Followers Remaja Purba

Sunday, July 31, 2011

Customer Service di ‘Nobita’

Cadang nak pergi membeli dan belah lagi di Shah Alam, kali ni di pasar pagi Shah Alam tapi akibat tidur lewat malam tadi kitorang hanya pergi di ‘Nobita’ Klang Sentral.


Lunch di Pak Ali Kopitiam..


Lepas perut dah kenyang, barulah selesa nak membeli dan belah..



Di ‘Nobita’..

Masa nak buat pembayaran, harga bagi khemah yang aku tengok kat rak RM49.99 tapi bila punch jadi RM89.99.. Nasib baik aku ringan mulut bertanya.. Silap aku juga tak check proper harga dia tadi.. Lepas dah selesai buat pembayaran, hubby minta aku check balik amaun.. Barang tak banyak tapi kenapa bayar mahal..

Fuh.. nasib baik double check.. Memang hubby bayar sekali harga khemah yang tak jadi ambil tadi.. Aku teruslah pergi balik kat kaunter.. Rupanya Supervisor dia yang salah potong pada barang yang tak jadi tu.. Nasib baik supervisor yang datang tu (siap datang dengan guard..) minta maaf kat aku.. Sejuk sikit hati aku dan kurang sikit vibrate badan aku ni..

Kat customer service pun layanan dia pun ok.. Lepas dah isi borang apa yang patut, dapatlah balik claim amaun tu.. Alhamdulillah, kalau tak terbang duit..



psstt: Next time kena lebih berhati-hati bila buat pembayaran di kaunter, nak pulak kalau dalam jumlah barang yang banyak, takut dia terlebih ‘punch’ sebab dulu aku pernah cuma bukan kat ‘nobita’ lah..

Lemang menyambut Ramadhan

Petang semalam Hubby plan nak bakar lemang dan tak sangka pulak berjaya direalisasikan malam tadi.

Aku..? Petang semalam aku sempat membeli dan belah di Shah Alam sambil ditemani K.Hema dan anak dara TDBi.. Seronokler aku sebab hubby bagi lampu hijau.. Anak-anak? Tinggal sementara kat rumah nenek..


Hilang dahaga sekejap..


Sebelum balik..


Malam..
Sesi membakar lemang dimulakan.. Korang boleh tengok di SINI..


Walaupun tak banyak tapi keterujaan tu terserlah di wajah memasing..



psstt: Nak raya nanti rasanya buat lagi ni macam tahun-tahun lepas..

Friday, July 29, 2011

M.E.R.L.I.N

Kebelakangan ni aku addict dengan siri MERLIN..
Dulu aku tak minat siri ni walaupun dah banyak kali ditayangkan kat TV3.. Masa tu zaman aku tak beli astro lagi..

Sekarang aku layan kat channel 702 Astro.. Aku suka kat Arthur sebab dia hensem tapi lebih minat pada Merlin.. He's so cute.. hikhikhik..

Nak pulak siri tu ada hari-hari.. lagilah aku suka.. serius best pulak aku tengok..

Ok, dah.. itu je aku nak share malam ni..



psstt:
Sambil borak kat pondok ni sambil mengedit entry ni.. Bilalah agaknya dalam rumah aku ada line orang hijau tu agaknya..

Cermin Kereta Pecah

Semuanya bermula dengan SIKAP..

Tempat kejadian:
Parking kereta di rumah pengasuh..

Masa kejadian:
Petang time balik kerja..

Punca:
Barang jatuh dari tingkat atas (dari sumber petang semalam, ianya bermula dari tingkat 15) lalu menimpa kereta yang diparking di bawah.. cermin belakang kereta pecah..

Macam mana dapat dikenalpasti:
Berdasarkan botol ubat yang dibuang tu ada nama pemiliknya..


Kalau sebelum ni aku ada cerita pasal kereta aku kena ludah, kali ni cermin kereta pulak.. Memang tak kena kereta aku tapi kesiannya pada tuan punya kereta tu nak repair balik cermin belakang keretanya itu..

Namun aku bersyukur aku lewat sampai dan tak parking kat tempat tu.. biasanya tempat tu tempat favourite aku parking… Rupa-rupanya ni masuk kali ketiga cermin kereta kat parking tu pecah.. Angkara siapa.. aku tak pernah pulak menanya..

Perkara-perkara macam ni memang diluar kawalan tapi masalah takkan timbul kalau tiada sikap macam tu.. tak kisahlah baik anak, mak, ayah atau sesiapa.. kalau anak-anak main berhampiran tingkap kita kenalah perhatikan agar tiada kenderaan yang mendapat balingan percuma (macam bolasepak pulak).. Macam tu juga pada orang tua tapi perasan muda.. janganlah jadikan tingkap tempat pembuangan sisa kumuhan.. Tu pengotor namanya..



psstt: Aku risau.. kalau kereta tak kena.. aku takut kepala yang kena..

Meh baca ni..

Pagi yang sejuk.. bumi yang disimbahi hujan.. membuatkan ada antara kita menarik lagi selimut agar lebih lena.. tapi bila mengenangkan hari ni hari Jumaat – Penghulu segala hari maka bergegaslah kita meneruskan aktiviti harian..

Sebelum korang teruskan pembacaan silalah korang klik di SINI.. Sudah..? Ok.. korang boleh teruskan pembacaan..



Pagi ni agak panjang mukadimah aku.. Harap korang tak bosan sebab nanti dua hari kita tak berjumpa.. dah tentu antara kita (termasuk akuler tu) akan sibuk menguruskan rutin di rumah pulak..

Perjalanan dari rumah sehingga ke pejabat ditemani air hujan yang menyimbahi bumi dan dah tentu akan ada yang lewat tiba gara-gara berlakunya kesesakan jalanraya.. Alhamdulillah aku sampai agak awal ke pejabat hari ni.. Bagus juga sebab sebagai persediaan sepanjang Ramadhan nanti.. Moga warna merah tidak menguasai kehadiran aku sepanjang bulan Ramadhan nanti.. InsyaAllah..

