Followers Remaja Purba

Wednesday, August 31, 2011

Raya Kedua

Hari ni.. aku telah mencipta rekod baru.. Duduk kat rumah.. hikhikhik..


PAGI:
Hujan..


PETANG:
Dari tengahari sampai ke petang.. Mendung..


MALAM NANTI:
Its Seafood time.. Plan awal makan kat Jeram.. Hubby masak nasi minyak.. sape nak makan ni..






psstt: SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 54..

Tuesday, August 30, 2011

Hari Raya Pertama

Pukul 3 setengah pagi masih belum tidur.. rasa macam pukul 3 petang pulak.. Tengok tv, basuh baju, nak tidur tapi mata tak mengantuk..

Pagi tadi..
Bangun pagi, tolong hubby buat masak lodeh + rendang ayam.. Ini bagi tetamu yang datang di pagi raya.. Buat pertama kalinya, tahun ni aku tak balik ke Selatan.. Pagi-pagi lagi dah syahdu call mak ayah, mak sedara, pak sedara.. Sedih sangat aku rasa tak dapat beraya bersama mereka..

Tapi.. tetap bersyukur masih ada jiran-jiran yang tidak pulang berhari raya sama-sama menyambutnya dengan saling ziarah-menziarahi antara satu sama lain..

Sesi menternak lemak bermula.. Kalau sebelum tu berat aku turun 5 kg, dah masuk musim raya ni aku tak tahulah berapa pulak kenaikan kg tu nanti..

Tema aku bagi tahun ni warna JAMBU.. Bukan sebab peminat JAMBU tapi ada dalam satu persembahan JAMBU tu buat aku tertarik dengan warna tersebut.. Lawaaaaaa... Gambar..? Sabar.. sebelum dan selepas raya sekali aku masukkan..

Duit raya.. siapa datang beraya dapatlah tapi khas untuk anak-anak jelah.. mak dengan bapak budak tengok jelah ye..

Petang raya.. Hubby dengan anak-anak ke rumah atuk dan nenek sementara aku kat rumah dah tak larat. Tak cukup tidur pun ye, perut dah sebu pun ye..

Sementara nak tunggu family hubby datang, aku date kejap dengan orang hijau kat pondok depan rumah.. Semenjak pondok ni dah diupgrade, tengah panas pun takpe sebab dah ada kipas.. aircond je tak mampu tak masukkan.. hikhikhik..

Oklah, aku nak datang beraya kat rumah korang.. Menu apa yang korang jamu ye..?



psstt: Nenek sedara pergi ke Serdang la ni.. oh! Nekkkk.. cepatlah balik.. cucumu ini tak sabar nak makan rendang daging nenek yang pedas tu.. tekak ni yang gatal nak, perut ok je.. ;)

Monday, August 29, 2011

Malam Raya


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN

DARI:
aizamia3 dan keluarga..



Esok dah raya.. MAKA.. berbuka puasa di pondok depan rumah buat kali terakhir bersama family atok sedara, k.Hema dan k.Lela serta family..

Menu:
Nasi putih, sup ayam, rendang daging, keyteow goreng basah, kefci, pisang dan air..


Sambil bersantai dengan family tengok anak-anak main bunga api + mercun, kedengaran takbir raya.. sayu je rasa hati ini..

Alhamdulillah segala perancangan berjalan dengan lancar TAPI.. segala gambar berkaitan akan diupload kemudian sebab masih belum di edit lagi.. Insya Allah lepas raya..



psstt: Baju raya dah gosok, bekas kuih raya dah cuci, duit raya.. masih elok tersimpan belum diusik..


Sunday, August 28, 2011

2 Hari Sebelum Raya 2011

PAGI..

Janji dengan k.Hema dan dua anak dara kat TDBi ni pukul 8 pagi nak keluar pergi shopping dan nasib baik aku sedar walaupun dah memang terlajak untuk sahur..

Lokasi tujuan:
Pasar Pagi Shah Alam..

Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar walaupun jalan agak sesak di sekitar Stadium Melawati Shah Alam, parking pun agak jauh.. Dari pukul 8.30 pagi sampai dekat pukul 11 pagi kitorang di sana.. Shopping sakanlah walaupun banyak berjalan dari membeli..

Dari baju, kasut, tudung, hiasan dan bahan basah untuk rendang siap sudah..

Lokasi seterusnya:
Nobita Klang Sentral..
Kat sini pulak tambahan pada baju yang tak jumpa kat pasar pagi tadi.. Aku belikan sepasang sorang baju untuk dak kakak dan dak adik.. Bersyukur aku takdelah sampai nak pitam, pinggang pun takdelah meragam.. syukur sangat-sangat..


