Followers Remaja Purba

Saturday, November 29, 2014

Kita adalah hamba.. menumpang atas dunia..



Kadangkala ada orang buat status GEMBIRA bukan bermakna dia sedang gembira..
Tetapi dia cuba untuk menenangkan hati yang sedang berduka..


Takde salahnya kalau perubahan itu untuk kebaikan bersama..
Moga dengan perubahan itu menjadikan kau jauh lebih baik dari sebelum ini..




psstt: Kita adalah hamba.. menumpang atas dunia.. engkau dan juga aku.. saling perlukan.. oh!Cinta yang murni.. sebagai ikatan.. yang kukuh di hati.. demi masa depan.. hukhukhuk.. tersedak tak abam sayang.. kihkihkih..


Friday, November 28, 2014

Kambing Bakar Ayam Penyek SAHARA



Kambing Bakar..
Mendengar malah membacanya pun dah buat mereka yang gemarkan kambing menjadi teruja..
Punca kenapa aku jadi ketagih pada kambing bakar..?
My chef hubby..
Ada ke beliau dajalkan aku selama seminggu dengan menu kambing.. diajarnya makan kambing yang dimasak sendiri oleh beliau..
Aku bukanlah penggemar kambing dan tak pernah makan pun sebelum ni.. memang totally out lah kalau sesiapa yang ajak aku makan kambing..


Baru-baru ni.. menambah keterujaan, adik aku sendiri yang syorkan satu kedai makan yang ada jual kambing bakar ni..
Kedai makan ni sempoi.. biasa je.. bukanlah restoran besar.. hanya kedai biasa dalam kawasan kampung..
Bayangkan adik aku yang tinggal jauh boleh datang makan dekat situ, walhal tak jauh mana pun dari rumah aku..
Tak boleh jadi macam ni.. nak kena cuba ni..
Maka.. baru-baru ni aku ajak hubby makan kat kedai yang adik aku ceritakan tu..




Aku suruh dak Nuha ambilkan gambar.. tetiba pulak aku rasa segan waktu ni..

Kambing Bakar..

Bakso..
Menu ni pun ok jugak.. besar bebola tu.. biasa aku jumpa cenonit je..


Aku baru berjinak-jinak dengan kambing..
jadi masih ada rasa kurang selesa bila terbaukan kambing yang sedang dibakar..
tapi demimu kambing bakar, kutahankan je rasa tak selesa tu.. kihkihkih..


 
Suasana di kedai tersebut.. waktu ni aku nak gerak balik dah..
Kedainya kecik je.. simple je.. tapi siap ada WIFI ai tell u..


Biasalah.. gambar kurang memuaskan..




Tak cukup makan dekat kedai, aku mintak tapaukan lagi..
Bagi aku banyak jugak portion kambing tu..
tapi bagi penggemar tegar kambing, sepinggan tak cukup kot aku rasa..




Landmark Kedai Kambing Bakar Ayam Penyek SAHARA..
(Kot ada yang nak cuba makan kat situ kan..)

Laluan Pertama:
Dari Klang Sentral.. terus menuju ke arah pekan Meru.. masuk ke kiri di traffic light sebelum Shell. 
Terus je ikut jalan tu.. sampai jumpa signboard Jalan Kassim di sebelah kanan..
Masuk ke Jalan Kassim tu kemudian terus je.. Kedai makan tu sebelah kiri sebelum simpang Jalan Kasban..


Laluan Kedua: 
Kalau dari Klang Sentral menghala ke Aman Perdana.. Traffic light tu masuk kanan menghala ke Jalan Haji Abdul Manan.. terus dan depan sikit ada simpang ke kanan.. simpang masuk Jalan Salleh..

Ok.. masuk simpang tu.. terus je.. Jalan Kassim sebelah kiri.. masuk simpang Jalan Kassim tu.. terus je.. kedainya sebelah kiri sebelum simpang Jalan Kasban dan bersebelahan kedai gambar..

Kena alert sikit sebab jalan tu jalan kampung takut terlajak simpang..


Lokasi kejadian waktu siang.
Kedai Kambing Bakar Ayam Penyek SAHARA..




psstt: Bersemangat bercerita.. macamlah ada yang nak pergi makan dekat situ..







Thursday, November 27, 2014

Selamat Datang buat ahli baru dalam keluarga my MIL



22 NOVEMBER 2014 - Sabtu:
Pagi..
Lepas dah selesai kelas mengaji dak Kakak dengan dak Adik, kami terus balik rumah MIL..

Tengahari kami menuju ke PPUM untuk mengambil wife adik ipar yang dah selamat bersalin Jumaat malam.. Alhamdulillah ibu dan baby boy sihat takde masalah..

Selesai urusan berkaitan kami dah bersedia untuk balik.. masa ni lah satu kejadian lucu berlaku..
Memasing langsung tak perasan dan aku pulak boleh tak ingat..




