Followers Remaja Purba

Saturday, October 31, 2015

Semua orang tahu banyak bezanya..


Semua orang tahu banyak bezanya.. waima budak-budak sekalipun..
Hampir kebanyakkan dari kita berhadapan keadaan ini..
Kalau dulu lima hari seminggu..
Sekarang dah jadi 7 hari seminggu..

Pemandangan kejap biasa, kejap luarbiasa..


Ketika bergelut nak sampai awal ke pejabat.. terpaksa mengadap keadaan macam ni..
Semuanya bermula dari sikap..
Dahlah sesak..
Ada pulak dari kiri nak menyelit ke kanan..
Dari kanan nak menyelit ke kiri..
Yang depan dok tercegat tak tahu nak menyelit ke mana..
Sudahnya tanpa sedar, tertekan hon..
Sikap pentingkan diri sendiri lebih terserlah walau hakikatnya dah tahu kenderaan yang di pandu memang tak berjaya melepasi halangan..


Tenang tanpa halangan..

Bayangkan..
Jalanraya sebegini..
Tak sesak.. takde dikenakan tol.. tak bazir minyak..
Selain dapat jimatkan masa, duit dan minyak.. juga dapat jimatkan tenaga..
Badan tak letih.. otak tak stress.. jiwa tak kalut..
Tapi sayang..
Berangan jelah..
Hujung minggu macam nilah waktu terbaik untuk menurunkan semula tekanan darah.. kihkihkih..



StatusHati: Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah..


Friday, October 30, 2015

Bila sel-sel otak berhubung..


Kisah malam tadi..

Dalam nada pelatnya dak Nuha datang mendekati..
'Ibu.. boleh tak lukis dekat sini..?' Dak Nuha mengunjukkan kertas kosong kepadaku..
'Minta babah lukis ek, babah lukis lagi cantik dari ibu..'
'Babah.. lukis kat sini boleh tak..?'

Bila dah siap.. dia ambil dan baring dekat sebelah dak Adik..
'Ibu.. ibu.. tengoklah ni ibu..'
'Wah.. gambar ikan babah lukis.. Nuha nak buat apa dengan ikan tu..?'
'Nuha nak masukkan dalam airlah..'
'Mana airnya..?'
'Tu.. Adik tengah lukis air..' sambil muncungkan mulut ke arah dak Adik..

Hahaha.. tergelak aku mendengar jawapan dak Nuha..
Tak terbayang dek akal..
Itulah dia bila sel-sel otak berhubung..


Apa yang dak Adik buat, itulah yang dak Nuha nak..
Manalah dak Adik tak geram dengan dia..



Dorang berdua ni, susah nak melekat macam ni..
Perangai dorang ni lebih kepada Tom and Jerry.. bercekau tak kira masa..
Dak Nuha pulak gedik melampau bila kena usik sikit..
Tapi kalau takde dorang ni sunyi sepi rumah..

Dak Kakak..?
Bila dah penat seharian, dalam bilik jelah tempat dia..
Bila jenguk.. lena sudah.. nampak nau letihnya..


StatusHati: Tak mahu terlepas pandang perkembangan anak-anak..


THENAMYBLOG 1st ANNIVERSARY


Selamat pagi buat semua..
Moga hari ni bukanlah Jumaat terakhir buat kita..
Moga kita semua berada di bawah lindungan dan rahmatNYA..
Moga kita dapat bertemu lagi.. InsyaAllah..


di pagi hari Jumaat terakhir bulan Oktober..
Segmen di SINI..



Sambil-sambil blogwalking, jumpa segmen ni dari blog sayidahnapisah..
Sambil-sambil bersarapan bubur nasi, jemari ni gedik nak join..
Untung-untung termasuk dalam senarai yang dijanjikan oleh tuan rumah..


5 Blog bertuah akan kekal bertepek di sebelah kanan bloglist selama setahun.
3 blog review.

Tengoklah kat mana yang bertuahnya..
Kalau tak bertuah pun takpe.. tetap rasa bertuah dapat kenal kawan-kawan baru..



StatusHati: Pahit rasanya gula.. manis rasa hempedu.. ku rasa..



Thursday, October 29, 2015

Pendindingku yang dah tamat tempoh..


Bukanlah sesuatu yang tidak normal..
Dengan beban tugas di pejabat..
Rutin harian menanti di rumah..
Aku rasa akulah supermom kala ini..
Aku tabik springlah pada ibu-ibu yang berkerjaya...
Pengurusan masa adalah yang terbaik..
Tapi.. kita hanya merancang.. DIA yang menentukan..

Lupa.. terlupa.. tak ingat..
Bukan tak pernah lalui..
Lagi haru bila melibatkan sesuatu yang penting..


'Pendinding'ku yang telah tamat tempoh..



Perkara yang jarang buat..
Setahun hanya sekali.. eh!Dah macam lagu raya pulak..
Sesuatu perlu dibuat..
Takkan nak berada atas jalanraya tanpa 'pendinding' pulak kan..
Silap haribulan abam kuda putih suruh berhenti tepi jalan minta 'autograf'..
Maka.. kuserahkan kepada pihak berkenaan agar 'pendinding'ku kembali aktif..



StatusHati: I know that this is my fault.. I should've been more careful..


Wednesday, October 28, 2015

Penangan Pisang Kembar



Dulu..
Masa tinggal dengan arwah atok dan wan dekat kampung..
Kalau jumpa pisang kembar mesti aku tak dapat nak merasa..
'Tak baik.. tak elok budak-budak makan pisang kembar..'
Bila aku tanya..
Jawapan yang aku dapat cuma kata 'tak elok.. tak baik..'
Memandangkan aku ni cucu yang tak pandai menjawab..
Apa yang orang tua cakap, itulah yang terhadam dalam otak..


