Followers Remaja Purba

Thursday, March 31, 2016

Milik kita belum tentu rezeki kita..



Kucing hitam belakang rumah aku dari zaman ia anak dara sampai dah jadi mak haiwan ni, sangat mendengar kata. Tiap kali aku balik kerja dia dah mengiau dekat tingkap rumah aku.
'Sabar, ibu baru sampai, penat lagi ni. Nak makan boleh tak tunggu sekejap.'
Dulu mesti anak-anak tanya 'Ibu cakap dengan siapa tu?'
Bila tau.. owh.. kucing rupanya..

Dan sekarang, anak-anak pun terikut perangai aku bercakap dengan kucing hitam tersebut.. 'Ibu, kesian ia.. ia belum makan. Kita bagilah ia makan ibu..'

Makanan yang biasa aku bagi.. dulu udang besau-besau sampai dia jemu..
Lepas tu adalah bagi sesekali ikan tapi paling kerap ayamlah.. sebab dak Adik tak boleh takde ayam dalam menu harian dia..

Makanlah miow..
Rezeki yang ada kita share sikit..
Dalam masa yang sama jiran berdekatan pun bagi kucing yang sama makan.

Alhamdulillah..
Aku tak mintak banyak..
Kau doakan aku kuat dan sihat dalam meledani rutin harian ni pun dah syukur dah..
Petang semalam..? Aku bagi ia puyuh goreng seekor..


Kejadian ini membuatkan aku terfikir..
Mengapa kucing itu datang ke rumah aku, bukan rumah orang lain..?
Inilah dikatakan..
'Apa yang didapati melalui usaha kita, terdapat padanya rezeki orang lain. Milik kita belum tentu rezeki kita..' 
Rupa-rupanya sebahagian makanan itu adalah rezeki si kucing hitam itu..


StatusHati: Moga Allah beri kesihatan yang baik dan rezeki lebih buat kita semua..


Wednesday, March 30, 2016

Dah rasa macam masuk explorace


Rutin aku bergantung pada jadual sekolah petang dak Kakak dengan dak Adik.
Padatnya jadual dorang, maka padatlah jadual aku.
Dah rasa macam masuk explorace..
Masa diberi tak sampai sejam kena siap tugasan yang diberi..

Minggu ni padat dengan latihan bolasepak, softball..
Tu tak masuk kelas mengaji, kelas tambahan, buat kerja sekolah lagi..
Tabik spring pada ibu berkerjaya dalam pengurusan masa bergegas balik nak kejar rutin dekat rumah pulak..

Tu baru bab dalam pengurusan anak-anak..
Belum lagi bab nak kena uruskan baby We (a.k.a tua) sebelah malam nanti..
Hok yang ni wajibulghunnah.. miahahaha..

Kesimpulannya.. dah masak untuk anak-anak, lepas tu jangan join dorang makan sekali.. tu pasal badan mengembang tak nak kurus slim.. wakakaka..


StatusHati: Sepi hatiku.. galau jiwaku..


Tuesday, March 29, 2016

Satu percubaan berani..


Nak kata aku tak tahu memasak.. melampau namanya..
Aku sengaja tak nak mahirkan diri memasak..
Bukan malas cuma aku tak minat masak..
Kalau diberi pilihan antara memasak dan bermain futsal, aku lebih suka bermain futsal.. kihkihkih..
Tapi, berlainan dengan hubby..
Suka memasak dan suka mencuba resepi yang aku ambil dari en. Google..
Pada yang pernah merasa air tangan hubby mesti tau..

Ok, berbalik pada kisah memasak..
Minggu lepas, hubby belikan ikan bawal yang sederhana besar. Biasanya takde lain dah, memang kumandikan ikan tu dengan sambal je tapi ntah jin mana yang sampuk aku, resepi Ikan Masak Stim menjadi pilihan..


Tapi.. bahan pulak tak cukup..
Menggedik lagi mintak tolong dari hubby..


Sangat rare kalau aku yang siang ikan..


Siang ikan..?
Dulu ayah yang buat, sekarang hubby pulak..
Boleh je sebenarnya tapi hubby memang sedia maklum kerenah aku nan satu ni.. siang ikan..? Memang tak lah..
Sanggup aku pilih bahan mentah lain.. kehkehkeh..


Dipendekkan cerita..
Antara bahan-bahan yang diperlukan..
Beria mintak lemon dari hubby, sudahnya aku tak gunakan pun..


Percubaan berani.. hubby cakap.. miahahaha..
Pertama kali aku masak menu ni..
Kebiasaannya aku order je dari chef hubby..


Komen hubby.. ok, bolehlah cuma kurang garam..
Komen dak Kakak.. tak sedap..
Perghh... sentap mak nok..
Belum pernah anak cakap ibu masak tak sedap..
Memang jujur telus dak Kakak takde selindung berkias dah..

Lepas ni, cuba lagi..? Chef hubby jelah yang masak.. hahaha..
Tapi.. dalam tak sedap tu, habis jugak..
Memasing balik sekolah penat dan lapar.. apa yang dihidang itulah yang dorang kena makan.. apa yang penting, tiada istilah membazir selepas tu..



StatusHati: Serabut kurasakan..


Monday, March 28, 2016

Berjaya buat isteri Gemuk



Sumber dari FB..



Mana tak gemuknya..
Bila aku bersemangat nak diet.. hubby patahkan semangatku itu..
Diajaknya ke sana ke mari, makan itu makan ini..
Dan.. ye.. tapi itu dululah..

