Followers Remaja Purba

Monday, June 30, 2014

Dusun buah di Sg. Lui, Hulu Langat



Dah bertahun-tahun aku tak pergi Dusun Paklong aku di Sg. Lui, Hulu Langat.. Lama sangat..
Minggu lepas ayah suruh pergi sana sebab durian dah luruh..
Fuh.. kembang kempis kempus hidung aku bila dengar buah durian ni..
Aku tak suka buah durian tu.. kesian buah durian jadi mangsa ketidaksukaan aku..

Fikir punya fikir takkan nak pergi waktu bulan puasa pulak kan..
Mengambil ruang yang ada pada Jumaat lepas selepas selesai urusan mengambil report card anak-anak di sekolah, kami terus ke sana..
Rasa teruja sebab memikirkan mesti dah ada buah yang masak selain dari durian..
Tapi.. bukan semudah yang difikirkan..



Trek yang aku kena lalui..
Bukit pertama.. lepas..
Bukit kedua.. cubaan kali ketiga tak berjaya..


Kami patah balik turun.. tunggu paklong ambil kitorang kat laluan masuk utama..



Dulu... long time ago.. bolehlah bawak awek hubby tu masuk..
La ni trek tu dah makin mencabar.. sangat tak sesuai buat awek hubby mendaki..
Senang cakap.. kalau kereta dah 'tancap' cantik-cantik.. tak usahlah ngengada nak bawak masuk trek yang sesuai untuk 4x4 tu..
Sebenarnya boleh je.. sebab ada je kereta yang boleh lepas trek tu.. aku tak nak ambil risiko.. sayang wooo kat awek hubby tu..

Akhirnya lewat petang kami sampai kat dusun paklong..
Menu utama: Durian lah..
Aku tengok kan je..


Bertemankan cahaya dari lampu karbait.. 

Dak Adik hanya makan durian yang isinya tidak lembik..
Kalau lembik memang taklah dia nak makan..


Cempedak madu pun ada..
Kalau ada yang nak beli.. bagitau aku.. serious buyer only..
hehehe.. macam dusun tu aku yang punya pulak..
Buah Manggis, rambutan, duku belum masak..
Nasib baik.. kalau tak.. confirm penuh bonet kereta..


Sambil riba dak Nuha yang tidur keletihan.. sempat lagi mintak dak Adik bergambar..


Paklong melayan tetamu yang datang..




psstt: Bulan puasa macam ni tengok jelah.. tengok itu nak.. tengok ini nak.. bila waktu berbuka sikit je makan.. maka.. elakkanlah dari berlaku pembaziran..



Sunday, June 29, 2014

Selamat Menyambut Ramadhan 1435H



Bulan Ramadhan menjengah kembali..
Datang dan perginya setahun sekali..
Moga kita di bawah lindungan Ilahi..
Agar keindahannya dapat dinikmati..



psstt: Istimewanya setiap kali hadirnya Ramadhan.. suara atok menjengah pendengaran.. 'sahur.. sahur..'




Friday, June 27, 2014

Khas buat UTAG CREW ( Gabungan Belia Warisan Nusantara) dari Johor..



Sambung lagi kisah PJ International Fair 2014 - Folklore Festival (Festival Kesenian Antarabangsa) Sabtu lepas..


Kebanyakkan gambar khas buat UTAG CREW ( Gabungan Belia Warisan Nusantara) dari Johor yang mempersembahkan kuda kepang buat penonton..

Happening dan ohsem.. nak pulak aku and the gengs duduk depan sekali hadap dorang..

Sebenarnya kami ingat semua persembahan dibuat di pentas utama.. rupa-rupanya tak.. dekat pentas mini yang dibuat bersebelahan Bangunan MBPJ..
Lokasi sangat strategik sebab pokok yang rimbun dan redup dilindungi cahaya matahari.. 
Sebelum persembahan dari Johor ni.. ada persembahan dari Ghana tapi masa ni kami tak tahu sebab sibuk mencuci mata di kawasan sekitar Dewan Sivik.. 
Member office yang dah ada kat situ dari awal tak dapat call kami sebab kehabisan bateri handphone.. kalau tak.. mahu muntah melayan gambar yang banyak kat sini..



 Bila dah sampai.. mestilah selfie dulu..


Sebahagian memori gedik santai kami berselfie bersama UTAG CREW..


 Bila tengok balik gambar ni balik.. pakwe belakang tu pun sama join selfie bersama kami..




 Antara penglipurlara UTAG CREW yang comel..


Selepas persembahan..

Selagi tak habis bateri..


Tak pernah aku over macam ni.. kehkehkeh..


Pehtu.. siap panggil UTAG CREW bergambar lagi dan lagi.. dan lagi..



Lepas habis persembahan mereka.. kami layan pulak dari Egypts..

Persembahan 'berpusing' tu lama jugak..


Bila dah habis persembahan.. dorang jemput kengkawan dorang menari bersama..
Aku..? Dorang tak ajak.. takdelah nak join.. kehkehkeh..


Gambar terakhir sebelum balik..




psstt: Gara-gara seharian berseronok.. balik rumah terus dapat sakit pinggang.. sampai ke hari ni belum baik sepenuhnya..


Thursday, June 26, 2014

PJ International Fair 2014 - Folklore Festival (1)



Habis je perlawanan bola tampar pagi tu, aku dan beberapa rakan pejabatku terus menuju ke PJ International Fair 2014 - Folklore Festival (Festival Kesenian Antarabangsa) yang berlangsung Sabtu lepas..


Peluang berselfie digunakan sepenuhnya bersama-sama kengkawan officeku.. Melihat-lihat suasana sekitar sambil berselfie.. tak cukup cik Nikon, kita guna pulak monopod.. Orang lain takdelah kemaruk macam aku berselfie macam tu tapi biarlah.. bukan selalu buat kerja gila kat tetengah jalan macam tu..