Kita selfie dulu bersama baby sebelum balik..


Tu.. bedung baby.. hak milik PPUM..


Dah nak keluar dari pintu wad.. baru aku perasan.. baby tak bertukar baju lagi.. huhuhu.. memang luculah.. kitorang patah balik mintak kebenaran nak tukarkan baju baby.. nurse yang ada pun gelak je..
Menggigil tangan aku masa nak tukarkan baju baby.. sebab dah lama tak pegang baby baru lahir..
Tapi memang kenangan melucukanlah bila diingatkan balik.. mungkin masa tu terlebih fokus pada ibu baby yang keletihan..

Hujan mengiringi kepulangan kami sampai di rumah.. dak Nuha menangis bila aku dukung baby.. kihkihkih.. kes cemburulah tu..


Malamnya.. aku berehat je di rumah.. takde aktiviti yang menarik selain dari aktiviti membesarkan badan..



23 NOVEMBER 2014 - Ahad:
Tengahari..
Kalau semalamnya pergi rumah MIL.. esoknya turn menjenguk mak aku pulak..
Langkah kanan bila kami sampai.. makan tengahari di rumah mak..
Borak chit chat.. petang baru balik..
Singgah sekejap kat rumah MIL hantar baju dak Kakak dengan dak Adik..
Kemudian terus gerak balik.. kerja rumah pulak menanti..
Entah bila aku nak rehat pun aku tak tahu..



Bila sibuk dengan urusan keluarga kedua-dua belah pihak.. aku tak pergi pun MAHA di MAEPS, Serdang.. Upin Ipin di PICC, Putrajaya.. Formula E di Putrajaya mahupun Karnival filem di Alamanda Putrajaya..

Tapi takpe.. hujung minggu ni masih ada masa lagi untuk ke MAHA di MAEPS, Serdang tu..
Harap-harap hubby tak outstation hujung minggu ni..



Nah.. belanja selfie gaya mak budak a.k.a remaja purba di wad bersalin, PPUM..





psstt: Rasa rindu pulak dengan suasana wad bersalin tu.. kihkihkih.. apakah.. apakah..??




Wednesday, November 26, 2014

Dia suruh tutup lampu sebab nak tidur..



Kelmarin dak Nuha menemani aku di pejabat di SINI..
Tak banyak kerenah tapi tetap semput aku melayan dia..


Nah.. meh aku belanja beberapa keping gambar aksi beliau..

Nuha duduk situ dendiam ye.. ibu nak buat kerja..


'Teletubbies..'
Baju baru  dia berkenan kat cafe bangunan tempat kerjaku
Lepas cuba takmo tanggal.. terus pakai lepas bayar.. huhuhu..


Petang.. selepas mandi..
Dia suruh tutup lampu sebab nak tidur..
Nuha.. ni bukan kat rumah sayang boleh tutup lampu.. huhuhu..
 

Masa ni dia dah mengantuk sebenarnya..
Main depan bilik bos pulak..



Akhirnya.. waktu balik rumah.. tak dan keluar dari bangunan.. lena dalam kereta sampai kat rumah..
Aku yang memandu.. tenang sepanjang jalan.. ditambah pulak masa tu hujan lebat.. jalan sesak dan banjir di Federal Highway sebelum susur ke Bandar Sunway..


Habis aku punya 'post it' dia buat main dan bawak balik..
Siap main tampal-tampal kat kabinet tv aku.. huhuhu..


Aku memang tak suka nak bawak anak ke tempat kerja sebenarnya.. bukan setakat kerja hakiki aku terganggu.. kerja orang lain pun turut terganggu sebab seronok melayan kerenah gedik dia tu..
Apa-apapun maafkan aku ye kengkawan.. aku bukan sengaja nak bawak dak Nuha ke pejabat walau hakikat bagi korang tak rasa terganggu dengan kerja hakiki korang tu..




psstt: Bila diusik.. disakat.. membuatkan aku semakin rasa nak gedik manja lagi pada abam sayang.. kehkehkeh..



Tuesday, November 25, 2014

Arah Aliran Trafik Jalan Yong Shook Lin, P.J


Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) telah melaksanakan Sistem Jalan Sehala yang melibatkan Jalan Sultan, Jalan Barat, Jalan Utara, Jalan Timur telah dikuatkuasakan sejak 12 Oktober 2014 yang lepas..

Manakala arah aliran trafik Jalan Yong Shook Lin dikuatkuasakan pada 23 November 214 yang lepas. Akhirnya lengkap sudah Pelaksanaan Sistem Jalan Sehala yang dibuat oleh MBPJ..

Bagi pengguna laluan yang jarang guna laluan sekitar P.J ni pasti terasa macam pelancong.. keliru nak ikut arah mana.. yang dah biasa pun boleh tersesat.. terlajak simpang.. ini pulak bagi pengguna jarang atau kali pertama menggunakan laluan ni..



