Followers Remaja Purba

Wednesday, September 30, 2015

Betulkan yang biasa.. biasakan yang betul..


Demi masa depan..
Persediaan perlu dibuat..
Agar tak tercicir.. terkandas..
Berusaha dan terus berusaha..
Dengan izin dariNYA..
Bersyukur dengan limpah kurnia dariNYA..



Bukan senang nak senang..
Bukan susah nak susah..
Tanpa usaha tak ke mana jalan hidup kita..


'Dengan akal yang diberi..
Manusia boleh mencipta sesuatu di dunia..
Nikmat yang DIA bagi untuk memudahkan kehidupan kita..'



StatusHati: Betulkan yang biasa.. biasakan yang betul..



Idea je menjangkaui sempadan..


Hampir 2 minggu..
Tiada talian telefon dan internet di rumah..
Pada awalnya, tiga hari berturut-turut aduan dibuat..
Hanya pada hari ketiga baru pihak berkenaan menghubungi aku..
Itupun sehari sebelum Aidiladha..
eemm.. ntahlah..
Asal musim perayaan je mesti timbul masalah..
'Ada kabel dicurilah tu..' huhuhu..

Berbalik pada masalah talian telefon aku tu..
Pihak kontraktor TM datang ke rumah sehari sebelum Aidiladha..
Lepas belek.. check.. panjat.. naik atas bumbung bagai..
'Wiring telefon akak ni problem.. saya dah cuba dari luar, ok takde masalah..'
'Saya tak boleh buat.. akak kena call TM semula..'
Tapi nasib baik, dia balik hati.. bagi no. telefon mereka yang boleh bantu selesaikan masalah tu..


Nak mintak kontraktor TM datang pun satu lagi masalah..
Orang sibuk nak cuti raya kan..
Nak tak nak.. kena bertabahlah..
Dahlah guna mobile data kejap ada banyak takde dalam rumah..
Slow tahap siput sedut punya hazabedahnya..

Akhirnya.. semalam.. berjaya juga..
Itupun aku kena tunggu off day hubby..
Terima kasih juga pada pihak berkenaan yang datang ke rumah..

Bila dah ok.. masalah lain pulak timbul..
Baru bercadang nak blogwalking malam tadi..
Dak Nuha pulak cuba halang hasratku itu..
Ok.. kita shut down.. layan dia sepuas hati..
Akhirnya.. bukan setakat dia lena.. dengan aku sekali lena sampai ke pagi.. kihkihkih..



Gambar sebelum jerebu teruk di Federal Highway..




Idea je menjangkaui sempadan..
Tapi masih ada kawasan yang 'bersempadan'
Streamyx ada tapi UNIFI elek..
Hanya kawasan tertentu je ada UNIFI..




StatusHati: Awak.. aaaa.. eerr.. eemm.. :(



Tuesday, September 29, 2015

Segmen Blogwalking Ceria Bersama Anizz Annisa


Jalan-jalan..
Pusing-pusing..
Jumpa segmen ni..
Sangat mudah dan simple..
Asalkan nak kena rajinkan diri blogwalking je..
Memandangkan line telefon dan internet rumah dah ok..
Maka.. bolehlah aku bergumbira melayani internet sepuasnya..



Pada yang nak join.. meh klik SINI..

Tarikh tutup penyertaan pada 30 September, pukul 6:00 petang.
Kepada yang tak sempat nak join.. boleh aje sama-sama kita blogwalking..



Untuk segmen kali ni..
Salah satu syarat kena nyatakan nama dan jenis blog..

Nama pemilik blog ini ialah.. aizamia..
Jenis blog pulak lebih kepada personal..
Memula dok sibuk cerita pasal anak..
Sekarang dok sibuk menyelit sama cerita pasal diri sendiri.. kihkihkih..

Apa-apapun salam perkenalan bagi yang baru nak kenal Mak Budak a.k.a Remaja Purba ni..
Meminjam StatusHati pagi tadi..
Berkawan biar seribu.. berkasih untung tau kalau lebih dari satu.. kihkihkih..




StatusHati: Kalau kita beri kebahagian kepada orang lain pasti hati kita turut merasa bahagia..


Pahit untuk ditelan tapi itulah hakikatnya



Kadang-kadang diam itu lebih baik daripada banyak cakap..
Diam itu juga boleh mendatangkan pahala..
Diam itu mampu mengelak daripada bertelagah..
Tapi.. diam bukan bererti menerima..

Ada perkara kita kena percaya..
Ada perkara kita kena curiga..
Tidak semua yang kita sangkakan baik itu baik juga untuk kita..
#Novel

 
StatusHati: Berkawan biar seribu.. berkasih untung tau kalau lebih dari satu..


Monday, September 28, 2015

Kenangan Hari Raya Aidiladha 1436H


Alhamdulillah..
Cantik je perjalanan yang diatur olehNYA..

Rabu..
Dapat kebenaran balik awal dari Dato' KPE..
Terima kasih Dato' atas kebenaran tersebut..
Tak tunggu dah.. cukup waktu terus balik..
Ambil anak-anak terus balik rumah..

Agak rushing sebab orang TM nak datang rumah check line telefon yang bermasalah..
Nampaknya tak juga dapat settle kan..
Nak kena minta kontraktor TM datang buat wiring baru.. eemm..


