Followers Remaja Purba

Thursday, April 30, 2015

Gara-gara Razif Hashim on AFC


Jumaat hingga Isnin..
Cuti panjang..
Tengah buat draft hala tuju ke mana..
Lepas tu susun jadual..
Tunggu confirmation dari big boss..

The most important thing is..
Tempat makan haruslah yummylicious..
Ni gara-gara Razif Hashim lah ni..
Best in the World on Asian Food Channel..
Buat aku rasa tergoda dengan menu yang nampak macam sedap tu..
Diet..? eemm..


Tak dapat pergi kat semua tempat, dapat pergi salah satu tempat pun dah yummylicious dah..
Ok.. my chef hubby..
Mohon dipertimbangkan permohonan ni ye..

Perancangan hala tuju adalah meliputi 3 buah negeri di selatan tanahair..
Moga perjalanan pergi dan balik selamat hendakNYA..



psstt: Hati tak tenang.. hati tak keruan bila kau diam membisu..



Kan aku dah kata .. aku takkan lepaskan..!!



Bila ada manis pasti ada pahit dalam hidup kita..
Bila ada gembira pasti ada sedih dalam hidup kita..
Bila ada cinta.. tak mustahil boleh terputus di tengah jalan..
Sejauh mana kita menghargai..
Sejauh mana kita mampu menerima..
Sejauh mana kita mampu mengatasi masalah tersebut..

Bukan aku yang memulakan..
Bukan aku yang mengakhirkan..
Bukan itu yang aku pinta..
Bukan itu jalan penyelesaiannya..


Jangan disebabkan kesusahan dan kesakitan hari ini..
Kita lupa kenikmatan yang diberi selama ini..
Sakit juga merupakan anugerah dariNYA..
Petanda DIA menyayangi diri kita..


Sabar..
Kuatkan semangat..
Jangan mudah putus asa..
Teruskan berusaha..



psstt: Aku rasa pasti kau takkan lupa "walau apa yang terjadi.. aku takkan lepaskan kau..!!"



Wednesday, April 29, 2015

Kereta rosak teruk


Hari Sabtu.. 25 April 2015
Masa: Lingkungan pukul 3 - 4pm..
Lokasi kejadian: Pangsapuri Desa Sepakat, Taman Sri Manja, Jalan Klang Lama..


Pada hari kejadian..
Kebetulan aku dari arah traffic light berhadapan dengan pangsapuri tersebut..
Leka melihat dan memerhati hujan yang agak lebat dari biasa..
Tiba-tiba melayang turun serpihan bumbung dari atas pangsapuri tersebut.
Mula-mula sikit tapi lepas tu aku dah risau takut melayang ke arah kami.. sebab hujan memang selebat-lebatnya.. ditambah dengan angin kencang..
Habislah kena kenderaan yang diparking di lot parking pangsapuri tersebut..



Pernah berlaku sebelum ini di SINI..




Antara kenderaan yang rosak akibat dari kejadian tersebut..
Semua gambar dari whatsapps group..



Dari segi penambahbaikan pada yang dah berlaku sebelum ini..
Kenapa masih berlaku..?
Rekabentuk bumbung yang dipasang tidak cukup untuk menampung angin kencang/ribut kuat..?
Kenapa masih berulang..?
Apakah tindakan susulan yang diambil..?
Moga akan ada jalan penyelesaian yang terbaik buat semua penduduk di situ..


Aku tak mampu nak bayangkan andai aku berada dalam situasi macam tu..
Bayangkan kenderaan rosak.. nak repair.. kena GST tak..?
Nak repair bumbung rumah.. kena GST tak..?




psstt: Bertabahlah buat semua mangsa..


Tuesday, April 28, 2015

The most painful Goodbye..


Alhamdulillah..
Aku bersyukur padaMU..
Masih memberi peluang walau aku masih leka..
Perbaiki apa yang kurang..

Kebelakangan ni aku banyak bermain dengan emosi..
Pada perkara yang bukan rutin harian..
Entah sampai bila..
Bukan aku yang mulakan..
Bukan aku yang mengakhirkan..

Biarlah..
Buat sementara waktu biarlah masa yang menentukan..

Pesan dari seorang teman..
The most painful goodbyes are the ones that are never said and never explained..



psstt: Kita takkan faham selagi tak melaluinya.. dan ianya akan menjadi satu pengalaman berharga..



Monday, April 27, 2015

Adakah aku punyai waktu itu..?


Apabila seseorang itu telah meningkat usianya..
Dia akan hilang tiga perkara..

Pertama..
Dia akan hilang ingatan..

Kedua..
eerr.. yang lagi dua tu aku pun dah tak ingat..
Kihkihkih..



Bila usia dimamah waktu..
Makin lama makin perlahan rutin harian..
Terbayang di depan mata seperti ada layar putih terbentang..
Adakah aku punyai waktu itu..?
Dapat menikmati usia emas dengan tenang..

Ya!Allah..
Kau kuatkanlah semangat dan kau lindungilah aku..
Begitu juga keluarga dan semua..




psstt: Sesekali aku nak keluar dari comfort zone aku..



