Followers Remaja Purba

Friday, October 31, 2014

Sentap ibu tau..



"Baby.. baby.."
Sebut dak Nuha sambil usap perut aku..


Taulah kebelakangan ni ibu langgar pantang tak diet..
Sentap ibu tau.. huhuhu...



psstt: Mencari mood untuk bermanja.. kihkihkih..




Thursday, October 30, 2014

Tapi Allah Maha Adil..




Wanita dijadikan dari tulang rusuk kiri lelaki yang paling atas..
Bermakna.. yang paling bengkok dan yang akan meluruskan adalah orang lelaki..

Tapi Allah Maha Adil..
Dikurniakan ketabahan dan kekuatan kepada kaum Hawa..
Sekeras mana lelaki.. dia belum tentu mampu melawan kelembutan seorang wanita..




psstt: Dirimu amat berharga.. Jadi jagalah kepercayaan dan kebebasan yang diberikan..



Wednesday, October 29, 2014

Perlawanan Bola Jaring Karnival Sukan 4 Penjuru 19 OKTOBER 2014



Genap 3 hari berturut-turut aku turut serta dalam Karnival Sukan 4 Penjuru anjuran MPC, P.J..

Hari pertama: Perlawanan Futsal di SINI.. team wanita menang..
Hari kedua: Perlawanan Bola Ping Pong di SINI.. team aku menang sebab niat: aku nak menang..
Hari ketiga: Perlawanan Bola Jaring.. meh aku ulas sikit..



Diadakan pada 19 Oktober 2014 lepas di perkarangan MPC, P.J


Sebelum perlawanan dimulakan.. sebelum muka berpeluh berminyak.. kita wefie lah dulu kan..



Team aku..

Sejarah pasukan bola jaring aku..
Kali pertama join karnival sukan 4 penjuru ini..
Kali pertama buat latihan 2 minggu sebelum perlawanan..
Walaupun kebanyakkan dari ahli pasukan aku tu pernah bersama sebelum ni tapi disebabkan memasing dah lama sangat tak memasuki pertandingan jadi untuk perlawanan kali ni aku redha dan pasrah andai kalah..
Memang tak letak harapan untuk menang tapi kami akan pastikan tidak berada dikedudukan terakhir..
Usaha sehingga ke titisan peluh terakhir..
 


Wajah-wajah riang..


Buat pertama kali kemenangan mutlak milik kami..
Sapu bersih cuma tak vakum je kali ni bagi team wanita.. Futsal kami dapat.. Bola Jaring pun dalam tangan..
Tergugat Juara tahun lepas yang aku tak pernah bertanya pasukan mana yang jadi juara..



Bersama pasukan dari Jabatan Meteorologi..
Aku segan nak bergambar kenangan dengan Pengadil perlawanan..
bukan calang-calang pengadil yang digunakan.. yang berpengalaman luas dalam bidangnya..



Habis perlawanan.. aku menemankan hubby ke K.L mencari kasut bola..
eeemm.. gigih dalam kepenatan tanpa menukar set pakaian aku berdua-duaan dengan hubby di sekitar K.L.. ---> tak pernah dalam sejarah weh.. nasib baik wangi.. kahkahkah..
Sebagai ganjaran sebab memberi keizinan bagi menyertai Karnival Sukan 4 Penjuru ni..
Lewat petang ambil anak-anak dirumah MIL terus balik rumah.. berehat menenangkan diri yang tak cukup rehat..



Sebelah malamnya sebagai pelengkap cerita..

Ibu belanja makan pizza hut..




psstt: Terima kasih buat dak Kakak, dak Adik dan dak Nuha kerana menunggu ibu di rumah pengasuh ketika ibu sibuk dengan latihan futsal, ping pong dan bola jaring..




Tuesday, October 28, 2014

Perlawanan Ping Pong Berpasukan 4 Penjuru 18 OKTOBER 2014



Keputusan penuh di SINI..
Manakala perlawanan Futsal 4 Penjuru yang diadakan pada 17 Oktober 2014 boleh tengok di SINI..

Kali ni nak update pulak mengenai perlawanan Ping Pong Berpasukan 4 Penjuru yang diadakan pada  18 Oktober 2014..

Hari kedua aku terlibat dengan Karnival Sukan 4 Penjuru ni..
Semalamnya dah menang Futsal.. ni kita layan ping pong pulak..

