Followers Remaja Purba

Tuesday, March 31, 2015

Ya!Allah.. Adik kenapa ni..



Dahlah minggu lepas hari Khamis dan Jumaat aku hadap jalanraya yang tersangatlah sesaknya..
Semalam pun sama..

Pagi semalam..
Aku lewat lagi sampai ke pejabat.. gara-gara ada kemalangan lebih kurang 500 meter sebelum tol Setia Alam..
Masa perjalanan: 0640am hingga 0819am..


Petang semalam..
Hujan lebat menambah adunan kesesakan sepanjang jalan balik ke rumah..
Lagipun aku sendiri lewat balik dari biasa..
Masa perjalanan: 1725 pm hingga 1941 pm..
Menangis dalam hati aku rasa sepanjang perjalanan balik semalam..



 Pemandangan dari tempat tempat kerjaku..
Nun di sana ada bulatan yang perlu kutempuhi..


 Rasa macam tak praktikal adanya bulatan itu di situ, dulu mungkinlah..

 Hinggakan aku sempat layan movie lagi..


 Tak cukup di P.J dan Federal Highway.. 
Kita sambung pulak di laluan Susur Subang menuju ke Plaza Tol..
Nangis lagi..



Memang lambatlah semalam..
Tak macam 6 tahun lepas.. rileks santai je pergi dan balik kerja..
Sekarang.. penambahan kenderaan buat masa perjalanan jadi lebih panjang dan lama..


Dalam pada aku menghadapi tekanan memandu..
Kutitipkan pesanan pada dak Angah, anak atok saudaraku.. minta dak Kakak dengan dak Adik mandi lepas balik sekolah dan tunggu ibu balik di rumah atok dengan dak Nuha sekali..
Alhamdulillah, sempat dorang makan malam..
Dan.. hikmahnya aku tak perlu masak malam tadi..
Terima kasih kepada atok dan nenek saudaraku..
Moga dimurahkan lagi rezeki atok dan nenek hendakNYA.
Maafkan cucumu ini kerana banyak menyusahkan kalian..
Tetiba mataku rasa dimasuki habuk..


Malam..
Lepas separuh rutin harian selesai, baru dak Adik mengadu kaki dia sakit..
Aku ingatkan sikit je..
Bila dia tunjukkan..
Ya!Allah.. Adik kenapa ni..
Dak Adik ni jenis tak suka sangat nak share dengan aku.. sebab takut aku marah..
Kalau dia salah memanglah kena marah..
Aku pujuk pun dia tak nak cerita.. ok takpe..
Lepas aku sapu ubat, terus call bagitahu pada hubby..



Bengkak, lebam, melecet kaki dak Adik.. ngilu perut aku tengok..




Pagi tadi..
Hubby bawak dak Adik ke klinik.. doctor yang merawat bagi cuti sakit 2 hari..
Hai la adik.. hari tu baru je dimasukkan ke dalam wad..
Barulah tahu kenapa jadi macam tu..
Rupanya kena tolak dan jatuh ke dalam longkang di sekolah..
Aku tak cari kesalahan sesiapa.. menda dah jadi.. cumanya dak Adik jenis takut nak bagitahu..
Tu yang menyukarkan aku untuk mengambil tindakan..


Surat berkenaan ketidakhadiran dak Adik juga aku telah sediakan dan esok akan diserahkan kepada pihak sekolah..


Dan tadi..
Hubby bagitahu.. abah bising.. 'anak sorang pun tak boleh nak jaga elok-elok..'
Rupa-rupanya hubby bawak balik ke rumah abah..
Bukan dak Adik kena bebel dengan atoknya tapi hubby yang dibebelkan..
Abah mertuaku mana boleh tengok semua cucu-cucunya cedera..




psstt: Sakit dada menahan rasa.. kaulah puncanya aku jadi begini..



Monday, March 30, 2015

Kambing Golek di Restoran 1894 - Sajian Kak Zu



Malam minggu.. 28 Mac 2015..
Apa nak buat ye.. program makan-makan bersama adik-adik hubby..
Memandangkan dak Kakak ada program di sekolah, kami tak boleh nak berjalan jauh..
In case kalau ada apa-apa berlaku pada dak Kakak, kami ada berdekatan..
Alhamdulillah.. semuanya berjalan dengan baik..
Terima kasih pada semua cikgu dan urusetia yang menjayakan program siri kedua bagi semua pelajar perempuan Tahun 5 di SKBK..


