Followers Remaja Purba

Saturday, September 29, 2012

Tidak Ber update..





psstt: mak budak sedang sibuk..
 
 
psstt lagi: nak balik kampung..
 
 
last psstt: akan update kemudian..
 
 
 

Thursday, September 27, 2012

Sabar..



Ya Allah.. Ya Tuhanku..

Kau berikanlah aku kekuatan dan kesabaran dalam menangani masalah ini..




Wednesday, September 26, 2012

Beralih bulan <--- dak Nuha..


Petang Semalam:

 Perkembangan terkini.. mengangkat punggung dan mula 'meneroka' sekelilingnya..

 Berusaha untuk menelentang balik ---> yang ni dia baru dapat step..

 
Biasa susah tengok dia nak pandang bila aku amik gambar dia ---> sekarang dah mula tunjukkan reaksi positif.. cuma belum dapat amik gambar time dia senyum.. mesti buat muka pelik tengok aku..






psstt: Alhamdulillah pagi tadi dak Nuha nampak ok sikit berbanding semalam.. Moga dia cepat sembuh hendakNYA..

psstt lagi: Berbanding dak Kakak dan dak Adik.. dak Nuha paling teruk ragamnya bila tiap kali beralih bulan..

last psstt: Ikutkan hati aku nak cuti jaga dia kat rumah tapi kerja berlambak kat office melambai-lambai aku.. Kalau tangguh, alamatnya tak mampu nak senyumlah aku dibuatnya..



Tuesday, September 25, 2012

Babah dan Nuha..


Memandangkan Ahad lepas aku dan family tak dapat nak ke mana-mana disebabkan hubby baru balik outstation dan dan Nuha meragam tak sihat, maka inilah hasilnya..
  
SEBELUM..

Suburkan.. kihkihkih..
Pokok Mahkota Dewa dan Pokok Betik melatari belakang rumah.. 
Ni lagi suburkan..
Nampak sangat tuan tanah takde masa nak manjakan tanah tak berapa 'ekar' ni..
  
 
SELEPAS.. 
Pokok Mahkota Dewa telah dialihkan ke jalan masuk lorong rumah aku..
Pokok Betik telah ditiadakan kerana buahnya didapati menghadapi masalah dalaman ---> buah betik yang tinggal kuagihkan pada jiran yang nak..
 
Barulah nampak pokok kunyit yang sebelum ni terlindung disebalik rimbunan pokok yang aku tak tahu nama ---> terima kasih pada hubby yang memanjakan diri mengemas belakang rumah..
  
 
SEMALAM..
 
Kesian dak Nuha masih belum sembuh sepenuhnya..
Selain dari sebab beralih bulan aku syak dia dah tak serasi dengan susu yang aku bagi.. Doc. cadangkan juga pertukaran susu untuk dak Nuha..
DAN.. moga dak Nuha serasi dengan susu yang baru kubelikan itu..
 


psstt: Moga dak Nuha cepat sembuh hendakNYA.. risau sebenarnya nak tinggalkan dia tapi komitmen di pejabat pun menunggu aku..
 



Monday, September 24, 2012

medey.. medey..



Entry ini tiada gambar..

Alhamdulillah sukaneka sekolah dak Adik berjalan dengan lancar.. Walaupun aku bukan AJK bertugas tapi aku turut serta membantu serba sedikit apa yang boleh dibantu ---> cepat mula cepat habis..

Kumpulan Merah.. dak Adik salah seorang ahlinya, merupakan Juara keseluruhan bagi acara yang disertai dari 4 kumpulan.. Bangga...? Dah tentulah.. ditambah pula dengan kasut yang babah dia baru beli malam semalam sebagai pembakar semangat untuk dak Adik..

Sepanjang aku uruskan dak Adik, hubby kat rumah uruskan dak Nuha ---> buat pertama kali hubby mandikan dak Nuha.. Aku pulak yang cuak risau.. Maklumlah biasanya aku yang buat..