Memandangkan pagi ni hujan dan mungkin merencatkan sedikit mood korang pepagi ni, jadi aku tak nak bebel panjang lebar (lewat sikit aku share cerita kat korang ye..), jadi di sini aku sudahi dengan Assalamualaikum w.b.t..


psstt: Mood aku – berwarna-warni.. c.e.r.i.a…

Thursday, July 28, 2011

Sayang atau tak

Sayang anak tangan-tangankan..
bukan sayang anak lepas-lepaskan..
DIKTATOR perlu ada bukan hanya mahu digelar ‘mak ayah kau sportinglah’..



psstt: Aku tak ingat dari mana aku dapat ayat ni..

Hadiah GiveAway Bro Wacana

Kita ceriakan mood di pagi Khamis dengan..


Sebelum ni aku ada join GiveAway yang dianjurkan oleh Bro Wacana kat SINI dan teruja bila aku diumumkan sebagai salah seorang pemenang di SINI..


Kisahnya:
Petang semalam.. Kebetulan hubby balik awal sebelum Pos Laju sampai kat rumah.. Mula-mula hubby cuak jugak tengok mamat mana yang bagi present kat wife dia ni.. tapi bila aku dah jelaskan, maka hilanglah cuak beliau.. kihkihkih..


Anyway, Terima kasih pada Bro Wacana.. dan inilah hadiah yang aku dapat..







psstt: Mood.. gembira.. lalalala.. walaupun sebenarnya dah tercalar pagi tadi..

Wednesday, July 27, 2011

Apa mood korang hari ni..?


Selamat Pagi:

Buat korang yang baru jenguk blog ni..

Selamat Tengahari:
Buat korang yang baru masuk sini..

Selamat Petang:
Buat korang yang baru berkesempatan jengah blog ni..

Selamat Malam:
Buat korang yang dah nak tidur tapi masih bukak belek baca komen kat blog ni..


DAN..
Moga kita semua sentiasa di bawah naunganNYA dan dianugerahkan kesihatan yang baik dalam menjalani rutin harian.. amin..



psstt: Hari ni mood PINK.. oyeehhh..

Tuesday, July 26, 2011

Masih dalam mood bercuti

Hari ni hari Selasa.. 26 Julai 2011..

Dah masuk hari kedua bekerja tapi aku rasa mood aku masih dalam mood bercuti gara-gara Majlis hari Sabtu lepas.. Ikutkan rasa hati nak cuti lagi tapi mengenangkan banyak komitmen menanti dari Hari Isnin hingga Jumaat, kupujuk hati.. sabarlah dikau wahai hati..

Tak sampai seminggu lagi nak puasa, sebulan lepas tu kita akan beraya..
Persiapan raya..?
Dalam emel dah banyak promote jual biskut raya.. siap bawa untuk dirasa lagi.. Aku.. dah orang bagi rasa.. aku bukan rasa tapi aku makan.. kihkihkih..

Borang pemilihan waktu bekerja berperingkat telah diemelkan, sedang berfikir nak tukar waktu ke tak.. Kalau nak tukar aku kena disiplinkan mata aku ni.. Tapi mesti aku letih nak kejar masa.. Nak tukar ke tak..? Nak tukar ke tak..?



psstt: Kenapa entry aku hari ni kacau-bilau..?

Monday, July 25, 2011

Bertambah bukannya berkurang debaran di hati

Alhamdulillah selepas berhempas pulas nak siapkan entry 23 Julai 2011, akhirnya siap juga.. Itu baru siap dalam blog, dalam mukabuku belum masukkan lagi, anak-anak dara TDBi dah merengek-rengek nak tengok dalam mukabuku.. Aku sampai sanggup angkut lappy bawak ke office.. Cadangnya lunch nanti nak buat.. Itu kalau sempatlah..

Seperti yang aku dah cerita kat korang di SINI, ada tiga tarikh penting yang aku kena lalui.. Alhamdulillah 2 tarikh tu selesai sudah: 23 Julai 2011 dan 01 Ogos 2011, tarikh operate dak adik ditunda ke hujung tahun.. amin..

MANAKALA.. hari ni sepatutnya keputusan yang aku tunggu-tunggu walau tak mengharap akan keluar tapi bila semak online.. Keputusan ditangguhkan sebulan lagi.. Seminggu nak raya nanti baru tahu.. Jadi.. aku kena tunggu lagi.. Nak share pun belum boleh lagi..


psstt: Ok, lepas ni boleh blogwalking seperti biasa..

Sunday, July 24, 2011

Majlis 3 dalam Satu



Gambar selanjutnya boleh di lihat di SINI dan SINI..


Tarikh: 23 Julai 2001 (Sabtu)
Masa: Dari tengahari hingga tengah malam
Tempat Kejadian: Rumah atok sedara (selang 2 buah rumah)

Menu siang:
Ayam golek, kari daging, ikan masin, jelatah, ulam-ulaman, buah dan air

Menu malam:
Kambing bakar (selain dari lauk-pauk yang dihidangkan lebih awal) + 4 biji kek untuk sambut hari lahir – hubby, atok+nenek dan pakLeh..


Majlis turut diserikan dengan set karaoke yang ditempah khas sehingga tengah malam.. wah.. sakan memasing nak menyanyi.. dan aku turut dipaksa menyanyi bersama hubby.. gigil aku..maklumler biasa dok nyanyi belakang tabir..

Anak-anak puas main dari hujung ke hujung, depan ke depan, belakang malam dalam rumah.. dak Adik macam biasa, jadi model baju asyik bertukar je.. Kotorlah, basahlah.. ada je alasan dia untuk tukar baju lain..

Aku pulak tolong pun tak banyak, banyak tolong tengok.. Hubby macam biasa antara orang penting dalam menjayakan majlis ini.. Tiada ucapan selain dari terima kasih.. Moga abang sentiasa dilindungi, dirahmati dan diberkatiNYA serta dianugerahkan kesihatan yang baik.. amin..