Sekarang..
Mentalku tidak lagi terdera sebab hubby sendiri yang memberi galakan..
'Nak kurus.. dietlah..'
Bila dah slim perasan kurus ni.. hubby pulak cemburu..
Sebab aku makin kurus, hubby pulak mengembang tak nak kecut.. kehkehkeh..

Nak kurus macam mana..
Dah kalau balik rumah mencari makanan..
'Abang laparlah.. ada nasi tak..'
Hahaha.. nampak tak.. bukan aku tak suruh diet, bukan aku tak cakap..
Tapi nafsu makan hubby yang tak surut-surut..
Bertabahlah ye bang..
Nak slim nak perasan kurus bukan mudah..
Cuba usaha lagi ek..

TAPI.. abang balik kena makan apa yang saya masak..
Hailaa.. macam mana lah hubby tu nak kurus.. hahaha..



StatusHati: Tengahari tadi.. 'lunch date with Dato CEO..' will update soon..

Saturday, March 26, 2016

Selamat Hari Lahir Mak..


Malam semalam..
Sebaik urusan perjumpaan dengan pihak sekolah (ni akan aku ceritakan kemudian), kami terus bergerak ke rumah Adik aku untuk berjumpa dengan mak..
Disebabkan aku sampai agak lewat, hanya sebahagian cucu-cucu mak yang meraikan hari lahir mak.. sebahagian yang lain dah tidur..

 26 Mac 2016.. 
Kali pertama kami sambut hari lahir mak ketika menghampiri detik tengah malam..

Dak Nuha jadi pemalu tiba-tiba..
Mak aku tak nak, dak Kakak mewakili neneknya..


 Menangis tekakku melayan nafsu makanku malam semalam..


Borak.. chit chat.. sampai dak Nuha lena di pangkuanku..
Lama tak lamalah.. dekat pukul tiga pagi baru kami sampai rumah..

Buat Mak..
Moga mak kuat dan sabar dalam meledani kerenah anak-anak dan semua cucu yang ada serta sentiasa sihat dalam menjalani rutin harian..
Selamat Hari Lahir Mak..
Happy Birthday to You..


StatusHati: Sweet Memory with you mom..



Friday, March 25, 2016

Kadangkala.. Diam itu sangat indah..


Fitrah Manusia..
Apabila ia bersendirian,  dia akan berfikir dan memikir..

Kadangkala..
Diam itu lebih baik..
Diam itu adalah jawapan..
Diam itu memberi seribu makna dan lebih bererti daripada seribu perkataan..

Diam itu sangat indah..
Lebih indah bila tak memerlukan kata untuk memahami..
Hanya rasa dan pandangan berbicara..

Diam..
Ternyata sepi itu lebih terasa indah..


StatusHati: Kadang diam itu pulak buat aku tertanya-tanya..? Apakah..



Thursday, March 24, 2016

Sabun pencuci disalahkan..


Dulu..
Sabun pencuci disalahkan..
Habis baju mengecut bila pakai tak muat, walhal badan yang mengembang..

Sekarang..
Masih guna sabun pencuci yang sama tapi bila pakai dah macam baju pinjam.. longgar semacam.. eh..?

Kesimpulannya.. nak kurus silalah diet..
Pesanan ini dibawa oleh Mak Budak a.k.a Remaja Purba yang perasan dah kurus.. miahahaha..



StatusHati: Bila lagi kita nak bersua..?



Wednesday, March 23, 2016

Setakat ni, belum ada berita dari pengasuh..


Alhamdulillah..
Dak Nuha semakin baik dari kena jangkitan chicken pox..
Nak kata sembuh sepenuhnya belum lagi tapi nampak semakin baik keadaan dia..
Hari ni terpaksa hantar juga ke rumah pengasuh..
Esok turn hubby jaga..

Dalam pada tu..
Dak Adik sok sek sok sek hidungnya..
'Ibu, cuba rasa badan Adik, panas tak..?'
Dak Adik ni nak demam selesema ni..
Mulalah melepek depan tv, macam teruk nau sakitnya..
Tapi anak bujang nan sorang ni, kalau sakit.. memang teruk..
Bertabahlah ye adik..

Pagi tadi, dia masih dedo..
Sempat pesan pada dia jangan aktif sangat dekat sekolah..
Setakat ni, belum ada apa-apa berita dari pengasuh..
InsyaAllah dak Adik dengan dak Nuha ok tu..

Macam-macam pesanan aku tinggalkan dekat dorang..
Tak tahulah yang mana dorang ingat, yang mana dorang lupa.. huhuhu..
Kupujuk dorang.. 'Hari ni je duduk rumah pengasuh, esok babah ada.. babah cuti..'



StatusHati: Hati merinduimu..



Tuesday, March 22, 2016

Air apakah yang paling suci selepas air zamzam?


Awal tahun lepas seminggu aku ambil cuti rehat gara-gara dak Adik dimasukkan ke hospital..
Tahun ni pulak turn dak Nuha cuma kali ni kena kuarantin dalam rumah disebabkan chicken pox..
Pemantauan secara berterusan terhadap dak Nuha aku lakukan sebab aku tak nak dia kopek kesan chicken pox tu dan ditambah dengan musim panas yang extreme ni lagi buat dia cepat rimas..

