Followers Remaja Purba

Tuesday, April 30, 2013

dak Nuha kutinggalkan sekejap bersama Babah dia..




  • dak Nuha tak sihat..
  • Biasalah.. bila budak tak sihat, apa yang dia tahu, merengek meragamlah dia..
  • Moga hubby dapat menjaga dak Nuha pagi ni dengan jayanya..



psstt: Hari ni hubby sukarela nak jagakan dak Nuha..




Monday, April 29, 2013

Sate dan Ikan Bakar chef Hubby..




Percubaan untuk menjadi chef sepenuh masa..?


Cadang malam minggu nak bakarnya tapi last minute cancel plan..
Semalam baru sibuk membakarnya..


Disebabkan aku pun turut 'menyibukkan' diri kat dapur, aku terlupa nak amik gambar chef Hubby bakar sate..


Tak cukup sate.. Aku request nak ikan bakar pulak..


Kuah asam untuk ikan bakar yang marvellous..
Tetiba rasa rugi pulak tak bawak ke office pagi tadi..





psstt: Lepas ni boleh buat lagi ---> tapi buat stok untuk meniaga pulak..







Friday, April 26, 2013

Aku mintak maaf.. aku TER DELETE..


  • Semalam bawak dak Nuha check up di KIDDS, PPUM untuk setahun..
  • Tu yang sunyi je teratak mak budak ni..
  • Ditambah dengan urusan peribadi di K.L menambah lagi ketidakhadiran di sini.. 


psstt: Ada beberapa perkara penting yang perlu aku selesaikan.. sehingga awal bulan depan..

last psstt: Aku mintak maaf kepada yang komen di teratak mak budak ni tapi aku TER DELETE komen tersebut.. Mintak maaf sangat-sangat..



Wednesday, April 24, 2013

Sayang dak Nuha.. sayang dak Adik jugak..



Dak Nuha yang ceria..
Dak Adik yang menahan sakit..
Luka sikit tapi sebab nak tarik perhatian aku, tu yang jadi cenggitu keadaan dia.. hikhikhik..





psstt: Bagitau kat dak Kakak dengan dak Adik pasal nak celebrate birthday dak Nuha.. Kakak ok.. Adik tarik muka.. hikhikhik... cemburulah tu..

last psstt: Sabar je Adik.. turn adik bulan Ogos nanti..


Tuesday, April 23, 2013

Setahun sudah usiamu sayang..



Allah selamatkan kamu..
Allah selamatkan kamu..
Allah selamatkan Nur Nuha Nuha..
Allah selamatkan kamu..
  • Pejam celik.. pejam celik.. hari ni genap setahun usia dak Nuha..
  • Tahun NAGA menjadi kenyataan..
  • Dah semakin bijak dan pandai mengambil kesempatan dengan kelebihan yang dia..
  • Orang keliling pulak jadi geram dengan kerenah dia..
  • Sekarang gedik manja lebih dengan babah dia..



Bantal dia je dah penuh katil aku..


'Hello.. tolong hantarkan hadiah tu kat alamat ni ye..'




psstt: Selamat Hari Lahir sayang.. Moga menjadi anak yang solehah dan jangan lupakan kami bila dirimu dah pandai berdikari nanti..




Monday, April 22, 2013

Hujung minggu bersama Babah n dak Nuha..



Menjawab dari entry anniversary ---> tayar ye..?


dari jauh..


semakin hampir..

Part ni dak Nuha paling suka..
Dapat ronda dengan babah dia pusing taman..
Dak Kakak dengan dak Adik dah standby nak ikut babah dorang..
Aku dapat tengok dorang jelah..



psstt: Dak Nuha pantang ada yang ajak dia naik motor.. aku pun dia tak pandang dah..

last psstt: Internet down kat area rumah aku.. gggrrrr...




Saturday, April 20, 2013

Bendera Parti PRU 2013..




masa ni dah pukul 1.30 pagi..
  

Nampak warna biru menguasai..
  

Pondok melepak ni pun turut kena tempiasnya..
Aku suka yang kat atas bumbung tu.. comel je..
  

Ini salah satu tempat gerakan dorang..
 

Begitu juga di sini..
 