Sekarang..
Bila dah besar.. terfikir balik..
Tang mananya 'tak elok.. tak baik.. tak boleh makan..' buah pisang tu..
Memang sampai ke sudah aku tak tahu jawapannya..

Aku rasalah kan..
Dulu aku dimomokkan dengan kata-kata macam tu sebab kalau aku yang dapat makan mesti arwah wan tak dapat rasa.. Yelah.. buah ni jarang-jarang jumpa.. kira rare lah kalau dapat.. Tak nak bagi kempunan, dimomokkan aku macam tu..


Buah pisang yang aku beli baru-baru ni..


Akhirnya..
Buah tu aku share dengan hubby..
'Untung-untung dapat anak kembar..'
'Nak sangat ke..?'
eerrkk.. rasa tercekik jap aku..



StatusHati: Dulu nampak janggal dan dangkal sebab jarang jumpa..


Tuesday, October 27, 2015

Masakan isteri adalah pengikat kasih sayang suami!


Suami jangan jadikan masakan isteri tidak sedap sebagai alasan untuk makan di luar. Sedap atau tidak itulah yang kita makan hingga mati nanti!

Satu petua..
Untuk mengajar isteri supaya pandai memasak..
Kalau yang dimasak tidak sedap.. tegurlah dengan ikhlas..
Kalau yang tidak sedap pun kata sedap.. sampai bila-bila pun dia tidak pandai masak..

Selalu ingat:
Masakan isteri adalah pengikat kasih sayang suami!
#BukuMotivasi


Bila aku masak.. anak-anak pasti akan ucapkan terima kasih..
Rasa hilang sekejap penat bila terima ucapan tersebut.
Hubby.. biasalah ego seorang lelaki.. payah nak dengar 'terima kasih' tu..
Lagipun, jarang hubby makan dekat rumah memandangkan tuntutan kerja..
Tapi bila hubby cuti, aku memang tak masak.. hubby yang siapkan makanan..
Time ni lah gedik manja tu datang.. memacam aku dan anak-anak nak.. kehkehkeh..


Apa-apapun.. kita semua tidak sempurna..
Tak perlu nak kutuk perli kalau isteri masak tak sedap..
Bersyukur kerana masih ada yang sudi nak masak dekat rumah tu..
Jangan pentingkan diri sendiri..
Apa yang penting.. kerjasama dan toleransi..



StatusHati: Masing-masing ada cara tersendiri macam mana nak pikat selera isteri dan goda suami kan.. ;)


Resepi dalam rumahtangga


Dalam resepi rumahtangga ada lima perkataan mudah..

  • MAAF..
  • Jika tak jalan jugak, AWAK  BETUL..
  • Jika tak lut jugak, SAYA SALAH..

 Mudah kan..?

Lima perkataan itu walaupun mudah tapi bapak azab bila nak melafazkannya.
#EgoSeorangManusia
-Novel-


StatusHati: Masih kurang rasaku mencintai hatimu..


Monday, October 26, 2015

Peperiksaan Akhir Tahun 2015


Hujan..
Sejuk je rasa malam ni..
Siang tadi.. network problem..
Terkesan di hati bila tiada catatan di sini..

Sepanjang minggu ni anak-anak akan berhadapan dengan peperiksan akhir tahun untuk kedua-dua sesi..
Pagi dan petang pulak periksanya..
Disebabkan minggu lepas hampir seminggu sekolah ditutup gara-gara jerebu yang teruk..
Kesian pada anak-anak..

Hanya doa mengiring langkah anak-anak..
Moga kejayaan dihampiri..
Moga tidak tersilap langkah..

Aku..?
Seharian fizikal dan mental terdera..
Letih lelah berhadapan dengan rutin harian..
Bertahan..
Kutakut sungguh takut.. takut kehilanganmu..
Hilang dari cintaku..


StatusHati: Jangan pernah kau pergi.. pergi meninggalkanku..


Sunday, October 25, 2015

Senang-senang nak bodohkan orang..


Kedengaran di telinga..

'Bodoh..'
'Kaulah bodoh..'
'Kaulah..'

Wah.. sedapnya bahasa..
Kalau dah rasa pandai sangat jangan sekolah dah..
Eh!Takde pulak yang nak tegur tu..
Kalau dengan aku memang kena jerit dah..

Ini.. sepender pun mak belikan..
Makan minum pun orang tua tanggung..!
Senang-senang nak bodohkan orang..

Sebab tu kalau anak-anak aku main dekat luar..
Aku standby je dari dalam rumah..
Bila kedengaran suara berbunga pergaduhan..
Selamba kujeritkan anak-anak suruh masuk dalam rumah..
Telinga aku ni payah nak hadam.. cepat je darah naik ke kepala..
Nak pulak kalau perkataan tak elok kedengaran..



StatusHati: Susah hati bila anak mula membesar ni..


Saturday, October 24, 2015

Nih bukan kabus.. nih jerebu..!!


Bila kuselak langsir..
Jatuh bahuku ke bawah melihatkan suasana pagi..
Nih bukan kabus.. nih jerebu..!!
Merudum terus nafsu aku nak berjogging..
Makin longlailah stamina aku jawabnya..
Kecewa..!

Cemburu dengar bunyi kicauan burung kat luar tu..
Gatal je kaki ni nak melangkah ke luar..
Sabarlah wahai hati..
Jangan nak tambah penyakit yang ada..


StatusHati: Need more energy..


Friday, October 23, 2015

Platelet darahku hampir membeku..


Kenangan yang pahit itu jugalah yang ingin diingati..
Letih memujuk diri dengan kenangan yang indah dan manis.. tapi masih gagal..
Cuba untuk tidak menoleh ke belakang..
Walau sesekali terpandang juga 'side and rear mirror' itu..