Khamis..
Pagi.. balik kampung bersama anak-anak tanpa hubby di sisi..
Kali ni balik beraya di rumah MIL..



Sebahagian kenangan di Aidiladha minggu lepas..




Sesi agihan dibuat..
Kemudian disertai dengan sesi memasak dan makan time..



Sementara itu..
Kami di rumah.. sambut hari lahir mereka yang lahir pada bulan September..
Anak buah, adik ipar, FIL dan jugak dak Kakak sendiri..





Dak Nuha turut sama menyibukkan diri sebab dia yang pilih kek tu..


Kemudian..
Perjalanan diteruskan ke rumah nenek a.k.a pengasuh lama anak-anak..
Sekadar melawat nenek sefamily..
Dak Kakak dengan dak Adik tak nak pergi.. kihkihkih..
'Nenek garang..' kata dorang..
Tapi kupaksa semua pergi.. bukan selalu pun kan..

Lewat petang..
Dak Kakak dengan dak Adik kutinggalkan di kampung..
Dak Nuha peneman aku balik rumah..


Itulah kisah seharian mak budak beraya di rumah MIL..
Hari Jumaat pulak.. kisah di SINI..



StatusHati: Resah itu pasti.. Rindu itu tentu sekali..



Saturday, September 26, 2015

Penimbang berat berjenama Canon..



Sehari sebelum Aidiladha..
Try cuba test penimbang berat terbaru..

Tu berat masa zaman Remaja Purba..
Bila dah jadi Mak Budak ni, sentap bila tengok berat mencanak naik..




Lusa..
Anak-anak dah mula kembali ke sekolah selepas seminggu berehat sakan..
Rutin aku..?
Moga aku diberikan semangat yang kuat..

Esok..
Balik kampung.. ambil dak Kakak dengan dak Adik..
Cuti sekolah dah habis ye anak-anak..
Masa untuk kembali ke sekolah.. go back to school..


Buat semua..
Selamat berhujung minggu..
Ruang yang ada gunakanlah sebaiknya bersama keluarga..


 
StatusHati: Awak.. dengarlah bisikan hatiku.. keranaku sayang kamu..



Friday, September 25, 2015

Hampir terbabas di Jumaat Terakhir..



Kisah pagi tadi..
Jumaat terakhir bagi bulan September..

Ketika memandu menghampiri selekoh di susur keluar Subang Jaya..
Aku berhadapan dengan situasi yang tak disangka, mengejutkan dan mendebarkan..
Ketika itu..
eeemm..
Apalagi yang aku boleh buat..
Selain dari redha dan pasrah je andai sesuatu berlaku ke atas diriku..
Kawalan stereng menjadi 'pelik'..
Kereta rasa 'terhuyung-hayang'..
Pandang kiri sebuah kereta depan sikit dari aku..
Pandang belakang.. syukur takde kereta..
Hujan pulak pagi tadi..
Aku takut tayar kereta bermasalah dan mungkin jugak sebab jalan licin..

Kebiasaannya..
Kelajuan hampir sama aku bawa setiap hari di kawasan tersebut..
Tak laju.. tak slow.. normallah kan bila pandu di selekoh..
eemm.. dah lama tak kena macam ni sebenarnya..
Nauzubillahiminzalik..
Tak terjangkau dek akal andai sesuatu yang buruk berlaku pagi tadi..


Terlintas di hati..
Peringatan untuk diri sendiri yang mudah alpa..
Peringatan agar lebih mengingatiNYA..
Syukur.. Ya!Allah..
KAU masih menyayangi aku..



StatusHati: Di sini ku merindukanmu..


Thursday, September 24, 2015

Selamat Hari Raya Aidiladha


Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua..

Pagi Raya..
Selamat tiba di kampung..
Alhamdulillah..


StatusHati: Namamu bermain di ingatan..


Wednesday, September 23, 2015

Kedai makan Anika D'Fresh


Bab makan waktu malam ni yang den lomah ni..
Nak pulak bila chef hubby ajak makan dekat luar..
Dah depan mata, takkan nak tengok je kan..
Dengan separuh rela habis juga aku makan..
Alhamdulillah.. kenyang..
Itulah dia.. bila DIA masih bagi kita nikmat untuk merasa makanan..
Syukur Alhamdulillah..


Sekali lagi kami makan di SINI..

Dia yang semakin demand..
Dia yang semakin pandai memilih..
Dah tak nak share dengan dak Kakak dan dak Adik..



Buat semua yang balik kampung..
Moga selamat perjalanan pergi dan balik..
Moga dipermudahkanNYA..
Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha bersama keluarga..


Aku..?
Masih dengan tugasan hakiki..


StatusHati: Rasa sayang terhadapmu takkan berhenti..



Tuesday, September 22, 2015

Sedapnya.. Hershey's Syrup & Ice cream


Coklat Hershey's tu dah lama sebenar aku beli..
Aku simpan jauh dari pandangan anak-anak..
Sekali dengan pandangan aku pun kelam tak nampak.. kihkihkih..
Tapi baru-baru ni baru terjumpa..
Belek-belek.. nasib baik masih jauh lagi tarikh luputnya..
Aku pun tak ingat aku beli nak buat apa dengan coklat ni sebenarnya..


