Followers Remaja Purba

Thursday, October 31, 2013

Laluan Kontra arah Utara di NKVE





Cantik matahari pagi..



  • Highway ni makin lama makin sesak dengan jumlah kenderaan yang semakin hari semakin bertambah..
  • Sangat berbeza kalau nak dibandingkan 4 tahun lepas.. ---> sempat merasa main 'cucuk angin..'
  • Makin sesak bila ada yang  potong Q semata-mata nak cepat nak ikut masuk laluan kontra yang dibuka untuk kemudahan semua.. --> dulu aku pun sama..
  • Sejak aku bersama cikputih sekarang ni je dah kurang sikit perangai gila-gila aku tu..


 
Terima kasih pada pekerja NKVE yang bertungkus-lumus di awal pagi bagi melancarkan aliran trafik..






psstt: Sampai satu tahap.. aku dah bosan hadap kesesakan jalanraya ni.. tapi apakan daya inilah rutin aku setiap pagi..




Wednesday, October 30, 2013

SMURF kena belasah..??



  • Satu kejadian telah dilaporkan di mana pelakon utama SMURF telah dicederakan oleh peminat tak berapa fanatik beliau..
  • Menurut jurucakap SMURF.. walaupun teruk dicederakan tetapi keadaan pelakon tersebut dilaporkan stabil..
  • Oleh itu, jadual penggambaran filem terbaru beliau terpaksa ditangguhkan..
  • Manakala suspek ditahan bagi membantu siasatan..
  • Gambar pelakon SMURF yang dicederakan itu, kini tersebar luas di media massa..






Mentang-mentanglah dia tak melawan..


Sesuka hati dikerjakan..





psstt: SMURFdibelasah kerana beliau dah ada ada Girlfriend baru..




Tuesday, October 29, 2013

Mesin Urut Terbaru di Pasaran.


  • Kalau boleh tiap aksi dia, mesti nak dirakam.. nak diambil gambarnya..
  • Dan dia pun semakin pandai mencuri tumpuan.. tu yang berlambak-lambak gambar dia dalam External Hard Disk aku..


Dak Nuha cukup suka bila mesin basuh ni bergegar-gegar.. Melekat je dia kat situ..
Tak cukup kiri.. kanan.. depan pun dia nak pegang peluk..




 Model mesin urut terbaru di pasaran..





psstt: Hujan lebat mengiringi perjalanan pagi ni..

Nota kenit: Kalau gambar kurang memuaskan, bukan hasil kerja cik Nikonlah tu..



Monday, October 28, 2013

Kesan Migrain..



SABTU:
  • Dak Adik mengikuti rombongan sekolah dia ke Shah Alam dan Serdang..
  • Berjalan sakanlah dia..
  • Aku tak dapat temankan dia memandangkan dak Kakak ada kelas Iqraq..
  • Sunyi sekejap rumah.. 
  • Kalau tak.. hiruk-pikuk rumah bila dak Kakak dengan dak Nuha kena sakat dengan dak Adik..


AHAD:
  • Sekarang tak dapat nak gedik santai kat luar memandangkan cuti hubby tak menentu..
  •  Ditambah pulak musim hujan..
  • Makanya berkampung jelah dalam rumah..
  • Dan.. migrain pun menyerang dikala tiba-tiba bangun dari tidur disebabkan bunyi guruh..
  • Akibatnya.. tak cukup tidur aku malam tadi..
  • Pagi ni.. tekak rasa pahit dan mual kesan dari makan ubat migrain malam tadi..
  • Dah rasa macam mengandung pulak.. hehehe..




psstt: Lambat bersiaran gara-gara masih terasa kesan migrain semalam..



Sunday, October 27, 2013

Bila cuti tak menentu




Stadium Shah Alam



  • Peluang untuk gedik santai bersama dak Kakak, dak Adik, dak Nuha dan babah dorang dihujung minggu semakin terhad.. bila mana cuti hubby tak menentu..
  • Takpelah.. walaupun tak dapat tapi sekurang-kurangnya hubby tak jauh macam dulu.. kerap outstation..
  • Bersyukur sangat-sangat..



psstt: Moga hubby berjaya ditempat baru..


Saturday, October 26, 2013

Pondok yang dah lama siap..