Jadual asal sepatutnya bermula pukul 2 petang dan aku ni punyalah kelam-kabut sebab pagi tu aku menemankan adik ipar aku ke MidValley terapi minda kat sana.. ---> nanti aku story..

Sudahnya perlawanan Badminton sebelah pagi tu hanya dapat dihabiskan dekat pukul 5 petang..
Dari tak hujan.. hujan lebat.. sampai dah berhenti.. barulah dimulakan perlawanan ping pong tu sebab buat dalam dewan yang sama.. Dekat pukul 9 malam baru selesai..




Macam biasa.. kita wefie dulu..

gambar kenangan haruslah ada kan..



Dewan MPC, P.J


Niat: Aku nak menang..


Displaying PicsArt_1414024537808.jpg
My Ping Pong's Team..
Kali pertama sebagai team jemputan dalam Karnival Sukan 4 Penjuru ni..
JUARA memihak pada kita..
Tahniah buat kita semua..




Last but not least.. nantikan entry perlawanan bola jaring hari ketiga..






psstt: Dah menang terus menyepi.. next game baru terkial-kial nak warm up carik rentak balik.. hehehe..



Monday, October 27, 2014

Isnin yang kelam-kabut..



Hembus nafas..
Tarik nafas..
Moga urusan hari ni berjalan dengan tenang dan lancar hendakNYA..



psstt: Gedik.. manja.. garang.. bukan untuk orang lain pun.. kihkihkih..



Sunday, October 26, 2014

Bila Babah outstation..



Memasing kebosanan bila babah dorang takde.. outstation ke Sintok, Kedah..





Selamat berehat dihujung minggu bersama keluarga buat semua..



psstt: Ruang telah kubuka seluasnya dan gunakanlah sebaiknya.. jangan biarkan ianya kosong walau sedikit..



Saturday, October 25, 2014

Bila cik Putih meredah banjir..




Nasib baik ikan Kelisa merah ni tak lemas dalam banjir tu..


Balik kerja Isnin lepas aku lalu kawasan ni.. ---> Jalan Haji Abdul Manan selepas Klang Sentral..

Dah lama sebenarnya aku tak lalu kawasan ni bila hujan lebat yang disertai dengan banjir teruk..
Berkebetulan pulak memang tengah musim hujan.. hujan yang bukan sedikit hingga mengakibatkan kawasan rendah dinaiki air..

Berhadapan dengan kilang-kilang ni ada penempatan untuk warga asing.. kawasan tempat tinggal dorang pun dinaiki air.. sampah-sarap pun sama-sama naik.. Dulu.. 5 tahun dulu.. takdelah seteruk ini keadaannya..



psstt: Kesian kat cik Putih.. kali pertama meredah banjir.. nasib baik tak demam dia.. kihkihkih..




Salam Maal Hijrah 1436H



Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram ini adalah suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana ia menandakan dua peristiwa penting berlaku dalam sejarah Islam.
Pertama.. memperingati penghijrahan Nabi Muhammad dari Kota Mekah ke Madinah pada tahun 622 Masihi
Kedua.. ia merupakan hari keagamaan di mana umat Islam mengadakan solat sunat di masjid-masjid di seluruh negeri.


Permulaan baru..
Penghijrahan ke arah yang lebih baik..
Walau banyak dugaan mendatang tapi kutabahkan hati agar lebih tenang dalam menanganinya..


psstt: Terima kasih kerana sudi hadir dalam hidupku..



Friday, October 24, 2014

Perlawanan FUTSAL 4 Penjuru 17 OKTOBER 2014


Keputusan Penuh di SINI..


Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) dengan kerjasama Jabatan Kimia Malaysia dan Jabatan Meterologi Malaysia telah menjemput Jabatan aku untuk bekerjasama dan menyertai Karnival Sukan 4 Penjuru 2014 pada 17 - 19 Oktober 2014 bertempat di sekitar Petaling Jaya.


Objektif program ini diadakan adalah untuk melahirkan atlet baru dan warga yang sihat serta cergas. Disamping itu juga, program ini turut akan mengeratkan jalinan mesra di antara warga di dalam agensi-agensi yang terlibat.. ---> mungkin sebab kali pertama join, jadi belum nampak kemesraannya.. sekadar senyum tak mintak contact number.. hehehe..

