Followers Remaja Purba

Thursday, June 30, 2011

Jom Reka Dialog



Aku nak cuba segmen yang memerlukan kreativiti ni.. Korang nak join mai bawak jari atau tikus korang kat SINI..


Perbualan awal tidak sempat dirakamkan dan hanya 5 dialog ni yang tinggal..

Isteri:
Abang tak pandai jaga hati ayang.. abang suka buat ayang tertunggu-tunggu.. Abang suke buat ayang merajuk tapi tak reti nak pujuk.. Abang memanglah.. Abang tak patut buat ayang macam ni..


Suami:
Sayang ooiii..!! Abang ingat abanglah PERMATA HATI ayang. Selama ni abang percaya janji-janji ayang.. Abang dah banyak berkorban untuk ayang.. Abang dah perabis duit untuk ayang.. Tapi ini balasanmu sayang.. Begitukah AWAN NANO.. NANO.. NANO... hehehehe..


Isteri:
Dahlah, menci2.. Ayang malas nak cakap dengan abang.. Buat hati ayang makin sakit.. Jangan paksa ayang buat apa yang ayang tak suke boleh tak..?


Suami:
Alah.. bukan ayang CAKAP pun, ayang SMS je kan.. Ok kita lupakan hal tu semua yea.. Abang sayang ayang.. boleh bagi abang peluang kedua..? Plz... Ayang pun sayang abang lagi kan..


Isteri:
eemm.. abang ni apa pun tak bolehlah.. (berasa terpujuk dengan sms pujukan dari suaminya itu..)



psstt: Sambungannya masih ada tapi memandangkan BA nak 5 dialog je maka itulah yang terhasil.. hikhikhik..

Pemanduan di Lebuhraya

Dah memang jadi rutin harian pergi dan balik kerja aku pandu kereta.. Terus-terang aku ni jenis tak reti pandu slow nak cepat je tapi bukan secara melulu.. masih ingat pada yang tersayang disayang.. ;)


Petang semalam:

Bila dah masuk highway ada tempat kena pandu 110km.. ada tempat kurang dari tu.. Jadi sebagai pemandu kenalah alert dan yang penting bukan memandu dengan kelajuan maksima..

Aku memang suka layan pemanduan dilorong paling kanan (my favourite lane).. dan dalam masa yang sama aku follow sebuah kereta wira ni.. mula-mula oklah sebab kenderaan banyak, tapi bila dah lepas susur Puncak Alam lane tu dah kembali ok.. Aku tengok kelajuan pada meter tak sampai 100km.. eemm.. ok sabar lagi.. bila sampai dekat kawasan yang bertanda 110km masih sama lagi..

Wah.. tak boleh jadi ni, kang kalau 'bersin' nanti dia ingat aku marah.. Sempatlah aku tengok dalam kereta tu (yelah.. sebab dia masih depan aku kan..).. si awek sebelah boleh layan dia yang tengah memandu ni.. 'Hai.. kak.. berhenti tepi jalanlah kak kalau nak manja-manja mesra-mesra ni..'

Pilihan akhir aku.. cucuk angin bagi lampu tinggi dan opss. ter ter'bersin' pulak.. sorilah bang.. saya dah letih nak balik cepat nak rehat ni bang bukan nak follow abang tengok apa yang awek abang buat..

Sekali lagi saya minta maaf ye kalau abang terasa dengan perbuatan saya tu ye.. kena fahamlah situasi bila pandu.. kena alert dengan keadaan sekeliling.. Aku ni takdelah sempurna mana tapi macam aku bagitau tadi kena faham dan alert ye bang.. dan terima kasih sebab memberi aku lalu.. 'tumpang lalu ye bang..'



psstt: Akukah yang tak sabar atau dia yang tak faham..


Nota jemariku: Sepatutnya entry ni publish malam tadi tapi hp belum ok lagi, aku belum ada masa nak bawa dia ke 'klinik'..

Wednesday, June 29, 2011

Pisau Cukur

Sistem Khidmat Pesanan Ringkas..


Hubby: Pisau cukur mana..?
Aku: Abang nape..? (erk..? perli aku ke hape ni.. tapi yang sebenarnya aku tersalah baca..)

Hubby: Abang tanya, pisau cukur kat mana..?
Aku: oo.. ibu ingatkan abang kata ibu pisau cukur.. (blur)
Hubby: Awak ni kenapa..? (agaknya hubby bertanya sambil berkerut dahi)

Aku: Hehehe.. ingatkan abang nak kata ibu pisau cukur.. yelah.. taulah ibu materialistik tapi ibu belum mintak pun lagi duit dah kata pisau cukur..
Hubby: La.. awak ni..


psstt: Sila fahamkan dulu sms yang dihantar agar tak tersalah baca..

JUVANA

Aku bukan nak review pasal series ni tapi malam semalam dalam salah satu babak tu aku perasankan ayat ni.. tak tau pulak kalau dah banyak kali keluar kat series ni sebab aku pun teramatlah jarang layan..

Biasa aku jumpa/baca.. 'Hendak seribu daya.. tak hendak seribu dalih' tapi dalam series tu aku ternampak ayat ni..


'Hendak seribu daya.. mahu seribu cara'


Selagi ada daya, kenalah berusaha untuk dapatkan apa yang dihajati.. Jangan hanya jadi Mat Jenin yang penuh angan-angan tapi akhirnya terkandas ditengah jalan.. Jangan hanya nak berangan tanpa usaha.. Bila taknak pelbagai dalih dibuat.. Ada je alasannya..



psstt: Sedang menghitung hari menunggu keputusan interview.. ;)

Tuesday, June 28, 2011

Hawaii Five-0 vs NCIS LA

Kalau orang lain dok cerita kisah Nora Elena dan 'Seth Tan'nya.. aku pulak lain.. Serius, aku memang suka gila dengan dua series ni.. Hawaii Five-0 dan NCIS LA..


Hawaii Five-0..
Aku minat dia ni 'Steve McGarrett'.. malam tadi season finale untuk musim kedua.. makin mencabar kisahnya.. Anak-anak akan memberi kerjasama sepenuhnya bila aku layan cerita ni sampaikan aku pernah buat entry series ni..


'credit to en. google'


NCIS LA..
yang ni pulak akan memulakan season kedua di astro AXN malam ni.. ada ahli baru.. tapi kali ni aku tak berebut dengan dak kakak.. kakak ambil 'G Callen' (Chris O'Donnell) aku ambil dak botak tu.. 'Sam Hanna'(LL Cool J). Biasa orang akan suka hero tapi yang ni aku suka second hero.. comel kan dia botak.. hikhikhik..

dak Adik..? Dah tentu ambil si awek 'Kensi Blye' (Daniela Ruah).. senangkan takde gaduh-gaduh.. hahaha...


