Followers Remaja Purba

Wednesday, August 31, 2016

Selamat Hari Kemerdekaan - 59 Tahun


Kisah pagi semalam di tempat kerja..
 Merdeka.. Merdeka.. Merdeka..

 Tak cukup corum geng Remaja Purba..

 Kita wefie berdua jelah..

 Diapit oleh big boss tempat kerja..
Gambar asal? Maaf Dato'.. saya edit.. πŸ˜†

Malaysia.. tetap di hati..


Bangun pagi tadi..
Alhamdulillah..
Aku masih warganegara Malaysia yang SAH..


Status: Cemburu melihat kengkawan berada di Dataran Merdeka..

Tuesday, August 30, 2016

Blogger di LayPark Corner @ Samudera, Batu Caves


Tak pernah bersua muka..
Hanya mengenali melalui blog dan seterusnya facebook..
Dari sebelum dak Nuha dan dak Qausar lahir hingga mereka dah besar la ni. Hanya komen.. like.. menemani..

Malam tadi..
Pertemuan di antara dua blogger suam-suam air suam terpahat dalam folder camera..

Bertempat di sini..
LayPark Corner @ Samudera

 Awalnya lepak di luar tapi bila gerimis mengundang bak kata Slam, kami berpindah tempat..

Menu pilihan makan malam tadi..
 Spagetti bolognese, seafood olio, chicken chop
Dua kali tambah menu ni sebab kami belum makan sebelum tu..

 Asam Pedas Ikan Pari menjadi pilihan chef Hubby..

Alhamdulillah dak Nuha tak meragam pulak, elok je dia makan..


Bersama blogger Mummy Qausar..
Inilah sebab aku sanggup datang dari jauh untuk bertemu beliau..

Beliau merupakan pemilik bersama adik, sepupu dan kawan beliau bagi LayPark Corner @ Samudera ni. Pertemuan yang sangat santai cuma aku sangatlah frust tak dapat nak gomol dak Qausar. Langsung tak nak bergambar, pujuk pun tak jalan.. huhuhu. frust acik tau..
Dak Nuha ok je nak bergambar walau nampak malu-malu dia tu. Dak Qausar langsung takmo.. itu yang dapat gambar candid je tu..

Apa-apapun, akhirnya dapat juga berjumpa walau tak dapat nak berborak beria. Kalau takde halangan, lain kali kami datang lagi..


StatusHati: Pasrah bila tengok angka pada penimbang pagi tadi takmo turun..


Monday, August 29, 2016

Kisah mengenai kek



 Dalam misi mencari kasut sekolah..


 Disebabkan Babah tak dapat lunch bersama, kita tapau jelah ye Adik..

 
 Dinner + Supper with birthday boy..
Kek rm3 lebih tertinggal kat rumah..
Takpelah dik.. janji Babah ada..


Kisah mengenai kek..

'Adik nak kek yang mana satu?'
'Beli yang murah jelah ibu.. yang ni baru rm3 lebih je.. tadikan dah beli kasut sekolah..'

Bergenang airmata aku dengan jawapan dak adik. 😒
'Nape mata ibu merah.. ibu nak nangis ke..?'
Sedihnya hati.. Dari kek yang berharga puluhan ringgit yang ada, dak Adik pilih kek yang harganya rm3 lebih je.. tapi kubelikan jugak kek yang dia nak tu..

Buatmu dak Adik.. di SINI..
  

StatusHati: Bulan September bulan dak Kakak..

Sunday, August 28, 2016

Birthday Boy my MQA a.k.a Dak Adik


Kenangan terpahat..
Tarikh 28 Ogos 2007 pada awal pagi..
Hadirnya lewat lapan hari dari tarikh sepatutnya namun aku berjaya melalui proses kelahiran biasa. Alhamdulillah.. Lahirnya satu-satunya anak lelaki buat masa ni lah..

Dak Adik..
Lahirmu tiada sebarang cacat-cela..
Namun peristiwa itu mengubah sedikit anugerah ciptaanNYA dan kerana dak Adiklah wujudnya blog Mak Budak a.k.a Remaja Purba ni..

Tiap apa yang berlaku pada dak Adik, di sinilah tempat aku luahkan. Paling aku risau andai dia mengadu sakit. Cuak terus muka aku. Bukan setakat cuak, panik pun ye boleh jadi.

Itulah kenangan.. pengalaman.. pengajaran..


Hari ini..
Selamat Hari Lahir buat MQA a.k.a dak Adik..
Moga berada di dalam rahmatNYA, lindunganNYA serta dimurahkan rezeki sentiasa..
Ibu cuma nak satu je.. andai ibu tiada nanti Adik kena bertanggungjawab dalam menjaga dak Kakak dan dak Nuha.. jangan lepas tangan.. jangan pentingkan diri sendiri. Duit boleh dicari tapi tidak family..
Ibu berharap dan berdoa agar Adik mampu menjadi imam dalam keluarga kita. Sebelum nak jaga orang lain, jaga dulu family Adik ni sebaiknya..

