Followers Remaja Purba

Saturday, April 30, 2016

Adakala kena bersikap 'kejam'


April dah sampai ke penghujung..
Mei bakal munculkan diri..
Semakin aku simpan makin banyaklah entry tertunggak..
Mood menaip bukan takde.. laju je kalau nak ikutkan..
Tapi baru sebaris dua aku taip, laju je aku delete..
Lahai.. camane nak bercerita kalau macam tu..
Sudahnya.. masih tergendala..

Bila hujung minggu macam ni, berehat adalah keutamaan aku selepas penat ber'amazing race' dengan rutin harian..
Nak balik kampung, hubby pulak kerja..
Masa kerja beliau tak sama dengan aku jadi kenalah berkorban.. kalau bersantai pun hanya dengan anak-anak..
Aku dan anak-anak dah biasa keadaan macam ni..
Itupun ada yang pura-pura faham keadaan hubby aku..

Tapi..
Aku memang sentiasa ingatkan hubby jangan kerap sangat cuti memandangkan dak Kakak ada peperiksaan penting tahun ni.. fikir untuk masa depan jangan fikir seronok yang bersifat sementara..

Kita ni..
Susah ke senang ke.. hanya kita yang merasainya..
Adakala kena bersikap 'kejam'..
Tak perlu nak serabutkan kepala memikirkan hal yang bukan urusan kita..
Bak kata seorang sahabat..
Pentingkan dulu keluarga sendiri sebelum orang lain..


StatusHati: Lebih baik diam kalau kau tak faham keadaan sebenar..


Friday, April 29, 2016

Quality time with kids..


Siaran tertunda.. 

23 April 2016.. di SINI..

Quality time with kids..
Enjoy to the max with them..
I'm Luv it..


Anak-anak gembira, ibu pastilah ceria..


Menyambut hari lahir dak Nuha pada 23 April 2016 yang lepas..


Anak-anak berjaya memujuk aku untuk makan di luar.. takmo tapau kata dorang..
Kali pertama aku makan dekat luar dengan anak-anak tanpa babah dorang..
Ajak join sekali tapi hubby tak berkesempatan kerana tuntutan kerja..
Seronok dorang.. aku layankan je.. asalkan dorang tak meragam sudah..


24 April 2016.. 
Golden Screen Cinema.. Setia City Mall..
Filem: The Jungle Book..
Menemani anak-anak bersama family SIL menonton di cinema..
Nak kata best sangat.. biasa je tapi demi anak-anak kulayankan je..



Boleh pulak dia berkenan cermin mata tu..
Terima kasih pada SIL bagi hadiah besar pada dak Nuha..


Dak Nuha sibuk nak makan, takmo bergambar..
Dak Kakak tetiba jadi malu nak bergambar..


Memandangkan dak Nuha tak cukup tinggi, dia berdiri waktu menonton..
Nasib baiklah aku pilih couple seat..
Memang sengaja aku pilih seat ni, senang..
Tak mengganggu orang belakang dan keliling..
Dak Nuha meragam cara dialah.. cepat bosan.. nak pulak dah malam masa tu..
Cuma pada awal dia merengek nak tengok Boboiboy..
Cukuplah tu Nuha.. kan kita dak tengok dekat SINI..


StatusHati: Anak-anak dah aim nak tengok Filem Angry Bird this coming May..



Thursday, April 28, 2016

Ayam Golek Tandoori buat Remaja Purba






Alhamdulillah..
Berjaya aku realisasikan untuk berjumpa dengan geng Remaja Purbaku..
Baik punya umpan.. Ayam Golek Tandoori in da house..
Terima kasih pada semua.. Kak Yanz, Sue Azim, Aty dan Lyn Hassim..
Cuma sayang.. kak Gja tak dapat join kali ni.. kalau tak.. mesti lagi happening..

Maka..
Pada 22 April 2016 tercatat lagi dalam lipatan sejarah..
Dah lama kami tak berjumpa borak sakan macam ni..
Bila sesekali dapat berjumpa, kena buat arahan.. 'sila letak handphone dekat tepi..'
Kalau tak kang.. leka hadap gadjet yang ada.. kihkihkih..

