Followers Remaja Purba

Friday, November 30, 2012

Kempen Derma Dara....H



28 November 2012 (Rabu)
  • Kempen yang dianjurkan oleh tempat kerja aku mendapat sambutan menggalakkan dari orang ramai..
  • Mendapat kerjasama penuh dari Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM)..
  • Ada juga cabutan bertuah diadakan.. aku pun dapat jugak.. tapi takdelah semahal mana.. tapi dapat jugaklah dari takde ye dak..

Lubang jarum tu..

Sesi mengepam..



450ml je bersamaan hampir sebotol air mineral 500ml..



psstt: Cadangan aku.. jadikan acara wajib tahunan untuk tiap 3 @ 4 bulan sekali.. ---> ada ke top management aku yang baca entry ni ye..

psstt lagi: Nak harap pergi sendiri ke hospital aku rasa tak kut.. 'sibuk' ---> alasan klise..

last psstt: Entry ni sebelum entry bawa dak Nuha ke EMERGENCY..



Thursday, November 29, 2012

Emergency <--- Fobia dengan perkataan ni..


(Amaran: Entry ni agak panjang..)
 
  • Pagi semalam.. kempen derma darah anjuran tempat kerja aku..
  • Entry ni akan diupload kemudian SEBAB..





  • Petang semalam..
  • Nenek a.k.a pengasuh anak-anak call bagitau dak Nuha dah menggigil-gigil.. kaki dia dah biru.. badan dia panas.. mintak aku balik bawak terus ke hospital..
  • Hubby pulak dak suku perjalanan ke Kota Bharu..'alamak.. sape pulak nak temankan aku ke hospital ni..'
  • Sampai kat rumah nenek.. nenek dah standby kat parking kereta.. aku lagilah panic tengok nenek nampak kelam-kabut..

  • Sampai kat hospital.. cari parking.. standardlah.. amik masa.. kalaulah boleh parking depan EMERGENCY tu..
  • Kat Emergency untuk kanak-kanak.. aku pulak yang gigil lebih.. dak Nuha merengek je..
  • Dah amik maklumat dak Nuha.. aku terus mandikan dia.. Kaki dengan tangan dia yang nampak gelap tu sikit demi sikit beransur ok..
  • Doctor bertugas mintak dak Nuha amik gas - kahak dia banyak.. (malam tadi kat klinik pun dah amik + ubat ikut montot).. Memula dia ok.. biasalah budak.. sekejap je.. pastu nangis merengeklah dia..
  • Kemudian sedut kahak pulak.. tang ni ibu tak boleh tengok ye..nanti melambatkan kerja dorang..
  • Walaupun urusan kat EMERGENCY tu sekejap tapi meninggalkan kesan kat aku..
  • Syukur semuanya berjalan dengan baik.. doctor and nurse bagi bantuan dengan baik.. terima kasih pada semua di EMERGENCY Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM)..


  • Tak habis kat situ..
  • Hubby mintak aku tidur kat rumah mak.. my MIL..
  • Memandangkan hospital dekat dengan rumah.. kalau ada apa-apa.. rumah dekat..
  • Kalau kat rumah aku.. jauh..
  • Malam tadi.. balik amik keperluan aku dan anak-anak.. dan berumahtangga kat rumah MIL..
  • Dak Nuha pun tak banyak ragam.. syukur..
 




 Buat yang rindukan dak Nuha..
TAPI..
ni bukan gambar semalam ye.
Semalam dia banyak tak pakai baju dari pakai baju..




psstt: Aku kerja hari ni.. biarlah orang nak kata apa.. ikutkan hati aku nak cuti tapi sape nak cover kerja aku + kerja yang bukan aku punya tu..




Wednesday, November 28, 2012

Tinggal sebulan je lagi..


  • Tinggal sebulan je lagi.. cuti persekolahan akhir tahun 2012..
  • Agenda...? Tak sampai 2 minggu dari sekarang.. -cuti-cuti Malaysia-..
 
