Followers Remaja Purba

Tuesday, September 30, 2014

Sup Gear Box, Kambing Golek di Pasar Karat Shah Alam



Kisah Ahad lepas..

Wife adik ipar teringin nak makan sup gear box..
Pepagi aku dan hubby datang ke rumah MIL ambil dorang pergi ke Pasar Karat Shah Alam dekat Stadium Melawati..
Aku dah tentu tak lepaskan peluang.. sambil dapat makan.. dah tentu boleh terapi minda shopping kat sana..





Sup Gear Box..
Kali pertama makan kat situ.. biasanya beli bungkus makan kat rumah..




Bertambah menarik berhadapan dengan sup gear box tu..
Kambing Golek Panggang..

Sebungkus RM10..



Sememangnya aku bukan peminat kambing.. malah memang tak pandai langsung nak jamah kambing..
Kali pertama aku makan memang meninggalkan bau kat tangan dan mulut aku.. memang taklah nak makan lepas tu..
Tapi.. hasil air tangan hubby aku sepanjang minggu lepas, otak aku dah macam kena 'brainwash'..
Walau hanya setakat makan seketul daging kambing.. tapi kalau dah hadap setiap hari.. mahu tak rasa teringin..
Sudahnya.. kambing golek panggang di Pasar Karat Shah Alam menjadi pilihan..

Dah kenyang makan.. kita buat terapi minda pulak .. pelbagai barangan ada dijual.. macam-macam ada..
Dah penat berjalan.. bersedia untuk balik rumah MIL sebab sebelah petangnya nak pergi kenduri kahwin member hubby di P.J..


Bersambung..



psstt: Kisah semalam belum selesai dan masih mencari jalan penyelesaian terbaik..


Monday, September 29, 2014

Mood ke Laut..



Kau buat aku mengharap..
Minggu lepas kau janji padaku suruh tunggu..
Bila sampai masa aku tunggu kau pulak 'no show..'


Eh!Apa ni..
Kalau kau ada hal kecemasan sekalipun, takkan tak boleh nak bagitahu aku waima satu perkataan..?
Sekurang-kurangnya aku tahu keadaan sebenar.. takdelah aku tertanya-tanya sampai ke sudah..




psstt: Motif ---> nak dipujuk..



Saturday, September 27, 2014

Berjogging aktiviti menyihatkan badan..








Aktiviti yang agak lama aku tinggalkan.
Kini menghantui diri hingga aku kembali berjaya melakukannya..
Walaupun tak sekerap mana tapi aku cuba untuk lakukan sekurang-kurangnya seminggu sekali..
Kalau tak dapat, sebulan sekali pun dah cukup bagus dari takde langsung..


Kenapa aku beria-ia melakukannya sedangkan boleh je berehat bersama Kit Kat sambil menonton siri kegemaran di rumah..?
Dalam usia yang semakin meningkat ke usia Purba.. stamina aku pun turut berkurangan.. ditambah dengan dapat tidur hanya 3 - 4 jam sehari.. membuatkan aku sering keletihan selain dari mengantuklah..


Nak kata ini jalan penyelesaian, mungkin sebahagian kecil rasanya.. tapi sekurang-kurangnya aku rasa berbaloi dengan apa yang aku lakukan..
Memang sakanlah peluh keluar selain dari tak cukup nafas dibuatnya.. tapi aku enjoy dengan aktiviti ni..
Tak perlu bersusah-payah nak pandu kereta pergi ke taman untuk melakukan aktiviti ini.. cukup sekadar sekeliling taman perumahan tempat tinggal aku..
Aku lebih suka melakukan aktiviti berseorangan.. lebih selesa dan mudah nak buat berapa pusingan yang aku ingini..

Moga dengan semangat yang tak berapa tinggi ni, aku mampu merealisasikan walau tak sekerap mana..




psstt: Senyap tak bererti tak mengingati dirimu..



Friday, September 26, 2014

Akhirnya tercabut sudah..



Hari tu ibu jari kaki dak Nuha telah tercedera..
Kisahnya di SINI dan juga di SINI..


Kesan dari kecederaan itu.. kuku kaki ibu jarinya rosak dan perlu dicabut.. tapi memandangkan aku ni takdelah berani mana.. akhirnya atoknya di Muo yang cabutkan ketika aku balik kampung baru-baru ni..
Bising jugaklah mulut atok dengan neneknya bila dapat tahu cucunya cedera.. huhuhu..