Sunday, April 26, 2015

Instinct nenek terhadap cucunya..


Instinct seorang nenek terhadap cucunya..
Kebarangkalian cucunya berhadapan dengan masalah..

Bila terlintas terdetik di hati berkenaan sang cucu pasti nenek akan menghubungi..
Itulah nenek a.k.a pengasuh lama anak-anak..
Walau tiada ikatan kekeluargaan di situ tapi nenek pasti dapat rasakan sesuatu sedang berlaku..

Biasanya lebih menjurus ke arah kesihatan anak-anak..
Nenek yang pernah menjaga dak Kakak dan dak Adik..

Cuma untuk kali ni aku tak bersedia nak berkongsi cerita dengan nenek..
InsyaAllah.. aku akan cuba melakukan yang terbaik..
Cuba mencari jalan penyelesaian terbaik walau mungkin pada masa itu.......



psstt: Maaf.. aku takkan lepaskan kau semudah itu..



Thursday, April 23, 2015

Bila ada dan bila takde..


Bila ada.. macam Tom and Jerry..
Bila takde.. sunyi pulak rasa..
Inilah keadaan bila hubby bawa dak Nuha balik kampung..

Dak Kakak dapat rehat dari kena jaga dak Nuha..
Dak Adik tak dapat nak menyakat dak Nuha..
Gelisah aku bila bantal peluk kecik besarku takde..
Tak cukup tidur lagi aku..
Pakej migrain dan sakit perut yang teruk..

Semalam..
Taklimat 1PP diteruskan untuk hari kedua..
Hanya mereka yang berkaitan sahaja hadir taklimat tersebut..
Selesai taklimat tersebut.. kerja hakiki menanti..

Setakat ni..
Condition diri aku agak ok..
Tak seteruk macam semalam dan kelmarin..
Apa yang pasti..
Puas kugomol bantal peluk kecikku malam tadi..
Ajak chit chat sampai akhirnya aku bercakap sensorang..
Rupa-rupanya dak Nuha zzzzz..
Bantal peluk besar harap bersabar ye..



psstt: Bila dah delete baru rasa menyesal.. at the end.. jadilah seperti sang pungguk rindukan bulan..


Seorang wanita bersalin di tepi highway NKVE


Dulu... lama dulu..
Pernah terdetik di hati..
Macam best je kalau dapat anak yang lahir Tahun Naga..
Takdelah percaya dengan mitos disebaliknya..
Dan.. aku takdelah taksub dengannya..

Siapa sangka siapa menduga..
Preparation untuk dia pun aku buat last minute..
Takdelah beria bagai..
Sekadar mencukupkan keperluan yang ada..

Masih kuingat..
Betapa beraninya aku ambil risiko melewat-lewatkan untuk pergi ke hospital..
Dalam sakit contraction yang semakin kerap ketika itu..
Aku juga bernasib baik, sepanjang perjalanan jalan tak sesak..

Bayangkan.. kalau jalan sesak..
Aku rasa.. tercatat dalam sejarah..
"Seorang wanita bersalin di tepi highway NKVE ketika berhadapan kesesakan dalam perjalanan menuju ke Hospital"

Alhamdulillah..
Selamat sampai.. selamat check in di Wad Bersalin, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM)..
Sempat fikir macam mana nak meneran untuk melahirkan selepas 5 tahun tak melahirkan..
Segala peralatan untuk menyambut kelahiran belum sempat disediakan.. akhirnya aku dah bersedia nak meneran..
Sangat mudah.. sangat senang..
Berkat doa hubby, family kedua-dua belah pihak..

Kronologi:
9:00 pm dari rumah..
9:45 pm sampai di Wad Bersalin, PPUM..
10:15 pm dah serah diri dalam bilik bersalin..
10:33pm detik kelahiran..
Nampak tak jarak di antara masa tersebut sangat dekat..



Kisah 3 tahun lepas boleh baca di SINI..


Hari ini...
23 April 2015..
Genap 3 tahun usiamu..

SELAMAT HARI LAHIR BUAT DAK NUHA..
Moga menjadi anak solehah dan dilindungiNYA sentiasa..
Nak peluk tak boleh..
Nak cium apatah lagi..
Sebab la ni dak Nuha kat kampung.. huhuhu..


psstt: Dak Nuha yang cemburu bila aku sebut 'sayang baby..'


Wednesday, April 22, 2015

Gara-gara merajuk.. lapar semalaman..


Semalam..
Dalam keadaan tak larat nekad balik awal..
Dah tak boleh tunggu waktu balik kerja.. memang dah tak boleh fokus dah aku rasa..

Alhamdulillah..
Perjalanan balik semalam dipermudahkanNYA..
Di rumah pun sama..
Dapatlah aku rehat sejam lebih sebelum mulakan balik rutin harian..
Itupun makan ubat.. kalau tak.. memang terbaring semalaman aku rasa..

Cuma sedikit merajuk dengan hubby..
Ingatkan dapat gedik manja dengan hubby, mintak hubby masak..
Rupa-rupanya tak.. aku yang kena masak.. uwaaaa..
Alang-alang merajuk.. aku merajuk terus takmo makan..
Amik ko.. lapar semalaman.. siapa suruh merajuk.. kehkehkeh..