  •  Tinggal sebulan je lagi.. nak masuk Tahun baru 2013..
  • Agenda..? Mencari masa untuk membeli keperluan sekolah dak Kakak dan dak Adik.. dak Nuha lagi 5 tahun.. hikhikhik..
 
  • Tinggal sebulan je lagi.. my anniversary..
  • In advanced ---> aku dah dapat dulu hadiahnya tapi tunggu waktu dan ketikanya aku akan share.. -untunglah-..
 
  • Tinggal sebulan je lagi.. Jalan super duper sesak balik..
  • InsyaAllah masa ni aku dah bersama awek hubby.. 'my new baby' belum ada nama tu pulak akan berehat kat rumah..


psstt: Banyak nak share kat sini pasal dak Nuha..

psstt lagi: Sedang berusaha untuk menyelesaikan masalah loading gambar ---> sebenarnya kat rumah tak boleh nak guna lappy bila dak Kakak ada..

last psstt: Tinggal sebulan je lagi kan.. kan.. kan..


Tuesday, November 27, 2012

Aku geram.. gggrrrr...


  • Malam tadi try cuba test guna lappy kat rumah, boleh pulak upload gambar.. Aku syak computer ni mula merajuk kat aku kot.. tapi setakat ni system dalam badan dia berfungsi dengan baik..
  • eemmm... eeerrr... mungkin jugak setting save gambar aku tu agaknya..
  • Ni gara-gara tukar barang baru.. barang lama tak lupa cuma bertukar tuan.. ---> ok.. aku yang silap..
  • Takpelah.. takde gambar pun tak bermakna tak boleh update ye dak.. ---> pujuk hati sendiri..

  •  Dak Kakak semakin chubby.. ---> bukan syak lagi tapi confirm penangan masa aku mengandungkan dia dulu.. Aku kuat makan.. makan.. makan.. non stop.. fuh.. tu yang dak Kakak terkena tempiasnya kot..
  • Dak Adik tak suka sangat makan nasi.. nak kena paksa baru makan.. takde nasi pun takpe pada dia.. tapi bila kat rumah nenek a.k.a pengasuh lama dorang tu.. huh! Takde nak pilih-pilih makan..
  • Dak Adik.. on off demamnya.. Hari ni badan dia panas.. merengek je pagi tadi.. tapi takdelah melalak meraung..
  • Babah dorang outstation ke Utara.. Moga perjalanan pergi dan balik selamat hendakNYA.. amin..
  • Aku..? Memendam perasaan.. gggrrr... ---> sebab kena buat kerja orang..



psstt: Nak buat entry pendek.. bila dah nak ending, baca balik.. eh! Panjang jugak..



Monday, November 26, 2012

Tak puas hati sebab tak berjaya..


  • Setelah percubaan dari pagi tadi untuk upload gambar tidak berjaya.. makanya tiadalah entry bergambar untuk hari ni..
  • Sikit punya bersemangat aku.. akhirnya mood ke hutan terus..
  • Ni gara-gara tak guna barang sedia ada tapi sebaliknya nak try cuba test menda baru..
  • TAPI..
  • Hampa..
  • Takpelah.. esok aku cuba lagi..
 
  •  Jumaat hingga Ahad lepas aku bercuti dari kerja-kerja hakiki di office.. Hari ni hadaplah sampai muntah ye mak budak ---> ditambah dengan kerja yang bukan milik aku..
  • Bukan muntah dah.. stress terus aku..
  • Apa-apapun, koranglah penyeri aku sepanjang hari ni..



psstt: Rehat nanti aku nak cuba lagi..



Friday, November 23, 2012

Blog aku dah kena serang dengan BEE..!!!


uncle..

auntie..





chak..
 





psstt: Saje je kan nak bagi orang geram tengok dia ni kan..

psstt lagi: Hari ni genap usia dak Nuha 7 bulan.. semakin cergas dan melasak je kerja dia..
 
last psstt: Ada tak yang nak taja tempat penginapan untuk aku bercuti nanti.. boleh peluk gomol mesra dia ni.. hikhikhik..
 



Thursday, November 22, 2012

1 + 6 + 14 + 13 = 34..


