Followers Remaja Purba

Monday, December 31, 2012

Urusan 'cucuk' dak Nuha..


  • Dah tengahari baru nak update belog..
  • Apa pun tak boleh..
  • Nampak sangat aku semakin takde masa.. ---> macam aku sorang je yang sibuk ye dak..
  • Apa-apapun.. mai layan dak Nuha hari Jumaat lepas..
Nenek a.k.a pengasuh mandikan..
Masa untuk pergi 'cucuk' di hospital..


Balik dari check up.. rehat sekejap.. pastu.. makan time..
Nenek kalau masak.. apapun sedap.. jangan kata anak.. mak budak pun suka.. kihkihkih..

Dah kenyang makan..
Alhamdulillah..


Ibu.. jom balik.. hahaha..

  • Lewat petang sampai rumah, elektrik pulak takde kat taman aku tu.. nasib baik kitorang tak balik awal.. sebab dari pukul 3pm - 9pm takde elektrik.. haru dibuatnya..


psstt: Hari ni aku cancel cuti sebab banyakkkkk keje..

psstt lagi: Esok..?? hehehe.. tak sabar.. tak sabar..

last psstt: Entry terakhir bagi tahun berakhirnya 2012..



Friday, December 28, 2012

Hari ni ---> Offline..


  • Hari ni ---> offline dari jenguk ziarah teratak kawan-kawan..
  • Sepanjang hari akan berada di luar kawasan..
  • Dari hal anak-anak sampailah diri sendiri..
  • Yang pasti malam nanti tidurku bertemankan 'tendangan' dak Nuha..
  • Selain riuh rendahnya suara dak Kakak dengan dak Adik yang lagaknya macam Tom and Jerry tu..
  • Babah dorang pulak outstation ke Selatan.. akan memeriahkan isi rumah malam nanti..
  • InsyaAllah, nanti kita jumpa lagi..


psstt: Kakak.. Adik.. Nuha.. sabar.. bagi ibu selesaikan hal yang perlu diselesaikan baru kita balik rumah ye..


Thursday, December 27, 2012

Bila dak Kakak dak Adik dak Nuha takde..



  • Terasa sunyi pulak bila dak Kakak, dak Adik dengan dak Nuha takde..
  • Aku hadap hubby.. hubby hadap aku..
  • Apa nak buat ni..
  • Sudahnya..
  • Malam tadi ke pasar malam..
  • DAN..
  • Hasilnya..

Hubby yang nak sebenarnya..
Aku bukannya boleh makan dalam keadaan gigi sakit ni..


 
'Angry Bird'..


Kali pertama aku jumpa..
Maklumlah jarang pergi pasar malam area kat rumah aku ni kalau hubby takde..


  • Pagi tadi.. singgah rumah nenek jenguk anak-anak.. peluk cium gomol kejap dorang sebelum pergi kerja..
  • Esok aku cuti..
  • Pagi ---> Urusan kat sekolah dak Adik..
  • Petang ---> akan bawa dak Nuha untuk check up di hospital..
  • Lepas tu.. barulah bawak dak Kakak.. dak Adik.. dak Nuha balik rumah..
  • Itu perancangan aku untuk esok..


psstt: ...



Wednesday, December 26, 2012

Anak babah..



Nak tengok dak Nuha cepat tidur.. letakkan je kat sebelah babah dia..
 Syukur.. setakat ni dia tak banyak ragam bila babah dia outstation..
Mungkin sebab sejak dari dalam perut dia dah faham agaknya yang babah dia kerap outstation..
Sebab tu.. bila babah dia kat rumah.. takkan dilepaskan peluang..

DAN..
Aku pulak boleh rileks santai..

Comel je..

Ni pun sama.. tapi sekali pandang, nampak macam dak Adik masa kecik..

yang ni pulak.. lena je dak Nuha.. babah dia pun keluar..



psstt: Rasa tak puas pulak tak dapat tatap muka dia kan..?



Monday, December 24, 2012

Pasar Pagi Ahad..



