Followers Remaja Purba

Sunday, August 30, 2015

Terasa diri dipanggil-panggil..




Melihatkan pemandangan ni..
Terasa diri dipanggil-panggil..
Meronta-ronta nak ke sana..

Tapi..
Semangat masih merudum..
Mak Budak please..
Janganlah macam ni..
Kesian pada Remaja Purba ni..


StatusHati: Awak.. tiada beza antara kita..




Saturday, August 29, 2015

Larangan Menyertai Perhimpunan Haram



Tak kira sama ada kakitangan awam atau swasta, mahupun sesiapa jua..
Peringatan bersama untuk kita semua..

Janganlah kita semua semua melibatkan diri dengan perhimpunan atau sebarang gerak yang boleh mengganggu ketenteraman awam serta mengancam keselamatan negara.
Ini adalah berlandaskan konsep integriti bagi memastikan perkhidmatan yang diberikan benar-benar merupakan perkhidmatan yang stabil serta berkecuali terhadap mana-mana pihak, kumpulan termasuk gerakan, fahaman dan parti politik.


Penglibatan boleh berlaku dalam beberapa bentuk.. antaranya:
  • Penglibatan secara aktif di luar masa bekerja dengan menyertai apa-apa bentuk gerakan atau perhimpunan yang tidak diluluskan pihak berkuasa, yang dianjurkan oleh mana-mana pihak;
  • Menggunakan masa pejabat dan meninggalkan pejabat untuk melihat dan menyertai gerakan atau perhimpunan yang tidak diluluskan; dan
  • Menggunakan peralatan pejabat seperti mesin cetak, mesin penyalin, komputer untuk mencetak dan mengedar risalah berkaitan dengan apa-apa gerakan atau perhimpunan yang tidak diluluskan.


Penglibatan dalam perhimpunan yang tidak diluluskan pihak berkuasa atau sebarang gerakan yang boleh mengancam keselamatan dan ketenteraman negara boleh disabitkan di bawah peraturan yang telah ditetapkan..



Bertitik-tolak dari Larangan tersebut.. ini pula pesanan dari my Dato' CEO..

Gunakan sepenuhnya kesempatan di hujung minggu bersama keluarga, pasangan, anak-anak dan ibu-bapa..
Semalam saya menerima short video Thailand melalui Whatsapps..
Mungkin ada yang pernah melihatnya..

Sebuah syarikat menjalankan Survey kepada staff muda mereka.. dan bertanya beberapa soalan:
Bilakah kali terakhir berjumpa ibu?
Bilakah kali terakhir melihat ibu tersenyum?
Bilakah kali terakhir ketawa bersama ibu?
Bilakah kali terakhir makan bersama ibu?
Bilakah kali terakhir mengucapkan terima kasih kepada ibu?
Bilakah kali terakhir memberi hadiah kepada ibu? dan..
Bilakah kali terakhir mengucup dahi ibu?

Kita harus menjawab sendiri..
Saya yang tidak lagi mempunyai ibu dan saya juga sudah berusia lebih 50 tahun.. terpaksa membiarkan airmata mengalir..!

Jika ada masa, lawatlah ibu di kampung untuk menyatakan sayang kepada beliau dan memohon kemaafan semasa adanya..
Jika sudah tiada, kita hanya mampu membiarkan airmata mengalir.. !

Selamat berhujung minggu bersama  keluarga..!

#Semua kata-kata tersebut di atas aku copy paste dari pesanan oleh Dato CEO aku..

video
Video yang dimaksudkan oleh my Dato CEO..



StatusHati: Awak.. jangan pernah jauh dari diri ini..


Friday, August 28, 2015

Selamat Hari Lahir.. Happy Birthday my MQA..


Dalam mengenang keperitan.. kesakitan..
Tersimpan memori yang aku tak boleh lupakan..
Dalam mengenang kegembiraan.. kesenangan..
Tersimpan satu ruang yang kosong..


MQA..
Walau kehadiranmu saling mencetus aksi 'Tom and Jerry'..
Tapi kaulah penyeri di kala ruang terasa sepi..

Ketahuilah.. wahai MQA..
Hanya kaulah satu-satunya anak bujang ibu..
Tiada lagi selain dirimu..
Walau kau merengek meminta 'kawan' dariku..
'Alah dik.. untung apa..
Tak payah share barang keperluan dengan dak Kakak dan dak Nuha..'


Happy Birthday to you..
Selamat Hari Lahir buatmu..
Moga menjadi anak yang soleh dan kuat dalam melayani rutin harian..
Adik.. ibu sayang adik..
Love you always.. 

