Saturday, July 12, 2025

OTAK PENUH DENGAN IDEA

 
12 Julai 2025 - Sabtu (16 Muharram 1447H)

Kadang-kadang aku rasa seronok sangat sebab otak penuh dengan idea. Terlalu penuh, sampai tak tahu nak mula yang mana satu dahulu. Adakah..
  • Nak update blog
  • Nak menulis
  • Nak tengok drama
  • Nak edit gambar
Semua benda terasa menarik. Semua benda terasa 'aku nak buat sekarang!'. Masalahnya.. badan cuma satu, tenaga pun ada had. Mata pun kadang minta rehat, tapi otak tak boleh diam.

Aku..?
Bagi ruang satu-satu sebab idea tak akan hilang cuma perlukan giliran untuk dilayan; yang penting, jangan paksa semua jadi serentak. 

“Kreativiti itu bukan tentang buat semua sekaligus.
Tapi tahu bila nak beri ruang, dan bila nak beri tumpuan.”
— untuk semua yang punya banyak idea, tapi satu badan 


====================================

— Kenangan yang tertinggal 

Penghujung Jun 2025 yang lepas..
Satu urusan penting akhirnya selesai. Nampak macam mudah je tapi hakikatnya, selagi belum sampai ke penerima yang betul, hati tetap rasa tak tenang.

sambungan dari [SINI]
Dokumen telah selamat sampai ke destinasi

Bila fikir balik, benda kecil macam ni pun boleh buat kepala menjadi ligat. Bukan sebab tak percaya orang lain tapi sebab aku tahu tanggungjawab tu di atas bahu aku. Kadang, benda yang orang nampak simple itulah yang ambil paling banyak ruang dalam fikiran tetapi bila dah selesai, Alhamdulillah dah boleh tarik nafas lega seketika. 


Kisah minggu lepas pula..
Kami makan tengahari di rumah mySIL dengan menu kari kambing yang dimasak oleh en. Hubby. Sambil santai berborak, dihidangkan pula dengan air coklat Belgium sejuk yang dibuat oleh mySIL. Memang layan habis.

Air coklat Belgium sejuk

Kadang kita tak perlukan hari yang sempurna pun. Cukup ada satu, dua perkara kecil yang buat kita rasa, 'aku masih di sini… dan aku masih cuba'. itupun dah cukup bermakna.

@Remaja Purba: Perlahan pun tak apa, asalkan masih bergerak.

Friday, July 11, 2025

PERKHABARAN DUKA


10 Julai 2025 - Khamis (14 Muharram 1447H)

Ketika mereka yang lain mengambil peluang Work From Home (WFH) disebabkan penganjuran Mesyuarat Menteri-Menteri Luar Negeri ASEAN ke-58 (AMM ke-58) bermula 8 hingga 11 Julai 2025, aku tetap seperti biasa, hadir ke tempat kerja, Ini kerana laluan penutupan dan lencongan yang dibuat oleh pihak berkuasa tidak menjejaskan aku untuk sampai ke tempat kerja.

'Integriti..'
Andai kerja kita memang tak boleh dibawa balik, jadi mengapa perlu ambil kesempatan hanya kerana orang lain berbuat demikian? 

Aku..?
Kebanyakkan tugas aku memang perlu diselesaikan di tempat kerja, bukan di rumah dan sebabnya ada di [SINI]. Sekurang-kurangnya itu juga menjadi jawapan kepada mereka yang bertanya, 'Kenapa kau tak WFH je?'.

Petang..
Bila migrain datang menggila, buatkan kerja menjadi serba tidak kena. Akhirnya aku mohon kebenaran half day, terpaksa berjumpa dengan doktor dan diberikan cuti sakit. Dengan faktor usia yang menginjak Purba ini - Jika sakit, ambil cuti sakit. Tak perlu nak pentingkan kerja itu berbanding kesihatan diri sendiri seperti di [SINI].
Di rumah..
En. Hubby mengambil alih bekerja dari dapur. Sesekali dapat dimanjakan, nikmat apalagi yang kau nak dustakan Mak Budak. Ini juga rezeki.. Alhamdulillah.. dalam sakit dapat makan sedap.

Ikan siakap
Hasil tangkapan en. Hubby memancing minggu lepas

Cili kering yang telah siap dikisar


Resepi..?
Campak-campak je siap..
ASAM PEDAS SIAKAP
by ChefHubby

Alhamdulillah.. rezeki ini kami kongsikan juga kepada atok saudara yang selang dua pintu dari rumah kami. 

====================================

11 Julai 2025 - Jumaat (15 Muharram 1447H)

Hari ini aku berehat di rumah kerana cuti sakit yang diberikan oleh doktor petang semalam. Dalam tak sabar menantikan kepulangan dak Kakak, en. Hubby mendapat perkhabaran duka, ayah kepada salah seorang kawan baik beliau telah kembali ke rahmatullah pagi tadi. Ketika ini en. Hubby turut berada di sana sebagai penghormatan terakhir dan akan turut sama sehingga selesai urusan berkaitan.

Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman. Al-Fatihah

@RemajaPurba; Buat dak Emy.. salam takziah dari kami..

Wednesday, July 9, 2025

BILA BOS RASA DIA SENTIASA BETUL


09 Julai 2025 - Rabu (13 Muharram 1447H)

Tempat kerja sepatutnya menjadi ruang untuk bekerjasama, berkongsi pendapat tetapi apa akan jadi sekiranya suara pekerja hanya dilayan sebagai bunyi latar yang tak penting?

Diamnya kami bukan tanda setuju.
Kadang, kami terlalu letih untuk melawan suara yang tak pernah mahu mendengar.
Dalam dunia kerja yang dikawal ego, kadang-kadang.. diam itu cara paling selamat untuk terus bertahan.

Suasana di tempat akan menjadi tidak seronok dan 'bebas' bersuara bila..
  • Idea pekerja sering diketepikan walaupun ada pandangan lebih baik, bos tak mahu dengar.
  • Pekerja jadi yes man.. terpaksa demi jaga periuk nasi, ramai pilih untuk angguk dan senyum palsu.
  • Emosi tertekan + motivasi boleh jatuh bila suara tak didengari, pekerja hilang semangat untuk berusaha lebih.
  • Diam bukan bermakna rela yang mana ada pekerja lebih suka diam sebagai bentuk bertahan, bukan setuju.

Kadang-kadang.. bukanlah kerana kita yang lemah, tapi suasana kerja itu sendiri yang menjadikan kita seorang yang pasif.

Aku diam bukan sebab aku setuju, aku cuma penat dan aku tahu, dalam tempat kerja begini, tak semua suara layak didengari. Hanya akan bergema sekejap sebelum tenggelam begitu saja. Terpaksa jadi fake bukan sebab suka berpura-pura, tapi kerana itu cara untuk terus bertahan. Demi gaji yang masuk tiap bulan. Demi tanggungjawab pada keluarga. Demi survival.

Tapi sesekali, aku tanya diri sendiri...
Sampai bila? Sampai bila perlu berdiam dan menipu emosi sendiri hanya kerana satu suara yang terlalu kuat hingga memadamkan semua yang lain?

@RemajaPurba: ..

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...