Followers Remaja Purba

Tuesday, May 31, 2011

Musim Cuti Sekolah Sudah Tiba

Ketika ini aku sedang menikmati suasana malam yang tenang dihiasi hiruk-pikuk anak TDBi bermain sakan kat depan rumah.. aku..? Kat pondok depan rumah surf internet.. kat sini tempat paling strategik dan senang.. dalam rumah <---jangan ceritalah, buat sakit jiwa..

Dak kakak dengan adik memang jarang dapat main kat luar rumah waktu malam kalau hubby takde.. Ni kebetulan hubby ada sebelum nak ke Selatan, apalagi ambil peluanglah.. Jangan kata anak-anak, aku pun sama..

Dalam tenang tanpa gangguan, my anak jiran datang terjah tengok apa aku buat.. Sudahnya aku surf guna blueberry cheese cake aku.. Aku jadi blur bila ada orang tengok apa aku buat, confirm hilang idea.. Ha.. Nilah jadinya.. Aku dah blur tak tau nak cerita apa.. Jadi anggap jelah aku makan angin kat luar rumah sambil memantau anak-anak.. Manakala my anak jiran layan lappy aku..


psstt: Tak sabar nak tunggu hujung minggu..

Segmen-Nizam Ijam Nak Tolong Promote Blog Anda




Masa untuk join segmen lagi.. Aku baru ubah template tu, nak color hitam pulak, sebelum ni rumah kayu je..

Ok, aku nak tag k.nita pulak..


psstt: Korang nak join.. klik kat SINI.. tuan punya tanah belum nak tutup lagi..

Kecik.. Bechar..

Walaupun cuti sekolah tapi anak-anak tetap kena bangun pagi <--- dah ibunya kerja kan.. Tapi pagi tadi dak adik boleh buat lawak pulak..


Adik: Ibu.. Adik nak ncing..
Aku: Bangun cepat.. masuk bilik air..
Sambil berjalan dia pegang anu dia..


Lepas kencing time nak pakai baju adik cakap kat aku:
Adik: Ibu.. ibu..
Aku: Ye.. Adik..
Adik: Malam-malam kecik.. Pagi-pagi bechar..

Memula aku tak dapat tangkap apa maksud adik tapi bila dia pegang anu dia yang tengah tegeng tu sambil dok sebut kecik, bechar.. baru aku faham.. Hahaha.. Adik.. Adik..

Sambil pakaikan baju, dak adik tanya:
Adik: Ni apa ibu..
Aku: Ini bird..
Adik: Yang ni pulak..
Hubby menyampuk: Ini pulak telur..
Adik: Oooo.. telur... (sambil mengeliat nak lari dari babah dia..)

Itulah dia kisah di pagi hari..



psstt: Dah.. dah.. korang pergi buat kerja..

Monday, May 30, 2011

Jom Join Bloglist -Belogfarr-




Aku telah ditag oleh miss Qaseh..
Jantina: girl a.k.a mak budak a.k.a remaja purba..

Kali ni aku tag korang ye.. ;)
Nini
Pida
Izyan


Jom join kat SINI..

Sunday, May 29, 2011

Laparnya..!

Alhamdulillah dah selamat sampai di rumah rakan PTT hubby lebih setengah jam tadi. La ni menunggu ada yang belum sampai untuk konvoi menuju ke rumah pengantin..

Tadi aku dah bertunggu-tangga kat R&R Tapah, ingatkan singgah makan tapi pandu lalu je.. Kalau aku tahu begini lambat jadinya, baik aku makan dulu tadi.. Lapar gila aku ni.. Dahlah tak cukup tidur, sakit kepala dibuatnya..

A: Abang.. Lama lagi ke..?
H: Sekejap lagi kita gerak, tunggu ada lagi yang belum sampai..
A: Cepatlah bang, lapar ni.. Straight to the point ni..
H: Hahaha.. Sabarlah, kejap lagi..

Aduh.. Dahlah tadi baru lepas tengok Jalan-jalan cari makan.. Perut tengah lapar nafsu mulalah bergelora.


psst: Lain kali sebelum jalan jauh, silalah makan dulu ye..



UPDATE:

Balik dari rumah pengantin, hubby larat pandu sampai lepas Bukit Tagar, lepas tu aku take over, second driver tidur gara-gara tak cukup rehat malam tadi.. Aku dah dapat stereng aku rasa macam kat F1 pun ada.. Akhirnya selamat sampai rumah pukul 5.30 petang..

Malam.. tak boleh tahan.. tidur awal <--- penat + migrain.. esok kerja..

Kg Tersusun Desa Changkat, Batu Gajah

Malam tadi cadang nak tidur awal.. Tapi lepas layan astro, syoklah pulak.. Walaupun ulangan tapi sebab mamat tu hensem tu yang sanggup layan.. ;)

Sekarang on the way menuju ke negeri Perak.. Tak sampai setengah jam anak-anak dah bosan.. Janga kata dorang.. Aku pun sama ni..


psstt: Sila pastikan anda segar dan cukup tidur sebelum memulakan perjalanan..

Saturday, May 28, 2011

Hot Bazaar Klang Sentral

Lepas kenduri doa selamat jiran depan rumah sempena beliau akan pergi menunaikan umrah, hubby ajak pergi ke Hot Bazaar Klang Sentral.. Nak kata hot sangat biasa je aku tengok.. Sambil jalan belek-belek barang, baru aku perasan yang sedang layan lagu kat atas pentas tu kumpulan BPR.. Hubby tak layan aku yang merengek-rengek minta ambilkan gambar.. Konon-konon nak upload dalam blog tapi hubby tak nak pulak.. Aku nak ke depan tak bagi.. Sudahnya layan dari jauh jelah..

Takde beli pape pun sekadar layan cuci mata je.. Penat balik rumah.. Rehat.. Esok nak ke Ipoh..

Friday, May 27, 2011

Cuti Pertengahan Tahun

Aku tahu mesti ramai yang suka bila tibanya musim cuti persekolahan.. Selain dapat mengurangkan kesesakan, tentu ada antara kita dah merancang nak bercuti.. Percutian bersama keluarga.. paling tidak pun mesti nak balik kampung <-- pada yang masih ada kampunglah..

Aku..?
Walaupun dah start cuti sekolah tapi aku tetap kerja seperti biasa cuma rutin harian agak rileks sikit.. takdelah aku terkejar-kejar nak hantar kakak ke sekolah, adik ke rumah nenek.. Cuma kena lebih beri perhatian pada kakak.. cuti tak bermakna buku pun cuti..

Plan nak ke mana..?
InsyaAllah kalau takde aral melintang, cuti sekolah nanti sampailah aku ke Pantai Timur <--- percutian yang telah dirancang oleh hubby.. tak sabar rasanya..

Tapi yang nyata.. Cuti sekolah antara masa yang tenang bagi aku.. Mana taknya.. Pagi-pagi takdelah suaraku yag serak-serak kering kejutkan kakak suruh mandi.. Rutin akan berubah 360 darjah..


psstt: Korang pergi mana cuti sekolah ni..? Mana tau kot-kot kita menghala ke tempat yang sama..

Kisah handbag

Normallah bagi perempuan nak guna handbag.. pelbagai rupa, jenama, kecik, besar, pilih ye yang mana suka yang mana berkenan. Namun demikian masih ada yang mengabaikan kepentingan handbag ketika memandu..

Pagi tadi, on the way nak pergi kerja, pukul 6.30 pagi kan masih gelap lagi.. Aku perasan satu pasangan ni naik motor, pasangannya hanya menyangkut handbag di bahu kanan di mana sekiranya ada yang berniat jahat ingin mengambil kesempatan tak mustahil dengan mudah handbag dia dapat diragut.. malah silap-silap dia dan pasangan jatuh dari motorsikal yang ditunggang.. nasib tak baik kena gilis.. oh! Jauhkanlah hendakNYA..