Pulut kuning dan rendang ayam in the making..
Malam ni kita raikan bersama family ye dik..


StatusHati: Doa mak mengiringi langkah kaki ini..


Thursday, August 27, 2015

Udara tak segar dan berbau asap..


Isnin lepas..
Bila sesekali bercuti rehat dan menguruskan dak Kakak dan dak Adik ke sekolah..
Suasana pagi..
Agak berkabus..
Tinggal di kawasan kampung memberi kelebihan dengan udara yang lebih segar..


Suhu sejuk di waktu pagi..
Jogging pun best macam ni..


Tapi..
Tidak kelmarin..
Tidak semalam..
Mahupun hari ni..

Jerebu kembali melanda..
Susah hati bila anak-anak terpaksa berhadapan keadaan ini di sekolah..
Pagi tadi, udara tak sesegar Isnin lepas..
Berbau asap..


StatusHati: Mengapa jadi begini..?



Wednesday, August 26, 2015

Menerima tempahan makanan di SUK Shah Alam..


Sambungan dari SINI..

Tiada perancangan sebenarnya untuk aku bercuti rehat selepas kenduri tersebut.
Namun, bila kulihat keadaan persekitaran luar dan dalam rumah sendiri..
eemm.. sesuatu perlu dilakukan..
Berkebetulan dengan chef hubby ada tempahan makanan di SUK Shah Alam..
Jadi.. kita cuti jelah ye..

Alhamdulillah..
Urusan di Shah Alam berjalan dengan baik, walau agak kelam-kabut pada awalnya..
Takpe.. percubaan pertama..
Moga akan ada sesuatu yang baik menanti di hadapan..
InsyaAllah..

Nasi putih.. Ayam goreng berempah.. Terung goreng berlada.. buah dan air..
Manakala nenas masak lemak ikan masin tiada dalam gambar..
Ayam goreng berempah.. superb.. aku suka.. ekekeke..




Selesai urusan di Shah Alam..
Sesi mengemas stor dan dapur di rumah dilakukan..
Memandangkan dah lebih setahun tiada sesi pengasingan dan pembuangan barangan dilakukan, kali ni aku ambil pendekatan dengan 'mengeluarkan' barang yang dah lama tak digunakan..
Ada juga yang aku bagi pada jiran sebelah..
Bila dah selesai.. barulah 'sedap mata memandang..'

Cuma hubby rimas dengan barangan 'tupperware' aku yang banyak tu..
'Beli.. lepas tu tak guna buat apa.. membazir je..'
Dah berkali-kali berazam..
Tak nak beli dah barangan 'tupperware' tapi masih gedik membelinya..
Lepas ni.. kena cekalkan hati.. jangan mudah tergoda.. hokey..

Bagus juga sesekali buat sesi pembersihan ni..
Kalau tak.. tersadai berhabuklah barang-barang tersebut..
 


StatusHati: Awak.. I never find another lover more precious than you..


Tuesday, August 25, 2015

Majlis Perkahwinan di TDBi


Sambungan dari SINI..
Sehari sebelum majlis tersebut, aku dan anak-anak balik kampung..
Ada urusan keluarga..
Manakala hubby lah yang bertungkus-lumus membantu.. 


23 Ogos 2015.. Ahad..
Hari kejadian..
Aku tiba dari kampung pun dekat tengahari dan pengantin berarak waktu aku tengah bersiap..
Bising mulut dak Nuha..
'Cepatlah ibu.. cepatlah.. nak tengok pengantin..' dalam pelat suaranya itu..

Alhamdulillah..
Perjalanan majlis berjalan dengan baik walau hujan lebat di pertengahan..
Satu-satunya anak kepada pasangan En. Salleh dan Pn. Maslia..

Tahniah buat Dilla Salleh dan pasangan..
Moga kekal bahagia hingga ke akhir hayat..

 
Bersama ibu dan bapa pengantin perempuan..
Sesi bergambar sebelah pihak lelaki aku takde, tengah melayan dak Nuha..




dan.. ni bukti kenapa aku ngelat.. ekekeke..
Asyik ambil gambar orang je.. meh kali ni turn aku pulak nak wefie..

Mak budak diapit anak-anak dara TDBi..

Masa ni baru lepas hujan lebat..


Sebelah Petang..
Turn anak-anak pulak bergambar..
Tengok dak Nuha tu..


Last.. but not least..
Selamat Pengantin Baru buat 'geng mentalku'.. Aliff dan pasangan..
Moga kekal bahagia hingga ke akhir hayat..
Selamat datang ke alam rumahtangga..
Maaf.. tak dapat menghadirkan diri..
berkebetulan bertembung tarikh dengan jiran depan rumah..



