Followers Remaja Purba

Wednesday, July 31, 2013

Cencaluk dan Gula Melaka ke rumah Makchaq



  • Cuti Nuzul Al-Quran Jumaat lepas baru aku berkesempatan untuk hantar barang tersebut ke rumah Makchaq..
  • Memandangkan hubby agak sibuk, itu yang tersimpan lama kat rumah..
  • Kat rumah Makchaq.. macam biasalah.. yang bongsu jadi perhatian utama.. Nafisah dan dak Nuha..

Bukan senang nak tengok dak Nuha senyum..
 

Bersama abang @ uncle? Amir..

Bersama Pakchaq..
Eh! Baru perasan.. habis belek gambar yang ada.. macam mana gambar Makchaq boleh takde..



Dak Nuha bersama kak Nafisah..



 
 
DAN..

Ole-ole dari Makchaq..
Makchaq cakap sama macam Makchaq bagi kat Kakcik..
Terima kasih Makchaq.. moga murah rezeki Machaq..





psstt: Dalam diam kucing Machaq kena spray dengan dak Adik.. sadis sungguh..

last psstt: Baru berkesempatan nak update gara-gara teruja dengan PUDING dan POPIA..






Tuesday, July 30, 2013

Resepi Popia Ketam Cheese



  • Gara-gara aku tengok kat blog dak Yana ni, terus jadi teruja nak buat..
  • Jumaat lepas gedik manja kat hubby mintak teman carikkan bahan nak buat..
  • Hubby suruh buat lebih, simpan dalam peti sejuk. bila rasa nak goreng, tak payah susah-susah dah..
  • Resepinya boleh amik kat SINI..

Bahan yang perlu ada.. Kulit popia jangan lupa..
Tu daun bawang.. lupa nak amik gambar sebelum dihiris..


Disebabkan ketam tu banyak, makanya cheese dia nampak sikit..
Lepas ni aku guna sekeping-sekeping terus.. try test error tengok camane rasanya..
Lagi banyak cheese lagi aku suka..



Bahan-bahan untuk sosnya:
  • Seulas bawang besar (dalam gambar tu terlebih bawang merah pulak) dikisar
  • Satu labu bawang putih dikisar
  • Cili merah (ikut suka) dikisar
  • 1 keping asam keping (dalam pinggan mana pulak asam keping aku letak, aku pun lupa)
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Air


Cara membuatnya:
  • Tumis tanpa minyak semua bahan yang dikisar tadi..
  • Masukkan garam dan gula secukupnya..
  • Tambah air bagi cair sikit..
  • Bila dah masak.. angkat.. siap untuk dihidang bersama popia ketam cheese yang mak budak buat tu..

Sosnya chef hubby yang buat, aku tukang masukkan dalam entry..





psstt: Disebabkan aku ketagih nak main masak-masak kat dapur rumah.. terhenti sekejap kisah dak Kakak.. dak Adik.. dan Nuha.. ---> alah.. bagi chance kat ibu interprem kat sini kejap ye..




Monday, July 29, 2013

Puding Milo Lapis Oreo Double Layer


  • Hari Sabtu lepas aku buat satu lapis je..
  • Semalam aku repeat buat jadi dua lapis..
  • Memang sedap dan dipuji ramai.. sampai rasa nak senyum je time tidur..
  • Memandangkan aku buat menjadi.. meh aku share kat sini..


Bahan-bahan yang diperlukan (double layer):

  • Serbuk agar-agar 20g (ikutlah nak guna warna apa.. aku guna warna kuning sebab warna putih habis)
  • 2 tin susu cair (400ml x 2)
  • 3 bungkus oreo (aku guna 3 bungkus setengah)
  • 1500ml air
  • 18 sudu teh gula
  • 3/4 cawan besar milo (aku suka milo lebih..)

Gigih aku buat berpandukan resepi dari blog dak Yana ni..
http://ctliyana86.blogspot.com/2013/07/resipi-puding-milo-lapis-oreo.html
Apesal ntah aku tak boleh masukkan link dia.. kena buat manual pulak..

