Followers Remaja Purba

Wednesday, December 31, 2014

Penutup bagi 2014.. Dikesempatan yang ada..



31 Disember 2014
Adakah kita akan diberi kesempatan berjumpa lagi pada tahun 2015..?

Sepanjang tahun 2014..
Jika diimbau banyak kenangan pahit manis masam masin telah aku lalui..
Banyak kenangan yang aku peroleh sepanjang tahun 2014.. dan kebanyakkan dari kenangan itu hanya yang manis-manis je kutinggalkan jejak di sini..
Manakala yang pahit kelat masam, kusimpan jauh dilubuk hati dan hanya secubit yang pahit kuabadikan di sini.. agar aku menjadi lebih kuat juga sebagai peringatan di masa depan..


Buat hubby, anak-anak dan keluarga..
Tanpa kalian, hidup pasti tidak bermakna..


Buat kawan, teman, sahabat..
Moga ukhuwah yang dibina berkekalan hendakNYA.. walaupun jarak masa membataskan perhubungan kita..


Buat teman di alam maya..
Terima kasih kerana masih sudi menerima dan singgah di blog Mak Budak a.k.a Remaja Purba ni..


Buat semua mangsa banjir dan sukarelawan..
Bertabahlah.. kuatkan semangat..
Moga urusan kalian dipermudahkanlah hendakNYA..
Sedih memang sedih.. payah memang payah.. tapi bukan kemahuan kita keadaan sebegitu..
Janganlah mengambil kesempatan atas kesusahan mereka.. hari ni hari mereka.. akan datang kita tak tahu keadaan kita macam mana.. 'Hidup ibarat roda berpusing..'



Moga pengakhiran 2014 ini bukan penutup segalanya..
DIA menguji kita kerana DIA sayangkan kita..


 
Terima kasih abam sayang kerana mengingatkan aku..






psstt: Selamat Tinggal 2014.. Selamat Datang 2015..




Tuesday, December 30, 2014

Kenduri Kahwin Suhana di Batang Berjuntai


Kisah Kelmarin..
Menghadiri jemputan kenduri kahwin kawan kelas zaman sekolah menengah di Batang Berjuntai, Kuala Selangor..


Dak Nuha sedang naik 'kuda'.. ada 'kuda' dengan dia tu.. aku lupa nak ambil gambar..
Masa nak keluar rumah dia boleh dia merengek suruh bawak sekali kuda tu..


Alhamdulillah, peta lokasi senang nak cari walaupun terpaksa ikut laluan jauh.. tapi bagus jugak sebab boleh cuci mata sambil dapat singgah beli apa yang aku nak.. kihkihkih..


Gambar pertama aku ambil..

Ikutkan hati aku nak ambil gambar kat pelamin tu tapi sabar ye mak budak.. kenduri orang tu..
Nak jadikan cerita.. ayah kawan aku tu rupanya kawan lama abah hubby..
Lah.. mana aku tahu.. ayah pengantin terlepas pandanglah tu nak menjemput.. kalau tak.. confirm kami bawak abah dengan mak..

Lepas makan, dak Nuha boleh pulak ajak balik.. eemm.. sabarlah Nuha.. ibu nak jumpa pengantin kejap.. "dalam hati.. cepatlah.. sebab tengok pada keadaan cuaca.. dah mula mencemburui.."


Hasil tangkapan dari dak Nuha..
Kalau boleh semua orang dia nak ambil gambar..


Masa pengantin sampai hujan dah mula turun.. boleh tahan jugak lebatnya..


Selamat Pengantin Baru buat Suhana dan pasangan.
Moga kekal bahagia hingga ke akhir hayat..




Hujan lebat mengiringi perjalanan balik kami selepas itu..
Sempatlah kami singgah makan asam pedas pari di Sungai Sembilang.. ---> next entry..




psstt: Moga urusan sukarelawan yang menghantar bantuan kepada mangsa banjir dipermudahkanlah hendakNYA..



Monday, December 29, 2014

Bayaran Keperluan Sekolah 2015 di SKBK


Kisah hari Sabtu lepas..

Kalau tahun lepas sibuk dengan urusan kemasukan dak Adik ke darjah satu ---> Hari Orientasi..
Tapi tahun ni aku agak rileks sikit..
Pergi sekolah hanya untuk bayar yuran berkaitan buat dak Kakak dan dak Adik..
Lepas tu dah boleh balik..


Dengan suasama sekolah dorang ni, aku pulak rasa macam nak kembali ke sekolah je..


Sesi pengambilan buku teks untuk dak Kakak..


Sekolah anak-anak berada di atas bukit..
Mengah jugaklah sambil mengendong dak Nuha yang berat hampir 16kg tu..



