hari Raya Aidilfitri di tempat kerjaku..

Sepanjang majlis berlangsung turut diadakan cabutan bertuah, game raya dan persembahan live band serta karaoke. Aku tak menang pun.. sekadar suka-suka meraikan suasana.. Manakala tema pakaian macam biasalah kan.. baju melayu lengkap bagi lelaki dan baju raya bagi wanita.

Menu yang dihidangkan lebih kurang macam tempat lain. Ada pelbagai hidangan yang boleh dicuba dan dirasa tapi aku tak makan sangat pun, kenyang bergambar.. kihkihkih..


 #IniBukanBajuRaya..

 Bersama sahabat sedara sedodolku..


 Bersama Dato CEO yang suka selfie..


 Selepas beberapa tahun, baru kali ni berjaya dapat berkumpul dalam satu majlis..


 I love you all to the moon and back..


 Di bahagian luar dewan..
Pelbagai aksi dari kami.. see.. tak cukup sorang..


 Ini pula dari Bahagian aku sendiri..
Masa ni dah selamat tanggal semua aksesori yang aku pakai sedari awal..


Bila Mak Budak bergambar ala #hipster..


 Korang memang happening lah..


Ada je gaya nak cuba ditonjolkan..



Apa-apapun terima kasih kepada pihak pentadbiran dan mereka yang berkenaan dalam menjayakan majlis tersebut.. #SyokRaya.. Kenyang perut, suka hati..

Dan.. balik petang tu.. yang tak syoknye, tersekat dalam kesesakan jalanraya akibat kawasan sekitar LRT di Glenmarie banjir..


StatusHati: Ada yang minta tips kurus dari aku.. Ada di SINI..


Thursday, July 21, 2016

Brownies and Congo Bar..




Brownies and Congo Bar..



Harga..? Priceless..
Sebab my big boss bahagian yang buat untuk kami..
Baunya.. eemm..
Terima kasih Dr. sebab belanja kami semua.. next time nak lagi.. ekekeke..

Ok.. lepas Syawal jelah kita diet balik..
Bertabahlah tengok meter pemberat tu naik takmo turun-turun..
Pita pengukur pun sama tak kurang galaknya.. wakakaka..


StatusHati: Nak buat rumah terbuka.. eemm..



Tuesday, July 19, 2016

Kisah Raya Kami..


Tiada gambar raya yang lengkap bagi aku dan keluarga..
Bila bergambar di tepi rumah, sorang berlari ke kanan..
Bila bergambar di depan rumah, sorang lesap ke kiri..
Bila bergambar di dalam rumah, langsung gambar tak jadi..
Sudahnya ini jelah yang ada..


Dak Adik dan dak Nuha di hari raya pertama..



Pagi raya di Kuala Lumpur, tengahari di Petaling Jaya..
Petang raya.. bersedia untuk meredah kesesakan jalan raya..


Belum pun jauh perjalanan..


Rutin yang sama hampir setiap tahun..
Kami bergilir-gilir memandu kereta memandangkan memasing tak cukup rehat.

Kampung pertama.. Simpang Ampat tempat aku membesar..


My best friend sejak tahun lepas..
Asal lepas makan je cari menda ni ukur lilit pinggang..
Sepanjang beraya di kampung 'diet' aku dah tinggalkan sesiap di rumah..
Menu sedap-sedap rugi je diet.. kahkahkah..



StatuHati: Lepas Syawal ni kita pulun bagi #perasanSlim balik..

Friday, July 15, 2016

Perihal melipat kain



Whatsapp dari Hubby baru-baru ni..


Kahkahkah.. nih bukan sentap tapi aku bantai gelak bila dapat mesej tu..
Sambil berbalas mesej sambil tengok baju dalam bakul yang ada, liatnya rasa nak mulakan melipat kain baju yang bertimbun tu.. tapi kalau tak lipat.. kang adalah yang tercari-cari bajulah, seluarlah.. hok yang kecik pun dok menanya dekat aku.. carinya tak.. huhuhu..

Bila dah mula melipat, hantu rajin pulak rasuk aku.. habis licin bersih aku lipat. Walau tiada pujian diberikan tapi tetap berasa bangga bila berjaya mengosongkan bakul yang ada.. Tapi itu hanya bertahan sehari je, esoknya kembali penuh semula..