Mungkin bagi dia.. 'alah.. bukan ada duit pun dalam handbag aku..'

Please.. tolong.. Jangan berfikiran macam tu, kalau orang nak buat jahat, tak fikir apa dah, yang penting dia dapat.. Cuba bayangkan, kalau takde duit sekalipun tapi dokumen-dokumen lain dalam handbag tu pun penting jugak kan.. ambil masa nak ke sana nak ke sini dapatkan balik dokumen yang dah hilang.. Mesti ralat kalau jadi macam tu kan..

Dah banyak kali aku jumpa orang macam ni, ambil mudah dalam aspek keselamatan.. Pada dia mungkin dah cukup selamat tapi kita tak tahu keadaan sekeliling kita macam mana.. Bukan tak pernah ada kes-kes ragut macam tu.. dalam media massa, media cetak dah banyak dipaparkan tapi kesedaran tu hanya sekejap.. Bila musim meragut dah senyap dan hilang, aspek keselamatan tu pun turut diabaikan..


psstt: Aku rasa macam nak bukak tingkap, jerit kat akak tu jangan sangkut kat bahu handbag tu.. ke nak aku buat demo kat akak tu baru timbulnya kesedaran..? Dorang sikitpun tak risau tapi aku pulak yang terover..

Thursday, May 26, 2011

Tumulak

Yes.. Akhirnya aku dapat tengok 'Lu langsi Lu mati..!'
Ha..? Bila..? Kat mana..?

Dengan tenang dan cool aku dapat seat couple maple berharga RM15, aku dan seisi keluarga sedang menonton KONGSI.. Tutup lampu ala-ala pawagam - sila matikan atau biarkan telefon anda dalam mood senyap.. Macam esok cuti pulak..

Ye.. Boleh layan selama 48 jam berikutnya selagi larat bukak mata.. Cerita ok dah tapi tak cukup ganas.. Ganas tak ganas pun si adik dah mula buat aksi terbang tendang ala Tumulak tu.. Aku pulak yang geram.. Kita tengah fokus tengok dia pun turut sama berlakon.. Manyak geram sama ini budak.

Cerita KONGSI ni simple tak berat.. Gaduh pun gaduh-gaduh manja.. Tapi, korang perasan tak, tang penghujung cerita, kereta Tumulak kena rempuh dengan kereta abang polis.. Yang tak terjejas kereta Evo dorang kan.. Yang rosak teruk kereta waja abang polis tu..


psstt: Hari tu cadang nak tengok Merung Mahawangsa.. Sampai kesudah tak tertengok lagi..

Wednesday, May 25, 2011

Blank tiba-tiba

Berita Terkini:




Hari ni penat sangat aku rasa.. Dahlah hadap jalan sesak ditengah-tengah minggu, kat rumah astro decorder ni buat nak bermanja-manja dengan tuannya <--- akulah tu..


Ketara sangat aku rasa dua tiga hari ni.. Mood tiba-tiba down..
Nak kata tak makan, ok je makin menggebu aku rasa.. Nak kata tak tidur, ok je, takdelah aku bantai jadi catwoman tetiap malam mengeow.. Nak kata takde kawan, ada je chit chat dengan aku.. Tapi aku jadi hangat-hangat nasi panas.. Sedap buat nasi goreng.. Nampak sangat aku takde mood..

Kesian kat kakak.. balik sekolah lapar, aku pujuk baring kejap sebab aku penat sangat.. sudahnya terlena terus.. alahai kakak.. kesiannya ibu tengok.. tapi nasib baik on the way balik tadi dia dah makan sikit dalam kereta, takdelah aku ralat sangat..

Aku sedar je tengok dorang pun turut lena.. lepas dah buat apa yang patut aku pun sambung balik tidur..


psstt: hubby pulak ke Mentakab <--- outstation..

MQA at PPUM

Aktiviti yang sama macam sebelum ni seperti di SINI, SINI dan SINI.. ini untuk Tahun 2011 sahaja tak masuk yang tahun lepas..

Tangan adik dah semakin baik sebenarnya dan rutin setiap bulan itu hanya untuk melihat perkembangan kesan pembedahan tangan adik.. kena selalu urut bagi mendapatkan hasil yang lebih baik..

Kebetulan, urusan di PPUM habis awal, sempat aku singgah Tadika adik untuk sesi pengambilan Tahun 2012.. lega dah ambil borang, takdelah aku kelam-kabut nanti..


Ketika ini, jarum jam dah menunjukkan pukul 1.10 pm.. ok aku nak makan dulu.. Lepas ni sambung balik buat kerja..


psstt: Belum ada cerita menarik nak aku share.. ;)

Monday, May 23, 2011

Aku peninglah

Berdebar-debar nak tunggu bulan depan..
Dalam masa yang sama aku kena prepare apa yang diperlukan..
Entry yang INI saling berkaitan..
Oh! Hati sabarlah dikau jangan tertekan..

Kucing nenek

Kat rumah nenek a.k.a pengasuh anak-anak aku ni ada 3 ekor anak kucing.. sejak kucing tu kecik lagi nenek dah bela dah..

Chitam, Putih dan Belang <--- nama panggilan untuk ketiga-tiga ekor kucing tu.. Kucing pun macam manusia juga, ada pelbagai sikap dan ragam.. si Chitam masa kecik selalu sakit dan perhatian memang lebih kat dia ni.. manja teramat.. si Putih pulak paling nakal.. agresif tapi tak garang.. Manakala si Belang dulu biasa je tapi pernah sekali dia keluar rumah (kucing-kucing ni tak pernah keluar rumah), nasib baik dia balik lepas penat mencari.

Nak jadikan cerita, kebelakangan ni si belang ni agak 'gatal-gatal' manja dengan aku.. Mengiau mintak dibelai.. Tiap kali hantar dan ambil anak kat rumah nenek mesti dia nak dibelai..

si Belang ni tak gesel-gesel kat kaki tapi tapi mengiau mintak kita duduk sebab dia nak duduk atas pangkuan kita.. Gatal.. aku selalu cakap macam tu kat si Belang.. penah sekali aku tak nak duduk dia lompat panjat badan aku, nasib baik tak bercalar dibuatnya.. Selagi aku tak duduk tak belai dia selagi tulah dia akan mengiau.. meow.. meow..

Kalau aku dah geram rimas sangat, aku bagi kat nenek mintak nenek pegang.. Kalau si adik faham jugak dia kalau kita kata 'ibu penat... bagi ibu duduk dulu..' ni meow.. apalah yang kucing tu faham..

Ni, balik kerja ni kena layan macam biasalah si Belang tu.. Nasib baik kucing tak boleh cakap kan.. Agaknya apalah dia si Belang tu mengiau kan agaknya ek..?

Sunday, May 22, 2011

Cerita aku

Malam tadi kenduri kat rumah atuk <--- selang 3 buah rumah je.. Kakak dengan adik puas main, pukul 11 baru masuk rumah.. Sudahnya semua bangun lambat.. Aku pulak mengemas dapur macam kenduri kat rumah aku pulak.. ;)

Sepatutnya aku main futsal pagi tadi tapi memandangkan hubby keletihan berjaga taman dengan warga taman, tak sampai hati aku nak kejut minta temankan.. Dan aku sendiri tak maklumkan pada dorang.. Aduh.. Serba-salah dibuatnya tapi memang dari awal aku dah bagitau aku belum confirm dan aku memang tak berani nak janji <-- yang akhirnya memang aku tak dapat pergi..

Aku doakan dorang yang main tu menang bergaya.. Ramai yang lebih pandai main dari aku.. Aku pulak dah lama tak membabitkan diri dengan aktiviti bersukan ni.. Last main pun ping pong hari tu..

Tapi ni pun aku tengah bersukan <--- layan PS2.. Tak mencabar langsung sebab aku tak reti main hahaha..