Salahkah kalau aku terus bermimpi?
Aku tak takut untuk bermimpi kerana mimpi itu akan membawa kepada realiti..
Sekurang-kurangnya aku tahu harapan itu masih ada..
Dari mimpi menjadi angan-angan..
Dari angan-angan lahirnya harapan yang akhirnya menjadi kenyataan..
Aku tidak mampu menulis takdir hidup sendiri..
Hanya DIA berkuasa untuk menentukan..

Kini..
Aku kembali ke permulaan destinasi..
Bukan sebab dah berputus asa tapi untuk mencari jalan penyelesaian..



StatusHati: Platelet darahku hampir membeku..





Thursday, October 22, 2015

Mengimbau kenakalan zaman sekolah


Bila mengimbau kenakalan zaman sekolah, buat aku senyum malu sendirian..
Kenangan aku dulu.. setakat nakal buat drama sikit jelah..
Takdelah sampai tahap sampai dapat surat amaran.. kena gantung sekolah jauh sekali..

Antara kenangan paling epic aku rasa..
Kena denda lari keliling padang sekolah.. tak cukup lari.. tambah pulak berjalan itik..
Dahlah aku pegang title pengawas sekolah masa tu..
'Awak sebagai seorang pengawas sepatutnya tunjukkan contoh dan sikap yang baik, ini tak awak sekali join dorang..' cikgu disiplin menegur aku..
eerr.. kena denda sebab bergayut di palang tiang gol kalau tak silap..
Aku malu sebab 'habislah.. mesti dia nampak aku kena denda..' itu yang terlintas dalam fikiran.


Setakat kena rotan, berdiri atas kerusi, kena cubit, kena marah.. itu normallah..
Tapi senakal-nakal aku, takdelah sampai simpan dendam pada cikgu-cikgu berkenaan..

Mengadu dekat mak..?
Memang taklah.. silap-silap kena bantai lagi ye ada..
Sebab mak garang.. cukup lengkaplah pakej kegarangan mak..
Apa yang berlaku dekat sekolah, aku memang takkan mengadu dekat mak dan ayah.. kecuali perkara yang baik-baik je..
Perkara yang tak baik tersimpan kukuh dalam hati..
Kes takut kena marah dan kena bantai dengan mak.. kehkehkeh..

Tu memori zaman sekolah rendah..
Masuk sekolah menengah..
Ada jugak cikgu tanya berminat tak untuk jadi pengawas..
Kali ni.. No! Memang akan kuelakkan..
Aku cuma nak rileks santai, bagi peluang kepada yang lebih layak..
Darjah kenakalan aku pun turut berkurang.. sikit jelah..

Bila teringatkan kenangan ni, terlintas jugak di fikiran..
Di manalah si dia sekarang agaknya..?
Masihkah dia ingat pada diriku..?
Kata sayang..? kan.. kan.. kan..



StatusHati: Kalaulah boleh diulang semula detik itu.. kalaulah..



Wednesday, October 21, 2015

Bergegar platelet darahku




Before you judge.. listen..
Before you listen.. see..
That's why we have eyes and two ears..
because there are always two sides of every story..


You have to trust him..
Without trust you won't be having a stable and happy relationship..
-novel-


Don't talk.. just act..
Don't say.. just show..
Don't promise.. just prove..!




StatusHati: Bergegar platelet darahku bila teringatkanmu..



Tuesday, October 20, 2015

Marah Musuh Utama Akal





Marah Musuh Utama Akal


Depan rezeki jangan marah-marah.. lebih-lebih lagi depan air..
Sebab air itu menyerap kata-kata bagi tape recorder.
Macam orang baca surah Yassin depan air jernih.

Air itu penawar..
Lebih kurang samalah dengan air yang kita nak minum.
Apa yang kita cakap, terakam dalam air.. yang negatif dan positif semua kita teguk.

Malanglah kalau kita banyak marah, mengutuk orang depan rezeki..
Itulah yang kita teguk dan makan yang negatif..
Maka aura negatif je lah yang berlegar dalam badan kita.
Mulalah badan tak sihat, akal tak stabil dan perasaan serabut.
#Novel The Unsung Hero..


Tapi kalau dah marah sangat.. teori ke mana, praktikal ke mana..
Budak-budak perangai selalu mencabar kesabaran..
Kriteria nak dapat anugerah ibu mithali terus gugur..



StatusHati: Bila salah berkomunikasi, ia akan menimbulkan konflik..



Umang-umang BBQ Steamboat




Last time makan di SINI..

Rezeki anak-anak dan juga aku..
Makan malam tadi telah disponsor..
Pilihan BBQ Steamboat menjadi pilihan anak-anak..
Dak Kakak teruja..
Dak Adik tak sabar..
Dak Nuha merengek..

Dah lama tak makan di Umang-umang BBQ Steamboat ni sebenarnya..
Walau menu tak semewah mana tapi dapat rileks tenang santai..
Dak Kakak tetap mencari nasi..
Dak Adik suka nau kambing..
Dak Nuha tak nak makan selain dari ice cream..

Pesananku pada anak-anak..
Ambil makanan jangan ikut nafsu.. tapi ambil makanan ikut tekak..



Dak Adik tak pandang menu lain selain dari kambing..


'Ibu.. ikut nafsu tu macam mana..?' Dak Adik bertanya..
'Maksudnya.. jangan tamak, ambil macam-macam tapi lepas tu tak nak makan, jangan membazir.'
'Ooo.. kalau macam tu Adik nak makan ikut tekaklah..'
Nak gelak aku dengan jawapan dak Adik..

Alhamdulillah tak membazir.. anak-anak cuma makan ikut tekak memasing..
Aku..?
Macam mana nak kurus kalau mulut tak henti mengunyah..
Alasan klise.. tak nak membazir.. hahaha..

Rasa puas tengok anak-anak enjoy malam tadi..
Terima kasih kepada babah/my chef hubby sponsor kami makan..



StatusHati: Rindunya nak tengok kabus di waktu pagi..