Program ini adalah program berskala besar dan komitmen sepenuhnya adalah dituntut dan diharapkan daripada para peserta yang menyertai program ini.

Ada 9 acara yang dipertandingkan di mana aku berpeluang menyertai 3 darinya..
FUTSAL ---> LCW Sport Arena..
PING PONG ---> Dewan MPC..
BOLA JARING ---> Padang MPC..


2 minggu sebelum perlawanan diadakan, latihan secara berkala diadakan di Padang Arena, P.J.. Aku hanya dapat meluangkan masa turun berlatih pada saat-saat akhir.. ---> aku berterima kasih kepada pengasuh sudi jaga anak-anak ketika aku balik lewat.. dan bukan mudah nak kumpulkan kesemua pemain memandangkan ada antara kami yang bermain untuk 2 atau 3 permainan.. jadi kena bijak dalam pembahagian masa ketika latihan..



Latihan diadakan di Padang Arena, P.J
Entah bila lagi agaknya aku akan datang ke sini lagi..


Perlawanan Futsal diadakan di LCW Sports Arena Sentosa pada 17 Oktober 2014..
Malam perlawanan tu hujan lebat jadi Mak Budak tak dapat nak berselfie berlatarbelakangkan bangunan tersebut.. Inipun aku cilok dari laman web LCW sendiri..


Kali pertama aku jejakkan kaki di sini..
Tempat perlawanan memang best.. 
Berada di aras ketiga.. dan tiap kali dorang bermain terasa gegarannya.. hehehe..


Perlawanan dimulakan dengan team Futsal Lelaki..


psstt: Kasut pun pinjam dari adik ipar.. terima kasih daun keladi.. lenkali boleh pinjam lagi.. kihkihkih..


Team Futsal Wanita yang mengungguli carta..
Korang memang ohsemlah..
Permainan yang rileks dan santai membuahkan hasil yang bukan sedikit..




psstt: Bersambung..




Kali ketiga.. tau-tau je dak Nuha dah menangis..



 Aku baru bercadang nak ambi gambar pokok cili yang galak berbuah ni tapi sayang..


Kisah Petang Semalam..
Walaupun pokok ciliku ini bagai hidup segan mati tak mahu tapi cilinya berbuah cantik berwarna merah.. datang dak Nuha bersama rakan sejawatnya pergi petik cili padi nan ranum itu..


Kali pertama aku tegur.. ok sekejap..
Kali kedua aku pesan pada hubby tengok an dak Nuha tu..
Kali ketiga.. tau-tau je dak Nuha dah menangis..

Aku ingatkan dia kena pukul.. rupa-rupanya muka dia pijar penangan cili api merah tu..
Biasanya dia sikitpun tak hairan dengan pokok cili tu tapi bila dia tengok rakan sejawatnya ralit memetik satu persatu cili padi tu. itu yang dia join sekali..



Dalam kesian tergelak-gelak aku melihatkan keadaan dia, manakala rakan sejawatnya sikitpun tak kena walau dia yang beria-ia memetik satu-persatu cili nan merah tu..

Dipendekkan cerita.. aku tak jadi nak jogging walau dah bersedia nak keluar gara-gara dak Nuha peluk tak nak lepaskan aku..





 psstt: Bila dak Nuha demam, merengek mencari Babah dia waktu malam.. aku.. eemm.. lena sampai ke pagi..



Monday, October 20, 2014

Mak Budak will update soon..



Berakhir sudah Kejohanan Sukan 4 Penjuru..


Futsal Wanita ---> Juara..
Ping Pong Berpasukan ---> Juara..
Bola Jaring ---> Juara..

 
Semangat Berpasukan bermain tanpa tekanan dan rileks serta santai membolehkan kami sapu bersih ketiga-tiga acara tersebut..


psstt: Mak Budak will update soon..


Friday, October 17, 2014

Mak Budak ada Tournament..



Alhamdulillah..
Dak Kakak dan dak Adik dah selamat menghadapi peperiksaan akhir tahun yang berakhir semalam..


Kisah malam tadi:

Dak Kakak:
K: Ibu boleh tak esok Kakak tak nak sekolah.. sehari je ibu..
I: Tak boleh.. nak cuti.. tunggu cuti sekolah nanti..