Sudahnya.. begini caranya..
Ice Cream Vanilla, pisang yang dipotong kecil..
Kita siramkan dengan coklat tu..
Nak tabur dengan chocolate chips, dah Nuha dah habiskan pulak..




Sesekali bolehlah layan..
Kalau selalu..
Juling mata tengok jarum penimbang berat tu tak reti nak tunjuk belas kasihan..



StatusHati: Apakah masih ada sayang di hati..



Apa dekat belakang kereta tu..?


Rutin harian..
Sesuatu yang mustahil kalau tak hadap jalan sesak..
Akan jadi pelik bila jalan lengang..
Waktu cuti sekolah pun masih padat jalan raya dengan kenderaan yang bertali arus..
Normallah kan bila tinggal di tengah hutan batu ni..

Adakala boleh jadi terhibur ketika memandu..
Hilang sekejap rasa stress.. rasa marah..
Tersenyum.. tersengih.. memandu..
Aku rasa kalau orang perasankan aku mesti pelik tertanya-tanya..
'Budak ni betul ke tak senyum sengih sensorang..'

Tapi..
Itulah sebahagian moment yang pasti kita pernah rasai..


Macam dalam gambar ni..
Nampak tak.. nampak tak..
 



Sebenarnya takde kisah nak dikongsikan..
Bila Dak Kakak dengan dak Adik takde.. balik kampung..
Tinggal dak Nuha je peneman di rumah..
Gedik manja terlebih dia..
Sekejap nak peluk.. sekejap nak cium pipi.. sekejap merengek..
Bosanlah tu takde geng.. kihkihkih..
'Eleh.. cakap Nuha.. aku pun sama..'


Lusa dah Hari Raya Haji..
Persediaan..?
So and so je..

TM Streamyx di rumah..??
Masih sama takde perubahan..
Mood ke lautan dalam dah rasanya..
Hari ni aku buat report lagi..
Kalau tak ok jugak, esok aku buat report lagi..
Kalau tak ok jugak..?
Alahai.. janganlah macam tu.. nak raya kot..
Musim perayaan je mesti aku terkena..
gggrrrr..



StatusHati: Awak.. hati awak masih di sini..



Monday, September 21, 2015

Tolonglah.. TM Streamyx dan Maxis


Sejak hari Sabtu lepas..
Patutlah dak Nuha tolak tepi Tab aku..
Ingatkan dia dah bosan hadap 'robocar poli' dia tu..
Patutlah dia boleh main segala macam mainan yang dikeluarkan dari beg mainan dia..
Rupa-rupanya line internet takde..
Takkan kes kabel kena curik lagi..
Pakej dengan talian telefon takde pulak tu..

Terbantut mood nak update blog..
Nak guna mobile data pun tak boleh..
Slow sangat..
Dalam rumah.. adakala dapat tapi banyak tak dapat dari dapat..


Tapi..
Ada baiknya jugak..
Walau dalam hati memberontak nak blogwalking..
Dalam masa dua hari.. habis 2 buah novel aku baca..
Biasa.. ada je gangguan.. 3 ke 4 hari baru nak habis sebuah novel..
Itupun novel pinjam..
Pakej.. siap tolong balutkan sekali..
Dah banyak novel beliau aku balut.. sayang kalau tak berbalut..
Dalam sibuk dengan rutin harian, sempat kuambil masa membaca..
Ikut mana dan je sebenarnya..
Kekadang waktu makan pun aku boleh hadap novel.. tapi waktu makan sensoranglah..
Kalau dengan keluarga kecikku, aku buat macam tu..
Alamatnya kena rebus novel tu dek hubby.. ekekeke.


Buatmu TM dan Streamyx..
Tolonglah bagi kerjasama..
Janganlah nak 'hilangkan' diri lagi kerana aku sangat memerlukanmu..



StatusHati: Sunyi bila kau tiada di sisi..



Happy Birthday buat dak Kakak..


Ahad.. 20 September..

11 Tahun yang lepas..
Pertama kali merasai ragam ketika mengandung..
Pertama kali merasai gerakan demi gerakan..
Pertama kali merasai sakit perit kontraksi bersalin..
Moment tak terucap dengan kata-kata..



The Chicken Rice Shop menjadi pilihan anak daraku ini..

Bersama cousin a.k.a 'kembar' dak Kakak.. 
Dorang berdua ni cukup close to each other..


Semalam..
Ladies day out..
Bawa dak Kakak berjalan-jalan mencari barang yang dia berkenan..
Takde adegan potong kek..
Takde adegan nak tiup lilin..
Takde adegan bergambar bersama babah..
'Sedih.. tak dapat join' babahnya kata..
Dak Kakak.. kalau dah balik kampung bersama kembarnya, kami pun dia tak ingat..


Apa-apapun..
Buat cinta hati pertama ibu dan babah..
Selamat Hari Lahir buat dak Kakak..
Moga Kakak kuat dan sihat serta menjadi kakak yang bertanggungjawab pada adik-adik dan keluarga..



StatusHati: eemm.. rindu dengan bau baby..

Saturday, September 19, 2015

Cuti Sekokah bermula


Bermula dari 19 hingga 27 September 2015..
Selama seminggu anak-anak diberikan cuti rehat..
Arahan dari Kementerian Pelajaran Malaysia bagi semua sekolah di seluruh negara..
Berkebetulan Hari Raya Aidilfitri jatuh pada musim cuti persekolahan..
Memudahkan lagi urusan berkaitan..