Hari ni dan esok aku terlibat dengan Taklimat 1PP di tempat kerja..
Jadi.. siang blog akan kurehatkan sekejap..
Kita jumpa malam nanti ye..


 
dak Nuha balik kampung tinggalkan ibu.. sobsobsob..


Pagi tadi dak Nuha ikut hubby bawak balik kampung..
Ok.. sunyilah rumah dari tangisan dak Nuha..
Kalau tak.. asyik kena sakat je dengan dak Adik..
Malam ni tak lenalah aku jawabnya..
Bantal peluk kecik dan besar takde.. wakakaka..
Terasa lambat nak tunggu esok.. Jumaat apatah lagi.. huhuhu..



psstt: Perhatian dah beralih arah ke..??



Tuesday, April 21, 2015

Bila Migrain datang menyerang..


Serba tak selesa..
Serba tak kena..
Rasa mual..

Pagi tadi dah ada tanda tapi tak sangka berterusan sampai ke tengahari..
Tapi kugigihkan jua mengadap rutin harian..
Walau berdenyut sakit..
Bertabahlah ye Mak Budak..
Moga keadaan aku hari ni tidak seteruk seperti di SINI..



psstt: Rasa nak tutup semua lampu nak duduk dalam gelap.. huhuhu..



Monday, April 20, 2015

Petua bagi hati cepat sejuk cepat beku..


Jarum jam sentiasa berdetik..
Dari saat pergi ke minit..
Dari minit terus ke Jam..
Dan Jam melengkapkan sepusingan waktu yang ada..


Bila mood menjadi tak stabil..
Mulalah cuba menarik perhatian abam sayang..
'Boleh tak bagi kata-kata yang boleh buat hati ni cepat sejuk cepat beku..?'

Ini pesan dari HuBby..
Kuatkan hati..
Kuatkan minda..
Jangan ikut emosi..
Sentiasa gembirakan diri..
Kecantikan dalaman.. kalau sentiasa dijaga takkan pudar..



psstt: Tepat kena pada diri ini..


Sunday, April 19, 2015

Tak mampu melawan ketagihan..


Hujung minggu..
Penat..
Terasa letih..
Tapi puas hati..
Sekurang-kurangnya bersih dah.. rak peralatan dapur MIL..
Hasil kerjasama hubby dan adik-adik hubby..

Sebagai rewards..
Kari Kambing yang dimasak oleh Chef Hubby.. sponsor by SIL..
Memasing ketagih kambing.. kehkehkeh..
Seronok bila hampir semua ipar-duai dan anak-anak buah ada sekali..
Walau hanya sekadar makan tengahari..

Nampaknya lepas ni..
KAMBING akan jadi antara menu utama bila adanya aktiviti bersantai bersama family di kampung..



psstt: Usah dikenang pada kisah semalam andai ianya membawa duka dalam hati..




Saturday, April 18, 2015

Tempahan Nasi Ayam



Alhamdulillah..
Rezeki dihujung minggu..
Tempahan Nasi Ayam untuk birthday anak kawan Hubby..
Kukorbankan masa bercanda dirumah..
Sebaliknya berkampung di rumah MIL untuk tempahan tersebut memandangkan member Hubby tinggal di P.J..


Terlupa nak ambil gambar nasinya..


Bila dah alang-alang berkampung di rumah MIL..
Tak usahlah nak verangan nak berdiet bagai..
Ada je halangannya..
Apa yang pasti.. bila Hubby dah bersilat di dapur dan aku sebagai assistant chef, memang kenyang sebelum makanlah jawabnya..
Memang tak boleh elak kalau berkampung di rumah MIL..
Dapur kami yang conquer bagi MIL rehat sekejap..
Itulah punca kuasa dua bila berat aku naik kembali..

Hujung minggu yang mengasyikkan tapi aku rasa bersalah sangat dengan usaha yang aku sedang buat makin merudum..
Moga aku tak terus tertekan dengan keadaan aku ketika ini..



psstt: Minggu depan ada lagi tempahan..

last psstt: Ada sesiapa nak order selain dari menu ni pun boleh.. just PM me.. area Klang Valley.. ;)

Friday, April 17, 2015

Tapi.. macam mana aku boleh jatuh cinta dengan kambing..?


Belek-belek.. godek-godek.. jumpa gambar ni..
Sebenarnya gambar ni gambar lama..
Masa ni hubby yang teringin nak makan so layankan jelah sebab aku memang tak makan kambing..
Hubby dengan anak-anak je yang makan, aku tengok jelah masa tu..

Sate Kambing..


DULU..
Aku bukanlah penggemar kambing, tak suka sebab bau dia..
Pujuklah macam mana, memang aku takkan makan..
Tapi.. macam mana aku boleh jatuh cinta dengan kambing..?
Chef Hubby punya kerja..

