Followers Remaja Purba

Tuesday, June 30, 2015

Tawar.. tak terluah..


Penat..
Letih..
Cukuplah..
Usah dipersoalkan..
Terasa membebankan..
Bukan itu yang aku pinta..
Bukan itu yang aku mahu..
Aku tak mampu nak terima apa yang sedang berlaku ini..
Berdiam diri bukan jalan penyelesaian..

Tawar..
Tak terluah..
Tidak juga tertelan..



psstt: Di manakah rasa kasih itu.. di mana rasa sayang itu..?



#Cabaran20Hari Menu Wajib Bulan Puasa


Makin lama makin seronok task yang diberikan..
Makin tersisih entry yang sedang Q untuk dipublish..
Takpelah.. sesekali kita beralih arah.. berubah haluan..
Tapi tak bermakna aku lupakan yang sedia ada..


#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015 diteruskan untuk hari ke 4..


Menu wajib pada bulan puasa..
Dulu, kelmarin, semalam, hari ni.. nasi adalah menu wajib baik berbuka mahupun bersahur..
Setakat ni itulah menu wajib dulu dan kini..
Lauk pulak.. ayam memang khas untuk anak-anak..
Tahun ni catat sejarah tersendiri..
Seminggu anak-anak hadap ayam..
Sampai dak Kakak sendiri surrender takmo makan ayam dah..

Kebiasaan sayur yang menjadi pilihan..
Kacang buncis, kobis, bayam serta brokoli..
Lebih rela bersilat di dapur dari membeli di bazaar..
Selagi larat aku gigih masak menu untuk berbuka..
Penat memasak akan hilang bila terima ucapan terima kasih dari anak-anak..

Nak kata wajib sangat pun tidaklah kan.. tapi selang sehari mesti ada sambal..
Tak kisahlah sambal apa pun, asalkan sambal..
Tekak ni jadi kurang berselera kalau takde unsur-unsur pedas..

Alhamdulillah anak-anak tak meragam.. bersyukur dengan apa yang dihidangkan..
Sejak pindah tinggal di tempat sekarang, peluang untuk ke bazaar memang tak termasuk dalam senarai..
Itu semua nafsu semata.. beli tak habis lepas tu buang..
Bukan ke itu membazir namanya..
Selagi boleh berjimat kita jimat..


psstt: Hanya kau yang mampu membunuh rasa sakit ini..


Monday, June 29, 2015

#Cabaran20Hari Resepi Hidangan Sahur Paling Ringkas


#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015 diteruskan..


Aku jarang sebenarnya masak ketika sahur..
Hanya dengan memanaskan lauk yang ada..
Menu yang sengaja aku masak lebih ketika berbuka..
Menu itulah yang sama dimakan ketika sahur..
Nak share resepi lagilah aku rasa eerr... ni bukan jiwa aku..
Almaklumlah.. chef hubby yang dominan bila di dapur..
Cumanya untuk tahun ni, kena masak sendiri... sobsobsob..


Ok.. ni dia resepi hidangan sahur paling ringkas yang aku buat pada sahur pertama..

Ikan bilis cili hijau suka hati..

Bahan:
Ikan bilis
Bawang besar (bawang Holland) 1 biji dihiris
Bawang putih 3 biji di cincang halus
Cili Hijau Besar/Cili Benggala dipotong ikut suka

Cara memasak:
Panaskan minyak..
Goreng ikan bilis agak-agak garing, kemudian asingkan..
Tumis bawang besar, bawang putih dan cili besar yang telah dihiris hingga naik bau..
Kemudian masukkan ikan bilis yang telah digoreng tadi..
Gaul rata kemudian angkat..
Sedap dihidang bersama telur dadar yang digoreng dengan planta..


Resepi Telur Masak Kicap suka hati..

Bahan:
Telur ayam 3 biji
Bawang besar Holland 1 biji dihiris
Kicap

Cara memasak:
Panaskan minyak..
Pecahkan telur sebiji demi sebiji di dalam kuali..
Agak bahagian bawahnya dah masak.. masukkan/taburkan bawang yang dah dihiris tadi..
Jangan gaul dulu..
Masukkan kicap manis/masin (ikut selera memasing)..
Tuang jangan terlampau banyak atau terlampau sedikit..
Biarkan beberapa saat, kemudian diangkat..
Telur tadi tidak perlu diterbalikkan sebab aku suka part yang kuning tu separuh masak.
Tapi kalau yang suka masak keseluruhannya, perlulah diterbalikkan sebelum masukkan bawang dan kicap tadi..
Angkat dan hidang..

Maaf.. gambar tiada kerana sepanjang Ramadhan kali ni aku cuba untuk tidak upload sebarang gambar berupa makanan..


Cabaran Hari Pertama di SINI..


psstt: Aku tetap sayangkan kau walau apa yang terjadi..


Sunday, June 28, 2015

#Cabaran20Hari Pengalaman Sahur


Selepas berjaya menyahut cabaran dengan entry di SINI..
Makin seronok pula aku rasa..
Dapat berkongsi cabaran dengan mereka yang turut menyertai..
#Cabaran20Hari..