  • Semalam.. pertama kali dak Nuha ikut kami pergi ke pasar pagi kat area rumah aku..
  • Boleh tahan semangat chubby badan dia aku dukung..
  • Sebenarnya aku teringin nak makan daging tapi lunch tengahari tu chef hubby masakkan kari kepala ikan..
  • Daging..? Beli simpan dalam peti sejuk.. bila nak masak.. eemm.. tengoklah malam ni kut..

Nak snap lelebih tak boleh.. kendong dak Nuha..




Kepenatan..
Balik rumah.. dapat susu.. terus zzzzz...



psstt: uwaaaa... aku sakit gusi.. sakit tak tahan.. rasa kejang mulut menahan sakit..

psstt lagi: Nak menangis jugak hadap kerja..

last psstt: airmata je belum keluar ni..



Saturday, December 22, 2012

Haa.. kan dah susah..



Kalau dikira jarak perjalanan petang semalam.. sampai Melaka dah..

Jalan jem standard..
Hujan lebat boleh tahan lagi..
Banjir memang tak diduga..
Tapi paling tak tahan..
Rasa nak..
'Uncle.. kasi tukar ini rim dengan tayar.. saya nak pakai yang standard balik..'

Uwaaaa... kalau tak mengenangkan empunya kete ni.. mau aku tinggalkan kat tepi highway semalam..



DAN..

Gara-gara aku upload kat dalam mukabuku..

Pagi tadi..

Merajuk sudah dia dengan memancitkan dirinya..
'weh.. aku nak guna kau ler.. nak merajuk pun kau tungguler tuan kau balik.. huhuhu...'



psstt: ssyyy.. aku nak kena cepat siapkan kerja office yang aku bawak balik sebelum hubby balik..


Friday, December 21, 2012

Keadaan semasa Mak Budak..



Kepada semua..
Kemaafan dipinta..
Ada ketika perancangan tak menjadi..
Bila mana kerja menunggu tak henti-henti..

No Muka Buku..
No Blogging..
Hati bagai digaru-garu..
Tapi terasa diri bagai diragging..

Ku kuat gagahkan diri..
Mengenangkan kerja bagai emergency..
Tak boleh tidak kenalah berdikari..
Menyiapkan kerja-kerja hakiki..



psstt: Lagi dekat nak masuk tahun baru, lagi meningkat beban kerja aku..

Tuesday, December 18, 2012

Tiada di pejabat..



Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Semalam, hari ni dan esok.. mak budak ---> akuler tu.. akan menghadiri kursus di Memorial Tun Abdul Razak, Kuala Lumpur..


Sekian,  untuk makluman..


SYMP,
mak budak a.k.a remaja purba..

(via 3310-I)


Saturday, December 15, 2012

Bertandang ke rumah Makchaq..


  • Balik dari percutian di Camaeron Highlands..

  • Dari sebelum Raya Aidiladha lagi perancangan nak ke rumah Makchaq.. gara-gara helmet dak Amir..
  • Tapi apakan daya.. sampai dak Amir dah kembali ke over the sea pun aku tak dapat jumpa..
  • Akhirnya..
  • Isnin - malam - 10 Disember 2012.. kitorang sampai ke rumah Makchaq..
  • Yang lucunya.. Makchaq kedengaran kelam-kabut masa aku call nak confirmkan lorong rumah..
  • Memikirkan esoknya Makchaq kerja, tu yang kami sampai awal.. kalau cuti.. aku rasa silap-silap bertunggu-tangga kitorang kat sana..

Nafisah yang sudi share mainan dengan dak Nuha..
Thank you dear.. luv n miss u so much..


Comel + cute kan dorang..
 
 
 
psstt: Amir.. sila jangan jeles okay..

Friday, December 14, 2012

Tragedi di Cameron Highlands

 
 
  • Tanda anak panah kat dahi anak buah aku.. dia jatuh tangga..
  • Kejadian berlaku masa nak pergi pasar malam Brinchang..
  • Cuma lebam dan dapatlah tanda tiga line kat dahi dia..
  • Sepanjang malam tu dia merengek jelah.. sakit + terkejut sebab jatuh..
  • Tapi syukur takde pape..