Selesai majlis..
Lewat petang, kena ambil dak Kakak dengan dak Adik di rumah MIL..
Dorang tak nak ikut balik.. dah seronok dengan sepupu-sepapat..
Sebab tu hanya gambar dak Nuha je yang ada..


 
Ni dekat luar rumah.. belum tengok dalam rumah lagi..

Malam..
eeemm.. aku hanya mampu tengok keadaan rumah..
Dah macam kami pulak yang punya kenduri.. ekekeke..

Bersambung..


StatusHati: Awak.. please.. say something..


Monday, August 24, 2015

Teringin.. tapi apakan daya..


Kisah semalam..

Plan asal.. akan menghadiri majlis perkahwinan salah seorang 'geng mental'ku..
Tapi apakan daya..

Teringin juga nak join KKBA di Zoo Negara..
Tapi apakan daya..

Itulah..
Sebaik mana perancangan yang cuba diaturkan..
Kuasa dariNYA melebihi segalanya..
DIA telah aturkan sebaik-baik perancangan..

Majlis Perkahwinan Dilla Salleh dan pasangan..
Anak kepada jiran depan rumah lebih diutamakan..
Bila hidup berjiran.. bantuan sangat diperlukan..
Tapi aku ngelat..
Hubby jelah antara yang sibuk..
Dah namanya kenduri.. takkan nak duduk tengok je kan..
Amalan gotong-royong masih menjadi amalan di taman perumahan kami..

Alhamdulillah..
Walau hujan lebat mengiringi pasangan pengantin berarak naik ke pelamin..
Namun.. majlis berjalan dengan baik..

Aku..?
Ngelat..?
Nanti.. next entry..


StatusHati: Awak.. dengarilah hati ini berbicara.,


Sunday, August 23, 2015

Kita takkan pernah tahu..


Kita tak tahu apa yang menanti di hadapan..
Kita takkan pernah tahu..
Hanya kenangan dan pengalaman menjadi pedoman hidup..
Sama ada mahu menjadikan keadaan lebih baik atau makin bertambah buruk..
Semua berpandukan pada paksi yang yang satu..
Andai kukuh pegangan kita.. kukuhlah jiwa kita..
Harapan doa dan usaha..
Moga berada di bawah lindunganNYA.
Moga sentiasa dalam rahmatNYA..

Adakala..
Aku mampu berkata sesuatu si sini..
Adakala..
Berat untuk menyatakan di sini..
Dan..
Adakala ingin kau mengerti mengapa jadi begini..

Percayalah..
Walau jauh kaki melangkah..
Hati ini tetap di situ..
Kau yang memulakan, tidak sesekali aku melepaskan..



StatusHati: Hati ini untuk.. awak..




Saturday, August 22, 2015

Teraba-raba mencari..


Pagi yang indah.. di kampung..
Alhamdulillah..
Masih diberi peluang menghirup udara segar ini..
Teraba-raba disekeliling..
Alhamdulillah..
Atas kepala.. dak Adik..
Hujung tangan.. dak Nuha..
Dalam bilik.. dak Kakak..
Sebelum lena elok memasing tidur berdekatan aku..
Dah lena.. membuas memasing tidur..

Sementara masih ada ruang..
Marilah kita mengupdate sebaris dua ayat di sini..
Kemudian kita blogwalking..


StatusHati: Awak.. you'll always in my heart..


Friday, August 21, 2015

Segmen "Meh Sally Nak Review"



Sesekali jom kita layan segmen pulak..
Sama-sama menyokong sesama blogger..
Sambil join sambil berkenalan dengan kengkawan baru tanpa melupakan kengkawan sedia ada.. 


meh klik di SINI..



Syarat-syaratnya:
  1. Follow blog Sally.. Add To Circle Google+ Sally.. Follow Twitter Sally.. Follow Instagram Sally.. dan Like Fanpage Sally..
  2. Buat satu entry bertajuk Segmen "Meh Sally Nak Review"
  3. Letak banner dan link kan ke entry ni.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen.
  5. Segmen ini akan berlangsung dari 20th-30th August 2015 (11.59 pm waktu Malaysia) 


Jangan risau..
Pada yang takde G+.. takde FB.. takde Twitter.. takde IG ke..
boleh je join asal jangan takde blog..
Kalau tak.. camane nak review blog ye dak..


 
StatusHati: Rasa nak review je hati awak dekat sini..
 