Kisah ni berlaku tahun lepas..
Hubby dajalkan aku dengan menu kambing setiap hari selama seminggu..
Dahlah tu, siap kena paksa makan kambing lagi..
Memula, jangan tanyalah.. memang kembang-membang tekak.. sebab aku bayangkan kambing tu kan tak mandi.. busuk pulak tu.. huhuhu.. macamlah ayam tu mandi..

'Tak baik kata macam tu.. Rasulullah S.A.W sendiri menyukai kambing.. kalau tak suka pun janganlah menghina apa yang diciptakanNYA.. kita ni pun tak sempurna mana..' Oh!Sentap aku dengan kenyataan HuBby macam tu..

At the end..
Aku cuba 'menyintai' kambing.. takmo dah bayangkan yang tak elok-elok pada haiwan yang diciptakanNYA itu..
Takmo aku.. insaf dah.. tak baik bersangka macam tu..


DAN.. sekarang..
Tak usah dipelawa..
Aku sendiri yang gedik manja pada hubby ajak makan kambing..
Dah semakin serasi aku dengan kambing..
Jatuh cinta tahap tertinggi dah ni..
Ni pun sambil menaip dok terbayangkanmu wahai daging kambing..
Tak dapat yang bakar, dapat yang golek pun jadilah.. tak pun kari jelah..
Dari perut kenyang boleh jadi lapar balik macam ni..
Hah.. amik.. penangan kambing..



psstt: HuBby.. I miss that moment.. Luv u till the end..


Apa kau ingat highway ni jalan masuk kampung ke..?!


Perghhh..
Pagi ni menguji kesabaran aku sungguh..

Dari susur Subang menghala ke Federal Highway..
Tukar lane tanpa bagi signal.. Oklah.. aku boleh sabar lagi..
Lepas tu dok ter brek.. brek..
Oklah.. aku sabar lagi.. walau tanganku dah standby nak bagi 'high beam' pada dia..
Aku dah boleh agak, mesti dia tengah layan handphone..
Memang bertabahlah aku sekejap..
Masuk je Federal Higway.. tukar lane.. oklah.. tak jumpa dah dia..
Tup-tup muncul balik depan aku..
Wah.. makin menjadi kau ye..
Kau boleh pandu slow.. apa kau ingat highway ni jalan masuk kampung ke..?!
Aku bagi 'high beam' berkali-kali..
Tapi dalam marah tu, aku masih boleh bersabar dari menekan hon pada dia..


Perghh..!!
Memang kau sengaja menduga kesabaran aku kan..
Kau boleh selamba bodoh layan handphone waktu kemuncak tadi..

Cik abang..
Ni aku nak pesan..
Lain kali kalau nak layan handphone sambil memandu, meh aku ajar macam mana..
Tak payah nak terkial-kial sambil memandu.. ter brek.. brek.. sambil hadap handphone..
Menyusahkan orang lain.. menambah dosa orang lain dok maki manja dekat kau..

 

psstt: Kalau aku dapat dia tadi.. memang aku sekolahkan dia cukup-cukup..



Thursday, April 16, 2015

Cuba menyibukkan diri..




I keep myself busy with things to do..
But everytime I pause..
I still think of you..
And I really need you..



psstt: Moga perhatian yang diberi tidak beralih arah..




Wednesday, April 15, 2015

Klinik Pediatrik, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM)


Kisah semalam..
Di Klinik Pediatrik, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM)
Rawatan susulan bagi dak Adik berdasarkan kes di SINI..


Alhamdulillah..
Rawatan susulan kali kedua kali ni lebih baik dari bulan lepas..
Tekanan darah dak Adik semakin baik..
Ujian darah dan ujian air kencing dak Adik pun normal..
Tiada masalah atau jangkitan..



Perkara asas tiap kali sesi rawatan.. timbang berat dan ambil tekanan darah..


Dak Adik yang penakut jarum suntikan.. hahaha..
Doctor and Nurse pujuk pun tak mahu..
Ok.. takpe.. kita buat cara hardcore doctor..
Baring atas katil, balut dan pegang dak Adik.. barulah dapat ambil darah dia..
Huhuhu.. maafkan ibu ye dik..
Takde pilihan dah.. kalau tak, sampai ke sudah tak dapat..



Tayang tangan yang kena cucuk dengan jarum..
Hai la Adik.. kelakarlah..


Dr. Noorazlina Saari, Jabatan Pediatrik
Doctor yang merawat dak Adik..


Bagusnya doctor ni bagi penerangan yang lengkap kepada aku dan hubby mengenai kes dak Adik..
Ralat pulak rasanya tak tulis apa yang doctor tu terangkan kepada kami..
Tapi memang jelaslah penerangan tersebut..
Siap tunjuk hasil dapatan dari ujian darah dan air kencing dak Adik..
Patutlah patient tunggu turn lama.. sebab memang bersungguh-sungguh doctor ni bagi penerangan..
Aku suka doctor yang macam ni.. thumbs up to you doc.. 
Next appointment ---> awal bulan Jun nanti..




psstt: Abam sayang.. sibuk sangat ke kat sana..?? Call me.. msg me plzz...



Tuesday, April 14, 2015

Rakyat digalakkan bertani, kurangkan perbelanjaan harian..