  • Sepanjang aku menggunakan laluan dari rumah ke P.J menuju ke rumah nenek a.k.a pengasuh lama anak-anak.. Aku tak pernah kira berapa jumlah BONGGOL yang aku redah..
  • Ok.. buat pertama kali dan nak hilangkan rasa bosan + mengantuk yang susah nak hilang tu.. aku dok mengira berapa jumlah bonggol-bonggol tersebut..
 
  • Dari rumah = SATU je..
  • Di susur Kelana Jaya lepas tol Subang = 6.. ok lagi..
  • Masuk P.J menuju ke rumah nenek = 14.. hah amik..
  • Dari rumah nenek ke office = 13.. hah.. tu dia..
  • Kalau manual, lenguh gak kaki nak layan clutch + brek memanjang..
  • Tempat korang ada macam ni..?


psstt: Kenapa aku rasa entry ni macam takde ending penutup ek..

psstt lagi: Esok aku cuti.. nak bawak 'my new baby' belum ada nama tu untuk pemeriksaan kali pertama..

psstt lagi: Bulan depan nak pergi bercuti ---> confirm.. tapi masih tercari-cari nak ke mana.. takut kalau lambat fully book pulak tempat penginapan..



Wednesday, November 21, 2012

Tenang tanpa gangguan..



Jangan kata korang.. aku pun geram tengok dia ni..
 
 
 
psstt: psstt.. psstt.. spray ridsect, jangan bagi nyamuk 'cium' badan boolat dak Nuha tu.. hahaha..
 
 
 


Tuesday, November 20, 2012

Tudung Saji..



Keadaan asal..

Selepas di 'serang' oleh dak Nuha..
Jangan tanya macam mana sebab aku pusing je tengok dah macam tu..

Nampak tak dia kat dalam tu..
Aku rasa kalau kaki dia tak terjulur keluar mesti korang confius apa motif tajuk entry ni kan..?
 
 
 
psstt: Hari ni aku nak pergi beli 'hand guide' untuk pergelangan tangan aku tu..


Monday, November 19, 2012

Lokasi terkini anak-anak..


  • Selepas hampir setahun bertukar pengasuh, bermula hari ni hinggalah penamat cuti persekolahan hujung tahun 2012.. dak Kakak, dak Adik dan dak Nuha akan berada di rumah nenek a.k.a pengasuh lama..
  • Kenapa mengapa usah ditanya sebab sebelum hantar ke pengasuh baru kat rumah aku, memang aku dah maklumkan tiap kali cuti penggal persekolahan, anak-anak akan berada di rumah nenek dorang..
  • DAN..
  • Pagi tadi, buat pertama kalinya..
  • Nak kata aku kelam-kabut tak jugak sebab barang-barang telah dihantar terlebih dahulu kelmarin.. cuma..
  • Pagi tadi.. dak Nuha bangun pukul 4.30 am dan langsung tak tidur..
  • Agaknya dia berdebar-debar kot sebab nak beralih pengasuh..
  • Dalam kereta..
  • Buat pertama kali dak Nuha duduk dalam baby car seat, nasib baik dia tak meragam..
  • Alhamdulillah urusan pagi ni berjalan dengan lancar cuma pagi tadi aku tersilap laluan ---> menghala ke office.. nasib baik Federal belum sesak..


psstt: Sekarang pagi-pagi aku akan exercise turun tangga dari tingkat 10 ---> turun je lah.. naik kena naik lif.. tak dayo eh..!

psstt lagi: Harap-harap aku tak terusssssss je balik rumah petang nanti, terlupa nak ambil anak-anak kat rumah nenek.. ---> tak leh bayangkan..

last psstt: Tengok dalam kereta.. aduh.. banyak dengan mainan dak Nuha.. ---> tak 'bujang' dah 'my new baby' belum ada nama tu..