'credit to en. google'


psstt: tapi malam nanti confirm aku tidur awal sebelum sempat layan series ni.. takpe.. tengok je ulangannya nanti..

Nasi goreng

Kisah malam tadi, perbualan melalui sms:

Aku: Abang dah sampai mana?
Hubby: Tengah isi barang.. (oohh.. kat tempat kerja lagi rupanya)

Aku: Jadi balik rumah ke? Anak-anak kenyang makan nasi goreng, kakak makan 2 pinggan habis, kuatnya dorang makan.. (dorang lapar sebenarnya, tu yang banyak dorang makan)

Hubby: Ibu beli kat aner.. (aik.. ayat perli ke ape ni..?)
Aku: Alah dekat Meru gak bang..
Hubby: Wokey la

Aku: Anak-anak cakap sedap.. Ibu boleh rekemenkan kat abang.. Kalau abang balik nanti, dari Jalan Besar depan tu abang terus je sampai abang parking kat tempat biasa.. Jalan kaki balik rumah bukak pintu terussss ke dapur, dalam kuali nasi tu.. tapi udang tak banyaklah sebab anak-anak dah rembat dulu..

Hubby: Hahaha..
Aku: Hahaha.. ada ke tanya beli kat mana.. Teruklah abang ni..




psstt: Silalah rajinkan diri anda memasak ketika hubby berada di rumah ---> akulah tu..

Monday, June 27, 2011

Aku suka dan tak suka bila hujan

Dak kakak dengan adik memang pantang jumpa air, aku rasa itik pun boleh kejang kalau lama berendam tapi dorang ni selagi aku tak bebel selagi itulah dorang akan main air tapi dalam kolam mainan dorangler.. Jangan kata dorang, mak budak ni pun sama.. ---> sila abaikan kisah ini..


Kenapa aku suka bila hujan..?
Dulu masa tinggal kat kampung, saat yang ditunggu-tunggu adalah bila hujan turun dengan lebatnya.. Aku dengan adik tinggal dengan arwah nenek aku.. manja usah cakaplah.. cucu kesayanganlah katakan <--- bukan perasan tapi kenyataan.. Seronok weh mandi hujan... Selagi tak gigil selagi tulah kitorang tak masuk dalam rumah.. Dulu kalau main hujan lama-lama pun tak demam, tak macam sekarang, kena sikit dah boleh sakit kepala.. manja betul antibodi aku..


Kenapa aku tak suka bila hujan..?
Aku tak kata hujan penyebab itu ini begitu begini kalau bukan sikap kita sendiri.. contoh: Banjir.. kalau sistem perparitan betul, takdenya banjir berlaku, takdelah tanah runtuh berlaku kalau tak ditarah bukit.. Tapi yang paling tak best waktu kemuncak time nak pergi kerja, jalan sesak teramat-amat, masing-masing berebut nak cepat.. dah tak boleh nak bertolak ansur <--- akulah tu.. (psstt: Bukan aku taknak bagi laluan tapi bila kita dah bagi laluan dia boleh pandu slow.. aku rasa siput lagi laju..)


Macam pagi tadi..
Hujan dari sebelum pukul 4 pagi lagi kat rumah aku, dengan angin.. rasa macam taknak bangun je pagi tadi.. syoknya.. tapi yang tak syoknya aku lewat 3 minit.. NPE teramatlah sesaknya pagi tadi, nak pulak hujan lebat.. sesak tetap sesak tapi Alhamdulillah takde kemalangan berlaku, kalau tak.. lagi lewatlah aku sampai ke office.. Juga nasib baik dah hantar anak-anak baru hujan turun dengan lebatnya..



psstt: Lewatnya entry ni dipublishkan gara-gara kepala dok fikir hp sedang 'merajuk'.. Update kat FB tak puas..

Sunday, June 26, 2011

FB boleh, Blog tak boleh

Ke'stress'an melanda diriku sejak malam tadi..

Malam tadi:
Sesi makan-makan dan bergossip di rumah atuk bersama mak dan bapak budak.. Seronok memanglah seronok tapi dalam masa yang sama hp ku merajuk pulak.. Entah kenapa tiba-tiba 'hang'..

Tiap kali aku cuba log in, terus 'hang'... aarrgghhhh... nape jadi macam tu.. Aku try bukak FB, ok je.. takde pulak masalah.. Aku dah off on, keluarkan bateri, sim card, memory card tetap sama hasilnya.. Dah off pagi tadi on balik pun tetap sama.. walhal hp tu belum setahun dibeli..

Alah.. sayang.. kau kenapa..? Merajuk dengan aku ke..?
Mati kutu aku sekejap, dah rasa macam cacing kepanasan pulak.. merengek dengan hubby pun tak guna sebab.. 'eloklah tu.. biarkan hp tu rehat kejap..'

Apa patut aku buat ni, nak harap lappy hanya boleh on kat luar rumah, ish.. lecehlah macam ni.. dahlah aku harap hp nak update blog bila aku kat dalam rumah..


psstt: Hujan panaslah pulak sekarang ni.. kat mana lagi aku nak update blog ni..

Saturday, June 25, 2011

Bang , jom g jalan jalan





Sesi berjalan-jalan di petang hari..

Korang nak join, mai bawak tikus korang tu kat SINI..


Masa untuk senaman jari-jemari..


Maharaja Lawak

Rata-rata dah tahu sape pemenangnya.. Aku ingat JOZAN menang tapi Sepah yang dapat.. Ni baru betul habis madu sepah jangan dibuang, tengok hasilnya tak mengecewakan..

Kalau korang perasan yang baju kuning dalam kumpulan Sepah tu (time ni pulak aku boleh lupa nama dia) nampak kurus.. Ke mata aku dah rosak takleh nak bezakan kecik besar..

Ok stop.. Ni aku nak cerita antara dua-dua segmen tu dan semua finalisnya..

JAMBU..
Segmen pertama biasa je.. Tapi segmen kedua paling best antara semua, memang happening.. Nak pulak ditambah dengan kehadiran Zila Bakarin..

NABIL..
Bagi aku untuk kedua-dua segmen tu tak menjadi.. Mungkin sebab dia sorang dan dia kena memainkan peranan yang lebih untuk memikat pengundi..

SEPAH..
Segmen pertama best.. Hahaha.. Segmen kedua pun ok dan kejutan yang dorang buat tu pun dah boleh agak dah sape yang akan muncul.. Habis tu dok sebut Dafi Dafi..

JOZAN..
Segmen pertama.. aaaa... eeemmm... Aku kurang suka bila Keris tu boleh dijadikan lawak.. Tapi aku tau dorang takde niat apa-apa kan.. (backing nampak..) 'nak buat macam mana.. Dah minat..'
segmen kedua pulak.. Tarian ok dah tapi tang lagu tak berapa berkesan..