 Maklumat dari twitter MBPJ..


Kesan baik dari laluan kontra ni..
Laluan berhadapan MBPJ dan PKNS-PJ menjadi lebih teratur dan tidak sesak serta menjadi lebih lancar dari biasa..
Mula-mula je pengguna berhadapan kesukaran dengan perubahan laluan ni.. nanti lelama oklah..
Biasalah.. nak terima sesuatu perubahan tu memang mengambil masa sikit..
Suka ke tak suka ke tetap kena hadap.. sebab itu dah ditetapkan oleh pihak MBPJ.. ---> SYMP lah.. Saya Yang Menurut Perintah..
Bagi yang menggunakan pengangkutan awam.. bertabahlah dengan laluan kontra yang baru ni.. 


 Pukul 7:15 am.. lengang..



 

Kali pertama melaluinya pagi semalam.. gambar haruslah ada..





psstt: Bertabahlah abam MBPJ nak layan kerenah pengguna jalanraya sekitar P.J ni.. kalau hati tak kental, duduk je dalam bilik aircond kat office tu..



Monday, November 24, 2014

Ceria bersama dak Nuha.. ceriaaaaa...



Hari ni mak budak lambat bersiaran kerana adanya bos kecik menemani di tempat kerja..
Belum apa-apa ibunya dah semput.. kehkehkeh..


Meh belanja sekeping gambar dak Nuha..



Pengasuh terpaksa balik kampung sebab ada kematian..
Pagi tadi hubby on the way ke tempat kerja singgah hantar dak Nuha..
Dak Kakak dengan dak Adik ada kat di kampung di rumah MIL sejak Sabtu lepas..
Dak Nuha tak boleh kutinggalkan sekali sebab takde siapa boleh jaga.. dan kebetulan wife adik ipar baru bersalin ---> akan diceritakan kemudian..

Maka hari ni seharianlah dak Nuha akan menemani aku dengan pesanan 'Jangan buat bising dan jangan nakal-nakal ye Nuha..'




psstt: Ceria bersama dak Nuha.. ceriaaaaa...




Saturday, November 22, 2014

Permulaan Cuti Sekolah Hujung Tahun 2014



Minggu pertama cuti sekolah ni.. kita rileks santai dulu ye anak-anak..
Kakak tengok Adik..
Adik tengok Nuha..
Nuha tengok Ibu..
Ibu tengok Babah..? Babah takde.. kerja daaa..


Rutin setiap pagi Sabtu..
Dak Kakak dengan dak Adik akan ke kelas mengaji di SRABK..
Dak Nuha pulak akan menemani aku beli barang dapur di kedai runcit di area rumah..
Hujung minggu adalah masa untuk menunjuk lagak mengasah skill yang semakin tumpul ni dengan bersilat di dapur..
Selera anak-anak haruslah diutamakan..

Untuk aktiviti petang ni dan esok masih belum ada 'final list' lagi nak ke mana..
Ikutkan hati, nak berjalan je kerja aku.. tapi aku tak bolehlah berlaku kejam pada diri sendiri yang tak cukup rehat ni..


Nota gedik buat abam sayang..
Abam sayang.. bila nak approve kan percutian kita ye.. hikhikhik..



psstt: Perhatian tu tetap ada.. cuma dalam pendekatan yang berbeza..



Friday, November 21, 2014

Hari Terakhir Persekolahan Sesi 2014



Hari ni merupakan hari terakhir persekolahan bagi sesi 2014..
Dak Kakak dah terbayang nak balik rumah atoknya..
Dak Adik sibuk tanya bila cuti sekolah..
Dak Nuha belum tahu apa-apa lagi..
Aku..? Belum terfikir nak bercuti ke mana memandangkan hubby sibuk dengan kerja..


Pagi ni ada sesi bacaan Yassin di tempat kerjaku..
Moga perjalanan majlis berjalan dengan baik hendakNYA..



psstt: Ketenangan hati sedikit tercalar kesan dek teguran abam sayang..



Thursday, November 20, 2014

Biar kita tidak dihargai tetapi masih ada harga diri..



Kadang-kadang kita penat KEJAR orang yang tak pernah pandang kita..
Penat nak JAGA hati orang sampai hati sendiri tak terjaga..
Penat TUNGGU orang yang langsung tak sedar kehadiran kita..
Tapi disebabkan ADA perasaan sayang, kita bertahan dalam tangisan..
Namun kesudahannya..
Kita TERPAKSA MELEPASKAN kerana terlalu penat untuk kita menjaga hati dan perasaannya..


Biar kita tidak dihargai tetapi masih ada harga diri..
Daripada hilang harga diri.. demi untuk dihargai..

(Sumber FB)





psstt: Ingatkan aku ketika aku lupa.. Sedarkan aku ketika aku leka..