Monday, October 19, 2015

Masih kabur lagi pandangan rupanya


Tiup kiri..
Hembus kanan..
Lap depan..
Sapu belakang..
eerr.. masih kabur lagi pandangan rupanya..


Jerebu masih melanda..
Lagi sekali sekolah di beberapa buah negeri terpaksa ditutup..
Berlaku ketika pelajar menghadapi peperiksaan utama..
Dari Peperiksaan UPSR membawa ke PT3..
Minggu ni bermula pulak peperiksaan akhir tahun..
Akan datang.. SPM dan STPM..?

Nauzubillahi minzalik..
“Kami berlindung dengan Allah daripada perkara (perkara buruk) tersebut (daripada menimpa kami).”

Tak banyak sikit pasti emosi terjejas..
Bertabahlah buat semua anak-anak..

Aktiviti luaran terpaksa dihadkan malah dipantau demi kesihatan..
Ni kalau berterusan, nampak gayanya makin menggebulah kemalasan nak jogging..
Rutin yang kupandang sepi kebelakangan ini..



StatusHati: Pahit untuk ditelan tapi itulah hakikatnya..



Sunday, October 18, 2015

Aku sukakan ruang masa ini


Dalam kesunyian terasa ketenangannya..
Awal pagi ketika semua diuliti mimpi..
Aku masih di sini..
Bersandar ditepi pintu memerhati persekitaran..

Terasa satu kepuasan..
Aku sukakan ruang masa ini..
Jauh dari hiruk-pikuk yang menyesakkan jiwa..
Sempat berangan dalam jaga..
Dah macam pungguk rindukan bulan..

Rasa tenang..
Rasa damai..
Satu kepuasan..
Sebelum makin tersirat, aku noktahkan di sini..
Lain kali boleh berseloka lagi..


StatusHati: Ini bukan penamat atas apa yang terjadi..



Saturday, October 17, 2015

Lurusnya hatimu.. putih suci bersih..


Setiap malam..
Memang kebiasaannya dak Nuha akan menemaniku menyiapkan rutin harian..
Tapi malam tadi..
Comel pulak aku tengok dia tersengguk-sengguk menahan mengantuk..
Comel pulak aku tengok dia menguap keletihan..

'Pergilah tidur Nuha..'
'Nak teman ibu..' jawab dak Nuha sambil menguap..
'Dah lewat ni.. pergi masuk tidur dulu..'
'Babah suruh temankan ibu..'
Alahai Nuha.. Nuha.. lurusnya hatimu.. putih suci bersih..



StatusHati: Berehat bersantai bersama anak-anak..







Friday, October 16, 2015

Memori itu menggamit kukembali


Terkebil-kebil di depan komputer..
Apa yang nak ditaip aku pun tak tahu..
Tengok dalam draft berlambak terperam..
Tapi.. tak terdaya nak perah idea..
Namun memori itu seakan menggamit aku menaip sesuatu di sini..


Jika kamu tak bisa menjadi pensil untuk menulis kebahagiaan orang lain..
Jadilah pemadam untuk menghapus kesedihan orang lain..
Tapi sayang..
Pensil yang ada belum cukup tajam diasah..
Pemadam yang ada entah di mana..

Andai kau kecewa.. aku lagi kecewa..
Andai kau sedih.. aku lagi sedih..
Andai kau bersalah.. itu sepatutnya yang kau rasa..
Kadang-kadang berdiam diri bukan jalan terbaik dalam membuat keputusan..
Padat.. sendat.. dalam fikiran..
Inilah yang aku tak suka bila digamit memori itu..
Kesan masih terasa..




StatusHati: Setenang-tenang hati bila disentuh terusik jua..



Thursday, October 15, 2015

Tokoh Murid Sambutan Hari Kanak-kanak Peringkat Sekolah Tahun 2015


Khamis.. 08 Oktober 2015..

Perbualan dengan dak Kakak ketika balik sekolah..
'Ibu.. kakak dapat hadiah hari ni..'
'Kakak masuk apa dapat hadiah..?'
Pelik jugak sebab dak Kakak takde cerita apa-apa pun..

'Taklah ibu.. teacher kakak calonkan kakak untuk Tokok Murid..'
'Wah.. ye ke..? Tahniah kakak.. kakak sorang je ke yang dapat..?'
'Taklah.. tiap-tiap kelas ada sorang je yang dapat..'
Nampak keterujaan dia bercerita..
Aku takde lain.. 'sijilnya mana..'
'Ada dekat rumah pengasuhlah ibu.. dapat sekali hamper.. nanti Kakak bagi ibu..'

Sampai dekat rumah.. dak Nuha berebutkan hamper tu..
eemm.. biasalah.. 'Nuha punya ek ibu..' 'Nuha punya mana..'
Takde lain dah.. itu jelah soalan dia..
Kalau bukan dia punya, mesti dia suruh kita beli.. huhuhu..
Nasib baiklah dak Kakak tak bad mood.. kalau tak riuh-rendah rumah..


Sijil telah disimpan di dalam folder khas dak Kakak..



Alhamdulillah..
Rezeki dak Kakak..
Dapat sijil penghargaan daripada pihak sekolah..
Setinggi-tinggi tahniah buat dak Kakak kerana dinobatkan 'TOKOH MURID'..
Sempena Sambutan Hari Kanak-kanak Peringkat Sekolah Tahun 2015..




StatusHati: Masih kurangkah aku menyayangi hatimu..


Allah itu adil.. cantik aturanNYA..


13 Oktober 2015..

Dari 1640 hingga 1940..
Perjalanan yang sepatutnya memakan masa hanya sejam..
Telah menjadi 3 jam..

Pemandangan Federal Highway dari atas susur Subang Jaya


1 jam hanya di susur Subang Jaya ni sahaja..


