Followers Remaja Purba

Thursday, June 30, 2016

Nak tahu dah kurus ke belum..?



Gambar dari pemilik FB Chrysalis Nurul


Nak tahu dah kurus ke belum, cuba pakai baju yang dah lama tergantung dalam almari sebab tak muat tu. Kalau kau pakai agak-agak rasa selesa, itu menunjukkan kadar penurunan berat badan sedang berlaku. Tapi kalau ada ruang-ruang yang terhalang, senang cakap tak muat, maka toksahlah nak berangan #perasanSlim time ghayo nanti..

Tapi kalau dah kurus sebelum ghayo, janganlah pulak time ghayo nanti makan macam takde tanda nak berhenti. Alang-alang dah kurus biar maintain. Jangan lupa minum air masak 2 - 3 liter sehari bukan air manis sedap-sedap yang dihidang atas meja tu kau pi bantai bercawan-cawan sampai buncit perut. Buat penat je usaha kuruskan badan tu..
#NakCantikKanNakLawaKan.;)


StatusHati: Aku yang nak kurus lagi..



Wednesday, June 29, 2016

Dicelahan rezeki untuk anak-anak..


Menjelang raya yang bakal tiba tak lama lagi..
Dicelahan rezeki untuk anak-anak terselit jua buat mak budak..
Moga melimpah-ruah lagi rezeki pada yang memberi..


Alhamdulillah..


Permohonan cuti rehat telah diluluskan tapi aku tak rasa akan bercuti awal..
Sama je rutinnya setiap tahun.. yang berbeza hanyalah dari segi fizikal dan mental..

Apa yang pasti..
Raya kali ni hanya dibuat secara sederhana,  memandangkan dak Kakak akan menghadapi peperiksaan percubaan di sekolah selang seminggu je selepas raya..


StatusHati: Bicara kita rupanya tak seiring..



Tuesday, June 28, 2016

Moment with Ribena


Dah lama tak minum air ribena..
Dulu stok ribena tak pernah putus dan hampir setiap hari aku akan hidangkan air ribena hingga sampai satu tahap anak-anak jemu..

Kemudian, lama aku stop dari membeli air ribena sebab anak-anak dah jemu tapi sesekali beli, minum jugak dorang.. air tangan ibu semestinya sedap. Berani deme kata tak sedap.. kehkehkeh..

Kali ni..
Sepanjang Ramadhan takde lain dah, pasti air ribena akan menjadi air pilihan, tak kira sama ada dengan ribena cincau macam NameeRoslan buat atau ribena laici atau kosong gitu je..

Teringat kenangan kali pertama aku buat open house, ribena aku hidangkan.. hanya kerana aku sukakan ribena. Jarang aku jumpa tuan rumah hidangkan air ribena, mungkin pada dorang ribena tu sesuai untuk budak-budak je kot..

Tapi perlu diketahui..
Ribena mempunyai kandungan Vitamin C yang sesuai diminum seisi keluarga. Rasa yang masam-masam manis bila ditambah dengan air batu, perghhh.. nikmatnya. Tak sabar nak berbuka puasa sambil menikmati ribena bercampurkan cincau.. Tertelan-telan air liur dibuatnya. Dahlah bulan puasa mak budak oii..

DAN paling menarik.. Ribena akan bertambah sedap kalau disponsor sepanjang Ramadhan.. mahu hari-hari aku tepek gambar ribena.


Sedikit tentang Ribena
Ribena telah dicipta oleh Dr. Vernon Charley pada tahun 1938. Namanya diperoleh daripada nama botani anggur hitam - Ribes Nigrum. Pada tahun 1955, Ribena menembusi Malaysia dan tidak lama kemudian menjadi minuman kegemaran kanak-kanak dan orang dewasa di Malaysia serta menjadi jenama popular sebutan ramai dalam kalangan pengguna Malaysia.
Diperbuat daripada buah anggur hitam yang diperoleh dari ladang-ladang di New Zealand kerana warna ungu pekatnya, Ribena terkenal dengan khasiat kebaikan semulajadinya dan rasa yang enak, diperbuat tanpa pewarna tiruan. Ribena boleh didapati dalam bentuk kordial dan sedia diminum.