Wednesday, November 19, 2014

Dak Kakak tak.. dak Adik tak.. dak Nuha ye..



Antara dak Dakak, dak Adik dengan dak Nuha.. dak Nuha penakut dengan kucing..
Nampak je kucing mulalah gedik manja jerit larikan diri menyorok..
Jangan kata kucing hidup.. kucing mainan tu pun dia tak nak pegang..
Kalau pegang pun hujung ekor je.. cuba bayangkan kalau kucing hidup dia buat macam tu.. mahu kucing tu gigit cakar dia..

Tapi baru-baru ni di rumah kawan hubby.. dia boleh pulak gomol kucing kat sana..
Mungkin sebab kucing tu besar ya amat.. tu yang dia jadi geram..


Kucing tu diam je.. macam pasrah je kat dak Nuha..


Ada dua ekor kucing kat rumah kawan hubby tu.. memang besar gila.. aku tengok pun geram..
Dak Kakak siap request suruh bawak balik..
No.. no.. no.. korang bertiga pun ibu semput nak handle.. ni korang request nak kucing pulak..
Aku cuma cakap dengan dak Kakak.. "Selagi kakak tak pandai nak kemas bersihkan bilik sendiri selagi itulah tiada haiwan peliharaan dalam rumah kita.."
Merajuklah dia.. tapi itu syarat aku.. tak nak dengar cakap.. maka apa yang dihajatkan memang tak dapatlah..




Kisah pagi tadi..

Alhamdulillah dak Nuha tak meragam langsung.. mendengar kata baik je pagi tadi..
Kenapa..?
Pagi tadi aku kena uruskan askar-askar kecik aku tu sebab hubby outstation ke Sintok, Kedah..
Bila sesekali aku kena buat rasa 'panik' jugak.. sebab semua urusan berkaitan anak-anak diwaktu pagi hubby yang uruskan.. tu yang aku jadi manja..
Nasib baik semua berjalan dengan baik.. takde yang meragam.. smooth je urusan aku pagi tadi..
Dalam masa yang sama.. mulalah hati ni merengek. "Abang.. cepatlah balik.. tolong uruskan anak-anak.." kehkehkeh..




psstt: Abang.. sayang rindu.. I need U.. kehkehkeh.. muntahlah banyak-banyak..



Tuesday, November 18, 2014

RSMY Best Cheese Naan Danau Kota



Kali pertama pekena roti cheese naan kat Restoran RSMY ni sebab geram tengok blogger Zaza bercerita pasal RSMY tu.. 

Tak boleh jadi ni..
Percubaan gedik manja kat hubby ajak makan kat situ membuahkan hasil..
Bila dah berjaya kali pertama.. dah tentu nak kena repeat order.. ye tak..?
Gigih ajak lagi hubby ke sana.. alasan klise nak pergi uptown Danau Kota.. walhal tekak aku gedik nak layan roti cheese naan tu..



Sentiasa penuh..
Kalau sebelum ni kami dapat tempat duduk kat sebelah tepi restoran tu tapi kali ni betul-betul dapat tempat duduk berhadapan kedai..



dak Nuha tak nak disuap.. nak makan sendiri.. tengok tu..


Dapnye..
Jangan kata ibu, kengkawan ibu yang baca entry ni terliur tau Nuha..


Tengok.. tangan dak Nuha yang nakkan cheese naan tu..



Dalam kedai ada je ruang makan tapi aku lebih selesa makan kat luar.. tapi kali ni tak dapat nak berlama-lama lepak santai kat situ sebab dah ada yang menunggu turn nak makan..
Part ni yang aku kurang selesa tapi nak buat macam mana kan.. takkan nak duduk hadap kat situ sampai kedai tutup ye tak..
So.. kami bagilah laluan kat dorang untuk sama-sama merasai keenakan cheese naan tu..
Uptown Danau Kota tu sekadar syarat je untuk aku buat terapi minda lepas kenyang makan kat RSMY tu..

End up of the story.. memang best roti cheese naan ni berbanding yang aku makan kat SINI..





psstt: Ni yang den maleh ni bila cerita bab makan ni, buat jadi teringin nak pergi lagi..



Monday, November 17, 2014

Friday, November 14, 2014

Chicken Chop Homemade..



Kebelakangan ni anak-anak lebih suka makan roti canai, roti telur, roti milo.. malah hampir setiap hari anak-anak inginkan roti tersebut.. dan aku pulak soto ayam.. selera makan tengah ada.. layankan aje..

Balik kerja order sesiap daripada pengasuh.. sangat mudah sebab suami pengasuh meniaga kat depan rumah hampir sebulan yang lalu.. Memang tiap petang langkah kananlah anak-anak.. order apa yang nak dimakan, nanti babah bayar.. Kalau hari-hari macam ni makin tumpullah skill memasak aku..