Gathering Glamour Raya 2012 bersama Blogger di rumah Dato' LF pun aku tak dapat join.. Hubby tak cukup rehat, dak Nuha tengah meragam..



psstt: Pagi ni nak bawak dak Nuha ke klinik, 2 hari masih belum sembuh lagi.. Tak lena tidur kami dibuatnya..

psstt lagi: Bukan sengaja tak masuk office tapi keadaan dak Nuha agak membimbangkan aku dan hubby..

last psstt: Kepala tengah semak dengan kerja yang tertangguh sejak minggu lepas..


Sunday, September 23, 2012

Bye bye Nuha..


Gigih aku cuba menyiapkan entry ni sebelum aku dilanda kesibukan sepanjang hari..
  • Syukur hubby selamat sampai dari outstation malam tadi.. Jangan kata dak Kakak, dak Adik, dak Nuha.. aku pun jadik teruja sebab hampir seminggu kami tak dapat gedik manja..
  • Memandangkan pagi ni sukaneka dak Adik, hubby sanggup bawak kami keluar malam tadi semata-mata nak belikan dak Adik kasut bagi menggantikan kasut yang telah uzur sebelum ni ---> pembakar semangat untuk dak Adik..
  • dak Kakak akan kujadikan teman sepanjang sukaneka dak Adik..
  • dak Nuha akan kutinggalkan di bawah jagaan babah dia..
  • All the best untuk dak Adik..


psstt: Malam ni genap 5 bulan usia dak Nuha ---> dari malam semalam dak Nuha berak-berak.. orang tua-tua cakap 'nak beralih bulan'.. betullah tu.. sebab warna ehem dia lain dari biasa.. Kesian jugak kat dak Nuha.. tak puas tidur pun ye.. meragam usah cakapler. Moga perkembangan dia hari ni lebih baik dari semalam..

psstt lagi: Hubby sedang berusaha mendapatkan sesuatu yang besar untuk kami sekeluarga..

last psstt: psstt.. psstt.. hubby cakap aku dah kurus <--- kembang kempis kempus hidung aku bila kena puji cenggitu.. tu baru seminggu tak jumpa..



Saturday, September 22, 2012

Ulasan Hari Ini..


  • Pukul 5am dak Nuha dah ajak aku main.. sejam lepas tu baru nak tidur ---> lena sampai dekat tengahari..
  • Bila dak Nuha dah bangun, dak Adik pun turut bangun ---> malam tadi kupaksa tidur awal sebab aku terover mengantuk..
  • Hari ni dak Kakak dengan dak Adik ada sekolah ganti ---> maka dari pagi aku memang dah sibuk..
  • Dah siap masak lauk, baru perasan nasi tak masak lagi.. tapi masih sempat dak Kakak makan dan bawak bekal ke sekolah ---> esok chef hubby ada.. yeyeye..
  • Hanya selepas hantar dak Kakak ke sekolah baru dak Nuha kumandikan..
  • La ni dak Adik layan channel cartoon.. dak Nuha layan toys dia..
  • Malam nanti baru anak-anak dapat jumpa hubby ---> dak Adik asyik tanya bila babah balik..



psstt: Menu pagi tadi.. nasi lemak daun pisang..

 
psstt lagi: teringat masa sekolah rendah dulu, ada sorang budak ni ejek aku makan nasi lemak daun pisang.. aku pulak tersentap masa tu.. Lama jugaklah aku elak makan nasi lemak daun pisang gara-gara ejekan budak tu <--- aku tak suka dia..

last psstt: Moga pagi esok tak hujan ---> ada sukaneka sekolah dak Adik..



Friday, September 21, 2012

Rentetan Birthday dak Kakak..


Malam semalam..

Kakak: Ibu.. esok harijadi kakak kan..?
Ibu: A'ah, nape..?
Kakak: Petang esok sekolah tak..?
Ibu: Sekolahlah, mana ada cuti.. (berkerut dahi memikirkan cuti apa pulak)
Kakak: Bukan ke esok harijadi kakak, takkan takde cuti..?
Ibu: Mana ada cuti, kakak sekolah macam biasalah..


