Followers Remaja Purba

Saturday, August 31, 2013

Tarikh 31 Ogos 2013



Malaysiaku Berdaulat, Tanah Tumpahnya Darahku..

Model kena paksa bergambar..





psstt: Tak dapat nak update dengan sempurna gara-gara dak Nuha pun sama nak picit tekan lappy + siap nangis bagai..




Friday, August 30, 2013

Jumaat keempat di bulan Syawal..


  • Hari ni pandangan jadi terhad.. ---> angkara jerebu..?
  • Dah mula rasa sakit tekak.. batuk.. ---> angkara air batu..?
  • Tengahari nanti ada jamuan Aidilfitri office aku.. ---> sesi menternak lemak lagilah aku..?
  • Apa-apapun..
  • Moga kita semua sihat dan kuat hendakNYA.. ---> dengan harapan tiada penyakit menyerang..


psstt: Malam ni hantar dak Kakak dengan dak Adik ke rumah MIL..

psstt lagi: Esok sibuk dengan tempahan makanan..

last psstt: Esok dan lusa lemak pasti bergumbira.. ---> menghadiri jemputan beraya..



psstt.. psstt: Terima kasih pada kak Aziela.. bukan Jumaat terakhir di bulan Syawal..





Thursday, August 29, 2013

Hamper raya



  • Bila tiba musim raya mesti akan dapat hamper raya.. 
  • Tapi bukan untuk aku.. semua tu ada bos punya.. ada bahagian punya..
  • Akan di kendurikan tengahari esok sempena sambutan raya office aku..
  • Dipendekkan cerita.. ada antara bakul-bakul tu bakal menjadi kepunyaan aku..




psstt: Hubby mesti bebel manja kat aku sebab bawak balik lagi bakul..

last psstt: Tetiba mood bertukar beku..




Wednesday, August 28, 2013

Selamat Hari Lahir buat dak Adik..



Keranamu Adik.. wujudnya blog ni..
Keranamu Adik.. ibu tumpang glamour kat sini..
Keranamu Adik.. dak Kakak dan dak Nuha pun sama turut kena tempiasnya..
Keranamu Adik.. ibu sayang Adik..



  • Selamat Hari Lahir buat Adik..
  • Moga Adik membesar dengan kuat dan sihat..
  • Moga Adik menjadi anak yang soleh..
  • Moga Adik menjadi anak yang mendengar kata..
  • Moga Adik sentiasa dilindungiNYA..



psstt: Terima kasih Adik.. kerana adik lahirnya blog mak budak a.k.a remaja purba ni.. keranamu Adik..




Tuesday, August 27, 2013

Dilap-lap.. disapu-sapu ke muka




Diketuk-ketuk lantai tu dengan pistol..
Landai dah basah.. ditepuk-tepuk dengan tangan..


Dilap-lap.. disapu-sapu ke muka..


Selagi tak tegur.. selagi tu dia buat..
Bila ditegur, dia punya nangis macam kena pukul..
Ada je akal dia..




psstt: Rasa bahagia bila anak-anak membesar depan mata..




Monday, August 26, 2013

Bertandang ke rumah blogger Rai



  • Kalau hari Sabtu begitu padat aktiviti sepanjang hari.. sampai malam baru nampak bumbung rumah sendiri.. semalam pulak sesi menternak lemak diteruskan lagi..
  • Kali ni jemputan diterima dari blogger Rai..
  • Memandangkan dak Kakak dengan dak Nuha kat rumah MIL, maka hanya dak Nuha peneman aku dan hubby..

 Lena sepanjang perjalanan..

  • Tuan rumah memang ohsem cuma nape ntah mulut aku tetiba terkatup rapat ek..
  • Mintak maaflah Rai.. kalau keadaan kami tak riuh macam yang Rai tengok..

 Masa ni dak Nuha dak start meragam..
Mood seorang budak kembang yang comel telah hilang dan diganti dengan rengekan dan jeritan..

Baiknya sekejap.. lepas tu meragam balik..


  • Nak berlama-lama pun tak boleh.. lagipun tetiba aku rasa segan + blur..
  • Namun demikian terima kasih pada Rai dan suami kerana sudi menjemput kami.. jangan serik nak ajak kami lagi ye..

