Followers Remaja Purba

Friday, August 31, 2012

Selamat Hari Kemerdekaan ke 55



Selamat Hari Lahir bagi yang menyambutnya hari ni.. Pasti menjadi kenangan terindah setiap tahun ketika negara sama-sama turut meraikan tarikh 31 OGOS ni..

Syukur semakin berkembang dan maju negara kita.. Moga janji yang ditabur ditepati..

Kalau usia aku 55 tahun.. tak lama lagi tamatlah perkhidmatan aku.. tapi itu semua masih jauh dari jangkauan ---> buat masa ni berangan jelah..




psstt: Setiap tahun, aku menyambutnya depan tv je ---> tak patriotik langsung..


Thursday, August 30, 2012

Raya Aidilfitri 2012


Buat pertama kalinya tahun ni aku tak sambut raya di rumah sendiri.. Tak seperti tahun sebelum ni, pasti akan beraya dulu di TDBi sebelum balik kampung.. Nampaknya kali ni majoriti nak beralih angin beraya bersama sanak-saudara dikampung.


Entry ni agak panjang, diharap bersabar sehingga ke noktah terakhir..

Mood raya hanya tiba bila tengok hubby dan atok sedara sibuk nak bakar lemang.. Cuma kali ni bukan rezeki kami, round pertama cantik, kali kedua, tak berapa menjadi lemangnya ---> Aku syak hubby dan atok sedara dah keletihan membuatnya.. (Asalnya buat sekali je tapi disebabkan beras pulut dan buluh ada lebih tu yang buat untuk 2nd round)


Aku kekurangan gambar sebab photographer dok sibuk main ---> dak Adik..


Sesi membakar lemang dimulakan..


PAGI RAYA:
Kitorang beraya dulu kat rumah MIL.. dekat tak jauh pun ---> P.J je.. Lepas Zohor baru tuju ke Selatan..


RAYA KEDUA:
Dalam seronok beraya.. hubby boleh terlanggar tebing kat umah mak sedara masa undurkan kereta.. uwaaaa... patah sebelah kat part eksos dia, balik K.L baru repair balik..

yang tak seronok.. ---> susur ke Tangkak boleh sesak teruk.. kitorang siap boleh bersantai lagi kat atas jambatan tu.. Kesian pada mereka yang kereta dorang takde aircond tu, berpeluh-peluh dibuatnya..


dak Nuha bersantai sambil tengok pemandangan yang sesak itu.. yang sebenarnya dia dah gelisah kat dalam kereta, nasib baik jugak dak Kakak dengan dak Adik tak meragam..

Ada tak antara korang yang dok sama-sama tersekat kat susur ke Tangkak masa petang raya kedua tu..?



Apa-apapun raya kali ni memang meriah ---> sebagai membalas dendam tahun lepas aku tak balik kampung beraya gara-gara kesihatan tidak mengizinkan..


Akhir sekali.. Inilah keluarga belum cukup besar sebelah hubby ---> gambar di pagi raya di rumah MIL..

psstt: sila cari kat celah mana dak Nuha berada..



psstt lagi: Masih ada lagi entry yang aku rasa terlepas pandang.. tapi tunggulah agak-agak dah muak dengan entry raya, baru aku cerita..

last psstt: Tu pun banyak aku skip.. kalau aku cerita kat sini, mau korang tekan butang X tu gamaknya..



Tuesday, August 28, 2012

Selamat Hari Lahir my MQA



Hari ni genap lima tahun umur dak Adik membesar di sisi aku dan family..
Susah senang pahit getir aku dah lalui dalam membesarkan dak Adik..


DAN paling utama.. 
Kerana dak Adiklah lahirnya blog ini..



DAN yang paling teruk..
Aku boleh tak ingat hari ni hari lahir dak Adik..
Nampak sangat mak budak ni dah purba..



Buat dak Adik..
Moga Adik kuat dan tabah dalam mengharungi dugaan serta moga dianugerahkan kesihatan yang baik dalam menjalani kehidupan seharian..




 Hai Dik.. nak adik lagi ke.. tak cukup Nuha sorang ke..?

Nak beli apa ye untuk birthday boy ni..




psstt: SELAMAT HARI LAHIR ADIK a.k.a my MQA..


psstt lagi: Masih lagi dengan panggilan 'adik' walaupun dah ada adik..


last psstt: Camanelah aku boleh tak ingat hari ni.. padahal siap tanda bagai tarikh hari ni..




Saturday, August 25, 2012

Welcome Home Mak Budak..