StatusHati: Di awal pahit, di tengah masam, di pengakhirannya belum tentu dapat dikecapi kemanisannya..


Friday, June 24, 2016

Kalau Dah Jodoh


Memandangkan rutin harian yang tak menentu padatnya, jadi aku ambil pendekatan dengan merakam mana-mana siri kegemaran di Astro.
Bila ada masa terluang, dapatlah menontonnya tanpa gangguan. Nak pause, nak ke depan, nak ke belakang, nak tengok banyak kali pun takde masalah. Anak-anak pun turut merakam cerita yang mereka suka tapi mana-mana yang tidak memberi manfaat aku delete je..

Dalam banyak yang dirakam tu terselit satu siri yang tak kurang hebatnya.. 'Kalau Dah Jodoh oleh Ustaz Kazim Elias..'

Dalam salah satu episod Kalau Dah Jodoh tu ada satu soalan yang diutarakan kepada beliau:

Apakah hukum jika seseorang itu dijauhkan anak-anaknya oleh keluarga isteri dan isterinya juga menjauhkan diri - bukankah seorang isteri sepatutnya berada disisi suaminya?

Jawapan dari Ustaz Kazim Elias..
Orang lelaki ni tak boleh hidup sorang-sorang, maka kita sebagai isteri kenalah ikut suami. Jangan berjauhan dari suami.
Sebagai contoh: Pada air tangan isteri ---> ada baraqahnya.. ada tautan kasih di situ. Ingatlah, macam mana susahpun, masaklah untuk suami, jangan bagi orang lain yang rasa..

Manakala suami, jangan berenggang dengan anak dan isteri. Ini kerana bila suami jarang bersama dengan anak dan isteri maka penghormatan ke atas dirinya akan hilang, kasih sayang juga akan hilang.. kemesraan akan mula pudar..

Kalau bergaduh di antara suami isteri ---> ingat pada anak-anak.. Cuba cari jalan penyelesaian. Tiada masalah yang tidak boleh diselesaikan.


StatusHati: Engkau dan aku nyata jauh berbeza..






Thursday, June 23, 2016

Lokasi pilihan untuk Shell out


Ketika dah ramai dok berkongsi pengalaman memakan Shell Out, aku baru nak merasainya. Maka, semalam.. kami berbuka puasa dengan menu 'Shell Out'..

Bila ada anak-anak kecil ni kena fikir lokasi yang sesuai untuk berbuka puasa. Anak tak meragam, ibu tak stress.. makan pun happy je. Jadi, lokasi pilihan mudah dan sangat sesuai dan paling penting selesa buat anak-anak adalah di rumah kamiler.. ekekeke..

Resepi..?
Bab ni yang aku lomah.. sebab chef Hubby yang masak..
Walhal aku yang tolong google kan resepinya, sudahnya bila hubby yang masak, selepas di olah oleh beliau, maka.. terhasillah Shell Out seperti di bawah..

Ketam dan jagung je takde kat dalam ni..


Meh.. kita close up sikit..


Percubaan kali pertama aku anggap berjaya sebab anak-anak menyukainya dan takde masalah untuk menghabiskannya. Ditambah pulak dak Kakak yang hantu udang, memang takkan dia lepaskan. Aku sekadar melayan rasa, kekonon takut berat badan naik..
Maklumlah sedang melalui tempoh berpantang tiga bulan gara-gara kisah kat SINI.. tapi walau berpantang kononnya, makan tetap macam biasa.. kihkihkih..

Alhamdulillah.. walau tak semewah mana tapi misi berjaya. Cuma aku tak reti ambil makanan tu hanya dengan menggunakan tangan, tetap nak ambil menggunakan sudu. Dah terbiasa begitu. Apa-apapun kami puas hati..