Aku: Kakak.. Dah cukup tu.. Pergi baca buku, esok periksa..
Kakak: Kejaplah ibu..


psst: Lepas ni dengan tv ni aku ingat nak sorokkan..

Saturday, May 21, 2011

Kedai gunting rambut

Cuti yang sememangnya aku dah plan untuk 'uruskan' rambut.. Aku bukan nak sentuh pasal rambut aku tapi gelagat dalam kedai gunting rambut..

Sebenarnya aku tak tahu pun makcik yag duduk sebelah aku tu mak kawan sekolah aku dulu <--- aku tak pernah jumpa pun mak dia ni.. Nak jadikan cerita macam mana aku boleh kenal dia ni, cerita makcik hampir menyamai keadaan kawan aku tu.. tapi mulut aku berat nak bertanya takut silap orang dan kalau betul aku takut lagi berjela panjang makcik tu akan bertanya.. sebab kat dalam kedai tu, makcik tu terlebih peramah.. takut tak terlayan je <--- akuler tu


Macam mana aku boleh tau..?
Aku tengok status member aku ni kat mukabuku, aku terus serkap jarang kat dia.. Dan rupa-rupanya memang betul apa yang aku sangkakan.. Menyesal pulak tak ringankan mulut nak bertanya..


psstt: member aku tu preggy dapat anak kembar tapi berita menyedihkan bila mana sorang dalam rahim sorang kat luar rahim.. Minggu depan kena pergi hospital tengok apa keputusan doctor..

Friday, May 20, 2011

Cinta Sufi (R.A.M)

"Sebuah kesinambungan trilogi Bagaikan Puteri, dipenuhi aksi pengembaraan dan pertembungan antara kebaikan dan kebatilan, yang nyata dan mistik. Disemarakkan lagi dengan rasa cinta dan pengorbanan"


Bagaikan Puteri, Cinta Sang Ratu (member aku pinjam sampai kesudah tak pulang balik) dan Hijab Sang Pencinta (aku simpan baik punya kat rumah).. Ketiga-tiga siri novel ni aku sanggup beli buat koleksi dan yang ini 'Cinta Sufi' aku baru beli awal Mei tapi belum baca sebab aku belum ada masa, aku sempat balut je novel ni..

Memandangkan aku cuti hari ni, aku nak bergelumang dengannya kejap.. Nak bagi habis hari ni memang taklah sebab aku ada hal nak buat kejap lagi.. Tapi kalau korang minat dengan novelis thriller - Ramlee Awang Murshid mesti korang tau jalan ceritanya.. Tak sabar nak tau kesudahan siri novel ini..


psstt: Petang sikit aku bw kat blog korang ye.. ;)

Thursday, May 19, 2011

Kerana RM5..

Lepas ambil anak-anak, tak tunggu dah terus gerak balik.. Disebabkan awal sampai aku singgah kat kedai ANK beli susu adik..

Biasa kalau lepas buat pembayaran mesti kira ala kadar baki duit.. Kalau berkeping-keping takdenya aku nak belek satu-persatu.. Nak pulak aku dah penat, subjek dalam kepala aku nak cepat sampai rumah je..

Aku perasan aku dapat duit RM5 yang koyak pun k.Hema jiran depan rumah bagitau.. Itupun aku nak bayar duit kutipan bacaan Yassin malam Sabtu ni nanti.. Kalau koyak bertampal aku boleh terima lagi. Part yang koyak tu takde langsung.. Geramnya aku.. Kenapalah aku tak check betul-betul tadi..

Bayangkan duit RM5 design baru yang mudah koyak tu aku dapat.. Dahlah penat dapat pulak duit yang koyak.. Kalau RM1 aku takdelah ralat sangat.. Ni lima hengget.. Aku rasa nak bagi duit tu sebagai hadiah pada pereka duit tu, ikat dengan reben lawa-lawa, sembur sekali dengan perfume..


Moral of the story.. Check one by one duit tu depan cashier, kita ada hak sebab itu duit kita.. Aku pastikan aku akan buat selepas ni tapi berapa lama aku boleh amalkan pun aku tak tahu <--- mudah lupa..


psstt: Apa aku nak buat dengan duit ni ye.. Nak gunakan pun takde sape yang nak terima..

Banjirlah..

Aku tak sempat nak buat entry ni malam tadi sebab mata aku mencemburui jari-jemariku.. akhirnya.. Lena tak sedar..


Ribut takde tapi hujan renyai-renyai kat luar.. Dengan lafaz Bismillah aku cuba try test 'bibik' aku tu.. Sambil tu aku sempat gosok baju ganti.. takkan taknak pakai baju batik.. Aku ni SYMP.. bertindak mengikut arahan..

Sedang leka.. Kakak dengan adik panggil aku..

K&A: Ibu.. cepat ibu.. Banjir ibu..
A: Hah.. Banjir..? mana..?
K&A: Ni ibu.. Dalam bilik air.. Cepatlah ibu..
A: ish.. Ibu ingatkan apa tadi.. Memanglah kan ibu tengah guna mesin basuh tu..
K&A: Cepatlah ibu.. Ni.. Habis kaki kakak dengan adik basah ni..

Aku yang pelik tak tunggu dah, aku ingat dak adik main air.. Dia ni macam itik pantang jumpa air.. Sekali aku tengok habis basah kat depan pintu bilik air sebab aku pasang tak betul paip sambungan ke 'bibik' aku.. Sudahnya banjirlah tapi nasib baik anak-anak perasan, kalau tak ada yang jatuh berdebuk ni kang <--- akulah tu..

Akhirnya siap juga 'bibik' aku kerjakan.. Terima kasihlah kat my jiran belakang rumah yang menyiapkan 'bibik' aku ni.. Kalau tak.. mahu putus urat saraf basuh manual..


Oklah.. Memandangkan entry ni aku siapkan awal pagi.. Siang nanti aku bw kat blog korang ok..


psstt: Fizikal ok.. Mental tak.. gara-gara lif tak ok.. Belum lagi nak exercise aku dah bayangkan penat memanjat tangga.. Aku doakan lif dah oklah hendakNYA <--- takmo cite dah pasal lif..

Wednesday, May 18, 2011

Penat.. Rehatlah..

Harapan nampaknya tinggal harapan bila mana lif rumah nenek belum pulih.. Kesiannya kat penghuni-penghuni yang tinggal kat situ.. Nampaknya kalau sampai balik kerja esok lif tu tak ok, kakak Irah kena tidur rumah neneklah jawabnya.. Dari dia penat tak sempat ulangkaji biar aku tinggalkan kat rumah nenek.. Kat rumah ni pun leka layan channel Ceria dia tu..

On the way balik tadi, dah sampai Klang Sentral aku baru perasan yang lampu signal kereta tak nyala.. Sebelah kiri ok sebelah kanan aku tak nampak bling-bling dia walaupun kat dashboard ada signal..

Sampai rumah rupa-rupanya lampu signal sebelah kanan depan yang tak nyata <--- nak minta dibelailah tu.. Alahai lampu kusayang.. Kau tunggulah tuan kau balik nanti dia belek kau ye.. Dulu aku tak belajar course membaikpulih kenderaan jadi kau tak termasuk dalam senarai a.k.a aku tak reti.. ;)

Ok korang.. Aku nak try 'bibik' aku.. baru lepas kena kuarantin tu.. Moga dapatlah aku guna dengan jayanya.. Aku tak larat nak sental cara manual.. Nanti aku cerita perkembangannya ok.. Yang aku tau sekarang nak rehat cepat-cepat, esok nak exercise lagi..


psstt: Aku dah salah gosok baju.. Esok kan hari Khamis.. Boleh tak aku buat-buat lupa taknak pakai baju batik..?