Alhamdulillah selesai majlis yang dirancang ini dan esok RESULT aku akan keluar.. Ya!Allah aku berserah padamu.. Dari angan-angan menjadi impian dan dari impian moga ianya menjadi kenyataan..



psstt: Aku tak pergi Family Day office sebab aku tidur lewat hari Jumaat dan penat teramat.. Aku minta maaf pada mereka yang terlibat dengan Family Day tu ye..

Friday, July 22, 2011

Pegang tak boleh, jeling apatah lagi..

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Start entry ini di publish, aku akan bercuti dari jengah jenguk blog sambil blogwalking.. kerana aku akan menyibukkan diri di rumah atok sedara aku.. Confirm aku tak boleh pegang lappy.. Jangan kata pegang, jeling pun tak boleh.. silap-silap aku yang akan dijeling dek hubby..

DAN..

Aku sedang berbelah bahagi ni nak pergi ke tidak ke Putrajaya.. ada Family Day tempat kerjaku.. Hubby dah bagi lampu hijau tapi rasa macam tak best pulak sebab esok birthday hubby dan jugak atok.. Kenduri doa selamat + sambut birthday..


Tak kisah ke mana aku akan pergi.. nanti aku cuba story kat korang okay.. Kalau takde apa aral melintang menegaklah.. moga semuanya berjalan dengan lancar.. InsyaAllah..



psstt: Hubby nak hadiah tapi aku minta KIV dulu.. hikhikhik..

Cancel Operation

Aku tak tau nak lakarkan perasaan aku kat sini.. Mungkin ada hikmah sebaliknya..

Berita ni aku dapat tadi.. pihak hospital call memaklumkan tarikh penangguhan pembedahan dak adik.. Pembedahan yang sepatutnya akan dijalankan pada 01 Ogos 2011 ni (SINI), akan ditangguhkan pada hujung tahun ni..

Alhamdulillah lega sekejap.. aku tak ralat sangat dah.. Lepas ni boleh aku cancel balik cuti rehat aku yang aku dah standby untuk sesi pembedahan dak adik itu..

Terima kasih kepada korang yang mendoakan keadaan dak adik sebelum ni.. Dan insyaAllah, sekiranya semua berjalan lancar hujung tahun ni pembedahan akan dijalankan dan menurut pihak hospital tadi, sekiranya dalam jangka waktu terdekat ni ada tarikh kosong maka aku akan dimaklumkan semula..

Bersyukur sangat-sangat ketika ini..



psstt: Doakan aku moga mendapat keputusan yang positif hari Isnin ni.. Aku tak mengharap dapat tapi RISAU + TAKUT sekiranya aku dapat..

Thursday, July 21, 2011

Dr. Rubiah K. Hamzah

Penceramah ini sering dijemput menjadi tetamu oleh radio, TV1, TV2, TV3 dan Astro selain muncul sebagai tetamu jemputan dalam beberapa rancangan tv.. DAN pagi tadi beliau berada di Dewan Utama, pejabatku..


Ceramah yang disampaikan oleh beliau:
Tajuk: Kecerdasan emosi menentukan kualiti diri dan kualiti kerja


Aku bagi 5/5 bintang untuk penceramah ini.. Memang happening dan seronok.. Banyak yang dikongsi bersama kami sepanjang sesi ceramah pagi tadi.. yang pasti ilmu yang dikongsi membawa seribu makna.. terima kasih Dr. Rubiah atas kesudian meluangkan masa..


Kesimpulan:
Kita kena faham perasaan sendiri
Mampu menguruskan perasaan kita
Upgrade perasaan kita
Motivate perasaan kita

Bila kita faham perasaan kita baru kita boleh bantu orang lain..



psstt: Moga akan ada perubahan dalam diri..

Jangan jeling je.. mai lah kat sini..

Agenda hari ini

Aku nak jalan-jalan melawat blog korang..
Korang sediakanlah apa-apa yang patut..
Aku tak nak makan yang berat-berat cuma demand je..
nasi kerabu pun ok, tak pun pizza ke McD ke.. kihkihkih..

Korang jangan tak bagi aku masuk pulak ye..



psstt: Sayang korang ketat-ketat..

Wednesday, July 20, 2011

Perasaan aku..?

Tak sabar:
23 Julai 2011
Birthday en. suami dan atok sedara dan pada tarikh ni juga akan diadakan Family Day office ku.


Berdebar-debar:
25 Julai 2011
Tarikh eemmm… aaa… errrrr… minggu depan jelah aku bagitau sebab lagi dekat tarikhnya tu lagi segala macam perasaan ada..


Risau:
01 Ogos 2011 operation day
(dua tahun lepas sambut raya, kali ni sambut puasa pulak di hospital..)


3 tarikh teramat penting bagi aku setakat ni.. Semua perasaan bercampur-baur.. Wahai hati sabar dikau..



psstt: Itulah perasaan yang aku rasa ketika ini.. Memang tak tenang, tak senang tapi makan kenyang aje..tidur pun lena, mandi basah je..

Akhirnya MQA akan di ...

Assalamualaikum dan selamat pagi korang semua..

Akhirnya debaran semalam menjadi kenyataan.. Kali ni bukan sebab masa menunggu lama tapi lama mendengar penerangan doctor dan sesi soal jawab..

Aku sebenarnya takut sebab ni kali pertama aku berhadapan dengan masalah ni namun demi kebaikan dak adik aku dan hubby akan teruskan dengan saranan awal dari doctor.

Lepas tu, kitorang kena bawak adik untuk ujian pendengaran.. Rasa terkejar-kejar sebab dah pukul 4 lebih.. Sekejap je ujian tu dan keputusan tu kena serah balik kat doctor.. kemudian kami di bawa ke tempat pendaftaran kemasukan wad untuk diberikan penerangan apa yang patut dibuat nanti..

29 Julai 2011 ni, kena datang balik ke PPUM untuk pendaftaran kemasukan wad bersama maklumat yang diperlukan oleh pihak hospital.. DAN hari Ahad aku dan MQA akan check in di wad.. JADI.. tarikh operation adalah pada 1 Ramadhan 1432 bersamaan 1 Ogos 2011..



pssttt: Semakin hampir dengan tarikh 25 Julai 2011, semakin kuat debaran dihati aku..