PETANG:
Hubby, atok dan rakan-rakan TDBi jalankan operasi bakar lemang dan nasi impit tin susu.. Sesi bermula dari pukul 3 petang sampailah lepas berbuka dan masih lagi belum siap ketika entry ini dibuat.. Keseluruhan lemang hampir 80 batang..

Jangan cemburu ye.. Aku dah rasmikan dulu cicah dengan rendang ayam pencen..
Gambar akan diupload kemudian.. cerita dulu bagi korang teruja.. ;)

La ni aku nak jalan-jalan jenguk korang kejap ye..




psstt: Sesi pembakaran duit bermula.. mercun + bunga api..

Friday, August 26, 2011

Perancangan dah ada tapi..

Petang tadi..
Kebetulan dan memang bernasib baik baru nak masukkan gear nak balik dari office, hubby call minta ambil kat tempat kerja.. Awalnya tak sesak tapi on the way nak ambil anak-anak kat rumah nenek dorang, kena redah jugak, takde jalan lain dah..

Sampai kat Pekan Meru - tapau, terus balik rumah.. Memang tak sempat nak berbuka kat rumah tapi takdelah terkejar-kejar.. Lagipun dah start cuti, boleh rileks sikit.

Tadi cadangnya nak pergi Klinik sebab aku dah mula rasa nak demam selesema.. tapi hubby pulak nak cat rumah, terpaksa diawalkan..


Kakak..?
Lepas berbuka tak sabar nak keluar..

Adik..?
Pun sama.. sibuk nak 'acun', nak 'acun' (perkataan asal: mercun)

- Puasler dorang cuti tak berapa panjang ni..

Hubby..?
Cat ruang tamu rumah, dari empat penjuru tinggal satu setengah je lagi..

Aku..?
Anak dara jiran kat rumah ajak pergi Uptown.. pergi yang dekat je kat Klang Sentral.. takde papepun.. biasa je.. Hari Ahad pulak nak pergi pasar pagi Shah Alam.. agak-agak kalau tak larat nanti, aku tunggu je dalam kereta.


La ni, dengan jiran-jiran depan rumah lepak kat pondok yang telah diperbaharui.. bersantai habis.. Aku date kejap dengan orang hijau..



psstt: Lepas raya insyaAllah aku akan share sesuatu kat korang.. ;)

Horraayy.. Last Day Kerja..

Hari ni last day aku bekerja sebelum cuti tak berapa panjang..

Kalau orang lain dah buat persiapan untuk balik kampung sebelum raya tapi aku tetap di sini.. Beraya di rumah sendiri dulu baru fikir nak menuju ke mana.. tapi yang pasti tahun ni berkemungkinan besar aku tak balik ke selatan kampung family aku sebab hubby plan nak ke Ipoh.. tak kisahlah nak ke mana, yang penting semuanya selamat berjalan lancar..

Perancangan aku:

Malam ni:
Akan ke klinik untuk further check up.. ops.. tang ni nanti aku bagitau..

Esok:
Malamnya, kalau takde aral melintang menegak, akan sambut birthday dak adik.. Hubby yang minta buat sehari awal (tarikh asal: 28 Ogos 2011)

Ahad:
Mungkin hari ni cat ruang tamu rumah..

Isnin:
Bersedia dengan pembelian bahan-bahan mentah untuk menu di pagi raya nanti..

Malam raya:
Bakar lemang.. ni acara wajib kat TDBi ni..

Selasa:
Hari paling sibuk dan berkemungkinan tidak akan on lappy.. nak kena jeling-jeling manja dengan hubby cer try buat.. hikhikhik..



Selain dari perancangan tersebut di atas..:

Baju raya:
alamak.. baru teringat, baju hubby dan dak adik belum amik kat tailor..

Kuih raya:
cukup sudah..

Lain-lain:
eeemm... ok je setakat ni, belum nampak kelam-kabutnya lagi.





psstt: Aku dah mula rasa nak demam..

Thursday, August 25, 2011

dari A sampai Z


Semangat berkobar-kobar nak bina ayat untuk entry dalam blog tapi bila dah hadap computer rasa terbang semangat tu..



A
B
C
D
sElamat
F
G
Hari
I
J
K
L
M
N
O
P
Q
Raya
S
aidilfiTri
U
V
W
X
Y
Z


















psstt: yeye.. esok last day aku kerja..


