Followers Remaja Purba

Monday, March 31, 2014

Kenapa biarkan lampu kat luar rumah terpasang..?




Kisah di dalam bilik tidur..

I: Abang.. kenapa biarkan lampu kat luar rumah tu terpasang.. ish abang ni..
S: ...  (mamai tak tau nak jawab apa..)



Dalam pada tiba-tiba tersedar tu terfikir.. kenapa rasa macam dah lama sangat tidur ni..
Bila kuselak langsir.. tu dia.. dah cerah kat luar tu rupanya..

Ku sangkakan terang kat luar sebab hubby lupa nak tutup lampu sebelum tidur..
Rupa-rupanya sebab hari dah siang.. huhuhu..




psstt: Pengajaran berguna.. sila selak langsir bilik anda untuk pastikan sama ada 'cerah' disebabkan lampu atau hari dah siang..



Semoga Allah memberi kekuatan kepada mereka semua



  • Selamat kembali ke sekolah buat anak-anak semua..
  • Moga ilmu yang dicurahkan oleh para guru untuk anak-anak semua tidak dipandang remeh..
  • Moga usaha dan doa yang berterusan bakal membawa kejayaan yang cemerlang dan seterusnya membanggakan ibubapa dan menjadi harapan negara..
  • Moga anak-anak di luar sana tidak membuang masa dengan perkara yang tidak baik, sebaliknya berusaha membentuk jati diri agar tidak terpesong dari landasan.




psstt: Bertahanlah buat semua yang terlibat dalam operasi SAR dan bertabahlah buat semua keluarga mangsa.. Semoga Allah memberi kekuatan kepada mereka semua..





Saturday, March 29, 2014

Terapi minda di Mega Home 2014 Electrical & Home Fair at Setia City Convention Centre



MEGA HOME 2014: ELECTRICAL AND HOME FAIR


Tarikh: 28 - 30 March 2014.
Masa: 11 pagi - 11 malam..
Tempat: Setia City Convention Centre (SCCC)..



  • Kali ni terapi minda diteruskan di Mega Home 2014: Electrical and Home Fair, Setia City Convention Centre..



Ada dua laluan masuk utama di SCCC ni..


Dalam SCCC ada ni..
 
















 Antara gambar yang aku sempat ambil..



  • Dekat bahagian Electrical Fair aku tak ambil gambar.. masa tu mood terapi aku baru nak warm up.. tak teruja sangat.. lagipun ada je yang ajak singgah promote barang dorang.. aku senyum sambil angkat tangan.. kekonon feeling taknak tergodalah kan..


 Ok cukup terapi minda kat sini..
Masa untuk balik kampung ambik dak Kakak dengan dak Adik..




Tapi sebelum tu..

 Nuha.. pandang ibulah..


Ada promoter kat dalam tu sangka dak Nuha boboy.. kehkehkeh..





psstt: Esok hari terakhir cuti sekolah sebelum sesi persekolahan bermula.. rutin harian akan kembali sibuk lebih dari biasa..





Friday, March 28, 2014

Pembinaan MRT.. sikit lagi.. sikit lagi..




Sedikit info mengenai MRT (Projek Aliran Transit Massa)
  • Jajaran landasan sejauh 51km ---> Sg. Buloh - Kajang yang berharga RM36.6 billion di mana 9.5km daripada landasannya akan dibina di bawah tanah dan melibatkan sebanyak 31 stesen sepanjang laluan tersebut.
  • Manakala dari Lembah Subang - Pusat Perniagaan Kelana melalui Subang, USJ, Alam Megah dan berakhir di Putra Heights.
  • Cadangan laluan ini terdiri daripada 13 stesen baru dan landasan yang jaraknya hampir 17km.




Pemandangan di NKVE... Susur keluar Subang Jaya arah Klang..

 sikit je lagi nak bercantum..
Selain dari MRT tu, laluan NKVE kedua-dua arah akan dilebarkan menjadi 4 lorong..
psstt: yang ni cepatlah siap.. tetiap pagi kena hadap jalan yang sesak teruk..