Malam tadi..
Dak Kakak dan dak Adik telah kuhantar balik kampung..
Pakej meraikan hari lahir my FIL..
Tanpa kek.. abah tak suka kek bagai ni..
Orang tua.. pulut kuning in the house..
Sempat hubby masakkan udang masak kari untuk abah.

Pagi tadi..
Selamat sampai ke rumah..
Hujung minggu payah sikit untuk hubby dapat cuti rehat..
Aku pulak sambung rutin harian yang tertangguh sejak petang semalam..

La ni..
Nampaknya seharianlah akan bersama dak Nuha..
Sunyi bila geng gaduh dak Nuha takde..
Takpelah..
Esok kita balik kampung ye..
Nak sambut hari lahir dak Kakak pulak..
Moga apa yang aku rancangkan berjalan dengan baik..
Dak Kakak asyik ingatkan aku tentang tarikh lahir beliau..
Risau takut aku terlupalah tu..



StatusHati: Aku nak kau tahu.. aku sayangkan dirimu..




Friday, September 18, 2015

'Selang bunga nampaknya'


Jumaat yang dimuliakan..
Moga hari ni berjalan dengan baik hendakNYA..

Malam tadi..
17 September 2015..
Tahniah buat abang ipar di Terengganu, di atas kelahiran anak keempat beliau..
'Selang bunga nampaknya'
Moga akak dan baby sihat hendakNYA..


Hari ni..
18 September 2015..
Selamat Hari Lahir buat abah.. my FIL..
Moga beliau kuat dan sihat dalam menjalani rutin harian..
Moga beliau tabah melayani kerenah cucu-cucu beliau yang semakin bertambah.. 


Keadaan diri ketika ini..?
Sakit pinggang..
Ubatku tertinggal di rumah..
Bertabahlah ye mak budak..
Kisah sakit pinggang ni dah lama.. sejak zaman sekolah lagi..
Kesan dari aktif bersukan.. kini baru betul-betul terasa..
Dah satu hal.. hilang bau 'Isara' digantikan dengan bau 'Flanil'..



StatusHati:Sesalnya aku cuma.. ingatkan engkau merayu.. itulah kesilapanku..



Thursday, September 17, 2015

Kau mesti meraung mintak keluar balik..


You know my name.. not my story..
You've heard what I've done.. not what I've been through..

Memang nampak rileks macam takde apa-apa..
Cuba kau masuk dalam otak aku ni..
Aku rasa.. kau mesti meraung mintak keluar balik..

Ada ketika.. kita perlu korbankan perasaan sendiri demi kehendak orang lain..
Adakala orang nampak kita salah tapi tak nampak puncanya dari mereka..


 
 Ada ketika kita kena sedar di mana kedudukan kita dalam hidup seseorang..


Kata-kata mampu menidakkan segala..
Namun tidak pada perbuatan dan tindakan..

Pandangan mata selalu tertipu..
Pandangan akal selalu tersalah..
Pandangan nafsu selalu melulu..
Sesekali lihatlah dengan pandangan mata hati..
 


StatusHati: Di sini aku merindukan dirimu..


Wednesday, September 16, 2015

Hari Malaysia


Hari Malaysia..
Peringkat Rumah..

Berehat..
Mengendurkan otot-otot yang tegang..
Terapi minda.. di atas katil..
Sambil blogwalking menjengah alam maya..

Kucuba mengembara mengintai langkahmu..
Ku ke kiri.. kau ke kanan..
Seolah kita dibentengi tembok pemisah..
Jalan di hadapan terbentang luas..
Hanya perlu memilih yang terbaik untuk sandaran diri..
Aku tak mengalah, jauh sekali menyerah kalah..



StatusHati: Oh!Belaian jiwa..


Tuesday, September 15, 2015

With Dato CEO


Semalam berlangsungnya Majlis Persaraan bagi 4 orang warga tempat kerjaku..
Tapi bukan itu yang aku nak highlight kan sebenarnya..


Ini sebenarnya..
Kalau Jumaat lepas aku bersama Datin, Wife CEO..
Hari ni bersama Dato CEO pulak..


Sempat Dato' bergurau..
'Saya kena jengketkan kakilah macam ni nak bagi sama tinggi..'
Lepas Dato' tengok balik gambar tu, beliau minta delete..
Okay Dato.. dalam hp saya delete dah.. ekekeke..
Bukan senang nak bergambar kenangan macam tu..
Hanya pada event dan aktiviti tertentu..
Kalau tak.. takkan aku dapat gelaran ratu selfie dari beliau ekekeke..

'Untunglah..'
Antara reaksi rakan-rakan bila tengok gambar ni.. ekekeke..
Habis tu, yang lain macam segan, malu-malu kucing..

Ok dah..
Sekarang masa untuk bekerja..
Kita lupakan sekejap apa yang dah berlaku..
Sementara tu, aku cuba cilok rempit singgah teratak kengkawan ye..



StatusHati: Kembalikan hatiku yang kau telah bawa pergi..


Monday, September 14, 2015

Kejohanan Bowling antara Bahagian Anjuran Puspanita 2015


Kejohanan Bowling ini telah diadakan pada hari Jumaat lepas..
Bertempat di Ampang Superbowl Puchong (IOI Mall)..
Dengan 11 pasukan terdiri dari 4 orang mewakili setiap bahagian di Jabatanku..
Dan.. aku salah seorang yang turut serta..