  • Ni lagi TAK menarik..
  • Nak jadikan sebab.. beberapa jam sebelum kitorang turun balik..
  • Di tangga terakhir kat bawah tu, dak Kakak lompat diikuti dak Adik (yelah.. aku pun tak tahu keadaan tanah tu macam mana sebenarnya)
  • Rupa-rupanya tanah dia peroi ---> licin..
  • Dorang berdua jatuh.. menggelongsor ke bawah..
  • Jangan tanya aku macam mana.. ngilu perut aku..
  • Dak Kakak cuma luka sikit kat lutut (nasib baik dia pakai pakaian tebal)
  • Yang teruk.. dak Adiklah.. bertanda kat hidungnya..
  • Menggigil badan aku masa turun nak dapatkan dorang..

  • Terima kasih pada sorang abang yang tolong bawak dak Adik naik..
  • Terima kasih jugak pada sorang abang tu yang bagi air mineral untuk bagi dak Adik dan dak Kakak minum..
  • Syukur dak Kakak dengan dak Adik takde pape.. bersyukur sangat-sangat..
  • Cuma batang hidung dak Adik jelah dapat cop mohor dari ladang teh tu..


psstt: Disebabkan tragedi itulah, makanya tiada gambar untuk dishare di sini..

psstt lagi: Satu percutian yang kurang menarik bagi aku..

last psstt: Nantikan pulak kisah di rumah makchaq..

Thursday, December 13, 2012

Percutian di Cameron Highlands..



Highway sesak sebab adanya camera EAS tu..
Cuba kalau takde..


Cuaca petang semasa kami baru sampai.. panas tapi berangin..
Syukur tak hujan sepanjang kami di sana..
cuma perjalanan balik turun arah Tapah, hujan lebat..
 
Tempat penginapan kami di Country Lodge belakang Balai Bomba Brinchang..
Memang aku pilih tempat penginapan yang dekat dengan pasar malam Brinchang..
Jalan kaki je.. kalau naik kereta.. nangis jawabnya.. sesak teramat..
 
Signal WiFi dalam apartment kitorang tak bagus sebab very poor sampai takleh nak online langsung..
 
Nak kata tak sejuk.. tipulah.. berdiri kat balkoni lama-lama pun aku tak sanggup.. sejuk tapak kaki aku..
 
 
Cahaya matahari baru keluar..
Awal pagi aku dah gedik santai kat balkoni apartment sambil layan pemandangan waktu pagi..
Pagi-pagi dah ada yang santai menghirup suhu sejuk dingin pagi..
 
Aku..? Tengok dari atas jelah sambil picit tekan hadiah 'in advance' dari hubby..
 
Motif..?
Banyak gambar aku tak dapat nak kongsikan sebab ada kejadian yang buat aku ngilu perut berlaku beberapa jam sebelum kami balik..
 
 
to be continue..
 
 
 
psstt: Tak dapat nak online bila dak Nuha turut sama nak gedik manja dengan lappy ku ini..


Wednesday, December 12, 2012

Friday, December 7, 2012

Salam Hari Jumaat..


  • Pagi.. aku sibuk dengan verifikasi stok di stor utama..
  • Petang.. akan sibuk dengan tugasan yang amat urgent memandangkan hari Isnin berkemungkinan besar aku akan bercuti rehat..
  • Malam nanti.. adik sepupu dari kampung akan turun..
  • Esok.. bermulanya percutian bersama keluarga.. ---> dak Kakak dengan dak Adik masih tak tahu..
  • Masalah Streamyx dah selesai.. balik kerja semalam try cuba test.. ok dah.. (jangan bulan depan jadi balik sudah..)
  • Perlahan-lahan aku cuba meredah arus kesesakan untuk ke teratak korang..



psstt: Tak sabar nak try menda baru weekend ni.. hadiah in-advanced dari hubby..

psstt lagi: Tak sabar.. tak sabar..

last psstt: Moga semuanya berjalan dengan lancar.. insyaAllah..




Thursday, December 6, 2012

Mak Budak ---> Berkursus..


  • Malu rasanya tetamu datang bertali arus tapi empunya diri masih belum membalas kunjungan..
  • Apakan daya.. semalam dan hari ni aku berkursus.. Makanya aku tiada masa untuk membalas kunjungan..
  • Ditambah pulak weekend ni nak gedik manjakan diri bercuti bersama family..
  • Meronta-ronta hati ni nak BW tapi keadaan tidak mengizinkan..
 