Sambil buat sambil tengok balik cara buat.. takut salah..
Maklumlah first time buat puding..



Cara membuatnya:
  • Masukkan air dan masak agar-agar hingga larut..
  • Masukkan gula dan kacau hingga larut..
  • Masukkan susu cair, kacau hingga mendidih.. kemudian pisahkan jadi dua bahagian..
  • Satu bahagian tu campurkan dengan milo, kacau sebati..
  • Campuran milo tu pisahkan jadi tiga bahagian..
  • Satu bahagian Milo tu tuang dalan acuan, pastikan tapis kalau milo tu berketul-ketul..
  • Tunggu keras sikit, baru tuangkan bahagian putih yang diasingkan tadi..
  • Masukkan oreo yang dah dipatah-patahkan dua tadi ke dalam acuan putih tadi.. bagi keras sikit..
  • Ulang balik proses tadi sebab nak buat double layer kan..
  • Bila dah siap semua bahagian.. tunggu dah keras sikit, baru tuangkan baki milo tadi ke dalam acuan tu.. Jangan lupa tapis dulu..
  • Sejukkan sekejap, kemudian simpan dalam peti sejuk..


Puding Milo Lapis Oreo Double Layer




psstt: Resepi asal satu layer je.. tapi aku ubah jadi double layer.. chef hubby cakap 'Buatlah 2 layer.. baru rasa macam makan BigMac..' hahaha..

last psstt: Puas hati dan terima kasih pada chef hubby sanggup layan aku buat puding tu..





Saturday, July 27, 2013

Ada sesuatu cuba dilakukan..



  • Bersungguh-sungguh aku gedik manja kat chef hubby mintak belikan bahan-bahan nak buat manisan mulut untuk berbuka hari ni..
  • Sementara nak tunggu ianya mengeras sikit demi sikit.. sempat lagi update kat sini sepatah dua..
  • Dipendekkan cerita.. aku tengah sibuk...
  • Bagi orang lain ianya senang tapi tidak pada aku..
  • Moga berjaya hendakNYA ye mak budak..



psstt: Berdebar-debar ni..


Friday, July 26, 2013

Perut dak Adik kering


Kisah semalam..
  • I'bu.. perut adik keringlah ibu..'
  • Tu merengek nak bukalah tu.. orang puasa penuh dia puasa yang yok.. balik sekolah buka esbok.. hikhikhik..
  • Bila tak kejut sahur.. dak Adik bising.. nape tak kejut dia..
  • Walhal kita kejut dia yang takmo bangun..
  • Tak macam dak Kakak.. senang bangun waktu sahur..
  • Tapi takpelah dik.. perlahan-lahan ek.. nanti biasalah tu..
  • Pastu takdelah perut adik kering lagi..



psstt: Berkobar-kobar semangatku ini nak membeli bahan-bahan untuk buat puding.. hikhikhik..

last psstt: Hari ni negeri Selangor cuti sempena Nuzul Al-Quran..




Thursday, July 25, 2013

Kurma berbisik..


  • Rezeki di bulan Ramadhan, awal Ramadhan hari tu.. Jawatankuasa Masjid At-Taqwa di rumah aku telah mengagihkan kurma berbisik ---> Yusof Taiyoob..
  • Penat pujuk dak Kakak dengan dak Adik, tak banyak pun dorang makan..
  • Dak Nuha.. bagi apa saja dia makan.. tu pasal badan dia 'kembang'..



  • Kurma yang kat atas ni pulak bukanlah kurma berbisik.. dan kurma ni aku dapat kat office aku..
  • Besar-besar.. yang ni aku suka..
  • Tapi kalau dapat yang fresh tu lagi sedap..
  • Nak kena carik ni..



psstt: Petang semalam geng Hot FM datang kat area rumah aku.. ikutkan hati nak jugak pergi sama-sama menyesakkan diri tapi takpelah.. Rehat kat rumah sebelum berbuka lagi baik.. ---> pujuk hati sebab tak dapat pergi..

last psstt: Alhamdulillah rezeki bagi kakitangan kerajaan yang dapat bantuan khas raya yang diumumkan oleh Perdana Menteri kita..