Tajuk: Pengalaman Sahur..

Zaman budak-budak dulu..
Selagi tak kena kejut, selagi itulah aku tak bangun untuk makan sahur..
Mak akan pastikan kami bersahur..
Sebagai sumber tenaga siangnya..
Zaman budak-budak, mana reti dok dendiam..


Kemudian..
Zaman Remaja Purba..
Mak dah jarang kejutkan..
'Belajar bangun sendiri.. awak bukan budak-budak lagi..'
Dalam pada mak bebel-bebel manja, mak tetap siapkan hidangan untuk kami..


Kini..
Zaman Mak Budak..
Hidup macam roda..
Bila dah jadi mak budak ni, aku pulak yang kejutkan family kecikku..
Kalau aku tak bangun, confirm semua terlajak sahur.

Pengalaman tinggal di tempat aku sekarang ni..
Tiap kali bulan Ramadhan pasti akan kedengaran jeritan..
SAHUR.. SAHUR..
Suara bekas anggota tentera kedengaran di SINI..
Setakat ni baru dua kali aku miss tak dengar suara beliau..
Terlewat bangun.. hehehe..
Moga beliau sentiasa kuat dan sihat dalam menjalani rutin harian hendakNYA..

Terlewat bangun..
Melompat dari katil aku rasa..
Susah hati kalau semuanya tak bersahur..
Kalau aku sorang je takpe.. bila melibatkan family kecikku memang tak sampai hatilah..
Tetap berusaha agar semua sempat bersahur..

Terlajak sahur..
Ini memang cukup dikesalkan..
Biasa berlaku dah dekat nak raya.. tapi baru hari keempat puasa dah terjadi..
Nasib baik hujung minggu jadi takdelah ralat sangat..
Kalau tak, kesian anak-anak.. kekurangan sumber tenaga..
Memang bertabahlah telinga dengar rengekan anak-anak 'lapar' sebab tak bersahur..


Menghayati sunnah sahur ada pelbagai hikmah di dalamnya..
Melatih diri untuk bangun sebelum waktu fajar untuk beribadah kepadaNYA.. selain dari memberi sumber tenaga di siang hari..

Keberkatan dari bersahur..
Memperoleh ganjaran dan pahala dariNYA..
Satu sunnah Rasulullah S.A.W..
Memberi kekuatan dan mengurangkan keletihan di siang hari..
Memberi sedekah kepada mereka yang turut bersahur..
Malaikat mendoakan mereka yang bersahur..


psstt: Berusaha untuk menenangkan diri..



Saturday, June 27, 2015

#Cabaran20Hari Apa Erti Puasa Pada Anda


Dah lama sangat aku tak join mana-mana segmen dalam dunia blog ni..
Kali ni gigih aku cuba untuk turut serta dalam..
#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015

Asalnya aku tengok entry dekat SINI .. eemm.. macam menarik..
Terbayang kenangan masa zaman jadi remaja purba dulu..
Kemudian aku jumpa entry dekat SINI..
Lagilah rasa.. wah.. macam best je #Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015 ni..

Jadi.. sebagai cabaran pertama.. seperti yang telah disenaraikan dalam cabaran tersebut..


Tajuk: Apa Erti Puasa Pada Anda.

Secara umum..
"Menahan diri daripada perkara-perkara yang membatalkan puasa iaitu dari terbit fajar hingga terbenam matahari.. dengan disertai dengan niat."


Puasa kali ni sangat bererti pada aku kerana dapat balik 30 minit lebih awal dari waktu bekerja..
Tersenyum senang kali ni kerana dapat buat persediaan berbuka puasa dengan lebih selesa..
Terima kasih pada My New CEO yang sangat menjaga kebajikan pekerjanya..

Ajaibnya dengan berpuasa, secara tak langsung mampu mengawal diri dan melatih diri dari melakukan perkara yang biasa dilakukan ketika tidak berpuasa..
Mampu mengawal rasa marah..
Mampu mengawal rasa tidak sabar..
Walau tidaklah secara total tapi itulah yang dirasai..

Bila dilatih dan mampu mengawal emosi secara tak langsung akan membawa keharmonian dalam sesuatu hubungan..
Tak kiralah hubungan dengan sesiapapun..
Hubungan denganNYA juga tidak berkurangan malah bertambah bonus dan saham kita.. InsyaAllah..

Selain itu, dari segi bab makan dan minum..
Dalam bulan puasa inilah masa nak kawal pemakanan..
Pola pemakanan turu berubah.. waktu macam nilah sibuk nak kuruskan badan..
Kurus sebab nak sihat tapi bukan sebab nak menunjuk..

Hidup ibarat roda..
Dari kecil.. didikan dari rumah kemudian ke alam sekolah, membawa pula ke dunia pekerjaan dan kini memasuki pula fasa mengajar pula anak-anak berpuasa.. bagi aku hingga kini aku masih belajar dan terus belajar tentang puasa dan kelebihan yang ada dalamnya.. Ini kerana aku tak nak termasuk dalam golongan yang lalai..



psstt: Tegurlah andai aku tersilap langkah tanpa sedar..




