Followers Remaja Purba

Friday, February 28, 2014

Jangan meragam over sangat kat atok dengan wan ye sayang..




  • Aku takdelah sibuk mana tapi yang buat aku terasa sibuk sebab aku tak packing lagi keperluan family kecik aku untuk bawak balik kampung malam ni..
  • Masih berkira-kira nak bawa apa.. itu.. ini.. begitu.. begini..
  • Nak kata banyak bukan nak balik sampai seminggu lamanya tapi aku lebih suka keperluan tu biar lebih jangan kurang..
  • Senang.. tak menyusahkan pihak lain..


dak Nuha tengah tak sihat.. dahlah hujung minggu ni semua orang sibuk..
Jangan meragam over sangat kat rumah atok dengan wan ye sayang..






psstt: Camanelah agaknya ragam dia time jadi flower girl nanti..





Thursday, February 27, 2014

Menghitung hari.. jangan kata pengantin, mak budak ni pun turut teruja..


  • Kemain excited lak.. orang lain nak naik pelamin, mak budak yang over dalam diam.. adeh..
  • Apa-apapun sekadar nak maklumkan..
  • Mak Budak a.k.a Remaja Purba tidak dapat bersiaran bermula petang esok sehingga hari Selasa depan bagi memberi laluan kenduri kahwin adik hubby di kampung..
  • Mak Budak akan turut sama menyibukkan diri..dak Nuha tak terkecuali..
  • dak Kakak dengan dak Adik usah ditanya.. sibuk dengan sepupu-sepapat doranglah nanti..
  • Hubby akan mengepalai menyediakan hidangan makan beradab.. QC --> salah seorangnya adalah aku.. kemain lagi.. ni belum sempat pengantin makan, QC kat daput kenyang dulu..
  • Hidangan untuk tetamu akan dibuat secara bergotong-royong..
  • Manakala persiapan majlis dilakukan oleh Andaman Sirih Persona..
  • Moga majlis tersebut berjalan dengan lancar hendakNYA..



psstt: Itulah serba-sedikit gambaran untuk majlis hari Ahad ni nanti..





Wednesday, February 26, 2014

Apa patut dibuat bila tiba-tiba terlewat bangun..




Aktiviti ketika berhadapan jalanraya yang sesak di pagi hari..



  • Bila tersedar dan tengok pulak dah lewat.. jangan terus bangun dari katil/tilam bagi mengelakkan jantung terkejut dan terpaksa bekerja keras dari biasa.. 
  • Tapi pagi tadi sebab terkejut tengok dah lewat.. apalagi.. 'berkejaran buat senaman ringkas' aku kat dalam rumah..
  • Tu yang buat jantung aku berdegup kencang lebih dari biasa gara-gara terlewat bangun..
  • Bila dah sedar diri sikit.. baru aku cuba untuk cool dan buat kerja seperti biasa.. kalau kelam-kabut sekalipun bukan boleh buat apa.. tarik nafas.. hembus nafas.. rileks je..
  • Tak perlu nak tergesa-gesa.. bukan boleh pandu kereta lelaju pun, jalan dah sah confirm sesak.
  • Hubby pun tak bagi aku bawak awek hubby nanti aku lupa diri.. makanya cikputih menemani aku pagi tadi..
  • Dan aku selamat sampai office tanpa sebarang masalah.. Alhamdulillah..





psstt: Moga musim panas ini cepatlah sampai ke penghujung agar tiada catuan air dilaksanakan di beberapa kawasan di Negeri Selangor..




Tuesday, February 25, 2014

Jerebu melanda kembali di beberapa tempat di Daerah Klang..?


  • Dah beberapa hari kawasan sekitar perumahan aku menghadapi masalah jerebu/asap yang teruk..
  • Bila lepas maghrib dah mula berbau asap di kawasan luar rumah..
  • Menjelang pagi bau asap dari rumah sampai masuk ke dalam rumah..
  • Bila keluar rumah waktu pagi dah rasa macam tengok kabus mengelilingi kawasan persekitaran..
  • Pandangan pun jadi terhad..
  • Kesian pada anak-anak yang bersekolah..
  • Aktiviti luar bilik darjah dah tentu dibekukan cuma nak berhadapan suasana waktu pagi tu buat aku risau dengan kesihatan anak-anak..
  • Moga cepatlah keadaan pulih seperti sediakala..
  • Tak sanggup nak tengok anak-anak terpaksa berhadapan dengan jerebu/asap tersebut..




psstt: Baju yang basuh bersidai kat luar rumah pun dah tak wangi..




Monday, February 24, 2014

Hujung minggu yang mengasyikkan..



Hari SABTU..
  • Urusan penghantaran beberapa set barangan untuk kenduri.. selain tu masa untuk anak-anak gedik santai dengan sepupu-sepapat dorang..
  • Memandangkan aku sampai rumah MIL waktu makan tengahari.. bekalan di bawa siap-siap dari rumah..
  • Hampir seharian aku berada di rumah MIL.. kali ni tanpa kehadiran hubby..