Lif rosak

Pagi tadi aku exercise naik turun tangga ke tingkat 10.. Dengan beg baju, beg sekolah termasuk baju sekolah kakak Irah, aku dan adik dengan gigihnya menggunakan tangga.. Nasib baik si adik tidak merengek minta aku dukung sebab lepas hantar kakak ke sekolah tadi dia mintak picitkan kaki dia sekejap.. alahai anak ibu..

Kat rumah pengasuh ni lif ada dua je, aku ingatkan satu je rosak.. dengan ayunya aku dan adik pergilah ke lif satu lagi.. rupa-rupanya rosak jugak.. hampagas betullah.. Rupanya lif tu dah rosak sejak petang Isnin lagi, dah buat report tapi mungkin sebab semalam cuti umum tu yang tertangguh..

Kembang kempis kempus hidung aku.. sampai tingkat 5 aku ok lagi.. lepas tu mulalah.. pancit.. dah lama tak exercise macam nilah jadinya <--- kepenatan..

Cuba bayangkan.. kesian pada orang tua, ibu mengandung, ada anak kecik pastu duduk pulak tingkat 16 (paras tertinggi).. Akibat sikap segelintir manusia yang buat hal, semua penghuni terima akibatnya.. Dulu pernah sepanjang bulan puasa aku turun naik tangga.. Dugaan betul..


Apa perasaan korang bila kita nak guna lif, lif pulak rosak..?


psstt: Kesian kat kakak Irah, balik sekolah hari ni kena naik tangga.. dahlah sekolah petang ada exam pertengahan tahun..

Tuesday, May 17, 2011

Perihal mesin basuh

Aku cadang nak basuh baju hari ni tapi hubby aku tak pulak bertanya pada aku sebaliknya terus menyerahkan 'bibik' aku kat jiran belakang rumah untuk diservice <--- malam tadi.. 'Bibik' aku tu ada masalah.. boleh guna tapi bila spin tak cukup kering..

Tak terkata aku.. aku tanya berapa lama kena kuarantin 'bibik' aku tu.. Hubby cakap seminggu.. ah!Gila.. jari-jemariku ini dahlah manja semenjak adanya 'bibik' aku tu..

Konon-konon aku bercadang nak buat secara manual lepas acara makan-makan malam tadi tapi akibat keletihan teramat baru tadi aku basuh.. Mula-mula aku mogok jugak tapi tak sampai hati tengok baju berlambak maka aku gunakanlah jari-jemariku ini untuk menyental pakaian itu..

Hubby ajak aku pergi 'telaga' (Wash n Save) tapi aku taknak, buat rugi masa dan minyak je.. dulu dekat oklah.. Kalau kat tempat aku ni ada senangnya kerja aku.. tak payah jemur dah, terus lipat dan simpan.. ala.. macam cite dalam mr. Bean tu.. ;) ah!Kau.. mentang-mentang ada 'bibik' over pulak kau ye..

Hari ni rileks sikit.. apa aku nak buat ye.. anak-anak leka kat pondok depan rumah leka main mainan dorang.. aku kat depan rumah.. boleh layan internetlah kat sini.. siap pinjam meja belajar kakak lagi.. hikhikhik.. <--- try and error cari liputan internet..


psstt: Cuaca agak panas.. moga terus panas hingga ke petang, dahlah basuh baju manual ni..

Makan malam

Aku bercadang nak buat makan-makan kat depan rumah dan hubby merealisasikan..

Menu utama: Bihun dan mee goreng, nasi, sambal tempe, keropok dan air..

Acara tadi turut diiringi hujan .. Wah.. Anak-anakku bergumbira main hujan <--- akupun sama sebenarnya.. Dalam duduk bersantai tu rupa-rupanya sepanjang bulan ni ada kenduri kat taman aku ni tapi yang tak berapa nak bestnya time tu aku dah ada agenda aku sendiri <--- alasan nak larik.. Tapi aku rasa tak dapat lari kali ni sebab hubby nampaknya macam tak izinkan aku nak join aktiviti itu Sabtu ni..

Borak-borak jugak kat depan ni tapi dalam kepala dok ingat blog <--- gatal je tangan nak layan tapi sabar.. sabar.. ;)

Akhirnya acara habis dekat pukul 11 malam, anak-anak lepas dah bersihkan dorang, tak tunggu dah.. Lena kepenatan, siang tadi mana dorang tidur.. Aku sempat layan Hawaii Five-0 aku tapi apa ending pun aku tak tau sebab aku ter ter lena sekejap..


psstt: Dalam penat tu sempat update blog..

Monday, May 16, 2011

BEN ASHAARI BICARA CINTA SEKALI LAGI



Korang nak join click kat SINI.. tarikh tutup macam biasa tengah malam ni..

Beri pendapat anda mengenai DUNIA PERCINTAAN .. Jika anda ada pengalaman ,kongsikan .. Jika tiada , berikan pendapat ..
BERCINTA DAHULU atau NIKAH DAHULU ? Mana lebih manis pada zaman sekarang ini ? Dalam 100 patah perkataan .. lebih tak pe.. hehe.. Jika ada pengalaman , cerita sekali .. manis atau pahit.. ;) .. kalau sudi la ..


Biasanya bercinta dahulu ni pilihan sendiri.. orang bercinta dia pun turut sama <--- akulah tu.. Manis je rasanya nasib baik tak kena kencing manis dan alhamdulillah kekal sehingga kini.. Simboliknya perkenalan dari dicabar dek kawan untuk mendapatkan aku yang akhirnya kini sah menjadi isterinya.. sebab aku jenis susah nak jatuh cinta.. ;) blushing..

Nikah dahulu biasanya pilihan keluarga.. walaupun aku ni bukan menantu kesayangan.. tapi ibu dan bapa mertua merestui hubungan kami selain dari ibu dan ayah aku sendiri.. tapi bercinta lepas kahwin lagi happening aku rasa.. yelah.. kalau sebelum kahwin pergerakan terbatas tapi lepas dah kahwin nak balik pukul berapa takde sape nak halang.. nak buat apa pun takde yang kisah tapi masih pada batas-batas tertentu bukan main redah je..


Pendapat mengenai Dunia Percintaan<--- Ianya akan lebih menarik andai pasangan memahami kesan buruk jika tidak dikawal nafsu yang ada.. Pasangan akan lebih dihargai dan bukannya jenis yang suka mengambil kesempatan.. apa yang penting kejujuran dan keikhlasan dalam perhubungan.. Kalau dah tau pakwe tu suka ambil kesempatan tinggal kan je.. dah kalau awek tu kaki kikis buat apa simpan lagi.. cari je lain yang lebih pandai menghargai..

Cuti dan Kunci Lori

Hari ni macam biasa rutin di pagi hari.. Masuk kerja pun macam biasa.. Semuanya nampak biasa sehinggalah aku dapat panggilan dari hubby.. Memang tak disangka panggilan dari hubby merenggut ketenangan aku..

Hubby boleh buat kelakar seram pulak pagi ni..

H: Nak minta tolong boleh tak..?
A: Nape bang..?
H: Mintak tolong tengok dalam kereta ada tak kunci lori abang..
A: eemm.. Jap lagilah.. (masa ni aku dah geram dah, dah boleh bayangkan yang aku kena hantar balik kunci tu)

Sampai kat kereta, yes..! Tak boleh bukak pulak pintu kereta pulak.. Apa pulak masalahnya ni.. Call hubby bagitau masalah aku.. Aku dah mula temper masa tu.. Dengan tak sabarnya aku pergi kedai check bateri alarm kereta.. Penat aku..

Akhirnya aku dapat bukak kereta lepas aku ketuk kunci tu.. Amik kau.. Geram punya pasal.. Sudahnya aku terpaksa apply cuti dan balik.. Aku tak larat nak ulang-alik semata-mata nak hantar kunci kat hubby.. Kalau dekat ok takpelah jugak..

Sampai rumah dengan penatnya laparnya aku makan nasi ambeng yang aku beli tadi.. Dah kenyang layan lappy kat luar rumah tapi baru nak taip entry terus shutdown.. Aku lupa nak charge bateri.. Aduh! Geramnya..