Friday, June 26, 2015

DIA yang tentukan rezeki kita..


Dengan bersedekah menghapuskan dosa-dosa kecil sebagaimana air memadamkan api..
Sedekah perkara sunat dalam ibadat zakat di mana ianya perkara yang sangat-sangat dituntut..

Allah menentukan rezeki kita dari segi:
Kekayaan/kemewahan atau kemiskinan..
Sejauh mana kita beribadah kepadaNYA..

Apabila kita telah meninggal dunia, maka terputusnya amalan-amalan kita, kecuali..
Sedekah amal jariah..
Ilmu yang bermanfaat..
Anak yang soleh..
Di mana ganjaran pahala ini diperoleh dari mereka yang mendoakan kita..

Kelebihan beramal jariah akan dijanjikan ganjaran berlipat kali ganda..
Mendapat keredhaan Allah dan para malaikat mendoakan kita..



psstt: Sarat dengan rasa rindu.. semakin subur menjalar di ruang hati..



Thursday, June 25, 2015

Eksklusif takde pada bulan lain..




'SAHUR.. SAHUR..!'
'SAHUR.. SAHUR..!'

Jeritan ini akan kedengaran sepanjang bulan Ramadhan..
Kisah di SINI..


Sebelum pukul 5 pagi setiap hari dalam bulan Ramadhan..
Pasti suara beliau akan kedengaran..
Sanggup bangun awal sebab nak dengar suara beliau..
Eksklusif takde pada bulan lain..



psstt: Awak.. jangan merajuk lama-lama ye.. kita dah lupalah skill nak memujuk ni..



Wednesday, June 24, 2015

Ranking berada di skala 8


Punca dah ada..
Masalah dah tahu..
Jalan penyelesaian je yang bermasalah..
Skala 1 - 10..
Ranking berada di skala 8..
Tiadanya aura positif di situ..
Tawar dan hambar.. gula tak cukup manis untuk digaul bersama..
Kalau sudu hilang.. kacau dengan garfu akan menambah retak sedia ada..

Aku tak boleh nak bercerita.
Makin kucuba makin lebat airmata mengalir..
Makin kupendam makin menjeruk rasa..
Apakah kesudahannya..

Simpati.. no.. no.. no..
Kenapa perlu aku simpati..
Aku dah letih nak jaga perasaan orang.. hingga perasaan sendiri terabai..
Ah!Persetankan semua itu..

Apa jua masalah.. mengadulah padaNYA..
DIA takkan pernah tinggalkan kita walau kita seringkali melupakanNYA..
Jangan sekali-kali mengadu kepada manusia..
Pengalaman telah mengajar..
Jadikan sebagai sumber kekuatan diri.. pembakar semangat..



psstt: Awak.. kita rindu kat awak..



Tuesday, June 23, 2015

Bila Tom and Jerry mula berpuasa


Dah lama rasanya tak bercerita kisah askar-askar Tom and Jerry kat rumah ni..

Semalam cukup 5 hari dak Kakak dan dak Adik berpuasa.. walau ada rengekan lagi sejam nak berbuka sebab tak tahan lapar..
Bukan mudah nak pujuk dalam keadaan letih ni.. silap- silap bertukar hijau aku..
Dak Nuha tak boleh tengok aku dekat dapur..
Ada je yang dia nak.. mengomel dengan biji butirnya yang aku kadang tak faham..
Sudahnya sepanjang Ramadhan ni, dapur adalah kawasan larangan dorang..

Ramadhan kali ni tanpa hubby menemani berbuka puasa bersama..
Jadi apa yang aku masak, itulah yang anak-anak makan..
Dari sehari sebelum puasa hingga la ni, mesti ada unsur ayam dalam masakan..
Demi selera anak-anak yang gigih berpuasa takpelah..
Tapi..
Minggu depan ikut selera ibu pulak ye sebab ibu dah jemu makan ayam.. tengok pun dah tak lalu..

Setakat ni baru sekali terlajak sahur..
Pukul 3 lebih baru nak tidur.. pukul 4:30am dah kena bangun..
Memang aku bangun.. aku off kan bunyi alarm..
Penyudahnya semua tak terlajak..
Apa yang aku boleh katakan.. 'Inilah akibatnya kalau harapkan supermom ni..'
Jadi sila jangan bising merengek kata lapar sebab tak sahur..


Kitaran hidup..
Dulu mak kejutkan aku bangun sahur.. la ni alarm jam yang kejutkan aku..
Tak bangun aku, tak berasaplah dapur..

Dalam pada membebel, tangan lincah menyiapkan kerja rumah..
Dalam marah-marah tetap jua menyediakan keperluan semua..
Supermom yang tiada tandingan..
Tabik spring lah pada semua ibu-ibu semua..



psstt: Kalau dah ada jalan, satu je lagi kena buat.. Tindakan.. benda apa pun kalau takde tindakan takkan dapat apa yang diinginkan..



Monday, June 22, 2015

Pikullah sikit-sikit..