Tuesday, July 19, 2011

Bersedia untuk ke hospital

Pada kad dicatatkan temujanji pukul 2pm di Klinik ENT, PPUM tapi menunggu turn itu jadi perkara biasa.. dan kalau agak dah terlalu maka akan adalah unsur-unsur yang kurang baik akan timbul dalam diri aku..

Sekejap lagi hubby datang ambil aku, kemudian kami akan bawak dak adik ke PPUM untuk temunjanji dengan Dr. berkenaan isu ini.. Sepatutnya bulan lepas keputusan dah dibuat tapi sebab aku nak hubby ada bersama ketika sesi bertemu Dr. maka hari ni penentu segalanya..

Moga temujanji kali ini memberikan jawapan yang baik untuk keadaan dak adik..




psstt: Ok, guy.. aku nak out dulu.. nanti aku update.. aku sendiri dah berdebar-debar ni..

Monday, July 18, 2011

popia Sedap

Malam ni sesi menternak lemak lagi kat pondok depan rumah.. Hasil usaha hubby membuat popia.. dan menu sampingan yang lain keropok, sotong goreng tepung dan air..

Sesi makan-makan turut disertai jiran terdekat.. borak dan chit chat.. Anak-anak memang tak lepaskan peluang main kat depan rumah.. eh.. dorang ni.. macam malam minggu pulak padahal esok sekolah ni..

Aku tolong makan dan kemas balik..

Ikutkan rutin macam biasa je tapi memandangkan esok nak pergi PPUM, itu yang hubby cuti dan buat popia.. dipaksa aku suruh bawak dak kakak balik.. Aku pun suka sebab dapat berkumpul anak-beranak.. dahlah jarang dapat berkumpul macam ni..

Dan.. yang pasti memang happening.. seronok cuma takleh nak berlama-lama kat luar rumah, esok kerja daa..



psstt: popia sudah habis.. kuahnya masih ada.. kalau tak penat, nak buat lagilah..

Sunday, July 17, 2011

Aku lupa nak letak Tajuk

Pemandangan:
Berlatarbelakangkan kebun kelapa sawit..

Keadaan:
Membelakangkan cahaya matahari..

Kedudukan:
Latitud dan Longitud.. di tepi tembok tepi pondok..

Pencahayaan:
Masih panas belum redup..

Anak-anak:
Bersedia untk bermain dikelilingi geng lelaki (aik.. mana geng perempuan dia ni..?)

Hubby:
Memancing ikan.. (hai bang.. dalam peti sejuk dah ada ikan jenahak.. nak pancing ikan apa lak bang..?)

Aku:
Nak segarkan mata tengok kehijauan pokok kelapa sawit.. mata dah letih dok hadap NCIS LA..



psstt: Ada sesiapa boleh bantu aku macam mana nak guna photoscape.. Aku nak buat banner.. boleh tunjuk ajar aku tak.. ?

Saturday, July 16, 2011

Tamatnya Kursus 2 Hariku

Alhamdulillah selesai sudah kursus yang aku hadiri semalam dan hari ni.. DAN alhamdulillah aku dapat lepaskan rindu peluk cium pada dak kakak dengan adik.. LEGA and speechless..

Minggu depan sambung balik segala macam perkara.. TAPI yang tu minggu depan je aku cerita ok..

Untuk hari ni, malam nanti aku nak jalan-jalan kat rumah korang ye..



psstt: Penjaga gol Liverpool hensemler.. hikhikhik..

Friday, July 15, 2011

Selesai part One

Lega.. tinggal sehari lagi..

Memandangkan aku sampai rumah awal (anak-anak masih dirumah nenek dorang).. Cadang-cadangnya nak masak.. Maklumlah duduk bujang kenalah berdikari..

Sampai kat rumah, nenek suruh datang makan kat rumah nenek.. wah! Langkah kanan aku hari ni.. tak payah susah-susah masak.. Dapat rehat lama sikit.. Terima kasih ye nek. I lap u lah..

La ni hujan pulak.. ah.. tak boleh jadi ni, nak layan blog kat pondok jap..


psstt: Malam tadi dok kena sakat dengan jiran kat depan rumah.. 'pengantin baru’.. Malam ni aku sorang jeee.. :(

Bersiaran dari Pearl International Hotel

Tajuk Kursus: Kursus Kemahiran Menyelesaikan Masalah
Tarikh: 15 - 16 Julai 2011 (memang terganggu aktiviti dihujung minggu)

Sinopsis kursus: InsyaAllah aku akan share serba sedikit nanti..

Pesanan aku:
Aku nak bw pun aku sendiri tak boleh lama.. Jadi aku hanya sempat update entry je..

Kepada korang semua, ingat ketat-ketat blog aku.. Aku tak lupa cuma masa mencemburui aku..



psstt: Malam tadi hantu memang tak dapat kacau aku sebab cedera akibat merempuh dinding batu rumahku.. kihkihkih..


Nota penutup: Lega sikit hati aku bila mana atuk akak ambil kakak balik sekolah petang nanti.. fuh.. lega.. sebab dia tak pernah lagi naik van balik sekolah..

Thursday, July 14, 2011

Mood bertukar warna Jingga

Assalamualaikum buat semua pembaca blog aku..

Semalam tiada entry..
Hari ni belum ada mood nak bina ayat..

Aku nak jalan-jalan kat blog korang jelah hari ni..


TAPI.. Sekadar nak bagitau dan ingatkan korang..

Esok dan lusa aku akan menghadiri kursus jadi kepada korang yang singgah kat blog aku ni, jangan nakal-nakal ye.. Kalau sempat aku akan bersiaran dari tempat kursus aku..

Aku sebenarnya berat hati nak pergi kursus ni.. Kesian kat anak-anak.. dahlah weekday susah nak manja-manja dengan aku, hujung minggu pulak aku takde.. Napelah tak buat time waktu bekerja.. takdelah masa dengan keluarga terganggu.. Cuma aku bersyukur kursus tu tak sampai ke malam.. Lega sikitlah..