Paling untung dah tentu dak Nuha.. adakala waktu aku balik nak ambil dia, tengok dia tengah makan.. eemm.. makin kembanglah kamu Nuha..

Baru-baru ni kami dinner di rumah pengasuh, tekak gedik lapar nakkan chicken chop tapi bila dihidangkan dak Nuha takmo share dengan sesiapa.. tak nak bagi berebut dengan dak Kakak dengan dak Adik.. kenalah order lain..


Aku suka salad dengan sos blackpepper tu..
Marvellous + Awesome.. memang sedap..


dak Nuha dan chicken chop nya..


dak Adik mintak sikit pun dia tak bagi..


Kesimpulannya, aku dah tak terkejar-kejar nak masak sebelum anak-anak balik sekolah.. bukan tak pernah masak tapi anak-anak tak nak makan.. alasan dah kenyang makan roti.. eeemm.. penat je aku masak tapi hubby lah jadi mangsa kena habiskan.. ekekeke..
Sekarang kalau masak pun hujung minggu je.. ni wajib.. kalau beli jugak kat luar.. melampau namanya tu..



UPDATE:
Ramai komen kata tak boleh tengok gambar dalam entry ni..
Kalau yang lain boleh tengok bagitahu pada mak budak ye.. sebab mak budak dah cuba tukar edit dan upload semula gambar tersebut..



psstt: Hari ni aku bercuti rehat.. menjadi surirumah sepenuh masa menguruskan anak-anak memandangkan pengasuh ada urusan yang tak boleh nak dielak..

last psstt: 'Kuda liar pun boleh jinak tanpa sedar..'




Thursday, November 13, 2014

Akhirnya tahun ini atau lebih tepat hari ni..



Buatmu teman..
Selepas berbelas tahun tidak ketemu.. akhirnya tahun ini atau lebih tepat hari ni betapa istimewanya hari ini..


Selamat Hari Lahir buatmu..
Moga sentiasa di bawah lindunganNYA, dirahmati dan diberkatiNYA..
Moga dianugerahkan kesihatan yang baik dalam menjalani kehidupan seharian..

Aku doakan dirimu dikurniakan kehidupan yang bahagia..
Dipermudahkan segala rintangan yang dihadapi..
Hadapilah nikmat dengan syukur dan terimalah musibah dengan sabar..





psstt: Dugaan ini diberi kerana DIA tahu sejauh mana kemampuan kita.. moga kita akan jadi yang lebih baik.. insyaAllah..



Kuch Kuch Hota Hai..



Kuch Kuch Hota Hai..
Sesuatu berlaku di dalam hatiku..


Tiba-tiba rasa macam nak pergi ke tempat yang rileks dan tenang..


psstt: Bertabahlah wahai hati.. Aku percaya ada hikmah disebalik apa yang telah DIA tentukan..




Wednesday, November 12, 2014

Hadiah Kemenangan Karnival Sukan 4 Penjuru di MPC



Majlis Penyampaian Hadiah dan Makan Tengahari bagi Karnival Sukan 4 Penjuru yang aku join bulan lepas telah diadakan pada 10 November 2014 di Dewan Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC). Aku bersama hampir 20 orang wakil dari Jabatan aku telah turut serta dalam memeriahkan majlis ini.

Majlis Penyampaian Hadiah ini adalah kerana hasil usaha menyertai Karnival Sukan 4 Penjuru 2014 pada 17 - 19 Oktober 2014 bertempat di sekitar Petaling Jaya.
Ada 9 acara yang dipertandingkan di mana aku berpeluang menyertai 3 darinya iaitu Futsal, Ping Pong dan Bola Jaring



Majlis yang simple tapi penuh makna..
Jabatan aku mendapat tempat KETIGA keseluruhan..



wefie bersama kengkawan haruslah ada..


Displaying PicsArt_1415641041290.jpg
rare tak gambar ni..
Bergambar dengan piala kemenangan BUKAN MILIK KAMI..
Tahun depan kalau dijemput lagi.. mana tahu rezeki kami pulak dapat bawa balik piala tersebut..


Hasil kejayaan semangat berpasukan..
Pingat emas bagi kategori Futsal, Ping Pong dan Bola Jaring..
Tahniah.. tahniah.. tahniah..


 Mesej dari hubby.. Tahniah je.. ? ekekeke..




psstt: Sorry sayang.. kerja tengah banyak..




Tuesday, November 11, 2014

Akhirnya.. kena BLOCK sudah..



Web Filter Lite yang digunakan oleh Information Technology Department tempat kerja aku telah menyebabkan Social Networking Sites tak boleh lagi dibuka di pejabat sewenang-wenangnya..