  • Kalau tengok pada tiang-tiang MRT berdekatan, sepatutnya kena ada satu tiang kat tengah tu sebab jarak di antara tiang tu agak jauh kalau nak dibandingkan dengan tiang-tiang MRT yang lain yang lebih hampir antara satu sama lain..
  • eeemm.. itu pada pandangan mata akulah, dan tentu tak sama dengan pandangan mata mereka yang berkenaan yang terlibat secara langsung dengan projek kat situ..
  • Nak ambil gambar tiang yang lain ntah bila, nak kena tunggu ada orang lain yang pandu cikPutih.. ni pun sambil memandu sambil ambil gambar.. sikit je lagi aku nak langgar kon kat tepi highway tu.. kehkehkeh..





psstt: Kesesakan jalanraya hari ini adalah untuk kesenangan akan datang..





Pertingkatkan lagi mutu perhidmatan atau lagi hardcore.....



Lokasi pilihan makan malam kali ni di salah sebuah deret kedai di Klang Sentral..
Aku tak pernah cuba sebelum ni walau selalu je aku lalu depan kedai ni..
Komen aku tentang kedai ni, mungkin sedap kalau order menu utama doranglah.. mungkin..
Aku tak order pun sebab aku dah jemu makan udang sebenarnya.. asyik-asyik udang.. udang je.. dahlah malam tadi makan udang galah sweet sour.. tengok.. kan udang lagi..




kali pertama aku dapat air tembikai yang... eerrr..
Aku tak puas hati sebab meja sebelah aku tu air tembikainya tak seperti aku punya..
Cantik je merahnya.. aku punya.. tu tengoklah.. tak aci sungguh..
Lagi komen sentap ---> Ikan siakap sweet sour tu berbau sikitlah..



'Ibu ni asyik mengomel je.. minum jelah..'
Masa ni dak Nuha dah nak tidur sebenarnya..




Selesai makan.. tengok bil boleh tahanlah untuk menu yang eeeerrrrr.. 'ok bang.. boleh pangkah kedai ni..' dah macam dalam cerita P.Ramlee main pangkah-pangkah.. kihkihkih..
Biasanya, kalau aku makan kat kedai yang tak menepati piawaian tekak aku, itulah kali terakhir aku singgah melainkan kalau pihak kedai tu buat post mortem ubah resepi atau pertingkatkan lagi mutu perhidmatan atau lagi hardcore tukar tukang masak lain dan jemput aku buat food review.. kehkehkeh.. sapelah kau mak budak nak request macam tu..





psstt: Takpe.. banyak lagi kedai makan lain kita boleh cuba.. nak lagi sedap mintak je chef hubby masakkan.. kihkihkih..




Thursday, March 27, 2014

Terapi minda di Kolam Ikan pulak..



  • Lepas penat buat terapi minda kat GM Klang.. kitorang singgah pulak kat kolam ikan..
  • Sebenarnya hubby nak tengok abahnya memancing.. sebab abah pergi waktu siang.. hubby pulak pergi waktu malam.. memang tak jumpalah kan..
  • FIL aku memang regular customer kat kolam ikan ni.. (isk.. apesal ler aku lupa nak amik gambar signboard kolam ni..)
  • Tiap kali pergi kat kolam ni memang tak mengecewakanlah..
  • Ikan jenahak sesaje yang sangkut.. cucu-cucu FIL membesar dengan makan ikan hasil tangkapan atoknya sejak dulu..
  • Baru-baru ni kami baru je buat makan-makan dengan ikan tangkapan FIL..
  • Dulu aku langsung tak pandai tak reti makan ikan bersaiz besar, kembang membang tekak aku rasa.. tapi bila dah lama berada dalam family hubby, barulah reti.. anak-anak pulak usah ditanya.. memang dorang suka sangat..

  • Ok.. panjang sangat intronya pun..
  • Kalau sebelah pagi hubby dah layankan terapi minda aku.. sebelah petang pulak aku kenalah layan terapi untuk hubby pulak..
  • Kolam ikan kat Kampung Delek, Klang menjadi pilihan..


