Followers Remaja Purba

Friday, November 29, 2013

Dataran berhadapan Setia City Convention Centre (SCC), Setia Alam


  • Setiap hari aku buat lintas hormat depan Setia City Convention Centre tapi belum pernah sekalipun aku gedik santai kat situ waktu malam..
  • Orang lain dah pernah sampai macam dak Ziyyad tapi aku baru je bawak dak Nuha minggu lepas..
  • Kalau dak Ziyyad pergi siang, dak Nuha pergi waktu malam..

Dari arah belakang Setia City Mall..


Setia City Convention Centre
Di sini majlis Zain + Rozita Che Wan pada bulan Disember nanti..


dak Nuha sikitpun tak hairan dengan lampu tu tapi aku je yang beria nak ambil gambar bagai..


Lepas bebas taknak berdukung dah dia..






Pemandangan kat situ biasa je tapi sebab nak gedik santai.. tu yang aku tinggalkan jejak..


Pandangan hadapan Setia City Convention Centre (SCCC), Setia Alam


Ok.. masa untuk balik..




psstt: Tak sabarnya nak ambil dak Kakak, dak Adik dengan dak Nuha petang ni kat rumah atok..




Thursday, November 28, 2013

Keletah dak Nuha bertudung litup tapi..



Macam cantik je.. macam comel je..


Tudung dak kakak.. songkok dak Adik..


Dan ini hasilnya..
psstt: dak Nuha sendiri yang memakainya..




psstt: Bersiaran diruang tamu rumah sambil ditemani chef hubby..

last psstt: Sabarlah wahai hati.. petang esok dapatlah peluk gomol dak Kakak, dak Adik dengan dak Nuha..




Wednesday, November 27, 2013

Rindu..?? hadap gambar jelah..





Dak Kakak tangkap gambar sendiri..


dan aku pulak abadikan di sini..





psstt: Cuti sekolah macam ni seminggu sekali baru ambil dak Kakak, dak Adik dengan dak Nuha kat rumah atok..



Punca kenapa mak budak tiba-tiba buat perangai petang semalam..



  • Bila dak Kakak, dak Adik dengan dak Nuha takde, maka rutin harian berubah 360 darjah..
  • Dari masa terbazir dengan hanya mengadap cik asteruk, aku buat sedikit perubahan..
  • Pilihan yang ada.. lakukan sesuatu yang sihat dan bermanfaat..



  • Memula nak buat dua pusingan.. mungkin sebab ni kali pertama..
  • Bila dah mula.. eh!Rasa macam tak cukup pulak..
  • Aku tambah lagi satu pusingan.. masih belum puas..
  • Akhirnya cukup 5 pusingan mengelilingi TDBi ---> taman perumahan aku..
  • Moga-moga usaha yang sedikit ini berterusan walaupun hanya dapat buat seminggu sekali.. 
  • Apa-apapun terima kasih kat alang sebab temankan aku sambil berbasikal..



psstt: Fuh..!Bila lama tak buat.. pancit aku dibuatnya.. penangan berjogging..



Tuesday, November 26, 2013

Posisi tidur yang menarik..



  • Dak Adik memang kuat menyakat.. suka sangat dengar suara soprano pitching lari dak Nuha tu..
  • Bingit gamat dalam rumah dibuatnya..
  • Tapi..
  • Walaupun selalu kena buli dengan dak Adik, kat celah dak Adik jugak dia nak menyelit waktu nak tidur..


alololo.. sweet je aku nengok.. seksi lak dak Nuha tu..





psstt: Hujan lebat dipagi hari.. dapnye kalau dapat pekena tosei.. dapnye.. dapnye..




Monday, November 25, 2013

OK.. aku dah bersedia..



Berdebar-debar entah kenapa..
Tak tenang hati dibuatnya..
Apakan daya urusan kerja perlu disiapkan segera..
Agar takde yang sakit hati terasa..


Lupakan sekejap masalah menimpa..
Tarik nafas kita senyum je..
Pergilah jauh-jauh dari hati dan limpa..
Agar aku selesa nak buat kerja..


Hari ni rutin seperti biasa..
Hantar dak Kakak, dak Adik, dak Nuha ke rumah atok..
Blogwalking.. ok aku dah bersedia..
Jangan pulak tak bukak pintu bila aku ketuk..





psstt: Senyum.. tak perlu kata apa-apa..




Sunday, November 24, 2013

Tu baru 3.. belum 4.. belum 5..