Lebuhraya Persekutuan sesak kedua-dua arah..
Susur Subang Jaya sesak kedua-dua arah..
Lebuhraya NKVE menghala ke Shah Alam turut sesak..
Bukan sedikit kesesakan yang aku hadapi..

Dalam keletihan.. aku cuba bertahan..
Dalam kepenatan.. aku cuba mengawal emosi..
Namun.. tetap tergelincir..
Hanya sikap segelintir pemandu yang membuat onar..
Hilang jugak sabar di hati bila bertemu pemandu sebegini..

Dak Kakak, dak Adik dan dak Nuha letih menunggu aku..
Maafkan ibu..
Bukan sengaja ibu nak balik lewat..
Tanpa sempat berehat.. perut anak-anak kudahulukan..
Sempat bersilat di dapur menyiapkan makanan..
Lewat dorang makan malam..
Menambah sedih bila dak Nuha tak sempat nak jamah makanan yang ada..
Tertidur kepenatan di sofa..

Tapi..
Allah itu adil..
Cantik aturanNYA..
Dalam penat terkejar-kejar..
Dak Nuha lena hingga ke pagi tanpa merengek meragam..
Sikitpun tak terganggu rutinku ketika itu..
Ketika keletihan dan emosi sedikit tercalar..
Dapat berehat dengan izinNYA..
Alhamdulillah..


14 Oktober 2015..
Berehat bersama anak-anak di rumah..
Bersantai sambil membaca novel..
Part ni yang aku lomah..
Sanggup berjaga sampai lewat malam..
Tapi.. yang peliknya tak jugak habis membacanya..
Kalau dulu.. 2 hingga 3 jam selesai..
Sekarang.. eemm.. faktor usia..? Rutin harian..?



StatusHati: Degilnya hati ini kerana masih mengingati..



Wednesday, October 14, 2015

1 Muharram 1437H


Hari berganti hari.. seiring dengan bergantinya siang dan malam..
Seakan tidak terasa.. waktu berjalan dengan cepat..
Mungkin calendar Hijrah tidak meninggalkan kesan kepada kita..
sebab kita dah terbiasa dengan penggunaan calendar Masihi..
Begitu sinonim tarikh di dalam calendar Masihi dalam kehidupan seharian kita..
Namun sebagai seorang muslim, kita perlu menghayati sejenak keutamaan bulan Muharram ini..


Bersyukur dengan usia yang diberikanNYA..
Kita jarang mensyukuri nikmat ini..
DIA memberikan kesempatan kepada kita untuk memperbaiki diri, bertaubat dan menambah amal soleh sebagai bekal mengadapNYA..
Kita tidak layak diberi kesihatan, rezeki yang luas dan kesempatan untuk beramal soleh.. andainya kita tidak bersyukur kepadaNYA dengan mengabaikan segala perintahNYA dan sering pula melanggar laranganNYA..


Muhasabah dan beristighfar..
Apakah yang sudah dilakukan sebagai bentuk amal soleh..?
Ini kerana apa yang telah berlaku tidak akan kembali lagi..
Bagaimana dengan malam-malam yang kita lewati.. apa yang telah kita hiasi..?
Soalan sebegini selayaknya menemani hati kita, lebih-lebih lagi ianya sebagai peringatan atas apa yang telah kita lakukan.. dan apa yang akan kita lakukan..
Setiap kali kita mengucapkan astagfirullahal 'adzim..
bererti kita meminta ampun kepadaNYA..
Minta dimaafkan kesalahan kita..
Minta ditutupi aib-aib kita..
kerana DIA sangat menyukai hambaNYA yang sentiasa beristighfar..
Agar Allah memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita dan menjadikan akhlak kita mulia..
 
Moga kita semua berada di bawah lindungan dan rahmatNYA..
Moga kita peroleh kesihatan yang baik dalam menjalani rutin harian..



StatusHati: Bantuan Allah ni tak cepat tak lambat.. tapi akan datang pada masa yang tepat..


Tuesday, October 13, 2015

Kenangan panjat pokok betik..



Rindunya nak balik kampung..
Rindunya nak panjat pokok rambutan..
Rindunya nak panjat pokok jambu..
Rindunya nak panjat pokok langsat..
Rindunya nak jolok buah manggis..
Rindunya nak terjun sungai..

Paling rare.. rindunya nak panjat pokok betik sampai ke hujungnya..
Sampai patah pokok betik tu sebab tak mampu nak tampung berat aku..
Walaupun pokok betik tu kecik tapi tinggi..
Sakit..?
Takde pulak rasa sakit sebab waktu pokok betik tu patah dari pangkalnya..
Aku jatuh elok je sambil peluk batang pokok tu..
Sebenarnya.. aku takut kena marah..
Waktu tu.. bapa saudaraku bercekak pinggang tengok kenakalan aku..
Kahkahkah.. memang ohsemlah kenangan tu..

Tapi aku tahu..
Semua itu hanya tinggal kenangan..
Tapi kalau ada.. takkan kulepaskan peluang..
Selfie sekali kat atas pokok sebab dulu takde camera..

Oh!Rindu kat kampung..
Rindu pada arwah wan dan atok.. Al-Fatihah..
Rindu semuanya..
dan.. Rindu juga dekat awak..

 
StatusHati: Perpisahan itu menyakitkan tapi kenangan itu tetap kekal selamanya..


Monday, October 12, 2015

#HariSukanNegara - Futsal


Sabtu.. 10.10.2015
Bertempat di Sportscity Futsal PJ..
Telah berlangsung pertandingan Futsal antara kumpulan peringkat Jabatan aku..

Kali ni dalam sejarah..
Situasi paling teruk waktu terlibat dalam pertandingan..
Stamina takde..
Perut kosong..
Tak sihat..
Pakej lengkap main futsal..
Tinggal tak muntah kat tengah padang je kelmarin..
Tapi team punya pasal kugagahkan juga diri melangkah..

