Followers Remaja Purba

Friday, June 28, 2013

Kita bersantai jangan berat kusutkan fikiran..


  • Hari ni mak budak cuti dari mengarang entry..
  • Hari ni mak budak nak blogwalking.. jalan-jalan.. cuci mata.. jamu selera.. kat rumah kengkawan..
  • Hari ni mak budak nak ceriakan hari yang gundah-gulana ni..
  • Hari ni mak budak nak rileks santai je..



psstt: Kita bersantai jangan berat kusutkan fikiran..




Thursday, June 27, 2013

Nak mandi awal lagi..


  • Biasanya mesti dia akan sedar tiap kali aku bangun pagi nak pergi kerja..
  • Kalau aku tukarkan cawat + baju dia mesti dia ingat aku nak bawak dia sekali..
  • Pagi-pagi mesti dengar suara dia nangis nak ikut..
  • Nak pulak kalau time dak Kakak dengan dak Adik tengah siap nak pergi sekolah, dia pun sama turut sibuk..







psstt: dak Kakak masih belum sihat.. moga cepat sembuh ye Kakak..

last psstt: dak Adik tengah kemaruk makan aiskrim.. kalau peti sejuk tu boleh bercakap.. 'Tolonglah jangan bukak tutup aku, sakit badan aku asyik kena hempas je..'






Wednesday, June 26, 2013

Alhamdulillah hujan akhirnya..



  • Petang semalam hujan lebat + kabus menyelubungi.. makanya penglihatan ketika memandu amat terhad..
  • Kat area rumah pun hujan cuma tak selebat macam kat NKVE..
  • Tapi berkuranglah jugak jerebu kalau nak dibandingkan pagi semalam.. sangat teruk..
  • Kat rumah.. dak Kakak dah mula tak sihat.. terbaring je dia..'Kakak sakit kepalalah ibu..'
  • Malam tadi bagi dia ubat.. dak Nuha pun sama.. cuma dak Adik jelah melasak je kerjanya..
  • Aiskrim.. aiskrim.. aiskrim.. itu je dia dok ulang buka peti sejuk.. makan..
  • Aku pulak bangun pagi tadi badan rasa semacam.. tapi gagah jugaklah pergi kerja..
  • Moga kami semua sihat hendakNYA.. insyaAllah..




dak Nuha dah pandai 'mengemas'..




psstt: Harap-harapnya hujan lagilah hari ni hendakNYA..






Tuesday, June 25, 2013

Aktiviti luar rumah dibekukan..



 Petang semalam..
  • Tengok anak-anak tengah seronok main di taman permainan kat rumah..
  • Memula tak perasan.. nak je aku jerit manja panggil balik..
  • Bila tengok dorang pakai 'mask'.. ok.. aku lepaskan..
  • Lagipun chef hubby ada sekali kat taman tu kira oklah..
  • Tapi.. sekejap je pun dorang pakai.. lebihnya buat hiasan atas kepala.. huhuhu..
  • Cuma dak Nuha kena kuarantin sebab dah mula kena selesema..


Pagi tadi..
  • Bukak je pintu rumah.. dah macam kat genting.. berkabus..
  • Tapi sayang semua tu akibat dari jerebu..
  • Biasanya dak Nuha terkedek-kedek ikut aku bukak pintu pagar tapi pagi tadi takmo langsung.. takut dengan suasana suram tu agaknya..
  • Anak-anak warga TDBi pulak tak pergi sekolah lagi hari ni..



psstt: 'Sosak dado den ghaso eh.. bilo mengok keadaan sekeliling ni ha..'



Monday, June 24, 2013

Jerebu punya hal..

 
Ramai update status pasal jerebu..
Aku pun nak jugaklah..

  • Yang pasti sekolah diarah tutup.. demi kesihatan semua pelajar..
  • Yang pasti lagi.. jalan tetap sesak seperti biasa..
  • Dan yang paling pasti.. aku kerja hari ni..



psstt: dak Nuha dah mula kena selesema..

last psstt: Walaupun tak seteruk di Muar dan Melaka tapi tetap terasa kesannya..