Semerbak harum bau ayam golek waktu tu di tempat kerjaku..
6 ekor ayam dibakar dan dijamu kepada warga tingkatku..
Alhamdulillah.. masing-masing puas hati..
Dan salah seekor darinya memang dibuat khas untuk geng Remaja Purbaku..


 
Ayam Golek Tandoori Homemade by Chef Hubby..



Sebelum puasa kita reunion lagi ye.. save d date guys..



StatusHati: Moga ikatan persahabatan ini kekal utuh hingga ke akhir hayat..



Wednesday, April 27, 2016

Speechless.. Dua Kisah Berbeza..


Dua kisah berbeza..

Malam semalam..
Sesungguh hati aku berehat.. hanya sebahagian kecil rutin harian dapat kusiapkan..
Penat tak cukup rehat sebenarnya..
Bila cukup tidur, bangun pagi terasa segar sangat-sangat..
Namun, ianya terencat dek berita yang aku terima..
Terkejut.. tak sangka.. speechless..


Pagi semalam..
Sebak menguasai diri atas berita kehilangan..
Seorang pegawai wanita ditempat kerjaku meninggal dunia kerana komplikasi ketika bersalin..

Memetik sebahagian kecil kenangan antara beliau..
"Ada kenangan dengan beliau walau tidak sebanyak insan lain bersamanya. Beliau yang memerhati manusia dengan hati terbuka, yang tegas, penuh berprinsip, yang bekerja sehingga ke akhir hayatnya..
Anak arwah berumur 3, 6, 9, 10 tahun. Walaupun mereka perlu mempelajari rutin baru, anak-anak itu saya percaya akan menyumbang banyak pada tiga (pahalanya) yang dibawa mati.
Melihat anak orang lain, menambah rasa syukur untuk memelihara baik anak sendiri.."


Hari ini..
Aku terima ikan terubuk masin yang aku kirim daripada salah seorang pegawai di bahagian aku..
Bila kukatakan, ku ingin membayarnya..
Beliau tak mahu menerimanya atas alasan aku banyak membantu beliau..
Oh!My boss kecik.. speechless dibuatnya..
Itukan sebahagian dari tugas hakiki sedia ada..
Tapi.. Alhamdulillah.. rezeki jangan ditolak..
Jauh disudut hati..
Tak rugi kita berbaik dengan orang lain..
Bukan untuk mendapat habuan tapi lebih kepada kepercayaan..
Terima kasih boss kecik.. moga makin murah rezeki boss dan keluarga.. amin..


Itulah dua kisah berbeza yang berlaku disekeliling aku..
Dua kisah yang memberi makna dan perasaan berbeza..
Allah lebih mengetahui..

Al-Fatihah buat almarhumah Puan Hazlina Muhamad..
Mungkin aku bukan teman yang cukup karib untuk mencoretkan..
Aku cuma insan biasa menyalamimu dengan lambaian abadi diiringi air mata..



StatusHati: Mati itu pasti.. bila masanya hanya DIA yang mengetahui..

Saturday, April 23, 2016

Selamat Hari Lahir buatmu Nuha..


23 April muncul kembali..
Terasa cepat masa berlalu..
Pejam celik.. pejam celik..
4 tahun dah rupanya..

Hari ini..
Selamat Hari Lahir buat dak Nuha..
Si bongsu yang over manja..


Ya!Allah.. jauhkanlah perkara yang tidak baik menghampiri anak-anakku..


StatusHati:  Biar yang terbaik mendekati diri..




Thursday, April 21, 2016

Dah macam ala-ala amazing race..


Baru beberapa hari tak online.. tak blogwalking..
Nak log in pun rasa tak bersemangat..
Entah hantu mana dah sampuk aku sampai jadi macam ni..
Belum ada mood dan posisi terbaik untuk aku bercerita kisah disebalik team building yang aku hadiri minggu lepas..tapi yang nyata aku sangat menyukainya..

Sebahagian kecil intipati yang cuba diserap:
Kerjasama..
Fokus..
Think out of the box..
What you give, you get back..

Aktiviti pulak dah macam ala-ala amazing race..
Melasak.. melasak dan melasak.. takde dah nak control ayu bagai eh..
Rentung tak..? eerrr.. adalah sikit.. kihkihkih..
Happening.. awesome..
Dan..
Pasti ada yang tak sabar nak tahu kisah disebaliknya..
Ni aku tengah cari mood nak update blog..