Last game.. merasalah terbaring tengah padang..
Kaki kejang..
Ini sebab takde warm up dari awal.. terus main.. mendapatlah kan..
Badan pun debuk debik kena bola..



Bukti bergambar..
Nasib photographer memang macam ni.. selalu takde dalam gambar..


Tapi.. lepas tu..
 'Tak bawa camera ke hari ni..? Tak ambil gambar..?'
Dato CEO bertanyakan soalan kepadaku..
Beliau sampai waktu kami dah main game kedua..


Last game.. aku sekadar bertahan..

Kumpulan Tualang.. The Blue Team..
Pasukan Lelaki tempat kedua dan pasukan wanita tempat ketiga..




Tahniah buat The Blue Team..
Terima kasih buat semua pemain yang menyumbang tenaga dan masa.
Sangat terharu kerana tanpa sebarang persediaan tuan/puan mampu memberikan kerjasama..
Juga terima kasih kepada yang sponsor baju, makanan dan minuman..
Tabik spring pada semua..

Terima kasih juga kepada pengasuh sebab jaga anak-anak sementara mak budak ni main futsal..




StatusHati: Futsal mengingatkan diriku padamu..



Bawalah berehat


Alhamdulillah..
Hari Sukan Negara peringkat Jabatan aku berjalan seperti yang dirancang..
La ni.. saat entry ni dipublish.. aku masih dalam keadaan tak larat..
Tak cukup rehat sebenarnya.. malah tak cukup tidur..
Dua hari ni cara aku berjalan dah macam robot baru nak bertatih berjalan..

Walau sakit.. walau penat..
Tapi pueh hati..
Sebab dapat bermain game yang aku suka..
Kisah disebaliknya akan aku ceritakan kemudian..



Jumaat lepas..
Nak interprem jugak..


Ini yang aku dapat hari Jumaat lepas..
Gambar.. takde yang menarik nak aku share..
Alasan klise: Sibuk dengan kerja hakiki..




StatusHati: Bawalah berehat.. Hidup kita bukannya menongkat dunia sampaikan semua beban kita nak usung..




Friday, October 9, 2015

Rindu nak balik kampung lagi..


Belek-belek entry lama teringat pulak stok draft yang berlambak masih tersimpan..
Ntah bila nak clear, aku pun tak tahu..

Ni kenangan sepanjang perjalanan balik kampung berhari raya yang lepas..
Bukan Aidiladha tapi Aidilfitri..
Nampak tak.. tu baru draft yang tak sampai 3 bulan aku simpan..
Belum lagi draft yang dah berkurun zaman tu..



Kalau setiap kali pulang berhari raya..
Lebuhraya lengang macam ni.. eemm.. pueh hati..


Takde lain dah.. ke arah Selatan jelah tujuannya..

 
Inilai Pekan Tampin, Negeri Sembilan..
Lain kali aku nak bawak anak-anak menjelajah kawasan sekitarnya..
Tempat kenangan masa zaman aku kecik dulu..


Berhampiran lampu isyarat Pekan Gemencheh, Negeri Sembilan..
'Kerusi buaian'


Hampir 3 tahun berturut-turut kami singgah beraya di Nyalas, Melaka..

Pekan Tangkak.. sesak sentiasa.. (waktu aku lalulah)..

Sementara nak kena hadap jalan sesak.. macam biasalah..
Ada je gambar kenangan..

Ni.. eerr.. aku rasa macam nak ke Sungai Mati, Muar..


Pemandangan kiri dan kanan..
Selain dari kemeriahan beraya, buah-buahan juga turut berbuah lebat..
Masa tu lah.. 


Pokok kedondong.. walau tiada daunnya tapi masih berbuah lebat..


Hanya tinggal pintu.. tiada lagi pagar di kelilingnya..



Salah satu replika tepak sirih di Lebuhraya AMJ..
Sambil memandu sambil snap gambar, ginilah jadinya..


Tak puas hati ambil gambar dari dalam kereta..


Mulalah mata ni dok jeling calendar dekat dinding..
Mulalah nak merangka strategy nak bodek chef hubby..
Tinggal sebulan setengah sebelum cuti persekolahan hujung tahun bermula..
Nak balik kampung..
Tapi.. apa-apapun..
Kena utamakan anak-anak yang bakal menduduki peperiksaan akhir tahun tak lama lagi..
Moga rutin harian juga berjalan dengan baik hendakNYA..




StatusHati: Bila rindu menguasai..



Hari Sukan Negara 10.10.2015




Fenomena Hari Sukan Negara 10.10.2015


Hari ni..
Perasmian Hari Sukan Negara Peringkat Jabatan dan Aero Dance..


Esok..
Futsal time..
Berdebar-debar..
Sebab dah lama tak aktif..
Kasut pun dah berdebu..

Will update soon..



StatusHati: Awak.. eemm..


Thursday, October 8, 2015

Ingatan dari atok Muar





Sesungguhnya..
Pengalaman mematangkan kita..
Kesusahan menyedarkan kita..
Dugaan membangkitkan kita dari tidur..
Adakala kita terpaksa lepaskan salah satu untuk kebaikan salah satu yang lain..

Kesedaran perlu ada dalam diri..
Jangan menagih.. meminta-minta lagi..

Namun..
Dah kalau katanya JANJI..
Ia bukan untuk dimungkiri..
Ia bukan untuk dikhianati..
Tapi..
Belajarlah untuk menepati..
Jangan hanya sekadar manis ditepian bibir..



StatusHati: Jangan musnahkan kepercayaan yang diberi..