Wednesday, August 24, 2011

Kata-kata untuk hari ini..


Semalam tidak membawa apa-apa makna..
Hidup perlu diteruskan..
Menoleh ke belakang hanyalah untuk menilai diri kita menjadi lebih baik
tapi..
bukan untuk menghukum diri kita..




psstt: ...


Tuesday, August 23, 2011

Minggu depan raya..?

Balik kerja semalam..
Betul-betul menguji kesabaran aku yang dah memang nipis ni.. ‘Cik Kak.. kalau rasa nak pandu slow sila gunakan lane paling kiri ye.. Jangan guna lane laju ataupun lane tengah.. Ni bukan jalan kampung..’


Bazaar Ramadhan Jalan Islandar..
Aku teringin nak makan tepung pelita tapi kat tempat biasa yang aku beli tu dah habis.. Masa menda tu tengah banyak, sikit pun aku tak pandang walaupun aku kerap beli untuk hidangan berbuka.. oh!Lupa.. ni minggu terakhir puasa dah tentu makcik tu buat tak banyak..



HARI INI..
Dalam pada orang sibuk nak beraya aku kena tunggu hujung minggu ni kalau nak bersuka ria gara-gara dak Kakak ada exam dalam sepanjang minggu ni. Biar lepaskan dia dulu baru boleh fikir pasal raya..

Mood raya..?
Belum lagi muncul..

Kenapa..?
Ada beberapa perkara yang belum siap, selagi tak nampak kat depan mata selagi itulah nak diam je..

TAPI.. warna cat aku dah pilih, tak esok, lusa dapat, hujung minggu ni boleh mulakan operasi pembersihan dan pewarnaan pada ruang tamu rumah.. aaa… aku pun tak tahu nama warna cat apa yang aku pilih sebab dah jadi rambang mata bila tengok contoh yang ada..




psstt: Pagi tadi aku dah bagi signal nak masuk simpang, kereta depan aku tu boleh parking betul-betul kat tepi simpang tu.. Aku ingat dia nak masuk simpang tu.. Aku punya sabarnya tunggu kat belakang dia.. ‘Kak.. kalau nak parking.. jangan parking kat situ.. takkan tak tahu kat situ laluan keluar masuk kenderaan..’

Monday, August 22, 2011

Blogwalking sebelum raya




UCAPAN:

Sana sini kudengar lagu raya
Penuh simbolik dan bukan suka-suka
Bersederhanalah dalam menyambutnya
Juga tak lupa Hari MERDEKA


Bulan Ramadhan semakin ke penghujung
Bulan Syawal hampir menjelang tiba
Marilah kita saling kunjung-mengunjung
Walaupun sekadar di alam maya


Salam Ramadhan dan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri buat semua..



Dari mana sumbernya.. silalah bawa tikus anda ke SINI..



psstt:
dah lama tak berpantun..
teringin pula nak mencuba..
aaa... aaaa... apa-apapun..
percubaan yang tak sia-sia..


Pra RAYA

Nasi impit, kuah kacang, masak lodeh, mee goreng dan beberapa jenis lauk termasuk buah tembikai dan jambu selain air menjadi santapan 5 buah keluarga. Berbuka di depan rumah di bawah cahaya lampu jalan disulami dengan permintaan anak-anak yang nak merasa menu yang ada.. (gambar akan diupload kemudian)

Kalau kelmarin berbuka dengan ikan bakar (maaf, tiada gambar), malam tadi lebih kepada Pra Raya.. Bila dah banyak makanan, tak tau nak pilih mana satu tapi Alhamdulillah takdelah sampai terbuang sebab menu di bawa oleh semua dan di share bersama.. DAN.. tak lama selepas berbuka dan hampir selesai mengemas, tanpa signal, hujan tiba-tiba turun dengan agak lebat.. Kalau hujan tak turun rasanya lagi lama lepak dekat luar rumah.



Hari ni.. permulaan hari setiap minggu dan juga minggu terakhir sebelum cuti panjang.. Sana sini dah ramai yang berkongsi cerita nak raya..

Kakak..?
Minggu ni tak tidur rumah nenek dia.. Sukalah dia dapat main dengan geng dia kat rumah nanti..

Adik..?
Makin seraklah suara dia menjerit..

Hubby..?
Dah bising kat aku tak pilih-pilih warna cat nak cat ruang tamu rumah..

Aku..?
Tak sabar nak cuti, tak payah nak hadap jalan sesak..



psstt: 22 hari dah berpuasa.. belum ada tanda-tanda.. adakah..??

