Followers Remaja Purba

Saturday, November 3, 2018

Fun Race di Bukit Fraser


Di tapak permulaan Fun Race..

Team aku 'Happiness Ever After'

Ketika sedang bergelut dengan masa dengan aktiviti Fun Race pagi Rabu lepas, boleh pula terserempak dengan seekor babi hutan yang agak besar. Dengan senyap tapi pantas kami berpatah balik cuba mengelakkan diri dari haiwan tersebut.

Ketika berpatah balik, bertembung dengan team lain sambil tertoleh-toleh takut babi hutan tersebut kejar kami.. DAN satu kejadian yang tak disangka telah berlaku. 

Dek gara-gara risaukan ia mengejar kami, aku telah mendapat kecederaan bukan kerana haiwan tersebut tapi terperanjat dek terdengar suara salah sorang dari kawan yang ada. Tersadung tersembam macam budak kecil baru belajar berjalan dah rupa aku masa tu.

😆😆😆
Melecet tang lutut je pun.. tapi dia punya perit pergghhhh... pedih bila berlaga dengan seluar. Tambah lagi nak berjalan. Tapi takdelah cedera teruk..

Sampai je di rumah baru cerita pada #PenemanSepanjangHayat.. bukan simpati yang aku dapat.. kena gelak lagi ye ada.. tapi memang lucu pun.. mesti babi tu fikir 'apa salah aku?' 😁


Tapi disebabkan kejadian tersebut, sampai la ni.. pergerakan agak terbatas. Ada masa lutut kanan menjadi sakit. En. Hubby mengatakan yang aku dah terlalu manja 😣 sebab dah lama tak jatuh ala-ala kanak-kanak riang. Tapi memang ye pun.. dah lama tak terlibat dengan aktiviti lasak. Fun Race ni pun takdelah lasak mana. Kalau tak kerana babi hutan tu mungkin aku tak cedera sebegini.. namun demikian.. syukur aku masih selamat dari kecederaan yang lebih teruk.

DAN..
Sejak Khamis lepas, aku masih mengalami 'jet lag'.. hahaha.. boss ku kata 'mengalahkan orang balik oversea kau ni.' 😃😊😁


StatusHati: Alhamdulillah.. rezeki di hujung minggu.

4 comments:

  1. Mudah2an dan sembuh seperti sedia kala

    ReplyDelete
  2. Menang ke idok team happiness ever after tu hehehe...

    ReplyDelete
  3. Warisan Petani:
    InsyaAllah.. Aamiin..
    Sementara nak tunggu sembuh kenalah tahan sabar.. huhuhu..


    Mrs. A:
    Fun Race team kami tak menang tapi Juara Keseluruhan milik kami.. hahaha.. nanti akan di update dalam blog.

    ReplyDelete
  4. Seronok bila dapat join aktiviti macam nie...

    ReplyDelete

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...