StatusHati: Kalau kau senyap, aku tak tahu apa yang kau nak sebenarnya..


Tuesday, April 19, 2016

Rasa jet lag tak hilang lagi..


Bila nak update kisah di sebalik team building tu pun aku tak tahu..
Rasa jet lag tak hilang lagi ni..
Disebabkan rasa itulah rasa sepi sikit blog Mak Budak ni..


StatusHati: Kekurangan tenaga aku rasa kali ni..


Monday, April 18, 2016

Hasil disebalik Team Building


Kelajuan maksima seekor kancil membelah jalanraya ku pecut dari tempat kerjaku selepas menghadiri team building lewat petang semalam..
Tak cukup rehat, kutambahkan kuasa tiga kepenatan itu dengan pergi melawat mak aku malam tadi.. Alhamdulillah mak sihat, ayah pun sama..

Bila terlibat dengan aktiviti yang memerlukan stamina untuk tiga hari dua malam macam ni, biasanya akan mudah letih dan senang nak tidur with sleeping partner.. tapi dekat pukul 3 pagi terasa diri masih segar-bugar tak mengantuk.. Aku suspek Java Chips from Starbucks punya pasallah ni..

Hari ni hari Isnin..
Cuti rehatku telah diluluskan minggu lepas..
Masa untuk berehat sepuasnya.. nak sambung tidur peluk dak Nuha..
Rindu bau badan dia.. ekekeke..


Kisah disebalik Team Building yang aku hadiri baru-baru ni akan aku ceritakan kemudian.. mood tak larat nak buka kelopak mata..


StatusHati: Romeo India November Delta Uniform sangat-sangat..!!



Friday, April 15, 2016

Program Team Building 2016


Program Team Building 2016 ini disasarkan kepada semua warga tempat kerjaku dengan objektif:
  • Menghayati dan memupuk semangat kerjasama yang kukuh dan berterusan antara warga demi kejayaan organisasi, peningkatan produktiviti dan mutu kerja..


Program ini telah dibahagikan kepada tiga siri di mana siri pertama telah diadakan pada awal bulan April, siri kedua pada minggu lepas dan terakhir adalah minggu ini..

Aku..?
Ketika entry ini di publish, aku dalam perjalanan menuju puncak ke tempat program dibuat..

Siri pertama Team building pada tahun 2013 di buat di Felda Tekam, Pahang aku tak join sebab masa ni aku tengah mabuk teruk.. kihkihkih..
Tahun 2014 di Taman Negara Pahang.. ohsem..
Tahun 2015 di Royal Belum Perak.. happening..
Tahun 2016.. ?? Sabar.. akan diupdate kemudian..

Persediaan..?
Malam tadi baru nak packing apa yang patut dibawa..
Persediaan saat-saat akhir ni memang biasa kubuat..
Kalau ada tak cukup, redha jelah..

Anak-anak..?
Aku tengok dorang rileks je..
Seronok lagi ye ada sebab dorang tak sabar nak melepak di rumah maklong dorang.. Riuh-rendahlah rumah maklongnya..

Moga perjalanan kami selamat pergi dan balik..
Moga siri terakhir ini adalah yang paling happening di antara ketiga-tiga siri..
3 hari 2 malam aku akan berada di luar kawasan..
#Team Building 2016.. kita kasi gegar..


StatusHati: Rindukah engkau terhadap diriku..?



Thursday, April 14, 2016

Pada yang tak tahu, duduk diam-diam..


Pandang kiri.. bilik bos..
Pandang kanan.. member office tengah hadap kerja..
Pandang belakang.. ushar line..
Pandang bawah meja.. eh!Banyak lagi stok makanan rupanya..
Pandang depan.. eh!Ter.. update pulak kat sini..


Hari ini..
Feeling wonderful..
Feeling Great..
Feeling Awesome..
Tapi.. jangan tanya kenapa..
Sebab..
Perasaan ini tiada kena-mengena dengan hari ini..


It's THURSDAY..


'Pada yang tak tahu, duduk diam-diam..'


