Followers Remaja Purba

Friday, March 29, 2013

Bila dak Kakak dengan dak Adik takde..




Dak Adik takde.. babah Adik ada.. wakakaka..



psstt: Semalam hubby nak amik dorang.. pakat-pakat taknak ikut balik.. Kesian dak Nuha takde kawan gaduh..




Thursday, March 28, 2013

Saya dapat besar punya..


  • Udang ni babah kita tangkap petang semalam kat Sementa..
  • Malam tadi kita makan udang ni.. chef babah masakkan..


*sila abaikan kuali di belakang tu..*



psstt: Petang nanti nak amik dak Kakak dengan dak Adik kat rumah atoknya..

psstt lagi: Confirm dorang tak nak ikut balik nanti.. sebab seronok main dengan sepupu-sepapat dorang.

last psstt: Jadik monsterlah ibu balik.. wakakaka..




Wednesday, March 27, 2013

Sunyi kat rumah...


  • Sunyi kat rumah.. bila dak Kakak dengan dak Adik tinggal kat rumah atoknya..
  • Yang tinggal dak Nuha sorang..
  • Itulah teman gurau.. itulah teman gaduh..
  • Pagi semalam bawak dak Nuha ke klinik sebab tak sihat..
  • Hubby pun sama masih belum ok..
  • Syukur dak Kakak dengan dak Adik tak turut serta kena ceri beri..



psstt: Rindu kat dak Kakak dengan dak Adik..


Tuesday, March 26, 2013

Ceri.. Beri..




  • Untuk makluman..
  • Blog ini akan sedkit terabai..
  • Gara-gara mak budak a.k.a remaja purba ceri.. beri.. = cirit-birit teruk..
  • Sejak malam semalam perut dah mula merajuk..
  • Tak dan nak hadam makanan dah check in dalam cik Tan..
  • Bersyukur dak Kakak.. dak Adik dengan dak Nuha tak kena..
  • Hanya aku dan hubby..
  • Akhirnya terpaksa jua ke klinik malam tafi..



psstt: Aku yang tak larat..




Friday, March 22, 2013

Sesuatu sedang berlaku di CIMB PJ State



  • Sesuatu sedang berlaku di CIMB PJ State..
  • Masa memula tu aku ingatkan band polis PJ buat latihan pancaragam.. wah.. macam best je aku dengar..
  • Rupa-rupanya..
  • Ramai berpakaian merah sedang melancarkan sesuatu di depan CIMB tu..
  • Macam-macam sepanduk, kain rentang ada disekitar kawasan tu..
  • Ada yang bagitau aku CIMB PJ State tu tutup hari ni..
  • DAN..
  • Bila waktu kemuncak.. jalan semakin sesak dan bertambah sesak..
  • Sana Hon.. sini Hon..
  • Dah macam pesta pulak aku tengok..





psstt: Tadi aku try google (naklah jugak tahu) jumpa sesuatu kat ---> SINI..





Thursday, March 21, 2013

Semalam di ENT..



  • Semalam bermula kembali urusan dak Adik di ENT, PPUM..
  • Kalau nak dibandingkan hari Isnin lepas, semalam nampak surut sikit lehernya..
  • Selain dari bengkak leher tu, keadaan tonsil adik pun besar..
  • Awal bulan depan aku kena bawak balik untuk further check up leher adik yang bengkak tu dan jugak tekaknya..
  • Nampaknya, PPUM tu akan jadi tempat rutin aku dengan dak Adik semulalah lepas ni..

  • Dalam masa yang sama, aku dah mula dijangkiti selesema..
  • Tak larat tapi ada kerja nak kena buat..
  • Lagipun aku sayang cuti + takmo MC.. wakakaka..


psstt: Minggu depan cuti sekolah.. anak-anak cuti.. ibunye pulak yang terlebih gembira..



Tuesday, March 19, 2013

Semalam Cikgu call bagitau leher dak Adik bengkak..


  • Semalam aku balik awal.. bawa dak Adik ke Klinik..
  • Leher dak Adik bengkak.. ---> doctor bagitahu bengkak kelenjar..
  • Hari ni dia dapat cuti sakit..
  • Esok akan bawak dia ke ENT, Hospital.. re-check tonsil dia..
  • Patutnya dia kena operate hujung tahun lepas tapi pihak hospital tangguhkan sebab ada urgent case masa tu..
  • Lepas tu kami takde further check up lagi.
  • Tunggu babah dia balik dari outstation dari Langkawi baru bawak dak Adik ke hospital..
  • Dak Kakak ada exam sepanjang minggu ni.. ---> good luck to her..
  • Dak Nuha selesema.. ---> gara-gara seharian dalam aircond kat office minggu lepas..
  • Aku..? Bangun pagi tadi dah rasa tak sedap badan.. ---> macam nak demam..
  • Selesema dah mula menyerang.. dok bersin je..
  • Oh! Janganlah makin teruk.


psstt: Hari ni dak Adik meragam taknak pergi rumah pengasuh.. terpaksalah aku hantarkan kat rumah nenek sedara..