Penat kat bawah bumbung kat tengah panas pulak abah layan..
Masa ni abah dah dapat seekor jenahak..


dak Nuha temankan atoknya memancing..


Nasib baiklah dia ni tak buat perangai.. kalau tak, takdenya merasa nak buat terapi kat sini..
Ada yang terjun kolam sat lagi melayan ragam dia..



Ikan kerapu.. bukan abah dapat..
dak Nuha nak tengok, tapi bila dekat takut pulak..






psstt: Tetiba teringat ada lagi jenahak dalam peti sejuk kat rumah.. kalau gedik manja kat hubby, silap gaya dapat aku makan kari kepala ikan jenahak ni.. kihkihkih..




Terapi Minda di GM Klang..




  • Aku suka pergi waktu tak ramai orang.. jadi agak tenang nak berjalan-jalan cuci mata tengok pelbagai barangan kat situ..
  • Dah kata nak buat terapi minda.. nak jalan-jalan..
  • Memang sungguh-sungguh kami berjalan.. tak boleh nak berhenti lama sikit kat sesebuah kedai tu sebab dak Nuha tarik tangan ajak jalan lagi.. dan lagi.. dan lagi..
  • Tapi bila sampai kat kedai yang jual mainan, segera alihkan perhatian dak Nuha..
  • Biasalah.. mana ada budak-budak tak suka mainan.. jangan kata dorang.. mak budak pun suka..

Dari dalam kedai diheretnya keluar kedai..
Memang rambang mata dia.. mainan pulak nak mainan boboy.. takmo mainan gegurl..
Tapi kami takde pun beli.. sekadar bagi dia rasa pegang belek main sekejap..



psstt: Kata buat terapi minda kat GM Klang tapi gambar yang ada takde kena-mengena pun dengan GM Klang..



  • Dah penat berjalan, dari tak ramai orang sampai dah mula sesak kat GM Klang tu, kitorang pun beransur ke tempat lain pulak..
  • Dah penat terapi minda, haruslah lapar..
  • Singgah makan di Pak Li Kopitiam.. Giant, Klang Sentral.. pernah masuk rancangan JJCM TV3.. hosnya Maria Tunku Sabri..


Tiap kali nak review tempat makan yang kami singgah mesti lupa nak ambil gambar sekitarnya..
Mungkin sebab terlebih fokus dekat anak-anak kot..

Menu pilihan: Nasi goreng cina, Nasi ayam lemon, air durian belanda..
 Aku rasa tukang masak dorang ni dah bertukar kot sebab rasanya dah tak sama macam dulu..
Ayat sentap ---> tak memenuhi piawaian tekak aku..



Nak bagi diam.. kita bagi dia buku dengan pen..


Sukalah dia.. geng gaduh takde..


Sebelah dok pilih menu.. sebelah lagi dok kira cukup ke tak duit ni.. hikhikhik..







psstt: Tak habis di situ.. bersambung pulak terapi minda di kolam ikan..




Wednesday, March 26, 2014

SELAMAT HARI LAHIR MAK..



Hari ni..
26 MAC 2014 bersamaan 24 Jamadilawal 1435H

Genap 54 tahun usia mak aku..



Selamat Hari Lahir Mak..
Moga panjang umur.. dimurahkan rezeki.. sihat serta kuat dalam melayari kehidupan seharian..

Terima kasih mak kerana bersusah-payah membesarkan aku.. anak yang degil ni..





psstt: Mak, birthday mak kali ni, ayah bagi apa ek..?




Patutlah sunyi je..



  • Semalam.. seharian aku berada di luar kawasan..
  • 'Patutlah sunyi.. takde aksi ketuk-ketuk pintu rumah kengkawan..'
  • Bila dak Kakak dengan dak Adik takde, aku pun tak tahu nak bercerita apa..


muuaaaahhh.. sayang Kakak.. sayang Adik..





psstt: Moga kita semua sihat dan kuat hendakNYA dalam menjalani kehidupan seharian.. insyaAllah..