Aduh.. aku pulak emo lebih..
Usia dak Adik baru mencecah sembilan tahun kot..
Sabar ye Mak Budak..
Masih jauh lagi perjalanan yang perlu dilalui..


StatusHati: Ya!Allah.. Ya!Tuhanku.. Kau berikanlah anak-anak aku kekuatan dan kesihatan yang baik dalam menjalani rutin harian.. amin..



Friday, August 26, 2016

ICE - In Case of Emergency



It encourages people to enter emergency contacts in their mobile phone address book under the name "ICE", or multiple contacts as "ICE1", "ICE2", etc.
Maklumat asal di SINI..


Seorang ex-staff tempat kerjaku pernah bagitahu pada aku penggunaan ICE bagi senarai nama di dalam handphone. Daripada beliaulah aku ambil inisiatif meletakkan ICE pada nama-nama tertentu di dalam handphoneku.

Sebagai contoh:
012-3456789 - Ayah M.I (ICE)
012-3456789 - Mak (ICE)
012-3456789 - Abg Hubby (ICE)

Sekiranya berlaku kecemasan ke atas diriku, sekurang-kurangnya memudahkan mereka yang cuba menghubungi waris terdekat menggunakan telefonku.. tapi itupun kalau deme tahu penggunaan ICE tu lah kan..

Pernah juga en. Hubby bertanya siapa ICE..?
Kebetulan masa tu aku sibuk mencari nama di dalam phone book depan beliau..
Bila kukatakan maksud sebenar ICE tersebut, lepas tu senyap tak tanya apa dah..
Tapi bila aku skodeng handphone en. Hubby, 'bini aku last' itu nama yang digunakan untuk aku.. Takde sayang, darling, honey, ibu, mama ke hape ke..
Kira oklah kan.. sekurang-kurangnya beliau beringat ---> aku tetap yang pertama dan aku juga yang terakhir..


StatusHati: Dah bertahun aku gunakan ICE ni dalam kehidupan seharian..


Thursday, August 25, 2016

Tutorial 'how to delete data Whatapps' from..


Kebanyakkan dari kita pasti mempunyai aplikasi Whatapps di dalam telefon pintar masing-masing. Dari satu group ke satu group diwujudkan, group adik-beradik, sepupu-sepapat, jiran tetangga, gossip, di pejabat dan itu belum lagi nak kira kerenah di dalamnya.


Dan.. Ini berlaku di dalam Media Social Group di tempat kerjaku..


Group media ini ditubuhkan atas arahan my Dato' CEO..
Medium aplikasi whatapps ini digunakan bertujuan menyampaikan info-info berkaitan dengan pantas selain dari penggunaan emel rasmi.. Dato' CEO kami sendiri menggunakan medium tersebut untuk mendapatkan maklumat dengan segera dari kumpulan tertentu atau pegawai berkaitan..


Dalam masa yang sama, adakala terlepas juga perbualan yang sepatutnya boleh private message (pm) pada individu terbabit. Dah jadi habit, bila seorang mulakan, maka yang selepasnya akan copy paste ayat tersebut. Walau tak banyak tapi bila sesekali berlaku akan ada individu yang komen/tegur.. kenapa perlu nak send dalam group, pm jelah pada orang tu.. rimasler tu..


Bila dah jadi macam tu.. tiba-tiba..
Tutorial 'how to delete data Whatapps'
Bila sesekali Dato' CEO bergurau..



StatusHati: Aku bukan seperti yang kau bayangkan..


Wednesday, August 24, 2016

Hasil disebalik musim rambutan



Kejamkah aku..??
Sekali ku picit.. sekali ku belah
Kemudian ku kulum.. dan ku gigit..
Ku kopek isimu agar bijimu terserlah..
Bijimu ku buang tanpa perasaan..
Ku kunyah-kunyah menikmati kemanisanmu itu..
Setelah hancur baru ku telan..
Begitulah nasib sebiji rambutan..
 -status di FB-



Tak serik-serik..
Baru baik dari deman dan batuk teruk baru-baru ni..
Bila anak-anak merengek nakkan rambutan, si ibu ni tak sampai hati dalam hati pun teringin sebenarnya, belikan jugaklah rambutan..
Anak-anak ni pulak suka makan buah yang telah disejukkan di dalam peti sejuk.
Kupas sendiri memang sorang pun tak mahu..
Sanggup deme hadap aku kupas buah rambutan tu..


Penangannya.. kembali batuk..


StatusHati: Moga rasa sejuk hujan pagi ni berterusan ke dalam hatiku ini..




Tuesday, August 23, 2016

Memang rugi jual Jagung ni sebenarnya


Jagung manis dari ladang di Sekinchan, Selangor.
Bukan aku punya tapi adik kepada jiran di taman perumahan aku yang uruskan. Dulu aku pernah beli jagung ni.. bukan nak puji tapi memang terbaik dari ladang..