Perghhh.. dah lama kot aku tak main..
Skill.. dah memang lama menjunam ke laut dalam..
Setakat baling lontar masuk longkang, biasa dah..
Kalau nak strike.. sekali dalam satu set kot.. ekekeke..

 
 Bergambar bersama kumpulan dan juga Datin, wife kepada Dato' CEO aku..


Meh.. belanja beberapa keping gambar.. 
 Satu kelemahan ketara, bola bowling tu licin weh..
Bila baling beberapa kali dok terlepas dari jemariku..
Aku syak team aku kalah sebab tu lah..  kehkehkeh..


 Bersama hadiah kemenangan.. saguhati..


Dak Nuha haruslah ada.. 
Penyokong cilik..
Bola masuk ke longkang dia punya marah.. geram.. 'ibu ni...'



Tahniah buat semua.. baik yang menang ataupun tidak.. semua dapat hadiah..


Tamat permainan, keluar je bangunan..
Nah.. tu dia.. jerebu makin teruk..
Jarak penglihatan pun terhad..


Sepanjang laluan di LDP dan di NKVE..


Hari ni..
Masih lagi berjerebu..
Moga kesihatan anak-anak yang bersekolah tidak terjejas hendakNYA..



StatusHati: Aku tidak sesekali melupakanmu..


Sunday, September 13, 2015

Petua tak nak cepat penat dan mengah


Dalam tak nak..
Ku desak..
Ku paksa..
Berjaya juga akhirnya..
Percubaan pertama selepas agak lama menyepikan diri..
Tak perlu bersusah-payah mencari tempat..

Jogging..
Sekadar 3 pusingan mengelilingi taman perumahan..
Pergghh... pancit..
Nampak sangat takde stamina..
Mengah..


Petua tak nak cepat penat dan mengah..
Jogging berseorangan..

Bagi aku..
Dapat capai target berapa pusingan nak di buat..
Lambat penat dan kurang mengah..
Boleh buat ikut kehendak sendiri..
Nak cepat.. nak lambat.. nak laju atau perlahan..
Semua atas diri sendiri..
Aku lebih suka bersendirian..
Baru puas hati..

Moga semangat untuk berjogging mampu mengurangkan tekanan dalam hati..



StatusHati: I need you.. I want you.. seriously..


Saturday, September 12, 2015

Jerebu


Tengahari semalam..
Aku ingatkan ada pembakaran terbuka di kawasan bersebelahan pejabatku..
Rupa-rupanya.. jerebu teruk sedang melanda..

Petang semalam..
Getting worst..
Aku risaukan anak-anak ke sekolah..
Terpaksa berhadapan dengan suasana yang tidak sihat..
Aku baru nak baik dari demam..
Janganlah anak-anak pula yang kena..

Hari ni..
Berehat di rumah..
Keadaan kawasan persekitaran belum ada perubahan..
Nak benarkan anak-anak bermain di luar rumah pun fikir banyak kali..
Puaslah anak jiran ajak dak Nuha..
Kalau sekadar main depan rumah aku boleh tahan lagi..
Tapi nak main sampai ke taman, memang taklah aku izinkan..

Kisah esok..
eemm.. to be continue..



StatusHati: Kau buat aku rasa gelisah..




Friday, September 11, 2015

Bila kali terakhir bermain Bowling..?



Aku pun dah tak ingat bila kali terakhir aku join main bowling..
Setakat angkat bola, baling ke depan retilah..
Tapi.. jangan kata ke depan, ke belakang pun pernah.. kihkihkih..

Petang ni..
Akan berlangsung perlawanan bowling antara bahagian..
Di mana.. macam mana.. apa yang menarik..
Will update soon..




Meh.. kita belanja sekeping gambar..
Menangis meraung nak ikut ke office pagi ni..
Sabar ye sayang.. petang nanti jadi penyokong untuk team ibu ek..






StatusHati: If I’m not made for you then why does my heart tell me that I am.. Is there any way that I could stay in your arm..



Thursday, September 10, 2015

Gara-gara seekor Lipas.. Cockroach


Kisah malam tadi..
Hanya kerana seekor lipas..

Ni.. kalau terserempak dengan dak Nuha, bukan lipas yang lari.. dak Nuha yang lari..
Sambil menjerit.. 'ibu.. cockroach.. cockroach..' dalam nada pelatnya..

Sambil baring atas katil, kekonon nak berblogging sekejap..
Tiba-tiba..
Dengan megahnya.. berterbangan ke kiri.. ke kanan.. ke atas.. ke bawah..
Sempat pulak dia hinggap buat flying kiss dengan leher, belakang badan malah dengan beraninya mencuba mengambil kesempatan nak masuk dalam baju..

Wah.. ini sudah lebih..
Sambil mengomel kutepis-tepis manja dia..
Aku ni malas nak turun dari katil bila dah sampai masa nak tidur..

Makin lama.. makin menjadi, makin berani pulak ia mengambil kesempatan..
Dok merayap pulak dekat kepala katil..
Tapi elok pulak tu tak disentuhnya dak Nuha..

Tak boleh jadi ni.. bila ku buka lampu.. tak nak pulak munculkan diri..
Takutler tu.. takut kena kill.. kill.. die.. die.. ler tu..
Aku tunggu juga, ni kalau ia muncul memang aku smackdown terus ni..

