Followers Remaja Purba

Monday, August 23, 2010

adik sakit mata & serak suara

Kakak Irah baru baik demam, ni adik pulak kena sakit mata sejak minggu lepas.

Bawa jumpa doctor, doc. bagitau kena jangkitan kuman, bagi ubat yang berkaitan, tapi pagi tadi aku tengok mata dia masih ada tahi mata lagi, setakat ni mata dia takdelah merah cuma tahi mata tu banyak time dia bangun tidur, risau aku.

Itu satu, kedua, bila kat rumah, time gaduh dengan kakak Irah, dia banyak menjerit sampai suara jadi serak, yang kakak tak nak mengalah, sama.

Tadi aku call pengasuh bagitau petang nanti aku ambil kakak je, aku cadang nak tinggalkan dia untuk sehari ni, bagi tekak dia ok sikit takdelah serak suara dia tapiiiiiiii boleh ke?



Jawapan aku: kat mulut je cakap nak tinggalkan tapi dalam hati.

Wednesday, August 18, 2010

my result

Alhamdulillah, lega + puas, akhirnya aku berjaya.

Berkat doa hubby dan kawan-kawan, penantianku selama ini membuahkan hasil. Rasa macam tak percaya, aku bersyukur sesangat, amin.




NOta:
Barulah berani 'berangan'nak upgrade 22 ke 27, hilang stress aku sekejap.

Wednesday, August 11, 2010

Hari Sukan PASTI

08 OGOS 2010 (Ahad)

Pagi, aku kat rumah pengasuh, hantar ammar sebab aku nak uruskan kakak yang terlibat dengan Hari Sukan PASTI sekolah dia, kalau si ammar ada sekali kat tengah-tengah padang tu mahu sattu padang tu dia ajak aku bersenam. Dalam masa yang sama, kakcik rela hati nak temankan aku jadi takdelah aku boring kat padang tu.



Habis je semua acara yang kakak Irah join, kitorang pergi ke'atuk', mana lagi - KFC lah. Beli bawa balik makan di rumah pengasuh. Kenyang & penat + mengantuk.


Petang:
Lagi bertambah penat aku rasa tengok rumah penuh debu dan habuk. Hari ni memang penat sesangat, letih uruskan kakak Irah, rumah lagi.


kakak yang lena tidur dan adik yang merajuk lepas kena marah sebab cuba kacau kakak tidur.

Nota: 3 game dia join (2 gangsa 1 perak)

Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...