Alhamdulillah, kami dah selamat sampai dari kampung..
  • Sepanjang raya ni.. dak Nuha dapat layanan tip top ---> maklumlah kali pertama dak Nuha diperkenalkan kepada sanak saudara..
  • Nampaknya akan ada beberapa siri pulang berhari raya untuk tatapan korang ---> muntah pinkler jawabnya..
  • Kena exercise lebih lepas ni.. dok asyik pulun makan sepanjang cuti raya ni..
  • Budak-budak TDBi dah standby 'open house'.. ---> sabar.. tunggu..
  • Nak repair kereta ---> kes hubby cium tebing kat rumah mak sedara.. ni gara-gara seronok sangat sampai tak perasan tebing tu masa undurkan kereta.. kihkihkih..
  • Ni pun curi masa online kejap.. dalam kepala dok ingat nak sediakan juadah.. kang tetamu datang kelam-kelibut dibuatnya.. baru 'kapok'..
  • Isnin ni dah start kerja.. nak kena hadap balik jalan jem..



psstt: Makan, tengok tv.. jap lagi mengantuk ---> tidur.. mana tak mengembang..


Sunday, August 19, 2012

Salam Aidilfitri



Ramadan 2012 banyak meninggalkan kenangan dalam diri aku..
  • Hari ketiga berpuasa adalah hari pertama aku laporkan diri selepas cuti panjang..
  • Seminggu lepas tu aku pindah tingkat ---> penat teramat.. dengan suasana baru, pertambahan ahli dalam bahagian, bos baru.. kebanyakkan darinya kira baruler..
  • Tahun pertama, balik kerja aku masak untuk berbuka puasa ---> tiap kali hubby outstation..
  • Masalah server di tingkat baru aku masih belum sempurna sepenuhnya ---> ruang untuk online memang takdeler..
  • Cuti raya dah diluluskan tapi aku akan bekerja semula sehari awal sebab ada urgent kes..
  • InsyaAllah.. kalau tak Rabu pasti Khamis aku akan kembali ke teratak aku ---> maka.. blog mak budak a.k.a remaja purba ni akan bercuti dari memberi khidmat kepada aku..
  • Ketika entry ini dipublish.. aku masih belum mengemas apa yang patut untuk dibawa pulang berhari raya.. hubby mintak aku kemas pagi nanti ---> masing-masing dah penat mengemas rumah..
  • Dak Kakak dengan dak Adik asyik bertanya bila nak balik kampung ---> memandangkan geng dorang kat TDBi dah balik kampung awal.. tak macam tahun lepas..
  • Malam raya kali ni betul-betul sunyi.. hubby je teman borak aku..
  • Paling merisaukan aku ---> berat badan naik.. seminggu sebelum raya dah naik sikit.. seminggu lepas raya baru nak check balik weight, body fat and body water.. kalau naik pun biarlah sikit je.. Naik..? waaaaa.. tak sanggup nak tengok..
  • Apa-apapun moga perjalanan pergi dan balik raya nanti selamat hendakNYA..


Akhir kata..

Selamat Hari Raya Aidilfitri..
Maaf Zahir dan Batin..



psstt: InsyaAllah.. panjang umur kita jumpa lagi..


Thursday, August 16, 2012

Persiapan menjelang Aidilfitri..


Bahang raya semakin menghampiri..

Persediaan aku..?
  1. Baju raya dah siap ---> tema color kuning.. color, hubby yang pilih untuk tahun ni..
  2. Biskut raya ---> tak beli tapi orang bagi.. aku cuma buat conflakes madu.. kihkihkih..
  3. Rumah ---> apa yang ada je.. bersederhana ---> bajet pun ciput..
  4. Dak Kakak ---> tudung raya je tak carik lagi..
  5. Dak Adik ---> complete sudah..
  6. Dak Nuha ---> Baju raya tak carik lagi (hubby tak bagi beli), Aku nak beli sebab takde color yang senada seirama dengan tema.. yang ni ada yang nak sponsor ke..?? Hikhikhik..
  7. Esok aku dah start cuti dah tapi petang raya nanti baru balik ke Selatan.. Destinasi merangkumi: Tampin ---> Gemencheh ---> Muar ---> Masjid Tanah ---> Alor Gajah ---> K.L (ni pun tak confirm lagi) ---> balas dendam tahun lepas aku tak balik sebab tak larat kena 'buatan orang'.. kihkihkih..
  8. Cukuplah tu dulu.. kalau aku senaraikan lagi, confirm dengan aku pun pening terduduk nanti..


TAPI.. sebagai pengubat rindu uncle dan auntie semua..


dak Nuha jadi alarm aku.. kalau tak pukul 4 mesti pukul 5 am untuk sama-sama bersahur..

