Followers Remaja Purba

Thursday, December 23, 2021

Musibah Banjir Disember 2021


Sambungan dari SINI..

17 Disember 2021 (Jumaat)
Hujan mula turun..
Dari tempat kerja aku berhadapan dengan kesesakan jalan raya hampir dua jam sebelum sampai rumah. Penat.

18 Disember 2021 (Sabtu)
Menghadiri jemputan kenduri perkahwinan di Simpang Pulai, Perak. 

Ketika kami memulakan perjalanan, air dah mula melimpah keluar 
Kawasan dalam radius 3 kilometer dari rumah.

Hujan sepanjang perjalanan.

Dalam radius lima kilometer dari rumah..

Seawal perjalanan dihiasi dengan pemandangan seperti ini.

Kami berada di kenduri tersebut lebih kurang dua jam sebelum kami bergerak pulang. Kisah yang ni nanti aku buat pada entry yang lain.

Hujan lebat mengiringi sepanjang perjalanan balik dari sana. Langsung tak terfikir nak singgah di kedai membeli barang untuk dijadikan sedikit bekalan harian. Apa yang kami fikir nak cepat sampai rumah.

Jalan tutup - kami patah balik cari jalan lain. Siap bertanya arah pada awek google map

Jalan dinaiki air - kami redah dalam debaran.

Alhamdulillah selamat sampai hampir di rumah menjelang tengah malam. Anak² terus mengemas bilik masing² sebagai langkah berjaga-jaga, si Comot pulak bertenggek atas motor menunggu kami balik. Kesian ia kelaparan tapi syukur juga ia tak merayau ke tempat lain.

Dah tahu hujan kenapa nak pergi juga kenduri?
Tak terjangkau dek fikiran kerana tak pernah mengalami seperti ini. 


Musibah Banjir pada 19 Disember 2021 (Ahad).
Tercatat dalam sejarah, kawasan rumah dinaiki air. Walau tak seteruk tempat lain tapi tetap terkesan, ada jiran kami rumahnya dimasuki air. Kami.. bersama-sama menunggu air surut. 

Seinci lagi air boleh memasuiki rumah sekiranya hujan berterusan.

Terima kasih pada jiran sebelah rumah yang membantu mengangkat freezer ini ke tempat lebih tinggi (ketika kami dalam perjalanan balik dari Perak).

Bahagian belakang rumah, air berjaya memasuki sedikit di bahagian dapur.


20 Disember 2021 (Isnin)
Operasi pembersihan kawasan rumah dimulakan dengan bantuan askar-askar kecik kami, walau kesan tidaklah seteruk jiran yang air melimpah masuk ke dalam rumah. Terima kasih kepada adik ipar yang menghantar bekalan makanan ke rumah kakak beliau dan juga kami. 

Tiada apa yang boleh dibuat selain dari patah balik.


21 Disember 2021 (Selasa)
Skuad bantuan banjir dari tempat kerja telah diagihkan kepada beberapa kumpulan bagi membantu mencuci dan membersihkan kawasan luar dan dalam rumah dari kalangan warga tempat kerjaku yang terjejas teruk. 

Laluan telah dibuka untuk semua kenderaan.


Walau nampak dah surut di atas jalan raya tapi rumah kiri dan kanan jalan masih terjejas teruk. Keadaan air yang belum surut menyebabkan belum dapat menjalankan operasi pembersihan.

Skuad bantuan banjir:
Selesai membantu rumah salah seorang warga tempat kerjaku, mereka mengambil kesempatan singgah di rumah warga lain yang terjejas di kawasan berdekatan, termasuklah ke rumahku. Secara kebetulan aku ke rumah mySIL, tak dapatlah nak jumpa mereka semua.

Kali kedua, skuad bantuan banjir nak datang ke rumah, aku tiada di rumah. Takpelah, kita jumpa je di tempat kerja minggu depan. Mujurlah mereka ni menghubungi aku terlebih dahulu.

TERIMA KASIH yang tak terhingga buat semua yang terlibat secara langsung atau tidak bagi membantu mereka yang memerlukan.

Buat mereka yang dilanda musibah ini, kuatkanlah semangat walau dah tak sekuat mana. Moga semua urusan berkaitan dipermudahkanNYA. Aamiin..

#RemajaPurba: Jangan ambil mudah sekiranya berlaku banjir lagi selepas ini.

4 comments:

  1. Risau tengok keadaan macam ni. Walau air tak naik teruk tapi tetap terkesan jugak.

    ReplyDelete
  2. Allahu..semoga dipermudahkan buat aiza and family

    ReplyDelete
  3. semoga dipermudahkan segala urusan.

    ReplyDelete
  4. Uncle yg tengok gambar / bideo pun dah rasa saspen!

    ReplyDelete

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...