Saturday, November 17, 2012

takkan kronik sangat kut





  • Try.. Cuba.. Test..
  • Akhirnya aku tak beli jugak.. hubby dok bising dah kat aku..
  • Mana taknya, aku dok merengek sakit je..
  • Sudahnya pil penahan sakit jugak aku telan..


psstt: Hubby outstation.. untung aarrr akhirnya dapat jugak ke sana..

Friday, November 16, 2012

Demam sebab nak beralih pengasuh..?


  • Panas badan dak Nuha berkurangan semalam tapi pagi tadi naik balik walau tak setinggi macam kelmarin..
  • 'Dia demam sebab nak beralih pengasuh ni..' bak kata nek Uda..
  • Bukan maksud nak tukar pengasuh tapi cuti penggal persekolahan anak-anak kuhantar ke rumah nenek dorang a.k.a pengasuh lama..
  • Selain dari cuti penggal persekolahan, anak-anak akan berada di bawah pengawasan pengasuh kat rumah aku..
  • Kenapa macam tu..? Jangan tanya sebab nanti aku kena buat entry khas pulak.. maka abaikan kenapa jadi macam tu..

  • Hari ni aku cuti tapi aku terpaksa ke office ---> ada kerja urgent untuk lawatan panel minggu depan disamping meng'cover' kerja PA bos..
  • psstt: Anak-anak buah aku taknak cover kerja PA tu, ada tak yang rela hati nak tolong aku..?
  • Kalau takde apa-apa aral, tengahari ni aku amik dak Kakak kat rumah MIL sebab pagi esok dia ada kelas Iqraq kat sekolah..
  • Hubby pulak outstation ke selatan.. ada ciri-ciri nak demam tu.. 'Hai bang.. baru 2 hari tak jumpa dak Nuha.. nak demam..?'
  • Dak Adik pulak makin liat nak mandi pagi sebelum ke rumah pengasuh.. dia tahu sebab dah start cuti sekolah..
  • Sikitpun dak Adik tak hairan bila dak Kakak takde kat rumah.. kalau tak.. macam 'Tom and Jerry' dorang berdua tu..


psstt: Moga semua yang membaca entry ni berada di bawah lindunganNYA dan sihat dalam menjalani kehidupan seharian.. insyaAllah..


Wednesday, November 14, 2012

Dak Nuha demam panas..!


  • Balik kerja tadi.. pengasuh bagitau badan dak Nuha panas sangat.. 4 kali dah dak Nuha dimandikan..
  • Memang panas sungguh, tak fikir apa dah terus bawak ke klinik..
  • Apalah yang dia tau selain merengek menangis..
  • Bab-bab anak tak sihat ni aku memang cepat panik.. teramat risau walaupun anak-anak cuma demam biasa..
  • Kebetulan pulak hubby outstation ke Utara.. moga sepanjang ketiadaan hubby ni dak Nuha tak meragam teruk..
  • Tangan aku pun tak sembuh elok lagi ni.. nak dukung dia pun menahan sakit..
  • Ok.. ok.. aku nak out dulu.. dak Nuha meragam.. tadi dia tidur lepas makan ubat..

Sup Urat Ketin di Bangi



Hari Kejadian: Isnin (12 November 2012)
Tempat dan masa kejadian: Bangi - 9 malam..

  •  Penat balik kerja tak hilang lagi, menjamu selera pulak di Bangi.. sikit punya jauh tempat tujuan.. ni gara-gara baca entry ni ---> http://azieazah-aa.blogspot.com/2012/11/sup-urat-ketin-lagi.html
  • Tiada gambar tempat kejadian 'Sup Urat Ketin'.. pstt: perkataan urat tidak kelihatan --- mentolnya terbakarler tu..
  • Makan besar bersama semua adik-beradik hubby, anak-anak buah termasuk MIL..

Sementara nak tunggu makanan tiba..

Aku memang tak pegang dia ni.. tangan sakit ntah bila nak baik..


Aksi tengok orang makan, dia pun sama nak..

menu utama: Sup Urat Ketin.. bagi aku biasa je.. lagi best sup gear box..
air pulak: 3 jug besar kitorang order.. senang.. untuk satu family besar.. (napelah tak ingat nak amik gambar jug tu kan..)
Subjek utama: nak pergi makan.. maka gambar pun cukup makan je lah..