 
Susah nak capture gambar dia tengah senyum.. pelik agaknya pada pandangan dia bila aku snap muka dia..

 
taaraaa.. confirm senget kepala uncle n auntie tengok saya kan..
Jangan kata korang.. aku pun sama dok tengok senget..



psstt: Sepanjang minggu ni, server problem kat office, kejap ok, banyak tak ok.. Stress hadap kerja.. Orang Hijau aku dah terminate kan.. kalau tak.. boleh gak guna..

psstt lagi: 27 Ogos nanti aku dah kena kerja sebab ada kes urgent..

last psstt: 28 Ogos birthday dak Adik..





Tuesday, August 14, 2012

Tiada Bekalan Elektrik



Surat telahpun dikeluarkan olen TNB sejak 2 minggu lepas..
Hari ni bermula pukul 10am sampailah pukul 3pm nanti ---> sedia sedia jelah..

Ni kalau dak Nuha meragam dan tangan aku dah tak larat nak mengipas dia.. ada harapan ni sejukkan badan kat tempat yang sejuk-sejuk dingin.. kihkihkih.. tu alasan nak cuci mata + kempiskan poketler tu..





psstt: terima kasih pada semua yang bagi petua untuk mata dak Nuha.. insyaAllah akan gunakan sebaiknya susu yang ada..

psstt lagi: hubby ajak ke Kelantan malam tadi tapi setelah memikirkan adanya dak Nuha ni, hasrat hati tu kenalah pendam ---> kena tunggu Nuha besar sikit..

last psstt: Rabu dan Khamis ---> KERJA.. pastu aku cuti seminggu dan confirm ada antara korang pun cenggitu gak kan..



psstt kelip-kelip: InsyaAllah minggu ketiga raya aku akan buat open house ---> tunggu entry susulan..



Monday, August 13, 2012

Dari Pagi sampai ke tengah malam..



Seperti yang dijanjikan.. Akhirnya pagi semalam berjaya dengan percubaan pertama membuat biskut raya <--- bak kata hubby.. alah.. setakat conflakes tak mencabar langsung..

Maka dengan bangganya aku nak cite.. aku berjaya membuatnya.. tak kisahlah tak mencabar ke idak.. sebab ni first time aku buat.. biasanya kuih tunjuk je.. kihkihkih..


dak Kakak sanggup tak tidur lepas sahur pagi semalam, excited nak membuatnya.. dibantu pulak dak Angah yang meletakkan aksesori atasnya.. Aku.. tukang bakarler..



Inilah hasil dari projek pagi semalam.. simpan pulak kat dalam bekas tupperware besar gedabak tak hengat..


Terima kasih banyak-banyak pada nek Uda kerana mengajar aku membuatnya.. Sebenarnya nek Uda yang suruh aku buat sebab dak Kakak suka makan conflakes ni.. sebalang dia sorang hadap masa raya Tahun lepas..



Lepas dah siap projek mega tu, hubby bawak kitorang membeli dan belah keperluan anak-anak.. Syukur.. dak Nuha tak meragam sepanjang aktiviti tu..


Tak cukup siang.. kitorang sambung pulak sebelah malam.. Kali ni pergi pulak kat Kompleks PKNS Shah Alam.. Biasanya malam raya baru turun kat sini tapi kali ni malas nak bersesak bagai, tu yang pergi awal ---> pun ramai jugak.. tapi takdelah sampai tak boleh nak selit celah kat situ..

Complete sudah keperluan untuk raya.. Alhamdulillah.. dalam takde mood nak beraya tapi melihatkan keseronokan anak-anak tu yang meriah jadinya..


TAPI..

yang tak bestnya.. dak Nuha sakit mata.. banyak tahi mata kat mata sebelah kiri.. Jap lagi nak bawak dia check up sementara hubby belum pergi kerja ni..







psstt: dak Adik mengulang makan conflakes tu.. takpe dik.. nanti kita buat lagi pastu kita bawak balik kampung ek..

psstt lagi: Hari ni aku CUTI kerana dak Nuha.. tak sanggup nak tinggalkan kat pengasuh walaupun takdelah teruk mana mata dia tapi elok aku cegah dari awal dari terus merebak.. ye dak..

last psstt: Esok pun aku CUTI sebab takde bekalan elektrik kat TDBi ni <--- pengasuh mintak aku cuti.. waaaaaa... tertangguh lagi kerja aku kat office..



Sunday, August 12, 2012

Sahur dan Raya..



Setakat ni cuma sekali je aku tak sahur (gara-gara terlajak tidur <--- tidur lewat + tak sedar jam bunyik)..