StatusHati: Aku kau luka.. tanpa kau sedar.. sayang..

Wednesday, April 13, 2016

Terlalu obsess denganmu


Sejak lebih setahun yang lepas, aku terlalu obsess denganmu..
Gelisah bila aku tak dapat picit tekan berdiri di atasmu..
Aku cuba perlahankan rentak aku dari kerap berjumpa denganmu..
Dari berjumpa setiap hari, aku cuba kurangkan sesi perjumpaan denganmu..
Namun, daya tarikan dirimu menyebabkan aku sentiasa berdebar-debar..

Aku tahu kau terlalu sabar dengan kerenahku..
Merelakan diri dipicit ditekan dipijak sesuka hati..
Adakala aku rasa kecewa bila kau seolah-olah menipu dalam memberikan jawapan..
Ini berlaku bila hasil tak seperti yang aku harapkan..
Tapi walau terasa ditipu tapi aku tetap ingin bersamamu.. selalu..

Buatmu..
Terima kasih kuucapkan..
Tiap kali bertemu denganmu adrenalinku pasti mencanak naik..
Nasib baik tak membeku platelet darahku..



Penimbang berat digital..
Ia akan memberitahu my Body Fat, Body Water and Weight..


StatusHati: Teringin nak kurus macam zaman Remaja Purba dulu.. miahahaha..


Tuesday, April 12, 2016

Petua nak nampak kurus..?


Bagaimana nak bagi nampak kurus ketika bergambar..?
Selain dari contoh gaya yang ada dalam simpanan pakcik google, cara ni juga boleh dipraktikkan..

Mak Budak yang GOjes


Berdiri di belakang BFF ketika sesi bergambar sambil tersenyum simpul..
Kurus kan..?
Ni cermin dekat rumah yang cakap..
miahahaha..


StatusHati: eerr.. nak kurus lagi..?


Biarlah.. janji dia puas hati..


Bayangkan..
Bila kita berada dalam keadaan emosi yang tak dapat diluahkan..
Bukan setakat mengganggu emosi malah turut menjejaskan tenaga dalaman kita..
Perasaan tersebut akan membuatkan kita rasa cepat letih..


Seorang atok yang cuba memahami rentak hati cucu nan satu ni..


Sekiranya terus diam tanpa adanya jalan penyelesaian boleh menimbulkan konfliks dalam perhubungan dan ini mengundang bahaya..
Sentiasalah berfikiran positif..
Lihatlah di bawah kita..
Masih ada yang lagi susah dari kita..
Masih ada yang lagi teruk masalahnya..
Jangan menangisi nikmat yang ditarik hanya secebis..
Jangan lihat pada kehilangan itu tapi lihat disebalik kehilangan itu..
Cuba memujuk hati.. muhasabah diri demi kestabilan emosi..


StatusHati: Awak.. kite rindukan awak.. sobsobsob..


Monday, April 11, 2016

Kemalangan di KM 14.8 Subang ke Damansara


Pagi tadi..

Avoid NKVE to Damansara Utama this morning. At KM14.8 Subang to DU, a trailer crashed thru the divider, thus obstructing 1.5 lanes of the 2 right lanes.

Avoid..?
Tak boleh nak elak dah..
Kalau dah terjebak dalam kesesakan yang luarbiasa, bertabahlah sepanjang jalan..
Anggap jelah sedang memandu dengan santai di tengah highway sambil menikmati pemandangan kiri dan kanan yang sebelum ni tak sempat nak jeling kerana memandu laju..
Bukan selalu pun berhadapan dengan kesesakan macam ni di NKVE..
Kalau di Federal Highway tu pemandangan sesak tu dah menjadi perkara biasa..
Malah makin menjadi-jadi sesaknya sekarang..


 Perasan tak..?
Kalau minggu lepas pukul 7am masih gelap..
Tapi minggu ni pukul 7am dah cerah..


Kemalangan di KM 14.8 Subang ke Damansara..
Lorong kanan dan tengah di tutup..


Dipendekkan cerita, hari ni aku sampai di pejabat lewat dari biasa..
Rasa mengah penat macam berlari walhal hanya memandu kereta..
Nampak sangat takde stamina..
Nak jogging keadaan cuaca tak mengizinkan..
Jerebu melanda.. waktu pagi dan malam bau asap di sekitar taman perumahan aku..
Nak buat di fitness centre, nan hado.. hehehe..