Buat pertama kali, aku cuba bertanya andai diberikan keizinan untuk menjual hasil dari ladang tersebut. Alah.. bukan banyak selori pun aku ambil, cuma sebakul dua je.. bawa ke tempat kerja dan habis.. ye habis.. Alhamdulillah.. rezeki.

Jujurnya aku bukanlah reti nak meniaga pun, sekadar suka-suka syok sendiri feeling ladang tu aku yang punya.. kihkihkih.. Akak tu letak harga A, harga A lah yang aku jual.. takde bertukar B ke C harganya. Orang cakap aku rugi sebab tak letak harga sendiri tapi pada aku aku masih ada untung sebenarnya. Dahlah sesen pun aku tak keluarkan modal, atas dasar percaya akak tu serahkan sebakul jagung untuk dijual..

Pada aku.. ini rezeki anak-anak.. aku cuma menumpang je.. win win situation rupanya.. rezeki jangan ditolak. Alhamdulillah syukur di atas rezeki ini.. Bukan senang nak senang kan kalau tiada daya usaha. Malu.. tolak ketepi.. yang penting aku happy..


Ladang jagung di Sekinchan, Selangor
Dapat tengok gambar je, aku tak pernah pergi pun..
 

1st come 1st serve.. itupun masih tak cukup..


Bukti dari kengkawan di tempat kerja..
Manis dan padat isi jagungnya..
Dan.. aku hanya ambil yang terbaik dari ladang..


Rugi..?
Memang rugi sebenarnya jual jagung ni..
Dahlah besar, isinya padat, manis pulak tu. Rugi.. rugi..
Mana tak rugi, syok sangat ambil order dari kengkawan di tempat kerja, untuk diri sendiri takde; sebab tu aku kata rugi..

Pengajaran dekat aku, lain kali asingkan sesiap. Takdelah hanya mampu telan air liur je tengok buah tu.. hahaha.. Nasib baiklah anak-anak dah merasa sedari awal takdelah aku ralat sangat..

Dan..
Aku siap request pada akak tu, andai ada lebihan stok untuk masa akan datang.. bak mai sebakul dua aku tolong jualkan di tempat kerja selagi ada hasil tuaiannya.


StatusHati: Seronok ghupenya meniaga ni kan..


Monday, August 22, 2016

Jaga pemakanan.. tahanlah sikit selera tu




'Napping is the best activity for weight loss.. because I can't eat anything when I'm sleep.'


Hujung minggu adalah masa untuk berehat..
Kalau boleh memang tak nak pergi mana-mana..
Nak berhibernasi je dalam rumah tanpa sebarang gangguan..

Kalau dulu pantang lapar, mengunyah je..
Tu pasal mengembang semacam..
Sekarang aku ada cara terbaik untuk mengelakkan dari mengunyah tanpa henti..

Selain dari tidur, membaca novel turut membantu aku dari dok fikir nak makan apa. Nak pulak kalau genre novel tu novel seram.. tak makan pun takpe.. tapi takdelah kejam sampai tak berasap dapur. Nanti anak nak makan apa pulak kan..

Kalau tak minat membaca..?
Jaga je pemakanan.. tahanlah sikit selera tu dari dok asyik nak makan je..
Semuanya dari dalam diri sendiri..
Kalau rasa nak #perasanSlim kenalah ada daya usaha..
Kalau malas.. aku tak boleh kata apalah.. badan kau bukan badan aku..


StatusHati: Lagi dua minggu habislah program yang aku join tu..

Saturday, August 20, 2016

Jangan monyet.. jangan..!!


Cukup sekali je lagi kau cari pasal dengan aku..
Cukup sekali je lagi..
Kau pasti kena dengan aku..
Kali ni aku takkan teragak-agak..
Malah memang aku tunggu saat tu..
Belakang aku kau beranilah hu ha pung pang bagai..
Bila depan aku tak berani pulak..
Kenapa..?
Takut air muka kau yang konon suci bersih dari dosa tu tercemar..??
Bersorak rianglah kau sekarang.. bersoraklah..
Kau memang suka tengok aku mengamuk maki hamun bagai kan.. Biar orang nampak aku yang mulakan..
Padahal mata hati dorang tu semua dah dibutakan dek sikap kau yang konon alim suci bersih dari debu tu..
Ni.. aku nak ingatkan.. kalau setakat berdrama swasta macam dalam telenovela tak usahlah nak mendabik dada seolah-olah kau tu suci sangat eh..!


Jangan biasakan diri tu 'lempar batu sembunyi tangan..'
Jangan biasakan mata hati tu 'kuman seberang laut nampak, gajah depan mata tak nampak..'
Jangan berperangai seperti monyet..bila ditegur tak nak dengar, bila dah kena meraung jadinya.
Itulah sape suruh makan cili.. jangan monyet.. jangan.. tapi kau degil..!