Sudahnya, off lampu, sambung balik layan blogging..
Eh!Muncul semula ia..
Hinggap pulak atas kepala aku..
Amboi.. nak berblogging jugak ke..?
Geram punya pasal.. ku ketuk Tab atas kepala sendiri..
Nekad dah ni.. biar ia mati.. atas kepala pun atas kepalalah..
Tapi.. liat sungguh nyawa ia..
Lepas cubaan kill.. kill.. die.. die.. tu, dah tak berani muncul dah..
Agaknya pening kot kena ketuk.. kihkihkih..
Padan muka..
Lepas ni, kalau muncul lagi, aku takkan lepaskan dengan mudah..
Memang kill.. kill.. die.. die.. aku buat..

Nasib baik kejadian berlaku selepas dak Nuha lena dipembaringan..
Kalau tak.. bingit anak telinga aku dengar jerit tangis dia..
Dah satu hal nak memujuk dia..
Aku dahlah ting tong masih belum sihat..
Fuh.. syukur..




StatusHati: Ingatkan Dia.. ramai yang datang menduga.. namun tak sama denganmu..




Wednesday, September 9, 2015

Akhirnya.. tak dapat diselamatkan..


11 tahun kau bersamaku..
11 tahun kau setia menemaniku..
Akhirnya kecundang jua kau ditanganku..
Gagalnya aku dalam menjaga dirimu..
Kecewanya rasa hati..

Bila melihatkanmu.. bergenang airmata..
Terbayang diruang mata perpisahan itu..
Tak sanggup lagi aku mengenang kisah lalu..

Kini..
Tidak lagi kau menemaniku..
Tidak lagi kau berada di sisiku..
Tewas jua akhirnya..



Tinggal 4 kuntum je..
Entah bila aku nak betulkan semula..



StatusHati: Diamku bukan bermakna aku mengalah..



Semakin menginjak usia..


Catatan lama dalam blog..
Klik sana.. klik sini..

Membacanya mengingatkan aku pada kenangan lama..
Tersenyum sendirian..
Pahit manis.. asam garam kehidupan..

Semakin menginjak usia..
Banyak pengalaman yang telah dilalui..
Namun..
Masih banyak yang perlu dipelajari..
Masih terkial-kial memperbaiki diri..

Sabar itu pelita hati..
Doa harus sentiasa membasahi bibir..
Allah sentiasa mendengar rayuan kita..
Pohonlah kepadaNYA..



StatusHati: Kuatkanlah semangatku ini walau pedih melingkari..



Tuesday, September 8, 2015

Rangkuman peristiwa yang tertinggal


Kronologi..

Kisah Jumaat lepas..
Bila boss kecik buat lawatan mengejut di pejabat..
Asalnya hanya 2 jam tapi rupanya seharian..
Dia dah tentu puas hati..
Aku yang kepenatan..
Dia tak meragam..
Dia tak mengacau..
Dia tak cuba picit tekan my computer..
Hanya dengan helaian kertas, penanda kertas, pen pelbagai warna serta cop mohor aku..
Semua itu menjadi mainan buat si dia a.k.a boss kecik..


Kisah Sabtu lepas..
Antibodi aku berkurangan.. seperti di SINI..
Tapi dalam tak sihat tu.. selera makan tajam je..
Kebetulan jiran blok depan rumah aku buat kenduri Aqiqah anaknya..
Maka.. haruslah ada kambing bakar..
Yummy.. dapnye..
Tu tak termasuk makan di rumah nenek saudara sempena birthday anak beliau yang sebaya dak Kakak..


Kisah Ahad lepas..
Ingatkan takde aktiviti mencabar kekuatan otot-ototku..
Rupanya..
Petang tu..
Sesi pembersihan dijalankan..
Menyisih, menyusun, mengemas baju yang tak diperlukan untuk diagihkan kepada mereka yang memerlukan..
Penat.. luarbiasa sebab tengah tak sihat kan..
Tak cukup di rumah MIL, sambung pulak mengemas di rumah sendiri..
Rabak dah mata rasanya..
Awal pagi baru nak tidur..
Cuti rehat..?
Tak boleh cuti walau tengah tak sihat sebab ada beberapa siri tempahan lawatan yang perlu aku siapkan..


Dan..
Kisah semalam mengenai sikap pemandu seperti di SINI dan di SINI..




StatusHati: Selamat berjuang buat my niece.. Nur Ariessa Sofea dalam menghadapi peperiksaan UPSR bermula hari ni..



Monday, September 7, 2015

Tidak meletak kenderaan di petak yang betul


Kalau pagi tadi kisah pemandu di jalanraya..
Petang ni kisah tempat mencari parking pulak..

Sesetengah tempat membeli-belah menyediakan tempat meletak kenderaan dalam jumlah yang banyak dan dalam kawasan yang luas..
Tapi.. biasalah..
Sifat dan ragam manusia..
Ada segelintir yang bersikap mementingkan diri sendiri..
Tak kisahlah atas apa jua alasan yang diberi..
Kalau boleh parking depan pintu masuk, memang senyum sampai ke telinga..
Dari parking jauh, penat berjalan dengan barang yang sarat di tangan..
Jalan paling mudah, parking sedekat yang boleh..