Riuh bila dak Kakak, dak Adik dengan dak Nuha ada kat rumah..
Rasa macam tak menang tangan nak uruskan yang mana satu dulu.. tu baru 3 belum 4, 5..
Bila dorang ada..
Pasti berebut nak tengok channel mana..
Pasti berebut nak guna tab + hp babah dorang..
Tak boleh tengok dak Nuha senyap.. pasti disakatnya si kecik tu..
Dan aku.. bila dorang balik kampung sunyi ya amat suasana dalam rumah..


psstt: Hanya hujung minggu dorang ada kat rumah.. hari-hari biasa sepanjang cuti sekolah ni dorang balik kampung..

psstt lagi: Sampaikan dah tak tahu nak update pasal apa kat sini..




Friday, November 22, 2013

Rindu nak gomol + dengar jerit pekik dorang..









psstt: Cuba teka.. yang mana satu dak Adik.. yang mana satu dak Nuha..

last psstt: Sayang gambar dak Kakak masa dia baby tak banyak..



UPDATE:
Gambar pertama ---> dak Adik..
Gambar kedua ---> dak Nuha..


Thursday, November 21, 2013

Buat kedua ibubapaku..



Ya! Allah.. Ya! Tuhanku..
Cucurilah rahmat kepada ibubapaku sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayang memelihara dan mendidik aku semasa kecil..


Ya!Allah.. Ya!Tuhanku..
Kau peliharalah kedua ibubapaku agar sentiasa sihat dan kuat dalam menjalani kehidupan seharian..





psstt: #Feeling rindu..




Wednesday, November 20, 2013

Kemalangan di km 5.9 Shah Alam - Setia Alam LORONG KIRI ditutup..



Petang tadi:
NKVE arah Klang sesak teruk.. Kesesakan dikesan dari sebelum susur Subang lagi..
Jangkaan aku ---> ada kemalangan..
Kenderaan banyak tu biasalah tapi sangat jarang berlaku kesesakan luarbiasa..



 
Dahlah sejuk hujan.. aircond cikputih lagi.. hadap pulak jalan sesak..


'Trafik sesak.. pandu cermat..'
Pada papan tanda sebelum susur Bukit Jelutong..


Kemalangan di km 5.9 Shah Alam - Setia Alam
LORONG KIRI ditutup..


  • Terima kasih pada pihak NKVE kerana menyediakan papan tanda macam tu.. kalau tak, menjadi spekulasi tak tahu apa yang berlaku akibat kesesakan tersebut.
  • Dari susur Subang menghala ke susur Bukit Jelutong, masa dah terbazir hampir setengah jam..
  • Alternatif: keluar susur Bukit Jelutong, masuk Guthrie Highway balik rumah.. kalau ikut jugak NKVE yang sesak tu.. malamlah jawabnya aku sampai rumah..



psstt: Ada sesiapa tau tentang kemalangan kat NKVE tu tak..?



Bila free..? jom arr kita jumpa..



Kisah semalam:
  • Kena tegur dengan atok kenapa bawak anak-anak balik.. kata nak amik tiap hari Jumaat..
  • Ok tok.. esok akan dikembalikan..


    Menjawab persoalan kengkawan:

    Mesti rasa sunyi bila anak-anak takde..
    ---> bohonglah kalau kata tak sunyi..

    Mesti rindu nanti..
    ---> sangat-sangat..

    Over ni.. ngan Nuha sekali pos.. Mesti nak honeymoon ke mana-mana ni..
    ---> tak ke mana pun sebenarnya.. chef hubby takdak cuti..

    SUNAT !! Sgt sinonim..
    ---> perancangan untuk tahun depan kot..

    Ada yang geram nak gigit pipi dak Nuha..
    ---> bila free..? jom arr kita jumpa..

    Tak join tak ikut dorang balik kampung..
    ---> Kampung tak jauh mana pun.. Nak join tapi nak simpan cuti untuk awal tahun depan..

    Heee... tak nak post Nuha ke JB ke? Nuha dtglah sini rumah auntie ada kakak2 boleh jaga. Mesti kena gomol perut gendut, pipi montel tu:)
    ---> Jangan kata dak Nuha, mak budak pun nak pergi sana..





    psstt: Moga rutin harian berjalan dengan baik hendakNYA..




    Tuesday, November 19, 2013

    Dah macam Mas Idayu pulak aku tengok..



     Gaya dia pegang aiskrim tu dah macam Mas Idayu pegang microphone aku tengok..


     Dapnye.. sampai tak nak share dengan aku..


    Aku tukang tengok jelah..




    psstt: Sunyilah dorang takde kat rumah.. aku hadap lappy.. hubby hadap tab.. asteruk kejap-kejap iklan tu pulak tengok kami..




    Monday, November 18, 2013

    Balik kampung sangat sinonim dengan musim cuti persekolahan..









    psstt: Dak Kakak, dak Adik dengan dak Nuha selamat dah sampai kat kampung.. balik kerja ni.. confirm terkebil-kebil aku keseorangan mengukur keluasan dalaman rumah..




