Followers Remaja Purba

Monday, May 28, 2018

"Baru saya faham.. Adil itu Redha" - Drama NUR di TV3


Allahuakbar..
Aku baru diuji dengan ujian yang kecil dah mengeluh kasar.. terlupa ada yang lagi teruk keadaannya dari aku. Seperti kisah Nur di dalam Drama NUR - episode 7. Walau hanya sebuah drama tapi dunia realiti kita tak tahu..


Drama NUR - Slot Samarinda di TV3.
Sesungguhnya Islam itu Mudah.
Kita manusia yang menyusahkan diri kita sendiri untuk mengenali Islam itu. Apa yang perlu kita buat untuk mendalami Islam? Jawapannya adalah Al-Quran.
- Adam


SOALAN Nur kepada Adam:
Kenapa Allah lahirkan golongan lorong hanya untuk dihantar ke Neraka? Dan dilahirkan golongan orang-orang yang baik hanya untuk dihantar ke Syurga? Di manakah adilnya Allah kalau ujian yang dihadapi manusia itu tidak sama beratnya?


JAWAPAN Adam kepada Nur:
Takkan adil Nur, sampai bila-bila takkan adil.
Sama macam.. kenapa Allah wujudkan orang yang cacat, yang menghadapi kesukaran sepanjang hidup disamping orang yang normal dan mereka terus ditindas hak mereka untuk terus hidup; ataupun sama juga dengan mereka yang miskin, yang dari keturunan demi keturunan yang mengalami kesusahan sepanjang masa sedangkan hidup mereka dikeliling oleh orang yang senang, hidup seperti di dalam dulang emas (living on a silver platter) tetapi mereka terus berusaha untuk mencari sesuap nasi sedangkan si kaya tanpa membuat apa-apa untuk menjadi senang.

Adil ke macam tu Nur..?
Sedangkan dalam seminggu pun ada tujuh hari, bukan lapan. Kalau diagihkan, jumlahnya takkan adil. Ada tiga, ada yang dapat empat. Tapi, selagi kita mencuba melihat keadilan Allah di sisi sesama manusia, selagi itu kita takkan nampak di mana letak keadilan Allah.


SOALAN Nur kepada Adam:
Habis tu, di mana letaknya keadilan Allah itu?

JAWAPAN Adam kepada Nur:
Adil Allah bila kita redha dengan ketentuanNYA dan kita redha dengan ketentuan yang telah ditetapkan untuk hidup kita dan keadilan Allah itu lagi jelas apabila umat Islam di Alaska berpuasa selama 20 jam dan mereka tetap bersyukur dan redha tanpa rasa merungut. Kenapa mereka berpuasa lebih daripada masa kita yang singkat dekat sini, kerana mereka tahu ada hikmah disebaliknya.

Adil jugak di mata Allah apabila si cacat teruskan hidup dia dengan bersusah-payah, dengan rasa bersyukur dengan apa yang mereka ada. Sama juga macam si buta, teruskan hidup dia dengan buta, si kudung teruskan hidup dia dengan tidak berkaki tapi mereka bersyukur. Mereka tak pernah merungut, tak pernah meronta-ronta nak menjadi seperti orang biasa, yang celik, orang biasa yang berkaki. SEDAR DIRI.

Adil juga untuk orang miskin yang sentiasa bersyukur walaupun rezekinya hanya secupak dan dia sentiasa redha tanpa rasa sikitpun iri hati terhadap si kaya dan si kaya sanggup memberikan hak dia kepada orang miskin sedangkan dia tahu benda itu tak adil buat dia.


SOALAN Nur kepada Adam:
Macam mana pulak orang-orang macam saya ni?

JAWAPAN Adam kepada Nur:
Bila awak sentiasa redha dengan ketentuanNYA dan awak terima apa jua ujian dalam hidup awak, awak kena terima semua ujian ini dengan berlapang dada tanpa rasa dendam dan jangan mempersoalkan kenapa awak ada dekat sini. Awak kena berjuang, hukum tetap hukum. Di situ sebenar-benar letaknya ujian.

Langkah pertama awak kena terima hakikat ujian dalam hidup awak.

Selagi kita tak redha dengan ujian Allah terhadap kita, selagi itu kita tetap salahkan Allah yang tak pernah berlaku adil terhadap kita. Sedangkan Allah itu Maha Adil sifatnya. Mungkin di dunia awak susah tapi di akhirat nanti kalau awak lepas ujian ini, InsyaAllah makam awak lagi tinggi dari para wali asalkan awak ikhlas dengan ujian hidup awak. Allah itu Maha Adil. DIA berhak lakukan apa saja yang DIA mahukan. Itulah sebenar-benarnya keadilan. kebesaranNYA yang tiada tandingan.


Nur: Baru saya faham.. Adil itu Redha. 
Adam: Redha dengan ketentuanNYA.


StatusHati: Tak sabar nak tahu kesudahannya.


3 comments:

  1. Asyik terlepas aje nak tengoknya...kena tengok tonton ni..huhuhu

    ReplyDelete
  2. Acik tak tengok cerita ni Aiza..best ye cerita dia

    ReplyDelete
  3. best betul story line nya..harap semua dapat pengajaran daripada drama ni

    ReplyDelete

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...