Sudahnya sekarang aku update guna blueberry cheese cake aku ni..


psstt: Apa aku nak buat ni..? Baca novel..? Tengok tv..? Tidur..? Bosannya.. Cepatlah penuh bateri lappy ni..

Selamat Hari Guru

Aku terlupa nak siapkan bekalan hadiah untuk cikgu-cikgu sekolah kakak Irah.. dia dah muncung pagi tadi <--- merajuk gara-gara hadiah takde..


K: Ibu.. mana hadiah untuk cikgu? Kan hari ni hari guru..
A: Alah.. kakak.. ibu lupa sangat-sangat.. ibu nak tempah coklat untuk cikgu kakak tapi ibu lupa terus..
K: Ibu ni kan.. (sila buat muncung macam anak itik)
A: Kakak.. nanti kakak bagitau pada cikgu.. ibu kirim salam ye dan jangan lupa ucapkan selamat hari Guru tau.. (aku cuba pujuk dak kakak)


Sampai depan sekolah, kakak taknak bawak beg.. ah!Pulak.. aku bab-bab nak memujuk ni yang lomah ni.. Tapi nasib baik dia dengar kata.. fuh.. lega..


psstt: Lain kali sediakan hadiah sebelum tiba harinya.. kalau bagi lambat boleh tak agaknya..?

Sunday, May 15, 2011

Hospital Putrajaya

Pagi tadi aku buat bihun goreng <--- teringin nak makan panas-panas..

Tengahari pulak, aku temankan hubby ke Hospital Putrajaya melawat abang kepada hubby, operate buang kelenjar dekat bahagian perut dia <--- lebih kurang macam tu lah kisahnya..

On the way balik, nak makan sate Kajang pulak tapi takdelah sampai ke Kajang semata-mata nakkan sate tu.. Kitorang beli tapau dekat Awan Besar je memandangkan kakak dan adik dah selamat dalam kereta lepas penat bergurau-senda dekat hospital tadi..

Malam.. Cepatnya masa berlalu.. Esok dah kerja..


psstt: Esok Hari Guru.. Aku lupa tak hengat nak order coklat untuk cikgu-cikgu sekolah kakak Irah..

malam minggu

Aku dah siapkan plan nak ke mana sepanjang hari ni memandangkan hubby cuti.. tapi terpaksa cancel sebab hubby sibuk uruskan kereta di bengkel kereta Along.. aku pulak berjaya menternak lemak sepanjang hari.. mana taknya.. hubby masak sedap <--- kari kepala ikan..

Nak on9 pun rasa berat je hati sebab merajuk dengan blogspot satu hal, tak dapat pergi tempat yang dinginkan satu hal.. :(

Akhirnya tadi hubby ajak keluar.. hala tuju K.L je..

Dari rumah ok lagi, masuk je KL aku rasa macam rusa masuk kampung lak.. Nampak sangat aku dah lama tak turun KL.. dah macam-macam ada.. macam-macam rupa yang aku jumpa..

Tapi dalam banyak-banyak yang aku jumpa tadi, paling tak tahan tengok ada 2 orang pengemis kat pintu masuk KFC Raja Laut, K.L.. Niat nak beli KFC aku tetap teruskan walaupun takde parking, hubby just drop by aku kat situ.. Gigil jugak badan aku sebab aku tak biasa berada di tengah-tengah K.L, dah macam kena tinggal lak kat situ..

Namun sebabkan anak-anak aku gagahkan jugak masuk untuk beli.. Masa nak keluar lagi best.. yang lelaki tu dah duduk menghalang sebelah laluan masuk pintu KFC.. alahai bang.. janganlah macam tu.. bukan maksud saya taknak bagi tapi saya ada penyakit hati basah-basah kering..

At the end, aku berjaya membeli KFC dah makan kat Titiwangsa.. wah! Sikit punya dekat tempat nak lepak makan..

On the way balik pulak.. adik tidur.. dan sekarang kakak temankan aku layan bw kat depan rumah.. hubby dan ahli TDBi duduk kat lorong belakang sekali berjaga taman..



psstt: Kalau korang jumpa dengan pengemis/peminta sedekah ni apa yang akan korang buat.. berhati keringkah korang..?

Saturday, May 14, 2011

Perlukah mengeluh

Dengan penuh tak sabarnya aku tunggu dan menunggu.. Fenomena yang agak luarbiasa telah dialami oleh blogger akibat maintenance yang dijalankan sejak petang kelmarin lagi..

Disebabkan blogspot ambil emergency leave makan ramailah yang lepak kat mukabuku dok update status yang kalau sebelum ni hanya jeling-jeling pandang-pandang <--- akulah tu.. Tiba-tiba menjadi rajin teramat dan macam-macam status yang keluar.. Sekurang-kurangnya aku takdelah gila stress macam kucing hilang anak bila tiba-tiba blogspot amik EL..

Confirm ramai yang mengeluh bila tengok entry yang telah dikomen hilang begitu saja.. Lagi mengeluh alahaii bila tengok hanya entry semata-mata tiada lagi komen asal..

Bila bercerita pasal ni, rutin harian pun turut berubah, kalau sebelum ni tak boleh nak berpisah dengan abang blogspot ni, tapi tengahari semalam sempat aku membeli dan belah kat Nobita a.k.a Giant dan menternak lemak kat KFC.. Masuk balik office sempat landing sekejap.. <--- rajinkan aku..

Balik kerja semalam tak sabar nak tunggu abang blogspot ni kembali pulih.. Dengan coolnya aku menyerahkan diri atas katil nak berehat sebentar bersama kit kat.. Bukan kit kat tapi lappy disebelah.. Dengan penuh terujanya bersedia nak on9 tapi kisah ini terpaksa ditamatkan kerana aku terus tidur dengan lenanya.. Anti klimaks betullah..


Moral of the story:
Masih banyak lagi aktiviti selain dari mengadap abang blogspot ni.. Sebenarnya tau tapi sebab dah intim sangat hubungan ni sampai sanggup layan tak hengat nak buat aktiviti lain..


psstt: Siang nanti aku nak blogwalking sementara hubby siang ikan.. Sekarang aku nak off kejap..

Thursday, May 12, 2011

Apa dah jadi blogspot

Cukuplah pagi tadi aku panic gelabah puyu kejap.. Blogspot boleh buat kelakar seram pulak petang tadi..

Aku tau mesti ada kalangan blogger yang tak boleh sign in.. Nak ke dashboard tak boleh.. Ingat pc problem, try pulak kat hp.. pun sama.. Aku tengah syok layan blog petang tadi boleh pulak jadi cenggitu..

Ku pujuk hati.. takpelah under construction agaknya tu.. Tapi tangan ni gatal try and error nak sign in.. Stress sekejap aku rasa..


Akhirnya, bila dah selamat sampai rumah, aku cuba lagi guna via blueberry cheese cake aku ni.. Alhamdulillah dah ok.. Moga terus ok takde masalah..

Oklah, aku nak out dulu.. Esok aku sambung bw, sekarang masa dengan anak-anak.. Esok aku bw kat blog korang okey..

50 hengget

Kelam-kabut aku pagi ni gara-gara terlajak tidur.. dah sedar macam biasa tapi aku tarik balik selimut.. sejuk.. ;) boleh pulak aku sambung tidur balik..

Gara-gara lewat, kakak Irah lewat sampai sekolah - 15 minit lewat.. kesian kakak.. Aku pun mula-mula risau jugak takut lewat sampai tapi alhamdulillah jalan kat NPE ok sikit dari masa aku u-turn nak hantar kakak ke sekolah.. macam tahu-tahu je aku dah lambat.. so selamat sampai office dengan selamatnya.. penat jangan cakaplah.. F1 lagi aku hari ni..