Masa tu aku tengok airmata dia dah bergenang, tapi aku takdelah tanya pulak..
Kesian kat dak Kakak.. mesti dia fikir akan diberikan cuti sebab hari lahir dia..



psstt: dak Kakak asyik bertanya bila nak makan kek---> Sabarlah kakak.. hujung minggu depan insyaAllah kita celebrate dengan family atok babah ek..

psstt lagi: Nampaknya peristiwa hari lahir dak Adik berjangkit pada dak Kakak ---> aku lupa wish pagi semalam..

last psstt: Hujung minggu ni ada sukaneka sekolah dak Adik..



Thursday, September 20, 2012

Lahirnya dak Kakak..


  • Hari ni genap 8 tahun usia dak Kakak membesar depan mata aku..
  • SELAMAT HARI LAHIR KAKAK..
  • Moga kakak dianugerahkan kesihatan yang baik dalam menjalani kehidupan seharian dan sentiasa dilindungi, dirahmati serta diberkatiNYA..

Kenangan menarik semasa mengandungkan dak Kakak..
  • Ketika kandungan berusia 6 bulan aku ligat bermain ping pong ---> masa ni ada game kat office..
  • Bos aku tak bagi mulanya.. tapi berdasarkan syarat yang diberi, takde pulak kata ibu mengandung tak boleh main ---> tu alasan nak main sebenarnya..
  • Akhirnya dapat jugak aku main dan berbaloi sebab menang ---> eleh.. menang sebab orang kesian je tu.. Tak kisahlah janji aku menang..
  • Lepas game, balik rumah.. seluruh badan sakit-sakit.. kena bebel lagi dengan hubby ye ada ---> ni padan muka aku.. gatal sangat nak main..
  • Syukur Alhamdulillah takde apa-apa berlaku sehinggalah dak Kakak selamat menjengah dunia..
Itu hanya sebahagian kecil dari kenangan 8 tahun dulu.. Kenangan yang akan sentiasa terpahat dalam lipatan sejarah hidup aku dan hubby..



psstt: Akan celebrate birthday dak Kakak hujung bulan ni..

Wednesday, September 19, 2012

Berhati-hati dalam memilih kawan..


Pada header blog kakcikseroja:
Pesan suami kakcik : 'kalau seseorang itu boleh memburukkan orang lain di hadapan awak, janganlah awak hairan bila di belakang awak, dia memburukkan awak pula.."


Nampak luaran baik tapi tak sangka kau ni jenis cepat menyampaikan.. Dalam berhati-hati tu terkena jugak aku rupanya..



psstt: Pengajaran jugak bagi aku ---> kalau aku tak sedar lepas ni tak tahulah nak kata apa..

last psstt: Aku nak buat macam yang sorang tu lah.. Kau kau.. Aku aku.. Biar lantak orang nak kata apa.. janji aku tak sakit hati tak pecah dada dok menahan rasa..



Tuesday, September 18, 2012

No Entry..


  • Korang apa khabar..?
  • Apa cerita korang sepanjang 3 hari bercuti ni..?

  • Aku..?
  • Rasa macam dah lama tak balik rumah.. tapi sesekali tenang jugak bila ada kat luar kawasan ni..
  • Keluar senyap-senyap.. Balik pun senyap-senyap.. Jangan peduli apa orang kata..



psstt: Rasa nak tidur sekejap.. tak puas rehat tapi puas keluar..



Monday, September 17, 2012

Putrajaya memanggil-manggil..


Sabtu (8 pm)
  • Menghadiri kenduri kahwin member office di Pusat Komuniti Sri Petaling
 
Menu: Nasi beriani.. kambing wajib ada...

dak Nuha tak cukup tidur.. ni time aku tengah makan..
 
 
Selesai di situ, kitorang meneruskan perjalanan ke Putrajaya ---> rumah blogger Makchaq..


Layanan dari Makchaq sekeluarga memang best.. seronok.. lagi-lagi dorang suka melayana dak Nuha.. Kebetulan hanya dak Nuha je yang kami bawa.. dak Kakak dengan dak Adik kami tinggalkan sekejap kat rumah MIL..

