Kisah malam tadi..
Hanya kerana seekor lipas..
Ni.. kalau terserempak dengan dak Nuha, bukan lipas yang lari.. dak Nuha yang lari..
Sambil menjerit.. 'ibu.. cockroach.. cockroach..' dalam nada pelatnya..
Sambil baring atas katil, kekonon nak berblogging sekejap..
Tiba-tiba..
Dengan megahnya.. berterbangan ke kiri.. ke kanan.. ke atas.. ke bawah..
Sempat pulak dia hinggap buat flying kiss dengan leher, belakang badan malah dengan beraninya mencuba mengambil kesempatan nak masuk dalam baju..
Wah.. ini sudah lebih..
Sambil mengomel kutepis-tepis manja dia..
Aku ni malas nak turun dari katil bila dah sampai masa nak tidur..
Makin lama.. makin menjadi, makin berani pulak ia mengambil kesempatan..
Dok merayap pulak dekat kepala katil..
Tapi elok pulak tu tak disentuhnya dak Nuha..
Tak boleh jadi ni.. bila ku buka lampu.. tak nak pulak munculkan diri..
Takutler tu.. takut kena kill.. kill.. die.. die.. ler tu..
Aku tunggu juga, ni kalau ia muncul memang aku smackdown terus ni..
Sudahnya, off lampu, sambung balik layan blogging..
Eh!Muncul semula ia..
Hinggap pulak atas kepala aku..
Amboi.. nak berblogging jugak ke..?
Geram punya pasal.. ku ketuk Tab atas kepala sendiri..
Nekad dah ni.. biar ia mati.. atas kepala pun atas kepalalah..
Tapi.. liat sungguh nyawa ia..
Lepas cubaan kill.. kill.. die.. die.. tu, dah tak berani muncul dah..
Agaknya pening kot kena ketuk.. kihkihkih..
Padan muka..
Lepas ni, kalau muncul lagi, aku takkan lepaskan dengan mudah..
Memang kill.. kill.. die.. die.. aku buat..
Nasib baik kejadian berlaku selepas dak Nuha lena dipembaringan..
Kalau tak.. bingit anak telinga aku dengar jerit tangis dia..
Dah satu hal nak memujuk dia..
Aku dahlah ting tong masih belum sihat..
Fuh.. syukur..
StatusHati: Ingatkan Dia.. ramai yang datang menduga.. namun tak sama denganmu..