Dalam pada tu, sempatlah aku membaca novel..
Kali ni karya Melur Jelita jadi pilihan..
Aku suka hasil karya beliau kerana banyak terselit unsur-unsur nasihat, pengajaran malah pengetahuan am disebalik babak yang ada..


Dan ini.. sebahagian kecil yang ingin aku kongsi..

Air apakah yang paling suci selepas air zamzam?
Jawapan:  Air mata..

Kenapa air mata dikatakan paling suci?
Sebab ia air yang paling jernih selepas air zamzam.
Air suci yang boleh memadamkan api neraka adalah air mata keinsafan..
Air suci yang boleh melembutkan hati adalah air mata..
Air suci yang boleh menyatukan dua jiwa adalah air mata..
Air suci yang segala-galanya adalah air mata tetapi dengan syarat, haruslah air mata yang dititiskan dari hati dan mata yang ikhlas dan jujur..



StatusHati: Hari ni hujan lebat dan mendung.. tidaklah panas terik seperti semalam. Alhamdulillah..



Monday, March 21, 2016

Bila cicit atok kena Chicken Pox..


Kenangan 2007 menjelma kembali..

Hubby kena sebelum dan Mak Budak kena semasa PRU 2007.
Dak Kakak kena masa umur dia 3 tahun..
Dak Adik kena masa umur dia belum setahun..
Semua kena pada tahun yang sama 2007..
2016.. Kali ni turn dak Nuha pulak ketika umur dia nak masuk 4 tahun..


Kisah petang hari Khamis lepas..
Dak Nuha mengadu..
'Ibu.. habis merah badan Nuha..'
Pengasuh dah maklumkan awal yang dak Nuha kena chicken pox.. aku pun sedia maklum sebab anak-anak pengasuh ada yang kena sebelum tu..
'Kenapa..?'
' Nyamuk gigit..'
'Lah.. nape Nuha tak pukul nyamuk tu..?'
'Tak sempat.. dia dah lari..'
Sabar jelah dengan jawapan dia..

Malam tu bawa dak Nuha ke klinik.. balik rumah lepas letak ubat dekat badan dia, terkangkang-kangkang tengok dia jalan.. lucu pun ada.. nak gelak tak sampai hati.. kihkihkih..


Kisah pagi Jumaat lepas..
Biasalah bila ada antara ahli keluarga yang tak sihat pasti group family diberitahu..



Ni.. bila atok Muo dapat tahu cicitnya tak sihat..
Kita nak disesahnya.. sobsobsob..


Kelmarin..
Ragam dak Nuha lain macam bila tak sihat ni..
Dak Adik usik tak boleh.. sentuh badan dia..? Meraung macam kena buli.. mentang-mentang dia yang bongsu..
Sikit-sikit menangis carik ibu.. tak kental langsung hati tu.. sensitif bebeno..
Malam tadi dia boleh menangis beria.. ingatkan kenapa.. rupa-rupanya sebiji chicken pox pecah dekat kaki dia..
Dia punya gedik merengek mak aiii.. boleh tertekan pause jiwa ni.


Nasihat dari atok muo..



Memujuk dak nuha makan ubat..


StatusHati: dak Nuha tak bagi aku pergi kerja.. walhal sememangnya aku dah apply cuti awal.



Sunday, March 20, 2016

5 things I hate the most


Aku telah di tag oleh blogger MummyDearie..
Beliau ni kalau singgah blog aku, memang kalau boleh stok sebulan punya entry dia akan komen macam kena sawan komen.. hikhikhik..
Apa-apapun terima kasih pada beliau rajin mengomen..
Ni bila dah di tag, kenalah aku rajinkan diri pulak..


Orang lain dah lama buat, aku baru nak buat..



Lima perkara yang aku tak suka/benci atau dalam bahasa kampung aku 5 things I hate the most..


Cara pemanduan di jalan kampung, jalan persekutuan dan lebuhraya.. 
  • Jalan kampung: Tengah rileks memandu, tiba-tiba dengan selamba tanpa rasa bersalah keluar simpang.. ni kalau aku tak perasan confirm bercium dah.. lagi bahaya yang keluar simpang tu bawak anak kecik..
  • Jalan Persekutuan: Jalan yang dah sedia sesak waktu kemuncak, time tu lah ada yang memandu sangat perlahan. Tolonglah memahami pengguna yang lain, stress woo bila terkena dengan orang macam ni..
  • Lebuhraya: Lane paling kanan menjadi perlahan bila ada pemandu tidak mahu memberi laluan pada kenderaan di belakangnya walau high beam telah diberi.. memang sengaja cari penyakit namanya.. confirm aku nyalakan lampu tinggi sampai dia rasa silau dan tukar lorong.. aku minta cara elok tak nak bagi.. kan..
Parking kenderaan ikut suka..
  • Masa pergi ujian JPJ baik sopan santunnya perangai, tapi bila dah ada lesen.. nauzubillah perangai tak semenggah..
  • Dah diajar cara parking yang elok tapi lepas tu dah macam samseng jalanan pulak aku tengok..
Macam dialah yang terbaik.. terbagus dan seumpama dengannya..
  • Tak boleh ditegur, melenting semacam.. tapi kalau bagi nasihat dekat orang lain, macam dialah ustazah pilihan..
  • Kalau kena batang hidung dia sendiri, 'hukum tu boleh berubah mengikut keadaan diri dia..'
Tak suka kaki pukul..
  • Aku tak suka lelaki jadikan perempuan sebagai punching bag melepaskan kemarahan yang ada..
  • Aku lagi tak suka perempuan tu terlalu 'pasrah' diri dipukul sesuka hati..
Menegur akak kantin berkenaan kebersihan..
  • Aku tegur secara baik tapi niat aku disalah anggap.. tak boleh terima teguran satu hal, tarik muka dekat aku satu hal.. macam aku pulak yang bersalah.
  • Bukannya aku tegur depan ramai orang pun.. hai laa akak kantin muka sombong..
  • Apa kau rasa bila sup yang kau beli ada anak lipas dalamnya.. tu belum kira ada makanan yang dah jatuh, kutip masuk balik dalam pinggan..


