Followers Remaja Purba

Sunday, May 31, 2015

Antara Keutamaan dan Kehendak diri..


Berehat di rumah memang mengasyikkan..
Lebih-lebih lagi bila mengelat dari melakukan rutin harian..
Sesekali bukan selalu..
Memang sengaja aku memilih untuk berehat di rumah..
Ikutkan rasa hati.. aku lebih suka 'mengukur jalan'..
Sebagai terapi minda.. dapat menikmati pemandangan sepanjang jalan..


Tapi..
Adakala aku terpaksa lepaskan apa yang aku suka dalam hidup.. sebab ada perkara yang perlu diutamakan berbanding kemahuan sendiri..


psstt: Aku masih tak faham kenapa dirimu tak nak cuba dan usaha demi kelangsungan hidup..?? Sungguh aku tak faham..!!


Saturday, May 30, 2015

Nak kurus takmo gemuk..


Pagi tadi layan Filem lama.. Cikgu Romantik..
Tengok lakonan Jasmin Hamid..
Perghh.. flat gile perut dia..

Sambil tengok perut dia, sambil tengok perut sendiri..
Memang jauhlah beza kan..
Lemak yang ada ni gedik tak nak pindah keluar..

Sebelum ni BMI aku berada dalam kategori overweight..
Dah macam nak masuk game tinju pulak.. hehehe..
La ni BMI aku dah masuk paras normal tapi kat border line lagi..
Unstable.. bila-bila masa boleh naik balik..

Kenalah usaha kawal pemakanan..
Slow and steady tapi hasilnya memuaskan hati..

eerrr...
Nak kurus.. takmo gemuk..
Nak slim.. takmo debab..
Jangan berangan tanpa usaha..



psstt: Menunggu dan terus menunggu..



Friday, May 29, 2015

Selamat Pengantin Baru buat cousin di Muar


Entry terperam lama dalam draft..
Sambungan dari SINI sebenarnya..

Masih ada bangunan lama di Pekan Masjid Tanah.. cuma jarum jam ni tidak lagi berfungsi..


Percutian pendek aku ke Selatan..
Memenuhi undangan jemputan perkahwinan adik sepupu aku di Muar..


Dalam perjalanan ke Muar..
 
Pintu Kawalan Pasang Surut Klebang, Negeri Melaka..
Sekadar lalu buat 'lintas hormat' di coconut shake Klebang tanpa membeli..

Dah selalu lalu sini pun masih nak ambil gambar lagi..

Suka tengok ni.. cantik..


Sebenarnya takdelah jauh mana nak ke Muar tu.. tapi sebab nak berjalan-jalan..
Nah.. amik.. hubby bawak jalan jauh..
Cuci mata.. buat terapi minda tengok kiri kanan sepanjang perjalanan..


Di rumah pengantin..
 Selamat Pengantin Baru buat Ida dan suami..
Moga kekal bahagia hingga ke akhir hayat..



Majlis dimulakan agak lewat, menunggu hujan berhenti..
Namun demikian majlis tersebut berjalan dengan lancar dan baik.. Alhamdulillah..
Pertama kali aku hadiri kenduri kahwin yang masih mengamalkan amalan 'tol'..
'Bayaran tol' untuk melepasi halangan yang ada sebelum dapat bersama pasangan di pelamin..
Tidaklah beria-ia, sekadar suka-suka ceriakan keadaan dengan 'bayaran tol' tersebut..

Majlis akad nikah dibuat di rumah.. simple but nice hiasannya..



Puas bergambar.. puas borak.. puas menyakat.. masa untuk balik..
Dalam perjalanan balik, haruslah singgah di sini..
Terapi minda di kedai kain di Pekan Tangkak..


See.. kan aku dah cakap..
Hubby bawak pusing jalan jauh.. memang seronok tapi penat.. lama nau atas jalan..


Sudahnya.. singgah kat sini..
Salah tempat sebenarnya, tapi takpelah.. rezeki peniaga di situ..




Last but not least.. singgah rumah Pak Ngah aku di Tampin, Negeri Sembilan..
Bayangkan.. dari pagi membawa ke malam kami berjalan..
Hampir tengah malam kami selamat sampai di rumah..
Alhamdulillah.. smooth je perjalanan pergi dan balik kampung ke Selatan..



psstt: Masih ada lagi ke tailor nak terima tempahan baju untuk raya ye..?