Saturday, August 20, 2011

Kronologi semalam..

Semalam, macam biasa.. berbuka puasa di rumah k.Hema dan buat pertama kali baru aku teringat nak ambil gambar menu berbuka.. Kalau sebelum ni dah lepas makan baru teringat..


Ada yang beli dan ada yang dimasak..

Aku..?
Beli je sebagai tambahan menu.. dan dah dua hari berturut-turut aku makan laksam, teringin sangat.. juga pertama kali aku makan kuih lompat tikam..

Kali ni lagi meriah sebab selain aku, ada lagi 2 jiran bersama anak memasing join sekali.. Seronok..
Malamnya pulak, temankan k.Hema pergi beli barang dapur.. Hubby lewat tapi sempatlah berbuka bersama. Lepas dah settle tu aku on lappy tapi bagi anak dara kat rumah atok guna..

Kaum bapa pulak sibuk nak buat pangkin baru kat pondok yang aku selalu lepak bersama orang hijau tu.. Bila siap nanti aku cerita sebab tiang pun belum dipacakkan lagi..

Anak-anak leka main dari hujung ke hujung blok rumah.. Dorang ni tak reti letih ke agaknya.. Tapi lepas tu time nak tidur, letak je kepala kat bantal – lena..



satu kotak kurma dari SEGi College, tukang agih.. akuler..

psstt: Ujian telah dilakukan tapi kabur.. testing 3 2 1.. ye.. bukan mataku yang kabur..

Friday, August 19, 2011

Dari 10 kg ke 15 kg

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

(entry teruja)


Kalau sebelum ni aku cuma ada 10kg tapi kini dah up sikit jadi 15kg..
Kalau dulu yang 10kg tu orang bagi, tapi yang ni aku beli.. gigih sungguh sebab guna bonus raya..
Kira bonus untuk rayaler guna yang 15kg tu..
Kalau tahun lepas aku beraya dengan cabinet dapur baru.. tahun ni dapat pulak yang 15kg itu..
Aku tak kira + tak kisah orang nak kata apa janji aku puas pasal entry ni..

Gambar akan diupdate kemudian (lappy tertinggal kat rumah).



psstt: Petang nanti akan kurasmikan buat pertama kalinya 15kg itu.. Ku jadi teruja sekejap..





UPDATE:



dari yang ini..



kepada yang ini..

Alhamdulillah..

Thursday, August 18, 2011

Hari ni Khamis bukan Isnin ye..

Petang semalam..

Berbuka di rumah k.Hema gara-gara dak kakak taknak berbuka kat rumah walhal aku dah masak lauk untuk berbuka.. Ah! Sudah.. tinggal lagi setengah jam nak berbuka lak tu.. Sudahnya.. aku angkut air dan menu yang aku masak tu ke rumah k.Hema.. Mungkin sebab dak kakak nak makan reramai ada geng..


Itu kisah semalam.. hari ni pulak..


SAHUR..

Kakak..?
Alhamdulillah senang dikejutkan bila time bulan puasa ni, mungkin sebab dia dah rasa penat dan dahaga sebab makan sambil lewa sahur sebelum ni.

Adik..?
Bila sampai kat rumah pengasuh, nak didukung.. kalau tak merengek menangis.. Aku yang geram.. dahler tangan kanan pegang beg baju, tangan kiri pegang baju sekolah dak kakak.. tak larat.. tak larat..

Hubby..?
Semalam pergi Ipoh, malam tadi ke Terengganu.. Aku lupa nak call masa sahur tadi.. huhuhu..

Aku..?
Kalau dak kakak ada kat rumah, aku kena bangun awal untuk pastikan yang dia bersahur..



psstt: Kuih raya yang aku order sebahagian dah dapat.. Minggu depan baru boleh bawak balik rumah, kalau bawak balik minggu ni confirm tak sempat tunggu raya aku rasa..

Wednesday, August 17, 2011

Ikan Bakar dan Bubur Lambuk

Cerita ni minggu lepas punya.. Kisah yang tak sempat nak share dengan korang..

9 Ogos 2011 lepas, dapat makan ikan bakar kat pondok depan rumah.. Kisahnya di SINI..

13 Ogos 2011 pulak, taman perumahan aku buat bubur lambuk untuk diagihkan ke Masjid At-Taqwa, Kapar dan warga taman aku tu.. Kisahnya ada kat SINI..