Friday, June 21, 2013

Sape nak beli.. aku nak jual..




  • Entry yang INI dan yang INI saling berkaitan..
  • Semalam sejam lebih aku berdiri kat dapur buat ni.. sampai kecut mecut jemariku..
  • Tapi demi dak Kakak.. dak Adik.. dak Nuha.. kurelakan aje..
  • Rajinku melonjak-lonjak pulak buat aiskrim ni..
  • DAN pagi tadi.. aku bawak sikit ke office untuk dimakan..


Milo.. Laici.. Asam boi.. Jagung..
psstt: Akan dibuat pertambahan perisa dari masa ke semasa..



Sunquick Tropika.. Patty Delima..
psstt: yang ni bukan untuk dijual..




last psstt: Nampak sangat tiada makanan selain dari aiskrim kat dalam peti sejukku itu.. Kalaulah sentiasa kosong macam ni confirm banyak aiskrim boleh disimpan.. kihkihkih..




Thursday, June 20, 2013

Aku.. eeemm.. tengok lagi..


  • Memandangkan aku tak rasa langsung aiskrim tu, kelmarin aku buat lagi..
  • Perisa Patty Delima..
  • Petang semalam balik kerja dengan harapan dapatlah rasa..
  • eeemmm.. habis.. dak Adik makan paling banyak..
  • Malam tadi aku buat lagi.. kalau sebelum tu satu perisa.. kali ni up sikit ada 2 perisa.. ---> sunquick tropika dan jagung..
  • Pagi tadi..
  • 4 beranak hadap.. ---> Hubby, dak Kakak, dak Adik.. dak Nuha pun join..
  • Aku.. eeemm.. tengok lagi..
  • Tapi..
  • Aku dah sorok sikit  kat dalam peti sejuk tu.. (harap-harap dorang tak perasan).. jadi petang nanti mesti dapat makan.. yeye..



psstt: Rugi pulak tak amik gambar  dorang makan aiskrim pagi tadi.. 





Wednesday, June 19, 2013

Membesar dengan sihat..










Dia tiru aksi kucing sebenarnya tu..


Kucing ni cukup suka ikut dak Nuha sebab dak Nuha selalu makan kerorok lekor bila main kat taman..






psstt: Malam minggu je dapat lepak lama-lama kat taman ni sebab chef hubby ada jual CKT, sup tulang + nasi putih.. maka dapatlah makan free..




Tuesday, June 18, 2013

Sejarah akhirnya terlakar..



  • Aku memang tak pernah cuba buat sendiri.
  • Kalau anak-anak nak pun.. beli je..
  • Aku pernah jugak nak cuba buat tapi ubat untuk penawar penyakit M tak kutemui.. kihkihkih..

  • Tapi..
  • Bila hubby dah belikan bahan-bahannya.. tu simboliknya kena buatlah..
  • Kebetulan nenek sedara tengah buat, aku tanya dan tengok cara buatnya..
  • Alah.. bukan susah mana pun.. ngada-ngada je taknak buat..
 
  • Dan..
  • Sejarah akhirnya terlakar..
  • Dak Kakak siap cakap 'Ibu buat untuk meniaga ek..'
  • Taklah kakak.. ibu buat untuk Kakak, Adik dengan Nuha..
  • Tapi dalam hati.. kalau percubaan ni menjadi, bolehlah jual kan.. kan.. kan..



Tak banyak.. tapi dapatlah 23 batang..






psstt: Semalam mintak nenek rasa hasil yang aku buat.. nenek cakap OK.. senyum lega aku..

last psstt: Dak Kakak, dak Adik request nak ice cream milo dengan jagung pulak..



Monday, June 17, 2013

Seronoknya dia...



Biarlah gambar berkata-kata..



gwiyomi..


Hasil bidikan lens aku..




psstt: Sementara anak-anak leka main, aku makan malam bersama chef hubby.. aci tak aku..




Friday, June 14, 2013

Terima kasih buat semua..