Hampir lewat malam baru kami balik.. itupun sebab kami nak tunggu Pakchaq sampai dari Utara.. Walaupun Pakchaq kepenatan tapi masih sudi meluangkan masa melayan kami..


Taraaa.. telah bertukar sepersalinan pakaian..
Terima kasih pada Makchaq, ni kira pakej dari Makchaq sebab kami ke sana sehelai sepinggang..
 

Ni pagi Ahad.. penat betul dorang berdua ni.. macam pikul batu-bata babah dorang cakap..

Aku tengok dia ni pun jadik geram..




psstt: Kalau tak memikirkan kenduri kat rumah MIL, rasa tak nak balik pun ada malam tu..

psstt lagi: Salam takziah buat k.Yanz dan keluarga atas kehilangan suami pada pagi semalam (16092012).. Moga arwah ditempatkan dikalangan mereka yang beriman.. kuat semangat dan sabar banyak-banyak..

last psstt: 3 hari tak balik rumah.. ntah apa cerita agaknya..


Sunday, September 16, 2012

Baby tersedu..?

 PAGI:
Ni baru sampai kat rumah MIL..

 
PETANG:
 Masa untuk mandi..
 
 dak Nuha dah tersedu-sedu tapi sila jangan ikut kaedah ini..
 
 
 
psstt: Nanti aku share kisah menarik malam tadi.. memang menarik..
 
 
 

Saturday, September 15, 2012

Aktiviti hari ni..

 
 
Selamat Pagi semua..
 
Dah sarapan..?
 
Apa aktiviti korang hari ni..?
 
Aku pulak akan berada di luar kawasan sepanjang hari ni..
 
 
 
 baby besar..

Stail tidur terkini dak Nuha..

 

Friday, September 14, 2012

Tanpa mereka sunyi rasanya..




Adik, mana Nuha..?
 

dak Kakak.. dak Adik.. dak Nuha..
 
 
 

Buah mangga dari kakcikseroja
 

Lengkap pencicahnya tapi amatlah ketara masamnya..






psstt: Terima kasih pada yang mendoakan kesihatan hubby..



Thursday, September 13, 2012

Cuti Sakit.. Cuti Kecemasan..



Semalam aku cuti kecemasan disebabkan hubby kurang sihat ---> sejak Isnin hubby cuti sakit sebenarnya.. Hari ni pun hubby nak sambung cuti sakit lagi..

Dari membahayakan keselamatan diri biarlah hubby berehat kat rumah walaupun sebenarnya tak jugak nak dapat rehat ---> dak Nuha asyik nak gedik manja kat hubby.. Takpelah bang.. sesekali anak-anak nak bermanja, bukan selalu dapat jumpa pun..

Aku..?
Rutin harian kembali seperti biasa..



psstt: dak Nuha sekarang nak tidur meniarap.. merengek menangis kalau ubah balik posisi tidurnya..


Wednesday, September 12, 2012

Jamuan Raya tingkat office aku..



Sehari selepas open house teratak aku, esoknya jamuan raya tingkat office aku pulak..
  •  Aku memang dah mohon cuti awal jadi tak dapat nak join jamuan raya tu.. TAPI..
  • Chef Hubby yang masak untuk menu utama ---> Nasi tomato + ayam masak merah + jelatah
  • Kerabu mangga sponsor dari kami untuk jamuan tersebut (mangga dari blogger kakcikseroja aku guna..)

Aku dapat seplastik besar mangga dari kakcik ---> dipetik khas dari pokok kat rumah kakcik.. terliur dibuatnya.. tu baru tengok belum makan..


'Selamat pagi Nuha..'
Lena tak merengek dia selepas puas seharian digomol peluk cium oleh mereka yang datang beraya kat rumah aku Ahad lepas.


Selesai urusan penghantaran menu utama kat office.. balik rumah sambung tidur ---> penat sangat ni..