Dulu.. banyak aktiviti dibuat di sini..


Dan masih kukuh di situ..


  • Tapi.. bila hijab terbuka..
  • Tiada lagi kegembiraan yang ingin dikongsi..



psstt: Biarlah ia menjadi sejarah pahit yang tak ingin kukenang..

last psstt: Buang yang keruh, aku dah filter pun tetap takkan jernih..



Friday, October 25, 2013

Roli jala dijalakan bersama Kari Daging..



  • Memandangkan aku tak mahir memasak kalau nak dibandingkan dengan chef hubby tapi sekurang-kurangnya aku bangga dengan apa yang aku buat..
  • Cukuplah sekadar aku pandai memasak untuk keluarga kecik aku.. 
  • Kalau dulu hubby kemain dok komen apa yang aku masak, tapi sekarang Alhamdulillah dah kurang sikit komen..
  • Bukan sebab ada peningkatan tapi sebab hubby redha je dengan apa yang aku masak untuk dimakan..
  • Kalau tak.. tak berasapler dapur aku buat.. ---> eleh.. macamler hubby tak pandai masak.. kehkehkeh..




Dalam cubaanku baru-baru ni..


Resepi aku amik kat cikMatGebu..
Tapi takdelah secantik rupa asal sebab aku tak guna bekas yang cikMat guna tu..
Lagipun.. ni kali pertama aku membuatnya..


 
Enak dimakan bersama kari daging.. chef hubby yang buat..
Aku tukang makan.. dapnye.. dapnye..





psstt: Sebenarnya rajin dengan tak aje bab memasak ni.. yang penting bahan-bahan yang nak digunakan cukup.. baru semangat waja datang..




Thursday, October 24, 2013

Babah dak Nuha beransur baik..


  • Semalam aku cuti, tak berani nak tinggalkan hubby sensorang kat rumah.. takut jadi macam sebelum ni..
  • Lepas buat medical check up.. dengan bertemankan dak Nuha, kami terus balik rumah family hubby..
  • Balik ziarah orang tua..
  • Berlama-lama jugaklah kami kat sana..
  • Tak menahan siap bawak balik bekal dari rumah MIL..



 
Kari Ikan Jenahak.. part kepala aku sambar bawak balik..
Dah upload baru perasan gambar ni terbalik..


Baru nak lena dah sampai rumah atok..
Baru nak lena lagi dah sampai rumah..
Sudahnya mengamuk jelah dia sebab tak cukup tidur..





psstt: Alhamdulillah.. pagi ni perkembangan hubby semakin beransur baik..

last psstt: Terima kasih pada yang bertanya dan mendoakan kesihatan beliau..




Wednesday, October 23, 2013

Merah.. Hijau.. Kuning..








psstt: Hubby tak sihat, hari ni beliau ada pemeriksaan kesihatan.. Moga tiada masalah dan cepat sembuh hendakNYA..





Tuesday, October 22, 2013

Eksklusif: SMURF with new Girlfriend..








Sila jangan cemburu ye..





psstt: Sepanjang minggu ni dak Kakak ada peperiksaan akhir tahun.. Good luck to you my sweetheart.. Ibu doakan Kakak berjaya hendakNYA..




Monday, October 21, 2013

21 buah NOVEL karya RAMLEE AWANG MURSHID a.k.a R.A.M



  • Selepas bekerja tak berapa keras, akhirnya lengkap sudah 21 buah NOVEL karya RAMLEE AWANG MURSHID a.k.a R.A.M..
  • Walaupun ada antara novel karya beliau aku dah baca melalui pinjaman rakan tapi aku sanggup beli untuk dijadikan koleksi peribadi..

Novel SUNAN antara koleksi novel paling aku sayang..


Set Tombiruo..


Sebahagian lagi..


Lima watak dari lima novel ini digabungkan menjadi satu..


Novel TERBARU ---> MAGIS..
Hasil gabungan watak dari lima buah novel terdahulu..
antaranya Sunan.. Tombiruo.. Mikhail.. Carlos.. Ryu Watanabe..


Koleksi lengkap aku ketika ini..

dak Nuha pantang nampak cik Nikon..





psstt: Novel seterusnya.. ---> SUNAN (prolog).. kisah awal di mana beliau membawa diri ke Tanah Rencong sebelum bergelar 'Laksamana Sunan'..