Wednesday, July 24, 2013

Nak makan sendiri.. suap nasi takmo..


  • Gigih aku amik gambar dak Nuha waktu berbuka puasa semalam..
  • Suap nasi takmo.. sebab siangnya dah kekenyangan makan nasi kat rumah nenek.
  • Tapi bubur lambuk laju je dia.. bubur lambuk sama aku dapat..
  • Cuma kali ni.. dah tak sesedap dan bahan dalamnya tak semewah macam dulu..
  • Namun.. aku bersyukur dengan rezeki yang diberikanNYA.. Alhamdulillah..

Tengok tu..

Makan ayam goreng..


Ok.. kita minum dulu..


Malam tadi.. macam biasalah dia.. Dak Kakak sibuk.. dia pun ikut sama..





psstt: Dak Adik pulak takde dalam ni..




Tuesday, July 23, 2013

Tengok tu.. tengok tu..



Malam tadi..
  • Ketika dak Kakak dengan dak Adik buat kerja sekolah, dak Nuha pun turut sama join..
  • Sudahnya aku bagi satu meja dan kerusi untuk dia..
  • Tak cukup dengan apa yang ada.. dah kalau 'Belanda dapat tanah'.. macam tu lah dengan dak Nuha..
  • Selagi tak dapat apa yang dia nak, selagi tu lah dia merengek..
  • Biasanya aku biarkan je.. tapi kesian pulak kat dak Kakak dengan dak Adik nak buat kerja sekolah..


dak Kakak nak guna gam, dak Nuha sibuk nak tutup..


Sudahnya.. tengok tu.. tengok tu..




psstt: Jerebu kembali melanda negara.. Moga kita semua sihat hendakNYA..



Happy Birthday gs40Belalang


  • 23 Julai 2013 bersamaan 14 Ramadhan 1434..
  • Selamat Hari Lahir my Chef Hubby a.k.a gs40Belalang..
  • Beliau bukanlah seorang chef tapi dianugerahkan kepandaian memasak melebihi aku yang remaja purba ni..
  • Moga my Chef Hubby dikurniakan kesihatan yang baik dalam menjalani kehidupan seharian dan dimurahkan rezeki serta pentingkan dulu family kecik ni sebelum orang lain..
  • Bukan senang nak senang.. dan bukan susah nak susah..



psstt: Tarikh yang sama turut dikongsi oleh atok sedara.. satu kebetulan yang amat bermakna..


Monday, July 22, 2013

Kali ni je.. lepas ni takde dah..



  • Walaupun Ramadhan kali ni hubby dah tak outstation.. tapi bila waktu berbuka masih tak dapat nak berbuka bersama aku dan anak-anak..
  • Lepas penat merengek gedik manja kat hubby, akhirnya semalam hubby meluangkan masa bersama..
  • Jangan kata Dak Kakak, dak Adik dan Dak Nuha.. aku pun turut gembira dan teruja..
  • Mana taknya..
  • Menu berbuka semalam ditaja sepenuhnya oleh hubby..
  • Kari Kepala Ikan Jenahak, ikan jenahak masak taucu, brokoli goreng tepung, karipap nenek PJ, buah dan air delima..
  • Dah kenyang makan baru teringat lupa nak amik gambar dak Nuha makan.. alahai..



menu semalam..





psstt: Menu berbuka untuk hari ni..? macam biasa.. amik kat chef hubby petang nanti..






Sunday, July 21, 2013

Weekend bersama keluarga kecik aku..



 
Saje nak bagi uncle dan auntie geram tengok saya..


Muka dah mengantuk nak tidur..
Memula aku biarkan je.. bila dia tengok aku tak layan dia.. terus menangis sekuat hatinya..


