Wednesday, April 3, 2024

CADANGAN WAKTU PERJALANAN SEMPENA PERAYAAN HARI RAYA AIDIFITRI 2024


Tidak sampai seminggu lagi, umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Sudah pasti akan berhadapan dengan kesesakan di lebuhraya.

Bagi mengurangkan kesesakan di laluan utama lebuhraya, plaza tol dan kawasan rehat pada waktu puncak, kita perlu merancang perjalanan dengan mengikut jadual Cadangan Waktu Perjalanan atau Travel Time Advisory (TTA) yang dikeluarkan oleh pihak pengendali lebuhraya.


plusline1800880000
@plustrafik

Bagi pengguna Lebuhraya PLUS yang akan menggunakan laluan lebuhraya ini sama ada ke arah utara mahupun selatan sempena cuti perayaan Hari Raya Aidilfitri 2024, pihak PLUS mengambil inisiatif mengaktifkan Smart Lane di 18 lokasi strategik seperti berikut:
  1. Sg. Petani (S) - Hentian Sebelah Tikam Batu (KM108.0 - KM112.0) - Arah Selatan
  2. Bkt. Tambun (U) - Plaza Tol Juru (KM150.4 - KM146.4) - Arah Utara
  3. Bandar Cassia - Hentian Sebelah Sg. Bakap (KM155.5 - KM 157.2) - Arah Selatan
  4. Gua Tempurung - Gopeng (KM303.0 - KM297.0) - Arah Utara
  5. Slim River - Sungkai (KM367.3 - KM354.0) - Arah Utara
  6. Sungkai (KM354.0 - 356.0) - Arah Selatan
  7. R&R Rawang - Sg. Buaya (KM439.5 - KM435.5) - Arah Utara
  8. Hentian Sebelah Rawang - Persimpangan Rawang (KM437.1 - KM443.3) - Arah Selatan
  9. Susur Keluar Petron, NKVE - Subang (KM11.2 - 13.3) - Arah Utara
  10. Setia Alam - Shah Alam (KM3.3 - KM9.0) - Arah Utara
  11. OBR USJ - Seafield (KM6.1 - KM8.1) - Arah Utara
  12. Nilai - R&R Seremban (KM280.0 - KM276.0) - Arah Selatan
  13. Port Dickson - Seremban (KM260.0 - KM263.1) - Arah Utara
  14. Ayer Keroh - Hentian Sebelah Kg. Bemban (KM194.5 - KM184.0) - Arah Selatan
  15. Kulai - Senai (KM19.0 - KM27.0) - Arah Selatan
  16. Senai - Kulai (KM19.0 - KM27.0) - Arah Utara
  17. Dato' Onn - Pasir Gudang (KM4.5 - KM1.9) - Arah Selatan
  18. Pandan - Kempas (KM0.4 - KM6.0) - Arah Utara
Jumlah Smart Lane ini membabitkan tiga di bahagian utara, sembilan di bahagian tengah dan enam di bahagian selatan. Papan tanda Smart Lane turut diletakkan pada jarak satu kilometer (km) dan 500 meter sebelum memasuki laluan berkenaan.

#RayaBersamaPLUS

Laluan Smart Lane ini akan beroperasi berpandukan jadual yang ditetapkan dan keadaan trafik semasa.

Sekiranya mempunyai sebarang masalah, boleh hubungi PLUSLine customer care line di talian: 1800 88 0000 yang akan disambungkan terus ke PLUS TMC di Subang.


GMBK-KARAK-KTN-JABOR
@LPTTrafik

Buat pengguna Lebuhraya Kuala Lumpur - Karak (KLK) dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT 1) pula, cadangan waktu perjalanan sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri 2024 adalah seperti berikut:

Dari Kuala Lumpur/Selangor (masuk di Plaza Tol Gombak)
Tarikh: 6 & 7 April 2024 (Sabtu & Ahad)
  • Ke PAHANG (12:00 tengahari - 4:00 petang atau 8:00 malam - 11:00 malam)
  • Ke TERENGGANU (9:00 pagi - 12:00 tengahari atau 8:00 malam - 11:00 malam)
  • Ke KELANTAN (6:00 pagi - 9:00 pagi atau 5:00 petang - 8:00 malam)

Ke Kuala Lumpur/Selangor 
Tarikh: 13 & 14 April 2024 (Sabtu & Ahad)

Dari PAHANG (masuk di semua Plaza Tol)
  • 8:00 pagi - 10:00 pagi atau 5:00 petang - 7:00 malam
Dari TERENGGANU (masuk di Plaza Tol Jabor)
  • 6:00 pagi - 9:00 pagi atau 5:00 petang - 8:00 malam
Dari KELANTAN (masuk di Plaza Tol Bentong)
  • 3:00 petang - 5:00 petang atau 10:00 malam - 12:00 tengah malam
Waktu Perjalanan Bebas: 12:00 tengah malam - 6:00 pagi

Manakala waktu perjalanan bas ekspres ke destinasi Pantai Timur memasuki Plaza Tol Gombak ialah seperti berikut:
  • 9:30 pagi sehingga 12:00 tengahari
  • 9:30 malam sehingga 12:00 tengah malam
Kenderaan ringan disaran elakkan memasuki Plaza Tol Gombak di waktu tersebut.