StatusHati: Alhamdulillah.. pagi tadi hujan sekejap membasahi bumi yang kekeringan..

Friday, April 8, 2016

Sesi Interaksi dan Lunch with Music bersama Dato' CEO


Sesi ni dah lama lepas.. dibuat pada 28 Mac 2016 yang lepas..
Pihak pengurusan tempat kerjaku telah menyediakan satu sesi interaksi/pertemuan untuk setiap semua pegawai mengikut gred dengan Dato' CEO.

Sesi yang disediakan oleh pihak pengurusan adalah ruang untuk berbicara secara terus kepada Dato' CEO dari segi penambahbaikan sistem kerja, masalah yang dihadapi atau apa saja berkaitan tugasan dalam bahagian pegawai berkenaan.

Sesi macam nilah kakitangan boleh mengutarakan pendapat atau aduan secara terus kepada Dato'.
Senang cakap.. tiada 'tapisan keselamatan'.. which mean tiada pegawai perantara..
Direct.. telus.. jujur tanpa perlu berselindung..

Sesi interaksi ni diadakan secara santai..
Set lunch yang ditaja..
Live band dari pelajar bidang music dari IPG Ilmu Khas Cheras..
Takdelah nampak serius sangat kan..
Lagipun Dato' CEO kali ni sangat humble dan mudah didekati..





Alhamdulillah..
Sesi berjalan dengan baik dan apa yang nak disuarakan terluah jua akhirnya..
Rakan sejawatan turut memainkan peranan bagi beberapa isu utama..
Lepas ni kita tunggu dan lihat apakah penambahbaikan dari isu yang diutarakan..


StatusHati: Stress.. migrain kembali menyerang..


Thursday, April 7, 2016

25 Things That Make Me Happy



What to do? 
Create a new post + Insert picture above 
 List 25 things that make you happy 
 Mention the blog that have tagged you 
 Tag at least 5 bloggers & make sure they know they've been tagged! 
 Share your favourite quote of the week! (if none, then it'll be okay)

Aku telah ditag oleh blogger yang banyak bermain dengan garam dan gula..
Kak Malinda..


Dari zaman kanak-kanak hingga dewasa terlalu banyak kenangan manis yang ada antaranya aku sendiri pun dah lupa..

Nak 25 perkara yang buat aku gembira..?
Nampak macam senang tapi nak olah ayat dalam entry ni, alahai.. terasa berjam-jam aku mengadap komputer ni..
Untuk berlaku adil, aku cuba ingat dan senaraikan apa yang mampu buat aku gembira dari zaman Kanak-kanak Purba, Remaja Purba dan Mak Budak..
Dan.. di bawah ini senarainya..

Zaman Kanak-kanak Purba:
  1. Sebagai budak kampung, takde lain selain dari melasak..
  2. Bila bab melasak, aku suka geng dengan budak lelaki..
  3. Bila musim buah, tempat makan paling strategik adalah di atas pokok..
  4. Aku antara atlit harapan sekolah dan aku syak bapak angsa arwah wan aku dulu yang suka kejar aku tu lah yang buat aku jadi atlet harapan sekolah dulu.. tetiba eh?
  5. Suka nau main penggelek getah keping.. tetiba rasa rindu dengan bau getah sekerap..
  6. Mandi sungai.. suka buat aksi terjun dari atas tebing ke dalam sungai.. tukang ajar, adik dan arwah abang sepupu aku..
  7. Bila family buat dodol, aku dah aim dodol yang baru siap, yang masih lembik panas dalam kawah tu.. super duper sedap..
  8. Suka teman arwah wan cari siput sedut, motif utama nak mandi sungai je..
  9. Waktu pagi suka main air embun atas rumput, rasa semacam nak baring guling-guling biar satu badan kena air embun..