Tuesday, March 25, 2014

Perjalanan terakhir MH370 di Lautan Hindi..


 
Takziah buat semua ahli keluarga mangsa..
Al-Fatihah..




psstt: Moga sokongan dan bantuan kepada ahli keluarga mangsa dapat mengurangkan sedikit tekanan yang mereka hadapi..





Monday, March 24, 2014

Sekitar Lembah Klang ni, kat mana tempat yang menarik untuk dilawati oleh anak-anak ye..?



  • Bila cuti sekolah ni, rutin harian berubahlah sikit.. takdelah tertekan sangat nak hadap kesesakan lalulintas..
  • Nak lagi rileks.. dak Kakak dengan dak Adik dah balik kampung.. mana lagi kalau tak rumah atok dengan wan dorang.. 
  • Tinggallah dak Nuha teman gaduh aku kat rumah..




Puas dia.. tak payah gaduh dengan dak kakak berebut tempat nak tidur dalam cikPutih..







psstt: Sekitar Lembah Klang ni, kat mana tempat yang menarik untuk dilawati oleh anak-anak ye..? Any idea kengkawan..?




Saturday, March 22, 2014

Cuti Sekolah penggal pertama bagi tahun 2014..




  • Cuti Sekolah..? Bermula dari 22 - 30 Mac 2014.
  • Jangan disebut kata nak balik kampung kat dak Kakak dengan dak Adik.. kalau boleh masa tu jugak diajaknya kita balik..
  • Aku belum buat keputusan nak hantar ke tak ke rumah atok dengan wan dorang..
  • Dalam masa yang sama.. nenek a.k.a pengasuh kat P.J dah bertanyakan anak-anak.. 'hantar anak-anak tak kat sini..'
  • Pengasuh kat umah aku pun takde masalah.. waktu cuti sekolah hantar kat dia pun takpe..
  • Tanya hubby.. dia tak kisah.. lagipun seminggu je kot..





psstt: Selamat berhujung minggu buat semua..





Friday, March 21, 2014

Kita masih di sini.. nampak duduk bicaranya..



  • Alhamdulillah.. kita diberi kesihatan yang baik dalam menjalani rutin harian..
  • Alhamdulillah.. kita masih mampu saling berhubungan sesama kita dan keluarga..
  • Alhamdulillah.. kita masih di sini, nampak duduk bicaranya.. bukan seperti MH 370 yang kita masih tertunggu-tunggu khabar beritanya..



psstt: Moga usaha dan bantuan dalam misi mencari pesawat MH 370 dipermudahkanNYA..





Thursday, March 20, 2014

Birthday Firdaus adik sepupu Dak Nuha..





Malam tadi.. SIL buat makan-makan di rumah MIL sempena birthday anak beliau..




Ain Syuhadah yang sulung.. Firdaus yang bongsu..
Selamat Hari Lahir buat kedua-dua mereka yang berkongsi bulan kelahiran..



Ketika ini.. kami dalam perjalanan menuju ke rumah MIL..


dalam kereta.. menangis kena sakat..


Gambar kek je..? Menu yang lain..?
Masa ni kami lewat sampai, so tak sempatlah nak join..
Waktu makan pun lepak borak gossip kat dapur..



dak Nuha cukup suka kopek kulit bawang..


Bersih licin kulit bawang tu buat..






psstt: Bulan depan turn dak Nuha pulak..

last psstt: Hari ni keputusan SPM keluar.. Tahniah buat yang berjaya.. kepada yang kurang berjaya, jangan putus asa.. masih ada peluang untuk terus berjaya..




Wednesday, March 19, 2014

Dia ni.. Bakul baju pun boleh berebut dengan aku..




Tiap kali aku lipat baju, pasti dia suruh kosongkan bakul baju tersebut..





Sebab dia nak buat macam ni..


Duduk dalam ni pastu goyang-goyangkan bakul tu.. yang ni Kakak dia ajar..