Aku memang tak suka/benci bila ianya berlaku tapi dalam masa yang sama cuba untuk bersabar selagi mampu.. Selagi mampu kupujuk hati dan cuba istighfar supaya hati sejuk balik.. Cakap dengan diri 'senyum.. senyum.. nak cantik kan.. tak nak cepat tua kan..' hahaha..



StatusHati: Hari ketiga dak Nuha kena chicken pox..



Friday, March 18, 2016

Pernah tak jadi situasi macam ni..?



Pernah tak jadi situasi macam ni..?


Tengah syok berchit chat dengan orang yang kita sayang, tiba-tiba boleh tertukar nama panggilan yang selama ni tak pernah sebut nama selain yang biasa digunakan.. Ha.. agak-agak apa respond yang akan diberikan..

Penjelasan..?
Itu satu hal.. nak memujuk pun satu hal..
Andai niat nak menyakat pasangan, kena fikir kesan dari tindakan yang dibuat.. Kalau memang dah tau sikap pasangan yang suka nau menyakat, takpelah kan..
Kalau yang jenis selama ni serius tiba-tiba menyakat, aik..? Something wrong somewhere..
Nak pulak dia dok tersasul sebut si R, walhal nama kita M..
Nak kenakan pasangan, sudahnya diri sendiri yang terjerat..
Nak pulak kau sakat time pasangan kau tengah PMS..
Habis hal dari zaman bujang kau nanti dia ungkit.. hahaha..

Aku pulak..?
Kekadang aku yang salah mesej.. nak mesej pada si Q aku mesej pada si W.. lepas tu jenuh kena sesi soal jawab..
Ni namanya sendiri cari penyakit tapi dalam masa yang sama nak tarik perhatian.. kahkahkah..

Apa-apapun, belajarlah memahami diri pasangan..
Walau dah bertahun bersama tapi belum tentu ada yang memahami..
Faktor komunikasi dua hala memainkan peranan utama..
Tanpanya tak berserilah hubungan tu..
Perhatian pun kenalah lebih..
Dah itu yang sanggup bersama sepanjang hayat.. hargailah sebaiknya..
Moga kekal bahagia hingga ke akhir hayat..



StatusHati: Dak Nuha kena chicken pox akhirnya.. nanti aku update perkembangan beliau..



Thursday, March 17, 2016

Huh!Statement cari gaduh tu..


Kenapa takut gemuk..?
Ada yang kata gemuk itu ohsem..
Tapi kalau dapat kuruskan badan.. itu satu kepuasan..
Ditambah pulak dapat kekal maintain.. double triple puas..


Dulu.. waktu zaman Remaja Purba..
'Jaga badan, bagi maintain je.. abang tak suka gemuk.'
Waktu tu takdenya aku nak dengar kata, makan apa yang aku suka..
Apalagi.. lama-lama mengembanglah badan aku..
Dari size M naik ke L terus ke XL.. nasib baik tak XXXL..
Time ni stamina pun jadi kurang, nak lari pun rasa berat je badan..
Menggelabah sibuk nak kuruskan balik badan..
Tapi biasalah.. azamnya bukan main tapi baru nak mula dah surrender..


Bila dah jadi Mak Budak ni..
Takdelah merasa BMI tu berada di paras normal..
Kalau merasa pun waktu dalam pantang dan beberapa bulan selepas itu..
Perasaan nak kurus tu memang ada tapi semangat juang nan hado..


Akhirnya..
Gigih aku menguruskan badan yang gebu tak hagak ni..
Jealous sebenarnya tengok kengkawan kurus slim tapi aku gemuk..
Selepas setahun sejak tahun 2015..
BMI tu dah ok, berada di paras normal tapi berat idaman tak tercapai lagi..
Pernah hubby menyuarakan komen 'tak cantik sebab perut buncit..'
Huhuhu.. sentap okay..
'Kalau abang nak saya cantik, bak sini duit..'
Yelah, projek usahasama, kalau nak ikut acuan mata hubby, kenalah bagi sedikit 'pampasan' kan.. barulah isteri makin sayang pada suami.. wakakaka..
Dalam sentap tu aku cuba gaklah kurangkan kebuncitan perutku ini..
Hampir setiap hari aku tanya 'abang.. buncit tak..?' sampai rimas Hubby..


Sekarang..
Bila aku belek body hubby aku depan cermin..
'Dah kenapa aku nampak kurus ni? Macam orang sakit pulak aku tengok..'
Nampak je kurus tapi lemak degil ni tetap maintain melekat tak nak terpisah..
'Kena beli cermin lagi besar tu, cermin tu kecik tipu je tu.. saje je dia bagi perasan nampak kurus, yang sebenarnya tak..' Huh!Statement carik gaduh tu.. tapi yang nyata.. 'bila peluk tak rasa apa, rasa tulang je..' komen hubby..
Aiyakk.. rasa tulang pulak..