StatusHati: Lagi sakit hati bila orang yang aku sayang backing orang yang salah..


Friday, August 19, 2016

Bukan mudah bagi kita untuk terima BERITA kematian


Sometimes what you want isn't always what you get, but in the end what you get is so much better than what you wanted.

Bukan mudah bagi kita untuk terima BERITA kematian melibatkan orang yang kita sayang. Lebih-lebih lagi hanya itu yang kita miliki. Namun itulah yang terjadi bagi kisah di SINI. Genap seminggu di ICU HKL, akhirnya anak tunggal pasangan ini kembali kepadaNYA. Al-Fatihah.. Dan.. jenazah selamat dikebumikan pada hari Rabu lepas.. aku tak dapat menghadiri upacara pengkebumian tersebut kerana aku cuti kecemasan menjaga dak Nuha yang demam teruk.

Allahuakbar.. betapa hebat dugaan yang mereka terima.
Moga mereka kuat dan tabah dalam menjalani rutin harian hari-hari seterusnya..
Begitu juga buat mereka yang lain yang telah kehilangan insan yang disayangi.


Dalam hidup ni..
Seperti kata penulis novel Melur Jelita di dalam The One Yang Terunggul..
Inilah takdirNYA. Kita hanya manusia tak mampu melawan kehendakNYA walau sehebat dan sebijak mana pun kita. Hidup kita mesti bertuhan, baru kita redha dan berpedoman.

Manusia itu sulit memahami rancangan Allah. Apa yang diinginiNYA untuk kita tapi jika redha dan akur, pasti buahnya manis di kemudian hari.

Kebahagian itu bukan bererti memiliki, kebahagiaan itu juga bererti kehilangan. Malah kadang-kadang kehilangan itu lebih besar ertinya kerana kita lebih 'melihat' Tuhan... yang mungkin selama ini kita melalaikanNYA.

Jika kita lebih dekat denganNYA kerana kehilangan itu, maka adakah kita benar-benar 'kehilangan'?

Nikmat 'melihat' Tuhan akan diakui di hati kecilmu, kehilangan itu telah memutar kau kepada Allah. Maka nikmat apa lagi yang paling hebat bagi seorang hamba tika dapat 'bersama' Tuhannya?

Sebenarnya aku bukan kehilangan. Aku bukan kalah. Percayalah Allah itu Maha Adil. Menang bukan bererti memiliki semuanya. Kalah bukan bererti kehilangan semuanya.


StatusHati: Kau akan dapat jawapannya bila kau berada di dalam keadaan tenang..

Thursday, August 18, 2016

Sebahagian dari Entiti yang dijumpai..




Sebahagian dari entiti yang dijumpai secara tak sengaja di dalam rumah..
owh...? Apakah tandanya ini..



Aku dah perasan sedari awal, agak banyak dalam tong sampah.. tapi tak terfikir langsung hasil kerja tangan siapa. Tapi bila dak Adik bersuara 'Ibu.. Nuha potong rambut..' sambil ditunjukkan rambut yang tertinggal di atas lantai. Oh.. patutlah banyak dalam tong sampah, dia sendiri buang bukti takut kena marah dengan aku..

Bila aku panggil dia, dengan takut-takut gimik nak menangis dia tu.. 'Nuha nak rambut macam kawan Nuha, Nuha guntinglah..' Huhuhu.. kau rasa..?

Jadi tak cantik dah rambutnya. Bahagian yang digunting jadi tak sekata. Dia gunting bukan sikit-sikit tapi dari pangkal rambut diguntingnya, tu pasal nampak panjang rambut yang kat atas lantai tu.. yang dalam tong sampah tu, tertanya-tanya rambut siapa pulak.. seram jugak memula tu..



Dipendekkan cerita, hari Isnin lepas babah dia bawa pergi saloon rambut, trim bagi comel balik.. Dah elok rupa ala-ala cartoon Dora The Explorer, terus bertukar lagi. Sekali pandang, dua kali pandang tak nampak rupa gegirl dah dengan rambut barunya..

Nak pendekkan.. pendek betul dia dapat..



'Kan senang nak sikat, takde dah kusut-masai..' Senang Babah nak uruskan waktu pagi. Takpelah.. aku pun tak rimas melihatkannya walau hakikatnya aku suka dak Nuha berambut panjang.. tapi dari tak terurus biarlah dipotong.. asalkan tak sakit mata nak melihatnya..


StatusHati: Dak Nuha masih demam, semalam dah bawa ke klinik..


Tuesday, August 16, 2016

Aku penggemar dodol asli


Aku merupakan penggemar dodol asli. Lagi-lagi kalau yang diproses sendiri..
Teringat zaman budak purba dulu, dekat kampung arwah Wan aku, anak-anak arwah Wan aku sama-sama berganding bahu mengacau dodol. Aku pulak dok tengok bapa-bapa saudaraku mengacau dodol dikacau. Mula-mula memanglah senang, rileks je kacau tapi bila dah mula pekat, siapa yang pernah mengacau dodol tahulah macam mana rasanya.. Aku paling suka makan yang masih lembut panas dari kawah tu.. oh.. dapnye lahai.