Cuti Persekolahan Pertengahan Tahun 2015 bermula


Yeeehaaaa...
Musim cuti persekolahan bermula..
Anak-anak happy.. mak budak riang..
Tak payah nak kelam-kabut..

Balik sekolah petang semalam..
"Adik.. amik kasut sekolah letak dalam bilik air.. nanti senang nak basuh.."
'Ibu.. esok sekolah lagilah.."

Ooo.. laa ye ke..? Ingat dah start cuti..
Hehehe.. aku pulak terlebih semangat macam aku yang cuti..

Belum ada plan nak bercuti..
Kena kawal sikit perbelanjaan.. memandangkan Ramadhan semakin mendekat..
Takpelah Kakak.. Adik.. Nuha.. yang penting korang sihat..
Cuti sekolah ni hadap jelah muka ibu ye.. kihkihkih..



psstt: Kenangan.. kalau semudah mendelete data.. eeemmm..



Thursday, May 28, 2015

Hati.. aku tahu kau kuat..




Cuba mencari kedamaian hati lagi..

 
Hati..
Aku tahu kau kuat..
Kalau tak kuat.. takkan kita masih bersama..


psstt: Andainya kutermampu leraikan kekusutan yang ada..



Wednesday, May 27, 2015

Selesai sudah program Teambuilding - Realising Team Spirit siri 2


Sambungan dari SINI..
Entry terakhir ni agak panjang dari biasa.. penutup pada program yang dihadiri..

Hari Ketiga.. 17 Mei 2015 (Ahad)

Pagi tersebut kami menerima kejutan di mana CEO kami sanggup meredah Tasik Banding demi melihat keadaan kami.. Meredah pulak hujan lebat.. memang terbaiklah Dato'..

Memandangkan pagi tersebut hujan renyai-renyai, maka aktiviti pagi di darat dibatalkan..
Tugasan terakhir kami sebelum sarapan pagi.. sesi mengemas mengutip sisa-sisa sampah yang ada disekitar tempat di mana aktiviti darat kami lakukan di SINI dan SINI..


Pagi-pagi semangat nak Stretching tapi tak jadi sebab hujan..
Sudahnya.. tiada lain selain dari wefie.. selfie..


Masing-masing sabar menanti keputusan penuh bagi aktiviti yang telah dibuat..

Summary.. De-Briefing.. Conclusion.. Closing Ceremony.. in the houseboat..


Acara kemuncak bila mana keputusan penuh diumumkan..
Tempat Keempat---> Team MERAH
Tempat Ketiga ---> Team BIRU
Tempat Kedua ---> Team HIJAU
Tempat Pertama ---> Team Oren

Hadiah buat Tempat Pertama..
Penginapan 2 hari 1 malam di Royal Belum.. wah.. untung arr korang..
Frust tak dapat sebab aku aim team aku untuk jadi Juara..


TAPI..
Tetap bersyukur.. walau hanya Tempat Kedua..
Hadiah merupakan 1 hari di Gopeng Caving & White Water Rafting..
Oklah kan dari takde.. belum tahu bila nak pergi..


Bersama Tenaga Pengajar, Juruletih dan our CEO..


Bersama hadiah kemenangan..


Bersama En. Mustafa dan En. Rafee


Selepas makan dan sebelum balik..
Last minute plan.. ronda sekitar tasik menaiki bot laju..


Empangan Tasik Temengor..

Sementara kami meronda sekitar tasik.. ada yang ambil kesempatan berakit.. ada yang terjun dari houseboat ke dalam tasik..
Bila kenangkan balik.. wah.. rugi tak join.. sebab masa ni aku dah siap tukar baju..
Boleh je sebenarnya bersiap dalam houseboat on the way back to Jeti tapi aku tak suka kelam-kabut..


sobsobsob..
Selamat Tinggal Pulau Pendidikan, Royal Belum, Perak..
Takde kenangan pahit pun kat sini.. semua best belaka..



Tempat penternakan ikan talapia untuk diexport ke pasaran luar negara..
Besar dan luas tempat penternakan ikan tu..
 

Kenapa jadi macam..?

Nampak tak.. nampak tak..?
Tabik hormat dengan jayanya bila mereka berjaya melepasi houseboat kami..
Mentang-mentanglah houseboat yang kami naik tu paling slow antara yang lain..