  • Misi menternak lemak diteruskan menghala ke rumah member hubby.. makan lagi..
  • Begitu jugak bila sampai ke rumah MIL.. pun makan lagi..
  • Ambil dak Kakak dengan dak Adik, destinasi pilihan ---> balik rumah..
  • Masing-masing tidur lena kepenatan..
  • Malam.. sambung lagi aktiviti makan..


psstt: Hari ni aku ada urusan di JPN ---> masalah melibatkan cip IC aku rosak.. makanya penukaran kad baru terpaksa dibuat..




Sunday, August 25, 2013

Family Day di Sunway Lagoon.. 20082013


Amaran: Entry agak panjang.. sedia.. 1.. 2.. 3..

  • Anjuran kali kedua oleh tempat kerja aku..
  • Menarik bagi anak-anak tapi tidak aku.. beraya di Sunway Lagoon.. terpaksa skip siri berjalan raya family kecik aku..
  • Lagi tak best.. pagi tu kelam-kabut gara-gara aku terlewat bangun..
  • Dipendekkan cerita.. meh layan kerenah dak Kakak, dak Adik dan dak Nuha bergumbira..

 
sesi 'warm up'..

 Itik ni begitu setia di situ.. tak pernah berubah tempat aku rasa..

Dak Kakak dengan dak Adik tak sabar nak berenang-renang ditepian..

 Acara dimulakan dengan senamrobik..
Clown ni turut sama memeriahkan suasana..

 Aci tak aku letak gambar bersama CEO office aku..

 
Bersama MC sukaneka..

  • Acara sukaneka langsung tak berjaya menarik minat dak Kakak dengan dak Adik untuk turut-serta..
  • Dorang lebih tertarik dengan air..
  • Aku puas pujuk.. pun tak dilayan.. sudahnya kulepaskan dorang main air..

 Selesai acara sukaneka.. kita makan dulu dengan makanan yang disediakan..

 eemm.. memula kita cuba try test dulu..

 Bila tengok dak Kakak, dia makin seronok nak main..

 Datang dak Adik.. suka membuli..

 Main.. main.. dan terus main..

 Seronoknya dia..
 
 Timang tinggi-tinggi..

Sila percaya.. mak budak tak join langsung sesi membasahkan baju..

 Tukar tempat permainan pulak..
Kat area sini baru happening untuk anak-anak..
cuma susah sikit nak mencari anak-anak.. penuh dengan lautan manusia..

 Dak Adik tak reti penat bila dapat main..
Dak Nuha dan mula menggigil sejuk..


 Dak Kakak tarik muka sebab aku ajak dia balik..

 Kalau boleh nak main sampai ke titisan terakhir..



 Memang kena awasi anak-anak..
sebab selain office aku ada dua company turut serta menganjurkan 'Family Day'..
Mana tak sesak dengan lautan manusia..




  • Paling sadis.. aku langsung tak berpeluang nak rasa permainan yang ekstrem..
  • Tak rela aku kalau anak hilang masa aku tengah syok nak main.. daripada jadi cenggitu, baik aku jadi pengawal dorang.. itu jauh lebih selamat..
  • Kesimpulannya..
  • --->
  • --->
  • --->
  • Penat berganda-ganda..
  • Dari Sunway Lagoon ke rumah MIL.. langkah kanan kami.. ada pulak jamuan raya..
  • Lewat petang pulak ke rumah member hubby..
  • Sudahnya malam baru nampak bumbung rumah sendiri..


psstt: Aku dah kata.. entry ni memang panjang.. dan tak best sebab terkejar-kejar kepenatan dibuatnya..



Friday, August 23, 2013

Nuha tak rindu ibu ke..?


  • Dah 5 hari dak Nuha takde kat rumah..
  • Sunyi je rumah..
  • Dak Adik pun dah bosan tak dapat nak sakat dak Nuha..
  • Dak Kakak dan menanya bila Nuha nak balik..
  • Sabar ye Kakak.. Adik..
  • Hari ni ibu amik Nuha ye..
  • Ibu pun dah rindu sangat-sangat dah ni..
  • Tak sabar nak cium peluk gomol dia..



psstt: Jangan kata aku.. nenek sedara kat umah aku pun sama..

last psstt: Pada yang tak tahu.. sepanjang minggu ni dak Nuha kat rumah nenek a.k.a pengasuh lama dia..



Thursday, August 22, 2013

Pulut Periuk Kera..