Sudahnya.. Aku pulak rasa sunyi la ni..
Dak Kakak dengan dak Adik dah jumpa geng kat luar rumah.. lagilah sunyi rumah...
Kalau tak bising sesaje.. dak Adik suka menyakat dak Nuha..
Kecoh.. riuh rendah rumah jadinya..
 
 
 
 
psstt: Menu berbuka hari ni.. Kari Kepala Ikan Jenahak.. sape lagi kalau bukan chef hubby yang masak... untunglah mak budak..
 




Saturday, July 20, 2013

Bubur Lambuk Kampung Baru



  • Semalam diadakan majlis bacaan Yassin di office aku..
  • Alhamdulillah.. atas inisiatif bersama rakan sekerja, majlis tersebut selamat dijalankan..
  • Selepas solat Jumaat, agihan bubur lambuk kampung baru kami agihkan sempena majlis pagi tersebut.
  • DAN.. waktu berbuka semalam aku ingatkan anak-anak tak suka.. rupa-rupanya aku silap jangkaan..
  • Tapi syukur baik dak Kakak, dak Adik dan dak Nuha.. semua dapat rasa sorang sikit..
  • Bukan senang nak dapat.. dan aku kenalah mengalah demi anak-anak..
  • Teringat dulu ayah aku rajin amik bubur lambuk tu.. akulah paling suka.. muaahhh.. sayang ayah..
  • Jangan dorang mintak lagi sudah..
  • Kalau bubur lain senang je nak dapat..




psstt: Menu berbuka keluarga kecik aku ditaja sepenuhnya oleh hubby.. kihkihkih.. bertuah sungguh aku rasa Ramadhan kali..

last psstt: Tiap kali nak berbuka mesti aku lupa nak amik gambar juadah berbuka.. dan aku rasa tak perlulah kot.. cukuplah kisah pasal dak Kakak, dak Adik dan dak Nuha je..



Friday, July 19, 2013

Alamak.. terlajak sahur lagi..?


  • Disebabkan awal pagi tadi aku tersedar dan boleh pulak berborak dengan hubby yang memang lewat tidur.. sudahnya pagi tadi aku terlajak sahur.. fuh.. camane boleh tak sedar ni..
  • Aku syak jam loceng aku kekenyangan susu.. tu yang tak sedar..
  • Kalau tak mesti dia merengek dah..
  • Sudahnya memasing takdan nak bersahur..
  • Cuma.. aku berhadap dak Kakak kuatlah sepanjang hari ni..
  • Dak Adik.. eeemm.. usah cakaplah.. setengah hari je larat.. pastu merengek nak makan..


petang semalam.. belum waktu nak berbuka dak Nuha dah merengek nak makan..



psstt: Dah 10 hari Ramadhan.. rasa sekejap je masa berlalu..




Thursday, July 18, 2013

Cara nak hilangkan kepenatan..?



  • 06:35 - 08:05 am ---> Perjalanan dari rumah ke pejabat..
  • Penat menghadap jalan sesak.. 
  • Cara nak hilangkan kepenatan tu..?
  • Meh kita tengok apa yang dibuat oleh dak Nuha sahur pagi tadi..





Patutler dia senyap.. kepala botol air tu dia tanggalkan..



Dak Nuha buat bising pun dak Adik masih lena tidur..

Dak Adik bila kejut.. takmo bangun sahur..
Dak Kakak pulak senang bangun sahur tapi susah bila kejut nak ke sekolah..




psstt: Nampaknya balik nanti lewat dari biasalah aku balik.. Moga jalan tak sesak seperti kelmarin..




Wednesday, July 17, 2013

Tuesday, July 16, 2013

Intai-intai Menu Ramadhan kali ni..



  • Buat yang bertanya.. hubby meniaga apa di PARAM..?
  • Hubby meniaga lauk pauk dan juga air..
  • Member hubby jual buah dan juga kuih-muih..
  • Walau tak sehebat mana tapi syukur dengan sokongan ramai Alhamdulillah masih mampu menarik pelanggan untuk membeli.. 
 


dak Kakak yang keletihan..
psstt: Ni kalau babah dia tak meniaga, banyak duit perlu dikeluarkan.. rambang mata dia.. kihkihkih..