Meh tunjuk bukti sikit.. dengan izin..
Kisah gambar kiri di SINI.. 2014
Kisah gambar kanan di SINI.. 2015
Dan.. sekarang ni lagi kurus.. 'merujuk kepada cermin dekat rumah akulah..'




StatusHati: Takmo kurus lagi dah.. #NakMaintainNakFit je sekarang ni..


Wednesday, March 16, 2016

Huaarrgghhh...!!! Haaa.. ibu takut kan..



Huaarrgghhhh…!!!
Cubaan dak Nuha untuk menakutkan aku dengan membaling anak kura-kura ketika aku sedang leka menggosok baju..


 
Tu dia..


Hahaha…
Tergelak-gelak dia dengan reaksi spontan aku yang terkejut.
‘Haaa.. ibu takut kan..’ dengan riak bangga terangkat-angkat kening dia cakap aku takut.. Suka dia dapat kenakan aku..

Hailaa anak.. nasib baik tak terlepas seterika.. huhuhu..

 
Waktu aku ambil gambar anak kura-kura ni..

 
Dengan pantas..
 Dak Nuha suruh ambil gambar haiwan-haiwan yang lain tu sekali..



StatusHati: Kita dekat tapi terasa jauh.. -_-


Tuesday, March 15, 2016

Faktor Usia..?


Dari aku beli hari tu di Karnival Karangkraf Shah Alam, sampai la ni baru sebuah novel yang berjaya aku habiskan. Ada lagi beberapa buah yang dah siap berbalut tapi belum dibaca..

Zaman Remaja Purba dulu.. 2 hingga 3  jam aku mampu habiskan sebuah novel..
Sekarang.. dah jadi Mak Budak ni, tak tergamak nak hadap novel je..
Ditambah pulak bila hubby sindir-sindir manja..
Siap bagi petua macam mana nak habis baca cepat..
'p rendam novel-novel tu, lepas tu minum airnya..' huhuhu.. kejam sungguh..
Sebab tu aku baca novel bila hubby takde dekat rumah..
Dia rimas tengok aku hadap buku..
'eleh, cakaplah abang nak manja-manja dengan kite.'

Komitmen dulu dengan sekarang yang membezakan 'kelajuan' pembacaan aku..
Adakala jangan kata novel, blogwalking pun aku tak sempat..
Rutin harian pun adakalanya semput nak mengadap..
Hadap novel..?
Mahu hubby betul-betul rendam nanti.. kang jadi macam air penawar pulak..


Faktor usia..? Sentap kita tau.. 


StatusHati: Terima kasih pada semua yang mendoakan keadaan ayah di SINI..



Monday, March 14, 2016

Sukar untuk aku tebak rasa hati ayahku..


AYAH..
Ayah seorang yang pendiam.. tak banyak cakap..
Ayah bukanlah berjawatan tinggi, hidup sederhana..
Ayah bukan jenis suka memukul anak-anak..
Ayah sangat penyabar orangnya..
Ayah banyak memendam perasaan..
Ayah pandai menyimpan masalah jauh dari pandanganku..
Tak pernah kudengar ayah merungut apatah lagi meninggi suara.. 
Pinjam ayat dari SINI..


Sukar untuk aku tebak rasa hati ayahku..
Ayah jarang nak berkongsi rasa dengan kami..
Dan.. kemuncaknya..
Semalam ayah memerlukan pertolongan..
Memang sungguh tak sampai hati untuk aku hampakan..
Tak kuberitahu ayah yang aku tengah menahan sakit pinggang..
Demi ayah.. kugagahkan jua..

Sedih aku melihatkan keadaan ayah..
Sampai begitu sekali ayah diperlakukan..
Andai ayah aku bersalah sekalipun, bukan itu caranya..
Bila kena dekat batang hidung sendiri, sesuka hati aje nak ketepikan hukum..
Itulah manusia..
Hukum tu boleh berubah ikut keadaan diri sendiri..

Aku tahu ayah seorang yang kuat..
Moga dengan kekuatan tersebut buat ayah lagi kuat dan terus kuat..
Sabarlah ayah..
Apa yang dah lepas, tak usah disambut lagi..
Biarkan, usah diambil peduli lagi..
Kami, anak-anak dan isteri ayah ada di sisi ayah..


StatusHati: Aku cuba menyingkirkan rasa sakit hati ni atas apa yang terjadi..



Sunday, March 13, 2016

Manfaat Cuti Sekolah


Bermula dari semalam..
12 hingga 20 Mac 2016 cuti persekolahan penggal pertama bermula..

Nak berjalan jauh tak boleh..
Nak berkurung je kesian pulak pada my kids..
Plan A terpaksa bertukar ke plan lain B, C, D..

Punca berlaku..?
Tahun ni adalah tahun penting buat dak Kakak..
Jadi segala kelas tambahan di sekolah wajib dihadiri..
No more enjoy for time being..

Dak Adik pula akan pergi Kem Bestari Solat yang akan diadakan pada minggu depan di Masjid At-Taqwa di rumah..

Maka..
Plan A perlu diubah bagi memberi laluan kepada dak Kakak dengan dak Adik mengikuti program yang telah dibuat..



StatusHati: Pergerakan terbatas.. sakit pinggang kembali menyerang diri..



Friday, March 11, 2016

Pemeriksaan Kesihatan 2016 bersama Yayasan Jantung Malaysia



Tahun kedua YJM datang ke tempat kerjaku..