  • Buat yang tertanya-tanya macam mana rupa pulut periuk kera..??
  • Bagi yang kali pertama datang ke rumah aku time raya, pasti akan bertanyakan 'apakah itu'.. 'macam mana nak makan'.. 'dapat kat mana'.. 'macam mana nak buat'..
  • Dan yang pasti pulut ni antara menu wajib tiap kali aku buat rumah terbuka..
  • Minggu depan rezeki member office pulak..

Warna asal kat SINI..
Ni sebab dah kering.. 
Sebelum nak guna, kita rendam dulu supaya ianya tak mudah koyak semasa digunakan..


Masukkan beras pulut yang telah direndam dan dibersihkan ke dalam periuk kera tu..


Masukkan separuh je.. macam kita nak buat ketupat..


Akhir sekali, masukkan santan dan kukus sehingga masak..
Bila dah siap masak, bolehlah makan dengan rendang atau sambal.. 
Tapi baru-baru ni aku hanya sediakan sambal ikan bilis..
 




psstt: Petang esok baru dapat jumpa dak Nuha.. huhuhu.. tak sabar nak peluk cium gomol dia.. rindunya kat dia..





Wednesday, August 21, 2013

Kisah disebalik Rumah Terbuka Mak Budak.. 18082013


  • Menu yang dihidangkan: Sup (bihun, mee, key teow), CKT, Puding Milo Lapis Oreo, buah-buahan dan sedikit kuih raya..
Ayam purba dijadikan bahan utama untuk sup..

Buah-buahan yang digubah oleh chef Mie (beliau memang chef sebenar..)
DAN..
Paling menarik.. takde gambar menu yang cameragirl amik..
Nak harapkan aku.. memang takdan nak snap sana.. snap sini..



Blogger pertama yang sampai.. blogger Kinna..
Bukan senang nak tengok tuan rumah belum berpakaian cantik.. hahaha



my gula-gula.. dak Nuha..
Ramai pulak berebutkan dia..


Anak lelaki blogger Rai..

Dak Amir.. anak blogger Queen..

Bersama blogger Rai dan Queen.. duduk bersembang hal anak-anak..

blogger Munn.. blogger Che Mid dan my gula-gula Makchaq..
Blogger Munn tak puas lepak borak..
Takpe dik.. next time kita try buat outdoor pulak..



Anak dara Makchaq dan Che Mid..

Dak Nuha dah kepenatan.. silih berganti usik pegang gomol dia..

Tu dah lepas mandi petang, lepas semua geng blogger dan member office balik.. 
Akhirnya dak Nuha ikut nenek a.k.a pengasuh balik..



psstt: Terima kasih pada semua yang sudi memeriahkan suasana dan kami minta maaf andai terkurang di sana-sini..

psstt lagi: Pada yang tak dapat hadir takpe.. kita cuba cara lain pulak.. ---> outdoor mungkin..

last psstt: Terasa-rasa penatnya ketika menyiapkan entry ni..




Tuesday, August 20, 2013

Kembali bertugas..


  • Selamat kembali bertugas kepada semua.. aku baru mula kerja hari  ni..
  • Gambar dah edit.. lappy pulak tak ready..
  • Bila nak masukkan gambar.. tetiba internet close..
  • Aku pun tak tahu apa puncanya..
  • Bila dah mula rasa fed up.. sudahnya shut down lappy.. kita buat kerja lain pulak..
  • Dipendekkan cerita sependek entry ni.. akan kucuba lagi malam nanti demi kengkawan semua..



psstt: Bila tengok balik gambar masa open house tu.. takde sekeping pun gambar aku dari camera aku sendiri.. huhuhu..



Monday, August 19, 2013

Lemang Belando..



  • Alhamdulillah selesai sudah open house kami semalam..
  • Terima kasih pada rakan sekolah.. rakan pejabat.. geng blogger yang gojes.. family yang sudi datang memeriahkan suasana..
  • Terima kasih jugak pada nenek a.k.a pengasuh sanggup amik dak Nuha bawak balik rumah..
  • Juga tak lupa tulang belakang yg ohsem.. hubby.. chef in d house..
  • Hari ni sesi mengemas menyusun akan dimulakan..


Lemang yang dibuat sendiri oleh hubby dan dihidangkan semalam..
Nak order..? sila pm..
 