Memula isu GST..
Menambah perisa lagi isu KWSP..
Disuruh pulak berjimat dengan memasak..
Dalam pada tu elaun YB dinaikkan..
La ni nak suruh bercucuk tanam pulak..???


Oh!YB..
Bila masa nak bercucuk tanamnya YB oii..
Weekdays dah cukup penat berhadapan dengan kesesakan jalanraya baik mahupun petang..
YB takpelah..
Pergi berhantar.. balik berjemput..
Sampai rumah bersilat pulak nak siapkan rutin harian..
Melayan kerenah anak-anak yang memerlukan perhatian..
YB takpelah..
Balik semua dah terhidang depan mata..

Weekends pulak masa untuk berehat bersama keluarga..
Kalau bercucuk tanam bila masa nak rehatnya.. walau kerja tersebut menyihatkan badan tapi..
Aku tak cukup tenaga rasanya nak bercucuk tanam..
Lainlah kalau aku ada tukang kebun, pembantu rumah..
Kuarahkan je dorang buat kerja..

Apa yang YB tau..
Setakat bagi cadangan..??
Boleh menyelesaikan masalah ke..?
Nak beli kelengkapan untuk tujuan tersebut kena GST.. biji benihnya lagi..??
Apa YB tak bagi cadangan tu sebelum GST hari tu..?
Senang nak prepare keperluannya..



psstt: Dua tiga hari ni mood aku rasa nak marah orang je..



Monday, April 13, 2015

Dah tak tahu nak berjimat tang mana lagi YB..


Sejak GST dikuatkuasakan..
Semua tidak berkecuali.. semua merasai..
Pada aku.. siapa kata harga barang akan turun selepas GST diperkenalkan..?
MAHAL wehh.. 
Sampai satu tahap aku jadi takut nak membeli barang keperluan di rumah..
Itu GST..


Kisah lain..
Cadangan Had Pengeluaran KWSP nak disamakan dengan had umur persaraan ..
Belum tentu pencarum mampu menikmati ketika usia itu..
Oh!My..
Please lah..
Kenapa nak sekat hak pencarum?
Apa nak suruh kami bekerja sampai ke tua ke..?


Isu Timbalan Menteri Kewangan, YB Datuk Haji Dato' Ahmad bin Haji Maslan menyarankan pelajar-pelajar universiti agar selalu mengamalkan masak sendiri dari makan di luar..
Bertujuan bagi mengurangkan beban cukai barang dan perkhidmatan (GST) di kalangan pelajar.
Ianya adalah mustahil untuk dilaksanakan apabila undang-undang kampus universiti sendiri tidak membenarkan pelajar-pelajar untuk masak di dalam kampus.
Nak berjimat..?
Dah tak tahu nak berjimat tang mana lagi YB..
Eh! Bebudak UiTM masak apa ye hari ni..?


Kisah kenaikan elaun 40% ahli parlimen yang disokong sepenuhnya oleh YB Kerajaan dan YB pembangkang ketika rakyat disuruh berjimat-cermat angkara GST..
Harap-harap YB semua lebih bersemangat wajalah lepas ni ye..
Rajin-rajinlah melawat kawasan tanpa kaki kipas yang mengiringi YB semua..
Ingatlah.. siapalah YB tanpa rakyat yang memilih.. 
Eh!Pasal itu takpelah..
Jadikan sebagai satu semangat untuk bekerja lebih kuat agar kita kita dapat kenaikan gaji macam YB tu semua..



psstt: Bravo Alpha Delta Mike Oscar Oscar Delta..!!



Saturday, April 11, 2015

Ini bukab sebab dihargai atau tidak


Bertahun aku sabar..
Entah sampai bila sabar ni boleh bertahan..
Bukan sikit ruang masa dan tenaga aku curahkan..
Ini bukan sebab dihargai atau tidak..

Jangan sampai satu tahap aku usaha ke arah itu..
Sebab..
Bila aku dah usaha ke arah itu.. aku takkan berpaling lagi..
Dan aku takkan sesekali menyeral..



psstt: Sekadar meluah rasa yang tak dapat diluahkan..



Friday, April 10, 2015

Memancing boleh hilangkan stress..


Memancing..?
Bila sesekali hubby ajak pergi memancing.. anak-anak pasti teruja..
Aku apatah lagi..

Setakat ni hanya dak Adik yang hubby bawa pergi memancing di kolam ikan..
Satu-satunya anak bujang hubby.. sanggup temankan babah dia sampai awal pagi..
Dak Kakak tak puas hatilah bila dia tak dapat ikut..
Bukan apa.. kalau pergi siang aku tak kisah lagi.. ni the whole night ok..
Memang taklah aku izinkan.. hubby pun memang tak akan bawak..

Sudahnya, nak lepaskan gian dak Kakak..
Hubby bawak ke tasik dekat area rumah..
Oklah kan.. aktiviti santai di hujung minggu..
Belajar cara-cara nak tangkap ikan..
Riuh-rendah dengan gelagat dorang.. hubby cuma memantau je..
Bagi dorang rasa kata hubby..