Antara kedua-dua segmen dari semua finalis, aku paling suka JAMBU buat persembahan dengan Zila Bakarin tu.. JOZAN pun ok.. Namun siapa tahu, rezeki buat Sepah.. Tahniah buat Sepah dinobatkan sebagai juara Maharaja Lawak 2011..


psstt: Masih belum boleh terima JOZAN kalah...

Friday, June 24, 2011

Channel 132

Sebelum munculnya Maharaja Lawak di Astro Warna, aku memang tak langgan pun channel tu.. Yang sedia ada ni pun tak terlayan, astronya ada satu berebut nak tengok itu ini..

Malam ni final Maharaja Lawak Akhir.. Lepas habis final ni nanti mesti ramai yang akan unsubscribe balik pakej ni kan.. Dalam mukabuku ada yang dah bersedia nak unsubscribe..

Aku..? Kena tunggu green light dari hubby, kalau senyap je maka kenalah berkorban sementara atas kenaikan bil bulanan astro.. Tapi satu je aku puji astro, setiap bulan kena bayar bagi mengelakkan pemotongan.. Kalau nak terus tengok maka kenalah bayar.. Tak bayar tak dapat tengok..

Ada baik dan buruknyalah disebalik apa yang astro tawarkan.. Tepuk dada tanyalah hati..


psstt: Bersedia untuk melayan Maharaja Lawak tapi mataku ini terlebih disiplin pulak.. Awal lagi nak tidur.. Esok bukannya kerja..

BILA SI ISTERI BERBLOG.. SI SUAMI dan ANAK ?




Aku suka segmen BA ni.. Korang boleh jumpa kat SINI pasal segmen ni..


Ni JAWAPAN aku:
Bagi aku selagi tak menyusahkan aku, aku rasa takde masalah untuk aku habiskan masa layan blog dan bw.. Ok.. biasanya waktu paling sesuai antara pukul 5 hingga 7 petang.. Ini adalah waktu best tanpa gangguan sebab waktu inilah untuk anak-anak bermain dengan anak-anak jiran..

Aku..?
Online kat pondok depan rumah.. Kenapa..? Dalam rumah susah nak dapat line, kalau kat luar rumah laju je.. Sambil online sambil tengok anak-anak.. Bijak tak aku..

Suami..?
Dah tau sangat apa yang aku nak buat dengan lappy tu.. takde lain selain blogler.. blog dia pun aku yang update.. ;) Cuma belum sampai tahap dia nak kata 'nak senang nak cepat rendam je lappy tu minum airnya..' hikhikhik.. sebab kalau aku layan novel mesti hubby akan tegur-tegur sayang macam tu..

Waktu bekerja pulak (Isnin hingga Jumaat), ikut mana sempat aku, kalau time banyak kerja terpaksa jeling-jeling je kat blog.. Pandai-pandailah bahagikan masa agar kerja tak terbengkalai sudah.. (Habis aku kalau bos tau ni..).. Waktu paling sesuai nak update blog time sebelum nak tidur, itupun guna blueberry cheese cake aku..


Suami tak marah..?
Selagi keperluan hubby cukup, confirm dia tak bising.. tapi kalau hubby bising jugak senang je, off je lappy dan hp, layan jelah dia.. hahaha..

Anak-anak..?
Setakat ni ok je, takde masalah..

Senang cakap, kena pandai bahagikan masa.. takdelah sampai tahap addict..


psstt: Hubby turut gunakan blog ni sebagai rujukan bila ada yang bertanyakan anak-anak.. anyway.. terima kasih ye abang sebab tak marahkan ai layan blog.. sayang ketat-ketat.. wink.. wink.. sila muntah pink..

Report Card

Sesi pengambilan report card anak..
Keputusan agak tidak memuaskan..
Usaha lagi untuk mendapat keputusan yang lebih baik..
Kurangkan main dan kena fokus waktu belajar..
---> Komen dari guru kelas dak kakak..

Lepas jumpa guru kelas dak kakak, jangan kata dia, dengan hubby pun aku bebelkan.. ok dah.. Balik nanti sambung balik..


Hari ni aku masuk lewat ke pejabat dan ketika ini masih lagi ditengah kesesakan jalanraya.. Dekat mana..? NPE lah.. Ada kereta kuasa kuda pun tak guna masa ni, bukan boleh F1 pun..

Ok, time to move.. nanti tak pasal-pasal dapat surat cinta, tak pun cium montot kereta orang..


psstt: Aku risau dengan keputusan exam dak kakak..

Thursday, June 23, 2011

Wacana Entri Pertama Ku




Tengahari tadi tengok je, tapi la ni teringin pulak nak join.. lagi seronok nak join sebab aku orang pertama yang komen kat entry pertama PW ni.. hikhikhik..

entri PERTAMA aku dalam alam maya.. rasa excited ni.. tapi sebenarnya isu pertama yang kupas berada di SINI sebenarnya..


Korang nak join, silalah bawak tikus korang kat SINI..


pstt: ok dah, aku nak balik..

Minggu yang memenatkan

Assalamualaikum dan selamat pagi korang..

I'm back..
Aku akan cuba kejar entry-entry korang sepanjang aku on off minggu ni, agak sibuk aku minggu ni..

Hari Isnin: urusan di PPUM
Hari Selasa: kerja
Hari Rabu: urusan temuduga
Hari Khamis iaitu hari ini: kerja.. wah.. juling sekejap tengok kerja..
Hari Jumaat iaitu esok: esok jelah aku cerita..


Ok korang, bagi aku masa bw kat blog-blog korang ok.. tapi yang pasti aku nak pergi beli sarapan kejap, laparlah pulak..



psstt: Lega rasanya dah selesai semalam tapi macam mana aku boleh tak hengat piagam Jabatan aku.. malunyaaa..

Wednesday, June 22, 2011

Kisah ibu dan anak

Perbualan antara anak dan ibu..

Kakak: Ibu.. Malam tadi kakak tidur kat depan tv kat rumah rumah nenek.. (maksudnya diruang tamulah sebab dalam bilik panas berbahang..
Ibu: Kakak nangis ke..?
Kakak: Kakak nangis sikit je tapi adik nangis banyak..
Ibu: Kenapa..?
Adik menyampuk: Sebab ibu tak tinggalkan adik..
Ibu: Ibu ada kerja jauhlah dik..
Adik: Ooo..

Kakak: Ibu.. Ibu nangis tak malam tadi..?
Ibu: Ibu sedih je tapi nak nangis..
Kakak: Nape..?
Ibu: Sebab babah ada pujuk ibu.. (jawapan spontan)

Perbualan seterusnya..
Kakak: Ibu, kalau kakak tanya ibu jangan marah ye..
Ibu: eemm.. Pe dia..?
Kakak: Kalau ibu ada duit lebih, boleh tak kita pergi beli McD..? Tapi kalau takde takpelah..
Ibu: Ada..
Kakak: ibu ada berapa..?
Ibu: Ada 5..
Kakak: Oo.. Takpelah.. Tak cukup..