Andai masalah itu terlalu berat..
Pikullah sikit-sikit..
Just go with the flow..


Tak semua masalah yang kita hadapi perlukan penyelesaian dengan segera..
Bila kita dah berusaha untuk cari penyelesaian namun tak jumpa jugak..
Berdoa dan mengadu padaNYA..

DIA dah sediakan penyelesaiannya..
Kadang-kadang DIA bagi masalah bukan untuk kita selesaikan..
DIA hanya nak kita mengadu kepadaNYA sebab DIA rindukan kita..

Ada masalah ---> solat dan doa..
Nak selesai masalah ---> solat dan doa..
Nak rezeki lebih ---> solat dan doa..
Minta petunjuk ---> solat dan doa..

Rezeki mudah masuk.. hidup jadi berkat..
Tiada siapa yang mampu menjaga kita melainkan DIA..
Buat apa yang DIA mahu.. DIA bagi apa yang kita mahu..



psstt: Meluah rasa melontar bicara agar kau memahami..



Sunday, June 21, 2015

Merlin at Channel 702..


Ada perkara yang kita tak mampu tangani walau kita seorang yang hebat..
It's cycle of life..
No more.. No less..
#MERLIN at Channel 702..

Sampai masa kita akan kembali padaNYA..


Lewat malam tadi tengok siri 'Merlin' at Channel 702..
Dalam salah satu adegan..
Naga tu bercakap dia dah penat sebab dia dah tua..
Selagi larat dia akan berkhidmat pada tuannya, Merlin..
Tapi bila sampai masanya dia akan mati juga..
Kitaran hidup..
Tak lebih.. tak kurang..

Hanya kematian..
Kita tak mampu nak halang kerana DIA lebih berkuasa..
DIA lebih berhak pada kita..


psstt: Terfikir.. apa yang telah aku lakukan..


Saturday, June 20, 2015

Bukan mudah nak melaluinya..


Bila aku kata.. Aku nak berubah.. ada ketika terbabas juga..
Janganlah terus menghukum aku..
Maafkanlah jangan membenci..
Ingatkanlah aku.. yang mudah terlupa.. mudah pula terleka..

Lagi lama kau kenal aku..
Lagi banyak kekurangan aku yang kau ketahui..
Sama ada kau sanggup terima atau kau pergi meninggalkanku..
Bukan mudah untuk kita sama-sama melaluinya..

Satu je aku nak pesan..
Jauh mana kau melangkah pergi..
Hanya di SINI mampu menjelaskan maksud disebalik apa yang berlaku..


psstt: Hati.. Aku tahu kau kuat..



Friday, June 19, 2015

Jumaat Pertama Ramadhan 1436H


Semalam..
Alhamdulillah smooth je perjalanan pergi dan balik kerja..
Rutin harian pun takdelah terbalik teruk sangat..
Gagah bersilat di dapur menyediakan menu berbuka puasa walau tidak sihat..


Hari ni..
Masih gagah menyediakan juadah bersahur..
Menjadi supermom ni memang kena kuat sentiasa walau diri tak sihat..
Migrain pulak datang tanpa segan-silu menyerang..
Bertambah rasa berat kepala ni bila tersekat dalam kesesakan jalanraya pagi tadi.. 

Kronologi pagi tadi..
6:50am - Tol Subang Jaya..
Masa ni masih mampu tersenyum lagi.. cerah harapan sampai awal ke pejabat..

Tapi..
Lepas tol menuju susur Federal Highway.. kesesakan bermula..
SATU JAM kemudian baru sampai ke pejabat yang pada kebiasaannya ambil masa tak sampai 20 minit pun..
Harapan yang cerah terus kelam rasanya.. 
Betapa sesaknya Federal Highway..
Betapa bertabahnya aku hadap kesesakan tersebut dalam menahan sakit kepala..



psstt: Nak duduk dalam gelap.. huhuhu..


Thursday, June 18, 2015

Terlakarnya Sejarah dalam Ramadhan 1436H


Berdebar-debar sebenarnya nak melalui Ramadhan kali ni..
Rutin harian akan berubah lebih 90°..

Buat pertama kali dalam sejarah tempat kerjaku..
Sempena kehadiran bulan Ramadhan 1436H ini..
My new CEO bersetuju  membenarkan waktu kerja ditamatkan 30 minit lebih awal..
Ini bagi membolehkan warga kerja melaksanakan persediaan berbuka puasa bersama keluarga masing-masing dengan lebih selesa..
Namun demikian, kelulusan tertakhluk kepada peraturan yang perlu dipatuhi..
Alhamdulillah.. terima kasih Dato'..
Seorang CEO yang very humble dan mementingkan kebajikan pekerjanya..


Cabaran aku dalam bulan Ramadhan kali ini..
Hanya anak-anak akan menemani aku berbuka puasa kali ni..
Tidak seperti tahun lepas chef hubby yang masak..
Alah.. macam tak biasa.. macam tak pernah lalui pulak..
Alah bisa tegal biasa..
Just go with the flow..