Tiap kali aku bangun sahur kejutkan dak Kakak, teringat masa zaman dolu-dolu mak kejutkan aku.. Sekarang turn aku pulak.. (hidup ni kan macam roda.. sentiasa berpusing..)

Ikutkan hati memang takmo bangun tapi memandangkan dak Kakak turut sama berpuasa, takkan nak biarkan dia tak bertenaga siang nanti kan.. dan Alhamdulillah.. setakat ni aku takde masalah kejutkan dak Kakak ---> dia bagi kerjasama sepenuhnya kat aku..

Mood nak raya masih belum ada lagi dalam diri aku.. nape..?
  • Suasana kat office (ingatkan aku sorang, rupanya ada lagi yang macam aku..)
  • Tahun ni ramai warga TDBi balik kampung awal.. tak macam sebelum ni.. maka kemeriahan tu memang takdelah di pagi raya..




psstt: Pagi nanti nek Uda datang umah nak ajar buat biskut raya <--- ssyyy.. jangan gelak kuat-kuat ek.. aku tahuler aku tak pernah buat biskut raya.. kihkihkih..

psstt lagi: Bersemangat mengemas dapur dan layan lappy kejap <--- yang sebenarnya takut terlajak tidur lagi.. hahaha..

last psstt: Isnin aku kerja.. Selasa aku cuti <--- pengasuh mintak aku cuti sebab takde bekalan elektrik kat TDBi.. huhuhu.. kerja tengah banyak kat office pulak tu..


Friday, August 10, 2012

Cuti Raya.. tak mohon lagi..??




Camane bos nak luluskan..??





psstt: Mood nak beraya belum ada..

psstt lagi: Baju raya Nuha tak beli lagi..

last psstt: Balik kampung ---> Selatan..




Thursday, August 9, 2012

Uncle.. Auntie.. chaaakk..




Assalamualaikum uncle n auntie semua.. 
 
Hari ni kite take over ibu punye blog.. hikhikhik..


Selepas 3 bulan 18 hari..





tak cukup jelas..??









 kite close up sikit..

 mmuuuuaaaaahhhh..



  




psstt: Ibu.. nanti cepat balik ye..




Tuesday, August 7, 2012

Aku cuma nak bagitau..




Kerja tengah banyak..







psstt: Fokus kerja..

psstt lagi: Update blog later..

last psstt: Rasa kelam-kabut aku hari ni..



Sunday, August 5, 2012

Nak update mana satu dulu eh..?


Minggu lepas punya cerita dok terperam lagi.. ni dah bertukar minggu.. dah bertambah cerita.. yang pasti tak sempat nak upload lagi..





psstt: takmo taip panjang lebar.. la ni nak start enjin kereta nak singgah ke teratak korang..  yeeeeehhaaaa..

Thursday, August 2, 2012

Caca-merba lak aku tengok entry ni..


aarrrrrggghhh...

Rasa nak panjat bukit nak jerit nak bagitau keadaan aku memang teruk sesangat sejak aku lapor diri minggu lepas..


Proses perpindahan tingkat berjalan dengan baik walaupun tak berapa lancar.. adalah tergeliat sana sini ---> paling tak best.. server kejap ok, kejap tak.. setting printer belum lancar.. dan aaahh.. tak best ler citer hal tempat kerja.. STOP..

Lagi banyak aku cerita hal kat office tu lagi tak seronok aku nak menaip kat sini.. Ok.. aku sebenarnya takmo mencemarkan blog aku yang suci ini.. aku kan masih remaja purba lagi <--- sila jangan alihkan tikus anda.. hahaha..


Terima kasih pada semua.. terima kasih 987654321 kali lagi.. Kerana korang aku masih di sini.. dan kerana dak Kakak, dak Adik dan dak Nuha aku masih kuat menaip di sini.. Aku mintak maaf banyak-banyak pada yang drop comment kat sini ---> sibuk yang buat aku tak dapat nak jengah teratak korang.. ---> alah.. bagitau jelah lokasi tempat duduk kau tu 'hot spot'..




psstt: Tiap hari balik kerja singgah BARAM.. boleh nipis poket yang tebal..

psstt lagi: Tengok check list apa yang belum bayar.. alamak..?! (tepuk dahi..) camane boleh tertinggal upah tempah baju raya..?

last psstt: Check lagi.. eh! Kereta tak service bulanan lagi rupanya.. <--- abang.. sila booking along pomen ye.. takut nanti dia takleh nak service lagi makwe abang ni.. tak lama lagi nak raya..




Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...