 
 
 psstt: Tiada kaitan dengan menyokong parti tertentu tapi berdasarkan apa yang ada di sepanjang jalan area perumahanku..
 
psstt lagi: Motif entry ni...??
 
last psstt: Try test error camera yang hubby bagi tu..




Friday, April 19, 2013

Aku ingatkan.. rupa-rupanya..


  • Kisah disebalik 'serkup' kat kepala dak Nuha tu..
  • Aku ingatkan memang untuk dipakai oleh budak-budak..
  • Sebab aku pernah nampak anak jiran pakai, comel lah pulak..


Comel kan.. kan.. kan..






Rupa-rupanya..











'serkup' untuk cermin sisi kereta..
Sekali aku terkena.. wakakaka..




psstt: sssyyy.. satu rahsia aku nak share dengan korang.. Masa mengandungkan dak Adik dulu.. aku mengidamkan bendera-bendera parti yang bertanding tu.. Nak buat apa..? Beli kekabu.. aku buat bantal.. Nasib baik hubby sanggup dapatkan ---> bendera UMNO, PAS dan KeADILan.. hahaha..






Thursday, April 18, 2013

Demi sesuap nasi


  • Tempat: Hospital..
  • Masa kejadian: Pukul 2:05 am..
  • Bukan senang nak senang.. bukan susah nak susah..

Ketika kebanyakkan orang sedang lena di rumah, masih ada yang bersengkang mata demi sesuap nasi..



    psstt: Moga kita semua sentiasa di bawah lindunganNYA dan dianugerahkan kesihatan yang baik dalam menjalani kehidupan seharian..



    Wednesday, April 17, 2013

    Kelmarin di Emergency HTAR, Klang kali kedua..


    • Kali kedua aku berada di ruang kecemasan HTAR, Klang..
    • Anak atok sedara accident kat area rumah petang kelmarin.. ---> on the way balik rumah amik adik balik sekolah..
    • Hampir sejam terbaring atas jalan gara-gara ambulans tersilap jalan..
    • Selama ni aku sekadar lalu je kalau berlakunya accident tapi kali ni, aku turut berada berada di lokasi kejadian..
    • Gigil badan tengok keadaan dia masa tu..



    • MALAM tu.. di Emergency HTAR, Klang..
    • Masa menunggu usah ditanya..
    • Kebetulan masa tu banyak pulak kes kritikal dan semi kritikal..

    Di Zon ni lah hubby ditempatkan minggu lepas..



    Alhamdulillah.. lepas xray.. tiada kecederaan dalaman..


    Adik-adik yang sabar menanti..

    Sehingga pukul 3 pagi kami di sini..
    Dari sesak sampai takde orang kat laluan kecemasan ni..

    • Lepas selesai di emergency, along ditempatkan di bilik pemulihan untuk pemantauan doktor selama 6 jam..
    • Selesai urusan tersebut (dah tau along ditempatkan di mana), kami semua balik..

    SEMALAM..

    • Syukur Alhamdulillah.. tengahari semalam selesai semua urusan di HTAR, Klang..
    • Jutaan terima kasih kepada semua pihak yang membantu ketika kejadian hingga selesai..


    psstt: Mood ---> Letih... ikutkan hati nak cuti lagi tapi tak boleh.. tak boleh.. ada kerja menanti..





    Monday, April 15, 2013

    Kisah di kedai gunting rambut..


    Hubby yang masih belum sihat ketika ini..

    Cikgu dak Adik suruh adik gunting rambut sebab dah panjang..
    Dak Adik bagitahu cikgu,
    'Ibu belum ada duit nak bawak saya gunting rambut cikgu..' huhuhu..



    Dalam pada tu.. dari menemankan dak Adik.. dak Nuha pun terjebak sama..

    Mula-mula ok, tapi bila dia dengar bunyi mesin tu, terus cebik.. dari cebik terus nangis bila dah start gunting rambut..

    tu dia..
    tak makan pujuk dah..

    sudahnya.. senyap bila babah dia pujuk..



    psstt: Tukang gunting tu ingat dak Nuha tu 'boy'.. Aku dah cakap tapi mesti dia tak dengar, tak pun dia tak faham.. wakakaka..

    last psstt: Setakat entry ni ditulis, keadaan hubby beransur baik.. moga beliau cepat sembuh hendakNYA..