Banyak kisah yang kurang baik berlaku dalam 5 bulan kebelakangan ni..
Sampai satu tahap aku nak give up..
Tapi kupujuk hati.. InsyaAllah moga yang retak itu tak terlerai..



psstt: Awak.. janganlah merajuk lama sangat.. kite rindukan awak..


Wednesday, June 17, 2015

Tak kuat hanyutlah jawabnya..


Jika diberi peluang untuk mengundurkan masa..
Apa yang ingin korang lakukan..?

Bagi aku.. belum tentu masa tu akan sama seperti yang diinginkan..
Dari hidup mengenang kisah silam, lebih baik kita berdoa dan seterusnya berusaha..
Kalau tak berusaha kita tak akan dapat apa yang kita nak..
Andai dah usaha tapi masih tak berjaya, pasti ada something yang DIA nak kita sedar..
Sebagai contoh:
Kalau si A tu bukan hak kita.. kita usaha macam mana pun tetap takkan jadi milik kita.. pasti ada je halangannya..

Jadi.. kita perlu kembali kepadaNYA..
Muhasabah diri..
Yakin pasti ada hikmah disebaliknya kenapa jadi macam tu..
DIA takkan bagi dugaan itu pada kita andai kita tak mampu nak menghadapinya..

Life must go on..
Pengalaman mematangkan fikiran..
Kalau kita tak dapat dengan cara A, kita guna pula cara B..
DIA bagi kita akal untuk mencorakkan masa depan yang lebih baik dari sebelum ni..
Tapi kalau ruang dah diberi, masih juga tak nak usaha, dialah manusia yang paling rugi.. hi hi bye bye lah jawabnya..



psstt: Tak kuat hanyutlah jawabnya.. Tak usaha tak ke manalah jawabnya..



Tuesday, June 16, 2015

Berlawan dan berjuanglah..


Kita sememangnya tidak mempunyai kuasa untuk melawan kehendak dan ketentuan Ilahi.
Dugaan dan cabaran yang datang bukan saja-saja diberikan olehNYA..
Kita sendiri perlu berlawan dan berjuang agar kehidupan akan datang menjadi lebih baik daripada hari ini..
#NovelYouAreMyMr.Right


Jaga hati sendiri dulu sebelum nak jaga hati orang lain..
Orang lain belum tentu nak jaga hati kita dengan baik..



psstt: Diam bukan bermakna aku kalah, diam juga bukan bermakna aku mengalah..


Monday, June 15, 2015

Selamat Kembali ke Sekolah


Rutin harian kembali padat..
Dak Kakak dan dak Adik kembali ke sekolah selepas habis musim cuti persekolahan bagi pertengahan tahun..
Kuranglah adegan 'Tom and Jerry' dak Adik terhadap dak Nuha..
Kalau tak.. kesian pada pengasuh.. stress dengan kerenah dak Adik..
Kuat nau menyakatnya..

Jalanraya kembali sesak.. memang tak dapat nak elak..
Semua nak cepat sampai ke destinasi agar tak terlewat..


psstt: Rasa sayu nak bertemu Ramadhan kali ini..



Sunday, June 14, 2015

Terimbau kenangan lalu..


Sejuk je rasa pagi ni..
Hujan membasahi bumi disulami bunyi katak bersahutan..
Mengembalikan nostalgia ketika tinggal di kampung..
Betapa rindunya aku.. hinggakan adanya entry INI..

Merenung ke luar menikmati hujan yang turun sambil menulis di sini..
Terbayang sedang menikmati ubi rebus dicicah dengan kelapa parut dan juga kopi O panas..
Oh!Asyiknya kurasakan..
Tak boleh jadi ni..
Waktu macam ni tekak dengan perut boleh kamceng pulak dengan otak..
Biasa.. asyik bertekak je tak nak makan..

Bila hujan waktu pagi macam ni..
Terasa liat je nak heret badan ni menguruskan rutin harian..



psstt: Selamat kembali ke sekolah buat semua yang memulakan persekolahan hari ni..



Saturday, June 13, 2015

Api dalam kaca.. Air dalam besi..


Menulis di sini sambil mendengar katak bersahutan..
Bingit tapi mengasyikkan..
Kalau tinggal di tengah bandar ni, katak pun lebih rela berdiam diri..
Tapi di sini..
Anak katak pun berani meloncat masuk dalam rumah..

Teringat ketika aku membesar di kampung arwah Wan aku..
Bunyi katak yang bersahutan lepas hujan..
Lebih-lebih lagi waktu pagi..
Lagilah rasa nak tarik selimut..
Terasa nikmatnya dapat sambung tidur sambil ditemani alunan bunyi katak..
Suhu yang sejuk menambah rasa liat nak bangun..
Waktu mandi pun rasa nak skip je..
Terbayang betapa sejuknya air perigi di kampung..
Manisnya kenangan tu..