Sekiranya memerlukan bantuan kecemasan, boleh hubungi LPT di talian: 1-700-818-700.


Rancang perjalanan dengan menggunakan jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) Lebuhraya KL-Karak (KLK) dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT 1) sempena Hari Raya Aidilfitri ini bagi menikmati perjalanan yang lebih selesa dan lancar.

Satu lagi, jangan kita lupa untuk memastikan baki kad Touch 'n Go atau eWallet mencukupi dan bateri Smart Tag berada di dalam keadaan baik sebelum memulakan perjalanan. Ini mampu mengurangkan kesesakan di plaza tol lebuhraya.


UPDATE TERKINI:

Masih keliru tentang apa itu Smart Lane?




#RemajaPurba: Moga bermanfaat.

Tuesday, April 2, 2024

Dari Allah Kita Datang Kepada Allah Kita Kembali


31 Mac 2024 - Ahad (20 Ramadan 1445H)

Menerima khabar berita duka dari group whatapps mengatakan ada kemalangan maut membabitkan empat buah motosikal di salah satu jalan kampung di kawasan tempat tinggal kami. Dua orang mangsa yang meninggal berusia 15 tahun. Kejadian berlaku lebih kurang dekat pukul sepuluh malam.

'Kesian dekat emak ayah ada yang meraung kat sana tadi. Baru balik sembahyang terawih'. mesej dari group.



Salah seorang daripada mangsa adalah abang kepada murid satu kelas dak Nuha. Salam takziah atas musibah yang telah berlaku. Semoga tabah dan sabar dalam menghadapi ujian dan moga semua urusan dipermudahkanNYA.



01 April 2024 - Isnin (21 Ramadan 1445H)



Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri sebanyak RM500 kepada penjawat awam Gred 56 ke bawah, RM250 buat pesara yang akan dibayar pada Jumaat ini. 

Alhamdulillah.. rezeki buat mereka.

#RemajaPurba: ...

Monday, April 1, 2024

Bila Tersilap Percaturan ke Bazar Ramadan


Hujung minggu yang memenatkan.

30 Mac 2024 - Sabtu (19 Ramadan 1445H)

Malam..
Selepas berbuka puasa di rumah mySIL, kami mengambil peluang ke bazar Ramadan di tengah bandaraya di sini. 

'Hari ini orang dah gaji, jalan mesti sesak'.
Rasanya lebih dua jam berhadapan dengan kesesakan jalan raya yang teruk, hujan pulak tu. Bila dah hampir sampai di lokasi, jalan tersebut tidak boleh dilalui oleh kenderaan. Memandangkan jalan yang sesak teruk dari semua arah, kami mengambil keputusan untuk pulang sahaja.

Selepas berjaya 'menyelamatkan' diri, kami terus menuju ke bazar Ramadan di bandar di sini. Nampak meriah walau ketika itu dah pukul satu pagi Alhamdulillah.. apa yang kami nak beli, semua ada di sini. Lega dalam kepenatan.

Sebelum balik, kami singgah di kedai makan untuk bersahur. Tak larat dah nak hadap dapur untuk menyediakan juadah bersahur.  


31 Mac 2024 - Ahad (20 Ramadan 1445H)

Jika semalam kami berbuka puasa di rumah mySIL, hari ni berbuka pula di rumah myMIL. Sebelum kami bergerak menuju ke rumah myMIL, sempat singgah di shopping malls di situ. Pergi ketika waktu kemuncak, orang ramai memang susahlah nak dapat parking. En. Hubby mengambil keputusan parking di deretan kedai di seberang jalan shopping malls di situ. Senang.

'Ini pun sebab ibu korang nak tukar buku je, babah sanggup datang sini'.

Aku ke situ sebab nak buat pertukaran novel yang aku beli minggu lepas kerana terdapat kesilapan pada helaian cetakan novel tersebut. Ada muka surat tiada dan ada muka surat berulang. Bersyukur resit pembelian aku simpan yang mana turut memudahkan urusan ketika itu. Kakitangan kedai berkenaan melayan aku dengan baik dan sama-sama turut memeriksa novel sebelum ditukar kepada yang baru.

Alhamdulillah.. selesai.

Petang..
Setiap kali berbuka puasa di rumah myMIL, chef Hubby yang akan masak. Kali ni, anak dara yang bantu babahnya, MakBudak betul-betul penat. 'Ibu korang mengalahkan babah penatnya, dalam kereta duduk sebelah je kot. Babah lagi penat sebab pandu kereta'🤣

- Asam Pedas Ikan Siakap -
Sayur bendi kena letak banyak sebab anak-anak suka.


Berbuka puasa di rumah myMIL tak pernah tak meriah. Ada pelbagai juadah tersedia, baik yang dimasak oleh chef Hubby mahu pun yang dibeli. Jangan tanya mana gambarnya, nak makan lupa terus nak ambil gambar.

Selesai semuanya, kami beransur pulang. Sempat aku tapau asam pedas bawa balik. 🤭

#RemajaPurba: ...

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...