Ok.. berbalik pada malam minggu kami.. nak makan di mana..
Adik ipar pilih menu berunsurkan kambing..
Ada dua tempat pilihan sama ada nak yang dibakar atau yang digolek..
Siap call kekonon nak reserve dan bertanya menu apa lagi yang dihidangkan..
Ini bagi memudahkan kami membuat pilihan..

Akhirnya kambing golek di Restoran 1894 menjadi pilihan.. kepunyaan Sajian Kak Zu..
Aku pernah cerita berkenaan restoran ini di SINI..
Juga boleh buka fanpage 1894 di SINI..



Set Menu dan senarai harga yang boleh dipilih di 1894..

Senarai harga makanan..
Pada sebelah kiri atas adalah harga untuk set kambing golek..


Senarai harga minuman..

1894.. no Lot tanah di situ..

Pelbagai roti ada dijual.. tapi tak sure malam ada ke tak..
Aku rasa menu roti ni sebelah pagi je..
Aku nak tanya lelebih, kesian pulak kat abang yang amik order tu..


Dak Adik yang tak suka nak bergambar.. tu pun snap curi-curi..


Dak Nuha.. jangan tanyalah.. pantang tengok kita selfie..
Dengan aku tu.. dak Wafie a.k.a Udin.. anak adik hubby..


Set Kambing Golek Jalan Meru


Abang Brother Bro (Set Tulang Kambing Bakar)
Ni adik ipar punya.. aku tak pandai makan sup kambing..


Chicken Chop..
Sos tak berapa kick bagi tekak akulah..
Tapi aku suka wedges dia.. selalu jumpa French Fries yang biasa je..
Kali ni.. demok-demok wedges tu..


Wedges untuk set kudap-kudap kami..
French Fries lupa pulak nak ambil gambarnya..


Tak dapat nak ambil gambar lelebih sebab dak Nuha tak lepaskan hp aku..


Alhamdulillah..
Menu pilihan kami sedap.. thumbs up untuk 1894..

Dari segi penambahbaikan..
Sos untuk chicken chop tu boleh diperbaiki lagi..
Air minuman di serve lewat sedikit.. sikit je pun..

Secara keseluruhan..
Layanan diberikan sangat baik.. pelanggan tidak dibiarkan menunggu lama..
Mesra, rileks dan santai je.. mood aku juga memainkan peranan sebenarnya..

Aku doakan moga Restoran 1894 semakin berkembang maju dikenali ramai..



psstt: Agak-agak lepas ni aku boleh dapat tak set kambing golek percuma.. dah dua kali buat food review ni.. siapalah kau mak budak nak dapat free.. kihkihkih..




Friday, March 27, 2015

Kemalangan Maut..


Pagi semalam sesak teruk yang luarbiasa..
Ingatkan sekadar sesak biasa.. rupanya ada kemalangan..
Ingatkan hanya kemalangan biasa.. rupanya kemalangan maut yang membabitkan 3 buah kenderaan..
Kemalangan berlaku di KM 14.4 NKVE dari Subang arah Damansara..
Maklumat lanjut boleh diperolehi di SINI..




Dari 6.30 am hingga 8:31 baru sampai di pejabat..
Jarak perjalanan tu dah sama jauh macam nak balik kampungku di Selatan.. huhuhu..



Petang semalam..
Aku minta kebenaran balik setengah jam awal.. sebab kena ambil dak Kakak balik sekolah..
Tau apa jadi..
Memang tercatat dalam sejarah dalam blog ni..
Kemalangan lagi..
Kali ni dua buah lori KM 5.4 NKVE dari Shah Alam arah Setia Alam..
Kemalangan membabitkan dua buah lori..
Laluan kiri dan tengah terhalang..
Sangat stress seharian berhadapan dengan kesesakan sebegitu..

Sudahnya laluan alternatif kupilih..
Itupun sebab minyak kereta tinggal sikit.. tak berani nak amik risiko..
Masuk susur Bukit Jelutong.. dan terperangkap jugak di laluan menuju ke UiTM Puncak Perdana..