Terima kasih pada blogger Queen bagi baju raya kat dak Nuha..
Sayang tak dapat nak berkenalan dengan Ammar disebabkan dia lena dalam kereta..




psstt: Aku harap korang berpuas hati.. kalau ada yang kurang bagilah tau, nanti kami buat post mortem tang mana yang kurangnya tu..

last psstt: Hujung minggu ni ke mana pulak destinasi ye ---> tunggu respond dari hubby..

Tuesday, September 11, 2012

Open House.. 09092012



  • Terima kasih pada semua yang banyak membantu dari awal hingga selesai open house kami..
  • Terima kasih pada yang sudi hadir memeriahkan suasana..
  • Terima kasih pada chef hubby..
  • Terima kasih.. terima kasih.. terima kasih..


MENU:
Nasi Tomato
Ayam Masak Merah + Jelatah
Kari Kambing
Bihun Sup
Pulut Periuk Kera + Sambal Ikan Bilis
Air dan Buah

SEBELUM..





SEMASA..
Khemah depan rumah tu sebenarnya dari jiran block depan rumah, buat open house malam sebelumnya, dan tengahari tu hubby dan jiran beramai-ramai angkat pindahkan ke rumah aku.. terima kasih banyak-banyak..

anak KakcikSeroja..
pemalu dan cemburu bila kata nak amik dak Nuha bawak balik rumah..

anak member hubby..
Nampak pemalu tapi cukup sporting bila bergambar.. Lego tu dia yang buat dan hasilnya aku paksa dia bergambar.. chubby kan..


SELEPAS..
Selesai sudah..
Betul-betul habis mengemas ---> malam tadi.. disebabkan beberapa peralatan di atas diperlukan untuk hidangan utama kat office aku pulak.. yang ni akan diupdate kemudian..




psstt: Sebenarnya entry ni lagi panjang.. tapi disebabkan aku terdelete, maka kena buat semula.. sedihnya..


psstt lagi: Korang jugak boleh layan gambar kat sini:
---> kakcikseroja (gembira + teruja dapat jumpa kakcik, yang sebelum ni hanya di alam maya..)
---> Rai (en. suaminya siap dapat resepi nak buat bihun sup)
---> Makchaq (seronok dapat jumpa lagi.. dak Amir makin sporting, Nafisah masih malu-malu.. tak amik pun gambar, dok leka berborak..)
---> Queen (dapat jumpa tapi tak bergambar pulak)


last psstt: Ada satu entry saling berkaitan.. nanti aku share kat sini..




Monday, September 10, 2012

Renovation Teratak mak budak..



psstt: Hubby suruh tukar template.. ---> pilih putih pulak..

psstt lagi: Separuh jalan je aku edit.. pastu aku dah malas nak layan gara-gara line slow terlindung dek awan yang mendung..

last psstt: Esok aku setting balik.. sekali dengan 'Open House' semalam ---> hari ni masa untuk mengemas..


Sunday, September 9, 2012

Sedang sibuk..



Sempat lagi tu.. kihkihkih..



psstt: Ok, kepada yang sudi nak singgah tu, petang ni kita jumpa.. InsyaAllah..


last psstt: nanti aku share cerita menarik DISEBALIK open house kali ni..


Saturday, September 8, 2012

Berusaha untuk mencuba..


Entry yang tiada kaitan baik dak Kakak.. dak Adik mahupun dak Nuha..


Dari pagi tadi aku dok menahan sakit tengkuk ---> kes salah tido ler ni.. Serba tak kena dibuatnya..

Tadi baru lepas edit gambar untuk blog.. sudahnya lain pulak yang aku buat.. Nampaknya nak kena edit bagi cantik marvellous lagi lepas ni.. Konon-konon nak tunjuk pandailer ni..


Hasilnya.. tu yang pucat tak berapa ok kat atas tu.. Nantilah tunggu aku senang aku renovate balik teratak aku ni.. Start malam ni sampailah Isnin petang aku akan sibuk..



psstt: Malam ni ---> nak ikut hubby membeli dan belah..

psstt lagi: Esok ---> Open house teratak aku..

last psst: Isnin ---> Jamuan raya tingkat aku ---> chef hubby akan masakkan..