Mesti petang nanti dak kakak dengan adik menangis nak ikut aku balik.. Alahai anak-anak ibu.. Sabar ye.. ibu bukan sengaja nak tinggalkan kakak dengan adik kat rumah nenek tapi ibu terpaksa.. Sabtu petang ibu ambik ye.. (sedihnya..)



psstt: Ni kali pertama aku sorang-sorang kat rumah… uwaaaa… aku tak takut hantu tapi hantu yang tak takut kat aku..



Nota kaki:
16 - 17 Julai 2011 ada Jualan Gudang Pureen kat P.J (silalah minta tolong en. google)

Tuesday, July 12, 2011

Tolong Bantu Aku Boleh..?

Assalamualaikum korang semua..

Siapa ada pengalaman berkenaan TONSIL..?
Ada tak yang sampai kena operate..
Macam mana nak jaga..?
Ada effect tak di kemudian hari..?


Plzzz... minta tolong sangat-sangat sesiapa yang boleh bantu atau ada pengalaman pasal tonsil ni..



psstt: Tak tenang hati aku nak hadap minggu depan..

Kembali bersiaran

Selamat pagi semua,

Selesai sudah urusan untuk dak adik di hospital.. So next appointment bulan 9 nanti ---> jatuh tarikh lahir dak kakak..

Ok.. masa untuk ‘bekerjalah sekuatnya..’



psstt: cemerlang, gemilang, terbilang buat aku sorang..

Monday, July 11, 2011

No Entry Today

Dari pagi tadi aku takde entry yang menarik untuk dikongsi dengan korang..

Hari ni aku blogwalking je.. jalan sana jalan sini.. penat berhenti kejap pastu jalan lagi..

Kisah hangat dalam dunia blog hari ni pasal iframe.. pagi tadi aku tak tahu blog mana tapi la ni aku dah tahu.. korang nak tau google ek..

Kerja..? Ok je.. ;)


Ok, ni aku bagitau jadual aku untuk esok (macam amanat pulak..)



Pagi:
Urusan di Bahagian Pemulihan Anggota Badan, PPUM


Petang:
Berada di pejabat.. sambung balik kerja.. moga situasi esok tidak mengganggu mood aku seharian..



psstt: Aku dah bersedia nak balik ni..

Sunday, July 10, 2011

Singgah blog aku sat , bleh ?


Jom bawak tikus korang kat SINI..



psstt: Aku bersiaran di bawah pokok kelapa sawit.. kihkihkih..

Saturday, July 9, 2011

Dialog KL Gangster

Aku tak berkesempatan nak tengok kat pawagam apatah lagi nak beli DVD tak berapa haram pasal filem ni.. Nak tengok kat rumah DVD Player aku di McGyver kan dak adik.. Nak tengok kat lappy mana puas..

Sudahnya, aku ‘hutang’ kat astro RM15 semata-mata nak tengok filem ni kat channel Astro First.. Hutang..? Yelah cukup bulan bil sampai baru bayar.. kira hutanglah bayar kemudian..

Tengok sampai muntah selama 48 jam berikutnya.. Dari awal hingga akhir hanya pada babak tertentu melibatkan perempuan.. selebihnya semua berunsur keganasan yang dikuasai oleh lelaki..

Aku taknak review filem ni sebab aku tau korang mesti dah tengok punya.. tapi aku suka beberapa dialog dalam filem ni.. Antaranya:

1. Lu macam masuk true fitness bro, ni tempat bukan true fitness bro.. (Zizan)

2. Aku tak besarkan badan tapi aku besarkan hidung.. (Aaron)

3. Pakai seatbelt, nanti kang kena saman pulak.. (Zizan)

4. Abang bukit bintang, sejak aku korek hidung dia, baik resdung dia.. (Zizan)

5. Mak lebih rela susah Malek dari makan duit haram, mak malu dengan orang kampung.. pergilah jangan balik lagi..

6. Gua tak takut mati tapi gua tak nak mati (Ady Putra)

7. Kalau lu nak tengok gua mati, lu kena bunuh gua dulu (Aaron)


Setengah jam pertama filem ni cool je sebab celoteh Zizan tapi lepas tu sampai akhir aku rasa kancing gigi aku rasa menahan geram.. Korang yang dah tengok mesti tau kenapa.. Korang yang belum tengok marilah meng’kaya’kan lagi Astro.. Filem ni tak bosan cuma tak senang duduk jelah..



psstt: Ok stop di sini dulu.. Nak layan lagi filem tu..

Glam kau BERSIH..!

Sana sini dok bercerita pasal BERSIH.. Aku tahu ramai yang tak sukakan keadaan hari ni, menyusahkan ramai orang yang perlu berurusan di sekitar Kuala Lumpur..

Kenapa nak buat perhimpunan macam ni, dah tahu keputusan TAK BOLEH.. NO.. Janganlah cuba mencabar kewibawaan Negara.. Ibarat hal dalam rumahtangga diketahui oleh jiran sekeliling, macam tu jugak Negara luar sedang memerhati suasana di Malaysia.. Kau suka..? Aku dah tentu tak suka..?

Aku tak kata cara korang tu salah dan aku tak kata aku setuju.. Ok.. aku bagi contoh:
Bila ada sesuatu isu, dah tentu kita akan bermesyuarat mencari jalan penyelesaian kan..? Takde masalah yang tak boleh diselesaikan tapi perlulah melalui jalan yang betul.. Bila kata sepakat dah diambil barulah sesuatu peraturan/akta itu digubal.. Memang melibatkan banyak pihak tapi sekurang-kurangnya takde meninggalkan kesan yang teruk kepada rakyat jelata khususnya..