Tahun ni kira tahun yang meriah bagi aku semenjak tinggal kat TDBi ni.. DAN Tahun ni merupakan tahun ketiga aku beraya di sini sebelum balik kampung..




psstt: Bertambah tak sabar jadinya bila jengah blog lalinkku PinKy MoMMa.. Lagu 'Balik Kampung' betul-betul membuatkan perasaan melonjak nak balik kampung .. huhuhu..

Tuesday, August 16, 2011

Kali Pertama Layan WiFi

Alhamdulillah tadi selamat berbuka di rumah k.Hema.. Riuh-rendah dengan suara anak-anak kami..

La ni buat pertama kalinya aku on9 menggunakan WiFi atok aku.. kihkihkih.. Biasa aku guna orang hijau aku je.. Alah.. ini pun sebab atok and the geng lepak kat pondok tempat aku selalu bertapa dengan orang hijau aku tu..

Sekarang jari tangan dan mata aku dah jadi tamak.. blog nak layan.. muka buku nak tengok.. nak upload gambar.. mana satu nak buat ni..

Nak kata fokus sangat pun takdelah jugak sebab selain aku ada lagi 2 lappy kat depan aku ni.. Memasing dengan cara memasing.. aku tetap dengan coolnya layan blog kesayangan ni ler..


Hubby mana..?
On the way balik dari tempat kerja, awal pagi esok nak pergi Ipoh balik..

Anak-anak pulak..?
Tadi main mercun kat depan rumah atok dorang ni.. la ni kat depan pondok pulak.. Dah dapat keluar rumah puas betul dorang..

Aku..?
Lepas on9 ni nak makanler.. Rasa lapar pulak..




psstt: Esok nak layan novel.. wah.. rambang mata aku.. tak tahu nak baca yang mana satu dulu..

MyVi langgar Lori kat depan TDBi


Kisah sebelum berbuka menarik perhatian..

On the way balik rumah, hubby bagitau kat depan taman perumahan kita tu ada accident.. Kereta rempuh lori treler.. Kisah selanjutnya korang boleh baca kat SINI.. tapi sayang aku tak ambil pun gambar kemalangan tersebut memandangkan waktu tu pun dah dekat nak berbuka..

Kemalangan dipercayai berlaku pukul 5 lebih tadi dan masa aku sampai tu mangsa dah dihantar ke hospital. Dorang cakap agak teruk keadaan pemandu kereta tu.. Kesian pada pemandu lori tu, langsung tak berani nak keluar dari lori takut kena pukul, nasib baik memang bukan salah dia.. tapi kalau salah dia sekalipun Negara kita kan ada undang-undang, janganlah kita buat undang-undang sendiri pulak kan..

Nak lagi menarik kisah ni, kemalangan tu berlaku betul-betul di laluan masuk taman perumahan aku.. Kalau ke depan sikit je lori tu confirm akan ada warga TDBi yang kena parking kat tepi jalan tu je termasuk akuler..



psstt: Bonus dah dapat.. mesti ada yang tersenyum lebar kan..

Monday, August 15, 2011

Apa nak buat ye hari ni..?

Selamat kembali bertugas kepada diriku.. Maklumler minggu lepas aku kerja 2 hari je.. Bila dah lama cuti rasa liat nak pergi kerja pun ada tapi Alhamdulillah pagi tadi tak lambat tak awal sangat..


Perkara pertama untuk hari ini:

Check emel.. yang mana rasa tak penting delete je.. buat semak dalam inbox.. tu tak masuk dalam emel haram.. berlambak-lambak tak delete.. nak tunggu dapat warning inbox penuh baru nak delete agaknya..

Tengok belek baca suratkhabar bos..

Check surat masuk dalam tray.. ok.. boleh clearkan apa yang patut..


DAN..












Tugas-tugas yang diarahkan dari masa ke semasa..




psstt: Bos takde hari ni.. ada meeting kat Marriott Putrajaya..

Saturday, August 13, 2011

Korang patut tengok ni..


Inilah dia my MQA..


Atas permintaan ramai.. inilah gambar dak adik yang terkini.. Masa ni baru lepas amik gambar kat kedai gambar malam semalam untuk digunakan bagi kemasukan ke Tadika.. Memang susah nak ambil gambar dak adik sebenarnya.. Jenis tak suka nak bergambar..



psstt: Dia suruh aku panggil dia 'abang' tapi bila tanya nak adik tak.. geleng kepala tak nak.. ;)

Friday, August 12, 2011

Apa yang BERLAKU hari ni..?