Bila dia perasan ibunya sibuk ambil gambar..


Mulalah gedik manja dia muncul..







psstt: Walaupun hujan makin kerap 2 3 hari ni tapi pagi tadi jerebu tebal menghurungi kawasan sekitar Meru dan Kapar.. Bau asap yang kuat menyengat hidung..








Tuesday, March 18, 2014

Setahun kot aku tunggu.. alih-alih terlepas jugak..




Permulaan tarikh 17 Mac 2009..
  • Blog Mak Budak a.k.a Remaja Purba dibangunkan di mana hanya berkisar kesihatan dak Adik..
  • Masa tu tumpuan hanya pada dak Adik yang sangat-sangat memerlukan perhatian aku dan hubby, dalam masa yang sama tidak mengabaikan dak Kakak..
  • Jatuh bangun aku dan keluarga kecik aku berada di dalam blog ini..
  • Namun ingatan dari hubby aku lekatkan di kepala seterusnya dihati.. 'hanya sebahagian kecil aku abadikan di sini.. yang manis-manis je di sini..'
  • Coretan yang masam pahit kelat aku tolak ke tepi walau ada jugak terlepas satu dua di sini..


 Kini.. 17 Mac 2014..
  • Sejak Tahun (Naga) 2012 dak Nuha lebih banyak mendominasi blog ini.. hampir menenggelamkan dak Kakak dengan dak Adik..
  • Banyak moment indah anak-anak aku abadikan di sini yang adakalanya bila aku baca balik, tersenyum sendiri..
  • Kini dah 5 tahun usia blog Mak Budak a.k.a Remaja Purba ni..
  • Rakan-rakan alam maya yang aku kenal hingga ada sebilangannya berjumpa di dunia realiti membuatkan aku sayang kamu semua..
  • Terima kasih buat kamu semua kerana masih sudi jenguk singgah blog Mak Budak ini..




psstt: Setahun kot aku tunggu.. alih-alih terlepas jugak nak update kenangan pertama kali wujudkan blog ini..





Baby melecur teruk akibat tersilap bagi ubat..





Kisah semalam..


Dak Kakak:
  • Sepanjang minggu ni dak Kakak akan menghadapi peperiksaan di SRA.
  • 'Camane tadi kakak.. ok tak.. boleh jawab tak..?'
  • 'Boleh je ibu.. tapi ada jugak soalan yang kakak tak tau.. kakak hentam je jawapan dia..'
  • Teringat zaman sekolah aku dulu.. ada jugak soalan yang aku tak boleh jawab, aku main teka je.. huhuhu..


Dak Adik:
  • Pun sama macam kakak dia akan menghadapi peperiksaan di SRA..
  • Pujuk suruh baca buku.. sekejap je.. lepas tu hadap main game..


Dak Nuha:
  • Biasanya waktu nak tidurkan dia, aku memang layan blog dengan FB sekejap.. dan adakalanya bila dak Nuha nampak mesti dia tarik tangan aku nak tengok sama..
  • Dia paling suka tengok gambar-gambar baby.. sampaikan siap nak cium bagai gambar baby tu..
  • Cuma malam tadi..
  • Aku jumpa satu gambar baby yang melecur teruk akibat tersilap bagi ubat..
  • Dak Nuha turut tengok gambar tu dan.. terkejut aku sebab dak Nuha tiba-tiba menangis..
  • Eh!Nuha.. nape ni..?
  • Dia tunjuk hp aku, ingatkan dia nak tengok lagi.. Aku bagilah dia tengok..
  • Menangis lagi.. bukan sikit-sikit dia menangis.. dah macam kena pukul pulak aku tengok..
  • Sudahnya aku pujuk bebaik bagi dia tidur.. kesian pulak aku tengok dia..
  • Terkejut gak aku sebab mungkin aku tak pernah tunjuk gambar yang macam tu sebelum.. fuh.. sensitif jugak rupanya dak Nuha..
  • Ok.. lepas ni takde dah aku nak bagi tengok gambar yang macam tu.. takut dia teringat-ingat pulak..





psstt: Teringat-ingat muka sedih dak Nuha malam tadi..