  • Lagi BEST..
  • Streamyx kat rumah buat hal.. dah buat aduan tapi sebab aku ni bukan berstatus VVIP pada mata TELEKOM makanya aduan aku masih berstatus.. BELUM SELESAI..
  • Macam manapun hari ni nak kena berurusan balik dengan pihak TELEKOM..
  • Lainlah kalau hari yang aku tak dapat guna tu aku tak perlu bayar.. rugi sebab kena bayar..
  • Bulan lepas dah kena.. bulan ni jadi balik..


  • TAPI..
  • Untuk meng 'cool' kan diri sendiri..



bila tatap belek tengok dia ni.. hilang segala rasa tak best..
diganti dengan yang indah-indah je.. walaupun dia ehem sekalipun..



Sebagai tanda mohon maaf kerana tidak dapat singgah ke teratak kengkawan semua..




psstt: dak Nuha belum boleh duduk lagi.. la ni dia sedang belajar nak berdiri.. juga masih belum sihat sepenuhnya..



Wednesday, December 5, 2012

Melur Jelita..






Setakat ni masih bertatih-tatih nak baca..
Belum ada masa.. ntah apa yang aku sibukkan pun aku tak tahu..

Setakat ni hubby belum warning..
'Nak cepat habis baca.. rebus je novel tu.. pastu minum airnya..'



psstt: Hari ni dan esok aku tiada menemani korang ye.. ---> perlu menghadiri kursus..



Tuesday, December 4, 2012

Tengok apa tu..




Muka baru bangun tidur..




 'Tengok apa tu..?'


...


...


...


...


...


...


...




 


kacau Babah dia rupanya..


psstt: Esok lusa aku akan menghadiri kursus.. kemudian terus sambung cuti hingga minggu depan..

psstt lagi: Maaflah ye.. cuti ni telah dirancang awal..

last psstt: Dak Kakak dengan dak Adik masih tak tahu dengan perancangan cuti kali ni..


Monday, December 3, 2012

Dak Nuha dan Mak Budak..



  • Dua-dua tak sihat..
  • Dua-dua tak larat..
  • Aku kat office..
  • dak Nuha kat rumah nenek..
  • Tak sampai hati nak cuti sakit sebab ada kerja urgent.. masalah.. problem..



psstt: Sila belajar bagaimana nak jaga hati orang yang KENA cover kerja yang bukan kerja hakiki tu.. Reti-retikanlah diri bertanya apa yang dah siap.. apa yang belum.. jangan hanya duduk menunggu kerja tu sampai ke tangan..

psstt lagi: Mintak tolong bagi kerjasama.. jangan nak harap 'bulan jatuh ke riba..'

last psstt: Mintak maaf kalau ada yang terasa..


Saturday, December 1, 2012

Kisah kenapa tak boleh upload gambar dalam BLOG..


  • Buat sementara aku terpaksa upload terus dari handphone 3310-i aku ke dalam blog.. kemudian baru di edit di computer.. Kat lappy aku tak try lagi.. Harap-harap takde masalahlah hendakNYA..
  • TAPI..
  • Aku nak tanya kat korangler..
  • Aku tengok dalam gallery dalam 3310-i aku tu semua gambar-gambar dari dalam blog secara automatik ada kat dalam gallery tu..
  • SOALAN aku..
  • Kalau aku delete kat dalam 3310-i aku tu.. adakah memberi kesan kat dalam blog aku..?
  • Gambar-gambar dalam blog adakah akan hilang..?
  • Kalau tak silap aku, aku pernah terbaca dalam satu blog tu, dia terdelete kat handphone, semua gambar dalam blog HILANG..
  • Adakah kemungkinan tersebut akan terjadi..
  • SEBAB.. aku risau.. takut ter.. delete.. ter.. padam terus gambar-gambar tu..
  • Sape tau ye..?



psstt: Leceh guna 3310-i aku tu tapi selagi aku dapat upload gambar oklah tu.. dari takde langsung ye dak..



Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...