PAGI..
Buat pertama kalinya baru aku tahu kat mana rumah Ketua Kampung, kiranya lepas ni takdelah aku malu kalau ada yang sesat jalan bertanya kat aku mana rumah Tok Ketua..

Kenapa Ketua Kampung..?
Aku lupa nak minta Pengarah aku sign + cop borang permohonan kemasukan Pra Sekolah untuk dak adik.. Jadi kenalah jumpa Ketua Kampung, tapi sebab aku nak uruskan cepat, akhirnya aku dan k.Lela sebelah rumah pergi ke SMK Meru untuk pengesahan maklumat..

Akhirnya siap jugak.. DAN lagi menarik selain dak adik ada lagi 3 anak jiran kat TDBi ni yang daftar satu tempat dengan aku.. Sekurang-kurangnya aku takdelah risau sangat nanti, dak adik ada kawan..


PETANG..
On the way nak ambil dak kakak, kat susur Subang menghala ke arah Damansara dah start sesak.. masa tu baru pukul 4 pm.. Tengok langit yang mendung confirm kejap lagi hujan lebat..

Dari sekolah dak kakak, hujan lebat dari pukul 5.15 beserta angin.. Kalau hujan lebat aku agak risau nak memandu.. Pandangan akan jadi terhad. Dahlah ambil dak kakak kat sekolah kena hujan, dalam kereta menggigil menahan sejuk..Start dari PJ, dari pukul 5 lebih sampai dekat berbuka baru aku sampai rumah..

Nasib baik aku dah siap masak petang tadi, takdelah kelam-kabut sangat.. Aku dan anak-anak dapat berbuka dengan jayanya.. Syukur.. Alhamdulillah..



psstt: Dah cuba pendekkan tapi masih panjang karangan untuk hari ni..

Thursday, August 11, 2011

Kedai Gambar Pekan Kapar

Alhamdulillah lengkap sudah permohonan dak adik untuk masuk ke Tadika.. Patutnya siang tadi ambil gambar dak adik tapi atuknya ada hal, maka lepas berbuka tadi aku bertemankan k.Hema bawa dak adik ke kedai gambar.. Sesi Photography..

Pagi esok ditemani k.Lela sebelah rumah, aku akan hantar borang permohonan tersebut ke Tadika berkenaan. Selain dak adik, ada 3 orang lain kat TDBi ni yang sebaya akan bersekolah sama dengan dak adik..


Borang dah isi..?
Belum lagi.. tunggu dah tenang kejap lagi baru aku isi.. La ni aku nak cuci mata hadap lappy sambil mendongak ke langit..




psstt: Minggu ni hanya 2 hari aku kerja.. Selasa dan Rabu..

aaaa.... eeerrrr.... eeeemmm....

Alhamdulillah dak ammar dah pulih dari demam terkejut dia.. gara-gara kena tinggal sekejap kat rumah jiran depan rumah kelmarin.. Lega bila lihat keadaan lasaknya itu yang ada kalanya geram dibuatnya.. Dak kakak pun nampak ok setakat ni, lega sangat-sangat rasanya..


Aku..?
Bangun pagi 5 am, sahur masih menu yang sama macam kelmarin – banana split..
Dari rumah aku ter ter.. rempit hampir 140km per minit..
Hantar dak adik ke rumah pengasuh dan dak kakak ke sekolah..

La ni aku kat office, baca Berita Harian kejap tengok isu semasa.. Antaranya:

Huru-hara – Rusuhan terburuk Britain masuk hari kelima

RM53.4j biaya pelajar masuk IPT – PTPTN agih RM1,500 seorang kepada 35,664 pemohon sebelum Pendaftaran

Belikan ibu baju raya guna duit sumbangan – AmBank sedia RM100,000 ceriakan anak yatim

Tujuh negeri ikut jejak Pusat beri bonus RM500 – Guru Al-Quran, Fardhu Ain di Melaka dapat manfaat

Apa iktibar rusuhan di London – Keterbukaan Britain terhadap generasi muda akhirnya undang padah



Hubby..?
Dalam perjalanan menuju ke Alor Setar.. moga perjalanan beliau selamat hendakNYA..



psstt: Banyak cerita yang aku skip tak dapat nak dikongsikan di sini akibat kekangan masa..

Wednesday, August 10, 2011

Selamat Kembali Bertugas

Selepas dua hari bercuti, hari ini aku kembali bertugas.. Masih belum berpeluang nak blogwalking.. Apa yang penting.. siapkan kerja dulu.. No jeling-jeling to blog..



TAPI..

..

..

..

..

..

..

..