Sebelum dicabut..


Selepas dicabut dan dibersihkan.. barulah dak Nuha boleh melasak seperti biasa..
 dan sekarang.. Alhamdulillah semakin baik jari kaki dak Nuha.. tunggu kuku baru tumbuh jelah..





psstt: I try not to miss you, but in the end.. I still do..



Thursday, September 25, 2014

Berjayakah memujuk dan dipujuk..?



Pagi tadi..
Mood berangin rasa nak marah je.. emosi tak menentu..
Bila jadi macam ni.. mulalah rasa nak dipujuk bagai..


Dan hasilnya tadi..
Alhamdulillah.. kembali ok bila berjaya dipujuk..



Juga aku terima yang ini.. 
Kegembiraan ibarat semburan pewangi..
Bila kita memakainya semua akan dapat merasa keharumannya..
Oleh itu, berikanlah walau secebis kegembiraan yang kamu miliki itu kepada orang lain..





psstt: Harta yang paling menguntungkan adalah SABAR..


Wednesday, September 24, 2014

Pengalaman menaiki BECA ke Kota A Famosa



Dah puas berselfie di kawasan Kincir Air Kesultanan Melayu Melaka, perjalanan diteruskan.. tak sabar nak melihat secara dekat Bangunan 'Merah' Stadhuys.. kekonon nak menghayati apa yang ada disebalik bangunan tu..

Bila dah sampai kat dataran depan bangunan tu, haruslah berselfie dulu..


bukti aku dah sampai.. yeah..


Bila dah sampai kat dataran depan bangunan ni, aku tetiba jadi blur.. tak tahu nak pergi ke arah mana.. rasa macam pelancong sesat jalan pulak aku rasa..
Belum sempat aku tanya kat hubby nak jalan arah mana dulu, dak Nuha dah merengek-rengek..
Rupanya nakkan bendera Malaysia yang ada kat beca depan kitorang masa tu..
Alih-alih tau apa jadi.. merengek nak naik beca tu.. uwaaaa... ibumu ni tak pernah verangan pun nak naik beca tu Nuha ooii..
Abang beca tu pun pujuk baik punya.. sudahnya hubby bagi lampu hijau kat aku pusing naik beca..



Beca ni lah dak Nuha taknak lepaskan..
Penuh dengan Hello Kitty.. Nasib baik tak dimintaknya anak patung besar depan beca tu..
Dak Adik tak nak naik.. maka aku berdua jelah ditemani abang beca tu..



Dengan lafaz Bismillah..
Perjalanan diteruskan menuju ke Kota A Famosa..
Muzium Islam Melaka..


Muzium Setem Melaka..


Di depan Kota A Famosa..
Memang ramai pengunjung yang datang..


Aku sekadar mengabadikan kenangan di depan Kota tersebut..
Akan datang.. aku berazam akan naik sampai ke atas.. tapi yang pasti takkan datang waktu cuti sekolah.. ramai orang sehh..
Abang beca tu lah yang layan aku bergambar.. dak Nuha pulak memang nak berdukung dan aku sendiri pun taknak lepaskan dia dalam lautan manusia tu.. kang hilang satu hal pulak nak mencarik.. dah arr hubby menunggu kat depan bangunan Stadhuys..


Aku tak ingat nama bangunan yang berhadapan Kota A Famosa..


Dari sudut berbeza pulak..


Bersebelahan Kota A Famosa pulak..



Dalam perjalanan balik.. selfie lagi dan lagi dan lagi..

Senyap terus dak Nuha dapat apa yang diingini..
Dia tak tahu aku punya berdebar-debar macam mana..
Naik je beca ni.. siap pasang lagu.. menarik perhatian oranglah jugak..




Terima kasih pada abang beca berbaju kuning yang bawa dak Nuha ronda kawasan sekitar..
Harga yang dikenakan:
RM20 (bayaran menaiki beca)
RM5 (sesi bergambar kat Kota A Famosa)  ---> Terima kasih abang beca sebab baik hati bagi kitorang bergambar kenangan kat Kota A Famosa tu..




Seterusnya.. misi diteruskan menuju ke Menara Taming Sari..



psstt: Nanti aku sambung lagi..