Zaman Remaja Purba:
  1. Bila pindah duduk bandar, tiap kali cuti sekolah mesti balik kampung sebab dekat kampung je aku boleh melasak macam zaman Kanak-kanak Purba..
  2. Adegan memanjat pokok masih diteruskan tapi pergerakan terbatas, skill makin tumpul.. yang sebenarnya dah mula rasa gayat.. kahkahkah..
  3. Dari zaman Kanak-kanak Purba lagi aku cukup aktif bersukan.. acara balapan.. maklumlah dulu kan selalu kena kejar dengan bapak angsa.. kahkahkah..
  4. Hari Sabtu je mesti aku ada dekat sekolah, bukan nak buat study group tapi nak bersukan..
  5. Lulus dengan jayanya dalam mendapatkan lesen kereta.. doa ibu sentiasa mengiringi..
  6. Suka memandu kereta dengan laju.. kalau slow aku cepat mengantuk dan bosan..
  7. Mula seronok dengan alam pekerjaan sebab berpeluang ke sana ke mari..
  8. Dah pandai bercinta.. kahkahkah..

Zaman Mak Budak:
  1. Dak Kakak, dak Adik dengan dak Nuha penyeri hidup.
  2. Hilang rasa penat bila anak-anak ucap terima kasih ketika waktu makan.. rasa sangat dihargai..
  3. Suka tidur berhimpit dengan anak-anak, sampai kena tegur dengan Hubby sebab tak dapat berhimpit dengan akulah tu.. wakakaka..
  4. Mula menulis blog ketika dak Adik masih kecil..
  5. Sangat suka merakam aksi dan ragam anak-anak.. dan sebahagian kecil tersimpan dalam blog Mak Budak ni..
  6. Sangat suka warna merah, kuning dan hijau..
  7. Naik pangkat.. Alhamdulillah..
  8. Berpeluang ke Bumi Kenyalang.. sebahagiannya entrynya masih pending sampai la ni..
  9. Paling buat aku gembira.. dulu besau sekarang dah kurus.. (ni cermin kat rumah aku yang cakap.. bukan aku).. #NakMaintainNakSlim je sekarang ni..

Itulah sebahagian kecil perkara yang buat aku gembira dari sisi yang berbeza.. dari zaman kanak-kanak hingga ke zaman mak budak.
Part nak kena tag orang lain.. eerrr.. yang ni rasa nak derhaka sikitlah..
Lagipun segmen ni dah lama, aku baru nak buat, jadi macam tak syok nak tag orang lain..

Apa-apapun, syukur selesai menoktahkan semuanya di sini.. -_-


StatusHati: Aku rimas bila kau jauh dan senyap tidak menghubungiku di sini..



Wednesday, April 6, 2016

Bayi kecil disaluti tanah liat..


Dulu..
Aku boleh rileks cool je bila dak Kakak dengan dak Adik bermain tanah liat. Puaslah dorang dapat pegang, uli, bentuk guna tanah liat tu..

Sekarang..
Dak Nuha hampir membuatkan aku terasa berada di red zone ICU hospital..
Mula-mula elok behave je perangai dia..
Lepas tu dalam diam, habis block lego dilekatkan dengan tanah liat tu..
Tu belum kira atas lantai sampai bertanda tapak kaki terpijak hasil kreativiti dia..
Bila dah  melekat, susah dah nak ditanggalkan.. aiyaakkkk..



Tapi paling aku tak terjangkau dek fikiran..
Bayi kecil disaluti tanah liat..


Depan belakang bayi kecil ni jadi mangsa..


'Nuha kenapa Nuha buat macam ni..?'
'Kesian dia ibu, dia takde baju..'
'Kenapa anak patung tu bertampal dekat kepalanya..?'
'Dia sakit kepalalah ibu..'
Ada je jawapan dari dia..


Tapi yang tak syoknya, habis biru jari tangan dak Nuha sebab main tanah liat tu..
Sudahnya, ku suruh kemas dan buang tanah liat tu..
Mula-mula merajuk jugak dak Nuha tapi kupujuk nanti kita buat sendiri doh tanah liat tu ye..
Kupesan juga pada dak Kakak, jangan bawa balik tanah liat macam tu lagi..
Nanti dibuat main lagi dek dak Nuha..



StatusHati: Bila aku 'lawan', aku rasa lagi tenang rupanya..