Dalam ertikata sebenar aku tak boleh dah nak singgah ke teratak kengkawan dengan lebih kerap..
Ada blog yang aku boleh singgah.. ada blog kena block oleh Web Filter Lite ni.. termasuklah blog aku sendiri.. kehkehkeh.. padan muka tak boleh nak online dah..



Bila sekali kena macam ni.. berturut-turut pulak tu.. aku rasa macam kehilangan..
Tapi takpe.. kita sibukkan diri dengan kerja..
Masa untuk offline..


Dengan pesanan:
Make sure diri tak diganggu dan tak melayan gangguan



psstt: Ku terasa hambar dengan situasi semasa..



Monday, November 10, 2014

The New Mini.. Meet me at 15 November 2014..



Hari Sabtu lepas, dalam perjalanan menuju ke Petaling Jaya melalui Federal Highway.. kami jumpa si comel ini..


 Aku bukan teruja tengok kereta ni tapi teruja tengok anak-anak..
Dak Nuha berpusing-pusing kepala dia nak tengok kereta ni..
Dak Kakak paling over, berkeping-keping gambar diambilnya..
Dak Adik.. eeemm.. sikitpun tak hairan.. lainlah kalau ibunya yang pandu.. ye dia hairan..


 
New MINI variant with 5 doors will be launched on November 15 but you can catch a glimpse of it around KL


The list of exterior paint finishes has been expanded with addition of two new metallic colours – Jungle Green and Midnight Grey – while Starlight Blue Metallic is available for the Countryman for the first time.



psstt: Moga hari-hariku lalui dengan tenang dan gembira hendakNYA..



Saturday, November 8, 2014

Sesekali Mak Budak tunjuk skill..



Petang ni balik kampung MIL.. esok ada kenduri kahwin di rumah jiran MIL..
Aku tak sibuk mana nanti tapi agak melampau kalau aku sibuk layan teratak Mak Budak ni kan.. jadi kena offline bagi memberi laluan kenduri tersebut..

DAN hari ni aku cuba lari dari kisah biasa yang aku selalu paparkan.. Sesekali Mak Budak tunjuk skill bercerita..


 
Ar: Andai ku bercinta lagi suatu hari nanti.. Tunjukkan di mana ruang hati untuknya yang masih belum kau huni.. Hahaha..
Mb: Sejak bila layan jiwang ni.. Apa barang.. ngeh2..
Ar: Tu bukan jiwang.. test kepantasan menaip pepagi ni.. hahaha.. takde maknanya nak jiwang-jiwang..
Mb: Awak bz ke.. tengok ada je masa menaip kat sini..
Ar: Tadi ler.. Ni dah boleh goyang badan.. Pertanyaan tu macam menuding jari pada diri sendiri je..
Mb: Ai baru dapat goyang kaki.. goyang badan belum lagi.. ai tak bz.. kalau bz offline terus..
Ar: Awak jangan goyang badan.. nanti earthquake.. hehehe..
Mb: Itulah.. Dahlah dok bangunan tak berapa tinggi.. bangunan pulak takde sistem sokongan gempa..
Ar: Sokongan boleh jadi penahan bangunan tu.. ok le.. kerja berat sikit..
Mb: Dah tak boleh angkat berat.. injured..
Ar: Pinggang apesal.. pernah jatuh ke..?
Mb: Rasanya takde pulak cerita sakit apa pun.. Pegawai penyiasat ni agak bagus dilapangan..
Ar: Pengkaji purba.. Dulu.. hari-hari kan duduk kat lapangan terbang.. nak buat macam mana..
Mb: Purbalah sangat.. tang mana purbanya..
Ar: Ideology.. trilogy belum lagi..
Mb: Seksilogy.. hehehe..
Ar: Gulp.. gulp.. tang bibir kot yang seksilogi tu.. hahaha..
Mb: Oh My..
Ar: Oh My English..

-----

kan dah cakap.. "you are mind.. no matter what will happen.."




psstt: Kita sama-sama muhasabah diri.. Moga kita jadi yang lebih baik dari sebelum ini..




Friday, November 7, 2014

Kek Resepi Rahsia..



Setiap hari kita berhadapan dengan situasi yang hampir sama.. rutin yang hampir sama.. malah kekadang sampai terfikir.. eh!Bukan ke aku dah buat menda ni.. cuma berlainan hari je..


Macam pagi tadi..
Perkara yang sama berlaku seperti minggu lepas..
Terlajak bangun walau alarm handphone berbunyi kuat sampai tiga kali tapi masih tak sedarkan diri..
Bukan sebarang bunyi pilihan aku.. bunyi enjin kereta turbo lagi.. dok bersin-bersin tapi.. eemm..


Tengahari tadi pulak..
Dengan waktu rehat yang panjang, peluang terapi minda di luar pejabat kumulakan..
Dengan langkah pantas dan yakin.. jalan-jalan cuci mata hadap jalan sesak di tengah bandar P.J ni..
Dengan laluan sehala, nak kena pusing jauh.. tu belum kira kalau dah terlajak.. kena buat satu pusingan semata-mata nak ke tempat yang dituju..