Sampai kat office nak beli sarapan, aku perasan mana lagi RM50 duit aku ni.. aduh.. mana pulak aku letak ni..? Gelabah puyu kejap aku.. tetiba teringat pagi tadi kat depan rumah aku ada bagi kakak duit belanja.. hah! Takkan aku bagi dak kakak RM50.. yelah duit tu kan tak jauh beza dengan RM1..

Sabar.. cool.. rileks.. cuba fikir dengan tenang.. fuh.. fuh.. eh! ni nak tarik hembus nafas nak bersalin.. rileks.. jangan panic...


Akhirnya, cari punya cari dalam keadaan tak berapa tenang dah ni aku terjumpa duit itu yang aku selitkan kat celah purse aku... bersyukur sangat aku tak salah bagi duit pada anak aku..


Moral of the story:
Sila pastikan jumlah duit yang betul sebelum bagi pada anak atau semasa membuat pembayaran agar tak tersilap..

Wednesday, May 11, 2011

gula oh! gula..

Pasal kenaikan harga gula satu Malaysia dah tau.. tapi aku bukan nak kupas topik tu cuma nak share yang ni.. ;)

Macam mana naik harga gula kat Malaysia sekalipun ianya tetap tak menghalang berlakunya penyeludupan..



Sumber: Utusan Malaysia (11/05/11)

Betul tak..? Betapa gigihnya semut itu nak seludup gula keluar dari Malaysia..

Salah kereta

Ahad lepas on the way balik dari kenduri kahwin kat Sungai Haji Dorani, Sungai Besar.. Kitorang singgah kat Kuala Selangor nak shopping..

Kisahnya:
Nak shopping dah tentu kena ada duit so aku pun dengan ayunya keluarkanlah duit kat ATM Petronas.. baju lawa dah tentu ada mata yang memandang.. ;) Masih dengan gaya ayunya aku pun melangkah ke arah kereta di mana hubby tunggu..

hikhikhik.. gelak dulu.. Dengan penuh confident aku pun melangkah menuju kat kereta dalam panas terik mentari tu.. Dah nak sampai kat kereta.. aik..? Apsal aku nampak lain je dalaman kereta ni dan cepatnya hubby alihkan kereta.. Mataku terus pandang ke depan tempat mula-mula hubby parking tadi.. ropa-ropanya aku silap kereta daa.. warna, jenis dah sama tapi macam mana aku boleh silap ni..

Aku pun tak tunggu dah, lari terus masuk dalam kereta hubby.. dengan pandangan pelik hubby tanya:


H: Nape..?
A: Malunya bang..
H: Yelah tapi nape..?
A: Saya hampir tersilap masuk kereta.. (sambil gelak tak hengat - cover malu)
H: Habis tu orang dalam kereta tu perasan tak?
A: Tak kut.. fuh.. nasib baik tak terus bukak pintu kereta dia..
H: Abang nampak awak lari je tadi.. ingatkan nape..?

Memula hubby blur jugak sebab aku cerita sambil ketawa..


Moral of the story:
Sila pastikan di mana letaknya kereta anda sebelum masuk..


psstt: Agak-agaknya apa ye reaksi mamat tu ye kalau aku terus masuk selamba dalam kereta dia kan.. ?

Tuesday, May 10, 2011

Segalanya Lewat

Hari ni segalanya lewat bagi aku.. Fuh! Nasib baik jalan tak berapa nak jem walau hakikatnya memang jem hari-hari..

Bila dah lewat, sampai office pun lewat, nak cari mood buat kerja satu hal.. tak sarapan lagi ni.. tapi jari-jemariku ini laju je melayan blog.. oh!Tolong hentikan..

Aku sedang mengalami perasaan kurang enak ketika ini so kurang perisa kalau aku masukkan dalam blog ni.. aku nak blog aku ceria je walau hakikatnya aku sedang berusaha menyejukkan hatiku ketika ini..

Kisahnya:
Ni yang aku malas buat siapkan awal-awal, mesti akan ada rombakan balik.. dari awal tahun 2011 ni, nama aku agak famous amous kat Bahagian Kewangan aku.. kalau tak tukar nama, tukar tarikh, kalau tak tukar tarikh, batal pulak.. kalau tak batal.. tunda tarikh lain..

Fuh.. fuh.. tarik nafas hembus nafas, jangan terkentut macam dak Ujang sudah.. ;)


psstt: Ketika aku sedang taip entry ni, perasaan aku sedang menuju ke arah titik-titik normal.. betul aku cakap.. tak best dok karang bina ayat time tengah takde mood a.k.a marah.. hikhikhik..

Monday, May 9, 2011

Wacana Tiga Blog Pilihan Bersama Bro Wacana




Senaraikan tiga blog pilihan anda... dan reasonnya.... sebab entrinyer ker.... sebab template lawa ker.. sebab dier friendly ker.... Sebab lawak ker...


Dunia Faris:
Aku kenal blog ni masa join segmen BA.. Memula biasa je, yelah baru kenal.. tapi sekarang ni dah kam+ceng.. kan Faris kan...?


Erti Kehidupan:
Aku suka entry-entry lucah tak berapa dia ni.. Sempoi.. tajuk je cenggitu tapi sebenarnya tak.. sape tak kenal dia.. dak Ujang baru kahwin dengan dak Yana baru-baru ni..


PinkyMomma:
Blog ni pun sama aku kenal dari segmen BA.. Aku suka entry-entry dia, sempoi rajin bw.. mana taknya layan dari rumah... ;)



psstt: Korang nak join kat SINI..

Aku nak komen kat blog korang

Korang mesti tau camne nak guna 'komen'/'comment' dekat ruangan komen dalam blog-blog yang korang bw.. <--- silalah guna dengan berhemah.. tapi bukan itu motif tapi yang ini..

Sekarang dah banyak blog.. macam cendawan lepas hujan.. macam-macam entry yang kita boleh baca/share.. tapi aku tau mesti ada antara korang yang agak rimas bila nak komen je ada pulak nak kena bagi 'WORD VERIFICATIONS'.. kalau takde popup comment pun agak leceh.. Aduh.. tang ni yang den lomah ni.. nak pulak kalau line slow siput lagi cerah harapan untuk aku click butang X <--- itu kalau dah lama sangat tunggu loadingnya..


So, korang check balik setting korang.. caranya ada kat SINI.. mudahkan.. ;)

Sunday, May 8, 2011

Jackel sale

Selesai sudah menghadiri jemputan perkahwinan.. perjalanan pulang dengan semangat berkobar-kobar nak beli kain kat Jackel sebab ada sale.. wah.. excited tak sabar ni.. nak menambah koleksi yang sedia ada tapi bak kata hubby entah bila nak ditempah kain-kain tersebut..

Dengan penuh confidentnya aku singgahlah di Jackel untuk membeli dan belah.. rambang mata aku dibuatnya.. cantik + lawa kain-kain kat dalam kedai tu, duit je yang tak cantik..

Akhirnya aku sambar 3+1 pasang kain, inipun kira sekejap je aku membeli dan belah sebab tak bestlah buat orang tunggu aku.. Hubby dan anak-anak takpe tapi sebab tadi pergi kenduri ala-ala rombongan cik Kiah so aku decide pilih sepantas mungkin..

Masa tengah tunggu turn nak bayar baru perasan, kedai yang aku masuk ni bukannya Jackel.. erk..? alamak.. nak buat camne ni, dahlah kain tu dah siap potong takkan nak blah je.. aduiyaii.. nampaknya aku terpaksalah teruskan hasrat aku tu..

Ish..? Macam mana aku boleh tak perasankan nama kedai itu.. mungkin sebab nampak gah ala-ala Jackel kut.. nasib baik kain yang aku beli tu kategori tak berapa mahal..


Kesimpulannya:
Sila pastikan kedai kain yang anda masuk sebelum pembayaran dibuat. Lain kali aku taknak pergi selain dari tempat yang aku dah biasa pergi..