Monday, March 18, 2013

Hari ni dah tak boleh ikut dah..



SITUASI SIANG:
  • Asalnya ---> aku cuti Jumaat lepas..
  • Tapi disebabkan ada kerja URGENT, cuti hari tersebut aku batalkan.. ---> takpe.. next time boleh amik cuti lagi..
  • Alhamdulillah sepanjang hari tersebut memang dak Nuha tak meragam.. ---> ramai mak angkat yang tolong jagakan..
  • Terima kasih pada mereka yang membantu..

Lepas makan.. dah kenyang minum susu.. masa untuk tidur..

Bila tengok dia.. aku pun rasa nak join sama..


SITUASI MALAM:
  • Penat kena gomol kat office.. sambung kena gomol kat rumah..

 gggeerraaammm tengok dia ni..


psstt: Tak puas gedik manja kat babah.. ---> outstation ke Langkawi.. kena tinggal lagi.. huhuhu...




Sunday, March 17, 2013

Hari ni REMAJA PURBA dah berusia 4 tahun rupanya..


  • Dulu..
  • Sikit pun aku tak tahu macam mana nak berblog..
  • Tak tahu macam mana nak dapatkan followers yang seterusnya kenal mesra..
  • Tak tahu macam mana nak mulakan salam perkenalan..
  • Aku berterima kasih pada blogger Ben Ashaari..
  • Melalui segmen-segmen anjuran beliau aku dapat mengenali dunia blog dan semakin luas tanah jajahan aku.. 
  • Terima kasih banyak-banyak ye en. Ben..
  • Juga kepada semua followers yang follow blog mak budak a.k.a remaja purba ni.. terima kasih banyak-banyak..
  • Yang mana aku tak follow tu bukan bermaksud aku taknak follow tapi ketiadaan link blog agak menyukarkan aku untuk follow kembali..


  • 17 Mac 2013..
  • Pejam celik.. pejam celik..
  • Genap 4 tahun usia teratak mak budak ni..
  • Happy Birthday to mak budak a.k.a remaja purba.


psstt: Terima kasih pada rakan-rakan yang masih bersama dengan blog mak budak a.k.a remaja purba ni.. sayang korang ketat-ketat..




Friday, March 15, 2013

sssyyyy.. senyap je tau..



  • Bersiaran secara langsung dari office ibu... yeeehhaaaaa...
  • Uncle.. auntie..
  • Hari ni kita teman ibu kat office..
  • Pengasuh kita tak sihat..


psstt: Nuha tidur lama sikit ye.. ibu ada keje URGENT sangat-sangat ni..




Thursday, March 14, 2013

Dia buat aksi.. rupa-rupanya..



Tak reti dok diam..

Memula dia merengek, ingatkan dia nak tarik perhatian aku..

Macam geram menahan sakit pun ye..


...

...

...

...

...

...


Aku beria amik gambar dia..

...

...

...

Rupa-rupanya sebelah kaki dia terselit kat celah besi katil tu..



psstt: Kihkihkih.. nak tergelak pun ada..



Tuesday, March 12, 2013

Danau Kota + Genting Highlands



Kelmarin..
Danau Kota..

Bila dak Nuha cukup tidur, maka aksi di dalam kereta tidak lasak seperti biasa..
Baik je dia nak duduk dalam baby car seatnya tu..


Rumah member hubby..
Celebrate birthday anak sulungnya..
 
tapi yang ni yang bongsu.. dah setahun lebih..
tengok dak Nuha lagi besar dari dia.. baka babahnya.. kihkihkih..



Genting Highlands..
Part ni yang tak tahan.. hubby tak cakap nak naik.. takde dalam plan..
Dengan tak bawak baju sejuk untuk anak.. dahlah petang tu hujan..

Dak Adik kena paksa bergambar..
Anak bujang ni memang susah nak ajak bergambar..
Kat atas.. kitorang jalan cuci mata je..



Masa ni on the way nak balik..
Dak Nuha baru menjagakan mata dia.. Senyap je dia.. tak banyak kerenah..

TAPI..
Bila dah masuk dalam kereta, meragam tak ingat akibat sejuk + letih..




psstt: Takde apa yang menarik pun.. biasa je.. saja nak layan suhu sejuk kat atas tu..

last psstt: Nak try layan awek hubby naik Genting pulak nanti..



Monday, March 11, 2013

Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Ketiga Belas (MAPPA), PICC


  • Tahniah untuk ATM..
  • Tahniah untuk PDRM..
  • Juga Tahniah buat semua Perkhidmatan Awam am..
  • Dengan beberapa 'hadiah' sempena.. ---> Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Ketiga Belas (MAPPA)
  • Bersiaran secara langsung dari Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pagi tadi..


 psstt: Akan datang.. ---> Sistem Saraan Transformatik akan menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM)..