Selesai sudah.. cuma kitorang tak tolong angkat hantar ke dapur untuk dicuci je..



psstt: dak Kakak masih di rumah MIL.. langsung takmo balik pulak dia.. siap merajuk tarik muka..

psstt lagi: Penat semalam mengemas rumah.. barang bilik A pindah ke bilik B, barang bilik B pindah ke bilik C.. hubby cakap dah macam orang baru pindah rumah..

last psstt: Esok Awal Muharram.. Lusa aku cuti nak bawak dak Nuha cucuk 6 bulan kat hospital..




Monday, November 12, 2012

Keasyikan yang terserlah


  • Minggu ni agak mengasyikkan bagi mereka yang dah rancang nak cuti panjang..
  • Aku juga terkial-kial kat office.. kalau aku cuti pun bukan boleh buat apa.. hubby pun kerja.. Lainlah kalau cuti.. confirm sedang berjimba-jimba beronok-ronok..
  • Hari ni datang kerja dengan pakwe aku yang comot-momot tu.. cuci pun buat penat je.. ---> ada projek perumahan berhampiran kediaman aku, maka faham jelah keadaan jalan jadi macam mana..
  • Rutin harian.. bla.. bla.. bla.. cuma hari ni kekurangan ahli ---> dak Kakak kat rumah MIL..
  • Nasib baik dak Adik ada.. kira ada penemanlah malam tadi memandangkan hubby outstation.. ---> penakut jugak mak budak ni.. 'Aku tak takut.. cuma cuak je..'
  • Selamat bercuti panjang pada mereka yang cutinya dah diluluskan..
  • Selamat bekerja pada mereka yang tak apply cuti atau cuti mereka yang dibekukan..
  • Esok raya.. aku pun ikut sibuk shopping sakan.. part paling best, bukan setakat anak-anak, aku pun ada baju dan seluar baru.. tu baru sikit aku gedik manja kat hubby, kalau lebih-lebih.. mahu dapat adik kecik dak Nuha tu.. ---> ok.. terkeluar dari topik asal..  
  • Esok raya.. Selamat Hari Deepavali bagi mereka yang menyambutnya..


 psstt: Rasa macam kosong pulak bila takde psstt.. psstt.. ni..



Sunday, November 11, 2012

Hujung minggu yang mengasyikkan..


SABTU:
  • Lewat petang ke Sepang Circuit.. baca macam best.. walhal buat lintas hormat je pun..
  • Subjek utama.. nak tengok berapa jauh Enstek dari rumah aku ---> yang ni serius memang jauh dan tak berbaloi terutama dari segi kos pergi dan balik serta masa yang berkualiti dengan anak-anak confirm semakin kurang.. silap-silap langsung takde..!!
  • Agak-agak ada tak silent reader dari top management aku.. ---> rasa macam nak buat entry khas pulak pasal ENSTEK ni..
  • Dari sehandsome-handsome pakwe aku, terus comot-momot sebab kat area tu hujan lebat + lecak..
  • Dah puas cuci mata dalam hujan tu.. rumah MIL arah tuju seterusnya.. part ni dak Kakak paling suka.. hubby mintak aku standby baju dak Kakak untuk beberapa hari.. (mentang-mentanglah cuti sekolah..)

AHAD:
  • Motif utama ---> beli beberapa peralatan untuk kegunaan sendiri (andai ada kenduri kecik.. senang dah ada..)
  • Paling tak menahan.. satu Kedai JEANS ni tengah ada promosi.. yang ni paling aku suka sebab hubby rela hati nak belikan untuk aku.. thank you hubby.. I LAP U lah.. ---> macam aku pulak nak sambut raya siap beli seluar baju bagai..
  • Sunyilah pulak dak Kakak takde.. dak Adik mati kutu takde geng gaduh..
  • Dak Nuha.. sibuk jelajah dari depan hingga ke belakang.. habis comot baju sebab dia 'lap' lantai..



psstt: Nasib baik tak boleh pakai Edwin tu ke office, kalau tak.. datang kerja bau kedailer baju dan seluar aku..

psstt: Kalau sekali pergi boleh dapat Jeans.. kalau aku gedik manja lagi, mau satu kedai tu aku dapat gamaknya.. hahaha..

last psstt: bak kata anak nenek Uda.. 'untunglaa..'