Dan tadi..
Hujan lebat selebat-lebatnya hingga kawasan rendah di sekitar P.J dinaiki air.. bersangka baik.. kawasan sekitar P.J ni 'under construction'.. disebabkan laluan kontra diwujudkan..




Jemput makan semua.. kek resepi rahsia.. 'red velvet'




psstt: Rasa terabai.. walau tahu keadaan sebenar.. macam nilah jadinya bila terlebih manja.. tak boleh tengok kekurangan yang ada..



Thursday, November 6, 2014

Le Lac Restaurant, Seksyen 13, Shah Alam



Sedikit kecewa sebelum tu, nak makan Burger Bakar Abang Burn di Seksyen 7 Shah Alam tidak kesampaian kerana tutup.. 

Untuk mengubat kekecewaan, Restoran Le Lac di Seksyen 13, Shah Alam menjadi pilihan.. sebab tekakku ini gedik nak jugak makan burger bakar ---> Captain Grill Burger nama yang tertera.. dulu Burger Bakar Abang Burn..


Gedik santai bersama dak Nuha..


Memandangkan kali pertama kami makan di situ, jadi pilihan menu berdasarkan cadangan yang diberi.. aku pun takdelah beria nak ambil gambar restoran tu.. tetiba lak watak penyegan dalam diri sampai..

Menu pilihan.. Grilled Chicken.. Burger aku lupa burger apa dan meatball untuk dak Nuha..


 dak Nuha menghabiskan sos black pepper yang tak pedas itu..



Menu yang kami pilih sedap cuma aku tak puas makan sebab portion dia sikit.. dahlah masa tu aku tengah lapar.. memang tak puas makanler..
Restoran tu juga ada menyediakan menu lain.. tapi aku tetap nakkan burger bakar tu..
Dah terbayangkan kebesaran dan kesedapan burger tu tapi bila dapat.. eemm.  takdelah besar mana burgernya.. kecik je.. ---> ke aku yang salah order..

Tapi apapun aku suka suasana tempat tu.. rileks santai..
Mana tak rileks santainya.. dah masa kitorang makan kat situ masih awal belum ramai orang lagi..
Ngam-ngam habis makan nak balik.. gerimis mengundang.. nasib baik.. dahlah aku lepak makan kat sebelah luar..

Next time, nak makan lagi burger bakar.. tapi kali ni try burger bakar kat tempat lain pulak..




psstt: Tetiba rasa macam nak merajuk dan minta dipujuk.. macam best pulak rasanya.. hikhikhik..



Jeruk Mangga Asamboi Homemade


Orang bercerita pasal Jeruk Mangga asamboi, aku pun nak jugak..
Tapi takdelah nak beli bagai.. baik buat sendiri..
Baru-baru ni hubby balik dari kampung bawak buah mangga..
Kecur liur aku tengok.. tengah menaip ni pun sama..
Apalagi.. terus dikerjakan..



Kekonon nak guna balang kaca tu, sekali cuba masukkan dalam peti sejuk.. tak muat daa..
Alasan mintak beli peti sejuk lagi besar ni.. kehkehkeh..



Ramuah: Buah Mangga muda, asamboi, gula, garam dan cili..



Kali pertama buat dengan yakin.. masa tu dah terbayangkan kesedapannya dah..
Selepas digaul semua ramuan tu.. amik.. pedas ya amat.. terasa kembang bibirku..
Itulah puncanya aku tak nak bagi orang rasa..
Hasil gigih hubby yang akhirnya hampa dengan usahanya itu..

Sudahnya.. hubby dan member tempat kerja beliau yang habiskan.. dalam pedas tu sedap kata dorang..
Ok.. memang stok kuat makan pedaslah dorang ni.. aku sendiri pun tak lalu nak makan banyak.. pedih perut dibuatnya.. huhuhu..


Memandangkan percubaan pertama gagal.. selepas tu aku pulak yang buat..
Ok kali ni agak berjaya dengan hasilnya cuma lenkali kalau nak buat jangan sesekali guna cili padi yang merah itu..
Hubby lah yang pilih cili tu.. aku ikutkan je.. sudahnya hubby sendiri tak makan.. kehkehkeh..
Bila dah buat.. takde sape nak makan.. akhirnya tersadailah jeruk mangga asamboi tu dalam peti sejuk.. 





psstt: Setiap hari masa boleh diisi dengan perkara yang lebih menggembirakan.. dan itu yang sedang aku lakukan bersama abam sayang.. kihkihkih..




Wednesday, November 5, 2014

Letih tapi puas hati..



Sambungan dari kisah Cendol Bakar Kg. Assam Jawa, Kuala Selangor di SINI..