 
 

Sesuatu perlu dilakukan..


Bila stamina makin berkurangan..
Sesuatu perlu dilakukan..
Tenaga perlu di re-charge..
Bersenam..
Jogging..
On off.. on off..
Kejap buat.. lama aku senyap..
Ishh... tak boleh jadi macam ni..
Kena 'paksa' jugak ni.. kalau tak.. makin 'berat' badan ni..

I don't like blue but I need you..


eemm.. ada juga yang komen..
Selain faktor usia.. kena ambil juga supplement..
Ok.. part ni lagilah culas..
Jangan kata supplement.. nak makan ubat waktu sakit pun aku mengelat..
Aku nak 'tancap' 'modified' sikit.. dah macam nak modified kereta.. kehkehkeh..
Nak bagi nampak solid sikit.. takmo mengelebeh longgar sana sini..
'Jangan sekadar berkata-kata.. tapi hasilnya takde..'
Aku yakin aku boleh.. kena letakkan sasaran.. barulah nampak hasilnya..



last but not least..
Buat yang merindui dak Nuha..



StatusHati: NakKurus kenalah usaha lebih..


Thursday, August 20, 2015

Genggam jangan sampai terlepas..



Hadiah tak selalunya terbalut dengan indah..
Terkadang DIA membungkusnya dengan masalah..
Tetapi di dalamnya ada hikmah dan barakah..
#SumberNovel..


Dalam hidup..
Kadang-kadang bila kita dapat apa yang kita inginkan..
Akhirnya kita sedar ianya tak mampu membuatkan kita rasa bahagia..

Kadang-kadang kita lebih banyak mendapat apa yang tidak kita inginkan..
Tapi ianya tak mampu nak bahagiakan kita secara total..

Kita terpaksa terima hakikat..
Bukan semua kita dapat mampu menenangkan hati..
Bukan semua kita dapat mampu menyelesaikan masalah..

Mungkin ada 'hadiah' yang kita tak sangka akan kita peroleh..
Bertabahlah..
Bersabarlah..
Berdoa dan berusahalah..
Moga 'hadiah' tersebut berada dalam genggaman..


#StatusHati: Awak.. dunia kita mungkin berbeza tapi hati kita..?



Wednesday, August 19, 2015

Degil..! Tak nak dengar cakap..


Redha itu ikhlas..
Pasrah itu menyerah..
#OmbakRindu..



Setinggi mana keinginan..
Setinggi mana kehendak..
Akhirnya 'tersadai' jua..
Degil..! Tak nak dengar cakap..

Aku gagal mengawal emosi..
Aku gagal mengawal keadaan..

Bukan tak dipesan..
Bukan tak diingatkan..
Dah terhantuk baru nak terngadah..
Baru rasa nak menyesal..
Terus hilang keindahan yang pernah dicipta..


#StatusHati: Tak pernah kenal erti serik..


Tuesday, August 18, 2015

Open House terakhir Syawal 1436H



Jumaat malam..
Memandangkan kena balik kampung malam tu jugak, macam lipas tak berapa kudung aku siapkan rutin harian..
Senang.. nanti takdelah penat berganda balik dari kampung..
Kukerah tenaga anak-anak yang dah memang kepenatan balik sekolah tu membantu aku..
Dengan mata yang dah mula memberat.. berusaha menguatkan kudrat yang ada..
Lewat juga bergerak balik kampung malam tu ditemani dak Kakak dan dak Adik..
Dak Nuha dah selamat berjimba-jimba di kampung dengan sepupu-sepapat dia..


Di kampung..
Baju yang dah siap di basuh di rumah, kita keringkan di sini..
Awal pagi baru nak tidur.. walhal banyak kerja menanti pagi tu..



Sabtu.. 15 Ogos 2015..
Hari kejadian..

Perancangan sebelum ni telah dipersetujui.. open house dibuat di rumah my MIL..
Maka.. segala costing dan menu berkenaan adalah persetujuan bersama adik-beradik hubby..
Aku.. risaukan satu perkara je..
Berat badan naik mencanak.. kehkehkeh..


Setiap tahun menu di rumah MIL pasti bertukar..

Asam pedas ikan jenahak, rendang ayam, ayam masak merah..
Nasi putih dan nasi carrot.. selain dari set kambing bakar..

Kambing yang telah diperap untuk dibakar..

Asalnya nak buat kambing golek tapi tempat pemanggangnya dah ada orang lain guna..

Bersama tuan punya 'pemanggang ajaib'..

close up sikit..
Puas sudah ku cari takde gambar lengkap set kambing bakar tu..
Sibuk tak dan nak fikir nak ambil gambar..