Merasalah aku tidur bertemankan pelita minyak tanah, lampu gasolin..
Merasalah aku mandi air sejuk seawal pukul 6 pagi di perigi sebelum ke sekolah tiap hari..
Merasalah aku masukkan air dalam cawan getah ketika arwan Wan sibuk motong getah..
Merasalah aku panjat pokok rambutan dengan langsat ketika musimnya..
Merasalah aku jalan dalam gelap hanya ditemani cahaya dari lampu suluh dan paling rare hanya menggunakan kertas yang dibakar menyuluh jalan..
Merasalah aku tengok tv hitam putih..
Merasalah aku masuk hutan.. ni sebab kena paksa dengan bapak sedara aku..
Dah aku dengan adik aku je yang tinggal dengan arwah Wan masa tu, memang kena jadi 'jantan'lah kalau pakcu aku ada..
Memang melasak jelah aku masa tu..

Indahnya kenangan masa tu..
Pengalaman yang tak mungkin berulang..
Sekarang dah lain..
'Api dalam kaca, air dalam besi..'
Merujuk kepada lampu kalimantang dan air paip..
Aku rasa kalau anak-anak aku alami situasi macam zaman aku dulu, mahu menangis tak nak balik kampung..
Elektrik takde dah merengek kepanasan..
Air takde dah mengeluh..

Sekarang..
Alhamdulillah..
Rumah arwah Wan dah diterangi lampu elektrik dan air paip..
Tak perlu dah nak bersusah-payah macam dulu..
Dan..
Bunyi katak masih bersahutan ketika aku mengakhirkan penulisan kali ni..



psstt: Rindunya aku pada arwah Wan dan Atok.. Al-Fatihah buat mereka..



Friday, June 12, 2015

Tempahan kuih raya kini dibuka..


Tak sampai seminggu lagi Ramadhan bakal menjengah..
Berdebar-debar rasanya nak berhadapan Ramadhan kali ni..
Entahkan sempat merasa entahkan tidak..


Di pejabat..
'Serangan' emel tempahan kuih raya dah berlumba-lumba memasuki inbox..
Lagi galak emel-emel sebegitu menerjah masuk inbox aku, galak lagi aku mendelete..
Bukan tak suka cuma aku kurang berminat untuk membeli..
Buat sendiri..?
Tak terfikir lagi setakat ni..

Eh!Ramadhan belum pun menjelma dah fikir nak raya..
eerrr.. aku..?
Just go with the flow and be happy..


psstt:
Kata dari seorang kakak..
'Sebelum nak senangkan orang lain, fikir dan pentingkan diri sendiri dulu..'



Thursday, June 11, 2015

Jangan dikejut gergasi yang sedang tidur..



Baru la ni nak dapat rentak jenguk di sini..
Semalam dan kelmarin aku terlibat dengan bengkel QE & 5S di pejabat..
Ada masa nanti aku share, kalau takde masa kita cerita hal lain..


Rutin harian..
Sama seperti semalam.. kelmarin dan sebelumnya..
Cuma gangguan pada emosi aku..
Bak kata rakan dalam FB..
'Jangan dikejut gergasi yang sedang tidur..'
Sekadar nak mengingatkan pada yang tak faham bahasa..
Tak kena diri sendiri bolehlah segala macam ayat bentuk penyata tersembur keluar..



psstt: Oh!Jerawat.. kenapalah kau berkenan sangat muka aku ni.. stress aku tau..



Wednesday, June 10, 2015

Talam Dua Muka dalam kehidupan kita..


Kecewa..
Mengecewakan..
Dikecewakan..
Its a part of colors in life..
It makes our life looks abstract..
Its always happen that the abstract things is expensive and some of it is priceless..
Sumber Raja Shamri's FB..


Talam Dua Muka..
Peribahasa yang membawa maksud..
Berbuat baik di hadapan kita sedangkan di belakang mengumpat mengata..

Adakah sejarah akan berulang..?
Setakat apa yang dah berlaku.. tarak hallah..
Bukan kau yang laluinya..
Sebaliknya aku berterima kasih..
Telah membuka mata hati aku dengan sikap kau itu..

Mengadulah kepadaNYA.. itu lebih menguntungkan..
Jangan bercerita meluahkan rasa kepada sesiapa..
Merugikan diri.. memalukan diri..


psstt: Tanpa usaha kita takkan dapat apa yang kita inginkan..



Monday, June 8, 2015

Hati sendiri retak..


Now..
Masa untuk rileks..
Jangan ikutkan sangat rasa hati..
Aku percayakan hati aku..
Moga ada jalan penyelesaian terbaik..
Keutamaan adalah pada diri aku.. sebelum nak fikir tentang orang lain..
Jangan disebabkan terlampau jaga hati orang sampai hati sendiri retak..

So..
Rileks.. sibukkan diri dengan kerja..
Moga mata hati dia terbuka untuk melihat situasi yang lebih baik dan matang..


psstt: Diam bukan bermakna aku kalah..



Sunday, June 7, 2015

Just go with the flow and be happy


Kecewa..
Sedih..
Marah..
Sakit hati..
Bersarang dalam jiwa..
Ujian apakah ini..?

Semakin goyah kali ini..
Bila rasa peritnya berhadapan situasi..
Sampai bila nak macam ni..?
Aku tak mampu nak menanggung seorang diri..?
Apa pilihan yang aku boleh buat..?



psstt: Hidup nak senang tapi tak nak usaha.. huh..!!