Hasil dari janji dalam Pilihanraya yang lepas..


Tak kisahlah parti mana sekalipun.. yang penting bakal sekolah ni akan berada dekat dengan rumah.. harapnya masa tu nanti dak Kakak antara yang terawal bakal mewarnai sekolah tu nanti..

Selesai urusan berkaitan.. balik rumah cadangnya nak balut buku sekolah dak Kakak.. tapi disebabkan sakit pinggang kembali menyerang, akhirnya buku-buku tersebut tersadai di atas meja..


Semalam..
Menghadiri jemputan kenduri kahwin kawan zaman sekolah di Kuala Selangor.. ---> next entry..


Hari ni..
Semalam pinggang ok sekejap.. sebab ada bekalan ubat tapi hari ni dah habis bekalan ubat.. makanya bertabahlah ye mak budak sementara nak tunggu habis waktu bekerja hari ni..
Nak buat apa pun tak selesa.. sabarlah ye mak budak..
Sakit ini hanya sebahagian kecil yang aku terima kalau nak dibandingkan dengan mereka yang menghadapi musibah lebih besar..




psstt: Kau hilang dari 'radar' membuatkan aku resah gelisah di sini..



Friday, December 26, 2014

Majlis Penyampaian Sijil oleh Y.B Dr. Haji Abd Rani bin Osman (ADUN MERU)


Penutup bagi..
Perkhemahan Ibadah Anak Muda TDBi.. sambungan dari SINI dan SINI..


Aktiviti perkhemahan ini disudahi dengan Majlis Penyampaian Sijil kepada semua peserta yang disempurnakan oleh Y.B Dr. Haji Abd Rani bin Osman (ADUN MERU).
 

Y.B Dr. Haji Abd. Rani bin Osman yang simple dan humble..


Anak-anak yang ingin bergambar tapi malu..
Y.B Dr. Rani nampak apa yang kami buat dan panggil kami untuk bergambar..
Ingatkan beliau tak perasan.. hehehe..


Anak-anak bersama warga taman perumahan aku..


Terima kasih ye Y.B izinkan kami bergambar bersama..


Solat Zohor sebelum majlis dimulakan..


Majlis diadakan secara santai dengan Y.B Dr. Rani bercerita sedikit pengalaman beliau dan mengucapkan tahniah kepada pihak penganjur di atas aktiviti bermanfaat untuk anak-anak..


Sesi Penyampaian Hadiah..
Dak Adik..

Dak Kakak..

Anak saudara hubby.. dak Ain Syuhadah..

Sorang lagi anak sedara hubby.. dak Arissa Sofea

Anak atok saudara aku.. dak Alang..
Gambar adiknya mana ek.. eeemm..


Bergambar kenangan para peserta bersama Y.B..
Ini pun tak semua ada.. termasuk dak Adik..



Cenderahati dari ADUN MERU..
Aku cuma dapat amik gambar jelah.. AJK induk yang dapat..


Disebalik Majlis Penyampaian Sijil tersebut.. tercari-cari dak Nuha di mana..

Dak Nuha yang bebas berlarian disebalik khemah-khemah yang ada..


Main pulak dalam khemah..

Main air pulak..


Last but not least..
Selfie bersama Mak Budak a.k.a Remaja Purba..
Hubby geleng kepala melihatkan kerenah aku.. kehkehkeh..




Akhirnya lengkap sudah 2 hari 1 malam aktiviti Perkhemahan Ibadah Anak Muda TDBi buat pertama kalinya..
Tahniah dan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara langsung dan tidak langsung bagi menjayakan aktiviti ini.
Moga aktiviti ini menjadi aktiviti tahunan dan dimasukkan ke dalam calendar Taman..
Alhamdulillah.. selesai sudah..
Balik rumah.. lepas mandi.. semua anak-anak lena sampai lewat petang sebelum aku kejutkan dan hantar balik ke rumah SIL..



psstt: Moga semua mangsa banjir selamat dan bantuan dipermudahkanNYA..



Thursday, December 25, 2014

Bila berlaku perubahan mood dalam diri..



Bila happy ---> makan..
Bila sedih ---> makan..
Bila stress ---> lagilah nak makan..
Sudahnya ---> jangan tanya pasal berat badan..

Jadi minggu ni kita lupakan penimbang buat sementara..



psstt: Bila cuti di tengah minggu.. makan.. makan.. makan..



Wednesday, December 24, 2014

Perkhemahan Ibadah Anak Muda TDBi - Hari Kedua



Sambungan kisah dari SINI dan SINI..