Aku..?
Memancing boleh hilangkan stress..??
Yes.. sangat-sangat..
Memang sangat melegakan..
Sebab apa..
Rumah akan sunyi sekejap bila hubby ajak dak Kakak dengan dak Adik pergi memancing..
Kalau tak.. macam Tom and Jerry dalam rumah..
Dak Adik memang kuat menyakat.. sekarang yang jadi mangsa dak Nuha..
Dak Nuha pulak pelakon terhebat.. kuat mengadu.. huhuhu..

Memang tenang hilang stress sekejap bila dorang takde..
Tapi bila lebih 2 jam dorang tak balik mulalah aku dok mesej dok call hubby bila nak balik..
Mana boleh wei.. sunyi sepi rumah.. aku pulak mati kutu rasanya takde point nak membebel..


Hubby siap belikan pancing sorang satu..




psstt: Kuatkan semangat.. demi mengejar impian bertabahlah..



Thursday, April 9, 2015

Dia muncul semula selepas lama menghilang..


Aku tak tahu nak cerita macam..
Buka tutup.. on off aku buat pada teratak aku ni..
Hari ni aku tak tahu apa sindrom yang datang menyerang aku..
Langsung tak boleh nak tepis..
Menjadi-jadi tahap kemalasan nak update kat sini..

Delete.. padam.. je kerja aku hari ni..
Ni pun aku gagahkan jugak dalam percubaan untuk update..
Janji ada lebih dari 50 patah perkataan..
Dah macam nak buat rumusan dalam karangan sekolah pulak..

Selak dalam draft ada je draft yang tak ter publish lagi..
Sampaikan ada yang dah basi..
Lagilah malas aku nak bercerita..
Sudahnya..
Haa.. macam yang korang baca ni lah sudahnya..
Takde isu semasa.. takde cerita hot.. takde cerita mengenai petua.. kisah makanan jauh sekali..

At the end.. bila baca balik.. ok done.. aku takmo delete apa yang aku dah taip kali ni..



psstt: Biarlah aku sejuk sendiri walau dalam hati nak orang pujuk diri ini..


Wednesday, April 8, 2015

Ibu berhentilah kerja dok rumah..



Rata-rata dari ibu yang bekerja terpaksa melepaskan anak-anak ke rumah pengasuh atau taska..
Mencari rezeki membantu keluarga..
Macam tu jugak dengan aku..
Andai diberi pilihan, bukan setakat aku.. mungkin orang lain pun sama..
Lebih selesa menguruskan sendiri anak-anak dalam urusan harian..
Dak Kakak bukan tak pernah suarakan padaku..
'Ibu berhentilah kerja dok rumah, boleh hantar kakak ke sekolah.. boleh bawak bekal ke sekolah..'

Alahai..
Sebak aku rasa..
Teringat masa aku cuti 3 bulan awal tahun 2012 yang lepas..
Punyalah seronok dak Kakak bila hari-hari dia dapat makan masakan yang aku masak..
Dapat pulak bawak bekal ke sekolah..
Cuma tak dapatlah nak hantar dan ambik balik sekolah.. dalam pantang kot masa tu..


Sekarang..
Hubby banyak membantu waktu pagi dalam menguruskan anak-anak bersiap untuk ke sekolah dan menghantar dak Nuha ke rumah pengasuh..
Kalau aku yang uruskan.. alamatnya hari-hari MERAH lah kedatangan harian aku ke pejabat..
Oklah.. kan..
Pagi hubby yang uruskan..
Petang turn aku pulak..
Rutin harian..
Penat macam mana sekalipun.. urusan berkaitan anak-anak perlu didahulukan..
Normallah kan bagi mereka yang dah berkeluarga..

Moga aku kuat dan tabah dalam menguruskan family kecikku ini..





No.. no.. no..
Tak boleh..
Nuha tak boleh ikut ibu pergi office..

Jangan merajuk ye sayang..




psstt: Kuatkan hati.. kuatkan semangat.. cabaran selama sebulan telah seminggu bermula..



Tuesday, April 7, 2015

Tenangkan diri.. Muhasabah diri.. Istiqamahlah..



Bila berbicara dari hati ke hati..
Kita mampu memperoleh ketenangan dari kekusutan yang melanda hati..
Kita ni manusia.. tak sesempurna mana..
Kita rasa kita dah bagus.. tapi ada lagi yang lebih bagus..
Kita rasa kita dah hebat.. tapi ada lagi yang lebih hebat..
Bukan senang kita nak puaskan hati semua orang walaupun niat kita baik..
Sekiranya tidak melampaui batas.. takde salahnya..









Kadangkala Allah sengaja beri kita rasa sunyi dan keseorangan walaupun ada insan di sekeliling kita.. Allah rindu nak dengar kita menangis, mengadu dan bersujud kepadaNYA..




psstt: Tenangkan diri.. Muhasabah diri.. Istiqamahlah..



Monday, April 6, 2015

Kari Kambing dan FF7 di TGV Sunway Pyramid


Jom kita buat sesuatu yang bukan dalam planning..
Bila apa yang dirancang tak menjadi seperti di SINI..