Aku memang nak belikan dorang McD.. Rezeki anak-anak balik rumah lewat petang tadi..


psstt: Dari petang tadi aku menahan sakit kepala a.k.a migrain ni.. Ok aku nak out dulu, lepas makan ubat nak berehat..

Selesai sudah

Alhamdulillah selamat sudah (moga jawatan itu dalam genggaman)..
Pagi tadi aku sampai di Pusat Temuduga dekat pukul 8 pagi, turn aku dekat pukul 12 lebih.. Dalam 20 minit aku dalam bilik temuduga tu..

Wah.. sebelum tu punyalah risau, yang belum masuk siap pakat-pakat nak tau apa yang disoal dari calon yang dah lepas interview.. biasalah.. ada yang ok bagitau, ada yang tak nak share.. Aku buat-buat biasa je sedangkan dalam hati berdebar teramat..

Kelakarnya, siap bincang jawapan apa yang akan ditanya.. calon sebelah aku ni siap buat nota bagai lagi.. aku tumpang dua kalilah nota dia.. sudahnya satu apa pun takde disoal.. semua berkisar berkenaan tempat kerja sekarang..

Bila dah lepas, lega sangat-sangat dan kali ni aku dapat penemuduga yang tak garang dan tak kerek.. ok.. mamat sorang tu comeii.. gigi arnab.. hahaha... sempat lagi tu..

Memandangkan habis pun dah dekat pukul satu, memang sah dan confirm aku tak masuk kerja dah.. 'Branch' (breakfast + lunch) dengan hubby.. tapi langsung tak terasa lapar dah gara-gara dah kenyang interview tadi..



psstt: terima kasih abang sebab teman dan sanggup tunggu pagi tadi.. (sebagai balasan Isnin lepas aku berdua je dengan dak adik kat PPUM..) .. DAN kepada rakan blogger semua, hari ni aku tak sempat nak bw kat blog korang.. aku letih nak rehat.. esok aku singgah ye.. mintak maaf banyak-banyak..

Tuesday, June 21, 2011

Sayang anak tinggal-tinggalkan..

Hari ni berdua.. aku dan hubby.. Anak-anak..? Rumah nenek.. Kenapa..? Sila teruskan pembacaan anda..


Esok aku akan menghadiri temuduga di K.L.. Ini pengalaman kedua aku hadir temuduga luar tempat kerjaku sekarang.. Dulu.. Lama dulu, penemuduganya garangnya.. Macam mak tiri.. Masa tu aku lagi muda belia.. Alah.. Budak lagi.. Sekarang dah jadi mak budak..

Aku harap moga esok berjalan dengan lancar.. La ni ok takde rasa pape tapi tunggu pagi esok.. Boleh blur aku depan penemuduga tu..

uwwaaaa.. Aku takde kawan gaduh malam ni.. Kakak dengan adik takde.. Sunyilah.. Dahlah sakit perut ni... Apa pun tak bolehlah..


psstt: Aku kena keluar awal pagi esok, bukan setakat nak elak jem tapi nak cari tempat tu aku tak tau..

Monday, June 20, 2011

WTF..!!

Kepada korang yang sedang duduk santai sambil layan blog aku, aku minta maaf kalau entry ni agak kasar pada pandangan mata korang..


Balik kerja petang tadi (cheh.. Lupa pulak aku cuti).. Dari rumah pengasuh nak ambil dak kakak balik sekolah.. Aku terperasankan kat tepi bumbung kereta aku ada titisan air.. Bila aku perhatikan rupa-rupanya air liur.. WTF..??!! Serius memang aku geli teramat.. Malaun mana yang ludah kena kereta aku gamaknya..

Memang takde kesedaran sivik langsung.. Takde adab langsung..!! Kebetulan air yang ada dalam kereta tak mampu nak hilangkan kesan kotor tu.. Kalau aku tau confirm bergegar bangunan tu agaknya dengan suaraku yang lari pitching ni.. Dalam pada tu sempatlah singgah kat cikGee ambil air semangkuk besar kucurahkan kat cermin + bumbung kereta aku.. Orang lalu-lalang aku tak hiraukan dah, yang penting pemandangan mataku tak dihalang..

Boleh gila otak, boleh rosak mata, boleh sakit mulut tengok keadaan kereta aku petang tadi.. Kenapalah orang itu ambil jalan mudah buat macam tu.. Tolonglah jangan buat macam tu lagi.. Parking kereta tu bukan tempat pembuangan sisa-sisa tak sepatutnya itu..


Tak lama dulu, ada kes dibuangnya botol susu yang penuh air dari atas ke bawah dan nyaris kena kereta sebelah aku.. Kiranya botol penuh berisi air tu jatuh tetengah antara kereta aku dan kereta sebelah.. Kalau tak, mahu rabak duit nak ganti cermin kereta.. Tapi memang anak-anak bernasib baik dah selamat masuk dalam kereta.. Bersyukur sangat-sangat masa tu..


psstt: Sekali lagi kat rumah, aku mandikan sisi kereta aku tu..

Tunggu sikit punya lama

Kisah di Klinik Surgeri, PPUM..

Lepas hantar kakak ke sekolah, aku bawa pulak dak adik ke PPUM.. Hadap jalan jem satu hal, cari parking kat PPUM satu hal.. Dah sampai kena tunggu giliran satu hal.. Dari pukul 8 lebih sampai pukul 11 am aku bertunggu-tangga kat situ..

Asal no. dipanggil, dak adik tanya 'Ibu.. Dah ke..?' Itulah yang ditanya berulang-kali.. Dahlah penat tunggu, penat layan kerenah adik.. Lepas aku belikan sarapan, adik mula nampakkan kecergasan dia.. Kejap berdiri, kejap duduk, kejap memanjat, kejap berlari.. Tak reti dok diam.. Dah tu.. Ada pulak yang melayan dia tu.. Aku..? Sabar.. Jangan ikut sangat marah tu..

Jumpa doctor pukul 11 am.. Tak lama mana pun.. Tak sampai 15 minit.. Masa menunggu yang lama.. Dr. Margaret turut double check keadaan tangan adik.. So.. Next apointment will be on 18 Jun 2012.. Setahun dari sekarang..

Memandangkan habis lambat jadi aku confirm tak kerja hari ni, dan aku sempatlah hantar dak kakak ke sekolah.. Aku dan adik kembali ke rumah nenek.. Lepas makan, dah segarkan badan, adik lena.. Aku..? Seganlah walaupun dah letih sangat ni.. Kenapa tak balik..? Memandangkan rumah aku jauh.. Tak berbaloi aku nak balik.. Sudahnya aku sekarang berada di rumah nenek a.k.a pengasuh..


psstt: Nak blogwalking tapi mata dah nak pejam celik terkatup ni..