Dari pukul 5:00 pm hingga 7:23 pm aku mengharungi super-duper sesak petang semalam..
 Satu perjalanan yang memenatkan semalam..
Kesian pada anak-anak.. rasa kurang terurus dorang malam tadi..



Pagi tadi..
Aku lewat setengah jam dari rumah..
Di NKVE..
Trafik sesak ke persimpangan Subang Jaya..
Kerja-kerja pelebaran jalan sedang dijalankan..
Uwaaaa... letih lelah semalam tak hilang lagi.. tambah lagi pagi tadi..


 Tak cukup stamina rasanya pagi tadi..





psstt: Ya!Allah.. kau kuatkan semangatku.. moga aku menjadi seorang yang lebih sabar dari biasa..



Thursday, March 26, 2015

Hari ni hari Istimewa buat Mak..



Aku tak banyak kenangan indah bersama mak..
Dulu.. zaman sekolah.. dunia aku di kampung..
Sementara mak mencari rezeki di bandar..
Aku dan Adik lebih betah tinggal di kampung..
Sunyi.. aman.. tenang.. damai..

Tapi bila keadaan mak dan ayah dah stabil di bandar.. aku dan Adik dibawa pindah ke bandar..
Memang aku protes sebab lebih selesa tinggal dengan arwah wan berbanding dengan mak..
Sebab..
Mak aku garang.. tapi ayah aku tak.. hehehe..
Tapi itulah insan yang melahirkan aku dan Adik aku..



Hari ni hari istimewa buat mak..
Mak..
Selamat Hari Lahir Mak..
Moga Mak sihat dan kuat serta tabah dalam menjalani kehidupan seharian..
Maafkan along..
Ampunkan along..
Walau along jauh tapi tak bermakna along lupakan mak..
Masih ada sesuatu yang menghalang untuk along lebih kerap berjumpa dengan mak..
Sukarnya untuk berbicara di sini..



psstt: Al-Fatihah.. buat arwah atok yang meninggal dunia pada tarikh lahir mak aku..



Wednesday, March 25, 2015

Kalau rasa hati tu dah kebal dengan pujukan sendiri..



"Terpulanglah pada sayang atas penilaian sayang..
Kalau rasa hati tu dah kebal dengan pujukan sendiri..
Sampai bila-bila tak rasa orang cuba memujuk..
Hargailah dengan usaha orang lain walaupun tidak sesempurna.."


Mana abam sayang tak pening kepala kekeringan idea..
Nak layan kerenah gedik aku bila tiap patah pujukan dia aku tepis..




psstt: "Dah buat orang merajuk.. pujuklah balik.."


Tuesday, March 24, 2015

Serba-salah menguasai diri..


Belek dalam draft..
Banyak rupanya yang aku tak publishkan..
Malah ada diantaranya saling berkaitan..

Makin lama makin perlahan gerak langkahku..
Maafkan aku andai aku semakin jarang singgah ke teratak kengkawan..

Kekangan masa dengan tugasan hakiki dan rutin harian..
Serba-salah menguasai diri.. tak menjenguk teratak kengkawan..
Aku bagaikan berada dalam duniaku sendiri..


Namun..
Perjalanan yang ada kuteruskan selagi larat selagi termampu..



psstt: Bila aku ikut rentak dia.. perasaan tak sabar menguasai diri..




Monday, March 23, 2015

Kisah di Mantin, Negeri Sembilan dan Putrajaya


Kisah Sabtu lepas.. 21 Mac 2015 di Mantin

Menghadiri jemputan kenduri kahwin di Lorong 2, Kampung Abdullah, Mantin, Negeri Sembilan.
Kenduri anak buah sebelah MIL.
Moga kekal bahagia buat pasangan pengantin Nurul Shuhada dan Sukrinor..
Mana gambar..? Takde sekeping pun gambar dengan pengantin..
Tapi pasangan pengantin cantik berbaju biru..



Aku suka nangka masak lemak cili api campur tulang lembu..
Siap tapau lagi ok.. hubby yang mintak bukan aku..
Gambar jangan tanya sebab memang tak amik..


Teringat masa mengandungkan dak Adik..
Bila MIL pergi kenduri kahwin aku mesti nak ikut sebab suka sangat makan nasi minyak..