Memandangkan dekat seminggu aku tak berjogging, petang Sabtu lepas aku usahakan balik.. ketagih pun ye.. sementara semangat juang masih tinggi belum menyusut baik aku teruskan aktiviti aku..
Alhamdulillah.. 5 pusingan penuh hampir 3 km (2.8 km) dalam masa 27 minit 9 saat.. bolehlah dari takde langsung..


dak Nuha yang seksi gitu dengan cubaan ala-ala duck face..


kaki gebu dak Nuha..



DAN yang ni pulak kisah petang semalam..

Macam biasa.. 5 pusingan penuh hari ni.. tapi aku tambahkan km nya sikit menjadikan genap 3km..
Stamina paling menarik ---> hampir lengkap 2 pusingan tanpa henti.. larian mengelilingi TDBi taman perumahan aku..
Letih tapi puas hati..
Thumbs up buat Mak Budak a.k.a Remaja Purba..


Malam tadi.. pergi klinik disebabkan lutut hubby cedera.. aku suspek sebab main futsal..
Moga beliau cepat sembuh hendakNYA.. susah hati bila beliau tak sihat.. sebab dah tentu aku tak dapat request menu best dari chef hubby.. kehkehkeh..




psstt: Walaupun berat badan macam yoyo tapi takpe.. slow and steady.. biar lambat tapi puas hati dengan hasilnya..



Cendol Bakar Kg. Assam Jawa Kuala Selangor



Lepas menghadiri kenduri anak lelaki blogger Che Mid, aku request kat hubby nakkan cendol..
Memula hubby ingatkan sekadar cendol biasa, nasib baiklah aku cakap aku nak rasa Cendol Bakar Kuala Selangor yang famous tu.. kalau tak.. confirm hubby buat pusingan U, beli kat tepi jalan dekat area rumah.. huhuhu..

Sebenarnya lebih kepada nak bergambar.. bukan nak makan sangat pun.. kehkehkeh..
Nasib baik hubby nak layankan kerenah aku.. terima kasih ye abam sayang.. tapi sebelum tu sempatlah anak-anak balik tukar baju dan keluarkan barang-barang yang dibeli sepanjang terapi minda tu..
 


Landmark dia betul-betul sebelah Caltex..
Jalan menuju ke Highway LATAR kalau dari Kuala Selangor..


 Rasa macam tak sanggup je nak keluar makan sebab ramai sangat..


Aku ni tak minat kawasan yang ramai orang.. nak enjoy lelama pun macam tak menarik..
Sempat lagi hubby tanya nak beli jugak ke..
Ikutkan hati aku nak ajak balik je.. malas nak beratur panjang sebab aku nak makan kat situ.. tapi hubby pujuk kita beli ikut Drive Thru je.. beli nak rasa bukan makan beria..




Sebelum kami nak beratur beli.. sempat singgah tengok tabung buluh ni..


Sekadar nak tunjuk kat dak Kakak tabung masa zaman aku kecik dulu..



Hasil kerja tangan penjual Amy O.K.U itu..


Dah alang-alang sampai singgah beli jugaklah.. tak nak ada yang kempunan.. akuler tu..


Sempat je hubby amik gambar dari dalam kereta..


Sementara hubby menunggu turn kat drive thru Cendol Bakar tu, aku dan dak Kakak sempat membeli makanan yang berkenan di hati.. macam-macam ada..



Bukan nak makan pun.. sekadar nak merasa..

Bahagian dalam kaunter..

Harga yang dipamerkan.. masa menunggu pun tak lama..
Aku order Cendol VVIP dan Lempeng Pisang Bakar..
Rasa Cendol tu biasa je bagi tekak aku, mungkin sebab aku bukan penggemar tegar Cendol..



Dalam perjalanan balik ke rumah, singgah sekejap di rumah member hubby..

Bosan menunggu kita layan wefie ya anak-anak..


Bila tengok ibunya dok selfie.. anak-anak pun join sekali..  banyak betul gambar candid korang..





Lewat petang sampai rumah, sempat jogging keliling taman perumahan aku..
Kisahnya ---> next entry..


UPDATE:
Cendol Bakar tiada kaitan dengan cara pembuatannya. Ia tidak dibakar malah cara penyediaannya sama seperti cendol lain. Sebaliknya, pemilik gerai menggunakan nama datuknya Bakar (Abu Bakar Saidin) untuk perniagaannya itu.

Cendol Bakar tidak 'menipu' pelanggan itu diakui beberapa pelanggan. Mereka tertarik kerana keunikannya yang menyediakan konsep pandu lalu.

Tindakan pemilik Cendol Bakar menyediakan laluan pandu lalu kepada pelanggannya dipuji kerana pelanggan tidak perlu beratur panjang di kaunter untuk dapatkan cendol.




psstt: Selami hati.. baru kita kenal hati budi..



Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...