..


Tengok jam.. Aaahhh… aku tak kira.. nak jalan-jalan kejap..



psstt: mood.. BEST pulak cuti..

Tuesday, August 9, 2011

Karangan pendek

Aku:
Mood CUTI.. urusan persekolahan anak-anak..


Hubby:
-sda-
Chef untuk menu berbuka sepanjang bercuti
La ni dah gerak pergi mancing dengan jiran depan rumah..


Kakak:
Sekolah seperti biasa.. minggu ni ada exam di sekolah sesi petang..
Nak bawa dak kakak ke Klinik.. batuk dia makin mengganggu dia aku tengok..


Adik:
Demam panas.. Dah bawa ke Klinik Panel malam tadi untuk rawatan susulan.. Tonsil dia semakin bengkak sebelah kiri dah merah disebabkan infection dan berkemungkinan akan menjangkiti yang lagi sebelahnya (menurut kata doctor yang merawat dak adik).


Selesai sudah urusan untuk anak-anak.. Petang nanti nak ambil dak kakak kat rumah nenek dia kat P.J..



psstt: Sahur tadi makan banana split, nasi putih dan ayam masak kurma..

Monday, August 8, 2011

Rebung dan berbuka puasa

SABTU – 6 Ogos 2011..

Dah lama aku tak makan rebung..
Dulu masa tinggal dengan arwah Wan kat kampung memang biasa makan rebung buatan sendiri berbanding rebung yang dijual di pasar..

Kebetulan rezeki hubby, dapat rebung yang belum diproses yang dijual dipasar dan seterusnya dikerjakan oleh aku yang dibantu oleh nenek sedara..



Sebelum proses dan selepas proses.. Hasilnya korang boleh tengok kat SINI..



psstt: Rindunya aku pada suasana kampung.. Nak balik kampung..

Saturday, August 6, 2011

Percubaan testing 1 2 3

Disebabkan perasaan membuak-buak nak on9, aku pun try cuba test dilokasi paling strategic dalam rumah ---> atas katil..


DAN..














Aku rasa orang hijau masih belum larat nak panjat Bukit Kapar yang dah diratakan ni sebab tu masih belum ada line yang sempurna kat dalam rumah aku.. Nak on9 kat luar tak dapat nak berlama-lama, kat mana pulak aku nak cucuk lubang bateri dia.. Itu yang buat aku hilang konsentrasi time nak blogwalking..

Nak kata bosan sape tak bosan kan tapi penyudahnya sabarlah.. Entah tahun bila orang hijau ni nak sampai kat dalam rumah aku ni agaknya..




psstt: Penyudahnya la ni aku berada di pondok sambil on9 sedangkan orang lain masih dalam rumah..



Nota Kenit: Orang hijau <--- MAXIS

Friday, August 5, 2011

Akhirnya Terjawab Sudah

Kisah sebelumnya ada di SINI dan SINI..

Keputusan yang aku tunggu-tunggu akhirnya keluar.. Perasaan mengharap tu ada cuma takdelah seteruk dulu - frust bagai tapi kali ni aku ambil secara positive.. tak dapat kali ni, cuba lagi.. Dah kalau DIA tetapkan jawatan tu bukan untuk aku, maka aku redha dengan keputusan yang aku terima..


Orang pertama yang tau dah tentu en. Hubby..

Aku: Abang.. keputusan dah keluar
Hubby: Dapat ke tak..?
Aku: ibu tak dapat..
Hubby: Takpelah.. lain kali cuba lagi..
Aku: Sape tak nak jawatan tu tapi ibu tak mengharap.. Kalau tak dapat cuba lagi..
Hubby: Dah kalau tak mengharap, sape suruh pergi interview hari tu..


en. Hubby memang pandai buat lawak ala-ala cili padi ni, walhal hari tu dia yang dok bertunggu-tangga teman aku.. siap apply cuti lagi.. Dalam diam aku terkena rupanya.. kihihkih..

Walaupun aku tak dapat tapi aku masih menunggu satu lagi jawapan positive.. Mengharap rezeki Ramadhan.. Adakah mungkin sama seperti wife dak Ujang..?

Terima kasih atas doa yang tak putus-putus dari korang.. Gagal sekali bukan bermakna aku gagal selamanya..



psstt: Aku akan bercuti panjang sehingga Selasa depan atas urusan keluarga.. aku minta maaf kalau aku lambat jenguk jengah blog korang ye.. sayang korang ketat-kuat.. ;)

Thursday, August 4, 2011

Baru cukup corum

Petang semalam tak sabar nak balik gara-gara roti aiskrimku.. Maklumlah kali pertama buat..