Saturday, June 6, 2015

Kawalan keselamatan terjejas


Apa ye nak update hari ni..?
Nak berjalan aku malas nak drive..
Duduk kat rumah aku takut..
Mana taknya.. tekak ni gedik nak makan je..
Kawalan keselamatan pada berat badanku terjejas jadinya..

Cuti sekolah kali ni aku tak berhajat nak hantar dak Kakak dengan dak Adik balik kampung..
Nak kata dorang bosan takde pulak dorang request apa-apa..
Ada je aktiviti dorang dekat taman perumahan aku.. takdelah aku kawal ketat macam selalu..
Bagi ruang dorang rileks santai sikit..

Selamat berhujung minggu buat semua..



psstt: Merenung ke luar jendela..




Friday, June 5, 2015

Walau aku bukanlah yang terbaik tapi percayalah..


Dah lama hubby tak outstation..
Bila sesekali takde dekat rumah.. anak-anak mencari..
Bangun pagi tadi..
Alhamdulillah.. memasing mendengar kata..
Pergi kerja pun smooth je jalan.. cuma bila dah masuk Federal Highway tu eemm.. pepaham jelah..

Rutin harian..
Macam biasa.. sesekali perasaan tak enak hadir, itu yang kekadang entry dalam blog pun jadi semacam..
Nak luah tak boleh.. kubagi hint..
Tak faham jugak ku print screen..
Malas nak faham.. ok.. ku cari lain.. kahkahkah..

Hari ni..
Sambil menaip ni sambil terfikir nak bercerita apa..
Bukan takde idea.. cuma kebanyakkan dari idea tu lebih menjurus emosi dalaman aku..
Jalan terbaik.. biarlah kita bercerita secara santai.. yang tidak melibatkan emosi bagai..

Maafkan aku..
Aku belum sempat nak membalas kunjungan..
Bila tengah free, aku uruskan hal aku.. jadi setakat ni blog bukan keutamaan aku..
Tapi di sinilah tempat aku luahkan perasaan pelik-pelik yang ada dalam diri ni..
Terima kasih pada semua yang memberi pandangan dan nasihat..
Aku cuba perbaiki mana yang kurang.. muhasabah diri kerana aku bukanlah sebaik yang disangka..

Dah lama sebenarnya aku tak berada di dalam keadaan macam ni..
Menaip apa saja yang terlintas difikiran..
Alah.. cakap jelah nak test kepantasan menaip.. kehkehkeh..

Moga aku berada dilandasan terbaik.. fikir yang baik-baik.. buat yang terbaik..
Walau aku bukan yang terbaik tapi percayalah.. kau tetap dalam hati dan ingatan..
'Menuju aku kepadamu.. jadi satu.. meraih kasih kita..'
'Jauh terbawa lukisan hatimu..'


psstt: Berdebar-debar kerana dirimu..



Thursday, June 4, 2015

Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) di Final Piala FA 2015



Entry tersadai lama dalam draft..

Umum telah mengetahui keputusannya.. suka atau tidak itulah kenyataannya..
Tahniah buat Lion XII yang memenangi Piala FA 2015 buat kali pertama..
Buat semua skuad negeri dalam Malaysia, berusahalah dengan lebih gigih agar dapat mengambil semula piala tersebut.. Jangan benarkan melangkaui sempadan negara kita lepas ni..

Tapi bukanlah itu kisahnya yang aku nak share di sini..
Sebaliknya..

Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) telah turun padang bersama sukarelawan untuk mendidik dan memberi kesedaran kepada penonton yang hadir ke stadium untuk MENJAGA KEBERSIHAN..

Seawal pukul 4pm, mereka telah berada di sini..



Diletakkan banner, bunting, iklan yang besar untuk mendapatkan kerjasama daripada penonton..


Berusaha mendidik masyarakat/penonton melalui kempen Zero Sampah selepas pertandingan..

SWCorp telah melakar sejarah..




Walaupun tidaklah berjaya bersih sepenuhnya, namun syabas dan tahniah buat mereka..
Bukan mudah nak mengurus sampah dari lebih 80K penonton..
Kelemahan awal yang dikenalpasti adalah dari segi kemudahan tong sampah amat terhad..
Masih banyak lagi perkara yang perlu diberi perhatian..
Sebagai contoh: Tong sampah yang disediakan dan sekiranya tidak disediakan apa peranan kita..

Moga kita akan lebih prihatin dan improve ke arah menjadikan masyarakat Malaysia minda kelas pertama dan negara bersih, indah dan sejahtera..

Apa-apapun great job buat SWCorp dan jutaan terima kasih kepada pihak-pihak yang terlibat membantu menjayakan usaha tersebut.

*sumber adalah dari rakan yang bekerja di SWCorp..



psstt: Berubahlah demi kebaikan bersama..



Zaman GST.. Zaman High Blood Pressure


Come on lah..
Please wake up..!
Ni bukan zaman Fairytale..
This is a real life..!
Zaman GST..
Zaman High Blood Pressure..
Don't make me do 'some proposal..'
On that time.. for sure you'll regret..