Bila dihalakan D ke wajah dak Nuha.. automatik terus takmo senyum..
ke sebab takde orang nak agah bagi dia senyum..?







psstt: Terima kasih pada Kak Zakie dan Dr. Ziyyad serta rakan-rakan yang lain kerana sudi membantu memberi maklumat dan juga mendoakan kesihatan ibu dak Kakak..  dak Adik.. dak Nuha.. ---> akuler tu..





Thursday, June 13, 2013

Nak tengok apa dia buat kat dalam tu..?



psstt: Untuk makluman, sepatutnya weekend ni takde CKT, sup tulang + sate.. tapi memandangkan urusan chef hubby ditangguhkan makanya kepada yang berminat nak try mai lah singgah malam minggu ni..

psstt lagi: Bersama-sama kita memeriahkan suasana..




Buat sementara ni kita layan dulu yang ni..

Nak tengok apa dia buat kat dalam tu..?








Sikit lagi..









Tu dia..




last psstt: Dak Adik pulak mengadu sakit tekak.. petang semalam bawak jumpa doctor..




Wednesday, June 12, 2013

Hasilnya sampai terpaksa begini..



  • Pergelangan tangan kiri dan kanan aku sakit sejak beberapa bulan lepas..
  • Nak gerak ke kiri dan ke kanan pun sakit..
  • Berdenyut-denyut..
  • Sebelah kiri pulak tu paling teruk.. dahlah aku amat memerlukan anggota badan sebelah kiri lebih dari kanan..



Hasilnya sampai terpaksa begini..





psstt: Line telefon + internet kat area rumah aku dah dua hari problem.. dah buat report masih tak baik-baik.. ggggrrrrr.. Rasa nak buat satu entry marah-marah manja kat dorang.. Dahlah operator yang amik report tu macam 'datang bulan'..

last psstt: Aku nak guna nak buat kerja ni.. ggggrrrrrr..




Tuesday, June 11, 2013

Chef Hubby bersama blogger..


  • Selalu aku bercerita kisah anak-anak.. tapi kali ni dari sisi lain pulak..
  • Tak ramai yang kenal.. baik secara langsung mahupun tidak..
  • Siapa dalang disebaliknya..
  • Kalau selama ni sekadar bekerja di belakang tabir.. kali ni teringin pulak nak gedik tumpang glam. dak Kakak.. dak Adik.. dak Nuha..







Chef Hubby bersama blogger..
Mak Budak a.k.a Remaja Purba..






psstt: Bila hubby dah tak outstation, nampaknya skill memasak aku semakin tumpul.. wakakaka..

last psstt: Buat yang nak datang layan CKT, sup tulang, sate nanti aku inform balik sebab minggu ni chef hubby ada kerja luar kawasan.. Mohon maaf sebab kena postpone lagi..




Monday, June 10, 2013

Aktiviti anak-anak dihujung minggu..



  • Semalam nak kata aku sibuk tak jugak tapi ada je kerja nak buat.. tapi kalau taknak buat pun boleh.. pastu kena tadah telingalah kena sound-sound manja dengan hubby..
  • Hujung minggu biasalah.. anak-anak lebih nak main dari nak makan..
  • Sudahnya.. petang semalam sambil bersantai di taman, sambil layan sup tulang chef hubby..

 
psstt: Siapa yang nak try, malam minggu je ada jual sup tulang selain CKT..



Dak Nuha tak boleh tak main.. nak-nak pulak ada je yang melayan dia main..



Takmo dipegang pulak tu..


psstt: Seronok tengok anak-anak gembira bermain dengan geng di taman..




Sunday, June 9, 2013

Nak elak.. ingat selamat.. rupa-rupanya kena gak..



  • Awalnya dengan confident.. ingat aku selamatlah.. sekali aku kena daa.. kihkihkih..
  • Cuma kali ni aku sekadar jawab soalan dak Pha Is ni..
  • Bukan taknak buat rantaian soalan tapi keadaan belum mengizinkan..
 