Sunday, June 19, 2011

Majlis Cukur Jambul

Kisah disebalik Majlis Cukur Jambul anak GS41 member hubby di Kg. Sg. Air Tawar, Sungai Besar..

Kitorang gerak dari rumah pukul 11 lebih, sepatutnya sejam lebih lepas tu dah sampai tapi pukul 2 lebih baru sampai.. Kenapa..?

Hubby ingat-ingat lupa jalan nak ke rumah member dia tu.. kiranya ni kali kedua bagi hubby dan kali pertama bagi aku dan anak-anak.. Penat mencari satu hal sesat satu hal..pusing-pusing jalan yang sama.. lalu kiri masuk kanan jumpa balik jalan yang sama.. aduiiyyaiii... apa pun tak bolehlah..

Kenapa tak call..?
Dah call tapi 019 off, 017 off, PTT jangan katalah.. bersangka baik jelah masa tu walaupun dah keletihan.. Dalam masa yang sama terima kasih pada GS19 guide kitorang.. jalan tu dah betul dah tapi surau color kuning tu kitorang tak jumpa.. rupa-rupanya surau tu dan bercat color hijau.. patutlah tak jumpa.. Sudahnya kenalan GS41 guide kitorang sampai depan rumah dia..

Alhamdulillah, selamat sampai.. tengok jam.. wah.. dekat 2.30pm.. ikutkan hati memang nak balik dah tapi ramai geng PTT pujuk cari dulu sebab kitorang dah dekat sangat cuma tak jumpa jalan.. Masa kitorang sampai pun majlis dah selesai, kiranya antara orang yang terakhirlah..

DAN.. selamat sampai rumah dekat pukul 7pm.. itupun aku paksa hubby balik, kalau tak mahu sampai ke malam agaknya.. macam tak kerja lak hubbyku ini.. nak outstation ke Penang tu..

La ni sementara hubby rehat dalam rumah, aku macam biasalah mencari tempat strategik nak online..



ppsstt: Malam ni nak kena tidur awal, esok lepas hantar kakak ke sekolah, terus ke PPUM.. Kalau lambat settle, aku cuti.. kalau cepat, esok aku kerja.. Cuti yang aku apply standby incase kalau hal kat PPUM tu lamaaaaa...

Saturday, June 18, 2011

Labu oh Labu..

Sesi mengemas 'kebun' belakang rumah.. Aku dah niat kalau pokok labu belakang rumah yang sedang membesar tu tidak menghasilkan buah labu aku nekad, aku akan bersihkan.. Sebab aku tengok asal berbuah je tak lekat, dah berapa biji macam tu.. Makin semak pulak aku tengok sebab pokok tu jenis menjalar..

Hasilnya.. Aku kemas baik punya dibantu oleh dak kakak.. Dah separuh jalan baru aku perasan kat celah daun yang besar tu ada tergantung sebiji labu yang agak besar.. Alahai.. Sedih pulak aku tengok.. Nak dibiarkan pun tak guna juga.. Tengok belum cukup sempurna masaknya..


Biasa buah labu bulat, yang ni leper


Kesudahannya, bersih aku kemas tapi dalam masa yang sama pokok kunyit aku hampir menyembah bumi gara-gara 'dilindungi' dek pokok labuku itu.. Jauh disudut hati aku rasa menyesal dan sedih sebab aku bersihkan pokok labu tu tanpa aku sedar ada buah disebalik rimbunan daun disudut pagar rumah.. Tapi dari terus semak biarlah aku bersihkan..

Habis kat belakang, depan rumah pulak.. Wah.. Makin membesar dan banyak daun-daun kunyitku.. Rasa seronok dan bangga sebab aku sendiri yang tanamnya.. Orang cakap kalau tangan panas, apa yang kita tanam tak jadi, tak tahulah aku.. Sebab aku tanam dengan niat untuk makan hasilnya dan kalau ada yang nak, ambik jelah asalkan pokok tu tak rosak sudah..

Memandangkan belakang rumah dah bersih, aku nak minta hubby tanam pokok cili yang dah mula membesar hasil tangan hubby yang menyemainya sebelum ni.. Satu je pokok yang belum mengeluarkan hasil walaupun dah ditanam sejak aku pindah ke sini.. Pokok Betik.. Hubby cakap sama macam tuan dia 'rendang' tak tinggi-tinggi.. Tapi aku kira tinggi jugaklah kalau nak dibandingkan dengan dak kakak dan adik.. Hahaha..


psstt: Belakang rumah ada pokok ulam raja, kunyit, betik dan mahkota dewa.. Aku nak pujuk hubby beli benih lagi biar kat belakang rumah penuh dengan sayur-sayuran.. 'berbudi pada tanah..'

Friday, June 17, 2011

Lupakah aku..?

Macam mana aku boleh lupa yang Isnin ni aku cuti - urusan di Klinik Surgeri, PPUM.. Kalau sebelum ni tak payah guna GL tapi hari Selasa hari tu akak kat kaunter tu suruh aku bawak GL.. aik..? Sebelum ni ok je tak guna GL siap check dalam sistem lagi aku kerja gomen ke tak..

Takpelah.. pasal GL ok clear, aku dah dapat dari HR bersekali dengan maklumat untuk hari Rabu ni nanti.. apa lagi ni.. sabarlah buat masa ni tak boleh cerita lagi sebab aku sendiri tak prepare apa-apa untuk hari Rabu ni.. Moga hubby dapat temankan aku sebab aku tak tahu tempat tu kat mana.. area K.L aku fail.. guna GPS pun belum tentu aku boleh sampai dengan jayanya..

Dalam pada tu aku berusaha untuk siapkan kerja yang ada, walaupun tak banyak tapi aku tak naklah menyusahkan orang lain dan tak sedaplah kalau ada yang mengungkit.. ada ke..? Sudahnya aku mintak tolong Noorul untuk touch up sikit lagi Isnin ni.. Aku tak boleh balik lambat.. hadap jalan sesak tu biasa tapi sebab aku tak nak kakak tunggu lama kat sekolah..

Akhirnya aku selamat sampai kat rumah.. sempatlah buatkan kakak bubur nasi bersama ikan bilis goreng bawang.. dak adik makan nugget.. aku makan lagi.. kerap makan kebelakangan ni, sedar berat dah bertambah tapi mulut ni takde disiplin dengar cakap tekak tak nak dengar cakap otak.. alahai.. apa pun tak bolehlah..

La ni, anak-anak main kat depan rumah, bijak tak aku.. nak hadap lappy aku bagi dorang keluar.. bijak.. bijak.. ibu sapelah ni..


psstt: Aku nak tukar header lah.. nak try and error, kalau ok, aku guna sampai aku rasa nak tukar lain pulak.. sape buat.. nanti.. tunggu..