Dalam houseboat tu, aku sempat join layan karaoke lagi..
eerrr.. kepada abang houseboat tu, harapnya video kami menyanyi dan  menari tu tak di viralkanlah ye..


Selfie terakhir sebelum sampai ke jeti Tasik Banding..


Kenangan yang tertinggal..

Tahniah buat kita semua kerana berjaya mengharungi 3 hari 2 malam jauh dari dunia luar..


wefie terakhir sebelum bergerak balik ke P.J..


Gambar terakhir sebelum bateri cik Nikon padam sepenuhnya..


Alhamdulillah.. smooth je perjalanan balik..
Selamat tiba di office dekat pukul 10pm..
Takde sesi menjemput pun.. balik sendiri..



Akhirnya lengkap sudah kisah disebalik program Teambuilding - Realising Team Spirit siri 2 yang kuhadiri pada 15 - 17 Mei 2015 di Pulau Pendidikan, Royal Belum, Perak.
Team Siri 3 dah balik baru siap entry aku ni..

Buat Jurulatih.. En. Zali (BOA)..
Jurulatih En. Zali terlibat dalam kemalangan dalam perjalanan pulang di Gerik selepas program Team Building bagi siri ketiga ahad lepas..
Kenderaan yang beliau naiki telah dirempuh dari hadapan.
Kecederaan yang dialami agak teruk..
Moga beliau cepat sembuh hendakNYA..




psstt: Ingatlah.. diamku bukan bererti aku mengalah..



Tuesday, May 26, 2015

The Largest Gathering of PERODUA MYVI Cars at SCC


24 Mei 2015.. Ahad di Setia City Mall (SCC)

Kalau tak kerana perlawanan akhir Piala FA, pasti malam tu dah terpacak di Setia City Mall tu..
Tarikan menarik malam tu.. adanya belon panas.. nasib baik dak Nuha tidur..
Dan aku 'tumpang lalu' je depan SCC tu..

Pagi Ahad tu..
Baru kutahu bila adik hubby send gambar..
Rupa-rupanya..
Perodua telah menganjurkan 'Myvi Nation' sempena meraikan ulangtahun ke-10 Myvi..
Seramai 2,613 pemilik Myvi telah mengambil bahagian dan telah mencatat rekod baru di dalam Malaysia Book of Records sebagai perhimpunan kereta terbesar di Malaysia.

Bertempat di SCC tersebut juga, Perodua telah melancarkan Myvi edisi Komemoratif di mana hanya 12 unit sahaja yang dihasilkan dan berada di pasaran Malaysia.
Dari 12 unit tersebut, hanya 10 unit sahaja yang akan dijual, manakala lagi 2 unit adalah untuk pertandingan yang dianjurkan oleh Perodua.. 

Apa yang menarik tentang Myvi model edisi terhad ini?
Bahagian mekanikalnya masih sama dengan Myvi 2015 yang dilancarkan pada Januari lalu iaitu enjin 3SZ-VE 1.5 liter 16V DVVT yang mampu memberikan kuasa sehingga 76kW pada 6,000 rpm dan tork setinggi 136Nm pada 4,400rpm. Ia turut dipadankan dengan transmisi automatik

SUMBER dari SINI..


Sengaja nak merasa sesak dengan lautan manusia, gagah hubby menemani aku ke sini..


Masa aku sampai, belon panas ni dah takde.. 
Takdelah sesak mana pun.. aku sendiri pun tercangak-cangak kat tengah padang depan SCC tu.. 

Apa yang menarik..?
Entah.. sebab aku bukan pemilik Myvi..

Model baru Perodua.. untuk cabutan bertuah..

Peserta yang bertuah dengan hadiah kemenangan Myvi edisi terhad..


Adik hubby je yang tunggu cabutan bertuah sebab beliau antara salah seorang pemilik Myvi..
Aku pulak buat terapi minda kejap dalam SCC tu dengan anak-anak, lepas tu gerak balik..
Lagipun kami kepenatan berjalan seharian semalamnya..
Balik rumah.. rehat..




psstt: Hanya tinggal kenangan..



Monday, May 25, 2015

DAY 2 (Part 2).. Program Teambuilding – Realising Team Spirit di Royal Belum, Perak


Sambungan dari SINI..