Dak Adik:
A: Adik tak nak sekolah esok boleh tak ibu..?
(Masa dia tanya kat aku, dia baru lepas muntah teruk.. aku suspek dia tersilap makan..)
Anak bujang sorang ni pemilih.. tak semua dia nak makan..
Sudahnya pagi tadi dia tak sekolah.. harap-harap takde apa-apalah pada dia..


Dak Nuha:
Meragam sesaje..
Satu shopping complex boleh dengar suara dia bila tiba mood swing dia tu.. huhuhu..


Bapak Budak:
'Patah kaki' sebab kedua-dua awek beliau masuk hospital..
Aku pun turut sama pening kepala sebab aku lebih suka pandu awek hubby tu.. berdezup je perginya.. hehehe..
Sabarlah ye.. masih kat ICU lagi tu..


Mak Budak a.k.a Remaja Purba:
Ada tournament...:
Malam ni ---> Futsal..
Petang esok ---> Ping Pong..
Pagi lusa ---> Bola Jaring..

Selain dari game tersebut, ada beberapa game lagi yang Jabatan kami join.. cuma part aku tiga tu jelah.. Berdebar-debar bukan sebab nak main tapi sebab tak pandai main.. wakakaka..




psstt: Moga kemenangan berpihak pada kami.. sasaran emas harap tidak tersasar..

 

Thursday, October 16, 2014

Jangan pernah jauh dari diriku




Sesekali nak gedik santai dengan orang yang kita sayang.. hikhikhik..

Jangan pernah jauh dari diriku..


Dalam resah aku menanti.. ---> berdebar-debar rasa hati..
Dalam rindu aku menunggu.. ---> mahu tak rindu..
Dalam penat aku tertidur.. ---> dah mengantuk takkan nak paksa diri berjaga pulak kan..



psstt: Istighfar.. Semoga diberi ketenangan dalam hati..



Wednesday, October 15, 2014

Kecomelan dia menenggelamkan orang lain..




Untuk kesekian kalinya.. makan lagi di Pak Li Kopitiam..









psstt: Cuba buat yang terbaik.. terpulang sama ada orang nak terima atau tidak tanpa mengharapkan apa-apa..



Tuesday, October 14, 2014

IIHF World Girl's Ice Hockey Weekend 2014 at Sunway Pyramid Ice



Terima kasih pada blogger Makchaq yang whatsapp aku berkenaan aktiviti ini.
Dak Kakak langsung tak tahu ada sesuatu menanti dia hari Sabtu lepas..

Cuma.. gara-gara kisah hari Jumaat malam yang memenatkan tu.. hanya pukul 11 pagi aku baru sampai kat Sunway Pyramid Ice tu.. tapi Alhamdulillah kami antara yang awal rupanya sampai..


Ada banner untuk aktiviti ini cumanya aku terlupa nak ambil gambar..


Ariessa, dak Angah, dak Kakak bersama bodygouard dorang.. ekekeke.. 


Bersama Makchaq dan orang kuat penganjur aktiviti ini..


Berpakaian lengkap sudah dorang ni..


Mak Budak haruslah selfie kan..



Sesi penerangan sebelum aktiviti dimulakan..




Berbaris bersedia untuk masuk..


Aksi mereka yang kali pertama memijakkan kaki di situ..
Nih.. kalau aku pun confirm macam ni.. kehkehkeh..


Ok.. sementara mereka diajar kat dalam tu.. aku dan hubby mencari tempat mengisi perut yang kelaparan.. dari pagi belum sempat jamah makanan..



Dari pukul 12:30 hingga pukul 2:00 pm dorang diajar bermain..





Habis bermain.. sessi bergambar..

Jugak sessi temuramah..


Bersama Syuhadah anak Makchaq..


Team Girls Ice Hockey..
Bila tengok balik gambar ni, rugi pulak tak bergambar sekali dengan dorang..
Kali ni tetiba mak budak rasa malu pulak.. ekekeke..