Inilah dia my chef hubby..
psstt: hubby bukan seorang chef tapi lebih pandai masak dari mak budak ---> akuler tu.. hikhikhik..
psstt lagi: Pada yang pernah datang ke rumah pasti dah tau rasa air tangan chef hubby..






last psstt: Balik kerja nanti nak intai menu apa yang masih ada..



Monday, July 15, 2013

Dugaan 4 Ramadhan


  • Streamyx kat area rumah aku lewat petang semalam baru ok, ntah apa yang dorang betulkan aku tak tahu.. Nak gedik santai pun tak puas..
  • Bulan puasa ni jugak murid sekolah kena gantikan waktu persekolahan gara-gara jerebu melanda baru-baru ni. Makanya 6 hari seminggu dorang akan bersekolah sepanjang bulan Ramadhan kali ni..
  • Hari Sabtu lepas.. hujan lebat disertai angin kencang melanda kawasan sekitar rumah aku..
  • Kesian para peniaga PARAM.. berhempas-pulas menyelamatkan juadah yang ada..
  • Sedih hati bila tengok hubby dan kawan-kawan yang meniaga pada 4 Ramadhan tu..


Menunggu dak Kakak balik sekolah..
Aku sampai awal nak elak takde parking.. walhal banyak je parking kat depan sekolah tu..




Malam..selepas berbuka..

  • Bertungkus-lumus membaiki khemah yang rosak.. sampai lewat malam baru siap..
  • Mintak maaf jugak pada jiran sekeliling sebab bunyi bising malam tu..
  • Pukul 1 pagi baru selesai semuanya.. dan sudahnya.. aku terlajak sahur.. gara-gara kepenatan teramat..



psstt: Petang Jumaat lepas.. 4.35 - 6.45 petang.. Dari office ke rumah.. sesak teruk.. menggigil kepenatan..




Saturday, July 13, 2013

Aku dah jumpa 'mask boy'



  • Jerebu dah lama berakhir.. syukur Alhamdulillah..
  • Dan bukan sedikit kesusahan yang dialami pelbagai pihak..
  • Disebalik kisah jerebu tu, aku suka dengan gambar ni..



  • Sedang aku leka mengambil gambar anak-anak.. muncul anak jiran yang comel ini..
  • Sempat aku snap beberapa keping gambar sampai malu jadinya dia..



inilah dia 'mask boy' tu..



psstt: Tak cukup rehat rasanya.. esok dah mula kerja..



Aku bangga dengan adanya kamu..

 



amik kat en. google..



psstt: Moga kita semua kuat dan tabah dalam mengharungi kehidupan seharian..



Friday, July 12, 2013

Jumaat pertama di bulan ramadhan..


  • Hari-hari perlu kulalui walau dalam hati tak setenang mana..
  • Sesaknya lebuhraya tak kira masa..
  • Peningkatan jumlah kenderaan penyumbang utama..
  • Syukur perjalanan lancar dan hari ni aku boleh balik awal dari biasa..






psstt: Nak post gambar makanan macam tak kena pulak sebab bukan aku yang masak..

last psstt: Bibir dak Adik bengkak, tak tahu kena gigit dengan apa.. dah macam Angelina Jolie aku tengok bibir bawah dia.. Kesian kat dia.. moga cepat sembuh hendakNYA..




Thursday, July 11, 2013

Pening fikir nak masak apa..?


  • Dalam kepala sibuk nak post gambar makanan.. macam best je.. walhal bukan aku yang masak..
  • Aci tak aku buat macam tu.. kihkihkih..
  • Rasa nak sambung cuti je lagi.. walhal aku memang cuti sampai esok.. bos dah luluskan.. tapi aku gedik gatal pergi kerja.. 
  • Ni kes sayang cuti.. simpan untuk raya.. raya nanti nak cuti sakan..
  • Apa-apapun moga kita semua tenang, kuat dan sihat dalam menjalani ibadah puasa kali ni..







psstt: Balik nanti tak payah fikir nak masak apa.. menu tunjuk aje.. tumpang ambil lauk kat chef hubby.. ---> untungler mak budak, balik rumah masak nasi je.. kihkihkih..