Semalam..
Sesi Pemeriksaan Kesihatan 2016 bersama Yayasan Jantung Malaysia (YJM) di tempat kerjaku dan hasil pemeriksaan tersebut - Alhamdulillah ok..
Tapi.. bila tengok result Index Jisim Badan..
Aku syak mesti penimbang berat digital tu tipu aku sebab result tu mengatakan aku kena 'FAT TO GAIN' dan bukannya 'FAT TO LOSE'..
eerrr.. sajelah tu nak bagi aku perasan aku dah kurus..
miaahahaha..




Belanja sekeping gambar.. feeling perasan kurus..



StatusHati: Romeo India November Delta Uniform awak..



Thursday, March 10, 2016

Kalau dulu sempat selfie.. sekarang jangan mimpi..


Rutin aku setiap kali balik kerja, akan terus ambil dak Kakak balik dari sekolah..
Kalau dulu.. sempat selfie..
Sekarang.. jangan mimpi..
Rasa macam cecah tak cecah je pedal minyak kereta tu aku buat..
Hampir setiap hari aku akan lambat sampai..
Dulu mengomel jugak dak Kakak.. tapi makin lama dak Kakak makin memahami..
Nak buat macam mana.. aku dah cuba sampai awal tapi jarak perjalanan dari tempat kerja dan menempuh kesesakan jalanraya buat aku makin lewat sampai..



Selfie sementara tunggu dak Kakak depan sekolah..
Sekarang.. jangan mimpi..



StatusHati: 'Ada 24 jam sehari.. 7 hari seminggu.. masih lagi sibuk..?'


Tumpukan perhatian..


Bermesyuaratlah pulak kita kali ni..
ssyyy... dok dendiam..
Segala gadjet letak tepi..
Tumpukan perhatian pada boss di hadapan..


Terima kasih pada boss yang belanja sarapan pagi..



StatusHati: Diam itu indah.. biarlah hanya rasa dan pandangan berbicara..



Wednesday, March 9, 2016

Karnival Karangkraf Shah Alam 2016


Karnival Karangkraf Shah Alam 2016 yang telah berlangsung di Kompleks Media Karangkraf Seksyen 15 Shah Alam pada 26 - 28 Februari 2016 yang lepas.
Ditemani hubby dan adik ipar, Karnival tersebut kami kunjungi pada hari terakhir..
Nak kata aku minat baca novel, bukan semua genre yang aku suka tapi gedik nak jugak pergi.. Bukan senang dapat gedik santai hubby teman ke tempat yang sesak ramai orang tu..



Sementara hubby sibuk layan anak buah beliau, ku ajak dak Nuha jalan-jalan cuci mata melihat apa yang berkenan di hati..
Dapatlah kusambar beberapa buah novel untuk aku dan jugak dak Kakak..
Untuk dak Nuha pun ada cuma pilihan tak banyak.. ke aku yang tak pandai nak cari..?
Gigihlah dak Nuha ikut sambil tarik bucu baju aku sambil mengomel..
'Ibu.. kan kita dah lalu dekat sini tadi..' bila aku ulang ke tempat yang sama..
Dalam dok ralit ke hulu ke hilir, aku disapa oleh seseorang..


 Murni Aqila - penulis novel
Novel ke 7 beliau.. 'Gila Tak Rindu'


Sinopsi novel beliau..
Aku tak baca lagi tapi dah tahu ending novel ni..
Memang menjadi habit aku akan baca ending nya dulu.. kihkihkih..



dak Nuha bersama penulis novel - Murni Aqila..


Namun demikian..
Subjek utama aku ke sini.. mencari novel karya Ramlee Awang Murshid.. juga menambah koleksi novel seram yang ada..
Nampaknya aku dah mula addict dengan novel seram.. tapi sampai ke hari ni novel seram yang aku beli tu tak terbaca-baca lagi.. nampak nau penakut.. hahaha..


'Sebagai Manusia Aku Sayang Padamu'
Koleksi Novel RAM aku di SINI dan SINI..


Puas hati bila berjaya memenuhi koleksi novel RAM yang ada..
Tapi yang tak bestnya, dah masuk dalam kereta baru adik ipar tanya, tak jumpa ke dengan penulis novel tu.?
eerrr.. ada ke..?
Frustnya.. sobsobsob..



StatusHati: Aku rindukan setiap perhatiannya..



Tuesday, March 8, 2016

BoboiBoy: The Movie


Sambungan dari SINI..


Surprise menjadi..
Cuak muka anak-anak bila aku ajak masuk ke dalam cinema tapi takde tiket..
yeeaaaa... anak-anakku terkena..


Sebelum tu kita makan dulu di sini.. depan GSC tu je pun..
Senang.. takdelah terkejar-kejar nanti..
Lepas makan, beli sesiap pop corn dengan air..
Dak Kakak dah blur masa ni..
'buat apa beli pop corn, kalau tak tengok wayang ibu..?'


Aku dah beli sesiap sehari sebelum tayangan filem ni lagi.. 

Kira surprise ku menjadilah kali ni.. wakakaka..
Cuma satu je tak best.. Takde poster besar BoboiBoy kat GCS Setia City Mall..
So tak dapat nak selfie.. macam Papa Zola..



Sumber ni dari en. Google..





Sinopis BoboiBoy: The Movie..
Terbitan Animonsta Studios.