'Air balang..'
Air jagung dan asam boi lemon..


Ini yang rare..
Tahun lepas open house rumah kami dan juga rumah SIL..
Kali ni dekat rumah MIL pulak..
Karaoke set dari Andaman Sireh Persona..
Sempat try cuba test lagu yang berkenan di hati..


Terima kasih buat Sue yang mewakili BFF ku yang lain..


Alhamdulillah..
Apa yang dirancang berjalan dengan baik, cuma menu cepat habis..
Nak nak pulak kambing bakar..
Memang ramai yang menanti..
Aku rasa kalau kambing golek, tak cukup seekor tu..

Penyudahnya..
Lewat malam tu, akibat keletihan dan sakit pinggang mula menyerang memaksa aku mengambil pain killer..



StatusHati: Missing you.. awak..


Monday, August 17, 2015

I miss You so much..


Saya rindukan awak..
There's nothing else that I could say..

Saya rindukan awak sangat-sangat..


StatusHati: Missing is just a part of moving on..


Sunday, August 16, 2015

Hujung minggu yang memenatkan..


Hujung minggu balik kampung..
Family programme menanti..


StatusHati: Sakit hingga memaksa diri mengambil pain killer..


Friday, August 14, 2015

My first experience with 11Street


Sedikit mengenai 11street..
11street has a diverse selection of product categories which are tagged on Fashion, Electronics, Groceries, Health & Beauty, Kids & Baby, Leisure & Sports, Home & Living and Books & Services including deal offerings like E-vouchers.
Established in Korea since 2008, 11street is now one of the top global e-commerce marketplace providers with 400,000 sellers serving over 30 million consumers worldwide. 
For more information, please visit www.11street.my


Memandangkan sebelum ni dah pernah berada dalam kelompok top komentar dalam blog SuriaAmanda..
Kali ni gigih aku nak mencuba lagi..
Hadiah pulak coupon tajaan dari 11Street.. kisah di SINI..


Inilah hasil usaha yang gigih..
menjadi antara top komentar bulan Julai dalam blog SA..
hadiah dari Blogger SuriaAmanda.. di SINI..
Coupon tersebut telah selamat aku gunakan baru-baru ni dengan membeli di 11Street..


Tapi sebelum tu.. percubaan pertama aku..
selepas merengek minta dibelikan..
cuma tak dapat nak melaram masa raya, hadiah sampai lepas raya..



Dak Kakak dah mula merengek nak sesuatu dari 11Street..
Tu belum aku tunjuk keseluruhan apa yang menarik yang ada dalam tu..
Kalau tak.. mahu rawan hati ni nak melayan kehendak hati dak Kakak..
Terima kasih buat SA atas hadiah tersebut..
Juga.. buat 11street yang sentiasa melayan aku..
Please be nice to me.. again and again..


StatusHati: ..why does your name resound in my head..?


Kena sentiasa lawa macam ni..


Petang semalam.. depan sekolah dak Kakak..
'Ibu nak tahu tak.. kawan-kawan kakak ramai nak tengok rupa ibu..'
'Kenapa..?'
'Dorang nak tengok ibu lawa ke tak? Tua ke muda lagi.. garang ke..'

Dalam hati..
Aku kena pastikan aku sentiasa lawa macam ni..
Tak nak dorang cakap aku dah tua.. kahkahkah..

'Alah kakak.. ibu pun dulu macam kawan-kawan kakak jugak.. mesti nak tahu macam mana rupa mak ayah dorang..'


Dalam perjalanan balik ke rumah..
'Ibu mengandung ke..?'
'Kenapa Kakak tanya macam tu..?'
'Tu.. tengok perut ibu buncit..'
eeeerrrr... #mohonterasa..

'ooo.. ni sebab ibu tak diet.. ibu kan asyik makan je..'
'ooo.. Ingatkan ibu mengandung..'
Huhuhu.. sebelum ni dah kena dengan dak Nuha.. di SINI..
Nampak gaya kena mulakan semula program diet dan exercise..
Lelemak ni makin bertambah degil pulak..



StatusHati: ... 'bab kurus tu kena kekalkan..'



Thursday, August 13, 2015

Semoga kau tenang di sana..


Hai la gaji..
Dari bank kau datang.. kepada bank juga kau pergi..
Semoga kau tenang di sana..
Aku yang tak tenang sebenarnya..
#SumberFB..


Bertabahlah menunggu gaji seterusnya..
Andai tidak beringat..
Andai tidak berjimat-cermat..
Pasti sangat membebankan..