Pinggan makan yang rare..
Dah lama tak jumpa pinggan makan macam ni waktu kenduri besar di kampung..
Rindunya suasana waktu aku membesar di kampung..


Selfie sebelum balik bersama family dari Mantin..



Kisah hari Ahad.. 22 Mac 2015.. di Putrajaya

Pertandingan Futsal Karnival Tahunan Sukan PUSPANITA 2015 telah berlangsung di Gelanggang Futsal PUSPANITAPURI, Presint 10, Putrajaya..
Mewakili Jabatan aku.. kami berada di sana memeriahkan suasana..
Gambar nan hado..
Tanpa latihan.. tanpa strategi.. tanpa pengurus.. kami memberi saingan kepada pasukan yang mewarnai pertandingan tersebut.
Memang meriah..
Ok.. jujurnya aku tak tahu pun yang ianya dihadiri dari seluruh negara..
Bermain atas semangat kesukanan sebab peluang yang bukan selalu datang.. mencari pengalaman..



Gelanggang terbuka..
Kali pertama team aku bermain di gelanggang terbuka dan bermain pulak waktu siang..


Hampir tengahari.. dari hujan renyai menjadi lebat..
Waktu kami main hujan turun dengan lebat, alah.. bukan selalu dapat main dalam hujan..
Alhamdulillah takdelah yang cedera cuma aku jatuh dan lutut cedera sikit..
Tak nak lasak.. jangan main ye dak..
Hubby dah pesan.. 'Jangan nak mengadu kata itu sakit.. ini sakit..' tapi merengek jugak.. kihkihkih..


 Aerobikthon diadakan di dalam dewan..
 Masa ni team futsal aku dah pulang awal.. Kalah diperingkat kumpulan..
Takpe.. tahun depan kita pastikan nama kita pulak tercatat dalam sejarah..



Sementara aku sibuk dengan futsal, hubby sibuk membakar ikan di rumah mak..
Siap post gambar bagi aku teruja..
Maaflah bang.. tak teruja pun sebab aku tengah 'tak sihat'..


 Tapi petang balik dari Putrajaya tu tetap dapat rasa jugak..


Jenahak masak asam pedas..
My MIL yang masak.. sedap.. tak puas makan sebab berebut dengan dak Nuha.. kihkihkih..




Penat..
Itulah perkataan yang sesuai yang boleh aku gambarkan sepanjang cuti persekolahan kali ni..
Rumah sendiri pun jenguk-jengah macam tu aje..
Takdan nak kemas lap bagai barangan dalam rumah..
Masa aku banyak di luar rumah..




psstt: Dengan rentak yang semakin perlahan, aku takut aku akan hilang dari radarmu sayang..



Saturday, March 21, 2015

Jangan pentingkan diri sendiri boleh tak..?





Lepas aku selesai beli barang, aku tengok kereta tu kena block depan dan belakang..
Ha.. rasakan.. parking lagi melintang macam tu..
Kalau aku.. aku dajalkan balik..
Pakat dengan kereta depan aku tu jangan alihkan kenderaan..
Bertimbang rasa sikitlah.. jangan pentingkan diri sendiri..


Moral of the story..
Ha.. kan dah ter'story' dalam blog aku..



InsyaAllah..
Hari ni aku akan berada di Mantin, Negeri Sembilan..
Esok pulak akan berada di Putrajaya..
Lusa pulak.. anak-anak dah mulakan persekolahan lepas seminggu cuti sekolah..
Moga apa yang dirancang berjalan dengan baik hendakNYA..




psstt: Mike.. Sierra.. Golf.. Mike.. Echo.. plzzzz..


Friday, March 20, 2015

Birthday siapa sebenarnya ni..?


Malam tadi sambut birthday anak SIL di rumah beliau..
Sambut kecil-kecilan with family members only..
Menu pilihan.. KFC.. biasalah ikut tekak anak-anak..
Kambing bakar request by hubby..
Takdelah nak berselfie bagai pun sebab aku lapar dan penat..



Bukan untuk dia..


Tapi..
Ni dia Birthday boy..
Moga membesar dengan sihat.. Makan banyak dari biasa ye Firdaus..
Lawan ketembaman dak Nuha tu.. ;)
 

Gaya dak Nuha ala-ala gedik manja gitu.. menurun perangai ibunyalah ni..
 