Saturday, November 10, 2012

Congak-congak.. Kira-kira..


  • Setelah beberapa hari check in di ward, awek hubby bakal menjalani major operation hari ni. Harapan dan doaku moga si dia kembali sihat gagah perkasa dalam melayani kerenah aku nanti..
  • Dengan pakwe baru ni, aku rasa macam ada pegawai JPJ dok sebelah aku (betapa berhemahnya ketika bersama pakwe baruku itu)
  • Sungguh tak sabar rasanya nak gedik manja dengan awek hubby tu nanti.. bakal menjadi perhatian kembali abang-abang and uncle-uncle traffic.. Juga mereka yang pandu 'makan angin' depan aku..
  • Nak cerita lebih-lebih pun tak boleh sebab takde depan mata lagi.. kenalah bersabar buat sementara walau dalam kepala dah semak seribu nak congak-congak.. kira-kira.. kosnya nanti..


psstt: Berdebar-debar + teruja nak tunggu hasil dari major operation tu nanti..

psstt lagi: Tak tau dah nak describe macam mana..

last psstt: Nak gedik manja kat hubby ---> 'jom cuti-cuti Malaysia..'


Friday, November 9, 2012

Hari terakhir persekolahan bagi sesi 2012




Adik: Ibu hantar adik pergi sekolah hari ni boleh tak..? Hari ni je..

Aku: Ibu bukan taknak hantar tapi nanti ibu lambat sampai office, balik kerja ibu lambat sampai rumah..

Adik: Bolehlah ibu.. kali ni aje..
Kesian aku tengok muka mengharap dak Adik.. tapi apakan daya..

Ni kalau tak kena gaya mahu merajuk taknak ke sekolah ni.. Tak cukup dak Adik, dak Kakak pun sama.. Alahai anak-anak..


Sambil pujuk, aku cakap pada dak Adik, 'nanti kat sekolah bagi hadiah kat cikgu Ayu dengan Ibu Haida ye..'

Idea asal datang dari hubby.. 'bagi je Tupperware, dari simpan tak guna elok jugak guna sebagai hadiah..'


Dan Hasilnya..
Aku boleh lupa nak beli pembalut hadiah malam tadi..
Maka, kenalah guna apa yang ada..
Pagi tadi siap pesan kat dak Adik berkali-kali jangan lupa bagi hadiah pada cikgu ye..




psstt: Hari ni ada temujanji dengan Paklong Yad.. Moga harapan menjadi kenyataan hendakNYA..


Thursday, November 8, 2012

Maafkanlah ye..


  • Perkembangan diri aku setakat ni semakin baik.. memang akan lebih berhati-hati, tidak akan sekali-kali mengangkat berat.. Katakan TIDAK..
  • Pergelangan tangan akan mengambil masa yang lama untuk sembuh, memandangkan keperluan dan kehendak pelbagai pihak perlu aku penuhi, maka tiada sebab untuk aku tidak menggunakan tanganku ini ---> sakit pun sakitlah, janji segala kerja siap.. terpaksa tahanlah..
  • Rawatan Fisioterapi.. yang ni belum difikirkan nak pergi bila..
  • Kalau dak Nuha masih tak ok lagi, aku kejarkan ke hospital ler jawabnya..
  • Dak Kakak dengan dak Adik dah tak sabar nak cuti sekolah.. hip hip horrey.. (dorang tak tau tu, sepanjang cuti sekolah ni dorang kena tinggal kat rumah nenek a.k.a pengasuh lama ---> confirm dorang mengamuk taknak nanti.. hahaha..)
  • Awek hubby akan masuk ICU minggu depan, buat sementara ni dia ditempatkan dalam ward biasa dulu..
  • Korang maafkanlah aku ye sebab tak sempat lagi jengah teratak korang..