Dodol Muo..
Tinggal ni je.. sayangnye nak habiskan..


Tiap kali balik beraya di Muo mesti akan dapat bawak balik dodol yang Paklong aku buat. Dodol yang dibuat sendiri memang terasa kelainannya..
Waktu memprosesnya tak pernah nampak batang hidungku.. kihkihkih..
Bila dah siap elok, siap dibekalkan bawak balik..
Memang bertuah sungguh dapat anak buah macam ni..


Dodol Nyalas Melaka

Dodol yang ni pulak dari rumah kawan en. Hubby..
Waktu kami buat open house raya hari tu, dorang datang surprise kan kami..
Sebalang besar dodol dan kuih siput dibawa khas dari Melaka..
Ni pun sama.. sayang nak dihabiskan.. kihkihkih..
Kuih siput tu memang tetiap tahun aku dapat tiap kali beraya ke rumah mereka..
Moga persahabatan tu makin kukuh dan erat hendakNYA..

Kini..
Walau hanya dapat menikmati ketika Hari Raya tapi sekurang-kurangnya aku dapat.. takdelah kempunan kan.. tapi anak-anak aku langsung tak teruja tengok dodol tu, makan pun tak nak. Tak nak sudah.. ibu makan sorang-sorang..



StatusHati: Rindu yang tidak berkesudahan..


Monday, August 15, 2016

Hotel Concorde Shah Alam


Kisah Sabtu lepas..
Kali ni pakej berjemaah..
Aku dan anak-anak mendapatkan rawatan di klinik..
Dak Kakak.. selesema dan alahan..
Dak Adik.. batuk teruk..
Aku.. batuk sampai hilang suara..
Dak Nuha je sihat Alhamdulillah..

Selesai urusan di klinik, aku bawa dorang jalan-jalan cuci mata.
Sambil menyelam minum air..
Ada urusan sikit di Hotel Concorde Shah Alam..
Tak lama sekejap je.. mood nak bercakap pun kurang.. suara takde kan..



Dora The Explorer..


Semalam..
Rasa melayang je badan ni menyiapkan rutin harian di rumah..
Makan tengahari pun lewat, kesian anak-anak..
Lepas makan ubat, semua terbongkang dekat ruang tamu..
Lewat petang baru bangun, ingat dah ok tapi tetap sama takde perubahan..


Hari ni..
Moga keadaan diri aku dan anak-anak semakin baik dari sebelum ni..
Moga dak Kakak tenang dalam menjawab soalan percubaan PSRA keduanya..
Moga rutin harian kami berjalan dengan baik hendakNYA..
Buat kawan semua..
Moga semua sihat dan berada di bawah rahmatNYA.. amin..


StatusHati: Buat satu group ni.. 'Sabar aku ada hadnya..'


Saturday, August 13, 2016

Di belakang seorang SUAMI


Disebalik kesenangan seorang SUAMI berdiri dibelakangnya seorang ISTERI..

Kenapa di belakang? Tidak di sebelah ataupun depan?
Sebab bila SUAMI tu tumbang, ISTERI adalah tempat untuk disandarkan harapan.. TAPI kalau isteri yang tumbang belum tentu suami nak selamatkan sebab mana dia nak nampak dah kau duduk belakang dia.. πŸ˜‚πŸ˜‚

Cuba kau duduk depan dia belum sempat kau jatuh dah digendongnya letak atas katil.. eh? Apa kena-mengena dengan katil pulak ni..

StatusHati: #NakKatilBaru..


Friday, August 12, 2016

Dapat jumpa tiga Hero yang hangat


Kisah petang semalam di sebuah stesen Petronas..

Malas nak jadi seorang yang skema beratur di belakang kereta yang sedang mengisi minyak, aku mengambil keputusan menyongsang arah. Kebetulan kenderaan tak banyak masa tu, memudahkan lagi kerja aku. Selagi tak menghalang laluan orang lain, aku redah je dan masa tu lah terpandangkan budak dalam kereta sedang melihat mamanya pam tayar kereta.

'Eh!Macam kenal lah..' sambil cuba melihat wajah mama budak tu yang tengah pam tayar. Sengaja aku tunggu nak pastikan betul ke tak, walhal nak isi minyak masa tu. Bila mama budak tu beralih tempat.. 'Eh!Betullah.. aku kenal deme tu..'Apalagi peluang yang ada jangan disia-siakan.

Sebelum ni dapat jumpa mamanya owner of Dreamy Treat Macaron tanpa anak-anak beliau di SINI.. Kali ni with her kids.. Mana leh tahan weh.. dah lama geram tengok budak bertiga tu.. dari berdua dah masuk tiga sampai yang ketiga tu dah besar dapat jumpa pun dalam FB.. kehkehkeh..