Tuesday, April 5, 2016

Aku tertanya-tanya keistimewaan tudung ni


Aku tak pernah ada koleksi tudung ni..
Jangan kata koleksi, nak sentuh pegang belek pun tak pernah lagi..
Kalau hubby tak suka, tak usahlah nak azan dekat telinga beliau merengek nak..
Menanah telinga dibuatnya nanti..

Tapi aku tertarik dengan komen di bawah ini.. yang aku ambil dari FB..

Komen satu:
Aku tertanya-tanya keistimewaan tudung ni.. sampai timbul obsession sedemikian rupa..
  • Materialnya ringan ke? Umpama body aluminium binaan Lamborghini, sampai tak terasa disarung di kepala?
  • Materialnya maha hebat ke? Ventilasi bersepadu dapat dicapai, sampai terasa sejuk kepala walaupun tudung disarung 24 jam tanpa buka?
  • Kalis air kah ia? Sampai kalau hujan tak perlu berpayung.. hanya selamba melangkah dengan memakai tudung berkenaan?
  • Sangat tahan lamakah? Sampaikan tak perlu beli tudung lain untuk 5 tahun berturut-turut punya raya puasa?


Komen dua:
Bersangka baik..
Mungkin pakcik makcik yang bersesak dalam video tu semuanya adalah pelakon extra yang dibayar untuk bersesak-sesak. Kemudian videonya di post ke FB supaya ramai haters boleh mengata sambil SHARE..
BOOM!! Free Marketing!! There's no such thing as bad marketing. Asal orang dengar atau nampak jenama kita, consider marketing kita tu dah berjayalah..
Tapi kronologi ni hanyalah rekaan semata-mata. Harap-harap betullah pakcik dan makcik yang bersesak tu semua pelakon extra je..


Komen tiga:
Walaupun asas tudung untuk menutup aurat, dibenarkan juga dalam agama untuk penghiasan yang tidak keterlaluan.. tapi apabila hiasan itu mendatangkan keburukan yang lain, haruslah muhasabah semula..
Tidak salah untuk bersistem dan berprotokol secara teratur di dalam urusan pembelian pakaian yang sunnah, yang akhirnya akan mendatangkan pahala. Mengejar kecantikan tetapi tidak mengendahkan moral dalam mengejar duniawi akan memadam segala yang indah mengenai kewanitaan..


Umum maklum.. pembeli dah ada..
Penyediaan perkhidmatan masih ditakuk lama atau disengajakan sebegitu..??
Nak menunjukkan suasana yang happening dan ada ramai peminat tegar..?
Sepatutnya satu sistem dibuat agar lebih sistematik dan tidak mengganggu urusan mereka yang tidak berkaitan.. mungkin boleh diusahakan dalam bentuk sistem nombor giliran, pendaftaran secara online, melalui emel atau sms bagi mendapatkan nombor giliran yang direbutkan itu..

Bak kata Wardina Safiyyah.. It's not the first time..


StatusHati: Hati.. aku tahu kau kuat..


 

Monday, April 4, 2016

Kang cakap lelebih sentap pulak..



'Dorang tu bukan faham tapi buat faham masalah orang.. Maklumler depa semua takde masalah dengan life partner masing-masing..'

Nasihat..?
Takde siapa yang sudi nak bantu..
Bukan masalah aku, itu masalah kau.. jadi kau settle kan sendiri..
Berpura memahami tapi hakikatnya tidak..
Jangan kata komunikasi dua hala, sehala pun belum tentu diterima baik..

Diam jelah..
Kalau cakap, hasilnya akan berbalik pada diri kita semula..
Buat sakitkan hati..
Kang cakap lelebih sentap pulak..
Jadi, lebih baik diam je..


StatusHati: Susah kalau keadaan 'dia bukan boleh susah..'

Sunday, April 3, 2016

Selamat Hari Lahir Ayah..



Tanggal 3 April setahun sebelum Tanah Melayu mencapai kemerdekaan, lahirnya seorang bayi lelaki.. anak kedua atok dan nenekku (kini arwah)..

Beliau ialah cinta hati emakku..
Aku pula adalah cinta hati mereka yang pertama dan disusuli dengan adik perempuanku..