Nota: malam ni ada gathering kat depan rumah.. menu utama: bubur jagung yang dimasak oleh chef Hubby.. Aku..? tukang rasalah.. ;)

Jemputan Majlis Walimatulurus

Malam tadi layan Pontianak Harum Sundal Malam.. Lewat tidur satu hal.. Kena ganggu satu hal.. Sudahnya pagi bangun lewat kelam-kelibut nak menyiapkan ahli-ahli dalam rumah ni.. Biasanya kalau melibatkan rombangan cik kiah kat rumah aku ni mesti aku paling lambat siap dan gerak tapi sampai awal.. Hikhikhik..

Sekarang dalam perjalanan menuju ke rumah pengantin - Homestay Sungai Haji Dorani... Koordinat jalan terus 2 lorong dengan signboard 'Awas perangkap laju.. Abaikan..'

Saturday, May 7, 2011

Apa pun tak boleh

Stress aku sepanjang hari gara-gara tak dapat online.. Line kat rumah dah sah slow siput.. hp pulak boleh habis credit gara-gara aku tak perasan yang credit untuk internet dah habis.. uwaaa.. gila stress aku hari ni..

La ni aku berjaya online guna berukband aku.. lokasi strategik sambil ditemani pak nyamuk.. belakang aku kelapa sawit.. apa pun tak bolehlah..

Aku sedang berusaha untuk bw tapi hubby pulak suruh aku masuk dengan anak-anak.. Keletihan baru balik dari outstation.. Jap ye bang.. give me half an hour from now.. ;)

Ni kali pertama aku cuba online kat luar rumah dan alhamdulillah line yang agak ok dari dalam rumah.. dan malam ni juga depan rumah aku agak sunyi sebab ramai pergi main badminton.. Aku..? Dorang ajak tapi aku lagi rela layan lappy aku ni.. ;)

Oklah..aku nak bw jap.. ;)


Plan esok:
Jemputan pergi kenduri kahwin, malam pulak ada gathering kat depan rumah.. hahaha

Friday, May 6, 2011

Netball dan Alor Star

Esok ada game netball antara jabatan office aku tapi aku tak dapt join sebab esok ada orang nak rumah, lagipun takde sape nak jaga kakak dan adik..

Hubby pulak outstation ke Alor Star, ajak aku dan anak-anak temankan tapi bila difikir-fikirkan balik kesian pulak pada kakak sebab penat balik sekolah tak hilang lagi, homework dah tentu ada.. Nanti dia ke mana, homework dia ke mana..

Tengahari tadi teman member office ke MPH Subang Parade cari buku nak exam.. Buku dia takde tapi aku dapat buku yang dah lama aku nak tapi tak tercari-cari.. Cinta Sufi.. Nanti ada masa aku buat kronologi kisah disebalik pembelian buku ni..

Tadi, kat rumah nenek a.k.a pengasuh, ternampak pulak ada orang tengah 'SALE' novel.. Beli lagi satu.. Baca tak tau bila sebab aku pinjam kat member aku 5 buah novel yang satu pun belum dibaca.. Tamak haloba sungguh..

Hati ni meronta-ronta nak ikut hubby tapi atas kepentingan kakak dan adik maka sekarang aku dah selamat sampai dirumah.. tup tup jiran aku ada buat kenduri - sedang pasang khemah.. Pelik.. Hubby takde pulak bagitau apa-apa kat aku.

Call hubby.. Rupa-rupanya kenduri cukur jambul anak.. Aku tak tau sebab takde sape pesan kat aku apatah lagi tinggalkan nota untuk makluman aku so aku anggap tak dijemputlah ye.. Esok bolehlah aku layan jiwang.. Eh! Tak boleh.. Esok ada orang nak datang rumah.. Alamak.. Pandang kiri, pandang kanan.. Banyak kerja menanti nak kemas rumah..

Nampak esok aku jadi surirumah separuh hari.. ;)

psstt: Ada sape-sape nak tolong aku tak esok..?

BEN ASHAARI GEGAR BLOG MAY 2011




"Seperti yang dijanjikan , BEN ASHAARI.COM kembali dengan GEGAR 1000 BLOG bersama sama blog blog yang terkini ... Tak kira mana mana blog pon leh join.. Blog lucah je tak leh .. hehehe.. "

Cerita selanjutnya ada di SINI..

Thursday, May 5, 2011

Review Blog




Hari tu aku ada join segmen ni dan ni dia.. blog aku telah direview oleh PW..

Thank you ye PW.. ;)

JIKA ANDA SEORANG BLOGGER




SAYA DAPAT BANNER NI DARI ...... BRO_MONDAY..


Senang dan mudah kan entry ni..
Kenapa jadi macam ni? Hah.. korang try click SINI.. <--- kat sinilah terjawab persoalannya.

Wacana Mesra Blogger Bersama PW




Pembawa Wacana buat segmen lagi.. tapi dia taknak guna segmen sebab perkataan tu sinonim dengan BA, jadi dia tukar kepada WACANA.. Jadi, kepada korang nak join tarikh tutup.... Pukul 12.30 pagi ni (masuk hari Jumaat) ..... PAGI tau....bukan tengah hari.....:)


Listkan 5 lagu yang anda suka atau tak suka dan kenapa....

Aku takdelah sentiasa suka dengar lagu yang sama berulang-kali tapi ni aku senaraikan antara lagu yang aku suka dan tak suka kebelakangan ni.. Bukan bermaksud aku benci lagu tu tapi ada cerita disebaliknya..


Move Shake & Drop (DJ Laz feat. Pitbull & Flo Rida)

Hold it Against Me (Britney Spears)


Shake My (Three 6 Mafia feat. Kalenna & Pitbull)

---> 3 buah lagu ni memang aku layan tiap kali nak pergi kerja dan balik kerja (layan sorang-sorang).. Aku bukanlah taksub sangat cuma sekadar peneman ketika memandu dan tak mengantuk, maklumlah perjalanan yang jauh buat aku cepat bosan.. Nak pulak hubby baru tambah sound system dalam kereta lagilah aku layan..

Inilah aku <--- mak budak a.k.a remaja purba.. ;)

psstt: agak-agak apalah orang keliling yang dengar lagu tu cakap pasal aku kan.. biasanya lelaki yang layan pasang lagu kuat2 ni..


Sofea Jane (Black)
---> Lagu ni pulak aku suka sebab aku suka kat black ni.. hitam itu menawan.. aku suka sebab dia comei ler.. lagipun selalu member belakang partition aku ni pasang.. ;) thanx ye kak.. lagu itu lagi sedap didengar daripada yang bawah ni..


Lagu kelima: Lagu Korea (bukan semua, diulang bukan semua).. Aku tak tau tajuknya apa..
Serius aku memang ada masalah pendengaran bila sorang ni dok pasang ulang lagu yang sama setiap hari.. pedih telinga aku.. ggrrrr (pinjam ayat BA jap).. tak tegur aku sakit hati, kang bila ditegur touching lebih.. agak-agaklah kalau suka sangat sekalipun..

Ni aku cadangkan.. kau ambik headphone ke earphone ke.. kau pasang dengar layan sorang-sorang.. aku stress ni.. kau tau tak..

psstt: ni dah jadi sesi luahan perasaan lak..


Ok, cukup 5 seperti yang diminta oleh PW.. Apa..? Mana lagu-lagunya..? hikhikhik.. aku tak reti nak upload.. <--- malu nak cakap..


Korang nak join ke..? meh click kat SINI ye..

Lampu brek ketiga

Dah banyak kali aku alami dan mesti korang pun pernah terkena, nak pulak jalan tengah jem yang belum diletak roti.. Biasalah pagi-pagi time orang nak pergi kerja semua nak cepat sampai, nanti tak pasal-pasal bertukar merah pulak..