Dengan muka tak malu, kuminta izin bergambar. Ni bukan takat suka tapi teruja.. mama dorang gelak je 'habislah korang nanti..' kata beliau pada anak-anaknya..

Kalau sebelum ni like like like dan like je dalam FB tapi kali ni dapat jumpa okey.. Mesti anak-anak blogger Dr. DaddyZiyyad pelik bukan sebab nak selfie tapi sebab suara aku garau semacam.. Hahaha.. maafkanlah acik ye.. suara acik garau semacam sebab acik tak sihat.. πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚



bukti bergambar..
Sporting habis deme tiga beradik..
Dari kecik daddy deme dah ajar macam mana nak bergambar dengan peminat.. ekekeke..


Mama deme gelak je tengok..
Gara-gara suaraku yang husky membataskan perbualan petang semalam..



DAN..
Bila aku tunjukkan semua gambar-gambar tersebut pada dak Nuha, merajuk sudah anak kecik aku tu.. Cemburulah apalagi.. Lupa pulak yang anak daraku itu tak boleh tengok aku bergambar dengan anak orang, lebih-lebih lagi baby.. cemburunya hazabedah tak hagak.. hahaha..


Ni dalam cubaan memujuk dak Nuha..
Eh! Ada tong gas..?
Kebetulan gas habis, beli sesiap kemudian baru ambil dak Kakak balik sekolah..


Ok Nuha.. jangan merajuk lagi ok.. Ibu delete gambar tu semua..
Babah dia balik kerja takde menda lain, gambar itu jugak yang diadukan dulu..

 
Terima kasih buat mamaZZZ kerana bagi peluang petang semalam.. cuma tak mampu nak bercakap lebih sebab tak larat nak bercakap.. sobsobsob..


StatusHati: ...





Wednesday, August 10, 2016

Mungkin esok giliran kita..


DariNYA kita datang..  kepadaNYA kita kembali..

Kita bersyukur kerana dikelilingi mereka yang menyayangi kita..
Kita bersyukur kerana masih dapat menikmati nikmat pemberianNYA..
Alhamdulillah.. syukur kepadaMU..
Tapi..
Bagaimana dengan mereka yang telah kehilangan orang yang disayangi..?

Hari ni.. aku dapat dua berita..

Berita pertama:
Bapa saudara en. Hubby meninggal dunia pagi tadi.

 my SIL yang mesej aku..

 
Status terakhir arwah di dalam FB beliau..
Innalillahiwainnailaihirojiun.. Al-Fatihah



Berita kedua:
Anak tunggal kepada rakan tempat kerjaku sedang bertarung nyawa juga di HKL. Bertabahlah buatmu Ary dan Teh di atas dugaan yang menimpa anakanda tercinta. Kuatkanlah semangat kalian. Hanya keajaiban dariNYA je yang kita harapkan.

Dari cerita yang aku dapat, anak mereka yang baru berusia dua tahun awalnya demam panas tapi dimaklumkan dah beransur pulih tapi awal pagi semalam diserang sawan. Terus dikejarkan ke ICU HKL. Sejak petang semalam dipasang alat bantuan pernafasan dan sehingga kini masih menantikan berita dari mereka. Moga ada sinar harapan buat si kecil untuk meneruskan kehidupan. Namun andai setakat ini yang diizinkan olehNYA, Ary dan Teh kena kuat..


DIA takkan membebani kita melainkan apa yang terdaya olehnya. DIA tidak akan menguji hambaNYA diluar kemampuan hambaNYA.. sebab DIA tahu kita mampu, maka itu diturunkan ujian ke atas diri kita.

Ingatlah.. sehebat mana pun ujian yang dihadapi, kehidupan perlu diteruskan. Redha dan yakin bahawa ada hikmah disebaliknya. Pasti kita akan dikurniakan keadaan yang lebih baik dari sebelum ini.
 

StatusHati: Sampai masa aku juga akan pergi..



Tuesday, August 9, 2016

Petua bila depan Suami, harus jadi kucing..


Petua untuk mengukuhkan lagi hubungan.. 
Kadang-kadang suami ni tak pandai tunjuk sayang kepada isteri..
Jadi isteri ni harus pandai mengagak rasa hati suami..
Kena banyak bercakap.. Banyak bercakap bukan bermakna membebel..
Banyak bercakap dengan menanya dan menghiburkan hatinya dengan perkataan yang baik-baik.. Suami penat pulang dari kerja, jangan terus ditanya  macam-macam. Nak marah macam mana pun, simpan harimau itu dalam hati..

Depan suami, harus jadi kucing..
Walau rasa nak mengaum, pilihlah mengiau saja..
Itu rahsia keharmonian rumahtangga..

Mengalah bukan untuk menunduk tetapi mengalah untuk menanduk..
Kalau kena dengan tandukan, suami akan menjadi lebih memahami..
Tanduk dengan penuh kasih sayang dan lembut manja tetapi biar tepat..
#MelurJelita..