Perihal melipat kain ni takkan pernah selesai..
Tiba-tiba aku teringat, dulu.. beberapa tahun lepas, aku pernah dapat komen yang pada aku hanyalah entry biasa, tapi pengomen tersebut macam tak puas hati dengan apa yang aku buat.. Alahai nak ooii.. Makcik ni buat entry dalam blog untuk kepuasan diri makcik, kalau kamu tak suka, makcik tak boleh nak kata apa tapi terima kasihlah singgah blog makcik dan bagi komen pada entry makcik tu..

Aku ni tak harapkan pujian pun, berblog pun untuk kepuasan sendiri tapi aku minta maaflah kalau kau pernah terasa satu ketika dulu. DAN.. komen tu aku masih simpan hingga kini.. tak publish pun. Macam dia cakap dalam komen tu.. 'tak penting pun apa yang aku ceritakan dalam entry tu..'


StatusHati: Bukan semua orang suka dengan apa yang kita terjemahkan di dalam blog..

Thursday, July 14, 2016

Cuma nak bagitahu


Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin
Moga kita semua sihat dan semakin sihat..


Takde apa nak cerita kat sini.. cuma nak bagitahu..
Aku nak KURUS..
kihkihkih..


StatusHati: Sedang mencari rentak mendapatkan kembali stamina yang hilang..


Wednesday, July 13, 2016

Kisah dua hari sebelum raya..


Kronologi 29 Ramadhan yang lepas..

Kisah dua hari sebelum raya..
En. Hubby tunjukkan tanda protes bila aku suarakan yang aku tak nak cuti sebelum raya. Aku pulak bercadang nak simpan cuti rehat untuk dak Kakak nanti.. tapi aku ni bukanlah jenis yang kejam engkar perintah, makanya bercuti awallah aku sebelum raya tu..

Dari bangun pagi tu aku dah rasa berpotensi nak kena serangan migrain, ni semua gara-gara aku tak cukup rehat, tak cukup tidur. Pagi tu aku tetap pergi ke tempat kerja atas alasan nak ambil barang yang tertinggal dan dalam masa yang sama sempatlah aku selesaikan urusan perbankan.


Federal highway

Dalam perjalanan balik ke rumah, ingatkan laluan di Federal Highway dah mula lengang, sangkaanku meleset sama sekali. Rupa-rupanya ada kemalangan berlaku, tapi sesaknya macam highway tu terhalang sepenuhnya.. Hailaa.. memasing dok perlahankan kenderaan makin memburukkan lagi keadaan.

Di rumah, ku cuba rehatkan diri dengan harapan cepatlah migrain tu hilang. tapi bila keadaan makin teruk, petang tu kuserah diri di klinik, awalnya doctor hanya nak bagi aku ubat tapi aku sendiri request nakkan suntikan walau itulah yang paling aku tak suka dan seboleh mungkin akan aku elak.

Banyak jugak doc nasihatkan aku dari segi pemakanan, rutin harian, rehat dan tidur yang cukup mampu mengurangkan/menghalang dari serangan migrain.. and the best part 'Kenapa nak diet?' 'Dengan BMI yang dah berada di tahap normal kenapa perlu berdiet lagi..?' 'Kalau nak diet, biarlah seimbang, jaga pemakanan, bersenam dan paling penting rehat kena cukup.'

Tapi serangan migrain masa tu bukan disebabkan diet tapi sebab tak cukup rehat, tak cukup tidur sebenarnya. Pasal isu diet tu, hanyalah nasihat sampingan dari doctor..


 StatusHati: Perlahan-lahan mencari rentak nak update blog..



Tuesday, July 12, 2016

Dedo.. tak sihat..


Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua..

7 Syawal 1437..
Hari ni dah kembali bertugas..
Moga rutin harian kita dipermudahkanNYA..

Kisah sebelum dan selepas raya akan menyusul kemudian..


StatusHati: Dedo.. tak sihat..



Friday, July 1, 2016

Jumaat terakhir di bulan Ramadhan


Hari ini merupakan Jumaat terakhir di bulan Ramadhan sebelum tibanya Syawal. Ramadhan semakin menghampiri ke penghujung. Anak-anak semakin teruja nak balik kampung..

Persiapan raya kali ni..
Kuih raya..?
Aku 'tunjuk' je.. cuma takde beli berbalang-balang.. sekadar syarat je..

Baju raya..?
Alhamdulillah dah siap tempah.. tapi bila try cuba test terasa besar dan longgar. Bukan salah tailor tapi aku salahkan diri aku.. sape suruh #perasanSlim..

Beraya di mana..?
Anak-anak dah buat pilihan nak balik mana. Aku ikutkan je, janji dorang happy aku tak makan hati..


StatusHati: Apa yang pasti, satu apa pun aku tak kemas lagi.. 



Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...