Wednesday, October 7, 2015

Kisah disebalik Susu Dutch Lady HONEY 2 - 4 Tahun


Isnin.. 05 Oktober 2015

Nak dijadikan cerita..
Balik kerja..
Singgahlah kedai dekat area rumah nak beli susu dak Nuha..
Yakin dah betul.. sebab dak Nuha biasa minum yang perisa MADU..
Tapi pelik juga sebab biasanya kedai tu mesti kehabisan susu untuk peringkat umur dak Nuha..
Ntah kenapa aku pun takdelah nak belek beria macam selalu..
Janji stok susu dak Nuha dapat di topup..

Bila sampai rumah..
Macam biasalah.. rutin harian.. bla.. bla.. bla..

'Ibu.. ibu beli susu Nuha..' sambil dia membelek susu yang baru kubeli..
'Bukanlah.. tu bukan susu Nuha..' Sengaja aku sakat dia..
Apalagi.. menangis gediklah dia..
Ingat sekejap.. tapi betul-betul menangis sambil kata.. 'Ni bukan susu Nuha..'
Berkali-kali dia belek kata itu bukan susu dia..
'Alahai.. kenapa ni Nuha.. baru kena sakat sikit.. menangis beria ni dah kenapa..'



Rupa-rupanya ini kisahnya..

Perbualan dalam group family MIL..


Sekali aku tersalah beli susu untuk peringkat umur daa..
Sepatutnya aku beli Dutch Lady 2 - 4 tahun.. tapi aku beli untuk 1 - 2 tahun..
Mana tak menangis dak Nuha.
Maafkan ibu ye.. huhuhu..

Nak pergi kedai tukar balik.. aduh.. malasnya..
Nasib baiklah dak Nuha jenis makan pujuk..
Selamat sikit halwa telinga ni dari terus mendengar tangisan dia..

Malam tu nak tidur..
Kubuatkan susu tu..
Tak banyak kerenah.. dia minum je..
'Takpelah Nuha.. dapat khasiat lebih sikit dari biasa..'
Lega..
Settle satu masalah..
Pengajaran.. lain kali belek, check betul-betul agar tak tersalah beli..



StatusHati: Apa yang ada dalam fikiranmu..



Monday, October 5, 2015

Bahan Eksperimen Jerebu


Hari ni dan esok semua sekolah di Negeri-negeri Semenanjung Malaysia kecuali Kelantan, Wilayah Persekutuan Labuan, Sabah dan Sarawak perlu ditutup kerana bacaan IPU berada pada tahap Tidak Sihat.

Berkebetulan pengasuh pulak balik kampung minggu lepas..
Jadi.. minta tambahan cuti dari menjaga anak-anak..
Hari ni.. nenek saudara aku tolong jagakan..
Esok.. aku kenalah cuti..
Segan weh.. nak mintak tolong selalu..
Dahlah hari Jumaat lepas nenek tolong jagakan dorang..
Terima kasih banyak-banyak nek sebab sanggup tolong jagakan dorang..

 
eemm..
Berkenaan Jerebu..
Negara Indonesia sepatutnya buat hebahan sebaran pada rakyatnya kesan akibat dari pembakaran terbuka tu terhadap negara sendiri dan juga negara jiran.
Bagi rakyat depa celik mata, celik hati, celik IT sikit..

Negara jiran sepatutnya boleh ambil tindakan tegas terhadap Indonesia kerana mencetuskan keadaan berjerebu yang teruk.

Bukan sekali dua masalah jerebu ni melanda negara..
Dah macam acara tahunan pulak.. 
 
Inilah jadinya.. bila berlembut tak cuba nak bertegas..
Kalau nak baik pun, biarlah bertempat..
Janganlah sebab nak jaga sangat hubungan antara negara, rakyat pulak dijadikan 'bahan eksperimen jerebu..'


Semua orang beremosi..
Semua orang terasa hati..
Tapi selama ni takde tindakan yang diambil..
Apa pilihan yang kita ada..?
Sampai bila keadaan ini akan berlarutan..?
Tahun 2015 ni.. masalah jerebu paling teruk..
Tiap kali bangun dari tidur.. selak langsir.. hampa rasanya..
Keadaan masih sama.. masih sama.. masih sama..
Entah sampai bila..


StatusHati: Selamatkanlah bumi kita dari keganasan tangan yang rakus mengejar kemewahan tanpa mengambilkira kesan negatif terhadap semua..



Sunday, October 4, 2015

Berehat bersama Tom and Jerry..


Hujung minggu hanya bersama anak-anak..
Berehat di rumah..

Dak Kakak..
Sekejap tengok tv.. ada je rancangan yang nak dirakamnya..
Takpe.. biarkan.. nanti aku delete balik..
Sekejap kata lapar..
Tapi kat rumah, anak-anak ni tak berani nak makan diluar waktu makan..
Kalau tak.. mahu setiap jam dorang hadap peti sejuk..


Dak Adik..
Bila sunyi.. disakatnya dak Nuha..
Terpekik menangis dikerjakan..
Kalah Tom and Jerry gurauannya..


Dak Nuha..
Pun boleh tahan sama naiknya..
Sengaja cari pasal dengan dak Adik..
Mana dak Adik tak geram..


Rumah..?
Dah macam taman permainan..
Sana-sini ada je mainan disusun ditindih dak Nuha..
Pehtu dak Kakak jadi mangsa mengemas..
Mana tak mengamuk dak Kakak..

Aku..?
Tengok kan je..
Cukup masa.. takde sudden death..
Dengan kuasa seorang ibu..
Semua masuk bilik masing-masing tidur..

Petang..
Merengek nak main dekat luar..
Bukan tak nak bagi.. keadaan dekat luar bukannya elok..
Jerebu kemain teruk..
Seriau aku tengok anak-anak jiran selamba main dekat luar.. dari pagi sampai ke malam..
Dorang ni guna insang nak bernafas ke hape..?

Malam..
Dak Kakak dengan dak Adik memang tidur awal..
Waktu anak-anak jiran masih leka bermain dekat luar..
Dorang lena dah..