Memandangkan hubby tak cukup rehat jadi plan hari Sabtu lepas terpaksa kulepaskan..
Wife dia a.k.a akuler tu.. boleh pulak meragam pukul 3am nak makan tosei..
Terima kasih ye abang layan tekak isteri gedikmu ini..
Dahlah tolong belikan, kena teman makan pulak tu.. sobsobsob.. 


Petang Sabtu.. di rumah MIL..
Ada cadangan nak makan kambing bakar..
Memandangkan hubby tak cukup rehat, kenalah tukar menu lain..
Kari Kambing jadi pilihan..


Its shopping time..
Anak dara ni mana mahu tinggal..


 Home made Kari Kambing by chef hubby..
Dari awal kari kambing ni dimasak aku kat mana ye..?
Bila dah ramai yang membantu.. aku jadi liat nak tolong kat dapur.. kihkihkih..



Malam Sabtu..
Idea nak menonton wayang telah disuarakan dari minggu lepas lagi..
Bila mengenangkan tak nak susahkan sesiapa untuk jaga dak Nuha, plan terpaksa dibatalkan..
Tapi.. malam tu TGV Sunway Pyramid menjadi pilihan..
Hubby drop by kat depan pintu masuk Pyramid..
Untuk apa..??


Memang kerja gilalah..
Hanya untuk bekas air edisi Fast and Furious 7 ni..


Sementara menunggu hubby datang ambil, sempat selfie walau tangan penuh dengan popcorn dan air.. kihkihkih..


Tak habis di situ..
Ajak hubby makan Steamboat tepi jalan di Jalan Klang Lama..

FF7 punya pasal..


close up sikit..

Barangan berharga RM22.90 masih ada di jual sementara stok masih ada..



Bising my MIL.. membazir je beli barang tu..
Tapi serius.. tak pernah aku buat kerja gila macam tu.. beratur hanya untuk barangan tersebut..
Dulu.. pernah sekali.. tengok wayang.. Spiderman 2..
Hari pertama tayangan, bersungguh aku ajak hubby teman tengok..
Dapat jugak bekas air edisi Spiderman.. lawa.. dan masih tersimpan elok kat rumah..
Lagi tak agak.. aku menonton dalam keadaan tak selesa..
Bukan layan sangat movie tu tapi lebih kepada bila nak habis.. sebab tengah sarat mengandungkan dak Kakak masa tu.. huhuhu..



psstt: Abam sayang.. nak tengok jugak FF7 tu.. jom teman pleaseeeeee...



Sunday, April 5, 2015

Plan tak menjadi..


Beberapa plan telah dirancang sejak minggu lepas..
Urusan ke mana atas tujuan apa telah dipersetujui bersama..


Hospital Kuala Lumpur (HKL)
Urusan di sini tergendala..
Salah seorang pegawai di pejabat aku dimasukkan ke hospital ini kerana sakit berkaitan saraf..
Dari kejauhan.. aku doakan moga kau cepat sembuh hendakNYA..


Fast and Furious 7..
Belum berjaya menontonnya..
Terfikir siapa yang nak menjaga dak Nuha..
eemm.. takpelah.. anak-anak lagi penting..
Lambat-laun aku akan dapat tengok jugak..


Jemputan Kenduri Perkahwinan..
Terima kasih atas jemputan tapi sayang aku tak dapat hadirkan diri..


At the end.. nothing..
Tiada yang sempurna..
Kita hanya merancang dan DIA jua yang menentukan..



psstt: India Mike India Sierra Sierra Yankee Oscar Uniform..



Saturday, April 4, 2015

Show Me.. The meaning of being lonely..


Dulu.. waktu berkasih sayang..
Bahasa indah mewangi je..

Sekarang..
Biasanya, aku bagi mesej panjang lebar tapi dibalasnya hanya dengan dua huruf je.. OK..
Nak lagi sadis, satu huruf je.. K..
Aku suspek keypad handphone hubby ada masalah..
Tukar handphone lain pun sama..
Maka.. aku kena terimalah keadaan itu.. yang hubby takde masa atau malas nak panjangkan bicara.. huhuhu.. sentap mak tau..

Tapi..
Bila sesekali angin taufan barat daya hubby datang.. dilayan semacam.. kita pulak rasa pelik..
Dalam pelik tu masih mampu tersengih sensorang..
Tiba-tiba teringat zaman remaja purba dulu..


Try test skill hubby.. masih boleh diharap atau tidak..


Nah amik..
Nak sangat kan..
Mampu buat aku tersengih sendirian..
Tak terfikir pulak hubby akan reply macam tu..
Amaran keras.. nak feeling lelebih dengan ai je ye hubby..
The other person are not included.. no no no.. just like HERE..



psstt: Moga kasih sayang yang dicurahkan kekal bahagia hingga ke akhir hayat..



Friday, April 3, 2015

SELAMAT HARI LAHIR AYAH..



Hari ni..
03 APRIL 2014 bersamaan 03 Jamadilakhir 1436H 
 
Ayah..
Tiada apa yang nak dikatakan..
Sebahagian telah kunyatakan di SINI..
Pengulangan tarikh yang sama cuma berbeza tahun..
 