Kincir Air Kesultanan Melayu Melaka di Bandar Melaka



Habis sesi menjelajah dalaman Kapal Flor De La Mar, perjalanan kami diteruskan ke arah Bangunan 'merah' Stadhuys.. Tapi sebelum tu kami singgah di Kincir Air Kesultanan Melaka, kebetulan sebenarnya aku nampak kincir air ni..


Kincir Air Kesultanan Melaka dibina pada akhir 2007 dan siap pada Mac 2008. Ia telah mencipta rekod sebagai kincir air yang pertama dan terbesar di Malaysia. Strukturnya adalah berasaskan teknologi Islam yang boleh didapati di Syria dan juga Lijiang, China.
Rujukan di SINI..



Mak Budak yang over bergambar sebenarnya..
dak Adik dengan dak Nuha rileks je..




Ada banyak ikan dalam sungai tu..


dak Adik dengan dak Nuha bukan tengok ikan-ikan tu.. tapi tengok biawak besar kat tebing sungai tu..




Bergambar di Dataran Quayside..


Tengok dari tepi jalan je kawasan ni..
sebab tujuan aku nak ke Bangunan Stadhuys sebenarnya..


Teruja melihat bangunan merah tu..
Berjaya jugak aku menjejakkan kaki di situ..


Bila dah sampai kat bangunan tu.. eemm.. dak Nuha merengek nak naik beca berhias yang ada kat situ..
Seumur hidup aku tak pernah naik beca tu.. sekali dak Nuha boleh bantai merengek tak nak lepaskan beca tu.. huhuhu..
Nampaknya rezeki abang beca tu lah dapat pelanggan macam dak Nuha..



psst: Akan diceritakan dalam entry berikutnya..


Tuesday, September 23, 2014

Kompleks Muzium Maritim (Flor De La Mar) di Melaka



Sambungan kisah di SINI..


Tempat dah cukup strategik kami parking..
Kalau ke kanan ---> Bangunan 'Merah' Stadhuys..
Kalau ke kiri ---> Menara Taming Sari..
Kalau ke belakang ---> Kota A Famosa..
Kalau ke depan ---> Muzium Samudera..



Memandangkan masa yang kami peruntukkan tak lama sebab kena balik rumah hari yang sama.. jadi hanya 4 tempat itu je yang sempat kami singgah..
Tapi takdelah menghayati sepenuh nafsu kisah sejarah nan lalu tu.. dak Nuha meragam sokmo..
Lokasi pilihan pertama dak Adik ---> Muzium Samudera..



Kena beli tiket dulu untuk masuk..
Aku pun tak ingat harga asal tapi tak mahal.. 
Dapat masuk ke dalam replika Kapal Flor De La Mar dan Muzium Samudera.

Muzium Jabatan Kastam DiRaja Malaysia ni aku tak singgah..
Ssekadar lalu tepi bangunan tu je untuk ke Bangunan Stadhuys.. yang ni akan diceritakan next entry..



Puas bergambar luar dan dalam bangunan.. baru aku perasan takde langsung gambar penuh Kapal Flor De La Mar ni..


Aku tak puas menghayati dalaman Kapal ni..
Dak Nuha dah macam anak panda.. takmo berenggang nak berdukung.. huhuhu..


Peti besi yang ada dalam Kapal tersebut..


Bilik Tahanan ni kecik je.. berada di ruang paling bawah dalam kapal ini..


Dak Nuha sebenarnya takut dengan suasana yang suram tu..
Itu yang macam anak panda takmo lepas leher aku.. nak berselfie pun tak puas.. huhuhu..


Serius.. bila tengok balik gambar ni semua.. aku tak puas menjelajah dalam Kapal ni dengan tenang..


Melihat pada kecuraman tangga ni memang taklah aku nak naik kat atas dengan mengendong dak Nuha..


Hanya dak Adik yang berpeluang naik kat atas..


Pemandangan dari atas Kapal Flor De La Mar..



Dalam Muzium Samudera pulak..
pameran alam samudera. lanya meliputi beberapa tema seperti penerokaan samudera, kehidupan di laut dan khazanah dari laut. - See more at: http://www.melaka.gov.my/my/pelancongan/muzium-galeri/muzium#sthash.Hv1WGfvP.dpuf
 Pameran Alam Samudera
Antaranya pameran penerokaan samudera, kehidupan di laut dan khazanah dari laut..
pameran alam samudera. lanya meliputi beberapa tema seperti penerokaan samudera, kehidupan di laut dan khazanah dari laut. - See more at: http://www.melaka.gov.my/my/pelancongan/muzium-galeri/muzium#sthash.Hv1WGfvP.dpuf


dak Adik..