Kari Kepala Ikan Jenahak by chef hubby..
Aku yang gedik mintak buatkan.. -untung arrr-




Selain dari tu..
Hasil kerja tangan SIL dari Andaman Sirih Persona..
Dak Kakak tengok akak sepupunya buat, dia pun join.. dak Nuha leka melihat..
Aku..? Sabar.. hujung minggu ni baru nak gedik minta SIL buatkan..






Hari AHAD..
  • Masa untuk gedik santai dah berakhir..
  • Sementara dak Kakak dengan dak Adik leka hadap channel kesukaan dorang kat tv, aku teruskan rutin dihujung minggu..
  • Dak Nuha amik botol susu bawak pergi rumah nenek sedara dan selamat zzzzz kat sana..
  • Tu yang dapat buat kerja rumah tanpa gangguan dak Nuha..
 
Sebahagian dari baju dak Kakak dengan dak Adik..
#Nak jugak masukkan dalam blog..






psstt: Jerebu yang teruk di sekitar kawasan perumahan aku.. Kesian kat anak-anak terpaksa meredah asap/jerebu yang tebal di pagi hari..




Friday, February 21, 2014

Bersedia untuk menambahkan 'kesesakan' di dalam rumah MIL..




Sebahagian dari pinggan makan beradab yang akan digunakan untuk kenduri adik hubby minggu depan..






psstt: Esok.. akan berkunjung ke rumah MIL.. sukalah dak Kakak dengan dak Adik balik rumah atok dorang..

last psstt: Selamat berhujung minggu buat kengkawan semua..



Thursday, February 20, 2014

Kisah baju sekolah dak Adik..





  • Entry ni dah lama sebenarnya.. dok elok terperam kat draft sembunyikan diri..
  • Baju sekolah dak Adik koyak di bahagian belakang badan..
  • Alasannya: Baju tersangkut kat paku.. nasib baik tak bercalar badan..
 
 


  • Baru-baru ni pulak, kawan dak Adik tolak dia.. dan cuping telinga dak Adik luka terkena paku.. tapi takdelah cedera teruk..
  • Kemudian bila tanya adik kawan dengan siapa..
  • Dia bagitau 'Adik kawan dengan A'
  • Kenapa..?
  • Sebab dia gengster, adik kawanlah dengan dia.. huhuhu..
  • Cikgu dak Adik pulak kata, dak Adik suka menyakat mengusik kengkawan dalam kelas.
  • Nampak je pendiam macam tu..tapi havoc bukan main..





psstt: Bila tanya dak Nuha mana adik..? Dia tunjuk kat dak Adik (abang dia).. Kekadang bila aku panggil dak Nuha 'adik', dak Adik yang menyahut.. oh!Pening dorang aku buat.. hehehe..



Wednesday, February 19, 2014

Moga kita semua sihat dan sentiasa di bawah lindunganNYA..



  • Moga tugasan harian hari ni berjalan dengan baik..
  • Moga kita, anak-anak dan keluarga kita sihat hendakNYA..



psstt: Lepas taip.. delete.. lepas tu taip balik.. akhirnya jadi macam ni..


Tuesday, February 18, 2014

Menyambut menantu di Tapah, Perak



Selesai sudah majlis pernikahan dan kenduri kahwin adik hubby di Temoh, Perak..

Jalan masuk ke rumah pengantin.. tapi kami berkumpul di rumah saudara sebelah FIL sebelum berangkat ke Masjid untuk sesi akad nikah dijalankan..
Reban ayam.. anak-anak teruja melihatnya..



Hantaran dari pihak perempuan..


Sesi akad nikah dijalankan di Masjlid Temoh..

Nampak tak.. dak Adik di'smackdown' oleh adik sepupunya..


Bersama kedua-dua belah keluarga..

Wakil family MIL.. merah..
Dak Nuha sorang takde dalam gambar ni.. mana dia ek..


Tu dia.. lena dalam bilik pengantin..


Sesi makan beradab..





psstt: 2 Mac 2014 ni pihak perempuan akan berkunjung ke rumah MIL di P.J bersekali dengan pernikahan adik perempuan hubby pada hari yang sama..

last psstt: Pengantin perempuan di make over oleh akak hubby dari Andaman Sirih Persona..



Monday, February 17, 2014

Kelmarin di Tapah, Perak.. Semalam di Petaling Jaya, Selangor..



SABTU:
  • Alhamdulillah perjalanan pergi dan balik serta sepanjang majlis pernikahan adik hubby dan kenduri kahwin sebelah pihak perempuan berjalan dengan lancar..
  • Perancangan asal, hubby tak ikut serta disebabkan kerja tapi last minute bertukar plan.. hubby dapat join memeriahkan majlis tersebut.


dak Nuha yang takmo duduk dendiam..


Ada je benda yang dia nak buat..


dak Adik yang bosan takde geng nak main..
Dak Kakak dengan sepupu-sepapatnya naik kereta lain.. tu yang dia bosan tak tahu nak buat apa..




AHAD:
  • Urusan membeli barang kenduri untuk makan beradab bersama kakak dan adik ipar di Subang..
  • Amik masa yang lama untuk memilih yang mana sesuai.. bukan ikut pilihan pengantin tapi pilihan tukang masak..
  • Hubby bagi arahan dari tempat kerja beliau, kami yang terkial-kial memilih.. kihkihkih..