StatusHati: Kekurangan tenaga akibat tak cukup rehat..



Tuesday, June 21, 2016

Ragam anak-anak di bulan Ramadhan


16 Ramadhan..

Alhamdulillah.. sehingga hari ni, dak Kakak dan dak Adik bagi kerjasama terbaik ketika waktu bersahur. Tetap kupaksa bangun.. kalau tak nak makan, minum pun jadilah. Dak Nuha je masih terbongkang tidur, kejut pun tetap tak mahu bangun. Setakat ni cuma sekali aku terbabas waktu sahur, letih teramat sampai alarm jam berbunyi aku tutup balik. Nasib baik masa tu hari Sabtu, takdelah penat sangat anak-anak..

Dugaan hujung minggu, bila dak Nuha ajak dak Adik makan. Bila dak Adik tak nak makan, aku kena teman dia makan.. tapi baiknya dak Nuha ni, dia takdelah merengek kata lapar nak itu nak ini. Mudah je nak uruskan dia.. dia pun pandai ambil sendiri makanan dalam peti sejuk..

Sepanjang Ramadhan kali ni, rutin harian selepas balik kerja tetap sama. Masak dan makan apa yang ada dan adalah sesekali beli menu di bazaar Ramadhan TAPI menu utama tetap dari air tangan aku. Sedap atau tak, wajib makan dari air tangan aku sebab aku dah penat bersilat di dapur.. kihkihkih..

Ramadhan kali ni, masih dalam dilema. Ketika orang lain dah mula memohon cuti rehat untuk Aidilfitri nanti, aku masih lagi terkial-kial di sini. Lagipun dua minggu selepas raya dak Kakak akan menghadapi peperiksaan percubaan PSRA pertama. Anak nak exam, ibu yang berdebar lebih..

Moga Ramadhan yang berbaki tak sampai 14 hari lagi akan meninggalkan memori yang baik-baik dan indah-indah belaka hendakNYA.


StatusHati: Teringat kenangan Ramadhan dua tahun lepas.. indahnya memori itu..


Monday, June 20, 2016

Disebalik Hari Menandatangani Kad Kemajuan Murid di SRABKB


Kisah Jumaat lepas..

Memandangkan dak Kakak dengan dak Adik berlainan sesi waktu persekolahan, cuti rehat diperlukan bagi Hari Menandatangani Kad Kemajuan Murid di SRABKB. Urusan buat dak Adik pada sebelah pagi, manakala urusan dak Kakak pada sebelah petang..

Keputusan dua-beradik tu pun tidaklah secemerlang mana.. tapi bukanlah yang terakhir dan Ustazah pulak ada komen tentang sikap dak Adik yang sangat nakal. Part ni biarlah menjadi urusan antara aku dan pihak sekolah. Moga akan ada jalan penyelesaian terbaik bagi kami..





Murid tahun tiga.. fizikal deme besar sikit je dari dak Nuha..
Budak umur 9 tahun vs budak umur 4 tahun.. eemm..


StatusHati: Ada sorang murid ni penyebab dak Adik berubah laku di sekolah..


Thursday, June 16, 2016

Pendamping terbaru aku..


Perasan tak..
Tahun ni aku agak kurang memberi perhatian pada blog Mak Budak ni. Bertambah liat bila pendamping aku tak sihat dan tak dapat bagi kerjasama seperti selalu..


Petang semalam..
Ketika tengah sibuk menyiapkan juadah untuk berbuka puasa, tanpa kata-kata hubby bagi satu bungkusan kepada aku. Tengok pada paras rupa, wah.. akhirnya aku dapat pendamping baru bagi menggantikan pendamping yang lama. Bukan tak kenang jasa pendamping yang lama.. hampir 4 tahun dia bersamaku tanpa bertukar ganti hinggalah dia 'shut down' sendiri dua bulan lepas..