[edited]
kalau ikutkan peraturan asal, kalau aku nak tag orang lain, aku kena buat 11 soalan lain plak, khas untuk mereka. so, kat sini aku letak 11 soalan baru.
1. suka warna apa? why? (5 markah)
Jawapan aku:
Warna kesukaan: Merah, Hijau, Kuning ---> dulu kini dan selamanya 3 warna ni memang tak boleh dipisahkan..
 
 
2. kalau dapat anak, nak letak nama apa? 1 untuk lelaki dan 1 untuk perempuan. (4 markah)
Jawapan aku:
eeemm.. dah ada.. dak Kakak.. dak Adik.. dak Nuha..
psstt: tapi cadang nak tambah sorang lagi.. hikhikhik..
 
 
3. jika tetiba dapat duit RM 9.5 billion, berikan SATU benda yang pertama sekali yang akan dibeli. (2 markah)
Jawapan aku:
Tanah sebelah rumah aku..
 
 
4. ciri-ciri pasangan idaman/ideal? (10 markah)
Jawapan aku:
Dulu dok berangan nak pasangan ideal yang macam mana.. sekarang tak payah fikir dah.. dah ada yang punya.. Alhamdulillah..
 
 
5. aktiviti masa lapang/hobi ? (5 markah)
Jawapan aku:
Kalau tak hadap tv, layan novel.. takpun hadap lappy.. tapi kebanyakkan masa layan dak Nuha tidur.. hahaha.. stamina pun takde sejak dah 'pencen' dari berlari ni..
 
 
6. subjek yang paling suka dan paling tak suka masa kat sekolah? (6markah)
Jawapan:
Dulu suka Geografi sebab cikgu tu suka puji aku pandai jawab.. jadi bersemangat aku time subjek tu..
Paling tak suka.. eeemm.. biarlah rahsia, taknak ada yang sentap pulak nanti.. (macamlah cikgu tu baca entry ni..)
 
 
7. makanan kegemaran? (4 markah)
Jawapan aku:
Sejak adanya dak Nuha ni, selera makan aku semakin tajam + runcing.. nak pulak kalau adanya ayam..
 
 
8. siapakah yang paling disanjungi/dijadikan inspirasi? (5markah)
Jawapan aku:
Skip boleh untuk soalan ni..? Rugi dah 5 markah..
 
 
9. suka makan ubat tak? (4 markah)
Jawapan:
Mana suka.. tapi kalau terpaksa, telan jugaklah.. tak nanti, lambat baik..
 
 
10. kartun/anime yang paling suka dan berikan watak yang paling disukai dalam kartun/anime tersebut. kalau tak suka, berikan sebab kenapa. (5 markah)
Jawapan aku:
Tak sempat nak suka.. terlampau banyak kartun yang dihidangkan 7 hari seminggu.. 24 jam sehari.. tapi kebanyakkannya langsung tak best.. ntah apa-apa ntah..
 
 
11. ceritakan sikit antara pengalaman manis yang ada sepanjang hidup.. (10 markah)
Jawapan aku:
Pengalaman yang tak manis dah bancuh dengan gula bagi manis.. yang tinggal semua yang manis-manis je..
Anugerah yang tak ternilai: dak Kakak.. dak Adik.. dak Nuha..





psstt: Gigih aku siapkan jawapannya.. cuma tak berpeluhlah sebab dalam aircond kan..

psstt lagi: Dah lama tak join segmen bagai ni.. skill tak asah, tu yang tumpul tu..

last psstt: Nak elak.. ingat selamat.. rupa-rupanya kena gak..


Friday, June 7, 2013

Gojes tak ai..?



 
Kecelaruan identiti ke apa ni.. ---> salah satu komen yang aku dapat..



psstt: Pukul 6am.. ketika orang lain masih tidur.. dak Nuha dah bersedia nak ikut aku pergi kerja.. dapat ikut sampai depan pintu rumah jelah..