    Sunday, November 17, 2013

    Restoran Wong Solo Bangi



    • Kali pertama diajak makan di Restoran Wong Solo ni..
    • Menu pilihan.. nasi ayam penyet.. bagi tekak aku sedaplah..
    • Kalau nak dibandingkan dengan nasi ayam penyet (AP) lagi sedap yang kat Wong Solo ni..
    • Restoran terletak kat Bandar Baru Bangi.. kat mana eeerrr.. aku pun dorang yang bawak masa ni.. 
    • Apa-apapun memang sedaplah.. aku bagi 4/5 bintang..
    • Deko restoran tu pun menarik..











    psstt: Biasanya kalau cerita pasal makanan, mesti nak upload gambar makanan.. tapi masa ni disebabkan kami lapar.. memang lupa terus.. teruja tengok makanan tu..


    last psstt: Esok aku akan hantar Dak Kakak, dak Adik dengan dak Nuha balik kampung.. sunyilah mak budak kat rumah nanti..




    Friday, November 15, 2013

    Jajahan ke 16 - Burger Bakar Abang Burn



    Lokasi: Kawasan Jalan Teras Jernang sebelum sampai UniKL-MFI..

    Laluan tu.. terus ke hadapan, bangunan kedai sebelah kanan terletaknya:
    Jajahan ke 16 - Burger Bakar Abang Burn



    Aku tak lepaskan peluang untuk mencuba..


    Kali pertama nak cuba burger ni..
    Percubaan pertama, kami order 'Abang Burn Supremo'..


    'Meatball Abang Burn extra cheese' aku punya..
    Lupa nak amik gambar semua menu yang kitorang order..


    Memula 3 bodyguard kitorang ni taknak join makan tapi dek memasing tak pernah cuba.. sekali cuba.. makanya sendat padat perut masing-masing..


    Lepas ni nak cuba kat cawangan lain pulak, baru boleh buat perbandingan mana yang lebih sedap dan menarik tahap penyediaan menu ni..





    psstt: Abang Burn tak nak bukak cawangan kat area Klang Sentral ke..? tak pun kat Setia City Mall.. 






    Hari terakhir sesi persekolahan bagi musim 2013



    • Sejuk... rasa nak sambung tidur..
    • Sekarang dah mula musim hujan..
    • Moga kita semua sihat hendakNYA.. takde penyakit menyerang..








    psstt: Hari ni hari terakhir sesi persekolahan bagi musim 2013.. Kita berjumpa kembali dalam sesi persekolahan musim 2014..

    last psstt: Tahniah buat semua calon UPSR yang mendapat keputusan cemerlang.. dan kepada yang kurang memberansangkan.. usaha lagi.. masih jauh perjalanan anak-anak semua..






    Thursday, November 14, 2013

    Malam Pembukaan Kejohanan Sukan Staf Antara Universiti Malaysia (SUKUM) ke 38 di UKM Bangi




    Antara cebisan kenangan pada:
    Malam Pembukaan Kejohanan Sukan Staf Antara Universiti Malaysia (SUKUM) ke 38 di UKM Bangi..





    Petang..
    Menjamu selera di perkarangan Masjid UKM..









    Malam pembukaan..











    Percikan bunga api takde pulak dak Mus amik.. yang ada dalam bentuk video je..












    psstt: Ok.. habis dah pasal SUKUM ni..






    Wednesday, November 13, 2013

    Majlis Graduasi Pra Sekolah SK Bukit Kapar



    Aku lambat bersiaran hari ni kerana pagi tadi aku dan hubby berada di sini..



    Pemandangan dari kawasan masuk sekolah..


    Murid-murid Pra Sekolah dan Darjah 6 berbaris sebelum di arak ke Dewan Perdana..


    Gigih cikgu-cikgu menyusun kedudukan anak-anak murid..


    Aku yang teruja tengok jubah konvo dorang ni.. macam comel je..



    Pasukan kompang yang mengiringi barisan penerima sijil dan anugerah..
    psstt: yang ni lagi menarik kalau mereka berpakaian baju melayu.. contohnya..


    Lupa nak amik gambar kawasan sekitar dewan tersebut..
    Aku suka sekolah ni sebab kawasannya yang sangat luas dan atas bukit..
    Tetiba rasa nak kembali ke sekolah.. hehehe..


     Menurut Guru Besar SK Bukit Kapar..
    Majlis pagi tadi adalah kali kedua diadakan dan beliau berharap majlis seumpama itu diadakan pada setiap tahun..




     dak Adik menerima hadiah dan sijil penghargaan..


    Selepas sesi agihan makanan.. dak Adik pun dibenarkan balik..




    psstt: Tinggal lagi dua hari sebelum cuti persekolahan hujung tahun bermula..




















    Tabung Purba

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...