Saturday, October 19, 2013

Peluang yang ada jangan disia-siakan..



 



psstt: Dak Adik yang berusaha gedik manja kat aku nak main kat luar rumah..




Sila kunci pagar rumah demi keselamatan keluarga



Baru-baru ni..


Biasa hanya sampai pagar je tapi kali ni melampau pulak sampai depan pintu rumah datang mintak derma..
Bukan pasal derma tu tapi masuk sampai dalam pagar tanpa izin..
Dahlah aku tak kunci pintu rumah.. tu nasib baik dak Kakak dengan dak Adik tak murah hati bukak pintu rumah..
Kalau tak memang pisau potong daginglah jawabnya aku sedekah..!!!






psstt: Nampak gayanya aku kena kunci pagar rumah lepas ni..





Friday, October 18, 2013

Merengek nakkan cik Nikon..




Semakin pandai beraksi.. semakin bijak mengambil kesempatan..


Semakin pandai mengeksploitasi ibunya dengan rengekan gedik manjanya itu untuk dapatkan cik Nikon..






psstt: Berbanding dak Kakak dengan dak Adik.. dak Nuha sangat suka makan roti..




Thursday, October 17, 2013

Ah..! Leganya..





Sedang melepaskan hajat.. masih sempat senyum ketika gambar diambil..



Dah mandi.. dah wangi.. dapat susu sebotol.. zzzzz..




psstt: Esok.. urusan rasmi di sekolah dak Adik..




Wednesday, October 16, 2013

Aidiladha yang tak lengkap..





Dak Kakak dan dak Adik..


Dak Nuha yang takmo bergambar bersama..
Kita pujuk dia menyorok pulak..


Tengok tu..


Pantang nampak cik Nikon.. mula nak memegang sama..


Dak Adik ni ada masa senang nak pujuk bergambar.. 


Bersama anak atok sedara..


Dak Nuha bersama dak Kakak dan dak Adik melihat 'pengorbanan' seekor lembu dan 3 ekor kambing..
Pengalaman pertama anak-anak melihat 'pengorbanan' tersebut..






psstt: Dak Kakak langsung takmo keluar rumah lepas tengok sesi 'pengorbanan' tu..

last psstt: Aidiladha yang tak lengkap tanpa kehadiran hubby..



Monday, October 14, 2013

Salam Aidiladha


  • Moga Aidiladha kali ni lebih bermakna buat kita semua..
  • Moga apa yang dirancang berjalan dengan baik..
  • Moga perjalanan balik ke kampung halaman berjalan lancar..

  • Persiapan kali ni..?
  • Balik kerja nanti baru nak pergi amik bahan mentah yang dah ku order..
  • Lain dari tu.. biasa-biasa je..




psstt: Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua ---> ikhlas dari family kecik aku..




Sunday, October 13, 2013

Menjelang Aidiladha


  • Buat pertama kali.. hubby kerja pada Aidiladha nanti..
  • Jadinya, memang tak fokus langsung persiapan Aidiladha kali ni..
  • Balik kampung..?
  • Walaupun tak jauh mana tapi masih dalam pertimbangan memandangkan kat TDBi ada kenduri..
  • Aku..? takde hati nak sambut Aidiladha kali ni..



psstt: Berdebar-debar menunggu surat pelepasan..?




Saturday, October 12, 2013

Friday, October 11, 2013

Perlawanan Ping Pong di Putrajaya




Ahad lepas aku dan beberapa rakan pejabat terlibat dengan perlawanan ni di presint 5, Putrajaya


Wakil  kategori wanita..


Aku ingatkan ramai..


Rupa-rupanya takde wakil pemain wanita selain dari kami..


Ke dorang fokus perlawanan untuk pemain lelaki je..






Tahniah.. walaupun hanya dapat tempat ke empat..


Mak budak.. wakil penerima hadiah untuk pemenang kategori wanita..
Dah tau dah.. hadiah dah memang dalam tangan.. kihkihkih..



Lepas habis perlawanan.. sementara menunggu pemandu datang amik..





psstt: Apa-apapun.. Tahniah buat kita semua..






Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...