Satu kumpulan jahat, The Tengkotak yang diketuai oleh Bora Ra tiba ke bumi dalam usaha untuk merampas kuasa 'Sferra Kuasa' yang disembunyikan di bumi oleh Klamkabut. Ochobot telah ditangkap bagi membantu pencarian lokasi di mana 'Sfera Kuasa' itu disembunyikan. BoboiBoy bersama Yaya, Ying, Gopal dan Yang perlu menyelamatkan Ochobot dan  menghalang niat jahat The Tengkotak untuk mendapatkan kuasa tersebut. Pelbagai rintangan terpaksa dilalui oleh mereka.

  •  Selain BoboiBoy, Yaya, Ying, Gopal dan Yang turut mendapat kuasa baru. Apakah kuasa yang diperolehi mereka..?
  • Apakah Ochobot dan Klamkabot akan mati akhirnya dalam usaha menyelamatkan kuasa tersebut..?
  • Apakah yang terjadi kepada Papa Zola, Adu Du dan Cici Ko..?
  • Adakah Kiki Ta akan jatuh hati pada Adu Du..?
  • Ke manakah akhirnya 'Sfera Kuasa' itu disalurkan..
  • Watak Papa Zola yang gila selfie.. dalam kalut kena tangkap dek Bora Ra pun sempat selfie lagi.. memang terbaiklah..


Watak dalam filem ini:
BoboiBoy: Nur Fathiah bt Diaz
(Power - Earth, Wind, Lightning, Fire, Water)

Yaya: Nur Sarah Alisya
(Power - Gravity manipulation)

Ying: Yap Ee Jean
(Power - Time manipulation)

Gopal: Dzubir Mohd Zakaria
(Power - Molecular manipulation)

Ying: Wong Wai Kay
(Power - Shadow manipulation)

Ochobot: Mohd Fathi bin Diaz
(Power - Generation 9 Power Sphere)

Klamkabot:
(Power - Generation 1 Power Sphere)

Bora Ra: Azman Zulkiply
(Power: Blackhole)

Gaga Naz:
(Power: Cybernetic Arms)

Yoyo Oo: Anas Abdul Aziz
(Power: Mechamancer)

Kiki Ta:
(Role: Pilot)

Cici Ko:
(Role: Janitor)

Papa Zola: Nizam Razak
(Role: Teacher & Mentor)

Tok Aba: Anas Abdul Aziz
(Role: Grandfather & Mentor)

Adu Du: Anas Abdul Aziz
(Role: BoboiBoy's arch enemy)

Probe: Anas Abdul Aziz
(Role: Robot sidekick)

Sumber maklumat dari SINI..


10 minit pertama je bertahan dengan jayanya.. lepas tu dak Nuha mula tunjukkan ragam dia. Bangun, duduk, berdiri, nak diriba, cuma tak baring je kat lantai GSC tu..
Dak Kakak dengan dak Adik usah cakaplah.. gelak memanjang.. termasuklah babah dorang..
Aku..? Huhuhu.. tak puas gara-gara ragam dak Nuha.. rasa nak repeat balik..

Antara yang menarik dalam filem tu..
(ini je yang sempat aku ingat sebelum dak Nuha meragam)
  • 'Di mana ada bahaya, di situ ada saya.. J Jambul.' (wartawan)
  • 'Nampaknya kejahatan memerlukan pembelaan kita.'
  • 'Pergilah saudara jahatku.' (Geng Jahat Super Jero Jero)
  • 'Kebenaran tak pernah bergerak berseorangan.' (Papa Zola)

Bahasa yang digunakan pun mudah difahami oleh budak-budak, happening suasana dalam cinema malam tu.. Anak-anak happy aku suka hati..



Lengang kawasan sekitar selepas pukul 11 malam..

Seronok menonton, tak habis pun popcorn ni, maka kita bawaklah balik..


Untuk filem BoboiBoy: The Movie ni aku bagi 4.5/5 bintang dari aku..
Baki 0.5 tu sebab dak Nuha ganggu konsentrasi aku waktu menonton.. kihkihkih..



StatusHati: Kungfu Panda 3..??



Monday, March 7, 2016

Masalah pada Streamyx..


Gara-gara ada baki tunggakan belum dibayar..
Tiba-tiba aku tak boleh guna line internet di rumah..
Ish.. tak mungkin sebab talian telefon berfungsi dengan baik..
Cuba hubungi TM, dimaklumkan ada baki tunggakan belum dibayar..
Kalau kena sekat, mesti kedua-dua line aku tak boleh guna..
Takpelah.. salah aku.. bayar jelah kan..
Apa yang penting, aku dapat guna streamyx aku semula..
Bagi aku takde Astro takpe jangan takde internet.. mati kutu kat rumah..
Dalahlah line Maxis dalam rumah aku semput macam siput babi..

DAN.. akhirnya petang Jumaat lepas..
'Your Account has been reactivated. We appreciate your continous support.'

Tapi.. bila aku balik rumah dan cuba untuk gunakan streamyx seperti biasa.. nan hado.. tak dak line.. ggggrrrr...
Nak call TM, masa nilah dak Nuha merengek menangis..
Lepas dah layan seadanya kerenah dia, lewat petang tu aku hubungi TM..


Dengan telefon aku bermasalah..
Berbunyi krek.. krek.. kugagahkan untuk buat aduan mengenai line internet..
Operator TM sendiri cadang masukkan aduan mengenai telefonku yang bermasalah, mesti dia susah nak dengar suara aku sebab gangguan bunyi tersebut..