Dipendekkan cerita.. aku tak puas berjalan dalam Kapal ni gara-gara dak Nuha takutkan suasana kelam tu. eemm.. nak kena pergi lagi lain kalilah nampaknya..

Habis sesi menjelajah dalaman Kapal tersebut, perjalanan kami diteruskan ke arah Bangunan 'merah' Stadhuys..


Bersambung..




psstt: Rindu pada kenangan lalu..



Monday, September 22, 2014

Selamat Hari Lahir buat dak Kakak (20092014)



20 September 2004..
Lahirnya dak Kakak menghiasi hidup aku dan hubby..
Dalam susah dan senang membesarkannya... tak banyak kerenah tapi cepat sentap..
Kini dah besar anak daraku itu..
Moga menjadi anak yang solehah dan menjadi pelindung kepada dak Adik dan dak Nuha..



Memandangkan tak cukup corum di rumah MIL.. maka plan asal ditunda kepada semalam.. dengan sambutan kecil-kecilan dibuat di rumah kami..



Petang semalam kucarikan ini buat dak Kakak..


Disamping kek, turut disajikan.. ayam KFC, bihun dan kentang goreng..


Dak Adik..


dak Kakak bersama sepupu-sepupunya..
dari kiri: cucu sulung.. yang tengah cucu kedua.. dak Kakak cucu ketiga dalam family MIL..


dak Nuha..






psstt: Buat dak Kakak, dak Adik dan Nuha.. moga kamu semua tabah dan kuat dalam mengharungi kehidupan seharian..



Friday, September 19, 2014

Percutian pendek di Muar..



16 September 2014 yang lepas..
Aku mengambil peluang bercuti rehat bersama keluarga kecik aku di kampung.. atas alasan nak ambil barang aku yang tertinggal masa Raya Aidilfitri hari tu.. walhal boleh je pos..
Terima kasih pada hubby yang sanggup melayan kerenah aku.. tak kisahlah aku kena pandu balik kampung sekalipun.. janji hubby ada sekali.. ekekeke..


Bermula dari rumah..
Sempadan Negeri Selangor.. lepas..
Sempadan Negeri Sembilan.. lepas..
Sempadan Negeri Melaka.. lepas..
Sempadan Negeri Johor.. akhirnya aku di sini..


Pertama kali aku menggunakan Plaza Tol Bukit Gambir ni..
Sebab biasanya aku ikut 'jalan dalam' ---> jalan kampung..


Sebelum sampai rumah paklong aku di Muar..
Kita makan dulu.. ni sebab seharian aku tak makan gara-gara tak sabar nak balik kampung..
Kenapa 3 gelas je..? Dak Kakak taknak ikut kitorang balik..



Malamnya.. berehat lepak santai bersama family paklong..
Plan asal nak tidur kat hotel area Melaka.. saja nak feel macam pelancong.. tapi verangan jelah sebab lagi best kalau tidur rumah pak sedara.. jimat duit den.. ngeh2..




Pagi esoknya.. 17 September 2014..
Melaka.. here I come.. verangan macam pelanconglah kononnya..

Kena patah balik.. botol dengan bekas susu dak Nuha boleh tertinggal pulak..
Itupun perasan sebab dak Nuha merengek nak susu.. faktor usia..?




Malu rasanya.. balik kampung tapi tak pernah nak jelajah Bandar Melaka..
Alasan klise: Takde masa..
Bersedia untuk mencari Bangunan berwarna MERAH..


Sebenarnya dah jumpa dan dah parking tapi hubby tukar laluan nak parking tempat lain..


Pusingan kali kedua menuju ke Bangunan 'Merah'..


Berjaya merakamkan gambar Bangunan 'Merah' Stadhuys.. berlatarbelakangkan 'patung hijau' itu..


Pemandangan kesemua di atas adalah dari dalam kereta..



Ok.. dah tengok.. dah nampak.. masa untuk mencari parking bermula..
Dah dapat dah jumpa.. tetiba blur tak tahu nak pergi melawat yang mana satu dulu..



Bersambung..



psstt: Reminder untuk diri sendiri ---> Esok birthday dak Kakak.. takut aku lupa.. kehkehkeh..




Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...