Monday, March 17, 2014

Malam minggu di rumah MIL




  • Asalnya MIL yang nak buat makan-makan malam minggu lepas tapi sebab hubby tak dapat cuti, tu yang cadang nak tunda waktu cuti sekolah nanti..
  • Alih-alih last minute plan, hubby pulak yang beria-ia suruh buat jugak, walaupun esoknya hubby kerja..
  • Makanya..



Ikan Jenahak yang dipancing oleh FIL di kolam ikan..


6 ekor semuanya..


Pasal ikan bakar ni sanggup turun ke PJ..


Perapan disediakan oleh hubby, dorang ni tukang jaga..


Asyik layan bihun.. kali ni kita ubah..


Bersama family MIL dan jiran terdekat..


dak Nuha bukan dak Adik ye..






psstt: Alhamdulillah.. Sabtu dan Ahad hujan turun dengan lebatnya.. walaupun hujan berbau asap tapi sekurang-kurangnya takdelah jerebu teruk macam Khamis dan Jumaat lepas..




Saturday, March 15, 2014

Jarak penglihatan yang terhad akibat jerebu..



  • Hari Khamis.. jerebu semakin teruk menghalang dan menghadkan pandangan pada sebelah petang di Bandaraya Petaling Jaya..
  • Jarak penglihatan jadi terhad dan banyak bangunan tinggi 'hilang' dari pandangan..
  • Menambah buruk lagi keadaan, hari Jumat semua sekolah di daerah Klang diarah tutup gara-gara IPU yang mencecah paras bahaya..
  • dak Kakak dengan dak Adik sukalah, tak payah bergelut nak bangun pagi ke sekolah, tapi takpe.. nanti akan ada kelas ganti.. hehehe..


Menghampiri susur Setia Alam..


Plaza Tol Setia Alam..


Kawasan sekitar plaza tol..



psstt: Pagi tadi pun nampak berkabus je kat luar.. dah rasa macam dok kat Tanah Tinggi pulak.. tapi sayang.. kabus yang berbau asap..




UPDATE:
Alhamdulillah.. akhirnya hujan turun dengan lebatnya dekat pukul 4pm tadi.. Syukur Ya!Allah basah jua bumiMU ini..


Friday, March 14, 2014

Dalam Kad kata adik yang kahwin..?




Ni kira entry penutup bagi Kenduri pada 01 - 02 Mac 2014.. sambungan dari SINI..


  • Sebelah malam hari Sabtu 01 Mac 2014 tu, takde aktiviti melibatkan kedua-dua adik hubby..
  • Cuma ada makan-makan jelah.. Char Keoy Teow..
  • Hubby lah tukang masaknya, pakej lengkap dengan dapur memasak..
  • Eh!Baru perasan.. camane takde sekeping pun gambar hubby tengah memasak CKT ek..

 


Inilah penyebabnya..

  • Atas permintaan aku, SIL melayan kerenah gedik aku.. dapatlah try cuba test baju kat Andaman Sirih Persona untuk sesi bergambar kat pelamin..
  • Walaupun agak lewat bagi sesi bergambar tu tapi berbaloi dengan hasil kerja tangan SIL.. memang ohsemlah malam tu..
  • Siap ada kompang bagai.. fuh.. memang gediklah mak budak masa tu..

Tu dia.. mak budak yang terlampau..


Pelamin yang sebenar..


Hubby sekadar melengkapkan jalan cerita.. aku yang beria-ia..


Cantikkan.. puji diri sendiri..



Bersama Family MIL yang sporting malam tu..


ops.. dak Nuha dah geram tengok kami tak layan dia..


Bersama dak Kakak, dak Adik dan dak Nuha..






psstt: Esoknya kena bahanlah kitorang.. 'selamat pengantin baru..'

psstt lagi: Sebahagian kecik moment yang indah kuabadikan di sini..

last psstt: Terima kasih buat semua beri peluang pada kami malam tu..






Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...