Pernah terfikir tak, kesan daripada masalah ni pada kami semua..?
Beribu-ribu pengguna terperangkap dalam kesesakan jalanraya..
Lewat sampai ke pejabat..
Peniaga mengeluh pendapatan mereka merosot atau langsung tiada pelanggan (nak shopping macam mana, dah kalau banyak jalan kat K.L nu ditutup)..
Boleh mendatangkan kemarahan pada pengguna jalanraya (korang suka ek di marah di cerca..)..
Cuba bayangkan juga ada nyawa yang perlu diselamatkan segera (kalau ada spare takpe)..
Minyak kereta (alah setakat duit minyak kereta aku mesti korang mampu bayar kan..)..
Sakit kaki.. (korang sanggup ke nak urutkan kaki ni..)


Perkara yang remeh macam nilah buat memberi impak yang besar pada pembangunan Negara.. Memang bagi korang tak meninggalkan kesan tapi tidak bagi kami..?


psstt: bersedia untuk pemBERSIHan secara menyeluruh di dalam rumah..

Friday, July 8, 2011

Sesi PemBERSIHan

Macam biasa dari office 5.35 petang.. Jalan sesak kat area P.J ni memang standard, hari-hari memang macam tu cuma kali ni polis trafik yang jaga kat bulatan Jalan Othman tu hanya memantau pergerakan sahaja.. Biasanya selang-seli diberi laluan tapi tidak tadi..

Lepas dah masuk NPE, lega dah.. Dalam lega tu risau tetap ada sebab lepas 6.30 nanti aku nak masuk Federal Highway untuk meneruskan perjalanan balik ke rumah..

Penat pandu di PJ tak hilang lagi, tengok pulak dari tol NPE menghala ke Sunway dah sesak teruk + padat, penuh dengan lautan kenderaan..

Lepas dah ambil anak (dak kakak balik sekolah dan adik di rumah pengasuh), perjalanan dimulakan.. Tawakkal je, takkan aku nak tunggu malam baru balik, aku rasa lagi teruk jem nya nanti..


Federal Highway:
Kesesakan teruk melanda di laluan menghala ke Kuala Lumpur.. Polis buat sekatan hanya buka satu laluan je.. DAN laluan dari arah PJ ke Shah Alam lancar sehinggalah aku susur Subang menuju ke NKVE.. Penuh yakin berdesup aku pergi.. Masuk je NKVE, terdiam tak terucap dengan kata-kata.. Masa ni tak guna dah kalau ada turbo besar mana sekalipun, kereta rapat dan slow.. Aku tak tahu apa motif laluan paling kiri ditutup ketika hampir susur Bukit Jelutong.. Sekatan dari arah Klang menuju ke Subang..

Kesian pada mereka yang balik kerja terperangkap dalam kesesakan jalanraya yang luarbiasa tadi.. DAN berdasarkan keadaan tadi aku, terus kusalurkan maklumat kepada hubby sebab dia on the way balik dari Penang.. Rupa-rupanya keadaan hubby lagi teruk.. Dah sampai Rawang tapi terpaksa berehat sekejap tak larat nak teruskan perjalanan.. Kesiannya dahlah dari Penang..

Gara-gara BERSIH akan diadakan esok, rakyat jelata terpaksa menanggung kesulitan..



psstt: Aku nak claim duit minyak + massage kaki aku yang penat menekan pedal..

Tang mana SERAMnya..?

Malam tadi buat pertama kalinya aku layan drama SERAM di channel 103 a.k.a TV3..

'You SAKA pergi jauh-jauh'

Serius bagi aku memang kelakar, takde pun yang seram.. kihkihkih.. Biasanya memang aku tak layan cerita seram ni bukan sebab aku takut tapi aku rimas nak bergerak.. anak-anak akan ikut aku.. aku masuk bilik ikut.. aku ke dapur ikut.. Sudahnya memang takkan layan cerita seram kecuali kalau hubby ada sekali kat rumah..

Hantu dia pun kelakar, salah satu babak nak masukkan hantu dalam botol tapi tak dapat masuk.. boleh pulak cakap 'patutlah tak muat, botol kecik sangat..' Serius.. memang tak seramlah malam tadi tapi aku tak tahulah pulak episod yang lepas-lepas kalau ada yang betul-betul seram..

Terbahak-bahak aku gelak cuma takdelah berguling-guling.. sampaikan dak adik tanya 'Ibu.. nape..?' Hairan dia tengok aku gelak-gelak sedangkan bagi dia, cerita aku tengok tu cerita hantu..




psstt: Gelak-gelak juga, kejap lagi ada mesyuarat Bahagian.. Kalau nak bagi meeting cepat habis, jangan timbulkan banyak-banyak isu.. Nanti lambat balik.. ;)

6 Syaaban 1432

Assalamualaikum dan selamat pagi korang..

Moga pagi Jumaat ni menceriakan keadaan korang.. tak kisahlah baru lepas hadap jalan jem ke, baru lepas study ke, baru lepas layan anak ke..

Sekadar nak share dengan korang.. Jadual aku untuk hari ni:


Pagi:
Taklimat Kesedaran MS ISO.. eemm..


Tengahari:
Rehat lama ni.. apa nak buat ye..?


Petang:
Mesyuarat Bahagian.. <--- sedang memikirkan menu apa, bos dah bagi duit suruh order.. (bab makan laju je..)


Malam:
InsyaAllah akan bersama dengan dak Kakak selepas 4 hari di rumah nenek dia..



psstt: Bubur nasi memanggil-manggil aku di kala ini.. ok guys, out sekejap..

Thursday, July 7, 2011

Sekatan Jalanraya

Semalam mesti ada yang lewat sampai ke office gara-gara sekatan jalan yang dibuat oleh pihak berkuasa.. dan mesti pagi ni ramai yang keluar awal untuk elak dari tersekat dek kesesakan yang luarbiasa..


Bagi aku tidak praktikal time orang nak pergi kerja dijalankan walaupun pihak polis tentu ada alasan yang munasabah kenapa sekatan jalan dilakukan.. Kesian pada mereka yang lewat tiba di office.. Cuba bayangkan jika bos kat office tak nak terima alasan yang diberikan.. Cuba bayangkan kesan yang dorang terpaksa hadapi.. Kesian kan.. Tapi kalau dapat bos yang ok, Alhamdulillah..