Kisah di Pagi Jumaat

Assalamualaikum dan selamat pagi semua.. Kisah aku di pagi hari Jumaat ini..

Macam biasa, aku kena keluar rumah sebelum pukul 6.30 pagi, kalau lambat confirm highway tu jadi litar F1 bagiku.. Dan.. pagi tadi, aku lewat 15 minit.. punca..?

Petang semalam, hubby sampai dulu dan kebiasaannya pintu pagar rumah memang dah sedia terbuka.. Jadi memang aku langsung tak perlukan kunci dan tak teringat pun nak ambil yang dalam kereta macam biasa.. Sebenarnya dah pernah berlaku macam ni tapi masa tu aku ada kunci spare..

Nak jadikan sebab, nak keluar rumah, baru aku teringat yang kunci aku dalam kereta.. Ah! Sudah.. Macam mana pulak nak hantar anak-anak, aku nak pergi kerja lagi..

Pagi-pagi aku dah buat talian hayat ke rumah atuk, minta tolong hantarkan kunci rumah.. fuh! Selamat aku pagi ni.. kalau tak bertunggu-tanggalah dalam rumah tak boleh keluar.. Ada hikmah rupanya hubby tak ambil kunci spare kat atuk.. (hubby memang serahkan pada atuk kalau kitorang cuti panjang)

Aku terus hantar kakak sampai depan pintu sekolah, adik pulak macam biasa ke rumah neneklah.. Lepas tu, sedang aku turun guna tangga dari tingkat 10, terpandangkan lori sampah yang nak buat lintas hormat depan kereta aku.. wah.. lagi laju aku turun tangga.. rasa nak lari pun ada.. yelah.. kalau dia dah lalu confirm aku stuck tak boleh nak lalu sebab dorang nak kutip sampah kat hujung block flat tu.. Aku pulak tak parking dekat rumah pengasuh, parking kat flat sebelah.. Lagi sekali aku selamat..

Dah tu, hadap pulak jalan jem.. dengan pertambahan jumlah kenderaan di jalan raya sekarang, lagilah buat jalan sesak dan dibantu oleh polis trafik yang menjaga aliran trafik untuk mengurangkan kesesakan yang dah memang sesak tu.. Akhir sekali, aku selamat sampai kat office, itu pun aku ter ter rempit, kalau bawak macam nak pergi makan angin confirm aku lewat..

Penatnya pagi ni..


psstt: terima kasih buat along sebab hantarkan kunci pagi tadi, kalau tak.. sama ada aku lambat atau tak pergi langsung kerja hari ni..

Thursday, June 16, 2011

PERANG BLOGGER ..




Jom JOIN..
Peluang dibuka sehingga pukul 3.15 petang ni..

Minta maaf banyak-banyak

Kepada korang yang rajin melawat blog aku ni, terima kasih aku ucapkan.. Sejak balik dari bercuti tempohari, mood aku belum betul-betul stabil.. balik rumah pun dah letih, biasa aku yang hadap lappy tapi minggu ni lappy yang hadap aku.. tidur sebelum sempat on9..

Pagi tadi, kakak minta aku buatkan burger telur.. roti + telur mata.. tengok dalam peti sejuk sayur takde pulak.. 'takpelah ibu, roti dengan telur pun bolehlah..' Alahai.. kesian dak kakak.. takpelah kakak, balik kerja ni ibu singgah kejap pasar malam kat rumah nenek ye..

Dak adik pulak ehem dalam kereta.. nasib baik masa dia cakap 'ibu.. adik yak..' aku baru selesai isi minyak dan masih berada di stesen minyak dan nasib baik kakak tak lambat sampai sekolah, aku hantar sampai depan pintu pagar sekolah.. biasanya aku parking kat rumah nenek, jalan kaki hantar dia..

On the way nak ke pejabat, jalan kat NPE sesakkkk.. mungkin sebab kenderaan dah semakin bertambah itu yang menambah kesesakannya.. semalam nasib baik sempat sampai office, lagi 3 minit.. fuh.. selamat.. DAN hari ni alhamdulillah lebih dari sempat.. lega sikit..

8.15 am dah berada di office.. Moga tiada masalah sepanjang hari ni..


psstt: Kepada korang, bagi aku masa untuk baca + semak entry korang sepanjang aku cuti tempohari, dah beberapa aku tak dapat on9 dengan baik.. Sabar ye korang.. yang penting aku sayang korang ketat-ketat..

Wednesday, June 15, 2011

Aku kembali.. I'm Back..

Selepas cuti panjang, kini aku kembali menatap kerja-kerja di office.. Nak kata sibuk, biasa je tapi tetap ada kerja yang perlu disiapkan dan dikemaskini..

Setakat hari ni aku belum dapat jenguk entry-entry korang sepanjang aku bercuti.. nak pulak loading pc aku hari ni slow gaban + letih tak cukup rehat yang sempurna..

Petang semalam, aku bawak dak adik ke PPUM, temujanji kat ENT dan bulan depan aku kena pergi lagi dengan hubby untuk dengar sesi penerangan dari doktor berkenaan 'operation' adik nanti..

Ok, korang.. aku dah upload gambar sepanjang percutian kat Marang, Terengganu minggu lepas.. jom layan..



psstt: Aku nak rehat lagi.. tak puas..

Disebalik percutian di Marang, Terengganu (last part)

12 Jun 2011 (Ahad)


Sesi agihan sotong kepada semua geng PTT, hubby pun dapat tapi sotong tu sempat sampai kat Kuantan je.. dah tak lalu nak menahan baunya.. Hubby bagi terus pada GS64..



Sesi bergambar sebelum balik..


Bukan selalu aku dapat tengok ni, ter excited pulak tengok api tu.. nasib baik adik tidur, kalau tak mahu aku mintak hubby berhenti tepi jalan..




Di Kuantan..


Singgah di rumah member hubby..


Makan malam di Ana Ikan Bakar Petai, Tanjung Lumpur, Kuantan


Tinggal kepala je..


DAN.. selamat tiba dirumah dekat pukul 2 pagi..


psstt: Ok.. dah habis..

Disebalik percutian di Marang, Terengganu (part 2)

11 Jun 2011 (Sabtu)


Bersama model disebalik hasil tangkapan mencandat sotong..




Petang, sebahagian dari geng PTT sebelum sesi beramah-mesra dengan Pasar Payang.. 'bos' PTT nak ambil gambar dengan adik tapi dak adik taknak.. dia ni memang jenis tak mesra camera.. ;)



Sepetang bersama anak-anakku..


BBQ time..


BBQ ayam dan sebahagian dari sotong yang dorang dapat tu.. Awalnya aku ingat buat semua tapi rupa-rupanya ada yang nak bawa balik, maka sikit jelah buat untuk BBQ..



sila abaikan pemandangan gambar ini kerana masing-masing dah lapar, lupa nak ambil gambar..