 
 
 
psstt: sssyyy... memandangkan dak Kakak dengan dak Adik dah pergi sekolah, mak budak nak sambung tidur sekejap.. keletihan teramat..
 
last psstt: Rindu kat dak Nuha.. atok suruh amik hari Rabu... alahai..




Sunday, August 18, 2013

Open House Teratak Mak Budak..



Kalau tahun lepas kali pertama.. ni kali kedua jemputan dibuat..:

(Ini adalah entry Sticky Post.. untuk entry terkini sila scroll di bawah)


Assalamualaikum,

Saya dan en. Suami amat berbesar hati menjemput Tuan/Puan ke rumah terbuka teratak kami pada:

Tarikh: 18 OGOS 2013 (Ahad)
Masa: 1300 hingga 2000


Tuan/puan bolehlah meninggalkan alamat emel tuan/puan diruangan komen atau menghubungi terus: aizamia28@gmail.com atau aizamia3@yahoo.com  ---> bagi memudahkan saya memberi petunjuk lokasi tepat teratak kami.



pssttt: Berdebar-debar pulak rasa macam dah lama tak buat makan-makan kat rumah..

last psstt: Pada mereka yang tak dapat hadir pada tarikh tersebut tapi nak datang tarikh lain.. harap dapat maklumkan ye.. takut tuan tanah tiada di rumah..







Saturday, August 17, 2013

Layan The Smurf 2..



  • Tayangan perdana jatuh pada Hari Raya Pertama tak silap aku..
  • Dak Kakak dengan dak Adik merengek nak tengok..
  • Balik kampong beraya pun, itu jugak disebut-sebut..
  • Sudahnya..
  • Semalam aku cuti.. tunaikan hajat dorang nak tengok filem The Smurfs 2 kat pawagam..
  • Dak Nuha aku tinggalkan dengan babah dia..
  • Terima kasih ye abang sudi jagakan dak Nuha kat rumah..
  • Lain kali ye Nuha kita pergi.. tapi babah kena ada sekalilah..

Aku bawak sekali anak atok sedara..

GSC Setia City Mall..

 amik kat en. Google..
psstt: Ini pertama kali aku layan filem kartun kat pawagam.. anak-anak dah pasti gembira..

Friday, August 16, 2013

4 syawal.. bersama blogger.. blogger..


  • Semangat beraya aku sungguh kali ni..
  • Dah macam tak reti penat pulak kali ni.. cuma aku bersyukur rumah dah siap kemas sebelum raya..
  • Makanya dengan senang hati hubby sudi menemankan aku beraya di rumah kengkawan..
  • Cadangan awal nak ke Klang baru ke Rawang..
  • Tapi hubby cadangkan kita ke Rawang dulu.. ke rumah blogger hati tisu.. hehehe.. my lalink sayam PinkyMomma..
  • Punyalah lama.. dari dia dok kat Terengganu.. balik ke KL sampai ke Rawang.. baru dapat jumpa..
  • Paling tak menahan.. masa dia guide aku nak ke rumah dia.. suara pun mengah kedengaran.. alololo cian kat dia..
  • Pastu.. boleh pulak salah jalan, terlajak simpang.. tapi memang kelakarlah.. gelak-gelak mencari rumah lalink sayam tu..

RAWANG..
Dak Kakak 'Cameragirl' yang sibuk snap sana.. snap sini..
Atas bawah depan belakang dia amik gambar umah acik Diya tu..


Turn mak dengan bapak budak pulak bergambar sakan..


Dapat amik gambar abang Long je.. abang Ngah tengah buat apa ye masa ni.. 
Tak ingat sebab leka borak + makan + borak + layan dak Nuha..





KLANG..
 
  • Dari cantik berbaju kurung lengkap.. sampai kat rumah blogger Queen hilang sudah kainnya..
  • Nak balik lagi haru.. tinggal pampers je.. hahaha..

Abang Ammar, anak sulung Queen..


Sampai rumah Queen.. haruslah dakap dukung peluk gomol dak Amir ni..


Tak ketinggalan hubby pun sama..

Sesi bergambar haruslah ada..




psstt: Terima kasih buat lalink sayam PinkyMomma dan Queen kerana sudi melayan kerenah kami.

last psstt: Cukup sudah minggu pertama sesi beraya keluarga kecik kami..

past psstt: Lepas ni, nak beraya kena tunggu hujung minggu jelah.. jemputan raya pun tak buat lagi..



Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...