Pagi ni aku tiba awal di office takde kena-mengena dengan kisah di atas tapi sebab dak kakak tidur rumah nenek dia.. Dahlah semalam aku lewat sampai kat rumah pengasuh gara-gara aku terlewat bangun.. Lepas dah uruskan anak-anak, barulah aku terus ke pejabat..

Lega, selamat sampai di office.. Hari ni aku sampai awal.. hikhikhik.. macam nak training datang awal untuk bulan Ramadhan nanti je.. Tapi bagus juga selain dari dapat elak dari jem kat NPE tu aku boleh rehat sekejap kat office ---> lepas memandu lebih 35 km..

Ok, tengok jam masih sempat nak bw ni.. ;)



psstt: Petang nanti dak kakak ajak pergi pasar malam.. check dompet, hurm.. nampaknya aku kena pergi bank..

Wednesday, July 6, 2011

Aku ada cerita Best..

Pengumuman:

Hari ini: 06 Julai 2011 (Rabu) bersamaan dengan 4 Syaaban 1432 Hijrah..

Masa: Dari pagi tadi..

Tempoh: Selagi diarahkan..



Akhirnya FB a.k.a mukabuku di BLOCK atau dalam bahasa mudahnya di SEKAT atas arahan pihak atasan.. Aku..? Tak terkesan pun sebab aku belum sampai tahap addict.. Masih di dalam kategori selamat..

Aku tahu ramai yang mengeluh pasal menda ni tapi elok jugak sesekali di OFF kan kejap FB tu.. Jadi ralit bila dok layan dan sorilah ye kalau ada budak office yang tak suka entry aku ni.. Ops.. aku tak sokong memana tapi secara praktikalnya eloklah.. sekurang-kurangnya bagus untuk kesihatan mata dan jari..



psstt: Sedang membayangkan ada satu pc dan satu lappy..?

Rempit ke Pasar Malam

Kisah malam tadi..

Kali pertama sejak aku tinggal kat tempat sekarang ni, akhirnya dapat juga naik motor dengan hubby.. Janggal weh.. dah lama tinggalkan acara merempit naik motor ni.. Setakat kat TDBi tu adalah sesekali tapi malam tadi jauh sikitlah..

Tujuan – Pasar Malam di Jalan Pasar Malam, Jalan Iskandar (teringin nak makan sup cendawan)


Adik: Ibu, adik nak buah rambutan.. (sambil menunjuk ke arah buah itu)

Aku: Dik.. tu bukan buah rambutan.. tu buah durian.. Jom cari sup ibu dulu ye.. (sambil tarik tangan adik pujuk dia kejap lagi kita lalu balik kat situ)

Ibu: Adik nak buah tu.. (masih tak puas hati sebab dia tak dapat)

Aku: Kejap lagi kita mintak babah belikan.. (dengan harapan dah leka tengok menda lain dia akan lupa tapi..)


Masa nak balik..
Adik: Ibu.. adik nak rambutan tu.. (merengek sambil tunjuk buah tu)


Aku pandang hubby, hubby pandang aku.. Ni yang aku lomah ni.. takde buah lain ke adik nak.. Aku bukanlah allergic buah tu cuma tak suka.. Kembang kempis kempus aku menahan bau dia.. Kalau ada hidangan berunsur durian, awal-awal lagi aku dah tolak tak pun aku blah dari tempat tu.. Nak alihkan pandangan dia pun tak boleh sebab nak masuk pasar malam tu kena lalu tempat durian tu dulu..

Sudahnya, adik berjaya mengepau babah dia buah durian tersebut.. Aku..? oksigen.. oksigen please… Kat rumah dengan durian 2 biji tu hubby dengan adik habiskan dengan jayanya.. alah.. tak banyak ulasnya pun.. Aku..? Layan sup cendawan akuler..


Time nak tidur.. aircond pulak nak manja-manja.. aduh.. ruang tamuler jadi mangsa kami malam tadi..



psstt: Tak suka durian.. sedap lagi rambutan..

Tuesday, July 5, 2011

Silakan.. jangan malu jangan segan..


Assalamualaikum dan selamat pagi korang semua..

Aku mulakan dengan..(saja nak bagitau walaupun aku tau korang dah tau)..:


Tarikh hari ni: 05 Julai 2011 bersamaan 3 Syaaban 1432 Hijrah
Hari ni: Selasa
Blog ni: http://aizamia3.blogspot.com/


Nota: Sila ingat ketat-ketat dan rajin-rajinlah melawat.. dannn... Masa untuk blogwalking ke blog-blog anda..




psstt: Kepada yang blogwalking dari segmen abg ben tu sabar ye.. aku agak sibuk belum sempat jengah.. Jangan kata aku sombong pulak..

Monday, July 4, 2011

Jom Join Bloglist Wacanaku




Nyatakan la sebab-sebab kenapa nak join...

Sebelum menjadi blogger pilihan Bro Wacana di SINI dan menjadi pemenang di SINI, blog Bro Wacana memang dah lama dimasukkan ke dalam senarai bloglistku..

Jadi Bro Wacana memang patut letak aku dalam senarai bloglist Bro yang terkini itu nanti.. Ok bro.. thank you very-very much.. ;)


Kat sini aku nak tag DIA ni..

Korang lain pun kalau nak join, buat je entry macam yang Bro Wacana nak tu..



psstt: Mood sedang gembira di pagi Isnin ni.. lalalala.. ;)

Sunday, July 3, 2011

Blogger Pilihan Bro Wacana

Akhirnya baru tadi aku dapat online dengan jayanya tanpa gangguan.. seronok weh.. da menambah keseronokan dan keterujaan aku, blog aku telah dipromote oleh Bro Wacana di SINI..

Banyak suka dan happylah petang ni..