    Friday, April 12, 2013

    Semalam di Emergency HTAR Klang..


    • Petang semalam.. atok call..
    • Mukadimah atok.. pertanyaan atok aku layan seperti biasa..
    • Rupa-rupanya ada kisah sebaliknya..

    • Hubby pitam kat rumah.. nasib baik sebelum pitam, hubby sempat mesej jiran mintak tolong hantar ke klinik..
    • Masa tu suhu badan hubby 39.. doctor kat klinik bagi satu suntikan..
    • Kemudian.. Atok bagitau, dorang nak hantar hubby ke hospital terdekat..
    • Ah!Sudah.. nape pulak..
    • Keadaan hubby memang agak teruk masa tu.. ditambah dengan demam on off dekat 2 minggu..

    • Dari office, amik atok dengan nenek terus ke emergency HTAR, Klang..
    • Tak berani nak fikir yang bukan-bukan, nanti aku lagi panic..
    • Berdoa jelah masa tu..

    Kali pertama hubby dimasukkan ke hospital membuatkan aku panic + tak senang hati..
    
    • Di HTAR Klang..
    • Doctor bagitau ada jangkitan kuman sikit kat paru-paru..
    • Keputusan darah pulak kena tunggu 3-4 jam masa tu..
    • 3 botol air masuk dalam badan..
    • Akhirnya dekat pukul 9 malam, baru hubby dapat keluar.. itupun hubby bagitau katil penuh dan takde bilik kosong..
    • 'Yelah tu bang.. cakap jelah abang nak balik kan senang..'
    • Doctor pesan.. kalau demam balik terus datang hospital untuk dapatkan rawatan..
    • Confirm aku bawak ke hospital biasa anak-anak aku dapatkan rawatan..

    • Apa-apapun.. terima kasih kepada..
    • Jiran-jiran yang membantu mengangkat hubby dan hantar ke klinik + hospital..
    • Jiran-jiran yang datang melawat lewat petang semalam..
    • Atok dengan nenek yang teman sampai selesai urusan..
    • Kawan-kawan yang bertanya dan mendoakan hubby..
    • Juga terima kasih Makchaq mengikut perkembangan hubby..
    • DAN buat doctor di klinik, doctor, jururawat dan pembantu di HTAR Klang.. terima kasih atas bantuan yang anda berikan kepada my hubby..
    • Terima kasih banyak-banyak..



    psstt: Dugaan.. kita nak cepat, jalan pulak hazabedah sesaknya..


    Thursday, April 11, 2013

    Sejuk... malasnya nak bangun..



    Sejuk pagi ditambah aircond membuatkan aku rasa malasnya nak bangun..
    Ibu dah kejut pun, malasnya nak celikkan mata ni..
    Kejaplah ibu.. Nak sambung mimpi jap..





    Dah kejut takmo bangun, nak tak nak kena juga salinkan pakaian dia..




    psstt: Hubby tak sihat.. susah hati sebab dia jarang sakit.. bila sekali sakit, tak daya nak layan..




    Wednesday, April 10, 2013

    Dialog Kota Raya oleh Juragan



    Sampai mengigau bakal wakil rakyat ni.. wakakaka..



    psstt: Syukur aku masih boleh tidur lena.. kalau kena macam tu.. haru dibuatnya..




    Tuesday, April 9, 2013

    Adanya coretan kenangan..


    • Entry bergambar..
    • ---> Adakala buat pembaca teruja..
    • ---> Adakala buat pembaca tak suka..
    • Tak kisahlah.. sekurang-kurangnya ada coretan kenangan..
    • Nak tulis dalam buku.. nak selak balik entah jumpa entah tidak..
    • Ni.. tinggal nak click je entry mana yang kita suka..

    • Dipendekkan cerita..
    • Beberapa entry masih elok terperam kat dalam camera aku tu..
    • Entah bila nak edit.. aku pun tak tahu..
    • Teruja tengok kengkawan post pelbagai gambar pelbagai aksi..
    • Tapi.. aku masih macam ni.. keadaan tak mengizinkan..



    psstt: Hari ni ada mesyuarat bahagian..

    last psstt: Menu: Potluck.. aku bawak rendang ayam + nasi impit.. ---> made by chef hubby..