Hidup perlu diteruskan..
Andai terasa peritnya hidup..
Ingatlah.. masih ada yang lagi perit hidupnya..


StatusHati: Sukarnya menebak apa di dalam hatimu..



Wednesday, August 12, 2015

Tidak mahu terus berada dalam aura negatif..


Tenang tanpa gangguan..
Tenang tanpa rintangan..
Tenang walau berhadapan dengan kesesakan..
Dalam sejuk aircond bercampur hujan mengiringi perjalanan..

Alhamdulillah..
Perjalanan pagi tadi berjalan dengan baik tanpa sebarang masalah..
Rutin di pagi hari tanpa cacat-cela..
Sesekali melayan perasaan di pagi hari..

Di pejabat..
Emosi mula berubah sedikit demi sedikit..
Bila keadaan hati sedang hangat..
Perlu mencari jalan.. agar perhatian teralih..
Tidak mahu terus berada dalam aura negatif..
Moh.. kita blogwalking kejap..


StatusHati: Awak.. hari-hari saya hadap awak..



Tuesday, August 11, 2015

Jamuan Hari Raya Aidilfitri di tempat kerjaku..


Jumaat.. 07 Ogos 2015..

Lukisan anak buah di tempat kerjaku..
Ada juga di SINI dan di SINI..

Sebahagian dari menu yang ada..

Tiada menu utama seperti tahun lepas.. sate macam biasa.. trademark raya..

Rendang ayam chef Hubby..

Dato CEO yang suka mengambil gambar..
Aku yang suka berselfie..
Maka terhasillah gambar ini..

Terima kasih buat semua yang bergotong-royong membantu sepanjang jamuan hari raya kali ni..




Ini pulak sebahagian dari Majlis Hari Raya 'induk' di tempat kerjaku..
Majlis ni seminggu selepas raya..
Malas nak update secara berasingan, kita combine kan sekali..

Pelbagai menu menarik dihidangkan..


Maka..
Berakhir sudah jamuan hari raya di tempat kerjaku..
Dari jamuan raya untuk berskala besar mahupun yang kecil..
Memang gediklah lelemak dalam badan ni..
Cuma tinggal satu je lagi 'open house'.. will update soon..


StatusHati: Takkan sekali-kali berlalu pergi meninggalkanmu..



Sayaiday dan Ayueidris GIVEAWAY August 2015



Nak join.. meh klik di SINI..
Penyertaan dibuka sehingga 12 tengah malam 19 Ogos 2015..


Tujuan utama giveaway ni dibuat oleh blogger Iday dan Ayu adalah untuk meraikan domain dorang.. dari blogspot ke dot com..
Giveaway ni terbuka kepada semua..
Takde blog..?
Takpe.. masih boleh join.. melalui penyertaan di Facebook..
The more the merrier kan.. ;)

Hadiah yang ditawarkan adalah seperti berikut: 
+ 1 x Penginapan 2 hari 1 malam di The Kabin,Jeram Selangor *
+ 1 x 2 keping tiket Aquaria KLCC
+ 1 x Sebuah buku karya Dr. Anwar Fazal, Tribulasi 365
+ 1 x RM30 Shopping Voucher Parkamaya - Asian fashion retail concept store
+ 1 x RM150 Shopping Voucher Parkamaya
+ 1 x RM50 Voucher Pak John Steamboat
+ 1 x Voucher Makan Boat Noodle (Free 6 Mangkuk Boat Noodle)
+ 1 x Voucher Makan Boat Noodle (Free 10 Mangkuk Boat Noodle)
+ 1 x Voucher Makan Boat Noodle (Free 12 Mangkuk Boat Noodle)
+ 1 x Outdoor Photoshoot by Islam (Website)
+ 5 X  set Chrochet Heart (ada 5 setiap set)

Total Pemenang : 15 pemenang bertuah
 
Lagi sekali.. nak join.. boleh klik di SINI..


Buatmu www.random.org.. please be nice to me..
Kalau tak dapat penginapan di The Kabin.. dapat Outdoor Photoshoot pun jadilah..


StatusHati: Usaha hingga berjaya..


Monday, August 10, 2015

Rumah Terbuka Aidilfitri Ayus Motor Sempoi Racing Team 2015..



Sabtu.. 8 Ogos 2015
Rumah Terbuka Aidilfitri Ayus Motor Sempoi Racing Team 2015 telah di adakan di PJS 2, berhampiran Tol NPE..
Aku hadir ke rumah terbuka ni pun sebab hubby terlibat..
Tapi takdelah aku join dari awal..
Hubby je yang sibuk membantu di situ..