Ni namanya pulut periuk kera.. ada antara geng PTT ni tak pernah rasa, jadi periuk keranya dibawa khas oleh hubby.. Dua hari berturut-turut buat pulut periuk kera..



psstt: Bersambung ke entry berikutnya..

Disebalik percutian di Marang, Terengganu (part 1)

Kali ni biarlah gambar berbicara..

09 Jun 2011 (Khamis)


Berhenti rehat di Kuantan..



10 Jun 2011 (Jumaat)


Tema geng PTT hubby kali ni - BIRU (psstt: kenapa mesti color biru)



Penginapan di Kuantan.. bersebelahan Hotel Seri Malaysia, Marang



Celebrate birthday 'boss' geng Samurai PTT



Sesi suai-kenal..


psstt: Ada lagi.. tunggu..

Tuesday, June 14, 2011

Gegaran kali kedua

Pagi tadi aku nampak ramai orang kat depan bangunan tempat kerjaku.. Nak kata ada rombongan tak pulak nampak ada bas.. Rupa-rupanya berlaku gegaran.. Lepas sejam baru aku dapat masuk lepas pihak penguasa bangunan dan bomba check keadaan semasa bangunan..

La ni jadi lagi untuk kali kedua, apa yang sempat aku buat ..? Rasanya takde, dahlah petang nanti nak pergi hospital.. Dugaan betul hari ni.. Moga keadaan kembali tenang seperti biasa..


psstt: Sekarang dah pukul 11:30 am.. Kebanyakkannya masih berada di kawasan sekitar bangunan.. tapi nasib baik tak panas, mendung je..

Back to School/Work

Dengan lafaz Bismillah aku memulakan rutin harianku.. Dimulakan dengan urusan anak-anak sebelum aku check in di office.. Entah macam manalah agaknya situasi tempat kerjaku nanti.. Kemas @ bersepah..?

Petang nanti aku akan bawa dak adik ke hospital bahagian ENT untuk sesi temujanji dengan doctor.. Yang ni confirm memakan masa menunggu yang lama.. Jangan ada miss communication lagi sudah..


psstt: Aku mungkin tak dapat nak bw hari ni memandangkan jadual aku yang agak padat sepanjang hari..

Monday, June 13, 2011

Pukul 3 pagi

Selepas menempuh satu perjalanan yang jauh akhirnya aku dan family selamat tiba di rumah.. Dari Kuantan hubby yang pandu..? Aku.. Tak boleh harap kali ni, bukak mata pun sekejap-sekejap sebab letih satu hal, kenyang pun ye..

Dari Kuantan tadi, kitorang gerak pukul 11 pm.. Lambat..? Pukul 8 pm tadi, makan di Ana Ikan Bakar Petai, Tanjung Lumpur, Kuantan.. Sesi beramah mesra dengan member PTT Kuantan pulak.. Tempat makan tu memang happening, ramai yang makan kat situ.. Not bad sebab ada ruang makan bersila di tingkat atas, menu pun sedap..

End of story, satu percutian yang menarik dan happening (kali pertama bersama geng PTT hubby), cuma ralat anak-anak tak dapat mandi laut.. Kesian dak kakak merengek nak mandi laut.. Nampak macam boleh rileks tapi ada je kerja nak tolong selain dari tolong tengok..


psstt: Bersedia untuk tidur selepas selesai basuh baju untuk trip pertama.. Jam dah menunjukkan pukul 4 am..

Sunday, June 12, 2011

Member PTT di Kuantan

Baru separuh perjalanan.. Kali ni singgah lagi di Kuantan, terus menuju ke rumah abang Syam member hubby..

Lepas sarapan di kedai depan Pasar Daerah Marang (ingat-ingat lupa), dekat pukul 11 pagi terus gerak balik.. Kitorang berpecah dengan geng PTT yang lain, memandangkan dorang semua sehala menuju ke Perak dan kami pulak memang nak kena ke Kuantan jadi tak dapatlah nak join dorang singgah di Masjid Kristal, Tasik Kenyir dan seangkatan dengannya sepanjang jalan balik tu..

Sampai je kat rumah member hubby ni, takde lain sesi menternak lemak.. Tak boleh nak tolak pelawaan member hubby ni sebab dia memang dah tunggu kitorang.. Segan pun ada tapi takkan nak hampakan permintaan orang pulak kan..

Sekarang, anak-anak sedang leka main, hubby tidur dah.. third driver layan movie cerita apa ntah.. aku..? Lepas makan on9 kejap.. tanya hubby nak balik pukul berapa.. malam nanti.. Nampaknya memang sah confirm lewat sampai rumah.. kalau bernasib baik, takdelah lama kat sepanjang highway Karak tu nanti.. Moga hubby cukup tenaga untuk memandu pulang.. Aku nak tidur sekarang - segan..

Member hubby suruh balik esok je.. lagi tak boleh.. hubby kerja esok..


psstt: Bosan dah ni.. nak buat apa ye.. Nak upload gambar pun tak boleh..

Penat dan frust

Petang semalam ke Pasar Payang dan aku takdelah beria-ia nak shopping sebab aku dah pernah pergi sebelum ni tapi dalam masa yang sama dapatlah belikan anak-anak baju made in Terengganu selain FM (ni dah terikut Pinky Momma yang suka mengumpul FM..)

Aku dan family balik dulu memandangkan hubby dah geram dengan dak adik sebab meragam.. Sampai kat chalet, lena adik dengan babah dia tidur.. Dak kakak layan lappy.. Aku makan lagi..?


Bila malam dah menjelma, sesi barbeque pun dimulakan.. Siap barbeque, anak-anak terus kami panggil untuk sesi makan beramai-ramai.. Macam-macam kerenah.. Tapi aku suka sebab budak-budak ni happening.. Akukan remaja purba.. Sambil makan layan bolasepak Kelantan lawan Terengganu yang mana aku tak tau sape yang menang..

Antara menu yang disediakan:
sotong dan ayam bakar, nasi dan sambal telur beserta sambal belacan (sedap tapi berpeluh aku makan akibat kepedasan melampau), buah dan air.. DAN menu special: Pulut periuk kera..

Anak-anak aku mana..?
Ok.. Dak kakak langsung tak dapat rentak sepanjang percutian ni, makan pun nak masuk bilik.. Alasan dia panas.. Takpelah janji dia makan.. Adik pulak.. Dorang cakap kat hubby 'dia ni tak reti nak berjalan ke..?' Disebabkan asyik berlari banyak kali jatuh, alahai anak bujangku ini..