Saturday, March 9, 2013

Kita kunci sama dia..




  • Memandangkan hubby outstation dari malam tadi, maka hari ni aku terperap jelah kat rumah dengan dak Kakak, dak Adik, dak Nuha..
  • Takde aktiviti yang betul menguji kecergasan aku selain melayan kerenah dak Nuha..
  • Nak layan lappy memang tak dapatlah..
  • Aku rasa belum sempat aku nak on dak Nuha dak gedik manja kat aku..
  • Nak melekat je kerjanya..
  • dak Kakak dengan dak Adik leka layan channel cartoon..
  • Takpe kak.. takpe dik..
  • Nanti ibu lock channel tu, pastu sekali dengan aku tak dapat tengok sebab lupa password.. wakakaka..
  • Plan aku hari ni.. lepas dak Nuha tidur aku nak siapkan sikit kerja yang aku bawak balik..
  • Tapi..
  • Aku rasa macam nak join dak Nuha tidur je..
  • Hai.. nampak gayanya memang tak berbuatlah kerja tu jawabnya..


psstt: Selamat berehat dihujung minggu..


Friday, March 8, 2013

Mai lah jemput singgah..


  • Hari ni nak BW melawat tapak perumahan kengkawan..
  • Apa khabar agaknya..


psstt: tok.. tok.. tok.. ooo.. tuan rumah.. tengah buat apa tu..??




Thursday, March 7, 2013

Nak berkepit je sekarang..



PAGI SEMALAM..

Kesesakan teruk pagi semalam di KM12.2 Shah Alam - Subang..



PAGI TADI..

  • Gedik manja dia akan jadi lebih dari biasa bila mana babah dia ada kat rumah..
  • Kebiasaan senang bangun pagi.. tapi bila babah dia ada kalau boleh nak melekat taknak lepas..


psstt: dak Kakak dengan dak Adik..? Kenalah mengalah + bagi laluan pulak kat dak Nuha..



Wednesday, March 6, 2013

NKVE = KM 12.2 Shah Alam - Subang


  • NKVE - sesak teruk..
  • Kemalangan di KM 12.2 Shah Alam - Subang melibatkan treler dan lori tangki di laluan paling kiri mengakibatkan kesesakan teruk di NKVE arah Subang Jaya..
  • Aku tersekat hampir sejam bermula dari laluan kontra Bukit Jelutong menghala ke Subang..
  • Dari suasana gelap hingga cerahlah aku kat NKVE tu..
  • Dan aku rasa sesaknya highway tadi hingga ke susur Setia Alam..
  • Nampaknya.. petang nanti lewatlah aku balik dari kebiasaan..



psstt: Lepas je tempat kejadian.. tekan habis..



Tuesday, March 5, 2013

Kereta sekarang direka tiada signal ek..?!


  • Entry ni mudah.. ---> SIGNAL..
  • Tapi..
  • Sikap segelintir pemandu yang tak tahu @ memang buat tak tahu cara penggunaan signal bila nak tukar laluan..
  • Kereta sekarang direka tiada signal ek..?
  • Ke sekadar hiasan pada kereta..
  • Ke tuan punya kereta tu tak belajar cara penggunaan signal..
  • Ke memang malas nak guna..
     

  • Cuba bayangkan..
  • Sedang sebuah kereta ni dipandu laju tiba-tiba ada kereta menukar laluan tanpa memberi signal..
  • Kalau tak kena.. tak apa..
  • Tapi..
  • Bayangkan pulak..
  • Sekiranya kena.. kesan impak dari pelanggaran tersebut tu pulak..?
  • Menyesal kemudian takde guna dah..


psstt: Berhati-hati di jalanraya ---> Peringatan untuk diri sendiri jugak..



Monday, March 4, 2013

Dak Nuha dan babah..




 
Umur: 10 bulan..
Berat semasa: 10 kg..
Tumbesaran: Sedang membesar dengan sihat..
Posisi terkini: Sedang belajar nak berdiri sendiri.. takut-takut beran..
Paling suka: waktu babah ada.. --> sebab jarang jumpa..



psstt: Aku pulak yang jeles tengok.. wakakaka..



Friday, March 1, 2013

Dah dua hari dah..


  • sssyyyyy... jangan ketuk kuat-kuat ye keyboard tu uncle.. auntie..
  • Saya ngantuklah..
  • Pagi tadi saya bangun pukul 4..
  • Awal kan..
  • Sebenarnya saya teruja tengok babah saya ada..
  • Maklumlah dah beberapa hari tak jumpa..
  • Maka babah termasuk ibu saya menjadi mangsa melayan kerenah saya di pagi hari..
  • Akhirnya..
  • Beginilah keadaan saya akibat mengantuk teramat..
sssyyyy....




Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...