Kenderaan di sebelah kiri tidak meletak kenderaan di petak yang betul..


Ada pulak tu, tempat meletak kenderaan untuk orang kurang upaya pun turut disalahgunakan..
Kes yang ni, masih di tempat yang sama.. aku tak sempat ambil gambarnya..
Tengok pada kenderaan, takde pulak sticker untuk OKU..
Sedangkan yang keluar dari kenderaan elok je aku tengok..
eemm.. geleng kepala melihatkannya..



StatusHati: Bila tak sihat, entry pun turut 'tak sihat' jadinya..



Masih tak berkesan..??!


Kisah pagi tadi..
Perasaan tak sabar menguasai diri..

Kali pertama..
Sabar..

Kali kedua..
Kunyalakan high beam..
Masih tak berkesan..?

Kali ketiga..
Pakej aku bagi..!!
Nyalaan lampu tinggi dan sekali kubunyikan hon..

Pun masih takde perubahan..
Alahai.. tuan punya kereta dotdotdot..
Please lah.. waktu kemuncak orang nak pergi kerja ni..
Jalan pulak dekat Federal Highway yang dah memang sedia sesak..
Ditambah dengan aku yang tak berapa ok ni ha..
Memang menguji kesabaran aku yang tak tebal mana ni..
Orang dah bagi 'hint' pada dia pun, masih buat dunno..
Ni kalau dapat dekat samseng jalanraya, viral sekejap aku rasa..


Aku pun pernah kena diberi high beam..
Aku pun pernah kena hon..

Tapi..
Sebagai pengguna jalanraya yang dikongsi bersama..
Aku akan angkat tangan sebagai tanda maaf..
Kalau aku rasa dia tak nampak, bukak tingkap angkat tangan tinggi-tinggi sebagai kata maaf..
Sekurang-kurangnya sejuk sikit hati dia kan..

Dalam kes aku pagi tadi..
hurmm... haram..
Memang jenis yang tak peka dengan keadaan keliling..
aarrggghhhhh... stress mak nak... stress..
Bertambah berdenyut-denyut sakit kepala aku dibuatnya..


Ok.. dah..
Let focus dengan kerja yang menanti ni..
Campak ke tepi perasaan tu..
Tarik nafas.. hembus nafas..
Say cheese... senyum..


StatusHati: Mampukah bertahan perasaan ini..


Saturday, September 5, 2015

Bila diri jarang diserang penyakit


aaaccchhuummm..
aaaccchhuummm..
Makin teruk pulak rasanya..
Kepala berat..
Tekak perit..
Hidung berair..
Aku syak sebab keadaan berjerebu kebelakangan ni..

Aku bukan susah hati kalau aku yang tak sihat..
Tapi cukup susah hati kalau anak-anak yang tak sihat..
Bila diri jarang sakit.. sekali kena boleh tahan teruk..

Namun..
Bertabahlah..
Kuatkan semangat..
Hanya sedikit ujian yang DIA berikan..



StatusHati: I'm not happy when you are not around..



Friday, September 4, 2015

Ingat Pesan Mak..


Tersentuh hati..
Bila sesekali mak berbicara dalam whatapps..
Mak jarang nak luahkan rasa hati pada kami..


Moga mak dan ayah kuat dan sihat dalam menjalani rutin harian..
Moga mak dan ayah sentiasa di bawah lindunganNYA..
Moga mak dan ayah bertabah melayan kerenah anak-anakmu..



StatusHati: Awak.. terima kasih kerana mengajar aku..



Thursday, September 3, 2015

EXPO di Mid Valley dan PWTC



Sekadar nak share kepada yang berminat..

(REX) Home Improvement & RENOVATION EXPO
Bertempat di Mid Valley Exhibition Centre
Pada 04 - 06 September 2015


MOTHER baby KIDS EXPO
Bertempat di Putra World Trade Centre (PWTC)
Pada 18 - 20 September 2015


MALAYSIA INTERNATIONAL CAR BIKE AUTO FEST
Bertempat di Mid Valley Exhibition Centre
Pada 23 - 25 Oktober 2015

 



StatusHati: Awak.. eeerrr..



Coklat terbaru di pasaran


Kisah petang kelmarin..

Dak Nuha merengek-rengek nakkan sesuatu dari dalam peti sejuk..
Aku yang baru balik kerja, menyuruh dia ambil apa yang diinginkan..
Aku membayangkan dia nak coklat.. sebab ada satu stok coklat yang aku simpan..
Kekonon nak buat cookies lah kan.. sudah.. tersadai dalam peti sejuk..

Bila dia tunjukkan pada aku..
'Nuha.. itu bukan coklatlah.. tak boleh makan..'
'Ni coklatlah ibu..' dalam nada pelatnya itu dia menjawab..
Bila aku kata bukan, dia punya merengek macam orang mengidam..
Alahai nuha.. nuha..

Disebabkan tak larat nak layan kerenah dia..
'Ambillah Nuha.. bawa pergi kat depan, makan dengan babah..'
Dia punyalah seronok..
Aku hanya mampu menahan senyum..
Marah..? Kehkehkeh.. nak gelak ye ada..



Inilah coklat yang diinginkan sesangat tu..
'sedap tak nuha..'
'tak sedap.. masam..'
'ha.. tahupun.. ibu dah bagitahu tadi kan..'