Dak Adik nak habiskan seketul ayam tu pun susah..
Tak banyak makan dia sekarang.. susut 2 kilo..
Seminggu warded hari tu naik 2 kilo.. ni susut balik..





Kisah semalam...
Dak Kakak bersama dua orang sepupunya join aktiviti di SINI..



Gambar sumber dari group..




psstt: Aku merinduimu.. ding dong.. dah macam iklan bedak Follow Me pulak..



Thursday, March 19, 2015

Kem Masjid At-Taqwa - Aqil Baligh


Bila musim cuti persekolahan, pasti ada program yang sesuai untuk anak-anak turut serta..
Atas tujuan tersebut..
Aku hantar dak Kakak ke Kem Masjid At-Taqwa.. Kampung Bukit Kapar..
Program: Aqil Baligh.. Memperkukuh Pengetahuan ke Gerbang Alam Remaja
Bukan setakat dak Kakak, dua orang kakak sepupunya pun turut join..
Penyertaan peserta disasarkan seramai 200 orang tapi aku rasa lebih tu..


Pagi tadi (19 Mac 2015)..
Hubby uruskan sesi pendaftaran dak Kakak bersama dua orang anak buah beliau di Masjid At-Taqwa..
Petang nanti turn aku ambil dorang balik dari Kem tersebut..
Aku nak cuti tak boleh.. baru je lepas cuti panjang jaga dak Adik..





Ini pulak hari Ahad nanti..
Tapi sayang dak Kakak tak dapat join sebab hubby kena hantar aku ke Putrajaya..
Lagipun hujung minggu ni kami balik kampung..






Petang semalam (18 Mac 2015)..
Dah lama tak sarung kasut futsal..
Ni kira persediaan saat-saat akhir bagi menghadapi kejohanan futsal pada hari Ahad ni nanti..
Hubby dah pesan padaku..
"Amaran keras.. Jangan mengadu sakit-sakit badan ek.. sebab I tak pandai urut.. hahaha.."
"Hati-hati sepak bola tu.. jangan tergeliat pulak ye.."

Ni sebab pinggang aku masih belum baik sepenuhnya tapi aku kan degil..
Janji.. aku dah dapat lampu hijau..
Terima kasih ye hubby sebab izinkan aku main.. walau separuh hati merelakan..



 psstt: Tak tahan menanggung rindu padamu..



Wednesday, March 18, 2015

Klinik Pediatrik PPUM


Kisah pagi semalam di PPUM..

Rawatan susulan buat dak Adik selepas keluar wad baru-baru ni..

Rawatan meliputi..
Ujian Darah..
Sangat diperlukan bagi mengetahui keadaan buah pinggang dak Adik.. memandangkan kes dak Adik di SINI..

Ujian Air Kencing..
Ada darah sikit.. but still ok.. takde jangkitan.. itu yang doctor katalah..

Tekanan Darah..
Part ni yang aku lupa..
Boleh pulak aku bagi dak Adik main game..
Sudahnya masa check BP dak Adik.. mencanak naik..
Kali kedua buat.. Alhamdulillah ok.. tapi tinggi jugak sebenarnya..

Berat dak Adik turun 2 kg.. sejak keluar wad, dia tak berani nak makan sembarangan.. tu yang turun beratnya..



Kali pertama 130/60.. Kali kedua better than that..


Budak bosan menunggu..
Ada je menda dia usik.. nak buat.. naik BP aku dibuatnya..


Doctor highlight kes dak Adik sebagai URGENT..
Mana taknya.. kami menunggu 2 jam.. dipanggil masuk untuk ambil ujian darah dan air kencing..
Lepas tu nak kena tunggu lagi..
Fuh.. mulalah aku bebel-bebel manja..

Punca lewat sebab kekurangan doctor.. tapi yang buat hatiku sejuk.. doctor tu pandai mengambil hati kami walau pada awalnya dak Adik tak nak bagi kerjasama waktu nak ambil darah..
Meronta-ronta usah cakaplah.. tapi biarlah ia jadi kenangan aku..



Penat menunggu.. dah kenyang makan.. letihlah tu..


Aku pun sama bosan..