Ayah..
Terima kasih kerana membesarkan anakmu ini..
Kini baru kutahu susah dan senang dalam melayari hidup..
Berusaha membesarkan anak-anak seperti mana ayah membesarkan aku dulu..
 
Ayah..
Tanpamu.. takkan ada aku di sini mencoretkan sesuatu buatmu..
 
Ayah..
Along sangat sayangkan ayah.. rindukan ayah..

Ayah..
Bertabahlah dalam melayani kerenah semua ahli keluarga kita..

Ayah.. 
Terima kasih ayah atas susah-payah ayah selama ini..
 

Selamat Hari Lahir Ayah..
Moga kesihatan ayah berada di tahap terbaik dalam melayari kehidupan seharian..



psstt: Tak sabar nak jumpa ayah.. nak peluk ayah.. I miss that moment..

 

Thursday, April 2, 2015

MADU bernyawa..?


MADU  bernyawa..?
Bukan semua lelaki mampu..
Bukan calang-calang perempuan boleh terima..


Kenapa entry aku hari ni lain macam ek..?
Semua berkait rapat gambar 'madu' dalam FB hubby..
Kisahnya bukan mengenai madu bernyawa tapi air minuman yang berunsurkan madu..

Tapi ada pula yang sengaja menghangatkan suasana.. dan aku sekadar nak share komen yang ada.. 
Komen bos hubby:
Cepat bermadu.. InsyaAllah amal sunnah ada kejayaan.. terbaik. 

Komen dari aku:
Mendoakan yang baik itu elok tapi kalau sekadar ikut sunnah tapi takdo tanggungjawab tak guno yo.. Tak usah nak bangga ada isteri lebih dari satu kalau tak pandai nak didik isteri-isteri ke arah kebaikan.. Bukan semua lelaki yang mampu.. bukan calang-calang perempuan boleh terima.. 
 
Komen dari member aku:
Yess!! Kalau bab isteri je nak ikut sunnah...perkara lain yang nabi buat kenapa tak ikut ye...mmm...

Dari bos hubby:
Niat saya nak sampaikan.. Barang siapa dapat amalkan 1 sunnah Nabi SAW di zaman kerosakan umat ni..Allah SWT beri pahala syahid.. Amal makan madu dengan niat nak amal sunnah Nabi SAW pun Allah kira. Belum lagi sunnah yang besar macam hidup bermadu, tergolong dalam golongan yang terawal masuk syurga... 

Komen dari aku:
Saya faham tentang sunnah Nabi SAW tu.. dan betapa berkhasiatnya madu itu tapi secara peribadi.. madu bernyawa tu bukanlah satu pendekatan terbaik buat saya..
psstt: dan komen2 saya tadi bukanlah atas dasar perasaan marah.. abam hubby lebih mengetahui..

Maafkan saya andai isu madu ni buat ada yang terasa sedangkan saya komen secara umum..


Selain dari komen hangat tersebut, ada juga antara komen lain yang aku dapat..
D: Tak nak payung emas ke..?
Y: Kalau dapat payung emas tapi cipta neraka dalam hati.. baik tak payah kot..
D: Apa pun kena redha dengan ketentuan Allah..


eemm.. Isu never ending story..
Aku tak kata aku setuju dan aku tak kata aku tak setuju..
Macam aku kata di awal tadi..
Bukan semua lelaki yang mampu..
Bukan calang-calang perempuan boleh terima..



psstt: Ya!Allah.. kau dekatkanlah kami kepadaMU.. kau jauhkanlah kami dari musibahmu..



Wednesday, April 1, 2015

Suka atau tidak.. Nah.. hari ni bermula dah..



1 April 2015..
Bermulalah era Cukai Barang dan Perkhidmatan ---> GST..
Tercatat terpahat dalam sejarah blog Mak Budak perkataan GST tu..



Hi GST.. from dak Nuha..




GST..?
Sebab sampai masa tetap kena lalui jugak..
Suka atau tidak.. Nah.. hari ni bermula dah..
Aku tahu.. termasuk aku sendiri.. takut dan gelisah andai GST menyebabkan harga barang naik..


Tapi memetik kata Mat Lutu dalam Berita Harian hari ni..

Kerajaan dah bagi jaminan, GST tak membebankan rakyat..
Kalau dulu ada Cukai Jualan dan Perkhidmatan, sekarang ada satu je.. cukai itu hanya 6 peratus..
Kerajaan boleh kenakan GST untuk semua barang dan perkhidmatan..
Tapi apa gunanya GST kalau rakyat dibebankan.. dan sebab itulah dikecualikan banyak barangan dan perkhidmatan daripada dikenakan cukai ini.
Patutnya rakyat rasa lega dengan jaminan ini.

Kempen Penerangan mengenai GST perlu diteruskan dan pihak Kastam sendiri telah mengeluarkan macam-macam buku panduan mengenai GST.. yang ni aku belum dapatkannya lagi..

Memang takde sistem cukai yang sempuna dalam dunia.. tapi selepas pelaksanaannya moga ianya memberi manfaat kepada rakyat..




psstt: Think Positive..




Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...