Aku suka hasil karya penulis novel Melur Jelita kerana dalam karya beliau ada petua dan nasihat yang boleh diaplikasi dalam kehidupan seharian..
Macam berat badanlah.. nak maintain #perasanSlim kenalah ada usaha, begitu juga dalam alam rumahtangga. Takde usaha untuk menjaganya, lambat-laun akan pudar jua..

Pada aku pulak..
Isteri nakkan belaian je sebenarnya.. dia dah penat buat semuanya takkan takde 'habuan' untuk dia. Bukan susah pun.. kau belai je dia walau masa tu angin taufan dia muncul.. confirm lepas tu dia akan macam kucing parsi.. miow.. purrrr.. kihkihkih..


Ingatlah..
Usaha agar semuanya menjadi lebih baik dari sebelum ni..
Cuma satu yang aku nak kau ingat..
Nak senang bukan senang.. nak susah bukannya susah..
Jangan terlalu mendabik dada bak merak mengepak di dalam sangkar emas..
Usah terlalu memberi 'nasihat' macam kau dah lalui banyak pengalaman hidup..


StatusHati: Kenalah hadam walaupun ianya pahit..

Monday, August 8, 2016

Aku dah lakukan satu kesilapan besar..


'Acik.. ambiklah gambar Adam sekali. Adam pun nak..' Sambil dia menunjukkan peace dekat aku. Aku tak kenal pun siapa dia.. tapi mesra kemain. Siap ajar dak Nuha lagi mainan yang ada dekat taman tu.

'Meh, abang ajar macam mana.' Bila dia tengok dak Nuha terkial-kial nak memanjat. Lepas tu jadi geng.. kejap kiri.. kejap kanan.. memang aktif sungguh budak Adam ni. Dak Nuha dari malu-malu terus lupakan aku sekejap. Cari aku bila waktu dia haus nak air je, lepas tu main dan terus main..

Bila dah ramai budak-budak datang main, terus dak Nuha dilupakan Adam..
'Kawan tak nak main dengan Nuha.' Adu dak Nuha pada aku..
Hehehe.. dak Nuha memang macam tu.. tengah main tetiba dia dilupakan, merajuk muncung terus..πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†




Ada yang perasan tak dak Nuha dah potong rambut..



Kisah sebenar pada hari Sabtu lepas..

Pagi tu dak Kakak ada kelas tambahan di sekolah, sambil tu aku ambil kesempatan nak berjogging di taman. Awalnya dak Nuha tak menunjukkan minat nak ikut.. tapi bila tengok aku dah start enjin kereta, laju je dia masuk dalam kereta..

Dekat taman yang aku pergi tu aku dah lakukan satu kesilapan besar..
Sepatutnya jangan lalu depan taman permainan tu dulu, tapi sambil berjalan sambil berchit chat tak perasan itulah tempat memula kami lalu. Sudahnya, jangan kata sepusingan, tak sampai separuh dari taman tu, kami patah balik bila dak Nuha mula tunjukkan protes tak nak berjalan sama. Merengek nak main dekat taman permainan.

Berpeluh jugak aku bila ikutkan dak Nuha, kejap nak main itu, kejap nak main ini. Sudahnya aku duduk setempat sementara dak Nuha bermain dengan abang Adam yang baru dikenalinya itu. Sambil chit chat lagi, mata tak lepas memerhatikan dak Nuha..

Begitulah kisahnya.. keranamu Nuha ibu kepingin nak berjogging di taman tersebut.. hahaha..


StatusHati: 'Makcik, saya ni masih remaja purba, belum tua lagi..'


Friday, August 5, 2016

Allahu ya hafizu nafsi wa ruhi


Akhirnya..
Syawal berlalu pergi meninggalkan kita..

Hari-hari berlalu yang takkan kembali..
Kenangan raya pun masih terpahat kukuh di dalam 'draft' tak terkeluar lagi..
Ketika orang lain dah habis bercerita kisah Syawal aku masih terkial-kial..
Entah kenapa tahun ni seolah ada halangan yang mengekang aku dari terus update di sini..

Takpelah..
Part yang itu mohon abaikan.. kalau ada.. adalah.. kalau takde, teruskan je rutin harian macam biasa..


Hari ini..
Jumaat pertama bulan Ogos 2016..
Sekadar ingin berkongsi..
Kadang-kadang dalam hidup ini Allah menguji kita dengan perkara-perkara pahit kerana Allah sayang kepada kita. Bila kita lalui duka, kita akan jadi rapat denganNYA.


“Allahu ya hafizu nafsi wa ruhi” (Ya Allah, peliharalah diriku dan rohku) 
“Bismillahi Jibril” (Dengan nama Allah, Jibril)
“Fi Yamini” (Pada kananku)
“Bismillahi Mikail” (Dengan nama Allah, Mikail)
“Fi Shimali” (Pada kiriku)
“Bismillahi Israfil” (Dengan nama Allah, Israfil)
“Fi Amami” (Pada hadapanku)
“Bismillahi Izrail” (Dengan nama Allah, Izrail)
*Ianya dikenali sebagai Hizib Al-Hafiz/Doa Bismillah 9.

