Followers Remaja Purba

Monday, August 6, 2018

JOHAN Pertandingan Kalam Jamaie


Kisah pagi semalam: 5 Ogos 2018

Satu pertandingan peringkat sekolah bagi beberapa kategori seperti pertandingan Nasyid, Khutbah, Azan, Hafazan, Pidato, Sajak, Bercerita dan Kalam Jamaie telah diadakan semalam di mana dak Nuha salah seorang pesertanya.

 Bersemangat tanpa rasa takut..


Anak-anak comel yang memenangi kategori Kalam Jamaie..


Selepas bertungkus-lumus berlatih hampir setiap hari, ditambah dengan dugaan anak-anak tidak sihat ketika latihan dijalankan namun semuanya bukan halangan. Berbaloi dengan usaha + kerjasama dari cikgu dan anak-anak kecil ini.. 

Alhamdulillah.. rezeki buat mereka.

Tahniah.. 🤗
JOHAN Pertandingan Kalam Jamaie antara semua cawangan kawasan.

Terbaiklah anak-anak semua.. dan salah seorang dari mereka adalah dak Nuha Husna..


StatusHati: Adakah berpeluang ke peringkat Negeri minggu depan?


5 comments:

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...