Wednesday, July 10, 2013

Tiba-tiba dia muncul..



  • Dah alang-alang bos aku luluskan cuti aku.. aku amik kesempatan untuk bercuti rehat hari ni..
  • Permulaan Ramadhan bersama keluarga kecik aku..
  • Menariknya kali ni dak Nuha turut serta bersahur bersama kami..
  • Dalam diam terkedek-kedek dia menghampiri kami di dapur..
  • Dak Kakak dan dak Adik pun bagi kerjasama yang baik pagi tadi.. esok lusa tak tahulah camane..
  • Chef hubby pun dah mula sibuk dengan menu untuk petang nanti..
  • Moga apa yang dirancang berjalan dengan lancar..
  • Aku..? buat 'homework' lah.. kemas rumah..



'Selamat berpuasa uncle.. auntie..'
 
 
 
psstt: Hehehe.. macam nak post gambar makanan je kali ni.. aci tak..?




Tuesday, July 9, 2013

Menjelang Ramadhan 1434



  • Kali pertama.. dak Nuha akan turut sama sibuk..
  • Teringat tahun lepas.. ketika itu dak Nuha baru berusia 3 bulan.. tak banyak kerenah sementara aku dengan dak Kakak dan dak Adik berbuka puasa..
  • Kali pertama.. chef hubby akan bersama kami.. ---> tahun lepas jarang kami dapat menikmati bulan Ramadhan bersama..
  • Kali pertama.. chef hubby terlibat dengan 'bazaar Ramadhan'..
  • Kali pertama.. aku tak payah masak.. order je nak makan apa.. ---> makin gediklah urat sarafku nanti..
  • Dan kali pertama.. berdebar-debar nak melayani kerenah keluarga kecik aku bulan Ramadhan kali ni..



psstt: Aku percaya pasti ada hikmah setiap apa yang telah berlaku..

last psstt: Jangan dikenang kisah semalam kalau itu menambah luka dihati..




Monday, July 8, 2013

Dugaan itu Ujian.. Ujian itu Dugaan..


  • Mungkin DIA turunkan musibah ini sebagai tanda peringatan pada diri agar lebih mengingatiNYA..
  • Mungkin sebelum ni aku alpa dengan kesenangan yang diberikanNYA..
  • Mungkin dugaan ini tak seberat orang lain tapi sedikit sebanyak mengganggu emosi.


Namun demikian..:
  • Walaupun apa yang telah kau tinggalkan bukan sedikit impaknya.. aku cuba sabarkan hati..
  • Walaupun keadaan semakin sukar, tapi aku berusaha menenangkan hati yang serapuh kulit bawang ni..
  • Walaupun kau dah melukakan hati mencalarkan perasaan malah menidakkan harapan..
  • Aku doakan moga kau sihat selalu hendakNYA..





psstt: Moga sinar Ramadhan kali ni mengundang bahagia dalam keluarga kecik aku..




Sunday, July 7, 2013

Kena serang lagi blog aku..??


  • Dulu dah kena sekali kat SINI..
  • Kali ni nampaknya berulang lagi.. tapi yang pasti dia ni buat orang geram dengan keletahnya..


 

 
Dak Adik berusaha memakaikan 'kepala BEE' tu kat dak Nuha..
Kucing tu setia menemani dak Nuha..
Buatlah apa saje.. diam merelakan..





psstt: Rambang mata nak pilih gambar mana yang nak dimasukkan kat blog..




Saturday, July 6, 2013

Indahnya kenangan itu..


Biarlah gambar berbicara..
 











psstt: Seolah-olah dorang main kat padang yang luas tu, walhal kat sekitar bawah teduhan kasih pokok tu je.. ---> ni sebahagian dari aktiviti minggu lepas..



Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...