Pening kepala nak pilih yang mana..




psstt: Belum ada masa nak edit gambar semasa majlis pernikahan dan kenduri sebelah pihak perempuan di Perak..

last psstt: Kenduri sebelah keluarga MIL di P.J, Selangor akan berlangsung lagi dua minggu..




Friday, February 14, 2014

Esok seharian aku kat Tapah, Perak..



  • Esok aku akan join family MIL untuk ke Perak bagi urusan pernikahan adik lelaki hubby.. 
  • Balik ni baru sibuk nak packing apa yang patut di bawa buat dak Kakak, dak Adik dengan dak Nuha sebelum balik kampung MIL di P.J (macam jauh sangat), pepagi esok baru gerak ke Tapah, Perak dari rumah MIL..
  • Hubby..? eemm.. kerja..


psstt: Moga perjalanan esok berjalan dengan lancar hendakNYA..



Makan tengahari di sini..



masa untuk..





psstt: Aku takdelah pandai mana tapi bolehlah nak lepaskan gian..




Thursday, February 13, 2014

Camping di Teratak Riverview, Tanjung Malim Perak.. (last part)



Sambungan dari entry semalam.. Camping di Teratak Riverview..




HARI KEDUA..

Suasana waktu pagi..
Sekarang dah macam sempit pulak aku tengok sungai tu..


Memasing masih bergulung kesejukan dalam khemah..
Aku tak boleh tidur sebab berebut selimut sebab sejuk.. hahaha..


Bila semua dah bangun.. bersedia untuk sarapan..


Teruja menggunakan pemanggang ajaib..


ye... sebelum masuk ke dalam air.. kita test dulu kat atas darat..


Bila lapar naik makan.. lepas makan terjun balik dalam sungai..


Dah puas mandi, masa untuk tidur.. bagi dia cukup rehat supaya tak meragam..


Makan dah tentu nak yang sedap je..


Bukan aku tapi antara mereka yang terlibat dengan aktiviti lasak..


Akhirnya... terlepas jugak rindu kakyong dekat dak Nuha..


 
Nampak tak lebih teratur kan berbanding malam pertama..

  • Malam kedua ni kitorang diminta pindah tempat yang lebih selesa..
  • Ikutkan macam malas sebab esoknya dah nak balik tapi owner sendiri yang suruh, takkan nak tolak pulak kan..
  • Tu yang anak panah tu, satu family yang kitorang ajak sekali pindah.. sebab sebelum tu dorang duduk kat celah pokok berdekatan tempat kitorang camping..
  • Lupa pulak nak amik gambar anak kembar dorang.. cool je.. tak banyak ragam..



chef hubby yang sibuk di 'dapur'
Masa ni hubby dah mula tak sihat..



HARI KETIGA, hari terakhir sebelum balik..

Dak Nuha yang teruja nak jalan atas jambatan tu..
Sejuk pagi sikit pun tak hairan..


Pemandangan dari jambatan masuk.. baru nampak tersusun kemas tempat camping tu..
Sebab jadi macam tu, kitorang tak booking sesiap tapak perkhemahan tu..

Antara Jabatan dan sekolah yang pernah datang membuat aktiviti di sini..


Aku rasa kali ni dak Kakak rentung jadinya..


Hari terakhir baru dak Adik berani nak main pelampung..


Berjaya jugak dak Abang pujuk dia main.. 


Jangan kata anak-anak, mak budak a.k.a remaja purba ni pun main pelampung tu.. hahaha..


 Dak Nuha dari memula sampai dah tak sabar nak main air sampai menangis bagai..


Penggunaan solar.. bagi menerangi kawasan sekitar tapak perkhemahan..
Tahun lepas takde.. baru pasang agaknya..
Satu group lagi buat lintas hormat..


Dak Nuha yang takmo naik ke darat..


Bersiap-sedia nak balik..
Mengemas peralatan dan membersihkan kawasan sekitar..


Dak Nuha yang kepenatan, sikit pun tak sedar ketika orang lain dok bising nak pilih souvenir yang ada..


Bersama pemilik Teratak Riverview..
Dak Adik ditarik 'atok' untuk bergambar bersama..


Atok ni memang sporting.. cucu-cucu semua dapat duit raya CNY..
Terima kasih atok.. tahun depan duit raya warna lain pulak ye.. kihkihkih...


Ank-anak bujang..


Dak Kakak dengan dak Adik yang agak gelap..


Sebelum balik..
Terima kasih pada semua yang turut sama menjayakan aktiviti bergossip chit chat kali ni..
Korang memang happening.. anak-anak lagilah..
Cuma satu jelah.. aku tak dapat merasa nak main flying fox..




psstt: Buat 'atok' pemilik Teratak Riverview.. 'atok.. belilah meja ping pong tok.. nanti boleh saya main.. Meja yang ada tu tak berapa umph lah..' kehkehkeh..

last psstt: Bagi yang nak tau lebih lanjut tempat ni, bolehlah layari laman web Teratak Riverview di SINI..

Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...