Sebahagian memori kegilaan berselfie kami..

 

 

Sejarah Awal Petaling Jaya..



 









Gambar ni aku cilok dari FB MBPJ..



Dengan abam peronda pun jadi..


Bukan senang dapat bergambar kat tetengah jalanraya yang sentiasa sesak itu..


Pentas utama..

Sekitar depan bangunan Dewan Sivik tertumpu dengan aktiviti untuk kanak-kanak..


Masterchef...


Ada demo masakan dari beberapa buah negeri dan negara..
Tapi aku cuma beli laksa Johor.. eemm.. teringin nak rasa..
balik rumah makan.. eemm.. ok jugaklah rasanya..


Dapur Minyak Tanah di Stall Negeri Johor..



Ada macam-macam aktiviti sepanjang Festival tu tapi kami lebih tertumpu pada seni persembahan yang dipersembahan dari pelbagai negeri dan negara..
Memang happeninglah masa tu.. panas membahang tapi tetap gagah berjalan sekitar P.J tu..



psstt: Bersambung..



Wednesday, June 25, 2014

Perlawanan Bola Tampar di Bangunan Persekutuan, P.J



Hari Sabtu lepas telah diadakan perlawanan bola tampar di Bangunan Persekutuan, P.J.
4 pasukan terlibat dalam perlawanan tersebut iaitu:
  • Hang Tuah (MERAH) - tempat ke 4
  • Hang Jebat (BIRU) - tempat pertama
  • Hang Lekir (OREN) - tempat ke 2
  • Hang Lekiu (UNGU) - tempat ketiga

Tahniah dan terima kasih buat semua kerana meluangkan masa hujung minggu menyertai perlawanan ini.
Posisi aku..? Simpanan je yang kena main kerana kekurangan pemain..


'Bukan pandai main.. bila bola sampai kat aku, aku elak..' Kahkahkah.. memang melampaulah tu kan..
Aku berterima kasih pada seorang lagi pemain yang lewat sampai dan dia bersama yang lain bermain hingga ke akhir dan berjaya.. ---> Korang memang ohsemlah sebab tak marah kat aku.. kihkihkih..



Sebahagian memori bersama geng office aku..

Bertahun dah memasing tak main bola tampar kot..





Panas membahang + silau dek cahaya matahari..



Selepas perlawanan.. sesi bergambar bersama pasukan..

Hang Jebat..

Hang Lekir..

Hang Lekiu..

Hang Tuah..



Habis je perlawanan bola tampar tu, aku dan beberapa rakan pejabatku terus menuju ke PJ International Fair 2014 - Folklore Festival (Festival Kesenian Antarabangsa) yang sedang berlangsung  ketika itu (20 - 22 Jun 2014)..





psstt: Nanti aku kongsikan keceriaan kami sepanjang di Festival tersebut..



Tuesday, June 24, 2014

PJ International Fair 2014 yang bertemakan Kesenian Rakyat


Hanya disebabkan my pakwe merajuk, ni yang lambat siapkan entry ni..


PJ International Fair 2014 - Folklore Festival


Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dengan kerjasama International Council of Organizations of Folklore Festivals and Folk Arts, (CIOFF) akan menganjurkan PJ International Fair 2014 Folklore Festival bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-8 dinaikkan taraf sebagai sebuah bandar raya.
Festival kesenian antarbangsa ini melibatkan penyertaan kumpulan kebudayaan dari dalam dan luar Negara seperti Indonesia, India, Mesir, Sri Lanka, Iran, Senegal, Korea, Thailand, Kenya, Bangladesh, Ghana, Jepun dan Nigeria serta tidak ketinggalan kebudayaan tempatan Malaysia.
PJ International Fair 2014 yang bertemakan Kesenian Rakyat merupakan kesinambungan kepada edisi pertama 2013 yang dikenali sebagai “PJ International Fair yang bertemakan Sustainable Lifestyle Green Living” yang telah berlangsung pada 21 dan 22 Disember 2013.
PJ International Fair 2014 Folklore Festival akan menampilkan acara-acara menarik yang dipersembahkan oleh negara-negara yang mengambil bahagian dengan menampilkan 4 segmen utama iaitu persembahan kebudayaan rakyat, sukan rakyat, demonstrasi masakan tradisional, pameran dan jualan barangan kraftangan.
Festival ini antara lain bertujuan untuk mempromosikan Bandar raya Petaling Jaya khususnya dan Negeri Selangor serta Negara Malaysia amnya sebagai sebuah destinasi antarabangsa yang berdaya huni melalui keharmonian budaya, ciri-ciri persekitaran terbaik dan aktiviti-aktivitinya yang menarik.




 Gambar persiapan sebelum malam pembukaan Jumaat lepas..
Lagi gambar menarik boleh layari FB MBPJ..




Cantik dan menarik tong-tong sampah yang ada..




Tengahari hari Jumaat tu saje jalan-jalan cuci mata ketika matahari terik atas kepala..
Antaranya..
Memanah.. 12 batang RM10 tapi aku tak dapat main sebab instructornya pergi solat Jumaat..




Pelikat Pants Afdlin Shauki..


Baru di bina..




yang ni aku tak tahu apa kegunaanya..


Bukan selalu dapat bergambar di tengah jalan yang sentiasa sibuk ni..




psstt: Perasmian Festival Antarabangsa Petaling Jaya 2014 pada malam Jumaat lepas bertempat di Pusat Bandar Seksyen 52, Petaling Jaya.. turut menyajikan persembahan tari dari 8 negara dan 6 negeri di Malaysia. ---> aku tak dapat pergi..




Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...