Antara kelebihannya adalah sebagai doa pelindung daripada syaitan dan hasad dengki.


StatusHati: Kita hanya merancang, Allah juga merancang.. tapi perancangan Allah itu lebih hebat..


Thursday, August 4, 2016

Allergic reaction (gegata/gelegata)


Bila ibu cuti rehat..

Dak Nuha tak bagi pergi kerja.. suruh temankan dia.. 'Nuha bosanlah ibu..'
Dak Adik pulak balik sekolah mesti nak makan bersuap..
Dak Kakak mesti nak bawak bekal ke sekolah..


Gambar kelmarin.. pada badan, kaki dan lengan..


Kisah bermula hari Ahad lepas..
Badan dak Nuha naik ruam dan kemerahan-merahan, puas kufikir sebab apa..
Nampak macam allergic reaction (gegata/gelegata), hampir keseluruhan badan dia kena..

Pagi Isnin..
En. Hubby bawa dak Nuha ke klinik
Makluman dari doctor, most probably ianya allergic reaction sebab awalnya en. Hubby bagitahu pada doctor yang dak Nuha ada bermain dengan kucing 'comot' kat depan rumah. Nak kata allergic pada makanan, itu mustahil sebab rutin harian hampir sama je tapi mungkin juga allergic pada habuk atau bahan kimia..

Doctor pesan.. sapu calamine lotion dulu, bagi ubat tahan gatal, mandikan lebih kerap dan on aircond bagi dia tak berpeluh. Kalau makin teruk ruam/bintat-bintat tu dalam masa 48 jam, mungkin kena start ubat minum steroid (alahan).


Maka.. cuti rehatku diluluskan..

Dua jenis ubat ini dibekalkan oleh klinik kepada en. Hubby..



Cukup sapu dengan Calamine lotion je dulu sebab Candacort tu combination Anti Fungus + Steroid. Tengok pada allergic tu bukan disebabkan fungus. Untuk kurangkan rasa tak selesa pulak, boleh bagi dia ubat tahan gatal seperti Syrup Cetrizin atau Syrup Piriton (mengantuk).. yang ni aku tanya dengan Dr. DaddyZiyyad.. kebetulan doctor dekat klinik hanya bekalkan ubat yang kat atas tu je..


Dak Nuha tak suka Calamine lotion tu sebab lambat kering, tak macam Candacort tu tapi dalam lembut aku tetap bertegas dengan dak Nuha..

Hari ni, nampak semakin ok berbanding kelmarin.. Alhamdulillah..
Dak Nuha merengek nak ikut aku pergi kerja.. sobsobsob.. kesian kat dia..
Sabar ye Nuha.. malam nanti ibu gomol Nuha.. bukan gomol babah ye.. kihkihkih..


StatusHati: Dah lama tak manjakan diri dengan berjogging sambil cuci mata..


Monday, August 1, 2016

Kena jangkitan dari kucing..?


Dak Adik batuk teruk..
Babah dia cakap, banyak makan rambutan jugak minum air batu..
Aku cukup risau kalau dak Adik tak sihat.. kalau setakat pergi klinik aku gagah lagi tapi kalau sampai kena tahan wad, lembik kepala lutut aku rasa..
Setakat ni.. keadaan dak Adik agak ok berbanding Jumaat lepas..

Dak Nuha pula allergic pada badan dia..
Habis naik merah-merah, setompok-setompok pada badan dia..
Makin bertambah banyak merahnya malam tadi.. dekat perut ada kesan calar-balar. Rupanya dia garu sebab gatal katanya..
Dalam masa yang sama nasib baik suhu badan dia tak tinggi malam tadi..
Puas ku fikir kenapa jadi macam tu..


Pagi tadi..
Bawa ke klinik, doctor cakap kena jangkitan dari kucing..
Ting.. tetiba mengelip pulak lampu kat kepala aku..
Teringat baru-baru ni dak Nuha nampak makin berani pegang usap kucing..
Sebelum ni dia memang takut kucing..
Kalau nampak je kucing bukan kucing tu yang lari tapi dia yang lari..
Kalau sebab jangkitan dari kucing, aku syak ada sekali tu dia dengan anak jiran dok main kucing yang 'comot' bahagian telinga dan kepalanya. Adakah sebab itu..?

Harap takde papelah pada dak Adik dengan dak Nuha terutamanya..
Susah hati dibuatnya.. Aku tak sihat takpe, jangan anak-anak sebab aku ada 'tenaga tambahan' walau tengah tak sihat..



StatusHati: Susah hati bila anak tak sihat.. lagi susah hati kalau chef hubby tak sihat.. sebab gediknya lain macam..

Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...