Beramah mesra dengan baby blogger


  • Dari dunia blog hingga ke dunia FB..
  • Memang tak pernah jumpa akak sayam sorang ni..
  • Dari tak menambah anak, sampai menambah sudah.. + sebaya pulak tu..
  • Dah macam berjanji sorang dapat gegurl.. sorang dapat boboy..
  • Hanya bersayam-sayam dalam blog dan jugak FB..
  • Memang gojeslah dapat jumpa akak sayam ni..

  • Camane boleh jumpa..?
  • Hari Sabtu lepas sebelum balik kampung kami singgah dulu rumah sorang kawan ni.. kenduri sunat anaknya..
  • Sebelum tu dah berchit-chat dengan akak sayam ni.. sebab dia bagitahu kat dalam FB dia dalam perjalanan ke area berdekatan rumah aku..
  • Terdetik kat hati, pasti menarik kalau dapat jumpa di tempat yang sama..
  • Sudahnya..
  • Memang tak sangka..

Gambar mestilah ada..


Suruh salam.. ni bukan takat salam dah ni..


Ni lah blogger akak sayam yang dah lama senyap dari dunia blog..
Ntah ingat ntah password blognya tu.. kihkihkih..



psstt: Nampaknya nanti bolehlah jumpa lagi ye akak sayam.. tak payah bagi map dah.. terus terjah je umah kami tu.. hahaha..




Thursday, June 6, 2013

Aku kalah weh..


  • Tiap kali kalau hubby layan game bola sepak.. aku suka 'bet' sape menang..
  • Biasanya aku menang.. ---> aku syak hubby sengaja bagi aku menang..
  • TAPI..
  • Nak jadikan cerita.. masa game Johor lawan Pahang baru-baru ni.. aku kalah weh..
  • gggrrr... kekalahan yang aku tak boleh terima tapi terpaksa terima sebab itu yang aku pilih..

'Ini Kalilah'.. bersantai kat umah pak sedara, Melaka..



psstt: Fuh! Nasib baik tak 'bet' yang bukan-bukan..
 



Wednesday, June 5, 2013

Homestay di Melaka




Sambungan entry sebelum ni..

Dah request kat mak sedara nakkan itik-itik ni time raya nanti.. janji dapat itik free.
Kalau semua anak buah mak sedara macam aku, tak pulang modal dibuatnya..


Sambut birthday anak dan anak sedara atok kat Melaka..

Model cilik dengan cawat drypers nye..

Berjaya dengan jayanya aku amik gambar ni.. dalam kereta je pun..

Memang pergi pantai tapi bukan nampak apa pun..



psstt: Lenkali nak cuti lama sikit baru puas jalan-jalan sambil makan-makan..

last psstt: Macam best je tajuk entry ni.. walhal balik kampung pak sedara je.. hikhikhik..




Berjaya menempuh perjalanan yang ala-ala ekstrem..


  • Bila dah lama tak balik kampung, jadi teruja tak sabar..
  • Lagi menarik, kami tak ikut highway seperti biasa.. bersama atok sedara n family kami meredah laluan jalan lama..

  • Perjalanan pergi.. menghala ke selatan tanahair..
  • Aku dengan migrain, ikut pulak jalan lama memang mencabarlah..
  • Ditambah pulak dengan dak Nuha muntah dalam kereta..
  • Dari comel bergaun bagai.. terus pakai cawat dypers je..
  • Itu baru perjalanan pergi..


  • Perjalanan balik pulak..
  • Kalau follow atok sedara, memang akan ikut jalan lama.. otai.. mana suka ikut highway..

Laluan ni baru siap separuh.. 
Konon-konon nak elak dari terperangkap dek kesesakan jalanraya..


Berani redah sebab tengok ada penduduk sekitar melaluinya..


  • Aku tak ingat apa nama laluan yang belum siap ni sebab dok leka amik gambar..
  • Kalau tak silap lagi 5 km nak sampai hospital.. rasanya sebelum PD lagi..
 
Laluan sepanjang di P.D..
Sekadar fokus dari dalam kereta yang sedang bergerak..



psstt: Semalam dengan kelmarin aku cuti..




Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...