Anak-anak teruja bila melihat hadiah yang aku terima.. dorang pulak tak sabar nak tengok pendamping baru aku tu.. 'Wah.. ibu dapat handphone yang boleh masuk air tu..' hehehe.. bukan main seronok dorang malam tadi..

Dan.. malam tadi, selepas puas anak-anak merengek nak tengok macam mana rupa paras pendamping aku tu, akhirnya.. yang pasti ianya bukan S7 edge.. 'Alah.. ingat ibu dapat handphone tu.' sambil tunjuk gambar pada pamphlet yang hubby bawa balik.



Inilah pendamping terbaru aku..


'yang penting niat orang yang bagi.. nak buat penerima happy..' - teman FB..
Tak sangka dapat macam tu, tetiba rasa sweet.. ekekeke..

Terima kasih to my chef Hubby.. ai lap you lah..
Bukan selalu dapat tapi bila sesekali dapat hadiah memang berbaloi..



StatusHati: Buatmu my new pendamping.. please be nice to me..


Tuesday, June 14, 2016

Resepi Kari Kambing versi Mak Budak


Tiap-tiap hari dok fikir nak masak apa. Bila tanya dekat anak-anak, 'ikut ibulah..'
Dak Kakak dengan dak Nuha aku tak kisah lagi tapi jangan dak Adik.. memilih orangnya. Kalau hari-hari makan ayam pun dia lalu tapi akulah yang muak..

Minggu lepas, bila tengok hubby ada belikan kambing, perasaan teruja nak memasak kambing tiba-tiba datang. Nak mintak hubby masakkan, beliau kerja hujung minggu tu. Nampak gaya kena buat sendirilah jawabnya dan buat aku yang bukan pakar memasak ni adalah rasa cuak sikit. Yelah.. biasa chef hubby yang masak.. tapi selagi ada resepi yang boleh membantu, InsyaAllah kerja akan jadi lebih mudah..

Resepi..?
Aku segan nak share resepi kari kambing tu sebenarnya tapi tak sampai hati pulak tak nak share kat sini.. dan harap-harap janganlah kecam aku kalau resepi tersebut tidak menepati citarasa.. kihkihkih.. Gambarnya pun aku lupa nak ambil gara-gara teruja melampau..


Bahan-bahan:
Keluarkan kesemua bahan yang berkaitan dari tempat simpanan di dapur..
Malam Sabtu mintak hubby buatkan pes kari kambing..
Dah siap simpan elok-elok..

Cara memasak:
Petang Ahad rebus kambing hingga empuk..
Dah cukup empuk, ketepikan..
Ambil bahan pes kari yang telah chef hubby sediakan malam tadi..
Panaskan hingga naik bau..
Kemudian masukkan kambing, kentang yang telah dipotong..
Jangan lupa masukkan sekali air rebusan kambing tadi..
Masak hingga kentang menjadi empuk..
Perisakan dengan bahan perisa bagi dia sedaplah kan..
Siap.. dah boleh hidangkan..
Untuk kari kambing ni, aku tak gunakan santan..


Waktu berbuka..
'Sedap tak ibu masak..?'
'Sedap.. macam babah masak..' jawab dak Adik..

Hahaha.. tergelak-gelak aku.. dengan anak-anak pun jadi..
Nak menipu pun tak hagak Mak Budak ni..
Tapi yang penting cukup rasa, semua ada dan sedap..
Dan lagi penting.. keranamu kari kambing, berat badanku naik..
Tak boleh jadi ni.. kena kawal pemakanan kalau tak nak kena denda..
Hanya kerana program INI..


StatusHati: Keranamu.. aku masih di sini..


Monday, June 13, 2016

Ibu.. ibu.. tak sahur ke..?


Kebarangkalian terlajak sahur dalam bulan Ramadhan pasti akan berlaku walau hanya sekali. Setiap tahun pasti akan ada kenangan terlajak sahur. Tu baru terlajak sahur, belum lagi terlajak nak pergi kerja.. kihkihkih..