Inilah hasilnya selepas dikeluarkan dari peti sejuk..

Penyudahnya tak goreng pun, anak-anak makan cenggitu je.. Takpe, Sabtu ni nak buat lagi sebab ada cadangan nak buat berbuka puasa kat depan rumah.. wah.. menarik tu..


Alhamdulillah 3 hari dah kita selamat berpuasa.. dan makin lambat aku sampai kat rumah.. tapi bersyukur semalam aku dapat berbuka puasa dengan hubby dan anak-anak di…














rumah k.Hema jiran depan rumah.. hikhikhik..


antara juadah yang disediakan.. malas nak snap lelebih sebab penat + lapar..



Ppsstt: Nak buatnya roti aiskrim tu senang je tapi ada step yang aku tertinggal.. Nilah kalau jenis reti makan je.. lalalala…

Wednesday, August 3, 2011

Gintell dan Roti Aiskrim

Malam tadi hubby ajak pergi Giant.. wah.. langkah kanan aku.. Lepas membeli dan belah dak adik merengek nak duduk kat kerusi urut ni..


Agaknya dia suka tengok babah dia ‘berehat’ kat kerusi urut tu..


Suruh duduk bersandar tapi adik tak nak.. geli katanya.. Sudahnya aku yang duduk..


Kat rumah, aku mulakan operasi buat roti aiskrim.. punyalah semangat malam tadi, atok belikan dua roti ‘Jumbo’ punya.. Berdebar-debar nak tunggu petang nanti sebab ini percubaan pertama aku buat.. Aku tengok resepinya senang jadi aku pun follow ler tapi la ni aku rasa tak puas hati sebab aku boleh lupa tepung jagung (aku tak salin pulak resepi tu, main ingat je).. Ah.. sudah.. Habislah aku petang nanti.. sebab roti itu semua telah kuserahkan kat rumah nenek untuk digoreng untuk berbuka nanti..

Malulah kalau tak jadi.. tapi takpe.. kalau kali ni tak jadi nanti aku buat lagi.. kita try and error.. lagipun nenek tau aku reti makan je.. kihkihkih..



psstt: Tak tenang tak senang dah aku ni.. cepatlah petang, nak tengok hasil kerja keras aku malam tadi..

Tuesday, August 2, 2011

1 Ramadhan 1432

Kalau teringin nak tengok jalan sesak tak payah pergi kat tempat yang dah memang biasa sesak.. Tengok je laluan nak balik rumah, jalan yang tak pernah sesak, akan jadi sesak sepanjang bulan puasa.. Masa inilah ramai yang ambil kesempatan menambah pendapatan sampingan di bulan puasa.. Macam-macam juadah dijual untuk menarik perhatian pembeli.. Nak dengan tak je.. Tapi janganlah ikutkan nafsu, bersederhanalah dalam membuat pilihan..

Kat rumah aku berbuka dengan k.Hema.. Maklumlah hubby memasing kerja.. Jadi minggu ni bolehlah kami berbuka bersama-sama.. Kalau malam tadi kat rumah aku, malam ni kat rumah k.Hema pulaklah jawabnya..



Nota lega:
Petang semalam, lepas dak kakak dah selamat sampai rumah nenek dia barulah aku terasa lapar.. Kalau sebelum tu aku risau teramat sebab ni kali pertama naik van time balik sekolah.. Sampaikan neneknya rimas dengan aku.. hikhikhik.. Sorilah nek.. lepas ni saya SYMP jelah..




psstt: Alhamdulillah pagi tadi dapat bersahur dengan hubby sebelum beliau ke Kuantan..

Monday, August 1, 2011

Ramadhan 1432

Selamat menyambut Ramadhan 1432..
Moga ramadhan tahun ini membawa khabar gembira buat kita semua..


Dah tengok entry lemang..?
Ok.. yang ni pulak kisah ikan bakar.. Betul-betul sesi menternak lemak.. Korang boleh tengok kat SINI..

Memandangkan masih kekenyangan, sahur tadi aku cuma ambil menu yang ringan agar perut tak terkejut pepagi dah kena bekerja.. DAN.. Alhamdulillah aku sampai awal ke pejabat hari ni.. Harapnya dalam bulan Ramadhan ni takdelah dapat warna merah..



psstt: Moga dak kakak laratlah berpuasa hari ni dan hari-hari seterusnya sepanjang Ramadhan kali ni..

Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...