Seperti entry di SINI.. dedikasi buat ayahku..
Bagi aku.. tiada lelaki yang sebaik ayahku..
Tiap dari kita yang bernama anak pasti akan berkata begitu..


Hari ini..
Tiada yang lebih istimewa..

Ayah..
Selamat Hari Lahir Ayah..
Dalam lewat usia ini, moga Ayah semakin selesa dan bahagia bersama emak.. Itu yang kami, aku dan adik harap dan impikan..

Ayah..
Jangan benarkan..
Jangan izinkan sesiapa menghuni dalam hati ayah selain dari kami semua..
Mereka tidak nampak kesusahan yang pernah kita lalui..
Pada mata mereka hanyalah ingin menumpang pada kesenangan dan kebahagiaan yang Ayah miliki..

Ayah..
Biarlah yang lepas berlalu pergi..
Biarkan, usah diambil peduli lagi..

Ayah..
Moga Ayah dikurniakan kesihatan yang baik dalam meledani rutin harian..
Moga Ayah di bawah lindunganNYA serta dimurahkan rezeki..
Selamat Hari Lahir Ayah..



StatusHati: Ayah.. the only man never hurt my heart..



Friday, April 1, 2016

Karnival Pendidikan Tinggi Negara #JomMasukIPT bersama MQA


#JomMasukIPT
Karnival Pendidikan Tinggi Negara yang akan diadakan pada:
  • Tarikh: 2 - 3 April 2016 (Sabtu - Ahad)
  • Lokasi: Dataran Gemilang UKM, Bangi (Zon 6)
  • Masa: 9.00 pagi - 5.00 petang

Bagi warga Lembah Klang, segala maklumat dan info-info berkaitan:
  • Akreditasi Program
  • APEL
  • Pendidikan Fleksibel

di Booth Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) di sana nanti..
Juga boleh hubungi MQA di talian: 03-7968 7002 atau layari laman web MQA di SINI..


MQA sedia membantu anda dengan APEL..


Berita Baik.. APEL..
Register dulu, bayar kemudian..
Nak masuk Universiti tetapi anda:
  • Tiada SRP/PMR
  • Tiada SPM
  • Tiada sebarang KELAYAKAN AKADEMIK
Jangan risau.. anda masih ada peluang..
MQA sedia membantu anda dengan APEL..


APA ITU APEL?
APEL adalah Akreditasi Pengalaman Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu. Ia dedifinisikan sebagai satu proses sistematik yang melibatkan identifikasi, dokumentasi dan penilaian pembelajaran berasaskan pengalaman terdahulu.

APEL memberi peluang kepada mereka yang mempunyai pengalaman kerja tetapi kurang kelayakan atau tiada kelayakan akademik untuk menyambung pelajaran di Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Secara umumnya, penilaian APEL melibatkan penilaian terhadap ilmu yang diperoleh oleh seseorang itu menerusi pendidikan formal mahupun menerusi pengalamannya terdahulu.

Buat masa ini, APEL di Malaysia hanya untuk tujuan kemasukan ke IPT sahaja. Sehingga kini penilaian APEL telah dibuka untuk EMPAT peringkat kemasukan iaitu:
1.  Kemasukan ke program Sijil (APEL T-3);
2.  Kemasukan ke program Diploma (APEL T-4);
3.  Kemasukan ke program Ijazah Sarjana Muda (APEL T-6); dan
4.  Kemasukan ke program Ijazah Sarjana (APEL T-7).




APA ITU MQR?
Daftar Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Register, MQR) adalah satu daftar yang menyenaraikan semua program pengajian dan kelayakan yang telah mendapat akreditasi penuh MQA. Fungsi utamanya adalah sebagai sumber rujukan dan panduan kepada pelbagai pihak berkepentingan berkaitan program pengajian tinggi dan kelayakan yang telah diakreditkan di Malaysia.



Sumber dari SINI..




Satu aplikasi telah diwujudkan bagi memudahkan membuat semakan di my MQR..

Sumber asal dari SINI..




Kepada yang berminat jangan lepaskan peluang..
Temui pegawai dan petugas MQA di Dataran Gemilang, UKM Bangi pada hari Sabtu dan Ahad ini..



StatusHati: Angan-angan.. boleh jadi kenyataan kalau adanya tindakan..!


Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...