    Monday, April 8, 2013

    Tanaman terbaru di teratak mak budak..



    Pokok terung menggantikan pokok-pokok cili hubby yang dah 'merajuk'..


    Hasil tuaian pertama..
     
     
     
     
    psstt: Terbaru.. tengah semai benih sayur sawi dengan tomato..
     
     
    


    Friday, April 5, 2013

    Hari-hari kita hadap perkara yang sama..


    Waktu: Pagi semalam..
    Lokasi: Susur Subang Jaya..

    arah Kuala Lumpur..

    Sebaik melepasi tol Subang..


    Menghampiri Federal Highway..



    psstt: Rutin kita setiap hari.. Akan datang..??





    Thursday, April 4, 2013

    Laksa.. mana..





    Alhamdulillah.. makan tengahari ditaja oleh bos besar bahagian baru aku..
    Terima kasih bebanyak bos.. hikhikhikh..




    psstt: Pagi tadi lewat.. betul-betul lewat punya.. maka balik nanti lepas 17:30 baru boleh balik..





    Wednesday, April 3, 2013

    Perbualan diantara dak Adik dengan Ibu..



    Situasi Pertama ---> sedang main game:
    Adik: Alamak... habis motor adik kena langgar dengan kereta..
    Ibu: Lah.. nape adik tak elak..?
    Adik: Camane nak elak.. jalan jem..


    Situasi Kedua ---> di office ibu..
    Ibu: Wah.. adik.. ramai kata adik comel.. adik handsome..
    Adik: Mana ada.. adik tak hensem.. adik buruk je..


    Situasi Ketiga ...> di rumah..
    Ibu: Kakak dengan Adik tidur kat luar tau..
    Adik: Nak tidur dengan ibu.. adik tidur kat bawah.. ibu tidurlah kat atas katil dengan Nuha..


    Kesian anak-anak..
    Sekarang musim panas.. berbahang.. guna kipas meja, kipas siling pun masih berbahang..
    Maka.. berhimpit tidur dalam bilik.. tu tak masuk babah dorang lagi.. wakakaka..





    psstt: Urusan di ENT, PPUM masih belum selesai.. bulan depan pergi lagi.. soalan yang sama, jawapan yang sama.. doktor je yang berlainan..

    last psstt: Dak Nuha 'dedo'.. Nuha.. kalau nak meragam pun.. meragamlah minggu ni.. babah ada.. nanti babah dah start outstation balik.. panik ibu..




    Tuesday, April 2, 2013

    dak Adik di ENT, PPUM..


    • Hari ni aku akan ke ENT, PPUM.. ---> urusan berkenaan leher dak Adik yang bengkak sebelum ni dan follow up berkaitan tonsil dia..
    • Hubby tak dapat nak temankan kali ni..
    • Moga dak Adik boleh kawal diri dia tanpa perlu aku terjegil-jegil mata kegeraman dengan kerenah dia..
    • Dan.. yang pasti hari ni aku cuti..
    • Lagi pasti.. selesai urusan di ENT tu nanti.. aku nak masuk office kejap.. ada urusan yang perlu diselesaikan..
    • Yang ni memang pasti.. dak Adik akan concour hp aku sepanjang berada di ENT tu nanti.. ---> sehingga bateri habis..
    • Lepas tu baru balik rumah..
    • Lepas tu.. baru boleh jengah kejap kat sini..



    psstt: Moga urusan hari ni dipermudahkanNYA..



    Monday, April 1, 2013

    Back to School..



    • Back to Normal..
    • Keadaan rumah kembali riuh dengan suara dak Kakak.. dak Adik..
    • Dak Nuha kembali menjadi mangsa 'usikan' dak Adik..
    • Dak Adik memang tak boleh tengok dak Nuha senyap.. suka sangat buat si kecik tu nangis..
    • Dak Kakak.. eeemmm.. dah pandai merakam rekod cerita kat astro..
    • Aku..? Tukang delete.. wakakaka..
    • Pagi ni bawak bekal rendang ayam.. chef hubby buatkan..






    erk... Alhamdulillah... kenyang..




    psstt: Maaflah.. rendang dah habis..

    last psstt: Esok bawa dak Adik ke ENT, hospital...




    Tabung Purba

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...