Dalam berjaga-jaga, terkena juga aku. Gara-gara keletihan teramat, seisi rumah boleh tak sedar pagi Sabtu lepas. Alarm handphone berbunyi pun aku 'diam'kan.. 

'Ibu.. ibu.. tak sahur ke..?' Kejut dak Kakak..
Terkejut aku.. rasa nak melompat dibuatnya. Tengok jam dah pukul 6 pagi. Nasib baiklah kejadian berlaku pada hari Sabtu lepas..

Cuba bayangkan kalau terkena pagi tadi, waktu orang sibuk nak pergi kerja awal.. waktu budak kembali ke sekolah.. mahu aku terkejar-kejar macam lipas kudung. Time tu.. lipas kudung tengok aku pun nangis agaknya..

Moga tiada lagi kejadian terlajak sahur Ramadhan kali ni. Kalau berlaku lagi, kesian kat anak-anak..


StatusHati: Berjaga-jaga dalam pengambilan makanan sepanjang Ramadhan..


Friday, June 10, 2016

Takde alasan untuk tidak memasak


Terima kasih kawan-kawan yang mendoakan kesihatan aku.. yang paksa aku pergi ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut, juga tak kurang bebelan hubby dan doctor..

Alhamdulillah..
Hari ni keadaan aku semakin baik dan rutin harian berjalan seperti biasa, tapi aku belum dapatkan lagi rawatan di hospital. InsyaAllah, aku akan pergi tapi bukan dalam masa terdekat ni..

Ramadhan kali ni adalah kali kedua kebenaran balik 30 minit lebih awal diberikan..
Minggu pertama Ramadhan ni, santai sikit sebab masih dalam mood cuti sekolah..
Tunggu minggu depan bila anak-anak dah mula bersekolah.

Ramadhan kali ni..
Perbelanjaan harian cuba dikawal sebaik mungkin untuk mengelakkan pembaziran. Anak-anak pun tak merengek nak ke bazaar Ramadhan sebab ibunya kedekut.. ekekeke.. Lagipun stok bahan mentah/basah ada banyak, jadi takde alasan untuk tidak memasak. Rajin dengan idak je..

Hari ni aku nak singgah ke teratak kengkawan.. dah beberapa hari aku offline. Mesti banyak kisah yang aku terlepas. Juga tak terlambat untuk aku ucapkan..

'Kepada yang berdiet tu, jangan hanya pada bulan Ramadhan je... teruskan untuk bulan-bulan berikutnya juga.. dan Selamat Menyambut bulan Ramadhan buat semua.. '


StatusHati: Elakkan menghukum tapi cubalah memahami..


Tuesday, June 7, 2016

Dugaan di awal Ramadhan


Akibat tak tahan sakit pinggang, aku telah menerima satu suntikan di bahagian pinggang oleh Doctor malam tadi dan diberikan cuti sakit untuk hari ini.

Pertama kali sebenarnya, biasanya kutelan ubat je. Itupun jenuh doctor and hubby memujuk. Aku bukan takutkan jarum suntikan tu cuma terbayangkan menda negatif dalam kepala ni.. Macam mana kalau tak boleh bergerak langsung lepas kena suntik? Eleh mak budak.. cakap jelah kau takut.. kehkehkeh..

Kemuncaknya, hampir seharian aku terbaring kesakitan bukan sebab kesan suntikan tu tapi sebab sakit pinggang. Rasa tak selesa nak bergerak, tak boleh langsung nak bangun, asal aku bangun je macam kena rentap pinggang aku. Rasa nak kancing gigi menahan sakit..

Mengadu pada hubby? 'Jom check in hospital'.
Lagilah aku tak nak, buatnya kena stay.. dahlah bulan puasa.
Takpe bang.. kita tengok pagi esok macam mana. Kalau dah tak mampu nak bertahan pasrah jelah..

Tapi semua itu tak mampu mengatasi kesakitan yang dialami oleh Adam (anak salah seorang my BFF) yang selamat menjalani pembedahan atas sebab kesihatan petang tadi.