Friday, September 7, 2012

Lena tidur.. maka senanglah nak bangun pagi..



MALAM
sebelum nak tidur..

Bagi dia kenyang dulu sebelum tidurkan..



PAGI
Pukul 5 am dak Nuha dah kejutkan aku ---> time menyusu sebelum aku uruskan dak Kakak dan dak Adik sebelum pergi kerja..

Baru bangun tidur.. 'Selamat Pagi Nuha.. Assalamualaikum..'




psstt: Ada sesiapa nak sponsor toys untuk dak Nuha tak.. hahaha..





Thursday, September 6, 2012

Open House for Geng Samurai (GS)


Kalau nak ikutkan memang tak terlayan kisah beraya ni.. Kali ni aku bagi laluan pada hubby menepek gambar kat sini..

Lewat petang 5 Syawal akhirnya 5 family dari perak sampai kat rumah.. Ni kira special guest sebab kali pertama Geng Samurai ni datang.. Sebelum ni kitorang jumpa kat Perak je sebab majoriti tinggal kat sana..

Sehingga hampir tengah malam kami berborak panjang.. memang happening masa tu.. Dorang setting time pun sehari selepas kitorang sampai dari kampung.. Bila dah jumpa, ada je bahan dijadikan lawak, serius memang happening.. cuma dorang tak tidur kat rumah je.. Kalau tidur, confirm.. tak muat tu satu hal, tak tidur sepanjang malam dibuatnya..

Takmo cerita panjang, kita layan je sebahagian gambar yang aku curik kat FB GS ni..


Memandangkan geng GS sampai lewat, maka dak Kakak dengan dak Adik mesti didahulukan..
 
 

Menu: Nasi minyak, ayam masak merah, jelatah, sambal ikan bilis, pulut periuk kera, buah dan cocktail..
 
 
 
 


Ada kat dalam rumah, ada kat depan rumah, kat luar rumah pun ada..
 
Masa ni dak Nuha genap 4 bulan..






psstt: Bila nak datang lagi.. best aaarrr.. memang happening and sporting gile..

psstt lagi: Kalau siapa yang perasan, gambar kat dalam entry semalam ada kat dalam entry ni..

last psstt: Nak berjauhan dari dak Nuha pun aku tak berani sebab dia dah pandai meniarap..



Wednesday, September 5, 2012

Apakah kegunaannya?

 
  


 
 
 
 
psstt: Sekiranya semua berjalan seperti yang dirancang, ini salah satu hidangan hari Ahad ni nanti..
 
 

Tuesday, September 4, 2012

Buat pertama kalinya.. mai ler.. mai ler..


(Ini adalah entry Sticky Post.. untuk entry terkini sila scroll di bawah)..


Assalamualaikum,

Saya dan en. Suami amat berbesar hati menjemput Tuan/Puan ke 'open house' teratak kami pada:

Tarikh: 09 September 2012 (Ahad)
Masa: 1300 hingga 1700


Tuan/puan bolehlah meninggalkan alamat emel tuan/puan diruangan komen atau menghubungi terus di talian:
aizamia3@yahoo.com  <--- bagi memudahkan saya memberi petunjuk lokasi tepat teratak kami..




psstt: InsyaAllah sebelum Syawal melabuhkan tirai, aku akan cuba update kisah beraya kami sekeluarga..

psstt lagi: Berat badan naik mendadak ---> dok layan 'open house' je..

last psstt: Kalau takde pape aral, Jumaat ni akan celebrate birthday dak Adik..




Bermain dengan duit..




Sebelum ni warna merah, kali ni ku cuba pulak warna hijau..
 

Reaksi dia bila ku ambil duit dari genggaman tangannya..
 

dan akhirnya tersenyum semula..
 
 
 psstt:  masih mencari ruang bergambar ketika dak Nuha sedang tersenyum..
 
 
 
 

Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...