Memandangkan bukan event aku, jadi aku takdelah nak over shadow..


Majlis ini juga adalah untuk meraikan anak-anak yatim yang dijemput hadir..

eerr.. maaf.. aku tak ingat nama beliau..


Sebahagian dari menu malam tersebut..
Sate (menu standard time jamuan raya)
Selain dari tu.. ada rendang ayam, nasi impit, laksa, mee kari, mee sup, bihun goreng, kuih, buah..

Putu piring.. sedap sebab dapat makan yang panas baru masak..


Muka bosan tak tahu nak buat apa sebab takde geng..
Dak Kakak dengan dak Adik tak ikut, syok main dengan sepupu dorang..



Malam tu.. siapa yang tegur dak Nuha.. mesti dia menyorok malu..
Memasing geram tengok dia.. rasa nak gigit pun ada.. huhuhu..


Alhamdulillah..
Selesai semua acara utama.. hujan pun turun dengan lebat..
Nasib baik aku tak berada di bawah khemah sebaliknya di meja makanan..
Nampak tak.. kan untung duduk dekat situ..
Makanan dekat tinggal nak capai mana yang berkenan..


Sebelum hujan dan selepas hujan, macam biasa ada pertunjukan bunga api dan mercun..
Part ni dak Nuha memang takut.. tengok pun dari jauh je..


Lepas majlis tersebut..
Di rumah..
Awal pagi, dak Nuha boleh kejutkan aku ajak makan.. huhuhu..
Sudahnya, bukan dia yang makan tapi aku..
Saja tau Nuha ni.. nak bagi ibu gemuk balik..


StatusHati: Tak mampu untuk melupakan..



Sunday, August 9, 2015

Pertandingan Bowling antara pasukan


Sepatutnya semalam aku berada di Mega Lanes Bowling, Endah Parade..
Pertandingan berpasukan antara kumpulan tempat kerjaku..
Berkebetulan aku pulak penyelaras kumpulan bagi wanita..
Ada yang request minta aku main tapi aku sendiri dah lama tak main, jadi skill dah ke Lautan Hindi..
Jangan tamak.. kita bagi pada mereka yang berminat nak main..
Lagipun aku tunggu next game.. futsal dan ping pong..

Futsal..?
Kena tingkatkan stamina semula yang dah menjunam jatuh ni..
Kalau tak.. jangan kata 10 minit.. 5 minit pun belum tentu bertahan..


Hari ni..
Bertabahlah perut..
Melayan tekak yang dirasuk..
Makan.. makan.. makan..
Tak sanggup nak tengok jarum penimbang tu mencanak naik lagi..


StatusHati: Hati ini degil keranamu..


Saturday, August 8, 2015

Ligat mencari idea..


Kepenatan dengan rutin harian menyebabkan rasa malas nak keluar rumah..
Nak berehat bersantai layan filem Hindustan sambil mengunyah popcorn..
Tapi itu semua khayalan semata..
Hujung minggu ni perut aku tak dapat berehat dengan sempurna..
Ada je jemputan dari kengkawan..
Punah sekejap program diet aku..

Tadi..
Lepas makan tengahari.. pekena pulak kambing bakar..
Buat mata ni memberat je rasa..
Ish.. tak boleh jadi ni.. kena lakukan sesuatu ni..
Ligat mencari idea nak buat apa..


StatusHati: Dekat.. berhampiran.. tapi terasa jauh..



Friday, August 7, 2015

Kadangkala.. tanpa kita sedar..


Kadangkala..
Apa yang kita nak, belum tentu kita dapat dengan mudah..
DIA menguji sebelum memberi..

Kadangkala..
Apa yang tak nak, mudah je berada dalam genggaman..
Itu yang senang je dilepaskan..

Kadangkala..
Walau kita dah berusaha..
Kalau itu bukan hak kita..
Kita usaha macam mana sekalipun tetap bukan menjadi milik kita..

Kadangkala..
Tanpa kita sedar..
Sesuatu yang manis sedang menanti di hadapan kita..

Kadangkala..
Siap juga satu entry walau blank takde idea..


StatusHati: All my life.. I prefer someone like you..



Thursday, August 6, 2015

Apa saja boleh berlaku..


31 hari.. puas berkasih-sayang dengan Julai..
31 hari.. akan bersama pulak dengan Ogos..
30 hari.. sabarlah wahai September..
31 hari.. tak sabarnya rasa hati nak menemuimu Oktober..
30 hari.. arah perhatian cuba dialih oleh November..
31 hari.. sepanjang Disember..?