Dalam masa yang sama terima kasih pada Bro Wacana mempromote blog aku, tak kisahlah korang nak kata apa, janji aku happy.. hikhikhik..


psstt: Terima kasih pada korang yang datang ke blog aku dan rajin bagi komen.. sayang korang ketat-ketat.. ;)

Taman Perepat Indah & Jakel

Masih tak serik-serik nak guna khidmat rakan tak berapa ngam ni ---> GPS.. walhal boleh je call mintak tunjuk arah.. Konon-konon boleh carilah.. Rupa-rupanya taman tu kat bahagian dalam kampung, bukan kat jalan besar..

Nasib baik tak terus tuju sampai ke Klang, kalau tak buat penat je pandu jauh-jauh buang minyak.. Dua tiga kali guna GPS pun tetap sama jugak tunjuk arahnya.. Akhirnya kitorang selamat sampai rumah member sekolah aku dulu atas bantuan tuan rumah jugak.. 'itulah bang, kalau dari awal call kan senang..' Hubby ingat dekat jalan besar je.. manalah tau..

Anyway, thanx to you Ali jemput kitorang datang majlis Tahlil dan Cukur Jambul anak kau itu.. Kira aku ni wakil budak kelas kita dululah.. yelah. lagipun rumah kita bukannya jauh manapun (itupun lepas dah tau..)

Selesai kat rumah Ali tu, kitorang terus ke Jakel Seksyen 7, sale sampai 15hb. Julai ni.. Sesi untuk buang duit.. ;)

Sedang syok pilih kain, ada pulak announcement 'happy hour'.. Harga runtuhler kiranya.. wah.. memang meriah.. aku takdelah beria tapi ranap jugaklah duit hubby.. fuh.. nasib baik aku minta lebih, kalau kurang kenalah topup duit sendiri.. 'terima kasih ye bang.. nanti dah siap tempah baju, nak duit lagi ye..' Ni yang buat aku sayang ketat-ketat.. kihkihkih.. kan aku dah kata.. memang pisau cukur... hahaha..



psstt: Masalah sekarang, belum jumpa tailor yang sanggup jahit baju hubby dan si bujang kecik ni.. sempat lagi ke ni..?

Sesi Berkampung

Kali pertama aku hadiri sesi berkampung ni.. Kalau dulu mak dengan ayah yang akan pergi tapi sekarang aku dengan hubby.. Kebetulan kali ni kat rumah atuk sedara..

Petang tadi aku datang jenguk muka, tolong pun sekadar yang perlu. Takdelah beria tapi kenalah tunjukkan muka, kang hubby tarik muka pulak.. sebab aku ni kategori ‘pemalu’..

Malam, perbincangan dimulakan dari menu, peralatan, tempat memasak, chef dan chief serta para pembantu.. Aku..? Tolong apa yang patutler nanti..

Cuma yang lecehnya tarikh tu sama dengan tarikh Family Day office aku.. Hubby confirm hundred and ten takkan pergi.. Aku..? Dah tentu nak pergi tapi masalahnya kenduri kat rumah atuk sedara aku tu nanti dari tengahari tu sampailah ke malam..

Dipendekkan cerita, hubby diperlukan dibahagian memasak.. Aku..? Berapa banyak kali aku daa.. Tunggu jelah hari bersejarah tu nanti apa yang akan jadi pada aku..



psstt: Aku rasa macam nak baling dadu pilih yang mana satu.. dan yang pasti kenduri kat rumah atuk akan ada ayam golek.. yummi.. bertambah lagi sebatian dalaman aku..

Friday, July 1, 2011

Mood lapar

Tunggu punya tunggu hubby belum jugak sampai.. Petang tadi aku call dah sampai area Bukit Tagar, tadi aku call kata dah nak sampai.. aik..? sampai mana bang..? Rupa-rupanya dah sampai kat kedai member dia.. Rugi masa aku dekat 2 jam..

Sudahnya, aku capai lappy, amik baby hijau (maxis bb), aku lepas kat pondok bertemankan cahaya lampu jalan dan rakan setia ---> nyamuk..

Baru nak bw layan segmen BA yang aku join tadi, perut pulak meragam.. alahai perut, tadi tak nak pulak kau meragam.. Tapi masih under control lagi sebab belum sampai tahap berbunyi.. ish.. tak boleh jadi ni..

"abang.. nanti on the way balik, belikan nasi goreng boleh..? Laparlah pulak.."

eemm.. tapi aku rasa lambat lagi hubby balik ni dan confirm perutku semakin terseksa.. Terencat sekejap nak bw..

Tapi pepehal aku nak bagitau kat korang, kalau sehari dua ni aku takde layan blog korang atau aku takde entry terbaru.. aku minta maaflah ye.. sebab urusan keluarga perlu diutamakan.. lately ni aku agak sibuk dengan kenduri itu kenduri ini, ditambah pulak ada sesi makan-makan.. bertambah gebulah sebatian dalaman badanku ini..



psstt: mood lapar.. auuummmm...

GEGAR BLOG JULAI 2011





psstt: Ini blog mak budak a.k.a remaja purba <--- itulah aku..


Segmen BA ni dibuka sehingga 4hb. Julai 2011 pada jam 2 petang..



Pepatah KSW

Aku jarang tengok berita.. tapi malam tadi sajelah aku buka Buletin Utama TV3.. nak tengok reaksi anak-anak kalau aku tukar channel lain.. eemm.. mungkin sebab malam tadi babah dorang ada so aku boleh tengok dengan tenang tapi tak lamalah sekejap je..


Aku tak nak komen apa-apa tapi masa isu alam sekitar dipaparkan.. Karam Singh Walia (KSW) yang sinonim dengan pepatah-pepatah Melayu dan unik menggunakan pepatah ni..


'Tahi ditengah padang nampak, tahi di dalam hidung tak nampak..'


Ada yang perasan tak.. Aku ni takdelah hafal semua pepatah Melayu tapi ni kali pertama aku dengar pepatah tu.. Tapi KSW ni adakalanya menggunakan pepatah yang agak 'pedas'.. dan ada kalanya pelik dan kelakar..



psstt: Adakah aku yang ketinggalan atau pepatah tu diubahsuai mengikut keadaan jalan berita yang cuba disampaikan..

Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...