Seawal jam 4:30 pagi para peserta dikejutkan untuk Qiamullail dan kuliah subuh..
Seterusnya aktiviti pagi diteruskan..
Tiada gambar pagi tu..
Aku hanya sampai selepas pukul 11 pagi selepas selesai rutin harian di rumah.. macam jauh je tempatnya.. walhal seberang jalan rumah je pun..


Aktiviti berkumpulan..




Sesi Tazkiran bersama Ustaz Khairul Khuzaini


Akhirnya dapat jugak dak Nuha merasa duduk dalam khemah dak Adik..


Khemah perempuan..


Fasi. Ayie suka sangat dengan dak Nuha..


Sesi penyerahan anak-anak kepada ibubapa dan seterusnya menunggu kedatangan Y.B Dr. Haji Abd Rani bin Osman (ADUN MERU) untuk Majlis Penyampaian Sijil kepada semua peserta.





Oh!Gediknya dak Nuha..




Bersama dak Kembar..




Sempat meraikan hari lahir 'Wak Doyok'


Makan tengahari sementara menunggu kedatangan YB..


---> Bersambung..



psstt: Tiada siapa yang boleh mengubah diri kita selain kita sendiri..



Tuesday, December 23, 2014

Perkhemahan Ibadah Anak Muda TDBi - Hari Pertama



Baru berkesempatan nak update kisah INI..
Perkhemahan Ibadah Anak Muda dan Kursus Penyembelihan @ KRT 2015 yang telah diadakan 20 - 21 Disember 2014 (Sabtu dan Ahad) yang lepas di mana.. dak Kakak dan Adik bersama 3 orang sepupu mereka menyertainya..
Kali pertama KRT diadakan, dua taman perumahan bekerjasama dalam sesi penganjuran aktiviti ini..
Dalam 40 orang anak-anak warga taman lingkungan umur 6 hingga 17 tahun yang terlibat..



20 November 2014 (Sabtu)..
Pukul 8:15.. kami sampai dan bersedia untuk sesi pendaftaran anak-anak..
Hubby yang uruskan mereka sementara aku sibuk dengan cik Nikon dan dak Nuha..



Pendaftaran anak-anak..


Tapak perkhemahan..
Aku pulak yang teruja nak join dorang..


Dak Adik je takde dalam gambar ni.. payah betul nak suruh dia bergambar sekali..


Penambahan pada khemah yang sedia ada..


Sarapan pagi disediakan sebelum aktiviti dimulakan..



dak Nuha bersama abang sepupu dia.. antara peserta termuda yang join..


Ustaz Khairul Khuzaini yang akan mengetuai aktiviti ini


 AJK Taman bersama Fasilitator yang terlibat..



Sesi penerangan dimulakan.. dak Nuha turut terselit sama..


Pembahagian kumpulan dilakukan..


 Aktiviti berkumpulan..


Kursus Penyembelihan untuk para peserta..



Masa ni dak Nuha gagah lagi.. bila dah lama sangat dan dia dah penat mulalah merengek nak berdukung.. fuh.. mahu tak lenguh tangan aku.. mana nak dukung dia.. mana nak pegang cik Nikon.. mana nak ambil gambar para peserta program.. alahai anak..


Sudahnya ku alihkan perhatian dia ke sini..
Di tengah panas mentari.. takdelah panas sangat tapi tetap terasa jugaklah bahangnya..


Tak puas main sensorang, dipaksanya aku main sekali buaian tu..



Aku tak terlibat secara langsung cuma diminta mengambil gambar aktiviti tersebut tapi takdelah 2 hari tu aku berkampung di situ.. sebab aku perlu juga uruskan dak Nuha..

Tiada gambar disebelah petang..



Malam tu pulak..
Sesi Pengisian Ilmu diadakan selepas solat Maghrib..
Tajuk aku tak ingat tapi berkaitan adab kepada ibubapa dan kisah anak derhaka..
Diselang-selikan dengan video mampu mengundang airmata, bukan setakat kepada anak-anak tapi juga kepada ibu bapa..


Dak Kakak bersama sepupunya..


Dak Adik yang berjiwa kental tu pun menangis akhirnya..


Anak-anak diminta menulis apa yang ingin ditulis untuk ibubapa..



Masa ni memang bukan setakat sebak.. meleleh airmata.. hilang kekentalan jiwa aku bila tengok dak Kakak dengan dak Adik menangis..
Bila situasi dah stabil, anak-anak pun dah ok.. aktiviti seterusnya dijalankan.. aku mengambil peluang untuk balik ke rumah sekejap sebelum makan lewat malam bersama hubby dan SIL di luar..

Dan.. masih belum terlewat untuk mengucapkan tahniah kepada pasukan bolasepak negara.. walaupun tewas tapi korang telah berusaha sebaik mungkin.. cuma nasib tidak menyebelahi..



psstt: Bersambung..





Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...