Hubby pulak ada urusan dengan abang dia di Puchong..
Sudahnya.. 'takpelah.. abang baliklah dulu.. nanti saya balik naik teksi..'
Macam tak percaya je hubby dengan statement aku..
Lagi-lagi pulak dengan anak..


Beratur di sini..



Waktu dalam teksi.. dak Adik tanya.. 'Ibu tahu ke nak balik rumah ni..?'
Hanya disebabkan kami kena naik teksi, dak Adik jadi macam was-was pulak..
Kihkihkih.. kelakarlah adik ni..




psstt: eemm.. buat my sweet stalker.. nak aku hilang dari radar terus ke..?



Monday, March 16, 2015

Aktiviti pertama di musim cuti persekolahan..


Cuti sekolah dah pun bermula..
Aktiviti pertama di musim cuti persekolahan..
Nak makan ikan bakar.. homemade by chef hubby..
Dua hari berturut-turut hubby layankan tekak gedikku yang nak makan ikan bakar..
Dua hari berturut-turut jugak projek bakar ikan dibuat waktu tengahari..
Tapi yang best.. walau panas berdenting.. tapi bila makan di bawah pondok depan rumah MIL tak rasa pun panas tu..
Cadang malam ni nak buat lagi..
Errrkk..? Tak takut ke berat badan naik balik..
Yup.. seriously aku risau tapi mana boleh tahan selera kalau pergi rumah MIL..
Pasal diet kita tinggalkan sekejap kat rumah.. kihkihkih..

Gambar tak banyak..
Kali ni aku malas nak selfie bagai..
Gambar yang ada pun hubby yang tolong ambilkan..


Kelmarin..
Ikan keli lebih banyak permintaan dari cencaru..

Nampak tak.. cuaca yang sangat panas..


Nuha asyik kena sakat je..


Semalam..
Semalam aku tak puas makan sebab geng kuat makan hubby yang banyak makan..
uwaaa... geramnya aku..


Dak Nuha tolong buai tidurkan baby..
Dia cemburu sebenarnya.. kihkihkih..




psstt: Orang lain pun sibuk juga abam sayang oii...



Saturday, March 14, 2015

Cuti Sekolah Penggal Pertama 2015


Cuti Sekolah bagi penggal pertama kini bermula dari 14 hingga 22 Mac 2015..
Standardlah.. budak sekolah mesti happy punya..
Nak pulak bila dah ada plan nak ke mana..

Teringat zaman sekolah dulu..
Tak sabar nak balik kampung arwah wan..
Dulu aku membesar di kampung..
Suasana yang tenang.. jauh dari hiruk-pikuk kenderaan..
Terlampau banyak kenangan.. Aku rindukan semuanya..

Part berkawan..
Aku lebih suka melasak dengan budak lelaki..
Aku suka bila tiba musim buah..
Petik buah sambil bersantai atas pokok..
Masa tu pokok buah rambutan dan langsat menjadi pilihan..
Kena marah dengan Pak Ngah bapak sedara aku tu biasa..
Pernah kena panggil dengan cikgu disiplin sebab buat bising di kawasan masjid ketika mengaji di waktu petang..
Tapi tak banyak kenangan zaman sekolah di kampung dulu sebab ketika aku darjah 4, aku kena pindah sekolah di bandar.. sobsobsob..

Sekolah di bandar tak sama cabarannya di kampung.. saingan ramai..
2 minggu pertama aku kerap menangis bila terasa dibuli..
Tapi bila dah dapat rentak, takde yang berani usik aku sebab aku dikenali dengan gelaran singa.. garang sangat ke aku ni..?
Gelaran kaki kuda pulak sebab aku antara yang berada di tangga teratas carta di balapan sekolah..

Cinta monyet zaman sekolah..?
Bohonglah kalau kata takde..
Ops.. Tetiba teringat pulak..

Apa-apapun semuanya tinggal kenangan..
Kini turn anak-anak pulak.. berhadapan dengan cabaran yang bukan sedikit..
Moga mereka tabah dan kuat serta bersedia..



psstt: Tiada rahsia lagi antara kita sayang..



Friday, March 13, 2015

Belajar Ikhlaskan hati..



"Tak perlu berpura-pura..
Belajar ikhlaskan hati..
Ada ganjaran di situ..
Fikirkan ganjaran yang dijanjikan untuk seorang isteri..
Sayang kena terima diri abang seadanya.."



psstt: Kita tak datang dalam pakej 'SEMPURNA' kerana 'SEMPURNA' itu milikNYA..