TAPI yang buat aku frust aku tertinggalkan wayar USB.. Habis tak dapat nak upload gambar.. Ada satu segmen tu pun aku tak join, aku minta maaf pada Y.O.L.O yang tag aku..


psstt: Hari ni akan memulakan perjalanan balik rumah.. Tak tahu pukul berapa sampai sebab nak kena singgah Kuantan dulu.. Semua gambar berkaitan akan diupload kemudian..

Saturday, June 11, 2011

Bila dah ramai-ramai

Ini kali pertama aku join geng PTT hubby.. DAN Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar setakat ni.. Tapi dalam ok tu normallah ada pulak sebaliknya.. Sebenarnya dari awal kitorang gerak hari Khamis hari tu dah mula ada yang terasa dengan kerenah ahli PTT ni.. Ingatkan bila dah berkumpul reramai macam ni oklah.. Rupanya tak.. Aku yang kali pertama ikut ni diberitahu yang dia memang macam tu rupanya.. Haiyyaa.. Apapun tak bolehlah..

Pagi tadi geng PTT tiba dari laut dan hasil tangkapan oklah taklah banyak tapi cukuplah untuk BBQ malam ni, kalau tak cukup beli je kat pasar nanti..

Agenda selepas ini <--- Pasar Payang..
Sementara dorang rehatkan badan, mak-mak budak dan remaja purba ni lepak sarapan sambil borak + gossip.. Anak-anak main kat taman depan chalet ni..


psstt: Segala hasil tangkapan dan gambar-gambar berkenaan akan upload kemudian.. Aku tak boleh layan sangat lappy.. Sesekali jumpa dorang ni kenalah pendamkan sekejap nak on9.. Ni pun guna blueberry cheese cake je..

Friday, June 10, 2011

Marang, Terengganu

Alhamdulillah, akhirnya aku selamat sampai di Marang, Terengganu.. Seri Malaysia Marang.. ops.. bukan tapi sebelahnya.. Island View Chalet rupanya..

Dan geng PTT yang lain tu selamat sampai awal pagi tadi, aku dan family lewat sampai sebab syok tidur kat Kuantan.. hahaha..

Sekarang dorang tengah masak untuk makan tengahari yang dah agak lewat.. Aku ambil kesempatan update blog kejap.. Suasana kat sini oklah, nak kata teruk taklah tapi lagi best kalau dapat yang kat sebelah tu.. Hikhikhik..



UPDATE:
Baru selesai makan dan geng PTT terus menuju ke jeti Pulau Kapas untuk sesi memancing laut dalam dan mencandat sotong.. Aku tunggu masa nak rehat dan tidurkan anak-anak baru boleh layan lappy dengan tenang..

Check in di Kuantan

Pada awalnya aku ingat tidur kat rumah kawan baik hubby tapi last minute plan bertukar sebab member dari Kuantan ni dah siapkan tempah bilik hotel untuk kitorang, yang buat rasa serba-salah, jumpa je dia terus bagi kunci bilik.. Apa pun tak boleh.. tak terkata dibuatnya..

Kenapa kat Kuantan..?
Hubby memang nak jumpa member dia yang sorang ni, kali pertama jumpa pulak tu.. tu pasal semalam gerak awal dari rumah, kalau ikutkan hari ni baru boleh check in kat tempat perjumpaan tu nanti.. Apapun aku ucapkan berbanyak terima kasih atas kemurahan hati abang Syam itu..


Kenapa aku panggil tempat perjumpaan..? sebab aku tak tau kat mana.. bila aku asyik tanya pada hubby dia cakap.. 'awak ni macam polis pencen..' Bukan apa, aku tak tau apa agenda dorang kat sana, lokasi ok ke tak.. sudahnya bila orang tanya aku pun jawab tak tahuler.. Kalau korang tanya sekarang pun itulah jawapan aku..

Aku susah nak agak apa aku nak buat kalau takde agenda ni.. yang hubby dok ulang-ulang pasal makan.. makan.. makan.. itu agenda utama.. Habislah bertambah suburlah lemak-lemak aku nanti..

Ok, korang nanti aku update lagi.. Aku nak sambung rehat kejap..


psstt: Menaip di paras 20 darjah celcius.. Rasa kebas jari-jari aku yang tak runcing ni..

Thursday, June 9, 2011

3 Hari 2 Malam

Percutian yang telah dirancang oleh hubby bersama geng PTT beliau sejak 2 bulan lepas.. Persediaan..? Geng yang lain gerak tengahari nanti.. Aku..? Sekarang baru check in kat parking.. Office..

Awalnya hubby cakap nak gerak malam nanti so aku rileksler tak apply cuti untuk hari ni.. Hubby nak konvoi dengan geng yang lain rupanya.. Lah nape tak cakap.. Tapi aku pulak tak minat nak konvoi.. Seronok tu memanglah seronok tapi aku tak biasa pandu slow.. Walaupun bukan aku yang pandu tapi aku cepat bosan.. Anak-anak jangan cakaplah.. 'Babah.. Nape pandu slow.. Lajulah babah..'

Aku pun tak tau dapat ke tak balik awal hari ni.. Nak pulak petang nanti ada kunjungan rasmi KSU.. Ish.. Dah elok datang hari Isnin depan tukar tarikh pulak.. Aku dahlah takde plan B, yang ada plan A je..


psstt: Hari ni aku tak jadi mak budak tapi remaja purba sebab anak-anak kat rumah dengan babah dorang.. Yeehaaa.. Sesekali biar hubby pulak jaga anak-anak.. Tapi sebelum keluar rumah aku dah siapkan apa yang patut untuk anak-anak, siap pesan apa yang kakak kena buat..

Wednesday, June 8, 2011

Selepas waktu kerja

Hujan lebat lingkungan pukul 5 tadi, dari tingkat 8 ni aku tengok gelapnya kat luar.. Kepada semua berhati-hati memandu termasuklah diriku..

Ops.. Hari ni hubby yang pandu, aku jadi co-pilot.. Wah.. Lega urat jari kaki dan tanganku.. Bukan senang dapat bermanja-manja macam ni.. Kejap lagi confirm anak-anakku sibuk nak manja-manja dengan hubby.. Sebelum tu, biar aku dulu.. Hahaha..



psstt: Seronoknya petang ni, duduk dalam kereta siap bersila.. Terima kasih ye bang pandu balik rumah petang ni.. Perkara yang jarang-jarang berlaku kebelakangan ni..

BEN ASHAARI AJAK KRITIK BLOG AKU



Korang nak join click kat SINI..

Aku dah pernah join segmen dari BA sebelum ni kat SINI.. masa tu aku guna background 'papan' dan kebetulan macam kena je segmen yang baru ni sebab aku baru ubahsuai sikit blog aku..


Korang dah tengok dah belek. nak komen jangan malu-malu, jangan segan-segan.. bawak tikus korang kat ruangan comment tu pastu tunggu apalagi.. hikhikhik..

Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...