Ok.. Aku paling risau kalau keadaan kereta tak sempurna, salah satunya lampu brek ketiga..

Cuba bayangkan tengah pandu (kelajuan purata untuk highway bukan jalan kampung ye..) tiba-tiba kereta depan brek bukan brek mengejut dan yang belakang ni tak perasan yang kereta depannya brek sebab lampu brek ketiga tak berfungsi ataupun semuanya.. Kalau sempat brek ok, kalau tak.. nangis kat situ sebab dah tentu yang langgar dari belakang yang salah sedangkan punca dari depan..


Contoh pagi tadi..
Mula-mula aku tak perasan yang van ni langsung takde lampu brek.. sebab walaupun jalan sesak kat NPE tu tapi tetap bergerak.. tiba-tiba dia brek mengejut.. fuh..! Gila..! Nasib baik aku sempat brek.. dan alhamdulillah selamat sampai ke office dengan jayanya..


Jadi, kepada korang yang pandu kenderaan tu, sila pastikan montot kenderaan anda tak dicium dari belakang disebabkan lampu brek tiada a.k.a rosak.. Biar duit habis sikit untuk repair lampu brek korang dari korang habis duit ribu-riban repair kenderaan korang akibat dicium..

Wednesday, May 4, 2011

Segmen Mesra Blogger Bersama Pembawa Wacana


Sebelum aku mulakan.. kepada korang yang nak join meh kat SINI..



"Aku Nak Jadi Kaya"
Aku pilih yang ni sebab:
Niat dan usaha murni untuk membantu mereka yang memerlukan, tak dapat banyak dapat tolong sikit pun dah bersyukur - yang penting niat aku, sekurang-kurangnya aku dapat membantu kekurangan yang ada.. Tapi sebelum aku bantu orang lain, aku nak bantu ahli keluarga aku yang terdekat dulu..

Aku Nak Jadi Kaya yang low profile.. jadi aku tak pening kusut nak bantu sesiapa yang aku rasa nak bantu.. Aku tak nak bila aku dah kaya ramai pulak yang ambil kesempatan atas limpahan kekayaan yang aku miliki.. Sekurang-kurangnya aku tidak tamak dan tak mengambil kesempatan atas kesusahan orang lain..



"Aku Nak Jadi Popular"
Aku TAK pilih yang ni sebab:
Fuh.. aku dah boleh bayangkan hidup aku kelak.. gembira memanglah gembira sebab ramai yang kenal kita, maklumlah fofular.. tapi ruang lingkup aku akan jadi terhad sebab kena berdepan melayan die hard fan aku..

Lagipun bila dah popular ni orang akan ingat aku seorang yang kaya jadi akan ramailah yang nak kenen-kenen ambil kesempatan kat aku.. Dah tentu aku tak cukup rehat tak lena tidur gara-gara ramai pulak paparazzi ikut aku.. Fuh! Susahnya bila popular..

Creamy Bolognese P.H

Slurpp.. sedapnya.. dah tak tahan rasanya nak makan menda ni.. Serius sejak minggu lepas aku terliur (tipulah sampai meleleh-leleh)..

Memandangkan pagi tadi hubby uruskan kami anak-beranak so dengan rela hati aku tolong belikan Pizza Hut tapi guna duit hubbyler.. ;) - take away je sebab aku kena hantar pulak hubby kat tempat kerja dia.. Petang ni rutin aku kembali seperti biasalah nampaknya.. baru nak manja-manja.. mengada-ngada pulak aku hari ni..


Sambil makan sambil bw, inipun tak habis aku makan sebab tadi aku dah makan 2 keping pizza.. Sekarang mata aku dah macam ada gam pulak..

Ok dah, aku tak larat nak kembangkan entry ni sebab aku dah kekenyangan.. oh!Faris.. kau tolong aku jap boleh.. kejutkan aku sebelum pukul 2 ye.. ;)

Tuesday, May 3, 2011

Pemandu Peribadi

Hujan.. balik kerja
Lewat.. tertinggal barang kat office
Anak-anak.. sorang kat sekolah, sorang kat rumah nenek a.k.a pengasuh
Hubby.. kat tempat kerja

Rutin harian aku hari ni berubah sikit.. Yes.. Aku tak payah pandu kereta balik rumah..

Kakak.. lepas mandi kat rumah nenek, terus tidur kat dalam kereta.
Adik.. lepas tengok Boboiboy layan pulak Ninja Turtle.
Aku.. leka update blog, tak save terus out, penat je taip hilang idea tadi.
Hubby.. a.k.a pemandu peribadi hari ni..

Dari tercari-cari nak makan apa, si adik bagi cadangan baik punya.. Kalau bab makan sedap sape taknak kan..? Apalagi McDonalds..
Adik: Babah ada duit.. Adik nak makan McDonalds..

Oh!Adik.. Ni gara-gara tiap kali anak-anak nak makan McD aku mesti kata tunggu babah gaji.. Kalau tak buat macam tu alamatnya boleh sesak sebelum hujung bulan..

Nampaknya malam ni kami makan menu segera - McDonalds..

" Yeah!!! Lulu Caldina Review Blog Saya"



Aku suka baca entry dalam blog Lulu ni tapi bukan bermakna aku suka color BIRU.. Serius aku memang tak minat color biru, tapi aku teringin teruja nak dak Lulu ni review blog aku..


Ceritakan sebab kenapa anda berminat join segmen ni... err, berminat untuk blog anda di-review oleh lulu....
Jawapan aku:
'10 Blog bertuah akan Lulu review, secara eksklusif dalam lulu-pages, dan melekat dalam Sticky Post selama 24 jam.. hahaha, tawaran istimewa ni...Tak join memang rugi...' <--- aku suka ayat ni dan aku nak blog aku termasuk antara 10 blog bertuah itu..


DAN, apa yang menariknya blog anda itu..
Blog aku simple, tak pening kepala baca, tak susah nak lupa dan tak berat nak buka.. Nak kata menarik sangat, biasa aje sebab kebanyakkan blogger pun cerita lebih kurang sama.. kisah hidup, isi hati tapi bukan mencaci-cerca..



psstt: Korang yang terasa nak join sempat lagi sebab tutupnya esok pukul 2 petang.. mai click kat SINI..

Monday, May 2, 2011

PS2

Aku mungkin ketinggalan game ni.. yang beria-ia nak <--- hubby.. nak main dengan anak-anak..

Memang aku bantah sekeras batu jangan belikan game ni takut nanti anak-anak leka.. Aku ingatkan dah habislah kisahnya - tak beli tapi tadi aku tak terkata apa dah.. Siap dilayan anak-anak main benda tu.. Aku..? Baik aku layan Hawaii Five-0 aku..

Aku tak bagi hubby belikan sebab nanti anak-anak merengek nak main sampai aku turut terjebak sama.. Hopefully anak-anakku lupakan sejenak game itu.. Itupun siap paksa hubby sorokkan lepas main benda tu..

Ok stop.. Aku nak paksa dorang tidur.. Esok rutin harian kembali memenuhi jadual..


psstt: Best ke main benda tu..? Aku sebenarnya tak reti main.. Kihkihkih..

Sunday, May 1, 2011

Sekinchan

Plan asal nak ke Sabak Bernam tengok baby tapi terpaksa cancel sebab masih dikampung.. Aku ajak + pujuk hubby pergi Sungai Besar.. Kononnya nak membeli dan belah tapi sudahnya aku beli kerepek, jagung dan mangga.. Hubby bagi idea buat bubur jagung malam ni sambil bersantai kat depan rumah - aku dah lama tak lepak depan rumah..

Tapi sekarang kitorang nak singgah kat rumah kawan hubby kat Kg. Sg. Kajang Lama, Tanjung Karang.. Lepas ni tak taulah sampai rumah pukul berapa memandangkan kat Tanjung Karang ni dah mula sesak..


Send via Blueberry Cheese Cake

Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...