Buatmu Ibu Adam..
Kuatkan semangat lyn.. lyn yang paling kuat antara kami semua. Bermacam dugaan lyn dapat..
Moga DIA akan terus jaga Adam dan Lyn sekeluarga.
Moga Adam terus diberi kesihatan terbaik demi kelangsungan hidup.
Moga Adam menjadi anak soleh kebanggaan keluarga.


StatusHati: Moga aku terus kuat hendakNYA..


Monday, June 6, 2016

1 Ramadhan 1437


Alhamdulillah..
Ramadhan kembali lagi menjengah.
Moga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik dalam menjalani rutin harian.

1 Ramadhan 1437..
Aku mengambil kesempatan bercuti rehat menemani anak-anak di rumah, lagipun masih dalam cuti sekolah.
Ni anak-anak tak tahu babah dorang pun cuti, sat lagi bila tahu ada je akal dorang ajak ke sana sini. Eleh.. cakap anak-anak, aku pun sama sat lagi.. wakakaka..

Apa-apapun..
Aku rasa lega sikit bila chef hubby bercuti sebab secara automatik mood aku nak memasak jadi malas. Boleh tarik nafas panjang aku.. eemm..

Moga Ramadhan kali ni lebih baik dari sebelum ni..
Bagi yang mengejar masa balik nanti nak sediakan juadah berbuka, harapnya bertabahlah ye berhadapan dengan kesesakan jalanraya..

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan buat semua..


StatusHati: Takkan mudah aku melupakanmu..


Sunday, June 5, 2016

Sesat dalam Rindu


Terkadang kita sesat dalam godaan syaitan/nafsu - yang ini kita perlu melawannya.

'Orang yang bersusah-payah melawan nafsu jahat di jalan Kami nescaya Kami akan bukakan jalan supaya sampai kepada kami.' Surah Al-Ankabut: Ayat 69.

Musuh yang sebenar adalah nafsu dalam diri sendiri yang mampu menyesatkan kita ke jalan Allah. Jika tersungkur dalam maksiat, segeralah bertaubat tapi inilah yang selalu kita tak ingat.
Sedarlah kita menanggung amanah dariNYA.
Sedarlah kita sebelum saat kita dikejutkan dengan kematian.

Ketahuilah..
Akan datang pada akhir zaman orang tidak kisah dari mana datangnya sumber yang diperolehi, di mana orang terlalu mengejar keuntungan dan lebih pentingkan duniawi..


Status: Digoda dan tergoda..


Friday, June 3, 2016

Kenapa nampak cengkung..?


Sengaja sang cucu nak suprise kan Atok Muo nya..
Dulu atok cakap aku gemuk..
Ok tok.. kali ni den bagi atok tengok versi #perasanSlim pulak..


Cengkung..?



Atok kalau bab memuji memang boleh buat aku lagi terasa #perasanSlim.
Yelah siapa lagi nak puji melambung-lambung macam tu kalau bukan atok sendiri..
Tapi bila atok kata aku dah cengkung.. eerr.. betul ke..? Teruk sangat ke..?

Memang aku diet tapi bukanlah diet yang sampai nak memusnahkan diri cuma mungkin sebab atok dah biasa tengok aku versi demok, bila aku dah #perasanSlim, mata atok jadi confius aku rasa.. kehkehkeh..

Apa-apapun atok.. jangan risau..
Selagi tak memudaratkan diri, InsyaAllah versi demok akan bertukar versi #perasanSlim..


Tadi dapat pulak mesej dari hubby..
hahaha.. rasa terasa lak..



StatusHati: Rindu yang tak mampu dizahirkan..


Thursday, June 2, 2016

Misi Crash Diet


Baru semalam program The Biggest Loser dilancarkan di tempat kerjaku..
Hari ni.. dah macam-macam makanan yang aku rasa..
Tu belum kira nak test rasa biskut raya yang mula memasuki pasaran..
Fuh.. gosok perut.. errr.. tanjat gegurl.. dah muncit weh..
Itu menandakan yang berat badan sedang naik dengan jayanya..