Semalam saja tunjukkan lagi coklat tu..
Pantas dia gelengkan kepala..

 

StatusHati: Macam mana susah nak jaga hati orang lain, lagi susah sebenarnya nak jaga hati sendiri..


Wednesday, September 2, 2015

Wedding adik blogger SuriaAmanda


30 Ogos 2015.. Ahad..
Undangan Perkahwinan adik blogger SuriaAmanda..

Undangan ni aku dapat sejak sebelum puasa lagi..
Memang dah masukkan dalam list sesiap, takmo hubby ada aktiviti lain masa tu..
Bila tiba masanya.. cuma dak Nuha je yang ikut..
Dak Kakak dengan dak Adik takmo ikut..
Tak dapatlah nak temukan dak Kakak dengan dak Dania anak SA..
Dak Qhaira pun aku tak jumpa..
Dak Kembar pulak aku cuma dapat tengok dorang lalu depan aku je..

Alhamdulillah.. smooth je perjalanan nak ke rumah SA..
Dek kerana segan, maklumlah kali pertama jumpa.. cik Nikon pun aku tinggalkan dalam kereta.. kehkehkeh..
Dak Nuha paling seronok, banyak dapat gula-gula..

See.. dak Nuha je yang conquer album gambar dalam hp aku..


Akhirnya terlakar sejarah dalam blog aku ni..
Kami mula rapat belum berpegang tangan sejak awal tahun 2015.
Buat jadi rapat sebab group'geng mental' kami..



Jealous ai tau.. SA.. u kecik ai besau.. kihkihkih..


Cantik aturan dariNYA..
Merasalah aku tengok pengantin di arak hingga ke pelamin..
Selamat Pengantin Baru buat Shafikah dan Tarmizi..
Moga kekal bahagia hingga ke akhir hayat..


Sebelum pengantin bergambar di pelamin, aku dah ambil gambar dulu..
Siap minta abam photographer tu ambil lagi..
Tak cukup gambar pengantin, gambar abam photographer tu ai ada u.. kahkahkah..
Agaknya kalau lama aku tunggu tu.. mahu berlambak gambar aku kat atas pelamin..
Apa-apapun..
Terima kasih SA atas undangan ini.. lebiulah..



StatusHati: Kurniakanlah kepada kami jiwa yang tenang dan tenteram Ya!Allah..


Tuesday, September 1, 2015

Kari Kepala Ikan Jenahak dan Kari Kambing..


Sambungan kisah dari SINI..

Gara-gara nak cepat malam tu..
Aku lupa nak ambil gambar pulut kuning.. rendang ayam buat dak Adik..


Ni pun kena paksa bergambar.. ekekeke..


Jumaat malam..
Sambut birthday dak Adik di rumah MIL.. 
Itu yang rasa terkejar-kejar.. sebab tak nak sampai kampung lewat sangat..
Dak Adik bila dah jumpa sepupu-sepapat dia, tak pandang dah makanan kat dapur..
Akulah yang makan on behalf of anak-anak.. kihkihkih..


Tengahari Sabtu..
Layan pulak kari Ikan Jenahak..
Ikan yang ditangkap sendiri oleh FIL.. memang sedaplah kan..
Tukang masak.. my chef hubby..
Tukang perabih.. anak-anak..
Aku..?
Dapat jugaklah merasa tapi lebih kepada jadi tukang suap dekat anak-anak..

Gambar sebelum dan selepas..
Dak Nuha sorang bolot tang kepalanya..


Ahad malam..
Kari kambing..
Turn aku masak dengan dipantau oleh my MIL..
Pertama kali.. aku masak kari kambing..
Tapi jangan tanya resepinya sebab tak ingat.. kahkahkah..
Berpeluh sakan aku kat dapur..
Dari part merebus sampailah kambing tu siap masak..
Biasa chef hubby yang masak, luarbiasa bila aku yang masak..

Apa-apapun 3 hari cuti ni memang makan sesajo..
Ntah kenapa kali ni aku malas nak ambil gambar..
Dah jemu kot kari kambing tu nak selfie depan aku..



StatusHati: Wahai perut.. janganlah kau tamak haloba.. semua menu kau nak cuba..



Sehati Sejiwa Hari Kebangsaan 2015



Sambutan Hari Kebangsaan semalam pastinya meriah..

Aku..?
Setakat ni belum ada lagi kenangan meraikan secara live di Dataran Merdeka..
Paling live pun depan tv dekat ruang tamu rumah..
Peluang yang setahun sekali ni patutnya jangan dilepaskan..
Bila lagi anak-anak nak merasa suasana tersebut..

Tapi..
Semalam.. aku surrender..
Kepenatan..
Tak cukup rehat..
Jalan terbaik.. berehat di rumah..

Kenapa..?
Mengapa..?
Will update soon.. 


Inisiatif pihak sekolah anak-anak mengibarkan bendera..
Kawasan sekolah yang berbukit memberi kelebihan pada kawasan sekolah ini.
Tak terfikir pulak nak minta anak jadi model bergambar dekat situ.. ekekeke..




Apa-apapun..
Moga negara kita aman makmur..
Moga rutin harian kita berjalan dengan baik hendakNYA..


StatusHati: Sampai menangis tersedu-sedu malam tadi hanya kerana termimpikan dirimu..



Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...