Ogos hingga Disember..
Tak sampai 5 bulan dari sekarang..
Sebelum hadirnya 2016..
Apa saja boleh berlaku..
Biarlah yang baik-baik.. yang elok-elok je terpampang terbentang depan mata..
Moga DIA permudahkan rutin harian kita..


Alhamdulillah dak Nuha semakin baik..
Terima kasih pada semua yang mendoakan..


StatusHati: Awak.. :(


Tuesday, August 4, 2015

Kuat makan vs Tak lalu makan..


Ada orang bila stress.. dia jadi kuat makan..
Ada orang bila stress.. dia tak lalu makan..

Dulu..
Kalau aku stress..
Asyik nak makan je..
Tu pasal kembang semacam..

Sekarang..
Kalau aku stress..
Makan tetap makanlah..
Tapi lepas tu bertambah stress..
Sebab risaukan berat badan akan naik..
Adeh..


StatusHati: Tak boleh tengok orang lain kurus..



Monday, August 3, 2015

Jangan pakai baju tu.. no.. no.. no..


Pagi tadi..

Biasa dak Nuha takde nak tegur apa yang aku pakai..
'Ibu.. jangan pakai baju tu.. no.. no.. no..'
Marah sungguh dia..
Walhal aku cuma pakai jubah je hari ni.. sebelum ni ok je..
Mungkinkah sebab aku dah jarang pakai jubah kebelakangan ni..
Kenapa tiba-tiba pagi tadi dak Nuha berkelakuan pelik..

eemm.. sah.. ni mesti demam dia belum kebah lagi ni..
Kupujuk perlahan-lahan..
sobsobsob.. nak tinggalkan dia pun tak sampai hati..
Tapi apakan daya.. ada tugasan yang menanti..

Lagipun hubby ada menemani pagi tadi..
Petang ni baru hantar ke rumah pengasuh..
Alah.. sekejap je sementara nak tunggu aku balik kerja..
Kupujuk juga hati sendiri..
InsyaAllah.. dak Nuha takde apa-apa..


StatusHati: Standing right beside you is where I want to be..


Sunday, August 2, 2015

Dah lama tak buat..


HAPPINESS IS...





.. checking in at the airport for a holiday..
#SumberFB..


Dah lama tak buat kerja gila..
Dah lama tak reward untuk diri sendiri..
Dah lama dok terperap di sini..
Dah lama..
Dah lama..

Kini..
Sedang bertanya pada abam Google..
Mencari tempat dan memilih masa bersesuaian..
Utara..?
Timur..?
Selatan..?
Barat..?
Sehari..?
Dua hari..?
eemm.. mungkinkah ianya menjadi realiti..?


#StatusHati: Awak.. never give up..



Saturday, August 1, 2015

Baby besar beralih bulan..


Rasa sekejap masa berlalu..
Kini bulan Ogos menampakkan diri..

Malam kelmarin..
Keadaan dak Nuha ok je..
Takde apa-apa yang pelik pun..
Menggedik macam biasa..

Pagi semalam..
Hubby bagitahu dak Nuha meragam tak sihat..
Aik.? Peliklah pulak.. tiba-tiba je..

Rupa budak tak sihat di Klinik..



Malam tadi..
Meragam.. merengek..
Disuruhnya picit kepala dia.. kesiannya tengok dia..
Kupujuk ajak mandi sebab badannya panas, dia tak nak..

Awal pagi..
Dalam merengek.. dia ajak teman gosok gigi..
Nak tergelak pun ada tapi kulayankan je..
Pakej kumandikan sekali..
Menggigil-gigil dia sejuk tapi nasib baik mood dia ok..
Kalau tak jenuh aku nak bersilat dalam bilik air tu..

Dah puas mandi dan gosok gigi, nak tidur kuletakkan tuala basah atas kepala dia..
Baru nak lelapkan mata.. dia merengek balik..
Sampailah ke pagi tadi..

Lepas subuh..
Kekonon nak mulakan larian keliling taman perumahan..
eemm.. dengan kepala berat, tak lalu aku..

La ni..
Lena dak Nuha tidur kesan lepas makan ubat..
Moga cepat sembuh hendakNYA..
Aku pun nak join dia tidurlah..
Dengan cuaca yang mendung buat mata ni memberat je rasa..

Jadi..
Aktiviti hari ni terpaksa dibekukan atas dasar kesihatan dak Nuha yang kurang memuaskan..


StatusHati: Aku yang kegelisahan..



Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...