'We're trying our best to resolve the report within the next working day, subject to nature of the fault. we'll keep you updated. TQ.'

Hari Sabtu..
Alhamdulillah.. masalah selesai dengan pihak TM datang ke rumah..
Penukaran telefon dan wayar baru dibuat..
Ingatkan kena bayar rupanya penggantian telefon adalah percuma..
Tak pernah ku ambil tahu selama ni rupa-rupanya telefon boleh tukar secara percuma kerana warranty sepanjang hayat tetapi tidak modem.. kalau nak tukar kenalah bayar..


'Kak.. saya tukar telefon dan wayar baru ye.. sebab wayar ni dah lama sangat. Itu yang line internet akak selalu semput..'


Mesej dari TM pada tengahari Sabtu lepas..
'Restoration works for your service is in progress.'

'Bagaimanakah pengalaman anda dengan TM semasa kerja baikpulih kerosakan anda? Nilaikan antara skala 10 (Sangat Mudah) hingga 0 (Sukar). Taip skala [jarak] komen. Tk.'


Barulah boleh melayari internet dengan senang hati bersama anak-anak.. yeeaahaaaa...


StatusHati: aahhh.. lega..



Saturday, March 5, 2016

Udang galah vs Ayam Viral


Udang galah berenang di lautan kuning..
Ayam viral datang dari Bali..
Anak-anak kenyang ibu tak pening..
Bukan selalu pun dapat macam ni..




Ni bukan sebab sedap tapi sebab lapar.. kihkihkih..



StatusHati: Bersantai bersama anak-anak..





Friday, March 4, 2016

GSC at Setia City Mall, Shah Alam


Kenapa nak tengok dekat pawagam Boboiboy: The Movie ni..?

  • Awal-awal lagi dak Kakak dah siap tanda dekat kalendar 3 Mac 2016.. bagi hint dekat aku yang dia nak tengok dekat pawagam..
  • Bila tengok upin-ipin boleh pulak dekat bucu skrin tv tu ada promo filem ni.. lagilah kuat rengekan anak-anakku itu..
  • Bila dah mula ditayangkan, lagilah kuat daya usaha dak Kakak dengan dak Adik memujuk aku untuk menontonnya..
  • TAPI.. apa yang pasti dorang tak tahu, sehari sebelum tarikh tayangan Boboiboy: The Movie tu ditayangkan, aku dah beli sesiap tiket untuk dorang.. wakakaka..

Petang semalam..
'Kakak, malam esok kita keluar ek..'
'Nak pergi mana ibu? Tengok Boboiboy ke?' Nampak keterujaan dak Kakak..
'Takdelah.. Babah ajak kita pergi makan malam.. Ibu tak masak..'
'Alah.. Ingat kita pergi tengok Boboiboy..'
Aku diam je.. tak nak komen apa-apa takut terlepas cakap.. kihkihkih..


Malam ni.. jeng jeng jeng..
Tak sabar nak tengok reaksi anak-anak.. aku pulak teruja lebih..
Tiket dah dibeli.. masa tayangan malam ni.. di GSC Setia City Mall, Shah Alam..
Nasib baik hubby sanggup jadi bodyguard aku dan anak-anak malam ni..



StatusHati: BoboiBoy: The Movie.. tunggu kami datang..

Update: di SINI..

Gembiranya rasa kalau..


Rutin setiap bulan..
Bayar segala hutang-piutang yang ada..
Kalau tak bayar nanti tertunggak..
Dah tertunggak nanti kena potong..
Kalau kena tarik lagi haru..
Jalan selamat pay immediately..


Lagi best kalau duit yang diberi disuruhnya kita shopping..
Memang laju kita klik sana klik sini membeli-belah.. wakakaka..



StatusHati: Malam ni.. ada sedikit surprise untuk anak-anak..



Thursday, March 3, 2016

Eat Me.. Ferrero Rocher..



T.Q Boss bagi coklat sedap ni..
Sambil makan sambil blogwalking..



StatusHati: Tak sabar nak tunggu malam esok..


Wednesday, March 2, 2016

Bencinya dengan 'last seen' ni..


Bila aku offline..
Ada yang mencari..
Bila aku online..
Jadi macam dekat SINI..
Tapi..
Bila jadi 'last seen' macam ni.. eemm.. bertabahlah Mak Budak..
Bukan hari-hari kau boleh gedik manja kat abam sayang..


Bencinya dengan 'last seen' ni..



StatusHati: 'Sebagai Manusia Aku Sayang Padamu..'



Tuesday, March 1, 2016

Harga makanan juga yang tak turun turun..



Susulan kejatuhan harga minyak mentah di pasaran dunia, harga minyak turun lagi. Legalah sikit hati ni, senyum je tengok meter minyak tu mencanak naik dari biasa..

Tapi yang tak berapa nak puas di hati, harga makanan terasa mencanak-canak naik. Sudahnya aku ambil inisiatif tak beli waktu makan tengahari..
Petang balik kerja.. masak.. makan dengan anak-anak..
Sesekali bila teringin, pejam mata beli jugaklah..

Dah lama aku buat macam ni sebenarnya.
Dulu sebab nak diet.. nak slim
Tapi la ni poketku pun kena diet demi nak jimat berbelanja..
Ada kengkawan di tempat kerjaku siap bawa bekal..
Jimat dan dah tentu terjamin kebersihannya..


StatusHati: Moga kekal slim dan slim terus slim..





Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...