Nak luah tak boleh..
Nak kunyah terlalu pahit..
Nak telan tak sanggup rasanya..
Terkebil-kebil menahan rasa tak enak..
Bertabahlah semua deria yang ada..



psstt: SABAR kunci utama.. tapi andai kunci tu terbuka.. aku tak mampu dah nak berpaling semula..



Wednesday, June 3, 2015

Lontar Peluru dalam Sukan Tahunan Sekolah SKBK


Hari terakhir sebelum cuti sekolah pertengahan tahun bermula..
Acara Sukan Tahunan telah diadakan di SKBK dak Kakak..

Aku tak meletakkan harapan pada dak Kakak sebab dia tak menunjukkan minat dalam acara balapan..
Berbanding dak Adik.. biasalah budak lelaki.. mana boleh tak join..
Kli ni dak Adik tak menang apa-apapun..
Tapi..
Dak Kakak pulak yang dapat..
Tak sangka aku.. sungguh.. terkejut jugak..
Acara yang aku tak pernah terjangkau dek fikiran dak Kakak boleh menang..
Sebab dia takde pulak nak bercerita dengan aku acara apa yang dia masuk..

Tempat Ketiga Lontar Peluru..


Tahniah kakak..
Ibu cemburu tau.. sebab zaman ibu dulu takde acara ni..
Tapi kalau ada pun, aku tak masuk sebab aku lebih menyinar dalam acara balapan.. kihkihkih..
Seronok kakak, dahlah itu pertama kali dia join.. tak sangka boleh menang..
Tahun depan, aku nak spend masa untuk hari sukan sekolah dorang..
Apa-apapun tahniah buat dak Kakak..
Cuba dan usaha lagi buat dak Adik..



psstt: Sayang awak.. rindu awak..


Tuesday, June 2, 2015

Cubaan demi cubaan


Pukul 12 tengah malam tadi..
Dalam cubaan mengupdate blog..
Tidak berjaya..
Tersengguk-sengguk menahan kantuk selain keletihan..
Shut down lappy.. zzzzz...


Pukul 5 pagi tadi..
Dalam suasana yang membingit dengan bunyi katak bersahutan selepas hujan..
Cuba mencari rentak..
Bukanlah tak berjaya langsung..
Tapi hanya mampu disimpan dalam draft..
Nak publish ke tak.. nak bagi orang baca ke tak..?
Ok.. tak jadi..


Pukul 7 pagi tadi..
Masih tercangak-cangak di sini..
Idea ada tapi masih kuncup tak mengembang seperti Akar Fatimah..


Pukul 10 pagi..
Dalam cubaan demi cubaan nak update blog..
Sudahnya aku berada di Klinik Pediatrik, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM)..
Menemani dak Adik mendapatkan rawatan susulan..
Ala ni kes hujung bulan Februari lepas..
Dekat seminggu dak Adik check in dalam Wad Pediatrik, PPUM..

Selesai urusan.. barulah terasa lapar ya amat..
Tahulah nak slim.. takmo gemok.. takkan makan pun sampai terabai..
Selesai semua urusan akhirnya pukul 3 petang tadi tersadai di rumah..
Penat dalam cubaan menyelesaikan beberapa perkara..
Tapi bila nak rehat, teringat pulak yang blog belum berupdate..
eemm..sekali baca macam dah berjam-jam aku cuba nak update blog..
Dah petang dalam hujan yang tiada kesudahan, akhirnya..
Berjaya aku publish entry ni..



psstt: Bertahan dan terus bertahan..



Monday, June 1, 2015

Kita ni dah dicabut nyawa baru nak rasa sesalnya..



Kini hampir setengah tahun kita berada dalam Tahun 2015..
Alhamdulillah dengan rahmat dan nikmat dariNYA kita masih mampu menjalani rutin harian..

Memetik kata-kata salah seorang fasilitator dalam program yang aku hadiri baru-baru ni..
DIA bagi yang terbaik pada kita setiap hari..
DIA tak suka pun, DIA tetap bagi nikmat dunia pada kita..
Nikmat yang DIA bagi adalah untuk memudahkan kehidupan kita..
Jangan menjadi hambaNYA yang tidak tahu bersyukur..

Bagaimana nak tau rasa syukur dalam diri kita..?
Bila nikmat hilang baru kita terasa..

Sebagai contoh: bila tiada kasih sayang dari ibubapa.. suami.. isteri..
'Kalaulah mereka ada..'
Kita ni bila dah dicabut nyawa baru nak rasa sesalnya..
Maka gunakanlah masa yang ada sebaiknya..
Peringatan juga untuk diri aku yang masih banyak kurangnya..


Buatmu MEI.. terpahat kukuh dalam ingatan hadiah teristimewa yang kuterima..
Buatmu JUN.. berdebar-debar nak menyambut Ramadhan yang bakal tiba tak lama lagi..



 psstt: Kalau hari ni kita lebih baik dari semalam, kita adalah orang yang beruntung..






Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...