Wednesday, November 7, 2012

Pemeriksaan di hospital..


  • Pemeriksaan di hospital semalam, sekurang-kurangnya membuatkan hubby lega dengan penerangan doctor, aku apatah lagi..
  • Syukur tidak melibatkan tulang belakang, manakala pergelangan tangan aku akan mengambil masa yang lama untuk sembuh..
  • Doctor cadangkan aku perlu jalani fisioterapi di hospital ---> akan diusahakan..
  • Selesai urusan di hospital, ada beberapa siri lawatan penjajahan penjelajahan dalam mencari beberapa barang untuk dak Nuha..
  • Kepenatan..
  • Ikutkan hati, aku nak cuti hari ni tapi memikirkan kerja yang banyak, kupaksa diri hadir di pejabat..


psstt: Semakin tiada masa kerana ada beberapa perkara penting yang masih belum selesai..

psstt lagi: dak Nuha pun masih belum baik dari batuk selesema..

last psstt: ...




Tuesday, November 6, 2012

Meraikan dak Adik di Tadika..


Semalam aku cuti sempena meraikan sesi penyampaian cenderahati di Tadika dak Adik..
 
Tengok jam baru 3:33 am..
Masih awal lagi sementara nak tunggu hari siang..
 
 
Pagi: 10 am..
Lokasi: Seperti di bawah..

 Nampak je kelibat aku, mulalah dia nak tunjuk hero..
Kawan-kawan kat dalam, dia pulak sibuk nak main kat luar..
 
 Sementara nak tunggu Timbalan Pengerusi datang untuk sesi penyampaian cenderahati kepada semua kanak-kanak Tadika, cikgu Ayu adakan kuiz..
dak Adik yang pakai songkok itu..
 
 Sesi penyampaian cenderahati..
 
 dak Adik yang ceria..
 
 dak Adik jadi malu sebab dia dapat beg warna pink.. tapi takpe dik.. isi dalamnya bukan pink..
 
 YB-YB kecik sedang menunggu hidangan utama ---> nasi ayam..
 
Apalah yang dibincangkan YB-YB kecik itu agaknya..
 

psstt: Hari ni hubby cuti temankan aku ke hospital ---> kes sakit pinggang dan pergelangan tangan.. Moga semuanya berjalan dengan baik dan tiada masalah besar menimpa..


Monday, November 5, 2012

Demam tumbuh gigi..



Perbualan babah dengan anaknya yang baru berusia 6 bulan..

Babah: Atok.. Nuha dah tumbuh gigi ni.. Atok bila nak tumbuh gigi atok..?
dak Nuha senyum sengih je dia..

Babah: Nuha dah ada 2 batang gigi atok..
dak Nuha terkebil-kebil tengok babah dia.. apalah yang dia boleh buat selain perhatikan aksi babah dia..



psstt: Agak-agak, kalau my FIL baca entry ni apalah respond dia kan..

psstt lagi: Dak Nuha masih belum sihat..

last psstt: Pagi ni ada sesi penyampaian sijil di Tadika dak Adik..


Sunday, November 4, 2012

Taklimat Pra Sekolah dak Adik


  • Dari depan rumah hubby pindahkan ke belakang rumah masa Hari Raya kedua Aidiladha minggu lepas.. Moga tumbesaran pokok-pokok cili tersebut tak terbantutlah hendakNYA.. Setakat ni aku tak perlu nak siram time balik kerja sebab dah memang hujan.. Syukur.. terima kasih Ya! Allah..

 Aku tengok cili tu tak gebu.. slim je.. 

  • Aku pulak suka tanam pokok kunyit.. macam best je tengok daunnya yang banyak.. pastu aku tak tahu nak buat apa.. ulat pun suka..
 Sebelum ni rimbun, tapi sebab tak dijaga rapi, inilah jadinya..
 
 yang ni baru tanam, gebu-gebu macam tuannya.. 