Dipendekkan cerita..
Aku sendiri bosan..



StatusHati: Pernah ada rasa cinta.. kini tinggal kenangan..




Saturday, October 3, 2015

Bila tak mampu melawan ketagihan


Sejak dah berumah takde tangga ni..
Penyakit membeli novel semakin berkurangan..
Hanya novel Ramlee Awang Murshid jadi koleksi aku..

Kebelakangan ni aku hanya meminjam dari salah seorang BFF aku di office..
Bukan sebarang pinjam tau..
Novel yang baru dibeli masih berbungkus plastik aku pinjam..
Mengalahkan tuan punya novel aku punya perangai..
Tapi pakej pemulangan selepas baca siap berbalut kemas novel-novel beliau..
Dia pulak yang segan nak bagi aku pinjam..
Adakala bukan aku baca pun..
Dah balut kemudian pulangkan.. tu yang dia maleh nak bagi aku pinjam..
Tapi biasanya aku dapat je pinjam sebab aku paksa.. wakakaka..

Aku suka tengok novel-novel tu cantik kemas berbalut..
Sebab pernah aku pinjam novel tu dah buruk.. pulak tu tak berbalut..
Sejak dari tu segala novel yang aku pinjam jadi mangsa balut..
Sampaikan dia dah tahu novel mana yang aku dah baca atau belum.. kehkehkeh..

Semalam tiga buah novel aku bawa balik..
Baru habis baca sebuah..
Inilah punca utama aku maleh nak online..
Baik di FB.. Blog mahupun chat..

Nak jogging..?
Lagilah takde mood..
Alasan klise: Jerebu..
Walhal minggu depan aku ada game..
Stamina pun takde.. homaii..



StatusHati: Waktu bersamamu banyak benar kenangan tercipta..



Friday, October 2, 2015

Musim cuti sekolah dah pun berlalu..


Dah seminggu anak-anak kembali ke sekolah..
Dah seminggu rutin aku terpusing secara automatik..
Dah seminggu jugak takde perubahan pada persekitaran..
Masih berjerebu.. menyesakkan jiwa.. merimaskan pemandangan..
Tapi.. apa lagi nak di kata..


kisah sepanjang cuti sekolah minggu lepas..
Dak Kakak dan dak Adik bersama sepupu-sepapat dorang di kampung..

 

Dak Nuha pulak..?



Bersama pengasuh..
Dibawanya Dak Nuha berjalan-jalan..

Berkelah di Pantai Remis, Jeram..
Seharian dia di sana..
 

Rutin aku tak banyak berubah sepanjang minggu lepas..
Rumah jelah sunyi sebab geng 'Tom and Jerry' balik kampung..
Kalau tak.. riuh-rendah suara dorang..
Belum campur lagi kekuatan suara aku.. bila memasing tak nak dengar kata..
Ni.. dorang dah balik..
Macam biasalah.. dak Nuha jadi mangsa buli dak Adik..
Aku biarkan je..
Kalau dah mula melarat.. semua ku kurung dalam bilik masing-masing..
Bila kuintai.. eemm.. patutlah senyap.. tidur rupanya.. kehkehkeh..



StatusHati: Pertemuan yang berakhir dengan perpisahan sangat menyakitkan..


Awak.. janjimu kupegang sepanjang hayat..!!


Nak kata aku tabah.. aku tak kuat mana..
Nak kata aku kuat.. hampir jua semangatku tiada..
Nak kata aku sabar.. terlepas jua kata-kata..
Nak kuluah.. aku tak kuat..
Nak kutelan.. aku tak sanggup..
Nak ku kunyah.. pahit menjerat rasa..

Namun.. kini..
Syukur.. Alhamdulillah..
Bila kurenung kembali..
Aku rupanya seorang yang kuat..
Tabah malah punya semangat untuk meneruskan rutin harian..
Bukan membangga diri..
Tapi..
Aku percaya..
'DIA takkan bagi dugaan andai kita tak mampu menghadapinya'

Kembali kepadaNYA..
Itulah yang sebaiknya..
Walau banyak kenangan pahit mengiringi..
DIA takkan meninggalkanku keseorangan.

Terima kasih Ya!Allah..
Pasti ada hikmah disebalik tiap kejadian itu..



StatusHati: Awak.. janjimu kupegang sepanjang hayat..!!

Thursday, October 1, 2015

Kembalinya Oktober ke pangkuanku..


17 Zulhijjah 1436H.. 1 Oktober 2015..

Bertemu lagi selepas setahun kita berpisah..
Kembali dengan kisah yang baru.. rutin yang semakin bertambah..
Kenangan sebulan pada tahun lepas kekal tercatat di sisi tepi blog..


Oktober..
Hadiah pertama yang diterima.. kenaikan 10 sen pada harga minyak:
RON95: RM2.05 sen seliter
RON97: RM2.45 sen seliter termasuk GST
Diesel: RM1.90 sen seliter

Takpe.. bulan depan turun baliklah tu..
Dah biasa dah.. turun naik harga minyak ni..
Perlu bersedia dari segi mental dan fizikal jelah..
Kena terima hakikat walau tak suka..


Tragedi Oktober..
Tak sanggup lagi aku.. mengenang kisah lalu..
Tapi itulah penguat hati agar lebih tabah.. lebih kukuh..
Tanpa semangat yang kuat.. 'sauh yang berlabuh pun pasti teralih..'

Oktober..
Sebulan bersamamu..
Moga yang indah-indah.. yang happy ceria mengiringi langkahku..
Biar yang tak indah.. yang unhappy tak ceria tu kita campak jauh..
Jangan bagi dia singgah ke dalam hati ni..
Tapi kalau dah cuba masih tak boleh.. eemm.. kena cuba jugaklah sampai boleh..



StatusHati: Awal pagi kutermimpikan dirimu.. gara-gara rindu teramat..?




Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...