Selesai explorace part I di sebelah pagi.. kita layan explorace part II di sebelah petang pulak..
Pagi dah lencun di tengah tasik.. petang kat atas darat pulak..

Confident siap tukar baju.. ingat takde dah bermain dengan air..


Ada 4 acara di darat yang perlu diselesaikan..


Dan..
Ini yang buat aku tukar semula baju..
Ingat tak kena dah memain air ni.. sekali nah.. memang mandi lepas tu..
Tong biru besar ditebuk dan air perlu diisi memenuhi tong tersebut dalam masa yang ditetapkan..

 
Pelbagai gaya boleh dilihat dalam usaha tersebut..


Bangga.. sebab team terakhir yang menang..
Lenguh tangan menahan lubang yang ada tapi berbaloi dan puas hati..


Peluang diberikan.. selepas selesai semua aktiviti..


Flying Fox..
Alah.. celah jemari je.. kecut perut.. memula je.. lepas tu main lagi.. kihkihkih..



Lepas minum petang.. aktiviti santai.. sementara nak tunggu BBQ malam tu.. 

Jurulatih En. Zali (berbaju putih) terlibat dalam kemalangan dalam perjalanan pulang di Gerik selepas program Team Building bagi siri ketiga petang semalam..
Kenderaan yang beliau naiki telah dirempuh dari hadapan.
Beliau kini ditempatkan di Wad 5A, HRPB, Ipoh.
Moga beliau cepat sembuh hendakNYA..


Aktiviti malam.. hari kedua..
Acara kemuncak.. BBQ time..

Gambar atas tu adalah markah-markah setiap kumpulan..
Gambar bawah bersama ikan toman tasik..


Bila sorang dah mulakan, makanya.. kita wefie beramai-ramai..


Ketenangan yang kucari.. tertinggal di sini..


Malam tu tiada aktiviti dijalankan selain dari menternak lemak yang ada dan melembutkan urat-urat yang tegang selepas seharian aktiviti melasak..
Juga masa untuk mengemas.. tak sabar nak balik esoknya..


Bersambung..
Bila nak habis daa..



psstt: I still think of you..



Steamboat dan Final Piala FA


Ok.. skip dulu kisah Royal Belum aku yang belum berkesudahan itu..


23 Mei 2015.. Sabtu

Tahniah buat Lion XII..
Juara Piala FA 2015 bagi siri ke 26..
Permainan yang menarik.. mampu mengawal emosi.. tabik spring kat korang..
Buat Pasukan Kelantan..
Tahniah juga walau telah cuba sehabis daya.. ssyyy.. jangan sedih ye.. usaha lagi..


Pagi Sabtu..
Menjenguk bapa saudara aku di Semenyih..
Rindu.. dah lama tak jumpa..
Dalam perjalanan, bertembung dengan bas Young Warriors.. Kelantan FA..
Sanggup minta hubby pandu slow sebab nak ambil gambar..


Aku rasa dorang pergi makan Sate Kajang masa tu..



Dari rumah sampai ke Semenyih mencari tempat makan, akhirnya KFC menjadi pilihan.. pilihan dak Nuha sebenarnya.. ikutkan jelah tekak anak-anak.. janji dorang tak merengek lapar..

Gelagat anak-anak selepas makan..
Dak Adik cool je.. dak Nuha yang over gedik..




Di rumah bapa saudara a.k.a pakcu..
Aku dah bagitahu nak datang cuma malas nak bagitahu dah sampai.. sebab tak nak susahkan dorang masak itu ini untuk kami..
At the end.. kena jugak tunggu pakcu siap masak.. baru boleh balik..
Pakcu aku pandai masak ai tell you..
Teringat mengandung sulung dulu..
Teringin nak makan daging rendang yang pakcu masak, takmo orang lain buatkan..
Pakcu sanggup masakkan demi aku.. sobsobsob..
Sayang pakcu.. muaaahhh..


Dah lama tak rasa air tangan pakcu..
Rezeki hari tersebut..
Dapat merasa cendawan masak lemak cili api dan jugak sambal ayam hutan..



Malam..
Sampai rumah sebelum sepak mula..
Aku dari awal dah request dari hubby nak makan steamboat sambil layan Final FA..


Menikmati steamboat di rumah..




psstt: Rasa berdebar-debar hati ini ntah kenapa..




Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...