  •  Pokok limau kasturi hubby dah jadi hidup segan mati tak mahu aku tengok..
 Memula beli gebu je tapi sebab dia terselit antara pokok-pokok cili tu, maka hilang serinya, kuat betul rajuk pokok ni.. 

  • Pokok bunga kertas tu pulak, bila dok kerap cantas, merajuk takmo keluar bunga.. tapi aku syak aku silap letak baja ---> baja buah.. patutnya baja untuk keluarkan bunga..
 Ni baru nak keluar dua kuntum.. moga bertambah lagi dan lagilah hendakNYA..
 
 Sebelum ni memang banyak bunga.. tapi terikut perangai si pokok limau kasturi tu dia pun ikut merajuk..

  • Hubby cakap nanti belilah macam-macam pokok.. kat belakang rumah tu kan luas..--> tu nada perli tu.. sebab kalau boleh semua aku nak tanam padahal tanah sekangkang gajah je pun..


psstt: dak Adik yang bosan ketika sesi Taklimat Pra Sekolah pagi semalam.. dia asyik tanya 'Mana cikgu Ayu ibu..?' 'cikgu Ayu tak datang ke..?'



psstt: Nuha.. masa untuk mandi..






Saturday, November 3, 2012

Kerabu Mangga Bunga Kantan


Untuk makluman ---> entry ni dah lama dok terperam kat dalam draft..

Bahan  utama..
 
 
Tapi masa buat ni kat rumah MIL.. Buah mangga pun kait jolok je depan rumah..

Bunga kantan, siapa yang suka letaklah banyak..
 

Kat rumah MIL ni, bila ada projek makan-makan, maka ramai makcik-makcik join..
Memang happeninglah.. sama jugak macam kat rumah aku kalau buat makan-makan..
 
 

Inilah hasilnya..
Dapatlah merasa sorang sikit..
 
 
psstt: Aku pulak terliur masa edit entry ni..
 
psstt lagi: Tertunai sudah nak update pasal kerabu mangga ni..
 
 

 
 

Friday, November 2, 2012

Internet dan anak-anak


Kes kecurian cable talian telefon sebelum ni telah memaksa aku membuat 2 aduan dalam talian kepada pihak Telekom gara-gara hampir 2 minggu aku tak boleh online sambil berbaring atas katil..

Kali pertama, takde pun mesej atau panggilan dari Telekom ---> senyap je..
Kali kedua, aku tekankan pada dorang macam mana aku nak buat kerja kalau unable to connect.. bil kena bayar.. habis tu yang 2 minggu aku tak boleh guna tu camne kaedahnya..?

Bila dah dapat online, aku kena bersandar atas katil untuk keselesaan bahagian pinggang.. Sekarang ketara sakit sebelah kanan, terbongkok-bongkok dah macam 'nenek-nenek si bongkok tiga' pulak.. ---> kalau takde aral, minggu depan aku pergi hospital buat pemeriksaan termasuk sekali dengan pergelangan tangan kanan aku..


Dak Nuha pulak masih belum sembuh dari batuk dan selesema.. suara dia jangan cakaplah.. aku rasa dah macam bukan suara anak aku.. biasa kuat, ni hampir tak kedengaran.. punyalah teruk keadaan dia sekarang..

Apa-apapun moga dak Nuha cepat sembuh, begitu jugak dengan dak Adik.. memasing batuk sesaje.. nasib baik antibodi dak Kakak kuat.. tapi dak Kakak kuat makan ---> mana tak gemuk.. bila aku cakap macam tu dia marah.. hahaha..




psstt: Aku dah mula rindu nak date dengan awek hubby.. tak sabar nak main 'cucuk' montot kat highway..



Thursday, November 1, 2012

Pecah + Rosak sudah..



Hebat tak penangan dak Adik..??
Dia geram dengan game yang dia main, dia boleh karate aiiiyyaarrkkk kan benda ni..



psstt: Tak terkata dah dibuatnya..

psstt lagi: Nak marah bukan benda tu boleh kembali seperti yang asal..

last psstt: Tapi marah jugaklah..



Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...