Selesai je kat situ.. petang tu kami balik rumah.. penat... nak recharge tenaga balik..
Esoknya anak-anak buah dan dak Kakak frust tak dapat join sekali lagi..
Aku bukan tak nak bawa dorang tapi sebab ada sesi perjumpaan Jawatankuasa Penduduk taman perumahan aku..
Jangan kata dorang.. aku pun frust jugak tapi sebab aku sendiri nak recover tenaga yang hampir kehabisan ni, itu yang tak jadi pergi..



psstt: Makchaq.. kami sedang mempertimbangkan untuk join sessi latihan Ice Hockey tu.. (Sebenarnya mak budak yang terlebih excited)




Monday, October 13, 2014

Pelaksanaan Sistem Jalan Sehala oleh MBPJ



Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) telah melaksanakan Sistem Jalan Sehala yang melibatkan Jalan Sultan, Jalan Barat, Jalan Utara, Jalan Timur dan Jalan Yong Shook Lin yang dikuatkuasakan semalam 12 Oktober 2014.


Untuk sebarang pertanyaan dan keterangan lanjut, orang ramai boleh melayari laman web rasmi MBPJ di SINI.. dan di SINI.. atau menghubungi:

Jabatan Kejuruteraan Majlis Bandaraya Petaling Jaya
Tingkat 13, Menara MBPJ
Jalan Tengah
46200 Petaling Jaya, Selangor

No. Tel: 7958 4221
Emel: jalansehalasek52@mbpj.gov.my






Pada mereka yang tak tahu mesti rasa tertekan dengan keadaan yang agak sesak pagi tadi di sekitar kawasan yang terlibat.. lebih-lebih lagi di di susur naik ke Hotel Hilton, P.J dari arah Lebuhraya Persekutuan..




psstt: Penat menguasai diri..




Sunday, October 12, 2014

Bersendirian di awal pagi..



Kisah kelmarin..

Pagi ---> 8:00 am kat office..
Petang ---> 5:30 pm kat gelanggang futsal..
Malam ---> 10:45 pm kat uptown Danau Kota..
Awal pagi ---> 1:28 am kat Nasi Kandar Pelita Subang Jaya..
Pagi Sabtu ---> 10:30 am dah kena ada kat Sunway Pyramid..
Bila masa nak recharge tenaga ni agaknya..?


Kisah tersebut tak habis di situ.. bersambung pulak semalam..
Hampir 4 jam aku berada di Sunway Pyramid menemankan dak Kakak bersama sepupu dan anak atok sedara..


Dan kemuncaknya petang semalam..

Aku kini ketagihan...
Dalam gerimis pun sanggup tapi dapat sepusingan jelah..



Awal pagi tadi..

Nak update kisah semalam..



TAPI..


Mesej ni yang terpapar kat skrin lappy aku..
Apa yang patut aku buat ye..?





psstt: Pelaksanaan Jalan Sehala di Jalan Sultan, Jalan Barat, Jalan Utara, Jalan Timur dan Jalan Yong Shook Lin, Petaling Jaya mula dilaksanakan pada hari ini 12 Oktober 2014. Rujukan boleh dibuat di laman web MBPJ..



Friday, October 10, 2014

Kekadang.. yang mengarut itulah boleh ceriakan keadaan..



Jujurlah sayang aku tak mengapa..
Biar semua jelas telah berbeda..
Jika nanti aku yang harus pergi..
Kuterima walau sakit hati..


Bukanlah menidakkan kejujuran dalam dirimu tapi aku takut aku telah berlaku tak adil pada dirimu..

Jangan biarkan ada ruang kosong antara kita..
Jangan biarkan aku terus sendirian tanpa perhatian..
Jangan biarkan hubungan ini berakhir dengan tragedi..
Aku tahu sejauh mana aku boleh pergi.. aku tahu sejauh mana aku mampu melakukannya..

Aku tahu kau terlalu menyayangi diriku..
Aku tahu kau terlalu inginkan aku..
Benda ni kadang diluar jangkaan kita
Kita berusaha untuk jadi yang lebih baik.. tapi sekeliling kita belum tentu nampak kebaikan kita..
Istighfar dan berdoa padaNYA..





psstt: Kita berharap DIA yang tentukan.. jauh disudut hati aku ingin memiliki..



Thursday, October 9, 2014

Bila dak Nuha berselfie..



Kisah petang semalam..

Dak Nuha memang tak boleh tengok aku pegang handphone.. lebih-lebih lagi bila aku on kan camera.. tak banyak sikit pasti dia akan gedik manja kat aku nak bergambar..







Berkerut muka bila kena flash camera..




psstt: Kekadang.. yang mengarut itulah boleh ceriakan keadaan..



Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...