Walau pada pandangan mata kasar nampak #perasanslim tapi hakikatnya masih ada yang perlu dikecilkan lagi..
Takpe.. bulan Ramadhan dah nak menghampiri.. Peluang terbuka luas kurasa. Misi crash diet akan cuba kulakukan seperti kata DaddyZiyyad sebelum raya tahun lepas..

Misi crash diet untuk buang 1.5 - 2kg dalam masa 3 hari sebelum raya bermula. Misi crash diet ni ialah sebab dijangka dari Syawal 1 - 5, sure tambah 1.5 - 2kg. So kalau dah buang awal-awal, tak la rasa bersalah.. (kononnya)..


Tapi itu untuk raya tahun lepas.. ni aku cuba buat sepanjang Ramadhan tahun ni cuma misi crash diet aku tu nanti pasti berhadapan dengan jalan sukar..

Waktu makan takde masalah sebab aku dah biasa sikit tapi masalah paling besar pastinya datang dari dak Nuha yang suka makan bersuap..
Bila dah makan bersuap secara tak langsung pasti tersuap ke mulut sendiri jugak.. adeh.. ni yang den lomah ni.. tapi demi misi crash diet tu apalah sangat kalau tersuap dua tiga kali ke dalam mulut sendiri kan.. kehkehkeh..


Apa-apapun.. tunggu dan lihat hasilnya nanti..
Kalau berjaya.. Alhamdulillah..
Kalau tak berjaya.. lepas raya aku buat post mortem..
Semangat kena kuat sambil tepuk dada.. uhuk.. uhuk..


StatusHati: Berdebar-debar nak bertemu Ramadhan kali ini..



Wednesday, June 1, 2016

Program The Biggest Loser 2016..







Adakah kamu gembira..?
Adakah kamu ingin gembira..?
Sekiranya jawapan adalah YA..
Lakukan apa sahaja yang ingin dilakukan..
Ubah sesuatu..


Ramai yang tahu aku pernah cuba mengurangkan berat badan seperti di SINI.. dan hasil paling menarik pernah diraih seperti di SINI. Sejak itu.. nak maintain yang payah.. momentum #StaySlimmer yang ada dalam diri aku kejap turun tapi lagi banyak naik.. kehkehkeh..

Dengan semangat yang semakin pudar kurasakan, aku ingin mencuba kembali apa yang telah kutinggalkan tahun lepas..

Berkebetulan di tempat kerjaku ada dibuat program 'The Biggest Loser'. Dorang tak bagi aku join sebab aku dah #perasanslim.. nak buat apa kurus lagi. Aku ni takdelah beria-ia.. sekadar suka-suka, nak bagi semangat pada yang kengkawan yang turut serta.


Peraturan yang telah ditetapkan agak mudah pada aku, tak strict.
Seminggu sekali pada waktu pagi hari Rabu sebelum sarapan ---> wieght, body fat, body water akan dicatat. Manakala pada bulan puasa, timbang adalah pada 12:30pm. Sekiranya berat naik 500g atau lebih, denda RM2 akan dikenakan dan akan diberikan kepada peserta yang turun paling banyak minggu tersebut.

Tempoh program 'The Biggest Loser' bermula dari 1 Jun 2016 - 31 Ogos 2016. Sesi timbang terakhir adalah pada 1 September 2016.
Masa tu nanti akan diumumkan pemenang siapa yang paling #perasanslim..

Adakah mampu aku lakukan seperti tahun lepas..??
Aku tak rasa kali ni aku nak lakukan sesungguh hati, kalau buat jugak.. confirm aku akan berada dalam category underweight. Cukuplah kalau dapat #perasanslim sikit je lagi. Apa-apapun selepas bulan Ogos nanti aku akan share hasilnya ye..



StatusHati: Mesti ada sebab mengapa ia terjadi..


Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...