Thursday, March 12, 2015

Dak Kakak dan dak Nuha terpaksa kutinggalkan..


Kisah disebalik tabir..

Sepanjang dari 25 Februari hingga 02 Mac 2015 yang lepas..
Siang dak Kakak dengan dak Adik kutinggalkan di rumah pengasuh..
Malam pulak di rumah nenek saudara..
Anak atok.. dak Angah dan dak Alang yang melayan kerenah dak Nuha..
Bila dorang post gambar dak Nuha, sedihnya rasa bila terpaksa berjauhan dari dia..
Terima kasih buat nenek dan atok yang menjaga dorang berdua ketika aku dan hubby di hospital.
Kisah mengenai dak Adik.. di SINI..




Sebelum tu menangis nak ikut aku ke hospital..



FIESTA Belon Udara Panas Antarabangsa 2015 di Presint 2, Putrajaya bermula dari 12 - 15 Mac 2015.. yang akan menampilkan lebih daripada 21 belon udara panas pelbagai bentuk..
Ada rasa nak pergi tapi bergantung pada keadaan..



psstt: Pesanan dari abam sayang.. semua tu ada hikmahnya.. Allah uji hambaNYA yang sabar.. sabarlah sayang..



Wednesday, March 11, 2015

Tertunai sudah hasrat hati buat mereka di Wad Pediatrik 8A, PPUM



Sambungan kisah pagi semalam.. di SINI..

Kes aku:
Sakit pinggang sebelah kanan melarat rasa sakit hingga ke peha..
Terasa sengal sakit berdenyut-denyut..
Dah lama sebenarnya sakit pinggang ni..
Sejak zaman sekolah lagi sebab pernah jatuh masa aktif bersukan..
Sekarang.. dalam usia remaja purba ni baru terasa kesannya..
Kalau aku terlampau aktif seharian dalam mengerjakan rutin harian hingga keletihan, sakit di bahagian pinggang pasti akan menyerang..
Jadi.. apa yang perlu aku buat..?


Hasil perjumpaan dengan doctor di RUKA, PPUM..
Doctor cuma memaklumkan masalah saraf pada pinggang..
Tekanan kuat akan berlaku bila buat kerja-kerja berat..
Tulang belakang ok.. tidak dihimpit oleh saraf atau tulang..
Pilihan yang ada.. makan ubat, kemudian rehat..
Ubat yang membantu hanya ubat tahan sakit yang doctor bekalkan..
Tapi jika diambil secara kerap untuk tempoh jangka masa panjang akan memberi kesan kepada buah pinggang..

Kesimpulan:
eemm.. takde ke doctor pakar yang boleh membantu aku dalam kes ni..
Aku nakkan jalan penyelesaian..
Aku nak tahu keadaan pinggang aku..
Kenapa makin lama makin teruk aku rasa..
Kalau sekadar bagi minyak angin dan ubat tahan sakit.. kat rumah aku pun ada..




Kisah tengahari semalam di Wad Pediatrik 8A, PPUM..
Tertunai sudah hasrat hatiku nak bagi red velvet kepada doctor yang merawat, nurse yang menjaga dak Adik dan semua staff yang terlibat di Wad Pediatrik 8A, PPUM..
Terima kasih buat semua.. terima kasih banyak-banyak..
Kisah dak Adik di SINI..

Buat semua yang bertugas pada 25 Februari hingga 02 Mac 2015..
Ketika dak Adik dimasukkan ke dalam wad tersebut..



Khas buat Dr. Yasmin..
Doctor kesayangan dak Adik..
Kebetulan masa aku dan hubby hantar ni, beliau turut ada dikaunter jururawat..
Dia masih ingat dak Adik 'mestilah saya ingat.. dia boyfriend saya..'
Aku pasti beliau akan menjadi kesayangan kebanyakkan pesakit..


Kenangan..
Dari katil 29 pindah ke katil 24..


Selepas 6 hari tak dapat tengok dunia luar..


Salam hug and kiss from dak Adik buat semua..




psstt: Homemade red velvet cake tersebut disediakan oleh adik hubby..



Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...